sintaksis.bahan ceramah kdp4m

49
SINTAKSIS BAHASA MELAYU Ayat: Ayat ialah unit pengucapan atau tulisan yang tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa, yang mengandungi makna yang lengkap. Binaan ayat terdiri daripada unsur- unsur klausa, frasa, dan perkataan. Binaan Ayat: Ayat terbina daripada dua bahagian utama, iaitu subjek (benda, hal atau judul) dan predikat (cerita). Subjek Predikat 1. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor angkasawan pertama negara kita. 2. Pertunjukan Udara LIMA berlangsung di Langkawi. 3. Pekan Masjid Tanah sedang dibangunkan. Pola Ayat Dasar: Ayat dasar ialah ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan semua ayat lain. Ayat dasar mengandungi empat pola frasa pada bahagian subjek dan bahagian predikatnya. Frasa subjek bagi setiap pola ialah frasa nama (FN), manakala frasa predikatnya ialah FN, frasa kerja (FK), frasa sendi nama (FS), dan frasa adjektif (FA). Binaan ayat yang betul mestilah berdasarkan gabungan subjek (FN) dan predikat (FN, FK, FA, atau FS). 1 SINTAKSIS BAHASA MELAYU Semakan 9 Mei 2012

Upload: punitha-nitha

Post on 22-Oct-2015

78 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Ayat: Ayat ialah unit pengucapan atau tulisan yang tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa, yang mengandungi makna yang lengkap. Binaan ayat terdiri daripada unsur-unsur klausa, frasa, dan perkataan.

Binaan Ayat: Ayat terbina daripada dua bahagian utama, iaitu subjek (benda, hal atau judul) dan predikat (cerita).

Subjek Predikat

1. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

angkasawan pertama negara kita.

2. Pertunjukan Udara LIMA berlangsung di Langkawi.3. Pekan Masjid Tanah sedang dibangunkan.

Pola Ayat Dasar: Ayat dasar ialah ayat yang menjadi sumber bagi pembentukan semua ayat lain. Ayat dasar mengandungi empat pola frasa pada bahagian subjek dan bahagian predikatnya. Frasa subjek bagi setiap pola ialah frasa nama (FN), manakala frasa predikatnya ialah FN, frasa kerja (FK), frasa sendi nama (FS), dan frasa adjektif (FA). Binaan ayat yang betul mestilah berdasarkan gabungan subjek (FN) dan predikat (FN, FK, FA, atau FS).

Ayat dasar dapat menerbitkan ayat-ayat lain yang lebih kompleks, sama ada ayat tunggal (AT) atau ayat majmuk (AM), ayat aktif (AA) atau ayat pasif (AP), dan sebagainya .

Bil. Pola Subjek Predikat1. FN + FN Encik Shaari ejen insurans. 2. FN + FK Dia menjerit kesakitan.3. FN + FA Budak itu sangat nakal.4. FN + FS Pejabat saya di Kota Kinabalu.

1

SINTAKSIS BAHASA MELAYUSemakan 9 Mei 2012

Page 2: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Latih Amal 1: Bina empat pola ayat dasar.

Subjek Predikat

Penggolongan Ayat: Seringkas-ringkas ayat yang kita ucap atau tulis ialah ayat tunggal (AT) atau ayat dasar (ayat inti/ayat mudah). Apabila kita mengucapkan atau menulis sesuatu yang lebih sukar, misalnya membuat laporan kajian, kita secara spontan terdorong untuk membina AM atau ayat kompleks.

Latih Amal 2: Bina empat AT dan empat AM.

Ayat Tunggal Ayat Majmuk

1. Saya pelajar IPT. 1a. Saya pelajar IPT tetapi rakan saya juruteknik di sebuah syarikat.

2. 2a.

3. Pengetua sedang

berucap.

3a.Para pelajar bercakap walaupun

Pengetua sedang berucap.4. 4a.

5. Staf sekolah ini 5a. Staf sekolah ini rajin serta

2

Page 3: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

rajin. bertanggungjawab.

6. 6a.

7. Kajian ini telah selesai.

7a. Kajian tentang kelemahan membaca dalam kalangan murid itu telah selesai dalam masa enam bulan.

8. 8a.

Frasa: Frasa ialah susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang boleh diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Binaan frasa tidak mengandungi subjek dan predikat.

Frasa1. burung2. seekor burung3. seekor anak burung4. seekor anak burung jantan5. seekor anak burung jantan sedang terbang

Latih Amal 3: Binalah frasa berdasarkan contoh.

Frasa1.

2.

3.

4.

5.

3

Page 4: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Binaan Frasa Nama (FN): FN ialah binaan terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai satu kesatuan dalam binaan ayat. Binaan ayat dasar bahasa Melayu terdiri daripada dua konstituen utama, iaitu subjek dan predikat:

Subjek FN Predikat Berdasarkan Pola:1.Encik Ningkan usahawan tani. FN + FN2.Cikgu Saziman mengajar saya. FN + FK3. Kucing itu sangat manja. FN + FA4. Ayah ke Labuan. FN + FS

Latih Amal 4: Teliti semula tajuk pola ayat dasar.

Pembentukan FN: Binaan FN terbentuk daripada satu atau sederetan perkataan, sama ada terdiri daripada (i) satu perkataan yang merupakan inti bagi seluruh FN itu, dan perkataan lain sebagai penerang; (ii) dua unsur inti di dalamnya. Inti ialah unsur utama yang mewakili seluruh frasa itu daripada segi makna, dan penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.

Subjek FN PredikatInti Penerang

1. Guru2. Kakak

Bahasa Melayu itubudak lelaki itu

sungguh kreatif.sudah berpunya.

Subjek FN PredikatInti Inti

1. Ibu2. Hutan

baparimba

dipersilakan hadir.perlu dijaga.

Latih Amal 5: Secara lisan, nyatakan dua FN (Inti + Penerang) dan dua FN (Inti + Inti).

4

Page 5: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Binaan Frasa Kerja (FK): FK ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja (KK). KK tersebut merupakan KK Tak Transitif (KKTT) atau KK Transitif (KKT). KKTT hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, manakala KKT mesti diikuti oleh objek atau unsur-unsur lain, sebagaimana contoh yang berikut:

Subjek FN Predikat FK KK1. Aminah2. Fatimah 3. Adik4. Ayam hutan

itu

membaca buku.bernasyid di atas pentas.menangis tersedu-sedu.membuat sarang di atas dahan.

KKTKKTTKKTTKKT

Latih Amal 5: Bina empat ayat dengan KK yang berlainan.

Subjek FN Predikat FK KK5.

6.

7.

8.

KKT

KKTT

KKTT

KKT

Pembentukan FK: Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu:

(i) FK yang tidak mengandungi objek, iaitu kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu FN sebagai objek untuk melengkapkannya. FK demikian mengandungi KKTT;

(ii) FK yang mengandungi objek, iaitu kata kerjanya harus disambut oleh FN sebagai objek untuk melengkapkannya.

5

Page 6: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Objek juga diikuti oleh bahagian keterangan.

Subjek FNPredikat FK

KK Objek Keterangan1. Adik2. Hujan3. Ayah4. Pemburu5. Ibu6. Jurulatih

tidur. turun membaca

menembak menghidangkan

menyuruh

- akhbar.

rusa. makanan.

murid

Den dengan lebatnya.

berlari pantas.

Latih Amal 6: Bina enam ayat berdasarkan unsur yang sama.Subjek

FNPredikat FK

KK Objek Keterangan1a.

2a.

3a.

4a.

5a.

6a.

Binaan Frasa Adjektif (FA): FA ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. FA berfungsi sebagai predikat, sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif (KA) hadir sesudah KK dan sebagai unsur penerang, KA hadir sesudah KN, seperti contoh:

Subjek (FN) Predikat FA dengan Fungsi Berbeza1. Dia2. Rosli

rajin.berlari sangat pantas.

FA (predikat)FA (unsur keterangan)

6

Page 7: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

3. Kucing binatang jinak.

FA (unsur penerang)

Latih Amal 7: Bina tiga ayat dengan berpredikatkan FA.

Subjek FN Predikat dengan Fungsi FA

1a.

2a.

3a.

Pembentukan FA: FA terdiri daripada satu KA sahaja atau deretan perkataan yang mengandungi KA dengan kata bantu dan penguat, sama ada di hadapan atau di belakangnya.

SubjekFN

Predikat FAKata

BantuPenguat Kata

AdjektifPenguat

1. Adik2. Hujan3. Ayah4. Pemburu5. Nenek6. Hari

sudahmasih

--

masihmasih

--

amatsangat

--

pandai.lebat.gembira.cekap.cantikgelap

----

amat.benar.

Latih Amal 8: Bina enam ayat seperti ayat 1 hingga ayat 6.

Binaan Frasa Sendi Nama (FS): FS ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama (KSN) dan satu FN yang menjadi pelengkap kepada KSN itu. KSN ialah bentuk morfem atau kata yang diletakkan di hadapan FN. Antara KSN yang sering digunakan ialah di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan, bagi, hingga, oleh, dengan, tentang, sampai, dan sebagainya.

Subjek FN Predikat FS

7

Page 8: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

1. Kanang 2. Surat itu 3. Hadiah ini

ke bandar.daripada ibu.untuk ayah.

Latih Amal 9: Nyatakan FS yang lain.

Pembentukan FS: FS terbentuk daripada salah satu binaan yang berikut:

i. KSN + FNii. KSN + KN Arah + FNiii. KSN + (KN Arah) + FN + (frasa keterangan)

SubjekFN

Predikat FSKSN KNA FN Keterangan

1. Saya2. Adik3. Ayah4. Pemburu5. Nenek

6.Pemandu itu

darikedidarike

ke

--belakangdalamdalam

belakang

Simanggangsekolahrumahhutanbelukar

keretanya

----mencari herba.mengambil sesuatu.

Latih Amal 10: Secara berpasangan, bina dua ayat yang menggunakan dua unsur binaan yang berlainan.

Subjek FN Predikat FSKSN KNA FN Keterangan

1.

2.

Klausa: Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat yang menjadi pelengkap

8

Page 9: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

kepada ayat. Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.

Klausa bebas atau klausa utama ialah klausa yang boleh berdiri sendiri dan dapat menjadi ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa yang tidak dapat berdiri sendiri disebut sebagai klausa tak bebas.

1. Awak pandai kerana awak rajin belajar.

klausa bebas/utama (KB): Awak pandaiklausa tak bebas (KTB): kerana awak rajin belajar

2. Kami akan hadir sekiranya hari tidak hujan.3. Mereka akan datang walaupun tanpa diundang.

4. Kami memberitahu cikgu bahawa kami akan menghantar tugasan esok.

5. Kursus ini penting untuk meningkatkan kompetensi kami walaupun pelbagai cabaran mesti kami tempuhi.

Latih Amal 11: Cerakinkan ayat-ayat 2 – 5 kepada klausa bebas (KB) dan klausa tak bebas (KTB).

Bil. Pengelompokan Klausa2. KB:

KTB:3. KB:

KTB:4. KB:

KTB:5. KB:

KTB:

Jenis Ayat: Penjenisan ayat adalah berdasarkan lagu bahasa dan tujuan pengucapan/penulisan ayat berkenaan dalam

9

Page 10: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

pelbagai situasi berbahasa. Dalam kehidupan harian, kita mengalami pelbagai situasi. Kita juga mempunyai pelbagai kemahuan. Justeru, timbullah kepelbagaian jenis ayat untuk merakamkan situasi atau menyatakan kemahuan tersebut. Jika kita sekadar mahu menyatakan sesuatu, ucapkanlah ayat penyata. Jika kita berhasrat meminta atau melarang sesuatu, ujarkan ayat perintah. Jika kita ingin bertanya, ayat yang kita kemukakan ialah ayat tanya. Ayat yang memperlihatkan unsur perasaan ialah ayat seruan. Campuran kesemua ragam ayat ini dikenali sebagai ayat campuran.

Ayat Penyata

1. Cikgu Ahmad penghulu kumpulan kami.2. Harga susu itu mahal.3. Adik saya pegawai di Kor Risik Tentera Darat

Malaysia.

Ayat Tanya

4. Encik Norman pengurus di sini?5. Dia penyelenggara stor?6. Ke sekolahkah anak awak?

Ayat Perintah

7. Keluar dari bilik saya!8. Kutip sampah itu!9. Jemput masuk.10. Sila lengkapkan borang pendaftaran ini.

Ayat Seruan

11. Amboi, garangnya!12. Nah, ambillah wang ini!13. Syabas, saudaralah juara sebenar!

Latih Amal 12: Bina dua ayat yang mewakili setiap jenis.

Ayat mempunyai nilai komunikatif atau nilai makna dalam sesuatu komunikasi, misalnya:

Makna/Nilai Ayat

10

Page 11: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

1.penyataan biasa2.pentakrifan3.amaran

1. Datuk kami pandai bercerita.2. ASEAN ialah zon aman, bebas,

dan berkecuali.3. Awas, jangan meniru.

4.tertutup5.terbuka

4. Ustaz itu suaminya?5. Suaminya siapa?

6.positif (suruhan)7.permintaan8.silaan9.larangan10.harapan11.ajakan12.penyerahan

6. Pergi dari sini!7. Tolong senyap sedikit!8. Silalah beristirahat!9. Usahlah merajuk!10. Semoga kita bahagia!11. Jom kita pergi!12. Biarkan dia sendirian!

13.vokatif (biasa)14.doa15.bukan vokatif

13. Pak Lebai!14. Tuhanku!15. Cantiknya!

16.penegasan (lah)17.penegasan (yang)

16. Dialah yang memulainya.17. Kamilah yang memulainya.

Latih Amal 13: Bincangkan maksud nilai dalam ayat.

Ragam Ayat: Ragam ayat tunggal terdiri daripada ayat aktif (AA) dan ayat pasif (AP).

Ayat Aktif (AA) ialah ayat yang mengandungi KK yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Terdapat dua bentuk AA:

Ayat aktif transitif (AAT), iaitu ayat yang mengandungi KKT yang diikuti oleh FN atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya.

11

Page 12: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Ayat aktif tak transitif (AATT), iaitu ayat yang mengandungi KKTT yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut. AATT dibahagikan kepada dua jenis, iaitu AATT dengan keterangan yang boleh digugurkan dan AATT dengan keterangan yang tidak boleh digugurkan.

AAT

SubjekPredikat

KKT Objek1. Ribut2. Ahmad3. Pengarah

melandamengarang merasmikan

kampung kami.buku cerita.seminar itu.

AATT dengan Keterangan yang Boleh Digugurkan

Subjek PredikatKKTT Keterangan yang

Boleh Digugurkan1. Budak itu2. Aminah3. Nenek

sedang mandimenangistidur

di sungai itu.sepanjang hari.di bilik adik.

AATT dengan Keterangan yang Tidak Boleh DigugurkanSubjek Predikat

KKTT Keterangan yang Tidak Boleh Digugurkan

1. Dia 2. Bas itu3. Penyakitnya

beradamenujuberansur

di Kota Tinggi.ke Kuala Kelawang.sembuh.

Latih Amal 14: Rumuskan konsep “Transitif” dan “Tak Transitif” dalam ragam Ayat Aktif.

Ayat Pasif (AP): AP ialah ayat yang asalnya daripada AAT, iaitu yang mengandungi KK tetapi mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

AP digolongkan kepada tiga, iaitu AP dengan:

12

Page 13: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

i. imbuhan kata kerja pasif (KKP);ii. kata ganti nama diri pertama dan kedua; daniii. perkataan kena yang hadir sebelum KK.

AP dengan Imbuhan KKP Subjek KKP Oleh + FN Keterangan1.Buku itu 2.Kucing3.Sampah sarap

sudah diambilterlanggardipungut

oleh Abu oleh basikaloleh pekerja

pagi tadi.di kakinya.setiap hari.

*AP dengan KGND I dan KGND IISubjek FKP dengan

KGND I atau IIKeterangan

1. Tugasan itu2. Hutang itu 3.Masakan itu4.Perkara itu

sudah aku siapkanakan kami jelaskanbelum engkau makanharus awak putuskan

awal-awal lagi.segera.lagi.segera.

*AP sedemikian disebut juga AP Semu.

Latih Amal 15: Bina 10 AP yang menggunakan KGND I dan KGND II.

AP dengan “Kena” yang Hadir Sebelum KKSubjek Kena KK Dasar Oleh + FN

1.Penagih itu2.Penyeludup itu 3.Budak itu4.Harimau itu

kenakenakenakena

tangkap tahankejartembak

oleh polis.oleh pihak kastam.oleh orang jahat.oleh pemburu.

Bentuk Ayat: Konsep bentuk ayat bermaksud hasil daripada proses pembentukan ayat, sama ada ayat tunggal (AT) atau ayat majmuk (AM).

AM: AM ialah ayat terbitan yang mengandungi dua ayat tunggal (AT) atau lebih. Pemajmukan AT terjadi menerusi penggunaan kata hubung (KH) seperti dan, kata fakta ’bahawa’, kata relatif ’yang’, selain penggunaan tanda koma,

13

Page 14: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

dan tambahan keterangan. AM dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:

AM Gabungan: Ayat yang terdiri daripada dua AT atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan menggunakan KH.

a. Faktanya seragam (KH: dan, lalu, serta, dan sambil)

1. Dia duduk lalu menaip. 2. Berenang dan menyelam menjadi kegemarannya.

b. Faktanya bertentangan (KH: tetapi, sebaliknya, dan padahal)

3. Mereka bercuti tetapi masih datang ke pejabat. 4. Murid-murid masih berada di kantin padahal loceng sudah

berbunyi.

c. Gabungan ayat yang sama, misalnya ayat penyata dengan

ayat penyata.

5. Adik sudah mandi dan berpakaian. 6. Urus setia masih menyemak dan membetulkan draf minit mesyuarat itu.

d. Pengguguran KH kecuali yang terakhir.

7. Linda, Mas, Ayu, dan Suria minum di kafetaria setiap hari. 8. Anjung Ilmu, Anjung Ehsan, Dewan Tun Fatimah, dan Dewan Srikandi sedang dibaik pulih.

e. Penggunaan tanda koma bagi menggantikan KH. (Dalam bahasa lisan, ayat majmuk ditandai oleh hentian suara yang sejenak.)

14

Page 15: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

9. Pak Kasa tercegat di hujung bendang, bercekak pinggang, merenung ke suatu arah.10. Pengetua terdiam, memandang pengerusi, berfikir, menjawab pertanyaan pelajar baharu itu.

Latih Amal 16: Bina lima AM yang berbeza maksudnya.

AM Pancangan: Ayat yang terdiri daripada satu ayat induk / utama dan satu atau beberapa ayat kecil yang lain yang dipancangkan di dalam ayat induk dan dijadikan sebahagian daripada ayat induk itu. AM Pancangan ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu,

Ayat Relatif (kata relatif: yang)

1. Calon guru yang hadir pada sesi pertama itu sudah ditemu duga. (Ayat induk: Calon guru itu sudah ditemu duga.) (Ayat kecil: Calon itu hadir pada sesi pertama.) Ayat Komplemen (kata komplemen: bahawa , supaya dan untuk atau demi)

2. Bahawa saya benar memanglah perlu saya pertahankan.3. Kita dituntut supaya bekerja bersungguh-sungguh demi kemajuan diri, keluarga, agama, bangsa, dan negara. Latih Amal 17: Secara berkumpulan, bina dua AM Pancangan yang berlainan jenis.

Ayat Keterangan (kata keterangan: ketika, kerana, semasa, sewaktu, dengan, sungguhpun, walaupun, , semoga, dan sekiranya)

15

Page 16: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

4. Perhimpunan lambat berakhir kerana banyak perkara yang

disampaikan. (keterangan sebab)5. Jika dia menerima, saya akan terus berbincang dengan kedua-dua ibu bapa saya. (keterangan syarat)6. Walaupun kawasan institut sedang dinaik taraf, pelawat tetap datang berkunjung ke sini. (keterangan pertentangan)7. Warga sekolah berdoa semoga sekolah mencapai keputusan yang lebih baik pada tahun depan. (keterangan harapan)

Latih Amal 18: Berdasarkan mana-mana bahan bacaan, petik dua AM Keterangan. AM Campuran: Ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu ayat yang terdiri daripada campuran AT dengan AM atau deretan pelbagai jenis AM. Oleh hal yang demikian, penggunaan KH, kata relatif, dan kata komplemen adalah bentuk yang biasa ditemukan dalam AM Campuran.

8. Apabila kita berusaha untuk mendapat kepuasan yang tinggi dalam pekerjaan, kita hendaklah selalu menilai kekuatan dan kelemahan diri kita.9. Jika perlawanan bola sepak yang akan menemukan dua pasukan gergasi dunia itu dapat diadakan di negara ini, kami yakin bahawa peminat fanatik kedua-dua pasukan itu akan terhibur, sementara pihak penganjur akan memperoleh keuntungan yang besar.

Latih Amal 19: Tulis satu ayat majmuk campuran di ruangan yang disaediakan.

16

Page 17: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Ayat Majmuk Pasif dapat dibina jika wujud bentuk aktifnya yang mengandungi KKT.

1. Kami dinasihati oleh pegawai atasan itu kerana lambat menyempurnakan kerja yang diserahkan kepada kami.2. Kajian tindakan itu dijalankan di sebuah sekolah kurang murid di kawasan pedalaman Negeri di Bawah Bayu.3. Pembekal yang dikenal pasti akan membekalkan barang- barang yang dipesan setelah pesanan diperakukan oleh ketua jabatan.4. Warga institut akan dibenarkan bercuti mulai hari Jumaat yang akan datang.5. Seluruh staf sektor awam digalakkan supaya menghadiri kursus peningkatan ilmu seumpama ini.

Latih Amal 20: Bandingkan AM Aktif dengan AM Pasif.

Proses Penerbitan Ayat: Penerbitan ayat ialah suatu proses terbina atau terbentuknya ayat melalui proses pertukaran bentuk ayat (transformasi) yang mengakibatkan pengguguran, penyusunan semula atau peluasan kepada unsur-unsur struktur dalaman ayat.

Konsep Pengguguran: Proses transformasi yang berlaku ke atas struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu dan dengan demikian pada peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan itu tidak lagi wujud.

Terdapat empat jenis pengguguran, iaitu pengguguran:

a) FN sebagai subjekb) Frasa predikatc) FN yang mendahului Frasa Relatif

17

Page 18: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

d) KN yang berfungsi sebagai inti dalam FN

Pengguguran FN Sebagai Subjek:

Pengguguran subjek KGND II dalam ayat perintah, misalnya:

i. Kamu keluar! (Keluar!)ii. Awak semua pergi dari sini! (Pergi dari sini!)

Pengguguran subjek yang serupa dalam AM, misalnya:

i. Dia sangat pandai. + Dia rajin belajar. Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar. Dia sangat pandai kerana rajin belajar.

ii. Adik saya cerdik. + Adik saya pemalu. Adik saya cerdik tetapi adik saya pemalu.

Adik saya cerdik tetapi pemalu.

Pengguguran Frasa Predikat: Seluruh frasa predikat atau bahagian-bahagian daripadanya boleh digugurkan. Jikalau terdapat penggunaan frasa predikat yang serupa dalam AM Gabungan, maka semua frasa predikat yang serupa kecuali yang terakhir boleh digugurkan. Misalnya:

Frasa Predikat

Contoh Ayat

a. Frasa kerja yang serupa

Adik Ali belajar di Pahang. Sepupunya belajar di Pahang.i. Adik Ali belajar di Pahang dan sepupunya belajar di Pahangii. Adik Ali dan sepupunya belajar di Pahang.

b.Frasa Encik Abu guru sekolah. Puan Mariah guru sekolah.

18

Page 19: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

nama yang serupa

i. Encik Abu guru sekolah dan Puan Mariah guru sekolahii. Encik Abu dan Puan Mariah guru sekolah.

c. Frasa adjektif yang serupa

Abang saya sangat rajin. Abang Ali sangat rajin. i. Abang saya sangat rajin dan abang Ali sangat rajin. ii. Abang saya dan abang Ali sangat rajin.

d. Frasa sendi nama yang serupa

Dia masih di kampung. Isterinya masih di kampung. i. Dia masih di kampung dan isterinya masih di kampung. ii. Dia dan isterinya masih di kampung.

Pengguguran FN yang Mendahului Frasa Relatif:Apabila dua ayat digabungkan dengan satu ayat yang dipancangkan ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif, FN yang serupa yang mendahului frasa relatif itu boleh digugurkan, misalnya:

i. Kereta itu kuning. Kereta itu pilihan saya.Kereta yang kuning itu pilihan saya.Yang kuning itu pilihan saya.

ii. Dia membeli baju itu. Baju itu cantik. Dia membeli baju yang cantik itu.

Dia membeli yang cantik itu.

Pengguguran KN yang Berfungsi Sebagai Inti dalam FN: KN yang terkandung dalam binaan FN dengan KN (inti) + penerang boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam FN itu hanya bahagian penerangnya yang mungkin bukan daripada kelas KN. Contohnya:

19

Page 20: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

i. Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan. Bersenam boleh menyihatkan badan.

ii.Tabiat merokok membahayakan kesihatan. Merokok membahayakan kesihatan.

Proses Penyusunan Semula: Bentuk perkataan dalam ayat asal diubah susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu. Proses penyusunan semula ini akan mengakibatkan berlakunya perubahan ataupun pengguguran pada kata-kata tertentu, penggantian atau penambahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan. Namun demikian proses penyusunan semula ini tidak membawa perubahan pada makna ayat.

Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula, iaitu:

a) Penyusunan semula FN sebagai subjek.b) Penyusunan semula FN sebagai objek.c) Penyusunan semula melalui ayat songsang.

Ayat Asal Penyusunan Semula

Adik menendang bola itu.

Bola itu ditendang oleh adik.

(FN sebagai subjek)

Allah mengurniai kita rahmat.

Allah mengurniakan rahmat kepada

kita. (FN sebagai objek)

Orang itu pergi ke

kedai.

Ke kedai orang itu pergi.(Ayat

songsang )

Proses Peluasan: Proses peluasan ayat boleh berlaku apabila terdapat penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu, iaitu peluasan FN sebagai subjek, peluasan frasa

20

Page 21: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

predikat, peluasan dengan KH, dan peluasan melalui proses komplementasi.

Ayat Asal PeluasanBudak itu adik saya.Budak itu membaca buku

Budak yang membaca buku itu adik saya. (FN sebagai subjek)

Osman mengusik budak itu. Budak itu menangis.

Osman mengusik budak yang menangis itu. (Frasa predikat)

Ayah tidak bekerja.Ayah sakit perut.

Ayah tidak bekerja kerana sakit perut. (KH)

Mereka melaporkan .Guru kelas tidak hadir.

Mereka melaporkan bahawa guru kelas tidak hadir. (proses komplementasi)

Latih Amal 21:

1. Secara berpasangan, sila berbincang, seterusnya kemukakan satu AM daripada salah satu wacana yang berikut:

a) Surat rasmi mengundang penceramah ke sekolah atau ke jabatan.

b) Abstrak suatu kajian yang dilakukan di sebuah sekolah pedalaman.

c) Keputusan mesyuarat jabatan/kelab pada akhir tahun.d) Item objektif bagi mana-mana mod kursus keguruan. e) Ucapan penghargaan pada hari istimewa (Hari Guru,

Hari Kebangsaan, hari ulang tahun kelahiran, dll.)2. Berikan pandangan tentang cara untuk meningkatkan pengetahuan berbahasa dalam kalangan pelajar.

21

Page 22: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Ayat Gabungan

Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau beberapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung. Contoh: Nani dan Nora ke perpustakaan. Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah.

Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul. Contoh:

SALAH BETUL Mereka akan melancong ke Pulau

Tioman atau Pulau Langkawi?

Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau Jelai.

Baik yang kaya atau miskin datang ke rumahnya.

Hadiah ini untuk Izzat bukan Hazwan.

Jangankan membeli kereta,

Mereka akan melancong ke Pulau

Tioman atau ke Pulau Langkawi?

Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau di Jelai.

Baik yang kaya atau yang miskin datang ke rumahnya.

Hadiah ini untuk Izzat bukan untuk Hazwan.

Jangankan membeli kereta,

22

KESALAHAN UMUM DALAM STRUKTUR AYAT

Page 23: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

motosikal pun saya tak mampu. membeli motosikal pun saya tak mampu.

Ayat Pancangan: Ayat pancangan ialah ayat yang berasal daripada dua AT yang salah satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi.Contoh: a) Kereta Pak Leh itu terbabas. b) Walaupun miskin keluarga Mak Piah bahagia.

Ayat (a) terbit daripada dua ayat, iaitu:

i. Kereta itu terbabas. ii. Kereta itu kereta Pak Leh.

Ayat (b) terbit daripada dua ayat yang berikut:

i. Keluarga Mak Piah miskin ii. Keluarga Mak Piah bahagia.

Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga apabila unsur penerang dalam ayat tersebut salah strukturnya. Contoh:

SALAH BETULRumah itu di atas bukit tidak ada penghuninya.

Bangunan itu yang tinggi Menara Maybank.

Rumah di atas bukit itu tidak ada penghuninya.

Bangunan yang tinggi itu Menara Maybank.

Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak ada KH pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama. Contoh:

SALAH BETUL

23

Page 24: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Kami berdoa kamu berjaya.

Semua orang tahu dia anak Pak Hamid.

Kami berdoa agar kamu berjaya.

Semua orang tahu bahawa dia anak Pak Hamid.

Ayat yang Tergantung: Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat. Dalam susunan ayat biasa, kedudukan subjek di hadapan dan kedudukan predikat di belakang.

Contoh: Budak itu / menangis. Farhana / jatuh ke dalam longkang.

Dalam susunan ayat songsang, kedudukan subjek di belakang dan kedudukan predikat di hadapan. Contoh: Siapakah / gadis itu. Itulah / teman saya.

Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai “ayat yang tergantung“, iaitu yang terjadi apabila ujaran itu bermula dengan KS, KH, KK dan kerana penggunaan kata yang salah, dan sebagainya.

1. Di seluruh negara mengalami banjir. (S)1a. Seluruh negara mengalami banjir. (B)

2. Kerana hal itu akan dibincangkan. (S) 2a. Hal itu akan dibincangkan. (B)

3. Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. (S) 3a. Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini. (B)

4. Banyak pelajar lulus dengan baik. (S) 4a. Banyak pelajar yang lulus dengan baik. (B)

24

Page 25: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

5. Ada pihak membangkang cadangan itu. (S) 5a. Ada pihak yang membangkang cadangan itu. (B)

6. Dia yang datang kelmarin. (S)6a. Dia datang kelmarin. (B)

7. Mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan. (S)7a. Setelah mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan. (B)

8. Kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat. (S) 8a. Sebagai kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat. (B)

9. Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar. (S) 9a. Yang turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar. (B)

10. Apakah perlu kita lakukan sekarang? (S)10a. Apakah yang perlu kita lakukan sekarang? (B)

11. Siapa kata saya berbohong? (S)11a. Siapakah yang mengatakan bahawa saya berbohong? (B)

12. Peserta-peserta yang lulus saja akan dipilih. (S)12a. Peserta-peserta yang lulus saja yang akan dipilih. (B)

13. Bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah. (S) 13a. Daripada bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah. (B)

14. Mengikut beliau menyatakan bahawa perompak senjata api sudah itu  tumpas. (S)14a. Beliau mengatakan bahawa perompak senjata api itu sudah tumpas. (B)

15. Yang manakah betul? (S)15a. Yang manakah yang betul? (B)

25

Page 26: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Ayat yang Tidak Betul Susunannya: Kata-kata sahaja belum lengkap untuk berfungsi sebagai bahasa yang bermakna jika kata-kata itu tidak tersusun dalam bentuk ayat. Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi salah atau tidak baku.

Contoh: (a) Ini hari Azizah tidak datang. (b) Buku ini saya tidak mahu membaca. (c) Yang melukis gambar ini Zainallah. (d) Yang memukul awak siapakah? (e) Itu pen dakwat sudah habis. (f) Nora dan Nani baik berkawan. (g) Majalah itu saya tidak menyimpannya.

Wallahualam...

*Pengguna modul ini digalakkan membina kemahiran untuk menggunakan singkatan bagi istilah tatabahasa yang lazim digunakan dalam perbincangan tentang tatababahasa, khususnya dalam aspek sintaksis.

** Modul latih amal ini disemak dan dimurnikan pada 14 April 2012.

26

Page 27: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

SUMBER ILMU DARIPADA LAMAN SOSIAL FACEBOOK

Ikhtisar Sintaksis 1oleh Cikgu Mohamad Musip pada 6 Disember 2011 pukul 0:45 ·

Pendahuluan Dalam sukatan pelajaran BM, aspek tatabahasa ialah aspek utama dalam komponen sistem bahasa. Aspek-aspek lain ialah sistem ejaan, kosa kata, sebutan dan intonasi, dan peribahasa. Dengan mendalami komponen sistem bahasa, pengguna bahasa lebih mudah mengetahui dan mengamalkan aturan berbahasa untuk menguasai wacana bahasa Melayu. Aspek tatabahasa sendiri merangkumi dua bidang utama, iaitu bidang morfologi (pembinaan dan penggolongan kata) dan bidang sintaksis (ragam, bentuk, pola, jenis, dan struktur binaan ayat). Sintaksis Bidang sintaksis diperincikan dalam pro forma BMM3011 (Sintaksis) bagi membolehkan guru-guru pelatih major Bahasa Melayu menguasai kandungan bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan ayat bahasa Melayu. Buku rujukan utama yang digunakan sebagai teks pegangan tatabahasa ialah buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga oleh Prof. Nik Safiah Karim et al. (2008). Kandungan pro forma sintaksis disusun sejajar dengan urutan tajuk dalam buku teks pegangan tatabahasa ini.

*Dalam konteks Kursus Dalam Perkhidmatan 4 Minggu bagi tajuk “Pemantapan Tatabahasa dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu”, ketentuan kandungannya dinyatakan dalam “Kurikulum Kursus KDP 4M Pemantapan Tatabahasa dan Strategi P&P Bahasa Melayu” (2010). Kurikulum ini menentukan tajuk-tajuk yang dikursuskan, jumlah jam interaksi, struktur kursus, penilaian, dan senarai rujukan. Tajuk-tajuk utama berkaitan sintaksis ialah: 1. Struktur Binaan Ayat     - Kajian tentang susunan unsur atau konstituen dalam sesuatu binaan ayat; 

27

Page 28: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

    - Unsur-unsur yang membina ayat ialah klausa, frasa, dan perkataan. 2. Pembahagian Subjek dan Predikat     - Kajian tentang pemenggalan frasa subjek dan frasa predikat dalam binaan ayat;     - Frasa subjek terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang membentuk frasa nama, iaitu merupakan judul atau unsur yang diterangkan dalam ayat;     - Frasa predikat ialah kumpulan perkataan yang membentuk frasa yang berfungsi      untuk menerangkan subjek;     - Contoh huraiannya: Ayat: Murid-murid Tahun Enam Arif rajin membaca buku.                                       Frasa subjek: Murid-murid Tahun Enam Arif                                       Frasa predikat: rajin membaca buku.                                       Frasa subjek terdiri daripada frasa nama, yang mengandungi                                       unsur kata nama.                                              Frasa predikat terdiri daripada frasa adjektif, yang                                         mengandungi unsur kata adjektif "rajin" dan unsur                                        keterangan "membaca buku".

     - Ayat tanpa subjek dan predikat dikatakan ayat yang tidak gramatis, bahkan unsur-unsur yang membina frasa subjek dan frasa predikat pun mesti disusun secara tertib untuk memberikan makna yang jelas.  3.  Ayat Dasar dan Ayat Terbitan      - Ayat tidak terbatas daripada segi kepanjangan  dan kerencamannya, bergantung       pada tujuan orang yang membina ayat;      - Sepanjang dan serencam mana pun sesuatu ayat,  pembahagiannya tertakluk        kepada dua bentuk, iaitu bentuk ayat dasar  dan bentuk ayat terbitan;       - Ayat dasar, iaitu bentuk ayat yang asas dalam bahasa Melayu mengandungi empat pola, iaitu Pola 1: Frasa Nama (S) + Frasa Nama (P);                        Pola 2: Frasa Nama (S) + Frasa Kerja (P);                        Pola 3: Frasa Nama (S) + Frasa Adjektif (P);                        Pola 4: Frasa Nama (S) + Frasa Sendi Nama (P);      - Contoh huraiannya: Pola 1: Puan Ong (FN) +  guru Bahasa Melayu. (FN)                                     Pola 2: Encik Khaidar (FN) + membaca akhbar. (FK)                                      Pola 3: Cikgu Megawati (FN) + sangat rajin. (FA)                                    Pola 4: Bilik darjah mereka (FN) + di aras empat. (FS)      - Ayat dasar boleh diperluas menjadi ayat terbitan menerusi penambahan       unsur pada frasa subjek atau frasa predikat, seperti contoh: 

                                    1a. Puan Ong (S) + guru Bahasa Melayu sekolah ini. (P)

28

Page 29: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

                                    2a. Encik Khaidar (S) + membaca akhbar  di bilik guru. (P)                                    3a. Cikgu Megawati Jalaluddin (S) + rajin menyemak buku.(P)                                                                            4a. Kelas mereka yang ceria itu (S) + di aras empat bangunan                                          baharu sekolah ini. (P)  4.  Urutan Kata       -  Setiap unsur yang membentuk kata, frasa, klausa, dan ayat dalam bahasa Melayu (dan bahasa-bahasa lain)  tersusun mengikut tertib yang tersendiri;     -   Urutan kata bagi bahasa Melayu ialah "Subjek + Kata Kerja + Objek" (ringkasnya        SKO), misalnya "Norzila (S) +  membaca (KK) + majalah (O);     -   Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan bahasa mempunyai urutan SKO,         termasuk bahasa Inggeris dan bahasa Rusia; SOK (bahasa Latin dan bahasa        Turki); KOS (bahasa Malagasi dan bahasa Arab); OKS (bahasa Hixkaryana).  5.  Perpindahan Kata      -  Bagi ayat dalam bahasa Melayu, perpindahan unsur kata dalam binaan ayat        biasanya akan mengubah makna  ayat keseluruhannya, seperti dalam contoh        klasik "Paul melihat Mary." berbeza maknanya dengan "Mary melihat Paul.".                Namun, jika dipindahkan kata menjadi "Melihat Mary, Paul.", makna ayat adalah        sama seperti ayat yang pertama. 6.  Ragam Ayat      -  Pengguna bahasa dapat menuturkan ayat mengikut ragam atau gaya yang        diingini, iaitu ragam aktif dan ragam pasif, bergantung pada konteks        komunikasi;     -   Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul,        manakala ayat pasif mengutamakan  subjek terbitan sebagai judul;     -  Contoh daripada buku teks pegangan ialah:

                                       1a. Ayat aktif: Ali (S) membaca buku itu. (O)                                       1b. Ayat pasif: Buku itu dibaca oleh Ali.      -  Dalam ayat 1a, subjek asal yang menjadi judul atau bahagian utama ialah ialah        "Ali", manakala dalam ayat 1b, bahagian  utama atau judul ayat telah berubah        kepada "Buku itu".  7.  Jenis Ayat       -  Ayat terbahagi kepada empat jenis berdasarkan lagu/intonasi dan tujuan ayat          diucapkan, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan; 

29

Page 30: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

      -  Ayat penyata atau ayat keterangan bertujuan untuk menyatakan sesuatu perkara, seperti "Kami seronok belajar bahasa Melayu.";       -  Ayat tanya jelas bermaksud untuk menanyakan sesuatu perkara, iaitu dengan         kata tanya atau tanpa kata tanya, seperti "Kamu sudah makan tengah hari ini?"         (tanpa kata tanya) dan "Siapakah pengirim surat itu?" (dengan kata tanya);       -  Ayat perintah mewakili nada suruhan (Laksanakan tugasan ini sekarang.); nada larangan  (Jangan mandi di tasik lombong.); nada silaan (Silakan makan.); dan nada permintaan (Tolong hantarka buku ini ke kereta.);        -  Ayat seruan membawa nada yang beremosi seperti marah, takut, geram, takjub, dan sedih. Contoh ayatnya: "Oh bunga hatiku!", "Amboi, beraninya!", dan "Aduhai, malangnya nasib!". * Tajuk-tajuk binaan Frasa Nama, Frasa Kerja, Frasa Adjektif, dan Frasa Sendi Nama   akan diikhtisarkan kemudian.      ** Modul Sintaksis yang diedarkan berserta Modul Isu Bahasa dalam Dokumen Rasmi    diharap akan memantapkan pengetahuan guru-guru Bahasa Melayu.

Ikhtisar Sintaksis 2oleh Cikgu Mohamad Musip pada 13 DIsember 2011 pukul 10:17 ·

Pendahuluan Bahagian kedua ikhtisar ini memfokuskan aspek perincian frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA), dan frasa sendi nama (FS) dalam konteks binaan ayat bahasa Melayu. Dengan mengetahui binaan bagi empat frasa bagi ayat dasar, kita dapat mengenal pasti unsur-unsur yang membentuk konstituen subjek dan predikat ayat.  Analisis Frasa Nama Ayat terbina daripada unsur subjek dan unsur predikat. Unsur subjek dibaca dengan nada menaik, manakala unsur predikat dibaca dengan nada menurun.

Contoh:                                  Peserta kursus  perlu mendaftar.                                       S                       PFrasa nama berfungsi sebagai subjek bagi keempat-empat pola ayat dasar.

1. FN + FN: Murid itu  + anak Encik Kasim.2. FN + FK: Mereka + menaiki pesawat MAS ke Kota Kinabalu.3. FN + FA: Pokok kandis + sangat tinggi.4. FN + fs: Para peniaga itu + dari Negara China.

30

Page 31: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

 Kata pemeri “ialah” digunakan di hadapan frasa nama, misalnya:

1. Guru yang berbaju biru itu ialah guru saya.2. Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara ini.3. Lelaki itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan kami. FN dapat berfungsi sebagai: subjek ayat, predikat ayat, objek dalam frasa kerja, dan unsur nama dalam FS.

Contoh FN sebagai subjek ayat:

1. Cikgu Ali pengerusi majlis.2. Jurulatih bola sepak itu rakan saya.3. Sekolah saya menjadi juara. Contoh FN sebagai predikat ayat:

1. Ayah saya pegawai bank di bandar ini.2. Menara yang tinggi itu Menara Taming Sari.3. Kakak saya guru sekolah menengah.4. Buku yang tebal itu Kamus Dewan.5. Buku yang baru dibeli itu buku saya. Contoh FN sebagai objek dalam FK (FK = Kata Kerja + Objek)

1. Saya membaca (KK) akhbar mingguan. (O)2. Kami sedang mendengar (KK) pidato itu. (O)3. Kereta itu terlanggar (KK) pembahagi jalan. (O) Contoh FN sebagai unsur nama dalam FS: (FS = Sendi Nama + Nama)

1. Bas pesiaran itu dari Pulau Pinang.2. Kami sekeluarga berkelah di tepi pantai.3. Kuih itu diperbuat daripada tepung.4. Bangunan di pinggir tasik itu bangunan pentadbiran.5. Surat itu dihantar kepada ketua jabatan Binaan FN boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetan perkataan. Binaan FN Subjek juga mengandungi unsur inti dan penerang, seperti:

1. bapa (inti) budak itu (penerang)2. Pasukan (inti) Relawan Rakyat (penerang)3. Guru (inti) sekolah kami (penerang)4. Perangai (inti) sopan (penerang)5. Membantu (inti) orang susah (penerang) 

31

Page 32: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Terdapat juga binaan FN Subjek yang mengandungi gabungan unsur inti dan inti, seperti:

1. Kerusi meja (inti + inti) untuk pelajar-pelajar sahaja.2. Ibu bapa (inti + inti) diminta hadir ke sekolah.3. Muda mudi (inti +inti) menyukai fesyen pakaian yang terkini.4. Pinggan mangkuk (inti + inti) tersusun di sudut dapur.5. Suami isteri (inti + inti) perlu bertolak ansur. Binaan FN (inti + penerang) boleh terbentuk daripada unsur-unsurinti  + penerang nama dan inti + penerang bukan nama, seperti:

1. orang Melayu (inti + penerang nama keturunan)2. harimau bintang (inti + penerang nama jenis)3. gunting kain (inti + penerang nama penyambut)4. alat pemadam (inti + penerang nama kegunaan)5. lembu betina (inti + penerang nama kelamin)6. kawasan pedalaman (inti + penerang nama tempat)7. wilayah selatan (inti + penerang nama arah)8. tudung kepala (inti + penerang nama anggota badan)9. dapur gas (inti + penerang nama tenaga penggerak)10. bilik persidangan (inti + penerang nama perihal)11. rumah saya (inti + penerang nama milik)12. Kerajaan Sarawak (inti + penerang nama khas)13. Yang Arif Hakim Mohd. Yusof (Penerang nama panggilan gelaran + inti) Binaan FN (inti + penerang bukan nama) pula terbentuk daripada unsur-unsur bukan kata nama, seperti:

1. lima orang askar (penerang penentu hadapan + penjodoh bilangan + inti)2. orang itu (inti + penerang penentu belakang)3. mesin jahit (inti + penerang kata kerja)4. anak muda (inti + penerang kata adjektif)5. cara demikian (inti + penerang kata adverba)6. kehidupan pada masa ini (inti + penerang frasa sendi nama)7. tingkat kesepuluh (inti + penerang bilangan ordinal) Binaan FN (inti + inti) tidak mempunyai unsur penerang kerana kedua-dua unsur kata nama sudah menjelaskan maksud frasa, misalnya:

1. tubuh badan (inti + inti seerti)2. rakan taulan (inti + inti seerti)3. hutan rimba (inti + inti seerti)4. lelaki perempuan (inti + inti berlawanan erti)5. saudara saudari (inti + inti berlawanan erti)6. jantan betina (inti + inti berlawanan erti) Susunan konstituen FN ialah cara sesuatu konstituen frasa nama terbentuk, iaitu menerusi Peraturan atau Hukum D-M (Diterangkan dan Menerangkan), seperti:

32

Page 33: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

1. orang lelaki (D = orang, M = lelaki)2. kelapa sawit3. penulis novel4. serbuk perasa5. pendingin hawa Berdasarkan Hukum D-M, bentuk lazim seperti yang berikut tidak dapat diterima dalam bahasa Melayu, misalnya:

1. Jebat Ekspres (sepatutnya Ekspres Jebat)2. Tan Klinik (sepatutnya Klinik Tan)3. Aminah Restoran (sepatutnya Restoran Aminah)4. Tenggara Asia (sepatutnya Asia Tenggara)5. Militari Polis (sepatutnya Polis Militari, = Polis Tentera) Namun begitu, terdapat juga kecualian Hukum D-M disebabkan bentuk demikian sudah sebati dalam penggunaan, misalnya:

1. perdana menteri (M-D)2. timbalan menteri (M-D)3. naib presiden ((M-D)4. naib yang dipertua (M-D)5. pembantu penyelidik (M-D) Unsur penerang boleh juga mendahului inti untuk membentuk binaan FN, iaitu penerang bilangan + penjodoh bilangan + inti, misalnya:

1. dua (penerang bilangan) + orang  (penjodoh bilangan) + calon (inti)2. beberapa (penerang bilangan) + ekor (penjodoh bilangan) + binatang (inti)3. lapan (penerang bilangan) + buah (penjodoh) + rumah (inti)4. Puan (penerang panggilan) + Juriah (inti)5. Datuk (penerang gelaran) + Menteri (inti)6. Tan Sri (penerang gelaran) + Abdullah Salleh (inti)

Inti dalam binaan FN mungkin mempunyai lebih daripada satu penerang, iaitu mengikut aturan: [Inti + Penerang Adjektif + Penerang + Penentu Belakang] , seperti contoh ayat:

1. kereta baharu ayah itu2. pejabat lama pengurus itu3. bangunan tambahan institut ini4. baju tebal perempuan ini5. keluaran kasar negara ini Jika kata inti merupakan kata majmuk, penerang adjektif perlu hadir selepas kata majmuk, iaitu:

1. tawaran bayaran balik (kata inti majmuk) + penuh (penerang adjektif)2. zon ekonomi (kata inti majmuk) + eksklusif (penerang adjektif)3. modal polangan sama

33

Page 34: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

4. sistem pemercik kekal5. margin untung kasar Unsur penerang boleh juga merupakan satu binaan frasa tersendiri (inti + penerang) dalam FN yang sedia mempunyai penerangnya, misalnya: 1. kereta (inti) + baharu (penerang 1, adjektif) + [ayah + saya] (inti + penerang 2)       + itu (penentu belakang) 2. pejabat (inti) + lama (penerang 1, adjektif) + [pengurus + syarikat] (inti +    penerang 2) + ini (penentu belakang)3. pegawai tinggi polis daerah itu4. kotak hitam pesawat Boeing itu5. baju tebal pelakon Korea itu Rajah hubungan konstituen terdekat merupakan langkah yang dapat mempermudah pemahaman terhadap susunan konstituen binaan FN sedemikian, seperti contoh:                  Kereta  baharu  ayah  saya itu ([kereta baharu] + [ayah saya] + itu) * Rajah konstituen terdekat yang disediakan di paparan MS Word tidak dapat diterima oleh halaman Nota (Facebook) ini. Kesimpulannya, kerencaman binaan FN dapat digambarkan menerusi susunan:[Bil. + Penjodoh Bilangan + Gelaran + Kata Nama Inti + Kata Nama Inti + Penerang + Penentu] = Frasa Nama

*Tajuk Binaan FK, FA, dan FS akan menyusul selepas tajuk ini.

** Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) untuk memperoleh gambaran yang rinci tentang perbincangan di atas.

ANTARA "DALAM KALANGAN" DENGAN "DI KALANGAN"oleh Cikgu Mohamad Musip pada 28 November 2011 pukul 21:20 ·

Perkataan "kalangan" menurut Kamus Dewan (2005: 661) bermakna lingkungan atau golongan. Kamus memberikan contoh penggunaan "di kalangan orang Melayu", "di kalangan mahasiswi", dan "di kalangan negara Barat". Akhir-akhir ini sudah ada kecenderungan orang menggunakan frasa "dalam kalangan" sebagai pilihan kepada "di kalangan". Untuk melihat sejauh mana berasasnya kecenderungan pengguna bahasa, mari kita analisis penggunaan kata sendi nama "di" dan "dalam" bersama-sama perkataan "kalangan". Kata sendi nama "di" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, misalnya "di rumah". "di Putrajaya", "di Melaka Sentral", dan "di antara".  Disebabkan "kalangan" bukan bermaksud tempat atau arah, maka penggunaan "di kalangan" dianggap tidak sesuai. Contoh daripada kamus harus kita abaikan.Kata sendi nama "dalam" juga digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan lingkungan yang tidak ada ruang atau jarak, misalnya

34

Page 35: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

"dalam hal", "dalam fikiran", "dalam urusan", "dalam pertimbangan", dan "dalam mesyuarat" serta "dalam kalangan". Berasaskan perkataan "kalangan" merujuk kepada kata nama yang bermaksud lingkungan atau kelompok manusia, maka kata sendi nama "dalam" sesuai sekali digunakan, lalu terbentuklah frasa sendi nama "dalam kalangan". Dua ayat yang menggunakan frasa sendi nama "dalam kalangan" diperturunkan sebagai contoh, iaitu: 1. Dalam kalangan tokoh perniagaan yang terkenal itu, Datuk Azizul  dianggap sebagai tokoh yang amat berwibawa untuk memimpin pertubuhan di peringkat Asean.

2. Pengkaji ingin melaksanakan kajian tentang minat membaca dalam kalangan murid

tahun enam sekolah-sekolah terpilih  di luar bandar. * Siaran Berita FM Nasional sudah lazim menggunakan bentuk frasa sendi nama "dalam kalangan".

 KEMUSYKILAN BAHASA DARIPADA PEMBACA KEPADA DR AWANG SARIYAN,

Pertanyaan: Salam Prof. Apakah perbezaan antara "memberi" dengan "memberikan". Yang saya tahu, kedua-duanya merupakan kata kerja transitif yang perlu disambut oleh objek. Bagaimana mahu ditunjukkan perbezaan selanjutnya? Terima kasih. Penjelasan:  Kata kerja transitif 'memberi' diikuti oleh objek penerima seperti "Ayah memberi anaknya wang" ("anaknya" sebagai objek penerima), sementara kata 'memberikan' diikuti oleh objek bergerak, seperti "Ayah memberikan wang kepada anaknya" ("wang" sebagai objek bergerak atau objek yang diterima). Banyak kesilapan yang dapat ditemukan dalam tulisan seperti "Dia memberikan saya maklumat itu" (seharusnya "Dia memberi saya maklumat itu" atau "Dia memberikan maklumat itu kepada saya"). Apabila dikatakan "Dia memberikan saya", timbul pertanyaan "kepada siapakah saya diberikan"?. Demikian juga dalam bentuk pasifnya, sering ditemukan kesilapan seperti "Saya diberikan peluang untuk bertugas di negeri kelahiran saya" (seharusnya "Saya diberi peluang untuk bertugas di negeri kelahiran saya" dengan makna 'saya menerima atau mendapat peluang'). Apabila dikatakan "Saya diberikan", timbul kemusykilan "kepada siapakah saya diberikan"? ~Kembara Bahasa~18 Januari 2012/24 Safar 1433

``````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````````

Hak cipta terpelihara. Naskhah disediakan untuk tujuan latihan dalam kursus MBM. Tidak dibenarkan disalin dalam apa-apa bentuk dengan tujuan komersial melainkan setelah mendapat izin daripada penyusun/penulis terlebih dahulu.

Penyusun: Mohamad bin Musip

35

Page 36: Sintaksis.bahan Ceramah Kdp4m

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

Pensyarah Cemerlang Bahasa Melayu DG52, Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Perempuan Melayu, 75900 Melaka.

[email protected]

36