sistem jantung

Upload: nurlailah-cahya-malam

Post on 07-Jan-2016

269 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

rujukan

TRANSCRIPT

  • Tunjang Pembelajaran : Anatomi Dan FisiologiTajuk Pembelajaran : Sistem KardiovaskularFokus Pembelajaran : Struktur Dan Fungsi Jantung

  • OBJEKTIF PEMBELAJARANPENGENALANSISTEM KARDIOVASKULARKOMPONEN UTAMA KARDIOVASKULARRUMUSAN SOALAN PENGUKUHAN keluar

  • Aras 1 Mengenalpasti komponen- komponen utama sistem kardiovaskular.

    Aras 2 Menghuraikan fungsi sistem kardiovaskular.

    Aras 3Menghuraikan kaitan antara ketiga-tiga komponen (Darah,Jantung dan Salur darah).

    Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, diharap pelajar dapat : Objektif Pembelajaran

  • PENGENALAN

  • SISTEM KARDIOVASKULARSel-sel tubuh tidak mempunyai akses secara langsung kepada persekitaran luar tubuh bagi membolehkan sel-sel tersebut memperolehi keperluan hidup.

    Sistem kardiovaskular memikul tanggungjawab ini dengan mengangkat oksigen dan nutrien.

  • Fungsi Sistem KardiovaskularMembekalkan oksigen dan mengkumuhkan karbon dioksida dari darah.

    Mengepam darah ke paru-paru di mana darah itu memperolehi oksigen dan seterusnya di alirkan ke seluruh badan.

  • Komponen-komponen Utama Sistem KardiovaskularJANTUNGDARAHSALUR DARAH

  • RUANG JANTUNGLOKASI JANTUNGSTRUKTUR JANTUNGKELUARAN JANTUNGJANTUNGLAPISAN JANTUNG

  • Jantung adalah organ yang terpenting didalam badan . Jantung perlu bekerja sepanjang masa, supaya kita terus hidupSaiz jantung adalah sebesar penumbuk individu dan beratnya kurang dari satu paunDalam masa 24 jam jantung anda berdenyut lebih daripada 100,000 kali, 7,000 liter darah dipam melalui jarak beribu batu di dalam sistem saluran darah.

    Jantung

  • Sumber : Kementerian kesihatan Malaysia

  • Artium kanan Menerima darah yang kurang beroksigen daripada tisu - tisu tubuhArtium kiri Menerima darah yang kaya dengan oksigen dari paru paru.Ventrikel kanan Ventrikel kanan mengepam darah ke paru-paruVentrikel kiri. Mengepam darah ke seluruh bahagian tubuh.

    EMPAT RUANG JANTUNG

  • LOKASI JANTUNG Sumber : McGraw-Hill Higher Education

  • JANTUNGJANTUNGSumber : McGraw-Hill Higher Education

  • KELUARAN JANTUNGQ=KDK X ISKeluaran Jantung = Kadar Denyutan Jantung Dalam Seminit X Isipadu Strok.

    Keluaran jantung individu yang mempunyai kadar Denyutan rehat sebanyak 72 denyutan seminit dan Isipadu strok sebanyak 70ml ialah 5L/min.Q = KDJ X IS = 72 X 0.07L = 5.04 = 5L / minKeluaran jantung adalah jumlah isipadu darah yang dipam keluar oleh ventrikel kiri dalam satu minit.Contoh

  • Atrium Atrium kanan menerima darah yang kurang beroksigen daripada tisu-tisu tubuh.

    Atrium kiri pula menerima darah yang kaya dengan oksigen dari paru-paru

    Ventrikel

    Ventrikel kanan mengepam darah ke paru-paru.

    Ventrikel kiri mengepam darah ke seluruh bahagian badan.

  • Injap-injapTerletak antara atrium dan ventrikel dan pada arteri-arteri yang terbit daripada jantung, membenarkan pengaliran darah pada satu arah sahaja.

    Injap Atrioventrikular (AV)Membenarkan darah mengalir ke satu arah sahaja iaitu dari atrium ke ventrikel dan seterusnya ke arteri.

    Injap Semilunar Pulmonari Dan Aortik Menghalang aliran darah ke belakang yang keluar dari jantung menerusi arteri pulmonari dan aorta.

  • DARAHPEREDARAN DARAHKEMBALIAN DARAH KE JANTUNGTEKANAN DARAH

  • DARAHTisu cecair yang terdiri daripada pelbagai jenis unsur sel termasuk Eritrosit, Leukosit dan Platlet yang terkandung dalam plasma.

    Lebih kurang 55% daripada isipadu daripada darah ialah plasma dan 45% terdiri daripada eritrosit.

    Darah membentuk lebih kurang 7% daripada berat tubuh orang dewasa.

  • http://www.fi.edu/learn/heart/blood/lymph.htmlPlatletEritrosit (Sel Darah Merah )Leukosit( Sel Darah Putih )

  • PEREDARAN DARAHTerbahagi kepada dua:Kitaran Sistemik

    Darah beroksigen serta nutrien di bawa ke organ-organ badan dan membawa darah nyahoksigen kembali ke jantungKitaran pulmonari

    Darah nyahoksigen ke paru-paru untuk pertukaran gas sebelum darah beroksigen dikembalikan ke jantung

  • PEREDARAN DARAHSumber http//www. HeartPoint.com To BodyTo Lungs

  • MEKANISME PEREDARAN DARAH MELALUI JANTUNG

  • Vena kava membawa darah terdeoksigen dari semua badan ke atrium kanan.

  • Apabila dipenuhi dgn darah, dinding atrium kanan menguncup dan menolak darah melalui injap trikuspid ke dalam ventrikel kanan

  • Apabila ventrikel kanan dipenuhi darah, dindingnya akan menguncup dan menolak darah melalui injap sabit ke arteri pulmonari dan terus ke peparu

  • Pertukaran gas berlaku di peparu.karbon dioksida meresap keluar dan oksigen meresap masuk ke dalam darah

  • Darah beroksigen kemudian akan mengalir dari peparu memasuki atrium kiri melalui vena pulmonari

  • Dinding atrium kiri menguncup dan menolak darah melalui injap bikuspid ke dalam ventrikel kiri

  • Apabila ventrikel kiri dipenuhi darah, dindingnya akan menguncup dan menolak darah melalui injap sabit ke oarta

  • Aorta kemudiannya membawa darah beroksigen ke seluruh badan.

  • SELURUH BADANAORTAINJAP SABITVENTRIKEL KIRIINJAP BIKUSPIDATRIUM KIRIVENA PULMONARIPEPARUARTERI PULMONARIINJAP SABITVENTRIKEL KANANINJAB TRIKUSPIDATRIUM KANANVENA KAVA

  • PERBANDINGAN ANTARA DARAH BEROKSIGEN DGN DARAH TERDEOKSIGEN

  • JENIS-JENIS PEREDARAN DARAHManusia mempunyai sistem peredaran darah ganda dua.Iaitu darah melalui jantung dua kali dalam satu peredaran lengkap. Terdapat dua jenis peredaran darah, iaitu :Sistem Peredaran Pulmonari: Penghantaran darah dari jantung ke peparu dan dari peparu ke jantung

    2.Sistem Peredaran Sistemik : Penghantaran darah dari jantung ke seluruh sel dalam badan dan dari sel ke jantung semulaSCAN M/S 23

  • SALUR DARAHTerdiri daripada Arteri, Vena dan Kapilari.

    Salur darah membolehkan darah mengalir dan melengkapi peredaran dari jantung ke tisu dan kembali semula ke jantung.

  • Ventrikel kiri jantung akan mengepam darah beroksigen ke seluruh badan; kapilari sistemikPertukaran CO2 dan O2 antara sistemik kapilari dengan sel tisu dinamakan respirasi internal @ systemic gas exchange

  • Faktor-faktor Mempengaruhi Kembalian Darah Ke JantungApabila otot-otot menguncup.Vena tertekan dan darah dalamnya ditolak ke arah jantung.Semasa otot-otot mengendur.Vena tersebut akan dipenuhi semula dengan darah,proses penguncupan dan pengunduran otot membolehkan darah dialirkan ke jantung.Semasa inbspirasi.Tekanan intratorasik menurun menyebabkan vena darah dalam rongga toraks mengembung dan ini memaksa darah mengalir ke arah atikal kanan jantung.

  • Sumber http//www. HeartPoint.com Darah nyah oksigenDarah Beroksigen

  • BENTUK JANTUNG

  • KITARAN KARDIAK

  • KITARAN KARDIAKSetiap degupan jantung melibatkan turutan yang dikenali sebagai "kitar kardiak". Ia terbahagi kepada tiga bahagian: "sistol atrium" (atrial systole), "sistol ventrikel" (ventricular systole) dan "diastol kardiak sepenuhnya" (complete cardiac diastole). Sistol atrium adalah pengecutan kedua-dua atrium, sistol ventrikel adalah pengecutan kedua-dua ventrikel, manakala diastol kardiak pula merupakan pengenduran keseluruhan otot-otot jantung.Apabila sistol atrium berlaku, injap atrioventrikular (atrioventricular valves) akan terbuka. Darah dipam masuk ke dalam ventrikel. Apabila sistol atrium berakhir, sistol ventrikel pula bermula. Tekanan tinggi dalam ventrikel menyebabkan injap atrioventrikular tertutup, dan injap sabit (semilunar valves) terbuka. Ini menyebabkan darah hanya dipam ke dalam aorta dan arteri pulmonari tetapi tidak ke dalam atrium.Diastol kardiak berlaku setelah darah dipam keluar dari jantung. Pada masa ini, darah di dalam aorta akan mengalir balik ke dalam jantung, tetapi ini tidak berlaku kerana penutupan injap sabit.Bunyi jantungyang kita dengari adalah disebabkan oleh penutupan injap atrioventrikular (bunyi pertama - Lubb) dan penutupan injap sabit (bunyi kedua - Dupp).

  • KITARAN KARDIAKOtot kardiak adalah myogenik. Ini bererti bahawa berbeza denganotot rangkayang memerlukan rangsangan (sama ada sedar atau reflex), rangsangan otot jantung adalah secara automatik. Pengecutan berirama berlaku sendiri, walaupun frekuensi boleh berubah disebabkan keresahan, kesan hormon, senaman atau berasa terancam.Irama pengecutan diselaraskan olehnode sinoatrialdannode atrioventrikular. Node sinoatrial, sering dikenali sebagaiperentak jantung, terletak di bahagian atas dinding atrium kanan dan bertanggungjawab menghasilkan impuls eletrik yang memulakan pengecutan atrium. Apabila impuls ini tiba di node atrioventrikular yang terletak di dinding antara ruang ventrikel, ia akan dilambatkan sedikit. Ini bertujuan memastikan atrium telah mengecut sepenuhnya. Selepas itu, impuls ini dialirkan melaluiberkas His(bundle of His) di dalam septum dan dialirkan ke dalam dinding-dinding ventrikel. Impuls ini menyebabkan pengecutan ventrikel berlaku.Jantung mampu terus berdegup walaupun setelah dikeluarkan dari tubuh manusia yang hidup. Perkara ini terus menakjubkan manusia sepanjang zaman. Malah kaum Aztek yang tinggal di Amerika Selatan telah begitu kagum dengan keupayaan jantung berdegup di luar tubuh ini, sehinggakan mereka mengamalkan pengorbanan manusia dengan meragut keluar jantung dari mangsa pengorbanan hidup-hidup sebagai bahan persembahan kepada dewa matahari.

  • ISIPADU STROKVolum strok adalah jumlah darah yang dipam oleh ventrikal kiri dengan setiap denyutan.Isipadu ini disukat dalam unit liter/denyutan. . Volum strok lelaki adalah lebih besar berbanding valum strok perempuan. Kedudukan badan juga mempengaruhi valum strok. valum strok adalah agak besar pada individu yang berbaring berbanding individu yang berdiri. Perbezaan ini berkaitan dengan kesan graviti ke atas sistem kardiovaskular.

  • ISIPADI STROKVolum strok dapat diukur dengan menggunakan rumus berikut;SV = LVEDV LVESVStroke volume (SV) = Left Ventricular End Diastolic Volume (mL) LeftVentricular End SystolicVolume (mL)Valum strok dipengaruhi/bergantung kepada 3 pemboleh ubah iaitu;Isipadu tamat diostolik (EDV)( End Diostolic Volume (EDV) )Purata Tekanan Darah Aoratik( Average Aoratik Blood Pressure)Kadar Penguncupan Ventrikal(Ventrikal Contractibility)SAMBUNA

  • ISIPADU STROKEDV atau dikenali sebagai preload adalah jumlah baki darah yang masih berada di dalam ventrikal pada akhir kitaran diastolic. EDV yang tinggi akan meningkatkan isipadu stoke. Mengikut Hukum Jantung Starling, jumlah EDV yang lebih tinggi akan menambahkan kekuatan kadar penguncupan dan seterusnya membolehkan jumlah darah yang keluar dari jantung semasa system systolic bertambah. Tekanan darah aoratic atau pun dikenali sebagai afterload mempunyai isipadu strok dengan menghasilkan perbezaan tekanan di antara ventrikal kiri dengan aorta. Peningkatan tekanan darah aorta akan menyebabkan isipadu stroke berkurangan.

  • KADAR DENYUTAN NADI

  • Tekanan darahTekanan darah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh arteri darah ketika darah di pam oleh jantung keseluruh anggota tubuh badan manusia.

    Tekanan darah di buat dengan mengambil dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg.

    Tekanan sistolik.

    Tekanan diastolik.

    140/90 mmHg keatas Darah Tinggi

  • MENGUKUR TEKANAN DARAHDarah mengalir dari bahagian tekanan tinggi ke bahagian tekanan rendah. Contoh ventrikel menguncup, ia menghasilkan tekanan yang lebih tinggi daripada tekanan di aorta.

    Tekanan darah diukur dalam unit mm Hg (milimeter merkuri). Tekanan darah normal ialah 120/80mm Hg.

    Tekanan darah boleh diukur dengan menggunakan SPHYGNOMANOMETER.

  • Nombor (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman.Tekanan Sistolik

  • Nombor (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantungTekanan Diastolik

  • Darah TinggiPada tekanan darah tinggi, biasanya terjadi kenaikan tekanan sistolik dan diastolik. Hipertensi biasanya terjadi pada tekanan darah 140/90 mmHg atau ke atas, diukur di kedua lengan tiga kali dalam jangka beberapa minggu.

  • Kadar Denyutan Nadi Kadar denyutan jantung adalah berapa kali jantung anda berdegup dalam masa seminit. Anda boleh mengukur kadar denyutan jantung dengan merasa nadi arteri-(rentak pengembangan dan pengucupan jantung) apabila darah dipaksa melaluinya dengan pengucupan jantung. Ini dapat mengukur sekuat mana jantung anda bekerja.Nadi anda dapat dirasa pada pergelangan tangan, leher, pangkal peha atau bahagian atas kaki - kawasan yang dekat dengan kulit. Selalunya, manusia mengukur denyutan nadi mereka pada pergelangan tangan yang dipanggil 'radial pulse'

  • Kadar Denyutan NadiCARA MENGUKUR DENYUTAN NADI Untuk mengukur denyutan nadi adalah senang. Ia tidak memerlukan sebarang peralatan. Walaubagaimanapun, jam yang mempunyai unit kaunter saat digital amat membantu. Pusing tapak tangan dengan cara menghadap ke depan. Letakkan indek dan jari tengah tangan yang sebelah lagi ke pergelangan tangan anda sekurang-kurangnya seinci di bawah tapak tangan. Tekan jari anda ke bawah antara gugusan tendon tengah dan luaran. Anda akan merasa denyutan nadi. Kira berapa kali ia berdenyut dalam masa 10 saat, dan kemudian gandakan dengan 6. Ini akan memberikan bacaan nadi anda untuk seminit. Contoh:- Jika anda mengira 12 denyutan untuk 10 saat, gandakan 12 x 6=72. Ini bermakna kadar denyutan nadi anda ialah 72. Satu cara lagi yang popular adalah dengan mengukur pada bahagian leher.Ini selalunya dilakukan semasa menjalani senaman.Formulanya adalah sama seperti dengan mengukur pada pergelangan tangan. Mengukur kadar denyutan nadi anda pada waktu pagi atau semasa duduk tanpa sebarang senaman dikenali sebagai 'Kadar Denyutan Masa Rehat'.

  • APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KADAR DENYUTAN JANTUNG NORMAL?

    Denyutan nadi masa berehat dalam anggaran 60-90 boleh dianggap sebagai kadar denyutan jantung yang normal. Denyutan jantung anda adalah bergantung kepada beberapa faktor termasuklah tahap kecergasan dan tekanan anda. Walaubagaimanapun, jika nadi anda berterusan berada pada tahap atas 90, anda patut pergi berjumpa doktor.Keadaan ini dipanggil 'tachycardia' (kenaikkan denyutan jantung). Kebanyakkan atlit mempunyai kadar nadi dalam lingkungan 40-60, bergantung kepada tahap kecergasan mereka. Secara umumnya, kadar nadi yang rendah adalah bagus, tetapi jika kadang kala kadar nadi yang anda kira didapati tidak stabil ( contoh seperti rentaknya hilang), ambil kadar nadi anda untuk satu minit. Jika anda mengalami keadaan ini pada kebanyakkan masa, anda harus berjumpa doktor anda. Keadaan ini dipanggil 'bradycardia' dan boleh menjadi berbahaya terutama bila tekanan darah turut rendah. Simptom-simptomnya adalah seperti letih, kurang tenaga dan pengsan.Jika ini berlaku, anda perlulah mendapatkan bantuan perubatan dengan segera. Banyak faktor yang mempengaruhi kadar nadi. Ini termasuklah emosi, suhu, keadaan postur (duduk, berdiri atau berbaring) dan juga saiz badan anda.

  • KADAR DENYUTAN JANTUNG YANG HENDAK DISASARKAN Semasa mengambil bahagian dalam program senaman, adalah menjadi penting untuk anda mempunyai matlamat untuk disasarkan apabila anda melakukan aktiviti senaman itu. Untuk lebih baik, tentunya anda mahu tidak terlalu susah atau senang. Berikut adalah formula mudah untuk anda meramalkan Kadar Denyutan Nadi Yang Maksimum( Maximum Heart Rate) dalam industri kecergasan ini.

  • Formula Mengira Kadar NadiFormula:- Ambil 220 dan tolakkan dari umur anda Ini akan memberi kadar denyutan nadi ramalan yang maksimum. Sebagi contoh, jika anda 42 tahun, tolakkan (220-42=178). Ini memberitahu limit pysiological maksimum anda, sama seperti berapa pantas jantung anda berdenyut dalam seminit. Kebayakkan program senaman menyarankan jika seseorang baru sahaja bermula, kadar nadi semasa bersenam tidak akan sampai 60-70% dari kadar maksimum denyutan nadi. Sebagai contoh, 60% dari 178=107 bpm, dan jika anda berterusan senaman, peratusan bagi kadar maksimum nadi sepatutnya dijadikan matlamat untuk dinaikkan. Pengiraan zon kadar denyutan nadi yang dikehendaki (Target Heart Rate):- Mulakan dengan kadar maksimum nadi anda seperti di atas. Gandakan kadar maksimum denyutan nadi (Maximum Heart Rate) anda dengan 0.8 untuk menentukan limit bahagian atas zon kadar nadi yang dikehendaki.(Upper Limit Target Heart Rate Zone) (bahagikan dengan 6 untuk mendapatkan kadar untuk 10 saat). Gandakan kadar maksimum denyutan nadi (Maximum Heart Rate) anda dengan 0.6 untuk menentukan limit bahagian bawah zon kadar nadi yang dikehendaki..(Lower Limit Target Heart Rate Zone) (bahagikan dengan 6 untuk mendapatkan kadar untuk 10 saat).

  • Contoh..Untuk orang yang berumur 42 tahun, 220-42= 178 Kadar nadi maksimum ( Maximum heart rate) 178 x 0.8 = 142 limit bahagian atas zon kadar nadi yang dikehendaki. (Upper limit of target heart zone (142/6= 24 per 10 saat) 178 x 0.6 = 107 limit bahagian bawah zon kadar nadi yang dikehendaki. (Lower limit of target heart zone (107/6= 18 per 10 saat) Kadar maksimum denyutan nadi anda adalah kadar denyutan yang jantung anda patut sampai selepas senaman yang memenatkan. Kadar denyutan nadi anda patut diukur semasa tahap pemanasan, ketika bersenam dan selepas bersenam. Jika semasa senaman anda mencapai tahap limit bahagian atas zon kadar nadi, anda patut menurunkan tahap senaman anda. Dan jika pada penamat kadar nadi anda adalah kurang dari limit bahagian bawah zon kadar nadi yang dikehendaki, anda patut bersenam lebih pada masa akan datang.

  • RUMUSAN

  • RUMUSANjantungPeredaranSistemikPulmonariBahagianAtrium kananAtrium KiriVentrikel kananVentrikel Kiri

  • RUMUSANKOMPONEN UTAMA SISTEM KARDIOVASKULAR

    JantungDarahSalur Darah

  • RUMUSANEmpat Ruang Jantung Utama

  • SOALAN Sila Klik Pada Nombor SoalanSOALAN PENGUKUHAN

  • 1.) Nyatakan 3 Komponen Utama Dalam Sistem Kardiovaskular ?B) Jantung, Salur Darah Dan DarahA) Jantung , Paru-paru Dan DarahC) Jantung , Hati , dan Paru-paru

    D) Jantung , Darah Dan HatiSOALAN 1

  • 2) Struktur Jantung Yang Bertanda X Ialah ?A) ATRIUM KANAN B) VENTRIKAL KANANC) ATRIUM KIRID) VENTRIKAL KIRI XSOALAN 2

  • 3) Alat apakah yang digunakan untuk mengukur tekanan darah?A)SphygnomanometerB)GoniometerC)TermometerD) MutimeterSOALAN 3

  • 4) SALUR DARAH ADALAH TERDIRI DARIPADA ?B) Arteri, Vena dan KapilariA) Arteri, Atrium dan KapilariC) Vena , Atrium dan KapilariD) Arteri, Vena dan picagariSOALAN 4

  • Maaf Jawapan Anda Salah.Cuba Lagi

  • TAHNIAH JAWAPAN ANDA TEPAT

  • Maaf Jawapan Anda Salah.Cuba Lagi

  • TAHNIAH JAWAPAN ANDA TEPAT

  • TAHNIAH JAWAPAN ANDA TEPAT

  • Maaf Jawapan Anda Salah.Cuba Lagi

  • TAHNIAH JAWAPAN ANDA TEPAT

  • Maaf Jawapan Anda Salah.Cuba Lagi

  • KELUAR

  • INGIN KELUAR ?YATIDAK

    ****