simpulan dan ikatan

23
SIMPULAN DAN IKATAN PENGENALAN. Pernahkah anda terfikir! Siapakah orang yang pertama mencipta atau menghasilkan tali? Tidak siapa yang dapat memberi jawapan yang tepat. Kewujudan tali telah dikesan di Mesir kira-kira 5000 tahun yang lalu. Tali yang ditemui diperbuat daripada rami yang halus, dahan, rumput, bulu unta dan akar-akar pokok. Pada tahun 1840 di Great Britain tali telah dihasilkan daripada dawai. Kini tali telah dihasilkan daripada bahan campuran (sintatik) atau nilon.Kegunaan tali dalam kehidupan seharian memang tidak dapat dinafikan. Tali digunkana untu k mengikat, menambat, memancing dan dalam apa jua kegiatan tertentu baik di dalam atau di luar rumah. Untuk tujuan tersebujt tali telah dibentuk menjadi simpulan dan ikatan. Menurut kajian yang telah dijalankan terdapat kira-kira 3000 jenis simpulan dan ikatan yang dihasilkan menggunakan tali. Bagi pengakap pula, mereka dianggap sebagai seorang ahli yang cekap apabila dapat menguasai segala kemahiran yang dipelajari. Termasuklah mengetahui jenis-jenis tali, kekuatan tali dan menyimpan tali. Setiap ahli pengakap juga perlu tahu membuat simpulan dan ikatan serta mengetahui kegunaan Menurut BP simpulan dan ikatan amat perlu untuk setiap ahli pengakap dan semestinyalah mereka dapat membuatnya. Walaupun nampak mudah, tetapi sebenarnya terdapat cara yang betul untuk membuatnya. Simpulan dan ikatan yang betul, apabila ditegangkan tidak akan terlucut dan apabila hendak dibuka mudah dirombak. Oleh itu ahli pengakap patut tahu cara yang betul kerana adakalanya nyawa seseorang itu bergantung kepada simpulan dan ikatan yang dihasilkan. Contoh dalam kerja-kerja menyelamat. JENIS-JENIS TALI Biasanya terdapat 2 jenis serat digunakan untuk menghasilkan tali.

Upload: mardzati-othman

Post on 13-Jan-2016

1.147 views

Category:

Documents


30 download

DESCRIPTION

Bulan Sabit Merah

TRANSCRIPT

Page 1: Simpulan Dan Ikatan

SIMPULAN DAN IKATAN

PENGENALAN.

Pernahkah anda terfikir! Siapakah orang yang pertama mencipta atau menghasilkan tali? Tidak siapa yang dapat memberi jawapan yang tepat. Kewujudan tali telah dikesan di Mesir kira-kira 5000 tahun yang lalu. Tali yang ditemui diperbuat daripada rami yang halus, dahan, rumput, bulu unta dan akar-akar pokok.

Pada tahun 1840 di Great Britain tali telah dihasilkan daripada dawai. Kini tali telah dihasilkan daripada bahan campuran (sintatik) atau nilon.Kegunaan tali dalam kehidupan seharian memang tidak dapat dinafikan. Tali digunkana untu k mengikat, menambat, memancing dan dalam apa jua kegiatan tertentu baik di dalam atau di luar rumah. Untuk tujuan tersebujt tali telah dibentuk menjadi simpulan dan ikatan. Menurut kajian yang telah dijalankan terdapat kira-kira 3000 jenis simpulan dan ikatan yang dihasilkan menggunakan tali.

Bagi pengakap pula, mereka dianggap sebagai seorang ahli yang cekap apabila dapat menguasai segala kemahiran yang dipelajari. Termasuklah mengetahui jenis-jenis tali, kekuatan tali dan menyimpan tali. Setiap ahli pengakap juga perlu tahu membuat simpulan dan ikatan serta mengetahui kegunaan

Menurut BP simpulan dan ikatan amat perlu untuk setiap ahli pengakap dan semestinyalah mereka dapat membuatnya. Walaupun nampak mudah, tetapi sebenarnya terdapat cara yang betul untuk membuatnya. Simpulan dan ikatan yang betul, apabila ditegangkan tidak akan terlucut dan apabila hendak dibuka mudah dirombak.

Oleh itu ahli pengakap patut tahu cara yang betul kerana adakalanya nyawa seseorang itu bergantung kepada simpulan dan ikatan yang dihasilkan. Contoh dalam kerja-kerja menyelamat.

JENIS-JENIS TALI

Biasanya terdapat 2 jenis serat digunakan untuk menghasilkan tali.

1. Serat asli2. Serat tiruan

Serat Asli

Serat asli biasanya terdiri daripada,1.1 Sabut - serat pokok kelapa1.2 Sisal - serat tumbuhan yang banyak

terdapatdi Afrika timur, Amerika Latin, Indonesia dan Haiti.1.3 Abaka - serat ini seakan-akan pokok pisang.

Banyak terdapat di Philipina, Kalimanatan, Sumatera dan Amerika Latin.

1.4 kapas - serat yang sepenuhnya dikasilkan dari kapas.

Page 2: Simpulan Dan Ikatan

Serat Tiruan

Serat jenis ini dihasilkan daripada campuran bahan asli dan kimia seperti minyak, arang batu, line dan beberapa bahan lain. Kini di pasaran banyak terdapat tali daripada serat tiruan. Biasanya serta ini diwarnakan dulu sebelum dijual.

Beberapa serat yang terdapat di pasaran di antaranya;

Nama Kimia Nama DaganganPA (Poliamida) Nilon, Nilon DuPont, Nilon TorayPE (Polietilena) Imperial Poliolifena

Nama Kimia Nama DaganganPES (Poliester) Dakron, Terilena, Teroron, Kanebo, PoliesterPVA (Polivinil alcohol) Cremona, Vinilon, KuralonPVC (Polivinil klorida) Teviron, NiplonPVD (Polivinilidena klorida) Saran, Furlon

Perkara-perkara lain yang perlu diambil kira perihal tali ialah;

1. Pembentukan tali2. Kekuatan tali3. Cara-cara menjaga tali, dan4. Mempelajari cara-cara membuat simpulan dan ikatan

Di antara beberapa jenis simpulan dan ikatan yang dimuatkan dalam Skim Lencana Pengakap baik Kanak-Kanak, Muda dan Remaja adala seperti berikut;

Page 3: Simpulan Dan Ikatan

1. BUKU SILA ( reef knot)

Kegunaan adalah:a. menyambung 2 utas tali yang sama besarb. mengikat bungkusanc. mematikan ikatan pada anduhd. mengikat layar kapal dan khemah

Simpulan ini mudah dibuka dengan menarik salah satau hujung talinya.

Page 4: Simpulan Dan Ikatan

2. BUNGA GETI / KETI (sheet-bend)

Kegunaan untuk menyembung 2 utas tali yang tidak sama besar atau berlainan jenis.

3. SIMPUL SENTAK (slip knot)

Kegunaan untuk diikat pada dahan atau tiang. Untuk mengetatkan tali atau menguji kekuatannya tali berkenaan perlu disentak (ditarik dengan kuat).

Page 5: Simpulan Dan Ikatan

4. TINDIK KASIH ( bowline )

Kegunaan untuk;

a. membuat tanjul yang tidak boleh mencerutb. tambat haiwanc. tujuan menyelamat dengan mencerut tali pada pinggang mangsa atau pemyelamat

5. SIMPUL MANUK ( clove hitch )

Page 6: Simpulan Dan Ikatan

Kegunaan ;

a. mengikat pada kayu balakb. mengikat pada tiang atau pancangc. berfungsi sebagai permulaan dan penamat atau mematikan ikatan seraya, ikatan

silang gunting dan ikatan lantai

6. LILIT DUA SIMPUL / SIMPUL BELIT ( round turn two half hitches )

Page 7: Simpulan Dan Ikatan

Kegunaan:

a. untuk mengikat tali ke tiang atau pokok (tali kapal)b. ikat tali hujung khemah

7. LILIT PEMATI BIASA (common-whipping)

Kegunaan:

a. elak tali dari terurai

Page 8: Simpulan Dan Ikatan
Page 9: Simpulan Dan Ikatan

8. SIMPUL HIMPIT ( fisherman’s knot )

Kegunaan:

a. untuk menyambung 2 utas tali yang halus, licin dan sama besar seperti tali pancingb. digunakan juga oleh nelayan mengikat pukat dan jala

Page 10: Simpulan Dan Ikatan

9. SIMPUL PULIH ( sheep shank )

Kegunaan:a. memendekkan tali tanpa memotongb. menguatkan tali pada bahagian yang reput atau hampir putusc. menegangkan tali yang kendur setelah diikat

Page 11: Simpulan Dan Ikatan

10. BUNGA GETI / KETI GANDA ( double sheet-bend )

Kegunaan:

a. sambung 2 utas tali yang tidak sama besarb. simpulan 2 lilit adalah menjamin kekuatannya dan selamat digunakan

Page 12: Simpulan Dan Ikatan

11. LILT BALAK ( timber hitch )

Kegunaan:

a. mengikat kayu balak, tiang kapal dan bongkah besar untuk ditarikb. permulaan kepada ikatan serong

Page 13: Simpulan Dan Ikatan

12. LILIT `TAUT LINE ` ( taut line hitch )

Kegunaan:

a. dikenali juga sebagai simpul tali khemah kerana digunakan untuk mengikat tali khemah ke pancang

b. boleh dikendurkan atau dipanjang mengikut kesesuaian

13. IKATAN SERAYA ( square lashing )

Kegunaan:

a. mengikat kayu, buluh atau tiang bagi membuat menara, jambatangajet dan lain-lainb. mula dengan simpul manuk dan diikat kemas, dimatikan dengan simpul manuk

juga.

14. IKATAN SERONG ( diagonal lashing )

Page 14: Simpulan Dan Ikatan

Kegunaan:

a. mengikat 2 tiang atau palang yang bersilang bagi membuat menara, gajet, jambatan dan sebagainya.

Page 15: Simpulan Dan Ikatan

15. TINDIH KASIH GANDA ( double bowline )

Kegunaan:

a. sama seperti simpulan tindih kasih. Walau bagaimanapun simpulan ini lebih tegap kerana 2 lembar tali.

Page 16: Simpulan Dan Ikatan
Page 17: Simpulan Dan Ikatan

16. SIMPUL KERUSI ( fireman’s chair knot )

Kegunaan:a. tujuan menyelamat seseorang, untuk menurunkan orang dari tempat tinggi dengan mengikat tali pada bahagian ketiak / lutut.

Page 18: Simpulan Dan Ikatan

17. BELIT LUCUT ( highwayman’s hitch )

Kegunaan:

a. tujuan untuk menambat kapal atau binatang. Mudah diurai dengan menarik satu bahagian tali akan terbuka.

Page 19: Simpulan Dan Ikatan

18. LILIT PASDUL ( marline-spike hitch )

Kegunaan:

a. dikenali juga dengan nama simpul sangga tangga kerana sering digunakan membuat tangga. Kedua-dua belah anak tangga diikat dengan simpulan ini.

Page 20: Simpulan Dan Ikatan

19. LILIT PEMATI SELIT ( sail-maker whipping)

Kegunaan:

a. untuk mematikan hujung tali supaya kemas dan tidak berjerumai (terurus). Setiap lilitan yang dibuat disertakan dengan sentakkan yang kuat dan ketat agar lilitan kemas supaya jangan terbuka.

Page 21: Simpulan Dan Ikatan

20. IKATAN SILANG GUNTING ( sheer lashing )

Kegunaan:

a. mengikat kayu atau buluh yang selari untuk membuat jambatan, menara ataupun gajet.

b. Mula dengan simpulan manuk dan ikat kayu dengan kemas dan matikan ikatan pada bahagian tengah agar bersilang seperti gunting.

Page 22: Simpulan Dan Ikatan

21. SIMPUL KEPALA LALAT ( crown knot )

Kegunaan:

a. supaya bahagian hujung tali tidak terurai.

Page 23: Simpulan Dan Ikatan

22. SAMBAT BALIK ( back splice )

Kegunaan:

a. fungsi sama seperti simpul kepada lalat untuk mematikan bahagian hujung tali supaya kemas tidak terurai.

23. SIMPUL ABAH-ABAH (manharness knot)

Page 24: Simpulan Dan Ikatan

Kegunaan:

a. sesuai untuk membuat mata tangga dengan membentuk tanjul ditengah-tengah tali.b. Untuk menarik bagi tujuan menyelamat

24. SIMPUL NGAH (middleman knot)

Page 25: Simpulan Dan Ikatan

Kegunaan:

a. simpul ini sesuai digunakan ketika hendak mendaki atau memanjat bukit. Tanjul yang dibuat boleh diubah-ubah.

Page 26: Simpulan Dan Ikatan

25. TINDIH KASIH AIR (water bowline)

Kegunaan:

a. simpulan sama dengan tindih kasih, Cuma ditambah dengan satu belit lagi bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat di air.

Dan banyak lagi simpulan dan ikatan yang boleh dipelajari dengan sendiri yang boleh mendatangkan keseronokan kepada ahli pengakap. Di antaranya:

1. simpul serban (turk’s head)2. lilit tong ( brrrel hitch)3. lilit kacang / ular ( floor / snake lashing)4. ikatan pengail ( fisherman’s bend / hitch)5. ikatan silang tungku (tripod lashing)6. sambat mata / sepit ketam (eye splice)7. simpul tapak kucing (catspaw)8. simpul raga (carrik bend)9. simpul buaian (scaffold hitch)10. genggam monyet (monkey fist)11. sambat pendek ( shot splice)12. ikatan jepun (Japanese lashing)13. ikatan filipina (Filipino lashing)14. takal tali (rope tackle / harvester’s hitch)15. simpul belian (dimond knot)