sistem lampu

6
Teknologi Automotif Sistem Lampu FUNGSI : - Dua fungsi utama mengapa sistem lampu dipasang pada sesebuah kenderaan iaitu :- 1. Agar kenderaan kelihatan di waktu malam 2. Untuk menerangi jalan yang dilaluinya - Bagi tujuan di atas, terdapat beberapa jenis sistem lampu yang dipasang pada sesebuah kenderaan iaitu :- 1. Lampu utama – Terdapat dua pancaran yang dikeluarkan oleh lampu utama Lampu rendah – Bertujuan untuk mengelakkan pemandu kenderaan yang bertentangan mendapat silau. Lampu tinggi – Bertujuan untuk membolehkan pemandu melihat jauh ke hadapan dan menggunakan ianya sebagai isyarat semasa ingin memotong kenderaan yang lain. 2. Lampu belakang – Ianya digabungkan dengan lampu berhenti . 3. Lampu plat belakang – Untuk menerangi bahagian nombor plat belakang. 4. Lampu Isyarat – Ianya juga berfungsi sebagai lampu kecemasan. Lampu isyarat bertujuan untuk memberi isyarat kepada pemandu yang lain sebelum membelok ke kiri atau ke kanan Ianya dalam keadaan berkelip semasa dikendalikan. Selain itu ianya juga sebagai lampu kecemasan yang berfungsi semasa kenderaan diberhentikan di tepi jalan Mohd Sharizal Bin Sanik Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar

Upload: sharizal-sanik

Post on 12-Aug-2015

1.324 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

aUTOMOTIF

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Lampu

Teknologi AutomotifSistem Lampu

FUNGSI :

- Dua fungsi utama mengapa sistem lampu dipasang pada sesebuah kenderaan iaitu :-

1. Agar kenderaan kelihatan di waktu malam

2. Untuk menerangi jalan yang dilaluinya

- Bagi tujuan di atas, terdapat beberapa jenis sistem lampu yang dipasang pada sesebuah

kenderaan iaitu :-

1. Lampu utama – Terdapat dua pancaran yang dikeluarkan oleh lampu utama

Lampu rendah – Bertujuan untuk mengelakkan pemandu kenderaan yang

bertentangan mendapat silau.

Lampu tinggi – Bertujuan untuk membolehkan pemandu melihat jauh ke

hadapan dan menggunakan ianya sebagai isyarat semasa ingin memotong

kenderaan yang lain.

2. Lampu belakang

– Ianya digabungkan dengan lampu berhenti .

3. Lampu plat belakang

– Untuk menerangi bahagian nombor plat belakang.

4. Lampu Isyarat

– Ianya juga berfungsi sebagai lampu kecemasan. Lampu isyarat bertujuan untuk

memberi isyarat kepada pemandu yang lain sebelum membelok ke kiri atau ke kanan

Ianya dalam keadaan berkelip semasa dikendalikan. Selain itu ianya juga sebagai

lampu kecemasan yang berfungsi semasa kenderaan diberhentikan di tepi jalan

dalam keadaan kecemasan atau menunjukkan kenderaan tersebut rosak.

5. Lampu panel meter dan lampu siling kenderaan

– Lampu pada kotak panel meter bertujuan untuk menerangi bahagian kotak panel pada

‘dashboard’ pada waktu lampu utama di onkan. Manakala lampu siling berfungsi untuk

menerangi bahagian dalam kenderaan apabila diperlukan.

- Sistem lampu dibekalkan dengan arus dari bateri atau janakuasa (alternator). Pada

asasnya sistem lampu terdiri daripada suis, fius atau pemutus litar, litar pendawaian

dan mentol lampu.

- Lampu berhenti serta lampu bumbung tidak dikawal oleh suis lampu utama kerana

ianya mempunyai suis tersendiri.

Mohd Sharizal Bin SanikSekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar

Page 2: Sistem Lampu

Teknologi AutomotifSistem Lampu

JENIS-JENIS LITAR LAMPU

-Terdapat empat jenis litar yang dipasang pada sesebuah kenderaan iaitu :-

1. Litar lampu utama

2. Litar lampu berhenti

3. Litar lampu isyarat / kecemasan

A. LITAR LAMPU UTAMA

- Pada litar lampu utama, ianya terdiri daripada

Lampu rendah

Lampu tinggi

Lampu kecil/senja

Lampu belakang

Mohd Sharizal Bin SanikSekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar

Page 3: Sistem Lampu

Teknologi AutomotifSistem Lampu

B. LAMPU BERHENTI Dan LAMPU BUMBUNG

- Lampu berhenti berfungsi apabila pedal brek ditekan. Suis lampu berhenti di pasang

pada bahagian belakang pedal brek.

Litar pendawaian lampu berhenti dan lampu bumbung

C. LITAR LAMPU ISYARAT ARAH / KECEMASAN

- Lampu isyarat bertujuan untuk membolehkan pemadu memberi isyarat pada

pemandu lain sebelum membelok sama ada ke kiri atau ke kanan. Ianya juga

digunakan semasa ingin memotong sesebuah kenderaan yang lain.

- Selain itu sistem lampu isyarat juga boleh digunakan sebagai litar lampu kecemasan

yang mana berfungsi semasa pemandu memberhentikan kenderaan di tepi jalan atau

untuk menunjukkan bahawa kenderaan tersebut dalam keadaan rosak.

- Komponen litar pendawaian bagi sistem ini ialah bateri, fius, suis isyarat/arah, unit

pengelip, lampu pandu, pendawaian dan mentol.

Mohd Sharizal Bin SanikSekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar

Lampu penunjuk

Page 4: Sistem Lampu

Teknologi AutomotifSistem Lampu

Litar lampu isyarat / kecemasan

Mohd Sharizal Bin SanikSekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar

1 Bateri2 Fius3 Unit pengelip lampu isyarat4 Unit pengelip lampu kecemasan5 Suis lampu isyarat6 Suis lampu kecemasan7 Lampu isyarat8 lampu pandu