sistem pengurusan industri keselamatan … · 2016-03-30 · • pada menu yang terdapat di sebelah...

23
SISTEM PENGURUSAN INDUSTRI KESELAMATAN (eSIMS) MANUAL PENGGUNA SYARIKAT/AGENSI PERSENDIRIAN TAPISAN KESELAMATAN - PENGAWAL NEPAL Versi : 1.0

Upload: phamduong

Post on 12-Jun-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MANUAL PENGGUNA eSIMS (SISTEM PENGURUSAN INDUSTRI KESELAMATAN) BAGI SYARIKAT/AGENSI PERSENDIRIAN TAPISAN KESELAMATAN – PENGAWAL NEPAL

No. Dokumen KDN. 100 – 11/2/44 ( ) No. Keluaran Versi 1.0 No. Pindaan 0 Tarikh Kuatkuasa Oktober 2015

Muka Surat 1 / 23

SISTEM PENGURUSAN INDUSTRI KESELAMATAN

(eSIMS)

MANUAL PENGGUNA

SYARIKAT/AGENSI PERSENDIRIAN

TAPISAN KESELAMATAN

-

PENGAWAL NEPAL Versi : 1.0

MANUAL PENGGUNA eSIMS (SISTEM PENGURUSAN INDUSTRI KESELAMATAN) BAGI SYARIKAT/AGENSI PERSENDIRIAN TAPISAN KESELAMATAN – PENGAWAL NEPAL

No. Dokumen KDN. 100 – 11/2/44 ( ) No. Keluaran Versi 1.0 No. Pindaan 0 Tarikh Kuatkuasa Oktober 2015

Muka Surat 2 / 23

KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN............................................................................................................... 3 2.0 MEMULAKAN SISTEM ............................................................................................... 3 2.1 LOG MASUK KE SISTEM .......................................................................................... 4 3.0 TAPISAN KESELAMATAN PENGAWAL NEPAL ................................................. 5 3.1 PERMOHONAN TAPISAN ......................................................................................... 7 3.1.1 Papar Maklumat Permohonan Tapisan Keselamatan ...................................................... 8 3.1.2 Permohonan Baru Tapisan Keselamatan ......................................................................... 9 3.1.3 Pembatalan Permohonan Tapisan Keselamatan ........................................................... 13 3.2 KEPUTUSAN TAPISAN ............................................................................................ 14 3.2.1 Carian Mengikut Status................................................................................................ 14 3.2.2 Carian Mengikut Nama Pengawal Nepal ...................................................................... 17 3.3 SEMAKAN TIDAK LENGKAP ................................................................................ 17 3.3.1 Kemaskini Permohonan ............................................................................................... 19 3.3.2 Batal Permohonan ........................................................................................................ 19 3.3.3 Hantar Semula Permohonan ........................................................................................ 20 3.3 PERMOHONAN PEMBERHENTIAN ..................................................................... 21 3.4 SENARAI PEMBERHENTIAN ................................................................................. 22

MANUAL PENGGUNA eSIMS (SISTEM PENGURUSAN INDUSTRI KESELAMATAN) BAGI SYARIKAT/AGENSI PERSENDIRIAN TAPISAN KESELAMATAN – PENGAWAL NEPAL

No. Dokumen KDN. 100 – 11/2/44 ( ) No. Keluaran Versi 1.0 No. Pindaan 0 Tarikh Kuatkuasa Oktober 2015

Muka Surat 3 / 23

1.0 PENGENALAN

Manual Pengguna ini bertujuan untuk memberi panduan kepada Agensi Persendirian dan Syarikat

Kawalan Keselamatan mengenai tatacara penggunaan Sistem Pengurusan Industri Keselamatan

(eSIMS) bagi Modul Tapisan Keselamatan Pengawal Nepal. Aplikasi eSIMS ini bertujuan untuk

memudahkan pihak Agensi Persendirian dan Syarikat Kawalan Keselamatan membuat permohonan

yang berkaitan lesen dan pengawal keselamatan secara online.

2.0 MEMULAKAN SISTEM

Sistem Pengurusan Industri Keselamatan juga dikenali sebagai Electronic Security Industry

Management System (eSIMS), boleh dicapai menerusi https://esims.moha.gov.my . Antara Pelayar

Internet ( Web Browser ) yang boleh digunakan adalah seperti berikut :

Mozilla Firefox

Google Chrome

Internet Explorer

Nota : Bagi paparan dan fungsi terbaik, sila gunakan pelayar web yang terkini (Google Chrome, Mozilla Firefox, Internet

Explorer dengan versi yang terkini) dengan resolusi skrin 1024x768 ke atas.

Setiap pengguna syarikat yang ingin menggunakan eSIMS memerlukan Nama Pengguna dan Kata

Laluan. Sekiranya pengguna tiada Nama Pengguna dan Kata Laluan, sila hubungi pentadbir sistem

( Bahagian KK) untuk mendapatkannya.

MANUAL PENGGUNA eSIMS (SISTEM PENGURUSAN INDUSTRI KESELAMATAN) BAGI SYARIKAT/AGENSI PERSENDIRIAN TAPISAN KESELAMATAN – PENGAWAL NEPAL

No. Dokumen KDN. 100 – 11/2/44 ( ) No. Keluaran Versi 1.0 No. Pindaan 0 Tarikh Kuatkuasa Oktober 2015

Muka Surat 4 / 23

2.1 LOG MASUK KE SISTEM

1. Buka pelayar internet anda dan taip alamat berikut : https://esims.moha.gov.my

2. Sila masukkan Nama Pengguna dan Kata Laluan.

i) Nama Pengguna yang sah, contoh : ADMIN

ii) Katalaluan yang sah, contoh : abc123

iii) Klik pada butang <MASUK> bagi mengakses sistem.

Sekiranya Nama Pengguna atau Katalaluan salah, sistem akan memaparkan notifikasi

seperti rajah di bawah.

MANUAL PENGGUNA eSIMS (SISTEM PENGURUSAN INDUSTRI KESELAMATAN) BAGI SYARIKAT/AGENSI PERSENDIRIAN TAPISAN KESELAMATAN – PENGAWAL NEPAL

No. Dokumen KDN. 100 – 11/2/44 ( ) No. Keluaran Versi 1.0 No. Pindaan 0 Tarikh Kuatkuasa Oktober 2015

Muka Surat 5 / 23

3. Sekiranya Nama Pengguna dan Katalaluan sah, sistem akan memaparkan halaman

utama sistem ini, skrin utama Sistem eSIMS adalah seperti rajah di bawah.

3.0 TAPISAN KESELAMATAN PENGAWAL NEPAL

• Agensi Persendirian dan Syarikat Kawalan Keselamatan perlu membuat Tapisan

Keselamatan bagi pengawal-pengawal keselamatan syarikat/agensi yang bekerja dengan

syarikatnya. Berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pihak syarikat untuk

proses Tapisan Keselamatan.

• Pada menu yang terdapat di sebelah kiri sistem, pilih menu Pengawal Nepal dan klik,

terdapat 5 pilihan submenu yang dipaparkan iaitu :-

1) Permohonan Tapisan

2) Keputusan Tapisan

3) Semakan Tidak Lengkap

MANUAL PENGGUNA eSIMS (SISTEM PENGURUSAN INDUSTRI KESELAMATAN) BAGI SYARIKAT/AGENSI PERSENDIRIAN TAPISAN KESELAMATAN – PENGAWAL NEPAL

No. Dokumen KDN. 100 – 11/2/44 ( ) No. Keluaran Versi 1.0 No. Pindaan 0 Tarikh Kuatkuasa Oktober 2015

Muka Surat 6 / 23

4) Permohonan Pemberhentian

5) Senarai Pemberhentian

SUBMENU KETERANGAN

1) Permohonan Tapisan

Membenarkan syarikat mendaftar pengawal untuk proses

tapisan dan menyenaraikan permohonan yang telah dibuat

oleh syarikat.

2) Keputusan Tapisan

Menyenaraikan semua permohonan yang telah mempunyai

status tapisan keselamatan.

3) Semakan Tidak Lengkap

Submenu ini membolehkan syarikat menyenaraikan

permohonan yang tidak lengkap yang perlu dikemaskini

semula oleh syarikat.

4) Permohonan

Pemberhentian

Membenarkan syarikat membuat permohonan untuk

pemberhentian bagi pengawal-pengawal yang bekerja di

syarikatnya.

5) Senarai Pemberhentian

Menyenaraikan pengawal-pengawal yang telah berhenti.

bekerja.

MANUAL PENGGUNA eSIMS (SISTEM PENGURUSAN INDUSTRI KESELAMATAN) BAGI SYARIKAT/AGENSI PERSENDIRIAN TAPISAN KESELAMATAN – PENGAWAL NEPAL

No. Dokumen KDN. 100 – 11/2/44 ( ) No. Keluaran Versi 1.0 No. Pindaan 0 Tarikh Kuatkuasa Oktober 2015

Muka Surat 7 / 23

3.1 PERMOHONAN TAPISAN

• Gerakkan tetikus pada menu Permohonan Tapisan dan klik, skrin Senarai Permohonan

Tapisan Keselamatan akan dipaparkan seperti rajah di bawah.

MANUAL PENGGUNA eSIMS (SISTEM PENGURUSAN INDUSTRI KESELAMATAN) BAGI SYARIKAT/AGENSI PERSENDIRIAN TAPISAN KESELAMATAN – PENGAWAL NEPAL

No. Dokumen KDN. 100 – 11/2/44 ( ) No. Keluaran Versi 1.0 No. Pindaan 0 Tarikh Kuatkuasa Oktober 2015

Muka Surat 8 / 23

• Antara kemudahan yang disediakan di dalam menu ini adalah Paparan Maklumat

Permohonan dan Status serta Permohonan Tapisan Baru.

• Sekiranya terdapat banyak permohonan, pengguna boleh membuat carian khusus mengikut

kategori yang bersesuaian.

• Masukkan kata kunci yang dikehendaki pada ruang Carian yang disediakan serta pilih

kategori carian yang berkaitan dan seterusnya klik butang .

• Rajah di bawah menunjukkan pilihan jenis-jenis status.

3.1.1 Papar Maklumat Permohonan Tapisan Keselamatan

1) Gerakkan tetikus pada ikon yang terdapat pada ruang Aktiviti bagi permohonan

yang dikehendaki dan klik. Skrin Maklumat Peribadi bagi permohonan tersebut

akan dipaparkan seperti rajah di bawah.

2) Klik butang untuk kembali ke skrin Senarai Permohonan Tapisan

Keselamatan.

MANUAL PENGGUNA eSIMS (SISTEM PENGURUSAN INDUSTRI KESELAMATAN) BAGI SYARIKAT/AGENSI PERSENDIRIAN TAPISAN KESELAMATAN – PENGAWAL NEPAL

No. Dokumen KDN. 100 – 11/2/44 ( ) No. Keluaran Versi 1.0 No. Pindaan 0 Tarikh Kuatkuasa Oktober 2015

Muka Surat 9 / 23

3.1.2 Permohonan Baru Tapisan Keselamatan

1) Halakan tetikus ke butang dan tekan klik, seterusnya skrin Permohonan

Tapisan Keselamatan Pengawal Nepal akan dipaparkan seperti rajah di bawah.

2) Pengguna perlu mengisi Nombor Passport sebagai pengesahan.

3) Sila masukkan Nombor Passport. Sistem akan membuat semakan ke atas Nombor

Passport yang dimasukkan.

4) Notifikasi akan dipaparkan sekiranya Nombor Passport yang dimasukkan tidak

menepati syarat.

5) Contoh notifikasi apabila pengguna memasukkan Nombor Passport yang telah

membuat tapisan dan masih bekerja di syarikat yang sama.

MANUAL PENGGUNA eSIMS (SISTEM PENGURUSAN INDUSTRI KESELAMATAN) BAGI SYARIKAT/AGENSI PERSENDIRIAN TAPISAN KESELAMATAN – PENGAWAL NEPAL

No. Dokumen KDN. 100 – 11/2/44 ( ) No. Keluaran Versi 1.0 No. Pindaan 0 Tarikh Kuatkuasa Oktober 2015

Muka Surat 10 / 23

6) Contoh notifikasi apabila pengguna memasukkan Nombor Passport yang masih

bekerja di syarikat yang lain.

7) Sila masukan Nombor Passport yang belum membuat tapisan ( bagi yang telah

berhenti atau gagal tapisan juga dibenarkan membuat permohonan tapisan baru )

8) Sekiranya melepasi syarat, sistem akan memapaparkan skrin Maklumat Peribadi

seperti rajah di bawah.

i. Maklumat Peribadi

1) Gerakkan tetikus ke Maklumat Peribadi dan tekan klik, skrin Maklumat

Peribadi akan dipaparkan seperti rajah di bawah.

MANUAL PENGGUNA eSIMS (SISTEM PENGURUSAN INDUSTRI KESELAMATAN) BAGI SYARIKAT/AGENSI PERSENDIRIAN TAPISAN KESELAMATAN – PENGAWAL NEPAL

No. Dokumen KDN. 100 – 11/2/44 ( ) No. Keluaran Versi 1.0 No. Pindaan 0 Tarikh Kuatkuasa Oktober 2015

Muka Surat 11 / 23

2) Isikan semua ruangan mandatori (*) yang diperlukan di tab Maklumat

Peribadi seperti yang dipaparkan di atas.

3) Seterusnya pengguna perlu muat naik gambar berukuran passport, saiz

maksimum bagi gambar adalah 2 Mb. Jenis format gambar yang

dibenarkan adalah .jpeg, .jpg, .png dan .gif.

4) Caranya gerakkan tetikus ke butang dan tekan klik, seterusnya

skrin paparan seperti bawah akan dipaparkan.

MANUAL PENGGUNA eSIMS (SISTEM PENGURUSAN INDUSTRI KESELAMATAN) BAGI SYARIKAT/AGENSI PERSENDIRIAN TAPISAN KESELAMATAN – PENGAWAL NEPAL

No. Dokumen KDN. 100 – 11/2/44 ( ) No. Keluaran Versi 1.0 No. Pindaan 0 Tarikh Kuatkuasa Oktober 2015

Muka Surat 12 / 23

5) Pilih fail yang dikendaki dari folder fail komputer pengguna sendiri dan klik

butang seterusnya gambar akan dipaparkan di ruang Gambar

Passport.

6) Seterusnya klik butang .

7) Sebaik sahaja klik butang OK, sekiranya maklumat berjaya disimpan, satu

notifikasi akan dipaparkan “ Maklumat Berjaya Ditambah “.

8) Sistem akan kembali ke halaman Permohonan Tapisan.

• Sila pastikan permohonan yang telah diisi tadi disenaraikan pada halaman ini. Skrin

seperti rajah di bawah.

• Pengguna boleh menyemak semula permohonan yang telah dihantar dengan cara

klik ikon untuk paparan permohonan.

• Jika terdapat sebarang pindaan pengguna perlu klik ikon untuk membuat

pengemaskinian.

• Gerakkan tetikus ke butang dan klik, satu skrin Perakuan akan dipaparkan

seperti rajah di bawah.

• Seterusnya Skrin Pengesahan akan dipaparkan seperti rajah di bawah.

MANUAL PENGGUNA eSIMS (SISTEM PENGURUSAN INDUSTRI KESELAMATAN) BAGI SYARIKAT/AGENSI PERSENDIRIAN TAPISAN KESELAMATAN – PENGAWAL NEPAL

No. Dokumen KDN. 100 – 11/2/44 ( ) No. Keluaran Versi 1.0 No. Pindaan 0 Tarikh Kuatkuasa Oktober 2015

Muka Surat 13 / 23

• Tandakan pada tab Perakuan seperti skrin paparan di atas.

• Seterusnya klik butang , satu notifikasi mesej “Permohonan Berjaya

Dihantar” akan dipaparkan.

• Semak semula di skrin Permohonan Tapisan setelah perakuan pengesahan

dilakukan. Status permohonan akan bertukar kepada Permohonan Baru seperti rajah

di bawah.

3.1.3 Pembatalan Permohonan Tapisan Keselamatan

• Sekiranya pengguna ingin membatalkan permohonan tapisan baru, klik ikon .

MANUAL PENGGUNA eSIMS (SISTEM PENGURUSAN INDUSTRI KESELAMATAN) BAGI SYARIKAT/AGENSI PERSENDIRIAN TAPISAN KESELAMATAN – PENGAWAL NEPAL

No. Dokumen KDN. 100 – 11/2/44 ( ) No. Keluaran Versi 1.0 No. Pindaan 0 Tarikh Kuatkuasa Oktober 2015

Muka Surat 14 / 23

• Satu notifikasi akan dipaparkan untuk pengesahan pembatalan permohonan.

3.2 KEPUTUSAN TAPISAN

• Gerakkan tetikus pada menu Keputusan Tapisan dan klik, seterusnya skrin Keputusan

Tapisan Pengawal Nepal akan dipaparkan seperti rajah di bawah.

• Terdapat dua keadah carian Keputusan Permohonan Tapisan yang boleh dilakukan oleh

setiap pengguna iaitu :-

1) Carian Mengikut Status

2) Carian Mengikut Nama Pengawal

3.2.1 Carian Mengikut Status

• Pengguna boleh membuat carian khusus mengikut kategori yang bersesuaian.

MANUAL PENGGUNA eSIMS (SISTEM PENGURUSAN INDUSTRI KESELAMATAN) BAGI SYARIKAT/AGENSI PERSENDIRIAN TAPISAN KESELAMATAN – PENGAWAL NEPAL

No. Dokumen KDN. 100 – 11/2/44 ( ) No. Keluaran Versi 1.0 No. Pindaan 0 Tarikh Kuatkuasa Oktober 2015

Muka Surat 15 / 23

• Pilih pada ruang kategori carian yang berkaitan yang disediakan dan seterusnya klik butang

.

• Terdapat 2 jenis status yang akan dipaparkan iaitu :-

1) Lulus

2) Gagal

1) Status Lulus

1) Gerakkan tetikus ke ruang Status dan klik pada . Pilih Lulus dan

seterusnya tekan butang . Skrin Keputusan Tapisan Keselamatan

akan dipaparkan seperti di bawah.

2) Seterusnya gerakkan tetikus ke ruang Aktiviti, klik butang untuk

memaparkan Maklumat Permohonan. Paparan skrin adalah seperti berikut :-

MANUAL PENGGUNA eSIMS (SISTEM PENGURUSAN INDUSTRI KESELAMATAN) BAGI SYARIKAT/AGENSI PERSENDIRIAN TAPISAN KESELAMATAN – PENGAWAL NEPAL

No. Dokumen KDN. 100 – 11/2/44 ( ) No. Keluaran Versi 1.0 No. Pindaan 0 Tarikh Kuatkuasa Oktober 2015

Muka Surat 16 / 23

3) Gerakkan tetikus ke ruang Aktiviti, klik butang Sijil Keputusan. Contoh

memo keputusan tapisan adalah seperti rajah di bawah.

2) Gagal

• Gerakkan tetikus ke ruang Keputusan dan klik pada . . Pilih Gagal

dan tekan butang . Skrin Keputusan Tapisan Keselamatan akan

dipaparkan seperti di bawah.

• Ulangi seperti langkah Lulus di atas.

MANUAL PENGGUNA eSIMS (SISTEM PENGURUSAN INDUSTRI KESELAMATAN) BAGI SYARIKAT/AGENSI PERSENDIRIAN TAPISAN KESELAMATAN – PENGAWAL NEPAL

No. Dokumen KDN. 100 – 11/2/44 ( ) No. Keluaran Versi 1.0 No. Pindaan 0 Tarikh Kuatkuasa Oktober 2015

Muka Surat 17 / 23

3.2.2 Carian Mengikut Nama Pengawal Nepal

• Gerakkan tetikus ke ruang Carian dan klik pada . Pilih Nama Pengawal Nepal

atau No KP Baru dan tekan butang . Seterusnya senarai permohonan akan

dipaparkan mengikut jenis pilihan.

• Gerakkan tetikus ke ruang Aktiviti, klik butang untuk memaparkan butiran permohonan.

• Seterusnya gerakkan tetikus ke ruang Aktiviti, klik butang Sijil Keputusan.

3.3 SEMAKAN TIDAK LENGKAP

• Gerakkan tetikus pada menu Semakan Tidak Lengkap dan klik, skrin Senarai Permohonan

Tidak Lengkap akan dipaparkan seperti rajah di bawah.

• Semua permohonan yang dihantar oleh pengguna syarikat di mana status permohonannya

tidak lengkap akan disimpan di menu ini.

MANUAL PENGGUNA eSIMS (SISTEM PENGURUSAN INDUSTRI KESELAMATAN) BAGI SYARIKAT/AGENSI PERSENDIRIAN TAPISAN KESELAMATAN – PENGAWAL NEPAL

No. Dokumen KDN. 100 – 11/2/44 ( ) No. Keluaran Versi 1.0 No. Pindaan 0 Tarikh Kuatkuasa Oktober 2015

Muka Surat 18 / 23

1) Kemas kini maklumat yang tidak lengkap dengan klik butang dan seterusnya tekan

butang .

2) Klik ikon Hantar pada ruang Aktiviti, untuk hantar permohonan Semula ke KDN

selepas dikemaskini. Skrin Akuan Pengesahan akan dipaparkan seperti rajah di bawah.

3) Tandakan pada bahagian Perakuan seperti skrin paparan di atas.

4) Seterusnya klik butang , satu notifikasi mesej “Permohonan Berjaya

Dihantar” akan dipaparkan.

MANUAL PENGGUNA eSIMS (SISTEM PENGURUSAN INDUSTRI KESELAMATAN) BAGI SYARIKAT/AGENSI PERSENDIRIAN TAPISAN KESELAMATAN – PENGAWAL NEPAL

No. Dokumen KDN. 100 – 11/2/44 ( ) No. Keluaran Versi 1.0 No. Pindaan 0 Tarikh Kuatkuasa Oktober 2015

Muka Surat 19 / 23

5) Semak semula di skrin Permohonan Tapisan setelah perakuan pengesahan dilakukan.

Status permohonan akan bertukar kepada status KDN Semak Semula.

3.3.1 Kemaskini Permohonan

• Tetapkan no permohonan atau nama pengawal yang dikehendaki. Klik ikon Kemaskini

Permohonan pada ruang Aktiviti, Skrin maklumat Peribadi akan dipaparkan seperti rajah

di bawah.

• Kemas kini maklumat yang tidak lengkap dan seterusnya tekan butang .

3.3.2 Batal Permohonan

• Tetapkan no permohonan atau nama pengawal yang dikehendaki. Klik ikon Batal

Permohonan pada ruang Aktiviti, Skrin notifikasi pembatalan permohonan akan

dipaparkan seperti rajah di bawah.

MANUAL PENGGUNA eSIMS (SISTEM PENGURUSAN INDUSTRI KESELAMATAN) BAGI SYARIKAT/AGENSI PERSENDIRIAN TAPISAN KESELAMATAN – PENGAWAL NEPAL

No. Dokumen KDN. 100 – 11/2/44 ( ) No. Keluaran Versi 1.0 No. Pindaan 0 Tarikh Kuatkuasa Oktober 2015

Muka Surat 20 / 23

• klik OK. Seterusnya permohonan tersebut akan hilang dari senarai semakan tidak

lengkap.

3.3.3 Hantar Semula Permohonan

• Tetapkan no permohonan atau nama pengawal yang dikehendaki. Klik ikon Hantar

pada ruang Aktiviti, untuk hantar permohonan Semula ke KDN selepas dikemaskini.

Skrin Akuan Pengesahan akan dipaparkan seperti rajah di bawah.

• Tandakan pada bahagian Perakuan seperti skrin paparan di atas.

• Seterusnya klik butang , satu notifikasi mesej “Permohonan Berjaya Dihantar”

akan dipaparkan.

• Semak semula di skrin Permohonan Tapisan setelah perakuan pengesahan dilakukan. Status

permohonan akan bertukar kepada status KDN Semak Semula seperti rajah di bawah.

MANUAL PENGGUNA eSIMS (SISTEM PENGURUSAN INDUSTRI KESELAMATAN) BAGI SYARIKAT/AGENSI PERSENDIRIAN TAPISAN KESELAMATAN – PENGAWAL NEPAL

No. Dokumen KDN. 100 – 11/2/44 ( ) No. Keluaran Versi 1.0 No. Pindaan 0 Tarikh Kuatkuasa Oktober 2015

Muka Surat 21 / 23

3.3 PERMOHONAN PEMBERHENTIAN

• Gerakkan tetikus pada menu Permohonan Pemberhentian dan klik, seterusnya skrin

Senarai Pemberhentian Pengawal Nepal akan dipaparkan seperti rajah di bawah.

• Senarai semua Pengawal Nepal yang masih bekerja akan dipaparkan seperti rajah di atas.

• Tetapkan no permohonan atau nama pengawal yang dikehendaki. Klik ikon

Pemberhentian pada ruang Aktiviti, untuk diberhentikan. Skrin Pengesahan

Pemberhentian akan dipaparkan seperti rajah di bawah.

MANUAL PENGGUNA eSIMS (SISTEM PENGURUSAN INDUSTRI KESELAMATAN) BAGI SYARIKAT/AGENSI PERSENDIRIAN TAPISAN KESELAMATAN – PENGAWAL NEPAL

No. Dokumen KDN. 100 – 11/2/44 ( ) No. Keluaran Versi 1.0 No. Pindaan 0 Tarikh Kuatkuasa Oktober 2015

Muka Surat 22 / 23

• Gerakkan tetikus ke tab Pengesahan Pemberhentian dan klik. Seterusnya satu notifikasi

mesej Pemberhentian Berjaya Disahkan akan dipaparkan.

• Klik butang untuk paparkan semula skrin Senarai Pemberhentian Pengawal Nepal.

• Permohonan pemberhentian ini dihantar untuk dapatkan pengesahan dan kelulusan

Bahagian KK.

3.4 SENARAI PEMBERHENTIAN

• Gerakkan tetikus pada menu Senarai Pemberhentian dan klik, seterusnya skrin Senarai

Pemberhentian Pengawal Nepal akan dipaparkan seperti rajah di bawah.

MANUAL PENGGUNA eSIMS (SISTEM PENGURUSAN INDUSTRI KESELAMATAN) BAGI SYARIKAT/AGENSI PERSENDIRIAN TAPISAN KESELAMATAN – PENGAWAL NEPAL

No. Dokumen KDN. 100 – 11/2/44 ( ) No. Keluaran Versi 1.0 No. Pindaan 0 Tarikh Kuatkuasa Oktober 2015

Muka Surat 23 / 23

• Pengguna boleh membuat penyemakan senarai nama pengawal yang telah berhenti atau

diberhentikan dengan menggunkan carian Nombor Passport.