sila baca dan fahamkan ukcg

14
Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) untuk Kemasukan ke IPG UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG) A. Sesi Ujian Bertulis Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit. B. Sesi Ujian Kecerdasan Fizikal Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal. Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali Pendidikan Jasmani. Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan . SESI TEMU DUGA Temuduga maktab perguruan hanya bagi calon yang berjaya dalam UKCG Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG. Calon yang memohon Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi temu duga. PEMILIHAN Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad). Panduan penting UKCG Bagi ujian bertulis, calon mestilah bersedia untuk menjawab soalan Kuantitatif, Bahasa Inggeris, INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan), Analitikal dan Verbal. Read more: http://rossacalla.blogspot.com/2014/04/panduan-ujian-kelayakan- calon-guru-ukcg.html#ixzz3VGABkabm Follow us: @rossacalla on Twitter | PerlingPutih on Facebook

Upload: mary-sharpe

Post on 02-Oct-2015

209 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

sila baca dan fahami

TRANSCRIPT

Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) untuk Kemasukan ke IPG

UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG)A. Sesi Ujian Bertulis Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.B. Sesi Ujian Kecerdasan Fizikal Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal. Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyenpertama(1) atau kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali Pendidikan Jasmani. Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan .SESI TEMU DUGA Temudugamaktab perguruan hanya bagi calon yang berjaya dalam UKCG Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG. Calon yang memohon Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi temu duga.PEMILIHAN Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).

Panduanpenting UKCGBagi ujian bertulis, calon mestilah bersedia untuk menjawab soalan Kuantitatif, Bahasa Inggeris, INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan), Analitikal dan Verbal.

Read more:http://rossacalla.blogspot.com/2014/04/panduan-ujian-kelayakan-calon-guru-ukcg.html#ixzz3VGABkabmFollow us:@rossacalla on Twitter|PerlingPutih on Facebook

Soalan INSAK lebih menjurus kepada soalan untuk menguji inventori sahsiah guru yang merangkumi kejujuran, tanggungjawab, ikhlas, amanah, dan sifat-sifat terpuji yang harus ada pada seorang guru.

Contoh Soalan INSAK

Sumber:

PERATURAN MENDUDUKI UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG) 20141. Sila bawa perkara-perkara berikut ke pusat ujian :a. Kad Pengenalan Diri/ MyKadb. Tiket Panggilan Ujian yang dicetak melalui internet.c. Pensel 2B dan pemadam

Penampilan dan pakaian lelaki:a. Seluar track bottom berwarna hitam/biru dan Tshirt putih yang berkolar. Seluar jeans tidak dibenarkan.b. Kasut sukan dan berstokin putih. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.c. Berambut pendek, kemas, tidak mencecah kolar baju dan tidak diwarnakan

Penampilan dan pakaian perempuan:a. Seluar track bottom berwarna hitam/biru dan Tshirt putih lengan panjang. Seluar jeans tidak dibenarkan.b. Kasut sukan dan berstokin putih. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.c. Tudung berwarna gelap/hitamd. Berambut kemas serta diikat rapi.Bahan-bahan berikut tidak dibenarkan dibawa masuk atau keluar daripada bilik ujiana. Membawa masuk apa jua buku, kamus, telefon bimbit, alat perakam, kalkulator, kamera, kertas dan barang lain yang dilarang ke dalam bilik ujian.b. Membawa keluar buku soalan, kertas jawapan berkomputer atau kertas kira kasar pada bila-bila masa.

Perbuatan berikut adalah dilarang semasa ujian:a. Meniru.b. Mengambil ujian untuk orang lain.c. Memberi atau menerima pertolongan semasa ujian.d. Membuat sebarang komunikasi (bercakap, berbisik, memberi isyarat dan sebagainya).e. Menyalin soalan sama ada secara menulis atau elektronik.

Sila berada 30 minit sebelum masa ujian. Calon yang datang lewat lebih daripada 15 minit selepas masa ujian bermula tidak akan dibenar masuk menduduki ujian.

PERATURAN MENGHADIRI SESI TEMU DUGA GURU1. Anda mestilah berpakaian kemas dan sesuai dengan etika profesion keguruan.

Pakaian untuk hadiri UCKG - gambar hiasankredit foto dari - www.kerja.kerajaan.com

Penampilan dan pakaian lelaki:

a. Berpakaian formal, sesuai dan kemas iaitu bertali leher, berseluar panjang dengan berbaju kemeja. Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.b. Memakai kasut dan berstokin. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.c. Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan dan tidak diwarnakan.

Penampilan dan pakaian perempuan:

a. Berpakaian formal, sopan, kemas, sesuai dan tidak menjolok mata. Sandal atau selipar tidak dibenarkan.b. Baju mesti berlengan panjang dan tidak ketat sehingga menunjukkan bentuk tubuh badan. Baju T dan seluar jeans tidak dibenarkan.c. Solekan, aksesori dan pewangi adalah sederhana sahaja.d. Fesyen rambut tidak keterlaluan dan tidak diwarnakan.

5 Check Point Ujian Kecergasan Fizikal dalam Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

Sebelum ini saya ada berkongsi tentangUjian Kecergasan Fizikal untuk Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) 2014.

Bagaimanapun, maklumat yang dikongsikan itu tidak berapa jelas. Setelah saya mencari maklumat tentang Ujian Kecergasan Fizikal untuk UKCG ini, saya ketemui pengalaman sendiri seorang calon UKCG 2014 yang telah melaluinya.

Saya kira pengalaman ini amat berharga untuk dikongsikan bersama. Hal ini demikian kerana tidak banyak sumber atau bahan yang boleh dirujuk dalam Internet ini. Tahniah diucapkan kepada Ahmad Amiruddin yang sudi berkongsi.

UJIAN KECERGASAN FIZIKAL UKCG 2014

Masa Ujian:Ujian ini dijalankan selama 30 minit setiap kolompok. Anda akan diberikan satu kertas kecil bernombor 1-5.Ujian ini ada 5 check point yang anda perlu selesaikan dalam masa 30 minit.

5 CHECK POINT UJIAN KECERGASAN FIZIKAL

1. Check Point Pertama (1)Check point pertama adalahukuran berat badandantinggi(BMI).

2. Check Point Kedua (2)Check point kedua ialah, menjalaniujian ketegangan uratanda iaitu mengandungi 5 tahap. Tahap pertama dalam keadaan tidur, lutut dan paha mestilah berada 90 darjah. Anda dikehendaki meluruskan tangan anda dan bangun, tangan mestilah mengenai lutut. Tahap kedua luruskan tangan tapi siku anda mestilah mengenai lutut. Tahap ketiga silangkan tangan seperti dalam keadaan solat, kemudian bangun dan rapatkan kepala anda sehingga ke lutut. Tahap 4, silangkan tangan diatas kepala, dan pastikan tangan dan kepala sama-sama terangkat dan mestilah mengenai lutut. Tahap kelima ialah silangkan tangan di belakang kepala, pastikan kepala mengenai lutut.

3. Check Point Ketiga (3)Check point ke 3 ialah anda dikehendakilompat selama 10 saatdan dilarang terpijak garisan. Garisan tersebut berbentuk tambah + anda dikehendaki lompat secepat mungkin keempat-empat ruangan dalam petak tambah.

4. Check Point Keempat (4)Check point keempat ialah, anda dikehendakimembuka kaki sekurang-kurangnya satu hasta, kemudian tangan anda mesti menyentuh lantai, kemudian berpaling ke belakang dan menyentuh dinding. Setiap 1 dinding disentuh dikira satu mata. Ujian ini dijalankan selama satu minit, untuk mendapatkan markah penuh anda mesti selesaikan 45 kali.

5. Check Ponit Kelima (5)Check point kelima ialah, anda dikehendakilari sejauh 20meter secara ulang alik. Check point ini mengandungi 6 tahap, setiap satu tahap anda dikehendak berlari ulang alik sebanyak 3 kali, iaitu 120 meter, setiap satu tahap. Check point ini adalah yang paling mencabar kerana ketika ini ramai calon pitam dan pengsan ketika berlari.

Kredit Sumber:Ahmad Amiruddin-Pengalaman Menduduki UKCG 2014

Panduan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) untuk Kemasukan ke IPGAssalamualaikum.

UKCG - IPG

Tarikh permohonan kemasukan keProgram Perguruan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia, Ambilan Jun 2014 berbaki kurang enam (6) hari sahaja lagi akan ditutup, iaitu pada 30 Mac 2014.

Oleh itu, kepada calon lepasan SPM yang berminat untuk memohon masih mempunyai masa untuk berbuat demikian.

Di sini juga, saya ingin membuatperingatankepada calon bahawa permohonan program perguruan ini harus melalui beberapa tapisan sebelum ditawarkan mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana M.uda Perguruan.

UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (UKCG)

A. Sesi Ujian Bertulis Terdiri daripada Bahagian A dan Bahagian B yang MESTI dijawab oleh calon dalam tempoh 45 minit.

B. Sesi Ujian Kecerdasan Fizikal Semua calon MESTI menjalani Ujian Kecergasan Fizikal. Calon yang memilih Pendidikan Jasmani sebagai opsyen pertama (1) atau kedua (2) MESTI menjalani Ujian Amali Pendidikan Jasmani. Calon MESTI menandatangani Surat Akuan Calon dan diserahkan kepada pengawas yang bertugas sebelum ujian dilaksanakan .

SESI TEMU DUGA Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG. Calon yang memohon Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi temu duga.

PEMILIHAN Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).

Panduan UKCGBagi ujian bertulis, calon mestilah bersedia untuk menjawab soalanKuantitatif, Bahasa Inggeris, INSAK (Inventori Sahsiah Keguruan),Analitikal dan Verbal.