sistem kultur

28
Soalan: 3. Sistem kultur ( Dasar Tanaman Paksa) yang diperkenalkan oleh Johannes Van Bosch pada tahun 1830 didakwa sebagai satu penindasan Belanda terhadap penduduk peribumi Jawa. Mengapakah dikatakan sedemikian dan apakah tindakan yang telah diambil oleh Belanda dalam memperbaiki imej mereka ini?” Isi kandungan. 1.0 Pengenalan. 2.0 Sistem Tanaman Paksa. 2.1 Ciri-ciri sistem tanaman paksa dan perlaksanaan. 2.2 Mengapa dikatakan sebagai penindasan? 3.0 Tindakan Belanda. 3.1 Sistem Liberal dan Perlaksanaan. 3.2 Kesan. 3.2.1 Ekonomi. 3.3.1 Sosial. 3.3.1.1 Kebajikan. 3.3.1.2 Pendidikan. 3.3.1.3 Pembinaan Jalan Keretapi dan Pejabat Pos. 3.3.1.4 Pengairan. 3.3.1.5 Pertambahan penduduk. 4.0 Politik Etika. 4.1 Ciri-ciri dalam Politik Etika dan perlaksanaan. 4.1.1 Politik. 4.1.2 Ekonomi 4.1.3 Sosial. 4.2 Kesan. 4.2.1 Politik. 4.2.1.1 Pentadbiran. 4.2.2 sosial. 4.2.2.1 Pendidikan. 4.2.2.2 Kesihatan. 4.2.2.3 Infrastruktur. 4.3 Ekonomi. 5.0 Kesimpulan.

Upload: marshalljojoe

Post on 07-Dec-2015

48 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sistem kultur asia tenggara

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Kultur

Soalan: 3. “ Sistem kultur ( Dasar Tanaman Paksa) yang diperkenalkan oleh Johannes Van Bosch pada tahun 1830 didakwa sebagai satu penindasan Belanda terhadap penduduk peribumi Jawa. Mengapakah dikatakan sedemikian dan apakah tindakan yang telah diambil oleh Belanda dalam memperbaiki imej mereka ini?”

Isi kandungan.

1.0 Pengenalan.2.0 Sistem Tanaman Paksa.

2.1 Ciri-ciri sistem tanaman paksa dan perlaksanaan.2.2 Mengapa dikatakan sebagai penindasan?

3.0 Tindakan Belanda.3.1 Sistem Liberal dan Perlaksanaan.3.2 Kesan.

3.2.1 Ekonomi.3.3.1 Sosial.

3.3.1.1 Kebajikan.3.3.1.2 Pendidikan.3.3.1.3 Pembinaan Jalan Keretapi dan Pejabat Pos.3.3.1.4 Pengairan.3.3.1.5 Pertambahan penduduk.

4.0 Politik Etika.4.1 Ciri-ciri dalam Politik Etika dan perlaksanaan.

4.1.1 Politik.4.1.2 Ekonomi4.1.3 Sosial.

4.2 Kesan.4.2.1 Politik.

4.2.1.1 Pentadbiran.4.2.2 sosial.

4.2.2.1 Pendidikan.4.2.2.2 Kesihatan.4.2.2.3 Infrastruktur.

4.3 Ekonomi.5.0 Kesimpulan.

Page 2: Sistem Kultur

1.0 Pengenalan.

Sebelum sistem tanaman paksa yang diperkenalkan oleh Van den Bosch dilaksanakan, terdapat satu sistem awal yang digunakan oleh pemerintah belanda dalam meningkatkan ekonomi kerajaan belanda iaitu sistem sewa tanah.1 Sistem sewa tanah ini diperkenalkan oleh Sir Stamford Raffles dan diteruskan oleh Komander Jeneral Van der Capellan. Walau bagaimanapun, usaha mereka dalam meningkatkan ekonomi mengalami kegagalan. Pada tahun 1829, Johannes Van den Bosch memberi cadangan tentang cultuurstelsel kepada Raja Belanda. Raja Belanda bersetuju dengan cadangan tersebut dan pada januari 1830, Van den Bosch tiba di Jawa sebagai Gabenor Jeneral yang baru.2 Asas-asas dalam sistem boleh dibahagikan dalam bahagian dalam laporannya antaranya seperti (1) “nasihat” 6 Mac 1829; (2) laporan kepada Menteri Tanah Jajahan pada 10 oktober 1830, surat cabinet No. 628/26; (3) laporan tentang dasar-dasar dan hasil awal Sistem Tanaman Paksa yang dibuat oleh Van den Bosch pada 1834 untuk penggantinya di Jawa, J.C. Baud.3 Perkara ini sebenarnya sangat membebankan Bosch kerana kerajaan Belanda dibebani dengan hutang yang sangat besar akibat peperangan yang berlaku di Eropah dan di Indonesia. Perang yang berlaku di Jawa Tengah dan di pantai utara Jawa Timur selama lima tahun diketuai oleh Pangeran Diponegero, yang juga dikenali sebagai ratu adil.4 Pada dasarnya, sistem tanaman paksa ataupun sistem yang tekenal dengan nama Cultuurrstelsel bererti satu pemulihan sistem eksploitasi seperti penyerahan-penyerahan wajib yang dilaksanakan oleh pemerintah VOC dahulu. Raffles sebelum ini cuba untuk menyakinkan petani di Jawa untuk meningkatkan pengeluaran hasil tanaman eksport mereka dengan cara tidak memaksa mereka dengan penyerahan-penyerahan wajib. Selain itu, Raffles memberikan mereka beberapa perjanjian yang difikirkan dapat meningkatkan

1Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto, Sejarah Asal Indonesia IV, Jakarta: Balai Pustaka, 1993, hlm. 90 mengatakan sistem sewa tanah mengandungi tiga aspek utama iaitu perlaksanaan sistem pemerintahan mengikut pemerintahan moden, perlaksanaan pemungutan sewa dan penanaman tanaman dagangan untuk dieksport. Pemerintahan moden bermaksud pemerintahan tidak langsung yang dahulunya dilaksanakan oleh raja-raja dan ketua-ketua tempatan ditukarkan kepada pemerintahan langsung. Dalam pemungutan sewa, setiap orang mesti membayar sewa dan tidak lagi dikenakan mengikut desa.

Penanaman tanaman dagangan eksport pula, petani diwajibkan menanam tanaman eksport seperti tanaman kopi.2Ricklef, M.C, sejarah Indonesia modern, Gajah Mada University Press, 1994, hlm. 183.3Robert Van Niel, Sistem Tanaman Paksa di Jawa, Jakarta: Pustaka LP3ES Indonesia, 2003, hlm. 6.4Terdapat banyak kajian ilmiah yang baik mengenai Diponegoro dan Perang Diponegoro (Stuers 1847; Louw, Klerck 1894-96; Weitzel 1852-53; Praag 1947; Sagimun 1965; Iskandar 1970; Forrester 1971; Kumar 1972). Satu lagi kajian yang terpenting ialah hasil karya P.R.B Carey (1972; 1974) yang menganalisis perang Diponegoro dengan merujuk sumber-sumber Penulisan daripada Belanda.

Page 3: Sistem Kultur

semangat mereka berkerja contohnya setelah mereka membayar sewa tanah, mereka akan memperolehi gaji melalui penjualan hasil-hasil pertanian mereka sendiri.

Kegagalan sistem sewa tanah menyebabkan Van den Bosch yakin bahawa pemulihan sistem penyerahan atau kerahan perlu dilaksanakan sekali lagi untuk memperoleh hasil tanaman dagangan untuk tujuan eksport. Hal ini juga disebabkan sistem sewa tanah tidak dapat mengeratkan hubungan secara langsung antara pemerintah dengan petani secara efektif. Hubungan yang baik akan menjamin hasil tanaman eksport tanpa mengharapakan peranan pemimpin tempatan seperti Bupati dan ketua-ketua kampung.5 Ini bermakna hubungan feudal dan tradisonal yang berlaku di kampung-kampung atau desa masih perlu dimanfaatkan sekiranya kerajaan inginkan perkembangan ekonomi berlaku. Sistem tanaman paksa juga mewajibkan petani di jawa untuk menanam tanaman-tanaman dagangan untuk dieksport ke pasaran dunia. Walaupun sistem eksploitasi VOC dan sistem tanaman paksa mempunyai persamaan khususnya dalam penyerahan wajib, tetapi pengaruh dan kesan sistem tanaman paksa terhadap kehidupan petani di Jawa lebih mendalam dan memeritkan daripada kesan pemerintahan VOC yang memerintah selama lebih dua abad.

2.0 Sistem tanaman paksa.

Pada abad ke-19, politik Belanda dan tanah jajahan secara rasmi boleh dibahagikan kepada dua iaitu negara kapitalis yang mengeksploitasi sumber bahan daripada India ataupun perusahaan persendirian yang digunakan untuk pengeksploitasian. Sebagai negara kapitalis, negara ini datang dengan satu pengenalan baru pada tahun 1830 yang dikenali sebagai Cultivation System atau dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai Culture System dan di ikuti dengan bahasa Belanda iaitu Cultuurrstelsel 6 dan dalam bahasa Malaysia, sistem tanaman paksa.

2.1 Ciri-ciri sistem tanaman paksa dan perlaksanaan.

Ciri-ciri utama dalam sistem tanaman paksa yang diperkenalkan oleh Van den Bosch adalah kewajiban rakyat Jawa untuk membayar sewa dalam bentuk barang iaitu hasil-hasil pertanian mereka dan bukannya dalam bentuk wang seperti yang dilaksanakan semasa dalam sistem sewa tanah. Van den Bosch berharap agar hasil-hasil dalam sewa tanaman dagangan boleh dihantar ke negeri Belanda untuk dijual kepada pembeli-pembeli daripada Amerika dan seluruh Eropah. Penjualan ini

5Bupati pada masa tersebut juga sentiasa meyakinkan Residen bahawa tanaman seperti tebu tidak membebankan petani kerana bupati akan mendapat keuntungan berdasarkan tanaman dagangan ini. oleh itu peranan bupati pada masa itu diperlukan oleh pemerintah. Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto, op. Cit., hlm. 97.6Cultuurstelsel bererti pemulihan sistem eksploitasi seperti penyerahan-penyerahan wajib yang pernah dilaksanakan semasa pemerintahan VOC dahulu. Collin Brown, A History of Indonesia: The Unlikely Nation?, Australia: Allen & Unwin, 2003, hlm. 83.

Page 4: Sistem Kultur

akan membawa keuntungan yang besar kepada pemerintah dan pengusaha Belanda. Sewa yang dikenakan ke atas petani jawa dikatakan dapat memberi keuntungan besar disebabkan penduduk Jawa semakin bertambah dan sumber tenaga kerja juga semakin banyak.

Dalam sistem tanaman paksa, asas yang diterapkan adalah di daerah Parahiyangan dan akan diperluaskan di seluruh Pulau Jawa. Van den Bosch mensasarkan setiap keluarga dapat menghasilkan sebanyak f.5. dalam sistem tanaman paksa ini. Menurut anggaran yang dibuat oleh Bosch, hasil dapat ditingkatkan sebanyak lebih kurang f.15 hingga f.20 juta jika sistem ini dilaksanakan di seluruh Pulau Jawa. Bosch juga yakin sistem ini menguntungkan petani disamping menyenangkan petani berbanding sistem sewa tanah yang diperkenalkan dahulu.7 Pembayaran sewa tanah diganti dengan pekerjaan wajib untuk tanaman dagangan selama 66 hari dalam setahun. Maka sistem ini dikatakan lebih baik daripada sistem sewa tanah yang diperkenalkan sebelum ini.

Asas-asas sistem tanaman paksa termaktub dalam Staatsblad ( Perlembagaan Negara) tahun 1834, no 22. Antara ciri-ciri sistem tanaman paksa mengikut Staatsblad seperti berikut:

1. Persetujuan diadakan dengan penduduk agar mereka menyediakan sebahagian daripada tanah mereka untuk penanaman tanaman dagangan yang akan dijual di pasaran Eropah.

2. Pembahagian tanah yang disediakan oleh penduduk tidak melebihi satu per lima dari tanah pertanian yang dimiliki oleh penduduk desa.

3. Perkerjaan yang diperlukan untuk menanam tanaman dagangan tidak melebihi pekerjaan yang diperlukan untuk menanam padi.

4. Tanah yang disediakan untuk menanam tanaman dagangan tidak akan dikenakan sewa.

5. Penduduk yang tidak mempunyai tanah dikehendaki bekerja selama 65 hari di kebun pemerintah.

6. Tanaman dagangan yang dihasilkan di tanah-tanah yang disediakan wajib diserahkan kepada pemerintah Hindia-Belanda. Jika hasil-hasil tanaman dagangan yang ditaksir melebihi pajak tanah yang harus dibayar oleh rakyat maka rakyat berhak menerima hasil lebihan jualan tersebut.

7. Tanaman yang rosak bukan disebabkan oleh kesungguhan atau kemalasan rakyat atau disebabkan oleh bencana alam tidak akan ditanggung oleh rakyat tetapi ditanggung oleh pemerintah.

7Bosch yakin bahawa penghapusan sistem sewa tanah dan pengenalan sistem tanaman paksa dapat menguntungkan petani kerana biasanya hasil yang diperolehi petani melebihi daripada hasil sewa yang dikenakan kepada petani.Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto, op. Cit., hlm. 99.

Page 5: Sistem Kultur

8. Penduduk desa akan diselia oleh ketua-ketua mereka dan pegawai Eropah hanya memastikan pekerjaan dilakukan seperti pembajakan tanah, dan pengangkutan hasil tanaman berjalan dengan baik dan tepat pada waktu.8

Contoh tanaman yang ditanam dalam sistem tanaman paksa ini seperti tanaman bermusim iaitu gula, nila, dan tembakau yang ditanam di tanah-tanah sawah yang ditanam berselang seli dengan padi dalam tempoh setahun. Tanaman tahunan pula meliputi tanaman-tanaman seperti lada, kopi, teh, lobak dan lain-lain.9 Tanaman-tanaman ini sangat penting dalam eksport pemerintah Belanda ke negara Eropah pada masa tersebut. Sebagai contoh, tanaman kopi. Sebelum ini, orang Eropah menggunakan rempah sebagai bahan pemanas badan mereka disebabkan oleh cuaca sejuk di Eropah. Selain daripada rempah, mereka memerlukan bahan lain untuk memanaskan badan mereka. Dengan kajian yang dilakukan, orang Eropah, mereka mendapati kopi boleh dijadikan sebagai bahan pemanas badan selain daripada rempah. Oleh itu, kopi menjadi tanaman yang penting dalam sistem tanaman paksa.

2.2 Mengapakah dikatakan menindas pribumi Jawa.

Menurut D.G.E.Hall, mereka (pemerintah) berpendapat bahawa petani-petani jawa terlalu bodoh untuk mengetahui kegunaan terbaik untuk tanahnya; maka mereka dipaksa untuk menanam tanaman eksport sebagaimana diarahkan oleh kerajaan dan kerajaan akan berhak memperoleh hasilnya sebagai cukai.10 Oleh itu, kita dapat melihat bahawa perlaksanaan sistem ini mempunyai tujuan ekonomi Belanda semata-mata. Jika di lihat secara luaran, sistem ini tidak menindas rakyat tetapi dalam perlaksanaan sistem ini, ia sangat berbeza daripada asas-asas dalam sistem tanaman paksa ini. Secara keseluruhannya, semua sistem yang dilaksanakan adalah berbeza kecuali sistem yang bernombor empat dan lapan sahaja yang tidak berubah. Pemerintah mengubah atau tidak menjalankan sistem tanaman paksa ini mengikut seperti apa yang tercatat dalam asas sistem tanaman paksa kerana pemerintah Belanda mahukan keuntungan yang lebih agar keewangan negara Belanda berada dalam keadaan stabil. Pemerintah tidak mengubah asas dalam sistem dalam nombor empat dan lapan kerana asas dalam sistem tersebut tidak memberi kerugian apa-apa kepada pemerintah sebaliknya memberi kelebihan kepada pemerintah Belanda.

8Ciri-ciri sistem tanaman paksa ini merupakan satu panduan dalam perlaksanaan sistem ini. Ibid, hlm. 100.9Terdapat banyak kajian ilmiah mengenai tanaman yang ada pada sistem tanaman paksa

(Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto 1993; Brown. C. 2003; Koentjaranegrat 1984; Ricklef, M.C 1994; Robert van Niel 2003; Furnivall, J.S 1939). Selain itu banyak lagi penulis yang mengkaji tentang tanaman paksa dan Bosch juga menulis laporan tentang sistem tanaman paksa yang dilaksanakan di Jawa.10Dengan ini, hasil yang dikumpulkan akan dibawa menggunakan kapal-kapal Belanda dan akan dijual di negeri Belanda. Dengan ini bermakna Belanda sekali lagi menjadi pusat perdagangan dunia bagi memasarkan hasil-hasil Tropika. Di samping itu, industri tanah air mereka diperluaskan lagi dengan mendapatkan pasaran tertutup bagi tanah jajahan Belanda. Hall, D.G.E, Sejarah Asia Tenggara, London: Macmillan Co & Ltd, 1987, hlm. 673.

Page 6: Sistem Kultur

Menurut Perlembagaan Negara 1834 nombor 22, setiap persetujuan antara pemerintah dengan rakyat, penggunaan sebahagian dari tanah petani harus berdasarkan persetujuan daripada petani tanpa unsur paksaan. Hakikatnya, keseluruhan perlaksaan sistem ini adalah berdasarkan paksaan daripada pihak pemerintah. Pihak pemerintah Kolonial juga menyalahgunakan kuasa pemimpin tempatan untuk memaksa rakyat agar mereka menyerahkan sebahagian daripada tanah mereka untuk digunakan dalam perlaksanaan sistem tanaman paksa.11 Pihak pemerintah melakukan perkara tersebut kerana semakin banyak tanah yang digunakan, keuntungan yang akan diperolehi pemerintah Belanda semakin tinggi. Pemimpin tempatan atau ketua-ketua desa memaksa rakyat untuk menyerahkan tanah mereka kepada pemerintah Belanda kerana mereka juga akan mendapat keuntungan daripada hasil tanaman paksa tersebut. Mereka memperolehi keuntungan melalui komisen melalui hasil tanaman dagangan yang dihasilkan oleh petani. Semakin tinggi hasil tanaman dagangan yang dihasilkan oleh petani, semakin banyak komisen yang akan diperolehi mereka. Dengan ini, pemerintah tempatan berusaha untuk menaikkan hasil tanaman dagangan.

Dari segi penanaman pula, terdapat unsur kekerasan dan pembaziran tenaga kerja dalam penanaman paksa ini. Ini dapat di lihat apabila pihak pemerintah mengarahkan rakyat untuk melaksanakan sistem tanaman paksa ini dengan cara yang tidak sepatutnya. Pembaziran tenaga kerja bermaksud pekerjaan selain daripada pekerjaan dalam sistem tanaman paksa tidak dapat dilaksanakan. Pemerintah mewajibkan setiap keluarga melibatkan diri dengan penanaman tanaman paksa ini.12 Petani juga tidak dapat melakukan kerja mereka sebaliknya terpaksa menumpukan perhatian terhadap sistem tanaman paksa yang dijalankan oleh pemerintah belanda. Oleh itu, tanaman yang diusahakan oleh petani sebelum ini terabai dan tidak dapat diusahakan.

Tanah-tanah yang akan digunakan dalam sistem tanaman paksa hanya satu per lima daripada keluasan tanah milik petani. Dalam perlaksanaan sistem ini, keluasan tanah yang digunakan lebih daripada yang dirancangkan oleh pemerintah Belanda. Pihak pemerintah mengambil sebanyak separuh atau lebih daripada tanah-tanah milik rakyat. Oleh itu, pengambilan tanah ini bukan sahaja merugikan petani malah membahayakan kehidupan mereka. Membahayakan kehidupan bermaksud akibat pekerjaan yang berat yang dilakukan dalam sistem tanaman

11Pemerintah munggunakan ketua-ketua desa kerana pemerintah tahu petani Jawa patuh dengan arahan ketua-ketua mereka. Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto, op. Cit., hlm. 100.12Dalam sistem tanaman paksa, terdapat lebih kurang 80 000 buah keluarga atau lebih kurang empat juta orang terlibat dengan tanaman paksa. Daripada jumlah ini, penduduk Jawa yang terlepas dalam sistem tanaman ini seperti tanaman kopi misalnya lebih kurang ¼ dari penduduk dan 1/13 daripada jumlah tanah yang digunakan untuk sitem tanaman paksa ini.

Page 7: Sistem Kultur

paksa, petani tidak mempunyai tenaga yang cukup untuk melakukan kegiatan harian mereka. Kematian juga dikatakan meningkat akibat pekerjaan berat dalam sistem ini.13 Penumpuan terhadap tanaman eksport menyebabkan petani tidak mempunyai masa dan tenaga untuk mengerjakan tanah yang disediakan untuk penanaman tanaman makanan. Tanaman makanan seperti padi tidak dapat ditanam. Oleh itu, bekalan beras tidak melebihi permintaan dan akhirnya kebuluran berlaku di Jawa.

Selain itu, peraturan-peraturan kerja berbeza dari setiap kawasan atau desa. Bosch sebenarnya berusaha untuk memusatkan kuasa eksekutif mengenai penanaman paksa ini tetapi usahanya tidak berhasil. Oleh itu, pegawai tempatan dan pegawai belanda semakin mendapat kuasa dalam menjalankan sistem tanaman paksa ini dengan sesuka hati mereka.14 Ketua-ketua desa yang tamak akan memaksa anak-anak buah mereka untuk menghasilkan seberapa banyak hasil tanaman dagangan yang boleh. Jika hasil tanaman dagangan banyak maka bupati atau ketua tempatan akan memperolehi komisen yang banyak. Oleh itu, pegawai-pegawai Belanda dan bupati akan mendapat keuntungan dan menyebabkan mereka menjadi kaya.

Mengikut asas dalam sistem tanaman paksa, pekerjaan dalam tanaman paksa tidak melebihi daripada pekerjaan tanaman padi. Dalam perlaksanaan sistem ini, ianya ternyata berbeza. Petani dipaksa untuk bekerja lebih lama untuk tanaman paksa berbanding dengan tanaman sendiri. Tekanan yang dihadapi oleh petani berbeza daripada setiap kawasan dan tanaman tetapi pada keseluruhannya mereka dipaksa bekerja lebih lama dalam tanaman paksa berbanding tanaman sendiri. Upah yang diberi sangat sedikit sehingga tidak dapat menampung keperluan hidup petani. Ramai petani bekerja dalam tempoh masa yang lama dan sebagai contohnya, petani terpaksa bekerja selama 200 hingga 225 hari berbanding 65 hari seperti yang dinyatakan dalam isi kandungan dalam sistem tanaman paksa. Menurut D.G.E Hall, masa menanam kopi selama 90 hari. Ini adalah kerana hierendiensten (buruh paksa) terpaksa berkerja untuk membina jalan-jalan dan jambatan dan beberapa kawasan di Jawa. Pekerja terpaksa bekerja lebih 200 hari dalam masa setahun.15 Staple pula berpendapat penghinaan paling kejam ialah pemungutan cukai tanah yang dikenakan walaupun terdapat larangan di dalam dasar keempat dan kesembilan.

13Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto, Sejarah Asal Indonesia V , Jakarta: Balai Pustaka, 1993, hlm. 8.

14Keadaan ini mendorong penyalahgunaan kuasa daripada pegawai-pegawai dengan bantuan ketua-ketua desa yang sememangnya berusaha untuk meningkatkan hasil tananman dagangan agar mereka mendapat keuntungan yang lebih. Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto, Sejarah Asal Indonesia IV, op. Cit., hlm. 103.15Dengan ini, penghasilan barang makanan semakin merosot kerana orang Jawa tidak berkesempatan untuk mengerjakan sawah mereka.Hall, D.G.E, Sejarah Asia Tenggara, London: Macmillan Co & Ltd, 1987, hlm. 675.

Page 8: Sistem Kultur

Kesengsaraan paling berat yang berlaku pada petani dapat di lihat di kawasan-kawasan yang menanam tanaman Nila terutamanya di daerah Parahyangan. Setelah tanaman nila diperkenalkan, semua lelaki di daerah Simpur dipaksa untuk bekerja di ladang-ladang nila dalam tempoh tujuh bulan secara berterusan. Hal ini menyebabkan sawah mereka tidak dapat diusahakan. Mereka tidak dapat menolak arahan ini dan tidak dibenarkan meninggalkan pekerjaan mereka. Oleh kerana sibuk berkerja mengusahakan tanaman dagangan dalam tempoh yang lama, mereka tidak dapat membersihkan sawah-sawah mereka. Dengan itu, sawah mereka berada dalam keadaan yang semak dan tidak terjaga. Dengan kata lain, padi tidak dapat dihasilkan disebabkan penumpuan diberi kepada sistem tanaman paksa.

Seterusnya berkaitan dengan pengecualian daripada sewa tanah. Mengikut asas dalam sistem tanaman paksa, tanah yang disediakan untuk tanaman paksa tidak akan dikenakan sewa tanah. Dalam perlaksanaannya, ia tidak begitu menyimpang daripada asasnya berbanding dengan asas lain dalam sistem tanaman paksa. Walau bagaimanapun, petani harus menangung dua beban iaitu melakukan kerja untuk tanaman paksa dan membayar sewa tanah. Hal ini menyebabkan keuntungan yang diperolehi pemerintah meningkat daripada f. 3 305 698 kepada f. 9 364 907. Petani bukan sahaja melakukan kerja untuk sistem tanaman paksa tetapi mereka juga harus membayar sewa tanah.16 Dalam perlaksanaan sistem ini, selain daripada membayar cukai, tanah yang dikecualikan daripada penanaman tanaman dagangan sebenarnya turut digunakan untuk menanam tanaman dagangan. Oleh itu, kita dapat melihat bagaimana pemerintah menggunakan sistem tanaman paksa ini sebagai satu alat eksploitasi ekonomi di tanah Jawa.

Seterusnya, kerugian yang bukan disebabkan oleh kecuaian petani dan disebabkan bencana alam akan di tanggung oleh pemerintah. Dalam perlaksanaannya, petani akan menanggung semua kerugian berkaitan dengan tanaman dagangan. Pemerintah tidak akan menanggung segala kerugian yang berlaku sebaliknya meminta petani membayar semua kerugian yang berlaku atas tanaman dagangan yang dirancang oleh pemerintah. Beban kepada petani jelas terbukti dengan sikap pemerintah yang tidak melaksanakan sistem tanaman paksa mengikut perjanjian asal. Hal ini menyebabkan petani semakin terseksa dengan pelaksanaan sistem ini. sistem yang dikatakan baik dan menguntungkan kedua-dua pihak iaitu pemerintah Belanda dan petani ternyata palsu dan hanya memberi satu hidup yang sukar kepada petani di Jawa.

Selain itu, petani harus melakukan pekerjaan lain selain daripada pekerjaan dalam sistem tanaman paksa. Mereka harus melakukan pekerjaan rodi17 kepada

16 Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto, Sejarah Asal Indonesia IV , op. Cit., hlm 105.17Pekerjaan rodi semasa zaman pemerintahan colonial secara umumnya meliputi pembangunan dan pemeliharaan seperti jalan-jalan raya, jambatan-jambatan, terusan-terusan dan (waduk-waduk). Rakyat juga untuk pembangunan dan pemeliharaan rumah-rumah dan (pesanggrahan2) untuk pegawai-pegawai kolonial dan untuk pekerjaan yang lain seperti

Page 9: Sistem Kultur

pemerintah dan juga ketua-ketua mereka. Pekerjaan rodi ini sebenarnya sudah berlaku sebelum sistem tanaman paksa tetapi mengalami perubahan dengan penambahan pekerjaan wajib yang dilakukan untuk tanaman paksa sehingga beban rakyat semakin berat.

Pekerjaan rodi memberi kesengsaraan yang lebih kepada rakyat ketika membina dan menjaga benteng-benteng untuk tentera penjajah. Pekerjaan ini sangat berat dan rawatan kesihatan untuk pekerja adalah kurang. Disebabkan rawatan kesihatan yang kurang, beribu-ribu penduduk meninggal dunia akibat penyakit berjangkit, kekurangan makanan dan lain-lain. Walau bagaimanpun, pekerjaan membuat benteng ini dihentikan kerana banyak nyawa terkorban selama pembinaan benteng ini dijalankan.18 Walaupun pembinaan benteng ini berjaya dilakukan, banyak nyawa telah terkorban. Dalam perang tersebut, penjajah belanda telah dikalahkan.

Seterusnya, jika kita lihat di beberapa daerah, banyak kesusahan-kesusahan dan keperitan hidup yang dialami oleh penduduk desa. Daerah Cirebon contohnya, pada tahun 1843, pihak pemerintah mengenakan sewa tambahan dalam bentuk beras kepada petani. Ini kerana Cirebon merupakan daerah yang melakukan kegiatan menanam padi lebih daripada tanaman dagangan. Keadaan ini semakin membebankan petani apabila penanaman padi di derah tersebut mengalami kegagalan dalam pengeluaran hasil. Pada pertengahan 1830, beberapa pegawai kolonial menulis laporan tentang kesan sistem ini di beberapa kawasan terutamanya di Jawa Tengah dan Barat Jawa. Seorang pentadbir koloni menulis laporan pada 19 Januari 1835 tentang lawatan beliau ke Ladang Nila di Barat Jawa yang jelas menunjukkan kesengsaraan dan keperitan hidup semasa sistem ini dilaksanakan.

“ On the roads as well as the plantations one does not meet people but only walking skeletons, which drag themselves with great difficulty from one place to another, often dying in process. The Regent (Bupati) pf Sukapura told me that some of the labourers who work in the plantation are in such a state of exhaustion that they die almost immediately after they have eaten from the food which is delievered to them as an advance payment for the produce to be delievered later”.19

Keadaan yang sama juga berlaku pada tahun 1848 di Demak dan 1850 di Grobongan akibat kegagalan dalam pengeluaran hasil. Kekurangan pengeluaran hasil dan kelaparan menyebabkan jumlah penduduk menunjukkan penurunan. Di

mengangkat surat dan barang-barang; menjaga gudang pemerintah kolonial dan lain-lain.18Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto, Sejarah Asal Indonesia IV, op. Cit., hlm. 109.19Krisis ini semakin menekan pada tahun 1840 dan 1840. Kelaparan banyak berlaku di kawasan Jawa Tengah pada tahun 1843 dan pada awal 1850. Kebanyakkan petani meninggalkan rumah dan mencari makanan di tempat lain dan biasanya berakhir di Bandar-bandar seperti di Semarang iaitu Bandar terbesar di Jawa Tengah.Collin Brown, op. Cit., hlm. 86.

Page 10: Sistem Kultur

Demak, daripada 336 000 orang kepada 120 000 orang. Selain itu, banyak daerah-daerah lain juga mengalami penurunan jumlah penduduk akibat kelaparan dan wabak penyakit. 20 Penurunan jumlah penduduk sangat ketara berbanding sebelumnya. Pemerintah terlalu mengharapkan hasil yang sangat banyak dalam tanaman dagangan. Oleh itu, mereka memaksa petani untuk berkerja lebih daripada kemampuan petani. Banyak nyawa terkorban dalam sistem tanaman paksa ini disebabkan kekurangan makanan untuk mengembalikan tenaga yang hilang akibat bekerja.

Furnivall (1939) mengatakan sistem tanaman paksa ini kemungkinan terdapat rasuah dan eksploitasi terhadap petani di Jawa. Namun pemerintah di negara Belanda tidak telalu mengambil berat mengenai laporan-laporan yang diperoleh mengenai hal itu. Ini disebabkan pemerintah di negara Belanda merasakan sistem tersebut menguntungkan petani dan sistem ini banyak membawa hasil keewangan kepada Belanda.21 Pada tahun 1850, gejala kelaparan timbul di Pulau Jawa. Perkara ini membawa kesedaran kepada pihak pemerintah di Belanda. Pelbagai kecaman yang dilancarkan pada tahun 1850 terhadap sistem tanaman paksa dan ini menyebabkan belanda sedikit demi sedikit mulai meninggalkan sistem ini.

Perlaksanaan sistem tanaman paksa membuktikan bahawa sistem ini sebenarnya satu eksploitasi terhadap petani di Jawa yang hanya mendatangkan keuntungan kepada pemerintah Belanda. Keuntungan ini menyebabkan penderitaan pemerintahan Belanda dikurangkan dan meningkatkan kemakmuran bangsa Belanda. Sistem tanaman paksa ini tidak menguntungkan petani Jawa malah menimbulkan penderitaan dan kesengsaraan yang besar dalam kehidupan mereka. Dalam tahun-tahun terakhir, sistem tanaman paksa semakin jelas di lihat sebagai satu sistem eksploitasi yang tidak begitu cekap. Oleh itu, terdapat pihak yang ingin memegang peranan utama dalam mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi Pulau Jawa dan akhirnya pada yahun 1870, sistem tanaman paksa dihapuskan. Dengan itu, syarikat swasta Belanda mula memasuki Pulau Jawa dan bemulalah satu lagi sistem baru yang akan dilaksanakan di Pulau Jawa iaitu sistem Liberal.

3.0 Tindakan Belanda.

Disebabkan sistem tanaman paksa telah dihentikan, pemerintah Belanda memperkenalkan satu lagi sistem yang akan menggantikan sistem tanaman paksa iaitu sistem liberal. Sistem ini berkekalan selama 30 tahun sebelum muncul satu lagi sistem yang akan digunakan di Pulau Jawa.

20Kelaparan dan wabak penyakit berpunca daripada kehidupan masyarakat petani Jawa yang tidak diberi perhatian oleh pemerintah, Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto, Sejarah Asal Indonesia IV, op. Cit., hlm. 112.21Koentjaranegrat, Kebudayaan Jawa, Jakarta: Balai Pustaka, 1984, hlm. 68.

Page 11: Sistem Kultur

3.1 Sistem Liberal dan perlaksanaan.

Sistem ekonomi kolonial antara tahun 1870 hingga 1900 pada umumnya disebut sistem liberal. Walaupun sistem tanaman paksa telah dihapuskan, kaum liberal juga ternyata enggan menghapuskan sistem yang membawa kepada keuntungan yang besar. Oleh itu, sepanjang perlaksanaan sistem liberal ini, boleh dikatakan sistem ini lebih teruk daripada sistem tanaman paksa.

Dengan menggunakan NHM (nederlandsch Handels Maatschappij), kapitalis di lihat telah menguasai Jawa. Kaum liberal menggunakan laissez-faire kerana yakin bahawa dengan rancangan dan pegehadan pada perusahaan dan perdagangan, perkembangan Jawa dan kepentingan Belanda akan terjamin. Penentangan yang dilakukan oleh petani juga dihapuskan. Kesannya, golongan liberal semakin menguasai bidang politik dan meneruskan eksploitasi ekonomi terhadap Pulau Jawa. Undang-undang iaitu Comptabiliteits Wet pada tahun 1864 mewajibkan agar anggaran perbelanjaan di Indonesia disahkan oleh parlimen. Dengan adanya pengawasan dari badan legislatif di Belanda, maka ini adalah suatu kemenangan kepada pihak liberal.22 Dengan erti kata lain, penguasaan ekonomi terletak di tangan golongan liberal dan mereka semakin bersemangat untuk mengekspolitasi ekonomi di Pulau Jawa.

Masalah perkembangan perusahaan swasta amat diberikan perhatian terutamanya dalam menghadapi masyarakat Jawa yang berpegang pada hukum adat dan hak-hak ke atas tanah mereka. Bagi golongan liberal, golongan kapitalis atau petani harus di beri kebebasan menggunakan tanah dan mengubah tanah umum kepada tanah perseorangan. Dengan ini dapat di lihat bahawa undang-undang tersebut bermaksud menyediakan tanah dan tenaga bagi perusahaan kapitalis. Perlaksanaan sistem tanaman paksa tersebar ke Belanda dan mereka menyedari sistem tersebut membebankan dan memberi kehidupan yang teruk kepada petani. Oleh itu, Gabenor Jeneral perlu membela hak-hak pribumi dalam penggunaan tanah dan tenaga. Golongan liberal menentang eksploitasi oleh pemerintah dan ingin menggantikannya perusahaan swasta. Dengan ini, beberapa peraturan perlu diwujudkan iaitu dengan memberi kebebasan berkerja dengan penggunaan tanah petani. Sistem yang dibuat oleh berlainan tetapi tujuan mereka adalah untuk mengeksploitasi dan bukan “How to manage a colony” tetapi “ How to manage a colony for money”.23

Untuk membuka Jawa sebagai sebuah kawasan perusahaan swasta dan modal swasta secara besar-besaran, pemerintah Belanda mengadakan beberapa

22Dengan ini, keewangan akan dikawal oleh pemerintah di belanda dan segala pengeluaran wang haruslah mendapat keizinan daripada pemerintah di Belanda. Pegawai di tanah jajahan tidak lagi boleh menggunakan wang dengan sesuka hati. Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto, Sejarah Asal Indonesia V, op. Cit., hlm. 10 dan 11.23Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa sistem liberal yang diperkenalkan bertujuan untuk keuntungan semata-mata dan bukannya untuk mentadbir tanah jajahan dengan tujuan memberikan satu pentadbiran yang baik untuk rakyat. Ibid, hlm. 11.

Page 12: Sistem Kultur

peraturan. Dalam peraturan tersebut, terdapat pihak yang menjamin kepentingan golongan pemodal, pihak lain yang berkepentingan dan hak-hak pribumi. Perkembangan industri di Belanda mendorong golongan pemodal untuk menanam modal mereka di Jawa. Pembukaan terusan suez yang menyebabkan perjalanan semakin dekat dan perkembangan komunikasi mendorong perkembangan industri perdagangan.

Sistem perladangan di Indonesia juga dibuat secara besar-besaran. Pengurus ladang-ladang akan menerima gaji daripada pemerintah di negara Belanda. Pembukaan ladang secara besar-besaran ini disebabkan oleh pemodal yang melabur secara terus dan tidak melalui pemerintah. Modal yang dikeluarkan tidak terlalu banyak kerana pengurus-pengurus ladang masih lagi menggunakan tenaga buruh tempatan.24

Dalam sistem liberal ini juga, undang-undang Agraria pada tahun 1870 menetapkan prinsip-prinsip asas daripada politik tanah. Pengusaha dapat menyewa tanah dari pemerintah dalam tempoh 75 tahun. Penduduk pribumi akan mendapat jaminan tentang hak tanah mereka mengikut hukum adat dan kemungkinan akan memperoleh dan memiliki tanah secara persendirian. Seterusnya, dalam undang-undang Agraria, tanah yang tidak dimiliki secara persendirian adalah tanah pemerintah. Tanah ini dibahagikan kepada dua:

(1) Tanah pemerintah yang tidak dimiliki oleh rakyat.(2) Tanah pemerintah yang dimilki oleh oleh rakyat.

Tanah disewakan kepada orang Belanda, penduduk Indonesia atau perusahaan-perusahaan yang terdaftar di Indonesia. Pertukaran tanah yang dilakukan untuk menjamin pengusaha Eropah mempunyai tanah kerana penyewa harus mempunyai bukti yang jelas dalam penyewaan tanah. Pengusaha yang ingin menyewa tanah daripada rakyat tempatan akan dikenakan syarat-syarat seperti berikut:

(1) Tanah yang dimiliki oleh rakyat tempatan boleh disewa selama lima tahun.(2) Tanah yang dimilki oleh pribumi boleh disewa selama 30 tahun.(3) Semua perjanjian harus didaftar.25

Pengambilan buruh juga termaktub dalam pembaharuan yang dibuat oleh pemerintah. Terdapat kawalan dalam pengambilan buruh dimana buruh juga harus memahami syarat kontrak pekerjaan. Kontrak pekerjaan bemaksud gaji dan syarat-

24Legge, J.D., Indonesia, (terj), New Jersey: Prentice Hall Inc., 1964, hlm. 105.25Ini merupakan asas-asas dalam sistem liberal yang akan digunakan di Jawa. Kebanyakkan asas dalam sistem liberal ini menyentuh tentang soal tanah, pemodal dan petani. Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto, Sejarah Asal Indonesia V, op. Cit., hlm. 12.

Page 13: Sistem Kultur

syarat bekerja.26 Selain itu juga, badan perusahaan swasta akan memberi tunjuk ajar dan memperkenalkan ekonomi yabg baru kepada rakyat Indonesia.

Walaupun sistem liberal ini memberi banyak keuntungan kepada Belanda namun mereka masih mempunyai hutang yang banyak. Pada tahun 1899, van Deventer dalam artikelnya dalam majalah De Gids menulis hasil pendapatan yang terhasil di Indonesia disebut sebagai Een Eereschuld suatu “Hutang Kehormatan”. Menurut van Deventer jumlah wang sebelum tahun 1867 sebanyak 823 gulden tetapi terdapat pembahagian rasmi sehingga sebanyak 187 juta gulden perlu dikembalikan. Masalah keewangan semakin bertambah dalam sistem liberal ini.27

3.2 Kesan.

3.2.1 Ekonomi.

Selain itu, ketiadaan sistem pendidikan menyebabkan penduduk desa tidak berkesempatan dalam mengembangkan ekonomi mereka. Perkembangan ladang-ladang secara besar-besaran pada tahun 1880 menyebabkan penduduk desa semakin jauh tertinggal dalam bidang ekonomi. Perbezaan taraf hidup amat ketara diantara pemerintah dengan petani. Selain itu, pegawai Belanda dan tempatan gila kuasa dan tidak mempedulikan nasib golongan petani. petani mahukan kehidupan mereka kembali seperti zaman dahulu yang bebas daripada sistem yang amat menyeksa mereka. Sehingga akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 pemerintah Belanda tidak menyentuh tentang soal kehidupan para petani di Jawa.28 Kemiskinan di daerah desa-desa di Pulau Jawa semakin meningkat disebabkan peningkatan jumlah penduduk dan ditambah lagi dengan keadaan mereka yang tidak diberi perhatian oleh pemerintah.

Peningkatan penduduk berlaku dengan lebih pesat dan melebihi daripada pengeluaran bahan makanan. Hal ini juga menyebabkan petani mendapat gaji yang sedikit berbanding sebelumnya. Krisis keewangan pada tahu 1885 membuktikan gaji yang diterima oleh petani adalah sedikit. Kajian ini dilakukan oleh Mindere Welvaarts Commissie yang merupakan badan rasmi dalam menyelidik keadaan penduduk Jawa. Selain daripada kemiskinan yang disebabkan oleh pendapatan yang berkurangan di ladang-ladang dan penyewaan tanah kepada pekebun-26Ordinan Coolie tahun 1880 hanya digunakan dalam pengambilan pekerja daripada Pantai Timur Sumatera dan syaratnya tidak terlalu menyeluruh. Syarat yang dikenakan hanyalah pendaftaran kontrak di hadapan pegawai. Tindakan akan dikenakan ke atas buruh yang tidak melaksanakan kerja atau meninggalkan kerja mereka dan ini memberikan majikan kuasa yang hamper penuh ke atas buruh-buruh. Undang-undang seterusnya menyentuh tentang gaji minimum dan mengenakan pengawasan yang lebih ketat ke atas

sistem tersebut.27Hutang yang banyak disebabkan oleh pegawai-pegawai kerajaan Belanda di Indonesia sentiasa mengamalkan sikap rasuah dan penyelewangan dalam soal keewangan. Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto, Sejarah Asal Indonesia V, op. Cit., hlm. 14.28Kemiskinan di Pulau Jawa disebabkan oleh peningkatan jumlah penduduk dan peningkatan jumlah penduduk ini tidak mendapat perhatian daripada pihak pemerintah dalam menyelesaikan masalah kemiskinan. Koentjaranegrat, op. Cit., hlm. 70.

Page 14: Sistem Kultur

pekebun, penduduk juga tidak dapat menjual hasil tangan kerana bersaing dengan barang yang di import. Barang-barang yang di import lebih berkualiti dan ini menjejaskan jualan hasil tangan mereka. Pembangunan jalan keretapi menyebabkan penduduk yang mengangkut barang menggunakan gerobag tidak lagi memperolehi sumber pendapatan.29

3.3.1 Sosial.

3.3.1.1 Kebajikan.

Kebajikan rakyat Indonesia juga tidak dijaga di mana usaha untuk melindungi Bumiputera tidak berlaku. Pelabur-pelabur yang datang melabur ke Indonesia menyebabkan rakyat Indonesia semakin berada dalam keadaan tertekan. Tekanan ini dapat di lihat melalui pengambilan tenaga buruh Indonesia, pengambilan tanah dan tahap keewangan yang rendah. Tetapi terdapat juga pihak yang menyatakan belanda membayar segala ganti rugi dan menggunakan satu dasar yang positif dalam pembangunan ekonomi di peringkat kampung. Menurut Ricklefs, petani terpaksa membayar sewa-sewa kepada pemerintah sehingga tanah milik mereka tergadai. Tanah mereka tersebut diambil oleh haji-haji yang memberi pinjaman hutang kepada petani. Tanah petani tersebut ditukarkan dengan hutang-hutang yang tidak dapat dibayar oleh petani.

3.3.1.2 Pendidikan.

Dalam soal Pendidikan, pemerintah belanda tidak mengambil berat tentang pendidikan di Pulau Jawa. Sikap pemerintah Belanda ini menyebabkan penduduk di Pulau Jawa tidak dapat mengikuti perkembangan yang berlaku di luar tempat tinggal mereka.30 Oleh itu, penduduk di Pulau Jawa tidak mendapat hak dalam pendidkan yang seharusnya diberikan kepada mereka.

Pada awalnya sistem pendidikan diserahkan kepada Bupati, kemudian mubaligh Katolik, mubaligh Protestant. Pada tahun 1864, sekolah Belanda mula ditubuhkan dan dibuka untuk masyarakat tempatan. Pada tahun 1867 dengan wujudnya jabatan pendidikan Agama dan Industri, pendidikan semakin maju dan pada tahun 1882, terdapat kira-kira 300 sekolah diwujudkan di Jawa dan 400 di luar Jawa dengan jumlah murid sebanyak 40 000 orang. Walau bagaimanapun, krisis ekonomi pada tahun 1884 menyebabkan jumlah sekolah menurun kepada 654 buah sekolah. Pada akhir abad ke-19, terdapat dua jenis sekolah iaitu sekolah angka I yang memberikan pendidikan selama lima tahun dan sekolah angka II yang hanya memberikan pelajaran sekadar menulis, membaca dan mengira.31

29Kemiskinan yang dialami oleh penduduk Jawa juga berpunca daripada pengangguran dan tidak berkesempatan melakukan pekerjaan sampingan.Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto, Sejarah Asal Indonesia IV, op. Cit., hlm. 128-129.30Ketiadaan pendidikan juga menyebabkan penduduk desa tidak mempunyai kesempatan untuk mengembangkan kefahaman mereka terhadap ekonomi pada masa itu. Koentjaranegrat, op. Cit., hlm. 69.

Page 15: Sistem Kultur

Semasa pentadbiran sistem liberal dilaksanakan di Indonesia, pendidikan di Indonesia mengalami perkembangan pesat. Satu pekara yang baik dalam sistem liberal ini ialah mereka amat mementingkan penyebaran pendidikan. Jabatan-jabatan pentadbiran juga diwujudkan dan badan-badan pendidikan diperlukan untuk melatih calon-calon pegawai pemerintah. Perkembangan penting yang dicapai ialah pemerintah liberal memberi perhatian kepada pendidikan penduduk Jawa dengan melantik penyelia pendidikan penduduk Jawa dan penubuhan Jabatan Pendidikan, Agama dan Industri pada tahun 1867. Perkembangan bidang pendidikan dan Industri dipercayai dapat membentuk satu ikatan yang akan meningkatkan ekonomi. Pada awalnya hanya sekolah untuk anak Bupati sahaja yang dibuka dan kemudiannya di buka pula sekolah untuk semua golongan Masyarakat. Perkembangan pendidikan di Indonesia meningkat dengan penubuhan 300 sekolah di Jawa dan sama juga dengan daerah-daerah luar Jawa. Jumlah murid pula lebih kurang 40 000 orang. Walau bagaimanapun, jika dibandingkan dengan jumlah penduduk Jawa yang hampir mencecah 30 juta, jumlah yang mendapat pendidikan amat sedikit. Oleh itu, hanya beberapa ribu sahaja murid yang dapat membaca, menulis dan mengira. Selain itu, murid yang menghadiri sekolah-sekolah Belanda sebenarnya hanya terbuka untuk rakyat Eropah sahaja. Hanya 2000 murid tempatan yang belajar di sekolah tersebut pada tahun 1900.32 Setelah mendapat pendidikan, murid-murid tersebut tidak akan mendapat jawatan yang tinggi dalam pentadbiran selain daripada mendapat jawatan yang paling rendah dalam pentadbiran Belanda.

3.3.1.3 Pembinaan Jalan Keretapi dan Pejabat Pos.

Pembinaan jalan keretapi mula dibuat pada tahun 1862 dari semarang ke tanah kerajaan, 1864 Jakarta ke Bagor dan tahun 1875 dari Surayabaya ke Malang. Selain itu juga, jika di lihat di Sumatera, keretapi mula dibina contohnya di Acheh pada tahun 1874; pada tahun 1883 di Sumatera Timur dan pada tahun 1887 di Sumatera Barat. Pada akhir abad ke-19 di Jawa, pembinaan jalan keretapi sepanjang 1600 km dan di sumatera lebih kurang 3500 km. Selain daripada pembinaan jalan keretapi, terdapat juga penubuhan perusahaan pos. Pada tahun 1862 perusahaan pos didirikan dalam negeri dan kemudiannya berkembang ke luar negeri. Pada tahun 1856 perusahaan telegram juga dilakukan di dalam negeri dan berkembang pada tahun 1860 dan hubungan melalui telegram dapat dilakukan dengan Eropah.

3.3.1.4 Pengairan.

31Hanya terdapat sejumlah kecl rakyat pribumi Jawa yang diterima di sekolah ini. mereka bukan sahaja perlu membayar banyak wang tetapi harus tahu berbahasa Belanda. Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto, Sejarah Asal Indonesia V, op. Cit., hlm. 16.32Oleh itu, rakyat pribumi yang dapat membaca dan berbahasa Belanda amat sedikit. Mereka juga tidak berpeluang mendapat jawatan yang tinggi dalam pentadbiran. Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto, Sejarah Asal Indonesia IV, op. Cit., hlm. 136.

Page 16: Sistem Kultur

Semasa pemerintahan liberal dijalankan di Jawa, banyak kemudahan telah dibangunkan. Salah satunya ialah sistem pengairan yang digunakan untuk meningkatkan hasil pengeluaran tanaman. Sebelum krisis keewangan yang berlaku pada 1885, pemerintah tidak mengeluarkan banyak wang untuk kemudahan kerana wang tersebut dihantar ke Belanda. Setelah krisis keewangan berlaku, pemerintah mengeluarkan wang untuk membantu ladang-ladang besar yang menerima kesan tersebut. Salah satu tindakan kerajaan ialah dengan membantu pembangunan pengairan. Walaupun pembangunan di bangunkan untuk kepentingan ladang-ladang besar, namun penduduk Jawa juga mendapat kebaikkan daripada sistem ini khususnya di daerah-daerah ladang gula yang menyewa tanah daripada petani.

Pada tahun 1890-1893, empangan air untuk daerah yang menjalakan kegiatan penanaman padi dengan jumlah pekerja sebanyak 300 000 orang dan memakan belanja sebanyak 1 juta gulden. Semasa sistem tanaman paksa diwujudkan, sistem pengairan juga diwujudkan di Panarukan, Cirebon, Delta Brentas dan Demak. Pada tahun 1885 juga sistem pengairan di daerah Gubernemen, Serayu pada tahun 1889 dan Demak pengairan sepanjang 61 900 batu. Kesan sistem pengairan ini banyak memberi kesan positif kepada pertanian.33

Undang-undang agraria pemerintah Hindia-Barat juga mengeluarkan peraturan-peraturan mengenai perburuhan yang menegaskan syarat-syarat pekerjaan yang sepatutnya kepada penduduk Indonesia contohnya mengenai kenaikkan upah minimum yang harus dibayar dibayar kepada buruh-buruh Indonesia. Walau bagaimanapun, peraturan dan undang-undang mengenai perburuhan yang dikeluarkan tidak dilaksanakan dan hal ini sangat merugikan buruh Indonesia. Sistem liberal yang kononnya mampu mengubah ekonomi sehingga mampu memberi kesejahteraan kepada rakyat Belanda dan rakyat Indonesia ternyata lebih teruk daripada daripada sistem tanaman paksa. Sistem liberal ini banyak memberi tekanan kepada penduduk Jawa dan akhirnya muncul satu lagi pembaharuan yang dikenali sebagai politik etika.

3.3.1.5 Pertambahan penduduk.

Pertambahan penduduk menyebabkan kemiskinan kadar semakin tinggi. Pada tahun 1850, penduduk Jawa sebanyak 13 juta. Angka ini semakin bertambah pada beberapa tahun kemudian. Koentjaranegrat mengambil pandangan G.Gonggrijip seorang ahli sejarah ekonomi Belanda dalam bukunya yang bertajuk Sejarah ekonomi Belanda juga mengatakan taraf kehidupan penduduk desa Jawa

33Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto, Sejarah Asal Indonesia V, op. Cit., hlm. 16.

Page 17: Sistem Kultur

disebabkan oleh beberapa faktor lain34, dan peningkatan jumlah penduduk juga menjadi satu masalah terpenting dalam perkembangan ekonomi rakyat Jawa.

Tahun Jumlah Anggaran/pengiraan

1781 2 029 915 (anggaran Radermarcher)1795 3 500 000 (anggaran Nederburg)1815 4 499 250 (pengiraan pertama)1846 9 542 045 (pengiraan Bleeker)1880 19 794 505 (pengiraan Pentadbiran)1905 30 360 667 ( jumlah penduduk)

Sumber: David Joel Steinberg (1971) In Search of Southeast Asia: A modern History. Oxford: Oxford University Press.

4.0 Politik Etika.

C. Th. Van Deventer di dalam satu artikelnya merayu pihak penjajah membayar balik segala keuntungan yang diambil oleh pihak penjajah. Rancangan beliau sangat padat dan akhirnya rancangan etika dilaksanakan di dalam dasar kolonial di Jawa. Dengan ini, tanggungjawab untuk memperbaiki kesejahteraan penduduk tempatan dan memberi perhatian yang lebih kepada mereka berbanding sebelumnya. Marwati mengatakan poltik etika35 merupakan politik yang diperjuangkan untuk membuat pemusatan pentadbiran, kesejahteraan rakyat dan kecekapan. Sebanyak 40 juta gulden diberi dalam melaksanakan dasar etika ini.

4.1 Ciri-ciri politik etika dan perlaksanaan.

34Sebab-sebab lain yang disebut oleh Gonggrijp sesuai dengan keterangan mengenai masalah mengapa ekonomi pesat yang berlaku disebabkan oleh kolonial tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada petani Jawa. Sebab-sebab tersebut dibahagi kepada empat. (1) pemikiran dan nilai budaya Jawa tidak sesuai dengan aktiviti-aktiviti ekonomi yang dijalankan;(2) Kebodohan;(3) terlalu bergantung dengan gaji;(4) beban hutang negara Belanda diserahkan kepada mereka; atau eksploitasi oleh pemerintah. Koentjaranegrat, op. Cit., hlm. 70.35Orang yang paling menonjol dalam idea penubuhan politik etika ialah Snouck Hourgronje. Snouck merupakan penasihat kerajaan Belanda mengenai hal-ehwal islam dan Arab. Beliau dalam syarahannya mengharapkan agar masalah Islam dapat diselesaikan melalui ‘persatuan’. Perbincangan mengenai ‘persatuan’ boleh di lihat dalam buku Robert van Niel (1960) yang bertajuk The Emergence of the modern Indonesian Elite.

Page 18: Sistem Kultur

4.1.1 Politik.

Politik etika bertujuan untuk memberi kesenangan kepada penduduk Jawa. Pembahagian kuasa dalam pentadbiran dan pembentukan majlis tempatan perlu dilakukan agar penduduk dapat menyuarakan kehendak mereka. Parti etika juga mengemukakan berbagai-bagai permintaan untuk menyekat pemerintahan belanda daripada melakukan perkara dengan sesuka hati. Selain itu juga, hak undang-undang, pembasmian cukai yang tidak adil dan menghapuskan segala bentuk rampasan yang pernah dilakukan sebelum ini.36 Pemberian pendidikan juga dilakukan agar penduduk tempatan dapat memahami selok belok pentadbiran.37 Penjajah belanda diminta agar menarik balik perlaksanaan politik eksploitasi yang Belanda yang bersifat mementingkan keuntungan semat-mata.38 Selain itu, penguasan politik dikatakan dapat membawa keamanan dan penyebaran peradaban kepada rakyat Indonesia.

4.1.2 Sosial.

Dalam aspek pendidikan, golongan etika menuntut agar perkembangan pendidikan dilakukan secara sistematik dan memberi peluang kepada penduduk untuk mempelajari bahasa Belanda.39 Selain itu, penggalakkan migrasi di Jawa untuk mengurangkan jumlah penduduk Pulau Jawa juga dilakukan. Dasar etika ini juga, menuntut pihak pemerintah agar meningkatkan hasil dengan mengadakan sistem pengairan yang baik dan sebagainya.

4.1.3 Ekonomi.

Selain itu juga, kawasan terbiar di Sumatera dan Borneo juga perlu dibangunkan. Pelabur-pelabur juga datang untuk memesatkan lagi pertumbuhan ekonomi di Indonesia. Antara sumber ekonomi yang dipentingkan pada masa tersebut seperti gula, ladang, lobak, tembakau, beras, lada, kapuk dan bijih timah. Syarikat-syarikat besar juga masuk ke dalam ekonomi Indonesia seperti BPM, Shell Co, Standard Oil dan sebagainya. peranan pemerintah sebagai penghubung hubungan antara rakyat dan pelabur-pelabur juga diambil kira. Penanaman modal dikatakan berlaku dalam sektor pertanian, tambang dan pengangkutan di kawasan luar selain Jawa.

36Dasar pendidkan yang baru diperkenalkan bukan disebabkan oleh keinginan penjajah untuk memberi pendidikan tetapi disebabkan terdapat kegiatan islam yang menginginkan pendidikan tersebut dan perasaan tidak puas hati rakyat terhadap permintaan tinggi untuk bersekolah. Adbul Aziz Hitam dan Wan Azaham Wan Mohamad, Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh, (terj), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, hlm. 19.37Legge, J.D., (Terj.), op. Cit., hlm. 112.38Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto, Sejarah Asal Indonesia V, op. Cit., hlm. 37.39Dengan wujudnya sistem pendidikan yang membenarkan penduduk Jawa mempelajari bahasa Belanda, proses asimilasi akan wujud di antara kedua-dua masyarakat iaitu pemerintah Belanda dan rakyat. Adbul Aziz Hitam dan Wan Azaham Wan Mohamad, op. Cit., hlm. 19.

Page 19: Sistem Kultur

4.2 Kesan.

4.2.1 Politik.

4.2.1.1 Pentadbiran.

Pemusatan pentadbiran dilakukan melalui tiga bahagian

(1) Kuasa tertinggi terletak pada pemerintahan di Belanda, seterusnya kepada jabatan-jabatan, pejabat tempatan dan daripada pejabat Belanda kepada pejabat pribumi.

(2) Menubuhkan lembaga-lembaga pentadbiran yang mempunyai fungsi masing-masing.

(3) Keewangan negeri dan keewangan milik peribadi dipisahkan.

Undang-undang ini seterusnya melahirkan dewan-dewan tempatan yang mempunyai peranan dalam menguruskan peraturan-peraturan tentang sewa, bangunan-bangunan, jalan raya, taman-taman, makam-makam dan sebagainya. Selain itu juga, undang-undang perubahan (Bestuurshervormingswet) ditubuhkan yang bertujuan untuk kegunaan di daerah-daerah. Undang-undang dasar pula di wujudkan untuk meningkatkan kuasa pada pejabat pribumi. Undang-undang ini akan dibuat di dewan rakyat untuk mendapat persetujuan ramai. Selain itu, Tatanegara 192540 di wujudkan selaras dengan kewujudan undang-undang dasar.41 Ini bermaksud rakyat Indonesia telah diberi peluang masuk ke dalam sistem pentadbiran untuk mentadbir negara Indonesia.

4.2.1 Sosial (pendidikan, kesihatan dan infrastruktur).

4.2.2.1 Pendidikan.

Jeneral van Heutz memperkenalkan satu sistem sekolah desa (Volkscholen) yang murah secara meluas dan gaji serta peralatan disediakan oleh desa berkenaan. Sekolah desa di seluruh Indonesia pada tahun 1907 adalah 122 buah. Seterusnya pendidkan ini dialnjutkan kepada sekolah Vervolgschool. Seterusnya di tubuhkan sekolah ELS (Europeesche Lagare School). Sekolah ini sangat mendapat perhatian daripada penduduk Indonesia dan perbelanjaan yang tinggi diperlukan untuk meningkatkan pengetahuna asas dalam bahasa Belanda. Seterusnya terdapat pembaharuan yang dilakukan dan menyebabkan pembentukkan Hollandsch-Inlandsche Scholen (HIS). Ini bermakna pelajar Indonesia boleh

40Menurut Marwati (1993) dalam sejarah Asal Indonesia V, perubahan-perubahan dalam Undang-undang dasar mewajibkan perubahan-perubahan besar dalam perlembagaan Hindia Belanda. Regeerings Reglements 1854 diubah berdasarkan cadangan Fock pada tahun 1922. Kemudian de Graff mengusulkan satu perubahan pada Regeerings Reglements 1854 dan diterima oleh Jeneral Negeri sebagai perlembagaan ( staatsinrichting) pada tahun 1925.41Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto, Sejarah Asal Indonesia V, op. Cit., hlm. 47-51.

Page 20: Sistem Kultur

menerima pendidikan tinggi tanpa melalui sistem sekolah Eropah. Pada tahun berikutnya, mereka juga mengikuti MULO (Meer uigedreid Lager Onderuvijs: sekolah rendah lanjutan) sebagai tambahan daripada HLS, iaitu sejenis sekolah menengah rendah yang memberi peluang kepada bentuk kegiatan profesional. Pada tahun 1900 juga, Stovia (School tot opleiding van inlandsche ambternaren: sekolah latihan untuk pegawai pribumi) dan mempunyai enam buah sekolah di Jawa dan sebuah di Menado pada tahun 1910. Seterusnya terdapat penubuhan lima maktab perguruan yang dikenali sebagai Kweekshcholen. Bagi pelajar yang Berjaya di peringkat ELS boleh masuk ke dalam Hogere Bur gerscholen (HBS) di Batavia, Semarang dan Surabaya.42

Walaupun demikian, setelah lulus HBS, rakyat Indonesia tahu bahawa mereka tidak akan mendapat pekerjaan yang baik contohnya jawatan tinggi dalam pentadbiran penjajah seperti Penguasa, Pembantu Residen, Residen dan Gabenor. Keadaan ini akhirnya memaksa mereka bekerja dengan bidang yang tidak berkaitan dengan kelulusan mereka.

4.2.2.2 Kesihatan.

Perkhidmatan kesihatan diperluaskan di kawasan bandar-bandar dan kampung-kampung. Penyakit tropika yang berjangkit seperti beri-beri, kolera dan malaria dapat dikawal daripada merebak. Selain itu juga, koban penyakit taun berkurangan daripada 14 000 pada tahun 1911 kepada 50 sahaja pada tahun 1937.

4.2.2.3 Infrastruktur.

Infrastruktur juga dibangunkan dengan pesat seperti pembinaan jalan keretapi contohnya pada tahun 1903 di Jawa dan Madura jalan keretapi meningkat kepada 3887 km. Dengan wujudnya perkembangan ini, sistem pehubungan dan komunikasi semakin baik. Selain itu banyak bangunan-bangunan juga di bina. Perkembangan dalam sistem pengairan sangat penting contohnya di daerah Demak dan Brantas pada tahun 1902 sistem pengairan meningkat kepada 173 000 bau. Selain itu, kehidupan rakyat ditingkatkan lagi dengan pendirian bank simpanan, regie candu, rumah sewa dan sebagainya.43 pemerintah juga membangunkan sistem pengairan secara besar-besaran. Sejak tahun 1885, bangunan-bangunan pengairan Brantas dan Demak seluas 96 000 persegi dan pada tahun 1902 menjadi 173 000 persegi.

4.2.3 Ekonomi.

Dalam bidang ekonomi, pertanian ladang dan perlombongan di pulau-pulau luar berkembang pesat hasil wujudnya kerjasama antara pihak kerajaan dan pihak

42Adbul Aziz Hitam dan Wan Azaham Wan Mohamad, op. Cit., hlm. 20-24.43Terdapat usaha-usaha yang dilakukan oleh pemerintah dalam membantu petani untuk meningkatkan taraf kehidupan sosial rakyat. Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto, Sejarah Asal Indonesia V, op. Cit., hlm. 41-42.

Page 21: Sistem Kultur

swasta. Kerajaan Belanda telah menggalakkan aktiviti perhutanan, perikanan dan penanaman tanaman baru. Pada tahun 1901 hingga tahun 1940, sebanyak 270 juta guilder dibelanjakan untuk sistem pengairan. Sistem pengairan ini membawa kepada peningkatan penanaman padi daripada 2.7 hektar kepada 3.4 juta hektar. Selain itu juga, kemudahan kredit juga disediakan dengan adanya Bank Tunai Desa pada tahun 1904 untuk melindungi peminjam-peminjam wang dan mengelakkan mereka pergi ke pajak gadai untuk mendapatkan wang.44

5.0 Kesimpulan.

Pengaruh Belanda di Indonesia memberi kesan yang besar dalam sejarah Indonesia terutamnya dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Jika di lihat, sejak awal lagi Indonesia telah di kuasai oleh kuasa penjajah belanda iaitu V.O.C yang merupakan sebuah syarikat belanda yang banyak memonopoli hasil bumi di Jawa. Dalam proses mengaut keuntungan di Jawa, terdapat beberapa dasar yang digunakan oleh pemerintah sama ada British atau pun Belanda. Dasar-dasar yang diperkenalkan di Jawa adalah seperti sistem sewa tanah iaitu sistem yang diperkenalkan oleh British. Selepas sistem sewa tanah tersebut dihapuskan, pemerintah Belanda mempunyai keyakinan untuk mendapatkan keuntungan melalui sistem in tetapi melakukan sedikit perubahan dalam sistem tersebut. Oleh itu, maka sistem tanaman paksa diperkenalkan oleh Bosch dalam meningkatkan ekonomi Belanda yang semakin teruk. Mengikut dasar dalam sistem, perlakasaan sistem ini tidak memberi kesusahan kepada petani malah memberi kebaikkan kepada petani. Walau bagaimanpun, dalam perlaksanaan sebenar sistem ini, ia

44Penggadaian barang menjadi kebiasaan bagi rakyat Indonesia. Pada tahun 1929, jumlah barang yang digadai sebanyak 56 juta barang dengan harga 207 juta rupiah. Ibid, hlm. 44-45.

Page 22: Sistem Kultur

banyak memberi tekanan kepada petani. Pelbagai masalah muncul semasa perlaksanaan sistem ini dan muncul satu lagi sistem yang dikatakan dapat mengubah nasib petani Jawa. Dengan ini, golongan Liberal muncul untuk membela nasib petani di Jawa. Sistem liberal ini juga tidak jauh seperti sistem tanaman paksa yang memberi kesengsaraan kepada petani. Oleh itu, muncul satu lagi sistem yang baru iaitu sistem etika. Dalam sistem ini, banyak pembaharuan dan perubahan yang dapat di lihat terutamanya dalam aspek sosial iaitu pendidikan, kesihatan dan infrastruktur. Tidak dapat dinafikan lagi, dalam sistem ini terdapat banyak pembaharuan dan perubahan yang dilakukan tetapi, sejauhmanakah keikhlasan pentadbir kolonial dalam memberi kemajuan kepada penduduk Indonesia? Keadaan ini akhirnya berubah selepas ramai penduduk Indonesia mendapat pendidikan dan mula mendapat sedikit kesedaran mengenai hak-hak untuk berkerajaan sendiri. Akhir sekali, perlaksanaan ketiga-tiga sistem ini hanya memberi keuntungan kepada pihak Belanda semat-mata. Walaupun banyak perubahan yang dilakukan oleh pihak belanda namun ia hanya sebagai satu alat dalam menutupi muslihat sebenar Belanda. Keadaan ini berterusan sehingga muncul Agus Salim yang merupakan tokoh penting dalam gerakan kemerdekaan Indonesia.

RUJUKAN.

Abdul Hitam dan Wan Azaham Wan Mohamad. 1988. Sejarah Indonesia Abad Kedua Puluh Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Diterjemahkan dari “ History of Indonesia”. Bernhard Dahmi. 1988.

Brown. C. 2003. A Short History of Indonesia: The Likely Nation?. Australia: Allen & Unwnin.

David Joel Steinberg. 1971. In Search of Southeast Asia: A modern History. Oxford: Oxford University Press.

Furnivall, J.S. 1939. Netherlands India: A Study of Plural Economy. Cambridge: Cambridge University Press.

Page 23: Sistem Kultur

Hall, D.G.E. 1987. Sejarah Asia Tenggara. (Terj). London: Macmillan & Co. Ltd.

Koentjaranegrat. 1984. Kebudayaan Jawa. Jakarta: Balai Pustaka.

Legge, J.D. 1964. Indonesia. (Terj). New Jersey: Prentice Hall Inc.

Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto. 1993. Sejarah Asal Indonesia IV. Jakarta: Balai Pustaka.

Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto. 1993. Sejarah Asal Indonesia V. Jakarta: Balai Pustaka.

Ricklefs. M.C. 1994. Sejarah Indonesia Modern. (Terj). Gajah Mada University Press.

Robert Van Niel. 2003. Sistem Tanaman Paksa di Jawa. (Terj.) Jakarta: Pustaka LP3ES Indonesia.