sidang - kkmm.gov.my kkmm bil_3_2013.pdf · pelajaran telah menganjurkan pertandingan menulis surat...

20

Upload: others

Post on 04-Dec-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SIDANG - kkmm.gov.my KKMM BIL_3_2013.pdf · Pelajaran telah menganjurkan Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia yang kini memasuki tahun yang keempat. Pada 6 Jun 2013, bertempat di
Page 2: SIDANG - kkmm.gov.my KKMM BIL_3_2013.pdf · Pelajaran telah menganjurkan Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia yang kini memasuki tahun yang keempat. Pada 6 Jun 2013, bertempat di

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) kini dikenali sebagai Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM). Ini adalah berikutan dengan penstrukturan semula kabinet yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 15 Mei 2013. Menteri KKMM yang baru, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek bersama Timbalannya Dato’ Jailani Johari telah diberi tanggungjawab memartabatkan peranan kementerian dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat menerusi kandungan dan infrastruktur komunikasi dan multimedia yang terbaik demi pembangunan Negara.

Walaupun telah bertukar nama, kementerian ini masih diberi mandat untuk melaksanakan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 dan Perayaan Jubli Emas Hari Malaysia bagi tahun 2013. Sambutan Hari Malaysia tahun ini begitu istimewa kerana ia disambut di kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak. Jalinan kerjasama Jabatan Perdana Menteri dan KKMM selaku Urusetia Bersama serta Kerajaan-Kerajaan Negeri Kedah, Sabah, Sarawak, dan juga Perbadanan Putrajaya menganggotai Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Jubli Emas Hari Malaysia Tahun 2013, telah berjaya melaksanakan pelbagai program sepanjang sambutan bersejarah ini yang bertemakan ‘Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku’ yang bermula mulai 16 Julai hingga 16 September 2013.

Ayuh semua warga kerja KKMM, kita bersatu mara bersama barisan kepimpinan baru kementerian dan menggembleng usaha demi kesinambungan peranan kementerian bersama visi dan misi baru untuk kemajuan Negara .

DATO’ SRI KAMARUDDIN SIARAFKetua Setiausaha KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

SIDANG REDAKSI

MAJLIS SERAH TUGAS

Dari MejaKetua Setiausaha

Mantan Menteri Penerangan dan Kebudayaan, Dato’ Seri Dr. Rais Yatim (tengah) menyerahkan nota serah tugas kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Seri Shabery Cheek (kiri) dan nota serah tugas portfolio Kebudayaan kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada majlis penyerahan tugas itu di pejabat Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Putrajaya pada 20 Mei 2013.

PENASIHAT Dato’ Sri Kamaruddin Siaraf

Ketua Setiausaha

Dato’ Dr. Rothiah OmarTimbalan Ketua Setiausaha I

KETUA EDITORNorbaya Jamaludin

Unit Komunikasi [email protected]

EDITORHajah Zaiton Abu Bakar

[email protected]

Jasminawati Md [email protected]

SUB EDITORBalakhrisnan Kandasamy

Bahagian Antarabangsa, KKMM

Shantini SubramaniamBahagian Antarabangsa, KKMM

Bahagian Penerbitan Dasar NegaraJabatan Penerangan Malaysia

Norfadhillah Ahmad MawawiJabatan Penyiaran Malaysia

Norashikin Md NorFINAS

Markus Lim Han KingSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Mariati Mohd ArifPos Malaysia

FOTOGRAFIAbdul Hadi Md Soom

Haji Rosli IsmailFariz Faizal Mohd Nazri

PENGEDARANUnit Komunikasi Korporat

URUS SETIA BULETIN KKMMUnit Komunikasi KorporatAras 23, Kompleks KKMM

Persiaran Perdana, Presint 4Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62100 PutrajayaTel : 03 8911 5195Faks : 03 89115183

Emel : [email protected]

Page 3: SIDANG - kkmm.gov.my KKMM BIL_3_2013.pdf · Pelajaran telah menganjurkan Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia yang kini memasuki tahun yang keempat. Pada 6 Jun 2013, bertempat di

KANDUNGAN

03 1004 12

05 1314

16

18181920

06

0707080909

BENGKEL PENETAPAN HALA TUJU KKMM

DIGITAL LIFESTYLE MALAYSIA 2013

MAJLIS PENGANUGERAHAN PINGAT KEDAULATAN NEGARA (PKN) DAN MAJLIS BERBUKA PUASA

MEDIA BERSAMA PERDANA MENTERI

SEMINAR MEDIA DAN PILIHAN RAYA UMUM 2013

ASEAN SENIOR OFFICIALS MEETING RESPONSIBLE FOR INFORMATION

PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1MALAYSIA 2013

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN

YADUL ‘ULYA FI RAMADHAN

LAWATAN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA WARGA KERJA POS MALAYSIA.

0508 10

14 18

20

12

BENGKEL PENETAPAN

Perwujudan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam Kerajaan baru selepas Pilihan raya Umum Ke-13 yang lalu telah membawa tindakan pihak pengurusan untuk mengadakan penyelarasan bagi menyusun semula peranan dan fungsi bahagian-bahagian yang berkaitan dalam KKMM.

Sehubungan dengan itu, bengkel penetapan hala tuju KKMM telah diadakan pada 7 dan 8 Jun 2013 di Petaling Jaya melibatkan kehadiran seramai 300 orang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan kementerian termasuk jabatan dan agensi bawah kementerian.

Bengkel diketuai Ketua Setiausaha KKMM, Dato’ Sri Kamaruddin Siaraf bersama Timbalan Ketua Setiausaha I, Dato’ Dr. Rothiah binti Omar telah mengenal pasti beberapa cadangan visi dan misi Kementerian mengikut kesesuaian peranan KKMM pada masa ini.

HALA TUJU KKMMJabatan dan agensi seperti Jabatan Penyiaran (RTM), BERNAMA, SKMM, JPDP dan IPPTAR yang turut hadir bergerak selari dan releven dengan kehendak pada masa kini selaras dengan perubahan lanskap senario politik dan teknologi maklumat ini.

MAJLIS AIDILFITRI KKMM 2013

PROGRAM JELAJAH RAMADHAN RTM 2013

TINGKATKAN KEFAHAMAN TENTANG ASEAN

KKMM DAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-56 DAN JUBLI EMAS HARI MALAYSIA KE-50

PROGRAM SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-56 & HARI MALAYSIA KE-50

MENTERI BERTEMU WAKIL-WAKIL INDUSTRI TELEKOMUNIKASI

KUNJUNGAN DELEGASI DEAKIN UNIVERSITY, AUSTRALIAKE JABATAN PENERANGAN MALAYSIA DAN IPRM

COMMUNICASIA 2013

KONSERT HARMONI DAN UNITI

JUN - OGOS 2013 • BULETIN KKMM 3

Page 4: SIDANG - kkmm.gov.my KKMM BIL_3_2013.pdf · Pelajaran telah menganjurkan Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia yang kini memasuki tahun yang keempat. Pada 6 Jun 2013, bertempat di

BULETIN KKMM • JUN - OGOS 201344

Buat pertama kalinya dalam sejarah, tiga agensi utama industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) negara iaitu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) dan Commtechasia Sdn Bhd bergabung tenaga menganjurkan Pameran Ekspo Gaya Hidup Digital (DLE) yang terbesar dalam negara.

Pameran tersebut berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 23 hingga 25 Ogos lalu. Disifatkan sebagai ibu kepada segala ekspo, DLE merupakan platform terbaik untuk SKMM mempamerkan perspektif dunia digital Malaysia untuk masa hadapan. penganjuran DLE ini juga adalah selaras dengan promosi inisiatif gaya hidup digital Malaysia atau digital lifestyle Malaysia – DLM yang dipelopori oleh SKMM bagi mengadaptasikan penggunaan ICT dalam kehidupan seharian.

Jika pameran ICT sebelum ini hanya menjurus kepada pameran komputer dan aplikasi mudah alih sahaja, dle 2013 mempamerkan kelainan tersendiri apabila SKMM tampil dengan inisiatif gaya hidup digital Malaysia yang memberikan penekanan kepada kehidupan digital. Pendek kata, DLE kali ini boleh dikatakan pameran yang paling menyeluruh kerana ia merangkumi semua aspek kehidupan.

Tema ekspo ini ialah living a future connected lifestyle yang memberi penekanan kepada manfaat perkhidmatan jalur lebar kepada pengguna dalam mewujudkan, menginovasi selain menambah baik perkhidmatan baharu menerusi ide-ide kreatif bagi merapatkan jurang digital.

Majlis pelancaran DLM telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abd. Razak sambil disaksikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi SKMM, Dato’ Mohamed Sharil Tarmizi.

Dalam ucapan perasmiannya, Perdana Menteri menegaskan, masa depan ekonomi digital Malaysia banyak bergantung kepada sejauh mana negara membangun, memupuk dan memanfaatkan ICT.Teknologi dan gaya hidup digital ujar Dato’ Sri Najib, akan menjadi faktor penentu yang akan memacu Malaysia ke tahap kejayaan, kesejahteraan dan pengiktirafan di seantero dunia.

Majlis pelancaran DLM turut diserikan dengan pemberian Anugerah Usahawan Jalur Lebar Cemerlang atau BEE 2013 kepada sekumpulan usahawan kecil yang berjaya membangun dan melakukan transformasi terhadap perniagaan konvensional mereka daripada di luar talian ke dalam talian. kumpulan usahawan tersebut merupakan mereka yang mendapat manfaat daripada inisiatif jalur lebar kebangsaan.

Mereka yang menerima anugerah BEE itu ialah Kabilah Hassan, Zaidi Awang, Mohd Saiful, Maryanne Low, Zamri Wahid, Hirai Doshi, Rapeah Hassan dan Noraishah Ariffin.

Terdahulu, Dato’ Sri Najib diiringi oleh Menteri KKMM dan Pengerusi SKMM meluangkan masa selama 10 minit melawat tapak pameran gaya hidup digital Malaysia. Dalam lawatan tersebut, beliau diberikan taklimat ringkas mengenai produk-produk yang dipamerkan.

Dianggarkan lebih daripada 150,000 pengunjung mengunjungi ekspo yang berlangsung selama tiga hari itu.

BULETIN KKMM • JUN - OGOS 201344

Page 5: SIDANG - kkmm.gov.my KKMM BIL_3_2013.pdf · Pelajaran telah menganjurkan Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia yang kini memasuki tahun yang keempat. Pada 6 Jun 2013, bertempat di

JUN - OGOS 2013 • BULETIN KKMM 5

PINGAT KEDAULATAN NEGARA (PKN) DAN MAJLIS BERBUKA PUASA MEDIA BERSAMA PERDANA MENTERI

Seramai 227 pengamal media yang menerima Pingat Kedaulatan Negara (P.K.N) bergambar kenangan bersama Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di pekarangan Laman Sari, Seri Perdana

Seramai 227 pengamal media massa tempatan yang terlibat membuat liputan pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah baru-baru ini menerima Pingat Kedaulatan Negara (P.K.N.) yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Majlis penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) ini diadakan sempena Majlis Berbuka Puasa Media anjuran Perdana Menteri pada 2 Ogos 2013 di Laman Sari, Seri Perdana, Putrajaya. Hadir sama Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, ketua-ketua organisasi media serta kira-kira 1,000 pengamal media.

Pengamal media yang menerima pingat berkenaan adalah mereka yang berdaftar di Pusat Media yang

ditubuhkan JaPen di FELDA Residence Sahabat bertujuan memudahkan petugas media membuat liputan berita sepanjang tempoh krisis dan Operasi Daulat (Ops Daulat) di Lahad Datu, Sabah.

Pusat Media ini berperanan melaksanakan pemantauan, menganalisis laporan media tempatan dan antarabangsa serta menangkis laporan negatif berhubung krisis yang berlaku dengan menggunakan pendekatan media yang berkesan dan penyampaian maklumat yang telus.

Penganugerahan pingat berkenaan adalah sebagai penghargaan terhadap sumbangan dan bakti semua pihak termasuk pengamal media yang telah banyak membantu menyampaikan maklumat yang telus, tepat dan terkini kepada orang ramai dalam menangani kejadian pencerobohan itu yang telah menggugat keselamatan dan keamanan negara.

MAJLIS PENGANUGERAHAN

JUN - OGOS 2013 • BULETIN KKMM 5

Page 6: SIDANG - kkmm.gov.my KKMM BIL_3_2013.pdf · Pelajaran telah menganjurkan Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia yang kini memasuki tahun yang keempat. Pada 6 Jun 2013, bertempat di

BULETIN KKMM • JUN - OGOS 201366

Pertemuan seramai 148 orang yang terdiri daripada para Akademik, Masyarakat Sivil, Ahli Politik, Media, Agensi Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan dalam seminar Media dan Pilihan Raya Umum 2013 (PRU-13) pada 4 Julai 2013 di Kuala Lumpur yang lalu merupakan satu usaha untuk membincangkan mengenai penambahbaikan sistem Pilihan Raya Umum pada masa akan datang.

Seminar anjuran Bahagian Pusat Operasi Pertukaran Berita dan Bahan Penyiaran (SSIG) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan dan Analisis Maklumat (BPAM), Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan juga Institut Pengajian Kewartawanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah dirasmikan oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Seminar Media Dan Pilihan Raya Umum 2013

Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dalam ucapan perasmiannya berkata, kemudahan teknologi IT dilihat sebagai salah satu kaedah yang berkesan serta mudah untuk mendekati rakyat, mudah untuk mensasarkan golongan atau kumpulan tertentu dalam menyebar dan mempengaruhi minda mereka. Kaedah ini telah diguna pakai oleh parti-parti politik dan calon-calon yang bertanding dalam PRU-13 untuk berinteraksi secara terus dengan individu (pengundi-pengundi PRU-13) tanpa sebarang halangan.

Pada pandangan beliau, penggunaan media sosial sebagai wadah Kempen Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang pasti meningkat dengan mendadak berdasarkan beberapa faktor utama seperti:-• Lebih mesra pengguna, lebih menjurus memaparkan jangkaan berbanding reaksi dan maklumat yang dipaparkan lebih tepat.• Penggunaan media sosial dalam Kempen Pilihan Raya Kecil di negara ini juga dilihat sedang rancak berjalan.• Kredibiliti serta kesahihan sumber maklumat yang disebarkan boleh dipertikai, etika penyebaran maklumat juga sukar untuk dipantau serta dikuatkuasakan berikutan dunia maya yang begitu luas selain pantas bergerak.

Sekiranya prinsip ini diamalkan, tentunya pilihan raya akan dapat dijalankan dengan sempurna dan semua calon akan berpeluang menyampaikan pandangan politiknya secara lebih berhemah.

SSIG berharap dengan penganjuran seminar ini segenap lapisan masyarakat akan lebih jelas tentang isu, masalah, strategi, kesan serta cabaran yang dihadapi oleh Parti Barisan Nasional dalam menghadapi Pilihan Raya Umum 2018.

“Perubahan dalam budaya hidup kita hari

ini lebih dipengaruhi oleh dunia teknologi

maklumat. Perkara pertama yang dapat

kita lihat apabila bangun sahaja

daripada tidur, kita akan memeriksa

berita terkini dari akaun Twitter,

kemudian melihat komen-komen rakan-

rakan di Facebook tentang sesuatu isu

semasa pada hari berkenaan.”

Page 7: SIDANG - kkmm.gov.my KKMM BIL_3_2013.pdf · Pelajaran telah menganjurkan Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia yang kini memasuki tahun yang keempat. Pada 6 Jun 2013, bertempat di

JUN - OGOS 2013 • BULETIN KKMM 7

Pertandingan Menulis

Pos Malaysia Berhad dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Kementerian Pelajaran telah menganjurkan Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia yang kini memasuki tahun yang keempat.

Pada 6 Jun 2013, bertempat di Ibu Pejabat Pos Malaysia, telah berlangsung Sidang Media Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2013 yang dipengerusikan Timbalan Ketua Setiausaha II, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Che Azemi Haron. Turut hadir adalah wakil dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Pos Malaysia.

Objektif Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia ini adalah untuk menggalakkan peserta mengasah bakat penulisan mereka menerusi pemikiran yang kritis dan kreatif dengan penggunaan Bahasa Malaysia yang betul dan tepat.

Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia bermula pada 15 April 2013 sehingga 31 Julai 2013 dan ia dibahagikan kepada tiga kategori di mana setiap satunya mempunyai tema yang khusus iaitu: Kategori A untuk pelajar Sekolah Rendah (Tema : Sayangi Malaysia), Kategori B untuk pelajar Sekolah Menengah (Tema : Malaysia Impianku) dan Kategori C untuk rakyat warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas (Tema : Semangat Patriotisme). Tiga pemenang utama bagi setiap kategori akan menerima hadiah berupa wang tunai, sijil dan hadiah iringan yang lain. Nilai keseluruhan bagi hadiah-hadiah untuk pertandingan bagi tahun ini ialah RM30,000.00.

Pada tahun ini juga, buat julung-julung kalinya, penganjur telah mengadakan kategori yang baru untuk rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas bagi memberikan peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk meluahkan pandangan positif mereka dengan menulis surat. Majlis Penyampaian Hadiah akan diadakan sempena Sambutan Hari Pos Sedunia pada bulan Oktober 2013.

Surat 1Malaysia 2013

ASEAN SENIOR OFFICIALS MEETING RESPONSIBLE FOR INFORMATION

(MESYUARAT KHAS SOMRI-SPECIAL SOMRI)Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah menganjurkan Mesyuarat Khas ASEAN Senior Officials Meeting Responsible for Information (Mesyuarat Khas SOMRI-Special SOMRI) di Hotel InterContinental, Kuala Lumpur pada 22 dan 23 Ogos 2013. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dato’ Sri Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia ini telah dihadiri oleh 46 orang delegasi yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan dalam bidang media dan penerangan dari semua negara ASEAN, termasuk Malaysia.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN Ministers Responsible for Information (AMRI) telah diberi tanggungjawab untuk menganjurkan Mesyuarat Khas SOMRI buat julung kalinya untuk membincangkan mengenai penstrukturan semula dan penambahbaikan kepada rangka kerjasama yang sedia ada bagi AMRI dan SOMRI.

Persidangan telah berjaya mengenalpasti isu, permasalahan dan cabaran dalam bidang penerangan dan media di kalangan Negara Anggota ASEAN.

MESYUARAT KHAS

HOTEL INTERCONTINENTAL, KUALA LUMPUR, 22 - 23

JUN - OGOS 2013 • BULETIN KKMM 7

Oleh itu, penstrukturan semula rangka kerja SOMRI melalui penubuhan tiga Kumpulan Kerja Pakar, merupakan satu resolusi penting yang telah dicapai oleh Mesyuarat Khas SOMRI ini untuk menangani cabaran-cabaran tersebut supaya tindakan-tindakan untuk merealisasikan pembentukan Komuniti ASEAN (ASEAN Community) menjelang tahun 2015 berjalan lancar.

Dato Sri KSU KKMM sedang mempengerusikan Mesyuarat Khas SOMRI

Page 8: SIDANG - kkmm.gov.my KKMM BIL_3_2013.pdf · Pelajaran telah menganjurkan Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia yang kini memasuki tahun yang keempat. Pada 6 Jun 2013, bertempat di

Sempena menyambut bulan Ramadhan 1434M yang lalu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah mengadakan sebanyak 12 program Ihya’ Ramadan mulai 9 Julai hingga 1 Ogos 2013 bagi mengimarah bulan puasa serta memupuk nilai tawaduk (rendah hati) dalam kalangan warga kementerian.

Antara program-program berkenaan adalah Sahur@Konti, Bicara Ramadan, Tinjauan Mesra KKMM, Taddarus Al-Quran dan program Nur Kasih di Wad Kanak-kanak Hospital Serdang dan Rumah Warga Emas Pulau Meranti serta Rakaman Forum Perdana dan Takbir Raya peringkat KKMM. Program-program diadakan dengan kerjasama PUSPANITA KKMM.

Pelancaran Program Ihya’ Ramadan 2013 disempurnakan Timbalan Ketua Setiausaha II KKMM, Datuk Che Azemi Haron mewakili Menteri KKMM, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek pada 9 Julai yang lalu. Pada majlis itu, ceramah khas sempena bulan Ramadan yang bertajuk “Mungkinkah Ini Ramadan Terakhirku” telah diadakan melibatkan pendakwah merangkap perunding motivasi serta penceramah bebas Mohd Fauzi Mustaffa.

Program julung-julung kali diadakan itu sangat signifikan dan padat dengan pengisian pelbagai aktiviti ilmiah serta sosial selaras konsep 1Malaysia yang diperkenal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Program yang bertujuan menyemarak bulan Ramadan itu dijayakan dengan penyertaan warga KKMM bagi melahirkan petugas yang berpegang teguh kepada ajaran agama.

Program Ihya’ Ramadhan diakhiri dengan majlis penutup yang disempurnakan oleh Menteri KKMM, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek pada 1 Ogos 2013 dan seterusnya bersama warga KKMM membuat rakaman Takbir Raya.

Majlis disusuli dengan majlis berbuka puasa bersama hampir 500 orang yang terdiri daripada warga KKMM termasuk jabatan dan agensi bawah KKMM. Turut hadir 50 orang anak-anak yatim serta ibu tunggal KKMM serta para penggiat industri kreatif yang menerima sumbangan Hari Raya. Selain mereka, kakitangan kumpulan sokongan bagi pembantu am pejabat, pekerja rendah awam dan pemandu termasuk kakitangan Orang Kelainan Upaya dalam kementerian ini juga menerima sumbangan.

Jadikan Ramadhan Lebih Bermakna

BULETIN KKMM • JUN - OGOS 201388

Page 9: SIDANG - kkmm.gov.my KKMM BIL_3_2013.pdf · Pelajaran telah menganjurkan Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia yang kini memasuki tahun yang keempat. Pada 6 Jun 2013, bertempat di

Program Yadul ‘Ulya Fi Ramadhan yang diadakan pada 30 Julai 2013 yang lalu memberi satu pendedahan dan peluang baharu kepada para pegawai kader Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) yang bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam di pelbagai Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan untuk melibatkan diri dalam program kemasyarakatan berkonsepkan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang merupakan sebahagian daripada aspek perhubungan awam.

Program dimulakan dengan perjumpaan bersama Ketua Pengarah Penerangan menerusi amanat yang disampaikan kepada Pegawai-pegawai Perhubungan Awam berkaitan halatuju JaPen selain menjadi platform kepada para Pegawai Perhubungan Awam untuk berkongsi pandangan dan cadangan penambahbaikan kepada pengurusan JaPen.

Disusuli dengan penglibatan Pegawai Perhubungan Awam dalam program khidmat komuniti semasa

Senyuman Anak-anak Yatim Rumah Kasih Harmoni

Majlis ini bukan sahaja disambut meriah oleh hampir 1,000 orang tetamu jemputan, ia juga buat pertama kalinya menyaksikan kehadiran Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia ke pusat pemprosesan mel terbesar di Malaysia, Pusat Mel Nasional.

Lawatan dan Majlis Berbuka Puasa Warga Kerja Pos Malaysia bersama Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

membeli belah pakaian Hari Raya untuk seramai 85 orang anak-anak yatim dari Rumah Kasih Harmoni (RKH), Sungai Buloh yang berusia seawal tiga hingga 17 tahun di Parkson, Alamanda menunjukkan pendekatan perhubungan awam yang berbeza berbanding sebelum ini. Kemuncak acara ialah

Majlis Berbuka Puasa Bersama Dato’ Jailani Johari, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang telah hadir untuk meraikan anak-anak yatim RKH bertempat di Kelab Tasik Putrajaya. Timbalan Menteri turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran seramai 500 orang jemputan yang terdiri daripada Pegawai Perhubungan Awam Kementerian/Jabatan/Agensi Kerajaan, kakitangan JaPen dan Ketua-ketua Biro Agensi Media di Putrajaya.

JUN - OGOS 2013 • BULETIN KKMM 9

Setibanya Menteri di Pusat Mel Nasional, beliau di bawa melawat Pusat Operasi DataPos dan kemudiannya Pusat Operasi Utama Pusat Mel Nasional. Sebaik sesi lawatan tamat, semua jemputan disajikan dengan Tazkirah Ramadhan oleh Al-fadhil Ustaz Fauwaz Fadzil. Usai Tazkirah Ramadhan, Menteri menyampaikan sijil penghargaan kepada para posmen yang terlibat dalam Ops Surat di Ukay Heights, Ampang dan seterusnya menyampaikan sumbangan derma kepada anak-anak yatim.

Sesungguhnya, seluruh warga kerja Pos Malaysia amat berbangga atas kehadiran Menteri ke majlis yang penuh barakah ini.

Page 10: SIDANG - kkmm.gov.my KKMM BIL_3_2013.pdf · Pelajaran telah menganjurkan Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia yang kini memasuki tahun yang keempat. Pada 6 Jun 2013, bertempat di

Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) amat meriah ditambah lagi dengan kehadiran Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri. Beliau disambut oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri KKMM dan Dato’ Jailani Johari, Timbalan Menteri KKMM selaku tuan rumah.

Majlis yang diadakan di Dataran Gemilang, Presint 4, Putrajaya dihadiri oleh beberapa Menteri dan Timbalan Menteri, Duta-duta Negara Asing, Bekas Menteri dan Timbalan Menteri, Ketua-ketua Setiausaha serta pegawai-pegawai kerajaan dan badan-badan Bukan Kerajaan.

Kementerian juga turut mengundang dan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 90 orang anak yatim terdiri daripada anak-anak yatim Rumah Kasih Harmoni Sungai Buloh (50 orang) dan anak-anak yatim dari Vivekananda Rembau Home (40 orang).

BULETIN KKMM • JUN - OGOS 20131010

Page 11: SIDANG - kkmm.gov.my KKMM BIL_3_2013.pdf · Pelajaran telah menganjurkan Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia yang kini memasuki tahun yang keempat. Pada 6 Jun 2013, bertempat di

Sebanyak 39 buah gerai yang dikendalikan oleh setiap Sektor, Jabatan dan Agensi di bawah KKMM menyediakan pelbagai juadah seperti lemang, nasi biryani, rojak buah, aneka kek, satay, ketupat/nasi impit, roti canai, char kway teow, laksa Johor/Utara, sotong bakar dan buah-buahan tempatan.

Sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri diserikan dengan persembahan hiburan oleh beberapa artis tanah air seperti Razlan, Soo Win Cii, Nash, Alyah Featurung Ben, Tomok, Black Featuring Ilham, Hattan, Azlan Typewriter, Aliff Atan, Fourteen, Hail Amir, Uji Rashid, Jefry Din, M.Daud Kilau, Samsudin Lamin Featuring Jamilah, Adik Balqis (Idola Kecil 3), Erni BRTM, Aisha BRTM, Rehanna BRTM, Haqiz BRTM dan Fitri BRTM.

Persembahan hiburan ini turut diiringi Alam (Perekatan), Juanita (Penyani Latar), Ezas dan Pentarama. Manakala pelawak jemputan terdiri daripada A.R. Badul, Abon, Sathiya, Angeline Tan dan Kumpulan Shiro. Majlis ini dikendalikan oleh pengacara iaitu Muaz, Eyeja Arshad, Odey Putra dan Abby Nadzri.

JUN - OGOS 2013 • BULETIN KKMM 11

Page 12: SIDANG - kkmm.gov.my KKMM BIL_3_2013.pdf · Pelajaran telah menganjurkan Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia yang kini memasuki tahun yang keempat. Pada 6 Jun 2013, bertempat di

RTM telah melaksanakan program Jelajah Ramadan RTM 2013 bermula 9 Julai hingga 8 Ogos 2013 melibatkan enam laluan dan disertai oleh semua stesen di peringkat ibu pejabat serta 16 stesen di peringkat negeri untuk tempoh selama 29 hari.

Pelaksanaan Program Jelajah Ramadan RTM 2013 telah dilancarkan pelepasan rasminya pada 9 Julai 2013 oleh Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Operasi), Dato’ Haji Abu Bakar Ab Rahim yang mewakili Ketua Pengarah Penyiaran. Majlis telah berlangsung di perkarangan Wisma Radio, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Majlis turut di hadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran Strategik, Dr Ahmad Jailani Yunus selain pengarah-pengarah penyiaran negeri dan juga kakitangan RTM.

Program Jelajah Ramadan RTM 2013 telah mendapat kerjasama dan sokongan daripada pelbagai agensi awam dan juga badan- badan korporat. Program jelajah ini turut menerima penajaan dua buah kenderaan oleh Syarikat Hyundai untuk digunakan sepanjang program jelajah berlangsung. Selain itu juga pemimpin-pemimpin tempatan turut sama turun padang bagi menyokong usaha-usaha murni yang dilaksanakan oleh RTM sepanjang program ini berlangsung. Sokongan yang diberikan termasuklah daripada segi penajaan sumbangan untuk disampaikan kepada golongan yang memerlukan. Antara sumbangan yang diterima adalah daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek, ketika Jelajah Ramadan berkunjung ke negeri Terengganu.

Secara keseluruhannya kejayaan penganjuran Program Jelajah Ramadan RTM 2013 adalah hasil usaha gigih dan semangat tolong menolong di kalangan kakitangan RTM di semua peringkat sama ada di ibu pejabat dan negeri.

Radio Televisyen Malaysia secara amnya meletakkan matlamat penganjuran Program Jelajah Ramadan RTM 2013 sebagai salah satu platform dan inisiatif bagi mendekatkan diri dengan masyarakat tidak mengira bangsa dan agama, tua dan muda. Dan ini merupakan antara objektif utama yang telah dicapai oleh program amal ini dengan memperlihatkan kepada masyarakat mengenai usaha-usaha murni RTM untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik mengecapi kegembiraan sepanjang tempoh bulan Ramadan dan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Selain itu juga kerjasama yang wujud antara RTM dengan pertubuhan dan agensi di luar sana, sama ada menerima sumbangan daripada segi tenaga, masa, tajaan kewangan dan barangan sebenarnya mampu memberikan impak yang positif antara kedua-dua pihak terutamanya bagi memacu dan mengukuhkan hubungan untuk pelaksanaan aktiviti pada masa akan datang. Program berbentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini, telah dimulakan pada tahun 2012, dan telah mencipta sejarah kerana berjaya mengukir nama di dalam ‘Malaysia Book of Records’ sebagai Program Tanggungjawab Sosial Korporat Terpanjang di Malaysia meliputi 38 aktiviti di seluruh negara.

BULETIN KKMM • JUN - OGOS 20131212

Page 13: SIDANG - kkmm.gov.my KKMM BIL_3_2013.pdf · Pelajaran telah menganjurkan Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia yang kini memasuki tahun yang keempat. Pada 6 Jun 2013, bertempat di

JUN - OGOS 2013 • BULETIN KKMM 13

Tingkatkan Kefahaman Tentang

Bertemakan “Our People Our Future Together”, program Kenali ASEAN 2013 yang berlangsung pada 22 hingga 23 Jun di The Zon Mall, Johor Bahru telah berjaya memasarkan maklumat mengenai ASEAN kepada masyarakat Malaysia bagi meningkatkan kefahaman dan kesedaran mereka berkaitan hal ehwal ASEAN.

Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Jailani Johari pada 22 Jun 2013.

Menerusi kerjasama Jabatan Penerangan Negeri Johor, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, KEMAS Negeri Johor, Jabatan Perpaduan Negeri Johor, Kementerian Luar Negeri serta pihak The Zon Mall, program ini telah menjayakan pelbagai aktiviti seperti berikut:(a) Pameran Foto ASEAN (profil negara ASEAN serta aktiviti hubungan dua hala antara negara-negara ASEAN);(b) Pertandingan Mewarna Pra-sekolah & Sekolah Rendah;(c) Pertandingan Karaoke ASEAN;(d) Pertandingan Bercerita berkaitan negara ASEAN;(e) Pertandingan pengucapan awam berkaitan ASEAN;(f) Pop Kuiz ASEAN, Jigsaw Puzzle ASEAN dan roda impian;(g) Pengedaran penerbitan jabatan seperti buku kecil, pamphlet, dan poster; dan(h) Persembahan Pentarama.

ASEANTurut diadakan pameran buku-buku Coffee Table terbitan Bahagian Penerbtian Dasar, Jabatan Penerangan yang juga mengedarkan buku-buku kecil, majalah, risalah dan CD lagu patriotik. Secara keseluruhannya, sebanyak 12,170 bahan penerbitan JaPen telah diedarkan kepada pengunjung.

Program ‘Kenali ASEAN’ adalah platform yang sesuai bagi memperkenalkan ASEAN kepada masyarakat di pelbagai peringkat umur. Ini berdasarkan hasil kajian semasa program ini berlangsung yang mendapati majoritinya menyambut baik program ini dan telah mencadangkan supaya program Kenali ASEAN diteruskan dengan pelbagai aktiviti yang menarik.

Pengarah Cawangan Perhubungan Antarabangsa, JaPen, Encik Lim Ann Teck sedang memberikan penerangan berkenaan Pameran Foto ASEAN kepada Timbalan Menteri KKMM

Penyampaian hadiah bagi Pertandingan Pengucapan Awam dan Bercerita telah disampaikan oleh Datuk Hajah Poziah Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Penerangan (Pengurusan Strategik).

Para pengunjung Program Kenali ASEAN mendapatkan bahan-bahan penerbitan JaPen

JUN - OGOS 2013 • BULETIN KKMM 13

Page 14: SIDANG - kkmm.gov.my KKMM BIL_3_2013.pdf · Pelajaran telah menganjurkan Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia yang kini memasuki tahun yang keempat. Pada 6 Jun 2013, bertempat di

KKMM dan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50

Jalinan kerjasama Jabatan Perdana Menteri bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) serta Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak juga Perbadanan Putrajaya dalam Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 Tahun 2013 telah berjaya melaksanakan pelbagai program sepanjang sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Hari Malaysia Ke-50 mulai 16 Julai 2013 sehingga 16 September 2013 yang lalu.

Hari Kemerdekaan kali ini yang memilih tema ‘Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku” telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri setelah mendapati kesesuaian maksudnya yang lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan Negara bangsa ini. Ia juga bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan kepentingan bersatu mempertahankan Negara disamping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan Negara.

Selaras dengan pendekatan tema ini, konsep sambutan pada tahun ini lebih menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan. Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna menjadi iktibar terbaik dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan dan keselamatan Negara.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 ini, beberapa acara telah diadakan bagi meraikan hari kegemilangan ini iaitu :

• Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2013 diadakan pada 16 Ogos 2013 di Dataran Zero Kilometer, Jam Besar Sungai Petani dan disempurnakan oleh Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri. Turut hadir Dato’ Paduka Haji Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah; Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 dan Hari Malaysia ke-50.

• Sambutan Ambang Merdeka diadakan pada 30 Ogos 2013 di Pusat Maritim Putrajaya dengan kiraan detik 12 tengah malam yang disempurnakan oleh Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri. Acara diadakan dengan penganjuran bersama Perbadanan Putrajaya itu turut diiringi dengan persembahan bunga api sebagai mewakili negara Malaysia yang bertanding dalam Pertandingan Bunga Api Antarabangsa bersama enam buah negara lain iaitu China, Emiriyah Arab Bersatu, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Perancis.

• Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kemerdekaan Ke-56 pula diadakan pada 31 Ogos 2013 melibatkan persembahan Pasukan Keselamatan Negara yang terdiri daripada gabungan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Turut diadakan pameran aset pasukan keselamatan negara dan demonstrasi lintas udara oleh PDRM dan ATM. Acara ini melibatkan empat segmen iaitu Rukunegara, Kesatuan Rakyat Perpaduan Sejagat, Kemakmuran Negara Kesejahteran Bersama dan MalaysiaKu Berdaulat : Tanah Tumpahnya DarahKu dengan penyertaan lebih kurang 12,000 orang termasuk acara formasi di padang.

Tahun 2013 juga istimewa kerana ia merupakan Sambutan Jubli Emas Hari Malaysia. Sempena sambutan ini, kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak telah mengadakan pelbagai acara bagi memeriahkan sambutan ini di sekitar negeri masing-masing dan acara kemuncak

Sempena pemilihan tema ini, satu pertandingan logo kemerdekaan turut diadakan dan dibuka kepada semua rakyat Malaysia. Karya logo terbaik Kemerdekaan Ke-56 dimenangi oleh Encik Hishamuddin Omar dari Kuala Lumpur dan telah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM5,000 berserta sijil penghargaan manakala sepuluh logo terbaik lain memenangi hadiah saguhati bernilai RM1,000 setiap satu dan sijil penghargaan.

BULETIN KKMM • JUN - OGOS 20131414

Page 15: SIDANG - kkmm.gov.my KKMM BIL_3_2013.pdf · Pelajaran telah menganjurkan Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia yang kini memasuki tahun yang keempat. Pada 6 Jun 2013, bertempat di

JUN - OGOS 2013 • BULETIN KKMM 15

Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan 2013

Sambutan Ambang Merdeka 2013

Perbarisan dan Perarakan Hari Kemerdekaan Ke-56

Page 16: SIDANG - kkmm.gov.my KKMM BIL_3_2013.pdf · Pelajaran telah menganjurkan Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia yang kini memasuki tahun yang keempat. Pada 6 Jun 2013, bertempat di

Pelancaran Promo Kemerdekaan dan Lagu Negaraku

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 56, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah mengadakan satu program Pelancaran Promo Kemerdekaan Dan Lagu Negaraku di seluruh Negara pada 28 Ogos 2013. Pelancaran ini telah diadakan di tiga pawagam secara serentak iaitu di GSC Pavillion, Cineplex Damansara, dan TGV KLCC .

Program ini melibatkan 123 pawagam di seluruh negara dimana pawagam-pawagam tersebut akan memainkan lagu Negaraku beserta dua promo khas oleh produksi FINAS iaitu promo ‘Pesanan Terakhir’, dan ‘Tanah Tumpahnya Darahku’ selama 3 minit sebelum filem dimainkan selama seminggu sehingga 3 September 2013.

Majlis yang dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Jailani Johari, Ketua Setiausaha Komunikasi dan Multimedia Dato` Sri Kamaruddin Siaraf. Turut hadir bagi menjayakan program ini Pengerusi FINAS, Datuk Haji Md.Afendi Datuk Haji Hamdan, Ketua Pengarah FINAS, YM Raja Rozaimie Raja Dalnish Shah dan beberapa orang pegawai FINAS.

Tujuan program ini ialah untuk memupuk kesedaran kepada rakyat Malaysia supaya menjadi lebih bertanggungjawab kepada negara dan mempunyai semangat cintakan Negara.

Program Sempena Sambutan HARI KEMERDEKAAN KE-56 &

HARI MALAYSIA KE-50Program “Pocket Show” Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56

Jabatan Penerangan Malaysia, sebuah agensi di bawah KKMM telah menganjurkan satu program yang dikenali “Pocket Show“ bertujuan untuk menghebahkan kepada orang ramai bagi menyemarakkan sambutan bulan kemerdekaan sempena 50 tahun merdeka.

Tiga lokasi utama telah dipilih bagi menjayakan program ini iaitu di Uptown Danau Kota Setapak (23 Ogos 2013), Kompleks SOGO (24 Ogos 2013) dan Pavilion, Bukit Bintang (25 Ogos 2013). Pelbagai aktiviti pengisian program telah dilaksanakan merangkumi aktiviti pengedaran Jalur Gemilang kepada orang ramai yang telah disempurnakan oleh Menteri dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia. Turut diadakan ialah Kembara Jalur Gemilang, persembahan PENTARAMA / artis jemputan dan pertandingan kuiz berkaitan Hari Kemerdekaan.

Penganjuran program seumpama ini diharap dapat meningkatkan perasaan sayang dan cinta rakyat terhadap negara seiring dengan tema Hari Kebangsaan “Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku”.

BULETIN KKMM • JUN - OGOS 20131616

Page 17: SIDANG - kkmm.gov.my KKMM BIL_3_2013.pdf · Pelajaran telah menganjurkan Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia yang kini memasuki tahun yang keempat. Pada 6 Jun 2013, bertempat di

HARI KEMERDEKAAN KE-56 &HARI MALAYSIA KE-50

Pameran ‘Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku’ di KL Sentral, Kuala Lumpur

Pameran ‘Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku’ sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-56 yang diadakan pada 29 Ogos hingga 8 September 2013 di Tingkat 2, KL Sentral mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pengunjung. Ia dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Penerangan (Pengurusan Strategik), Datuk Hajah Poziah Haji Abdul Rahman.

Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Ramadan

Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) telah mengadakan program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Ramadan mulai 15 Julai 2013 secara serentak di setiap negeri.

Program ini bertujuan untuk membangkitkan semangat kemerdekaan yang akan disambut di seluruh negara pada 31 Ogos 2013 dalam kalangan rakyat Malaysia melalui pengedaran bendera-bendera dan pemasangan lagu-lagu patriotik oleh konvoi kenderaan Kembara Merdeka. Konvoi disertai oleh pelbagai Jabatan dan agensi kerajaan termasuk swasta.

Pengisian program adalah Penyampaian Jalur Gemilang kepada wakil Jabatan, Agensi Kerajaan Pesekutuan, Negeri dan NGO’s. Program turut diiringi dengan aktiviti penyampaian titik sentuhan (hamper) kepada golongan yang memerlukan seperti anak - anak yatim, ibu tunggal, warga emas, orang miskin dan sebagainya.

Kemuncak program ini adalah pada acara pelepasan pelancaran Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang semasa Majlis Pelancaran Jalur Gemilang Kemerdekaan Ke-56 oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tuan Abdul Razak yang diadakan di Dataran Zero/Menara Jam Besar Sungai Petani, Kedah pada 16 Ogos 2013 yang lalu.

Gambaran mengenai tema Hari Kemerdekaan Ke-56 iaitu ‘Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku’ dalam pameran ini disampaikan kepada masyarakat dalam bentuk imbasan mengenai sejarah kemerdekaan dan penubuhan Negara Malaysia yang berbilang kaum. Prinsip-prinsip toleransi (kontrak sosial) antara kaum yang menjadi asas penting dalam mencapai kemerdekaan turut ditonjolkan kepada masyarakat umum bagi menyuburkan lagi semangat dan penghayatannya dalam kehidupan harian.

Antara pengisian aktiviti pameran ialah Pertandingan Karaoke Kenegaraan, tayangan lagu dan filem berunsur patriotik, Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak, Persembahan artis PENTARAMA dan kuiz spontan.

Melalui pameran ini juga, aktiviti pengedaran bahan-bahan penerbitan JaPen seperti buku Coffee Table, buku-buku kecil, majalah dan risalah kepada pengunjung dapat dilaksanakan. Sebanyak 19,015 bahan penerbitan telah diedarkan.

JUN - OGOS 2013 • BULETIN KKMM 17

Page 18: SIDANG - kkmm.gov.my KKMM BIL_3_2013.pdf · Pelajaran telah menganjurkan Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia yang kini memasuki tahun yang keempat. Pada 6 Jun 2013, bertempat di

Menteri Bertemu Wakil-Wakil Industri Telekomunikasi

Satu pertemuan antara Menteri KKMM yang baharu, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dengan Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif dan wakil-wakil industri telekomunikasi, internet, penyiaran dan pos telah diadakan di ibu negara, hari ini.

Pertemuan yang berlangsung dalam suasana santai itu adalah pertemuan pertama Menteri dengan wakil-wakil industri yang rata-rata ingin tahu mengenai hala tuju industri telekomunikasi di bawah Kementerian dan kepimpinan baharu.

Sepanjang pertemuan tersebut, Shabery bertukar-tukar pendapat dan menyampaikan pesanannya kepada wakil-wakil industri yang hadir. Antara topik yang dibincangkan dalam majlis berkenaan termasuklah isu kualiti perkhidmatan selular, perkhidmatan jalur lebar seperti liputan talian dan panggilan terputus. Pada masa yang sama, isu caj perkhidmatan serta inisiatif jalur lebar mampu milik turut dibincangkan.

Signifikannya, perjumpaan Menteri dengan Ketua-Ketua Pegawai Eskekutif dan wakil-wakil industri berlangsung hanya kurang sebulan selepas Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dilantik sebagai Menteri KKMM menggantikan Tan Sri Utama Dr. Rais Yatim.

Kesediaan beliau untuk bersemuka dengan Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif dan wakil-wakil industri telekomunikasi membuktikan keprihatinan serta sikap ‘hands-on’ dalam kepimpinannya.

Turut hadir pada Majlis Santai Teh itu ialah Timbalan Menteri KKMM, Dato’ Jailani Johari; Ketua Setiausaha KKMM, Tan Sri Datuk Kamaruddin Siaraf; Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Dato’ Mohamed Sharil Tarmizi serta Ketua-ketua Pegawai Eksekutif dari Telekom Malaysia, Celcom, Maxis, DiGi, U-Mobile, Tune Talk, Pack One, Redtone, YTL, Time dotcom, Jaring, Media Prima, Astro dan Pos Malaysia.

KUNJUNGAN DELEGASI DEAKIN UNIVERSITY, AUSTRALIAKE JABATAN PENERANGAN MALAYSIA DAN IPRM

Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) telah menerima kunjungan 22 orang pelajar Jurusan Komunikasi dari Deakin University, Australia yang diketuai oleh Profesor Mark Sheehan, Pensyarah Kanan Deakin University pada 24 Jun 2013 yang lalu.

Rombongan tersebut telah disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah Penerangan (Penerangan Strategik), Datuk Hajah Poziah Haji Abdul Rahman. Kunjungan ini memberi peluang kedua-dua pihak berkongsi pengalaman dan pandangan mengenai perkembangan dan cabaran bidang perhubungan awam masa kini. Peranan JaPen sebagai peneraju perhubungan awam kerajaan di negara ini telah menarik minat delegasi Deakin University untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keberkesanan peranan dan fungsi Pegawai Perhubungan Awam melalui perlaksanaan penempatan pegawai kader JaPen di Kementerian/Jabatan dan Agensi kerajaan.

Beberapa cadangan jangka panjang juga telah diketengahkan antaranya program pertukaran

DI MAJLIS SANTAI TEH

Pegawai Perhubungan Awam dan pelajar dari luar negara serta latihan dan akreditasi yang dilaksanakan oleh JaPen dengan kerjasama Institut Perhubungan Raya Malaysia (IPRM) dalam meningkatkan kredibiliti dan mengiktiraf profesyen ini. Turut hadir ialah Encik Jaffri Amin Osman, Naib Presiden IPRM, Ahli Majlis IPRM dan pegawai-pegawai kanan JaPen.

BULETIN KKMM • JUN - OGOS 20131818

Page 19: SIDANG - kkmm.gov.my KKMM BIL_3_2013.pdf · Pelajaran telah menganjurkan Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia yang kini memasuki tahun yang keempat. Pada 6 Jun 2013, bertempat di

Pavilion Malaysia di Pameran CommunicAsia yang ke-24 di Singapura, menjadi tarikan utama di CommunicAsia kali ini. Pameran yang berlangsung di Pusat Konvensyen Marina Bay Sands itu disertai sembilan syarikat-syarikat telekomunikasi negara dan diterajui oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Antara syarikat-syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian pada kali ini termasuklah Redtone, Celcom Axiata, Telekom Malaysia, DiGi, Maxis, Measat, Global Transit/Time dan U-Mobile.

Ekspo yang berlangsung selama lima hari itu, menyaksikan Pavilion Malaysia menjadi daya tarikan utama kebanyakan pengunjung kerana reka bentuknya yang futuristik dilengkapi dengan skrin gergasi yang menayangkan produk-produk terkini SKMM. Orang ramai turut dihiburkan dengan persembahan tarian tradisional oleh kakitangan SKMM di pentas mini Pavilion tersebut selain menyaksikan persembahan muzik yang menggunakan i-Pad. Reka bentuk dan aktiviti yang diatur menjadikan Pavillion Malaysia cukup unik dan lain daripada yang lain.

Salah satu daya tarikan di Pavillion ialah gerai Klik Dengan Bijak (KDB). Rata-rata pengunjung yang hadir diberikan penerangan oleh kakitangan bertugas mengenai objektif utama KDB dan bagaimana kempen tersebut dapat membantu mewujudkan suatu persekitaran yang lebih selamat untuk melayari internet.

Pavilion MalaysiaTARIKAN UTAMA DI

COMMUNICASIA 2013

Selain itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek bersama-sama dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Dr. Yaacob Ibrahim; Menteri Komunikasi Brunei Darrusalam, Hj. Pehin Dato’ Hj. Abdullah serta pegawai-pegawai kanan ASEAN lain telah melawat Pavilion Malaysia dan Menteri KKMM telah mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatnya dari Singapura sebanyak dua kali. Fokus utama pertemuan dua hala ini lebih menjurus kepada sesi suai-kenal dan pertukaran profil portfolio kementerian masing-masing. Kedua-dua pemimpin berkenaan juga mengambil kesempatan itu untuk meneroka kerjasama baharu yang terangkum dalam bidang kuasa Kementerian kedua-dua negara.

Di pameran tersebut, Malaysia dan Singapura turut bersetuju untuk meningkatkan lagi hubungan kerjasama sedia ada khasnya kerjasama yang melibatkan hal-hal berkaitan spektrum (700MHz) dan cara-cara meningkatkan kualiti perkhidmatan perayauan Malaysia-Singapura. Dato’ Shabery juga berkesempatan menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama Dua Hala Malaysia-Brunei Darussalam dalam bidang regulatori dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Astaka Malaysia semasa majlis resepsi Malaysia bersempena dengan CommunicAsia 2013.

JUN - OGOS 2013 • BULETIN KKMM 19

Page 20: SIDANG - kkmm.gov.my KKMM BIL_3_2013.pdf · Pelajaran telah menganjurkan Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia yang kini memasuki tahun yang keempat. Pada 6 Jun 2013, bertempat di

BULETIN KKMM • JUN - OGOS 20132020

K O N S E R T

Semangat patriotik Malaysia dan Indonesia disatukan menerusi konsert, Harmoni dan Uniti yang julung kali diadakan sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia dan Indonesia yang kedua-duanya disambut pada bulan Ogos iaitu 31 Ogos untuk Malaysia dan 17 Ogos bagi Indonesia.

Konsert yang diadakan pada 25 Ogos 2013 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur itu adalah anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Kerajaan Indonesia dengan sokongan syarikat Telekomunikasi Indonesia International (Malaysia) Sdn Bhd (Telin Malaysia).

Lebih 20,000 penonton membanjiri Dataran Merdeka untuk menyaksikan persembahan artis terkemuka seperti Amy Search, Dato’ Siti Nurhaliza, Ella dan Rossa serta Ahmad Dhani dari Indonesia sambil mengibarkan bendera negara masing-masing.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek yang hadir sebagai tetamu kehormat konsert berkenaan berkata konsert ini merupakan usaha merapatkan hubungan antara dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia supaya ikatan yang terjalin terus kukuh.

Konsert pada malam itu jelans menunjukkan kedua-dua negara ini sememangnya memiliki hubungan yang sangat istimewa bukan sahaja dalam aspek hiburan atau budaya malah juga politik, ekonomi dan sosial.

HARMONI DAN UNITI