sistem pendidikan awal kemerdekaan malaya

Upload: susi-hong

Post on 07-Apr-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/4/2019 Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan Malaya

    1/4

    Tajuk: 1. Bincangkan rasional dan matlamat sistem pendidikan awal kemerdekaan Malaya.

    1.0 Pendahuluan

    Malaya telah mendapatkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Adalah sangat penting untuk

    sesebuah negara mempunyai rakyat yang berilmu dan berpendidikan. Rakyat yang

    berpendidikan merupakan aset kepada negara terutama bagi Malaya yang baru sahaja

    mendapatkan kemerdekaan. Rasional dan matlamat sistem pendidikan awal kemerdekaan

    adalah berbeza daripada sistem pendidikan negara pada masa kini.

    1.1 Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan Malaya

    Rasional dan matlamat sistem pendidikan pada awal kemerdekaan adalah berbeza kerana

    dipengaruhi keadaan pada masa itu. Terdapat dua penyata yang memainkan penting dalam

    sistem pendidikan Malaya pada ketika itu iaitu Penyata Razak (1956) dan Penyata Rahman

    Talib (1960).

    1.1.1 Penyata Razak(1956)

    Penyata Razak telah dibentangkan dan diluluskan dalam Majlis Perundangan Persekutuan

    pada bulan April,1957 (Mok, 2010). Penyata ini kemudiaannya telah dikuatkasakan sebagai

    Ordinan Pelajaran 1957. Antara intisari Penyata Razak (1956) dan Ordinan Pelajaran

    Pelajaran 1957 ialah:

    a. pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan.

    b. pengakuan matlamat akhir Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu menjadi bahasa

    penghantar utama di semua institusi pendidikan.

    c. permulaan kurikulum sekolah yang sama dan berorientasikan alam sekeliling Malaya

    bagi semua jenis sekolah kebangsaan.

    d. mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi setiap peringkat yang sama bagi

    semua murid.

    1.1.2 Penyata Rahman Talib 1960

  • 8/4/2019 Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan Malaya

    2/4

    Penyata Rahman Talib 1960 telah dijadikan sebagai Ordinan Pelajaran 1961 (Mok,2010).

    Antara intisasri Penyata Rahman Talib ialah:

    a. permulaan untuk perlaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama

    dan proses penukarannya mengikut satu jadual yang ditentukan.

    b. Sistem Peperiksaan Kebangsaan ditetapkan dengan menggunakan Bahasa Melayu

    dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sahaja.

    c. penekanan usaha kepada pendidikan Vokasional dan Teknik untuk memenuhi

    keperluan tenaga mahir negara.

    d. penekanan kepada mata pelajaran Pendidikan Agama dan Moral di semua peringkat

    sekolah sebagai teras untuk memenuhi keperluan kerohanian rakyat Malaysia.

    1.2 Rasional dan Matlamat Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan Malaya

    Rasional sistem pendidikan negara pada alaf ini adalah berbeza daripada zaman awal

    kemerdekaan. Situasi pada zaman itu telah memainkan peranan besar dalam menentukan

    halatuju sistem pendidikan pada ketika itu. Antara rasional dan matlamat sistem pendidikan

    awal kemerdekaan Malaya ialah perpaduan kaum yang ingin dipupuk, menyeimbangkan

    taraf pendidikan antara kaum, merapatkan jurang perbezaan antara luar bandar dan bandar,

    menanamkan taat setia kepada negara dan memartabatkan Bahasa Melayu.

    1.2.1 Perpaduan Kaum

    Rasional dan matlamat utama sistem pendidikan awal kemerdekaan ialah mewujudkan

    perpaduan antara kaum di Malaya. Kemasukan imigran dari China dan India telah

    mewujudkan masyarakat majmuk di Malaya pada ketika itu. Setiap kaum kurang bergaul

    antara kaum disebabkan faktor geografi atau penempatan, sosioekonomi dan latarbelakang

    pendidikan. Bagi memastikan keharmonian Malaya dapat dikekalkan, adalah penting untuk

    mewujudkan perpaduan antara kaum. Jalan penyelesaian bagi masalah ini ialah dengan

    menggubal sistem pendidikan yang mampu memupuk perpaduan dalam kalangan kaum.

    Sebagai contoh, Penyata Razak telah membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang

    menekankan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Tujuannya adalah

    untuk menyatu padukan kanak-kanak berlainan bangsa dibawah satu sistem pendidikan

    kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar

  • 8/4/2019 Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan Malaya

    3/4

    (Abdullah, 2009). Apabila kanak-kanak ini bergaul antara sama lain, perpaduan antara kaum

    dapat dipupuk dengan lebih mudah.

    1.2.2 Menyeimbangkan Taraf Pendidikan Kaum

    Taraf pendidikan mengikut kaum pada awal kemerdekaan adalah tidak seimbang iaitu

    majoriti kaum Melayu hanya mendapat pendidikan rendah sahaja manakala kaum India

    hanya setakat mendapat pendidikan di sekolah dasar sahaja dan kaum Cina melanjutkan

    pelajaran ke China jika berkemampuan. Ini merupakan perkembangan yang tidak sihat

    khususnya buat negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum. Sistem pendidikan

    yang sama rata untuk semua kaum seharusnya diperkenalkan untuk mengelakkan sebarang

    perselisihan dan ketidakseimbangan peluang pendidikan antara kaum. Penyata Rahman Talib

    telah mencadangkan penubuhan sekolah yang dipanggil Sekolah Pelajaran Lanjutan untuk

    menampung semua murid sekolah rendah masuk ke sekolah menengah (Mok, 2010).

    1.2.3 Merapatkan Jurang Perbezaan Antara Penduduk Bandar dan Luar Bandar

    Pada awal kemerdekaan Malaya, jurang perbezaan antara penduduk bandar dan luar bandar

    sangat ketara. Ini disebabkan faktor sosioekonomi dan dasar pecah perintah yang dilakukan

    oleh British. Sistem pendidikan digubal untuk merapatkan jurang perbezaan tersebut agar

    keadilan penduduk luar bandar terbela. Kaum India dan Melayu merupakan majoriti kaum

    yang tinggal di luar bandar manakala kaum Cina merupakan majoriti kaum yang tinggal di

    bandar. Penyata Rahman Talib telah memansuhkan bayaran di semua sekolah rendah. Ini

    memastikan semua penduduk bandar mahupun luar bandar mendapat pendidikan percuma

    dan tidak ada alasan untuk tidak bersekolah. Ini merupakan pembelaan nasib bagi rakyat

    yang tidak berkemampuan khususnya di luar bandar.

    1.2.4 Menanamkan Taat Setia Pada Negara

    Setiap kaum sebelum dan awal kemerdekaan mempunyai cintakan negara asal mereka

    seperti kaum Cina yang berkiblatkan negara China. Ini merupakan perasaan yang

    seharusnya dikikis dalam diri rakyat Malaya. Pendidikan kaum Cina dan India berorientasikan

    negara asal manakala kaum Melayu berorientasikan pelajaran agama dan menumpukan

    kepada kemahiran 3 M iaitu membaca, menulis dan mengira. Penyata Razak (1956) telah

    membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang berorientasikan alam sekeliling Malaya

    bagi semua jenis sekolah kebangsaan. Ini membantu meningkatkan taat setia pada negara

    dalam pelbagai kaum di Malaya. Rakyat akan sedar bahawa negara mereka adalah Malaya

    bukan lagi negara asal mereka.

  • 8/4/2019 Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan Malaya

    4/4

    1.2.5 Memartabatkan Bahasa Melayu

    Selepas mencapai kemerdekaan, kerajaan memartabatkan Bahasa Melayu menjadi bahasa

    kebangsaan. Ini bertujuan untuk meluaskan dan mengukuhkan penggunaan satu bahasa

    yang digunakan oleh semua kaum di Malaya ketika itu. Penyata Razak telah menekankan

    penggunaan Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa penghantar di semua institusi

    pendidikan (Mok,2010). Menurut Professor Asmah, jawatankuasa Razak telah memberi nilai

    ekonomi kepada Bahasa Melayu (Mazlan Nordin, 2010). Bahasa Melayu telah dinaik taraf

    iaitu sebagai bahasa yang mempunyai nilai ekonomi di negara kita melalui beberapa faktor

    seperti Bahasa Melayu merupakan matapelajaran yang wajib lulus dalam semua peperiksaan

    awam dan juga menjadi satu syarat untuk lulus dalam Bahasa Melayu jika ingin memohon

    jawatan dalam kerajaan. Ini menunjukkan nilai Bahasa Melayu telah dipertingkatkan melalui

    penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

    Rujukan:

    Mazlan Nordin (2010). Utusan Online: Penyata Razak dan Era Baru Bahasa Melayu. Dipetik

    dari http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0516&pub=Utusan_M

    alaysia&sec=Rencana&pg=re_10.htm&arc=hive pada 1 March 2011.

    Mok, S.S. 2010. Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan IX: Bah.II(B):Kompetensi

    Fungsional. Selangor Darul Ehsan: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

    Abdullah (2009). Penyata Razak 1956. Dipetik dari

    http://ipm.upsi.edu.my/index.php?view=article&catid=19:utasan-

    pengarah&id=276:penyata-razak-1956&format=pdf&option=com_content&Itemid=8

    pada 3 Mac 2011.

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0516&pub=Utusan_M%09alaysia&sec=Rencana&pg=re_10.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0516&pub=Utusan_M%09alaysia&sec=Rencana&pg=re_10.htm&arc=hivehttp://ipm.upsi.edu.my/index.php?view=article&catid=19:utasan-%09pengarah&id=276:penyata-razak-1956&format=pdf&option=com_content&Itemid=8http://ipm.upsi.edu.my/index.php?view=article&catid=19:utasan-%09pengarah&id=276:penyata-razak-1956&format=pdf&option=com_content&Itemid=8http://ipm.upsi.edu.my/index.php?view=article&catid=19:utasan-%09pengarah&id=276:penyata-razak-1956&format=pdf&option=com_content&Itemid=8http://ipm.upsi.edu.my/index.php?view=article&catid=19:utasan-%09pengarah&id=276:penyata-razak-1956&format=pdf&option=com_content&Itemid=8http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0516&pub=Utusan_M%09alaysia&sec=Rencana&pg=re_10.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0516&pub=Utusan_M%09alaysia&sec=Rencana&pg=re_10.htm&arc=hive