shortnotes science form 2

23
TINGKATAN 2:DUNIA MELALUI DERIA KITA BAB 1 Organ-organ Deria Manusia mempuyai 5 organ deria utama, iaitu; 1. kulit 2. hidung 3. lidah 4. telinga 5. mata Organ-organ deria berfungsi untuk mengesan ransangan (stimuli), yang merupakan perubahan di sekeliling kita. Sebagai contoh, kita menggunakan kulit sebagai deria sentuhan, hidung sebagai deria bau, lidah sebagai deria rasa, telinga sebagai deria pendengaran dan mata sebagai deria penglihatan. Rangsangan (stimulus) ialah perubahan yang terhasil oleh sumber- sumber tertentu dan ia boleh menyebabkan organ-organ deria untuk bertindak balas kepadanya. Contoh rangsangan yang boleh dikesan oleh manusia adalah sentuhan, tekanan, sakit, sejuk, haba, bahan kimia, bunyi dan cahaya. Semua organ-organ deria yang lengkap dengan penerima / reseptor deria (sensory receptors) iaitu hujung saraf (nerve endings), yang boleh mengesan rangsangan. Organ deria Jenis deria Ransangan dikesan Kulit Sentuhan Sentuh, tekanan, sakit, sejuk & panas Hidung Bau Bahan-bahan kimia Lidah Rasa Kimia Telinga Pendengaran & keseimbangan Bunyi Mata Penglihatan Cahaya · Laluan dari rangsangan kepada tindakbalas. Rangsangan —- > organ deria —-> saraf —> otak — >saraf — > tindakbalas.

Upload: azzu-nazal

Post on 01-Oct-2015

70 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

note

TRANSCRIPT

TINGKATAN 2:DUNIA MELALUI DERIA KITABAB 1Organ-organ Deria Manusia mempuyai 5 organ deria utama, iaitu;1. kulit2. hidung3. lidah4. telinga5. mata Organ-organ deria berfungsi untuk mengesan ransangan (stimuli), yang merupakan perubahan di sekeliling kita. Sebagai contoh, kita menggunakan kulit sebagai deria sentuhan, hidung sebagai deria bau, lidah sebagai deria rasa, telinga sebagai deria pendengaran dan mata sebagai deria penglihatan. Rangsangan (stimulus) ialah perubahan yang terhasil oleh sumber-sumber tertentu dan ia boleh menyebabkan organ-organ deria untuk bertindak balas kepadanya. Contoh rangsangan yang boleh dikesan oleh manusia adalah sentuhan, tekanan, sakit, sejuk, haba, bahan kimia, bunyi dan cahaya. Semua organ-organ deria yang lengkap dengan penerima / reseptor deria (sensory receptors) iaitu hujung saraf (nerve endings), yang boleh mengesan rangsangan.Organ deriaJenis deriaRansangan dikesan

KulitSentuhanSentuh, tekanan, sakit, sejuk & panas

HidungBauBahan-bahan kimia

LidahRasaKimia

TelingaPendengaran & keseimbanganBunyi

MataPenglihatanCahaya

Laluan dari rangsangan kepada tindakbalas.Rangsangan - > organ deria -> saraf > otak >saraf > tindakbalas. Saraf bersambung dengan otak kepada semua bahagian dalambadan.Iamenghantar isyarat dari organ deria ke otak. Otak akan mentafsirkan mesej dan otak akan mengarahkan bagaimana badan harus bertindakbalas. Otak akan menghantar maklumat dalam bentuk impuls saraf tentang tindakbalas kepada efektor yang tertentu. Efektor adalah bahagian badan yang membawa tindakbalas, contohnya otot dan kelenjar. Otak mengawal semua aksi dan tindakbalas badan.

TINGKATAN 2:NUTRISIBAB 2Kelas Makanan1.Nutrisi adalah proses mendapatkan makanan untuk pembesaran dan menjaga kesihatan.2Makanan berbeza mengandungi nutrien yang berbeza. Nutrien adalah bahan di dalam makanan yang diperlukan oleh badan.3.Makanan boleh dibahagikan kepada beberapa kelas, iaitu :- Karbohidrat Protein Lemak Vitamin Mineral Gentian AirKARBOHIDRAT1. Karbohidrat boleh dijumpai dalam pelbagai bentuk iaitu gula, selulosa, glikogen dan kanji.2. Contoh daripada kanji adalah nasi, roti,kentang, gandum dan lain-lain.3. Gula merupakan bentuk ringkas karborhidrat. Jenis gula ringkas adalah glukosa (anggur), sukros (tebu), dan laktos (susu).4. Selulosa ditemui dalam dinding sel tumbuhan dan tidak boleh dicernakan. Contoh : buah-buahan dan sayur-sayuran.5. Glikogen ditemui dalam hati dan otot.PROTEIN1.Protein mengandungi karbon, hidrogen, oksigen dan nitrogen.Sesetengah protein mempunyai sulfur dan fosforus.2.Protein terbentuk daripada unit-unit asas yang dinamakan asid amino.3.Protein haiwan termasuk daging, susu, ikan dan telur. Kekacang, bijirin dan kacang soya adalah protein tumbuh-tumbuhan.4.Fungsi protein adalah ; Diperlukan untuk membesar dan memperbaiki sel-sel yang rosak. Digunakan untuk menghasilkan enzim, hormon, antibodi dan hemoglobin. Sebagai sumber tenaga jika kekurangan karbohidrat.5.Protein yang berlebihan akan dipecahkan oleh hati kepada urea, di mana ia disingkirkan sebagai air kencing.6.Kekurangan protein terhadap kanak-kanak boleh menyebabkan mengidap penyakit kwashiorkor.7.Protein boleh diuji dengan Reagen millons, apabila dipanaskan. Mendakan putih bertukar warna merah.VITAMIN1.Vitamin adalah bahan organik yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan badan.2.Vitamin tidak membekalkan tenaga.3.Hanya vitamin B dan C sahaja larut air. Yang selebihnya adalah larut lemak.4.Berikut menunjukkan sumber Vitamin, fungsi dan kesan kekurangannya.SUMBER VITAMINFUNGSIKESAN KEKURANGA

A-Lobak merah,tomato, labu,telur, ikan.Pandangan malam yang baik dan kulit yang sihat.Rabun malamKulit tidak sihat

B-Sayur-sayuran hijau, susu,telur, bijirin, yis.Sistem saraf yang sihatBeri-beri,Anemia

C-Buah-buahan segar, sayur- sayuran hijau.Untuk melawan penyakit.Skurvi

D-Kuning telur,hati, terbentuk pada kulit di bawah sinar matahari.Untuk gigi dan tulang yang sihat dan kuat.RakhitisOsteomalasia

E-Minyak sayur- sayuran,gandum,kacang.Untuk kesuburan.Mencegah kerosakan selKemandulan

K-Hati, sayur- sayuran hijau, tomato,kuning telur.Pembekuan darahMelambatkan pembekuan darah

MINERAL1.Garam mineral adalah bahan tidak organik yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk mengekalkan kesihatan badan.2.Contoh mineral adalah kalsium, fosforus, iodin.3. Penting dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat dan juga penting dalam penghasilan hormon dalam kelenjar tiroid.ZAT BESI1. Contohnya adalahHati, telur dan sayuran.2.Membentuk hemoglobin dalam sel darah merah.

TINGKATAN 2:BIODIVERSITIBAB 3PENGKELASAN HAIWAN1. Haiwan terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu vertebrata (bertulang belakang) invertebrata (tidak bertulang belakang)2. Vertebrata terbahagi kepada mamalia ( lembu, kuda, singa) amfibia (katak) reptilia (ular) burung ikan3. Contoh haiwan invertebrata adalah seperti cacing, lintah dan sebagainya.

PENGKELASAN TUMBUHAN1. Tumbuhan terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu; Berbunga Tidak berbunga2. Tumbuhan berbunga pula dibhagikan kepada 2, iaitu; Monokotiledon Dikotiledon4. Ciri- ciri monokotiledon adalah mempunyai satu biji benih sahaja, akarnya serabut, tidak mempunyai batang dan urat daun selari. Contonhya adalah pokok jagung5. Ciri-ciri dikotiledon adalah mempunyai 2 biji benih, berakar tunjang, berbatang. Contohnya adalah pokok keembung dan bunga ros.

TINGKATAN 2:SALING BERSANDARAN ANTARA ORGANISMA HIDUP DAN PERSEKITARANBAB 4TERDAPAT BEBERAPA JENIS INTERAKSI ANTARA HIDUPAN. ANTARANYA ADALAH; MANGSA-PEMANGSA PERSAINGAN KOMENSALISME MUTUALISME PARASITISMEMANGSA-PEMANGSA

Mangsa pemangsa merupakan interaksi di antaraorganisma yangmemburu dan menangkap organisma lain sebagai makanan.Contohnya seperti;1. Burung hantu dan tikus2. Ular dan tikusIa digunakan dalam kawalan biologiPERSAINGAN

Persaingan merupakan interaksi antara organisma untuk mendapatkan keperluan hidup yang sama.Contohnya seperti;1. Rusa dan rusa bergaduh untuk mempertahankan kawasan.2. Pokok-pokok di dalam hutan bersaing untuk mendapatkan cahaya matahari.KOMENSALISME

Komensalisme adalah interaksi antara organisma di mana satu organisma mendapat faedah manakala satu organisma lain tidak mengalami sebarang keuntungan atau kerugian.Contohnya seperti;1. Burung bangau dan kerbau2. Ikan Remora dan jerungMUTUALISME

Mutualisme adalahinteraksi antara dua organisma di mana kedua-dua pihak mendapat faedah.Contohnya seperti;1. Lebah dan pokok bunga.2. Bakteria Rhizobium dan akar kacang tanah.PARASITISME

Parasitisme merupakan interaksi antara organisma di mana satu pihak mendapat faedah manakala satu pihak yang lain mengalami kerugianContohnya seperti;1. Cacing pita dalam usus.2. Bunga Rafflesia dan tumbuhan.

TINGKATAN 2:AIR DAN LARUTANBAB 5

Takat beku air

Takat beku air (freezing point of water) adalah suhu di mana air bertukar menjadiais(bentuk pepejal).

Takat bekuair tulen(pure water) pada tekanan atmosfera (piawai) ialah0C. Ini bermakna bahawa air tulen akan membeku menjadi ais (ice) pada 0C.

Takat didih air

Takat didih air (boiling point of water) ialah suhu di mana air bertukar menjadistim(wap air).

Takat didih air pada suhu bilik dan tekanan atmosfera (piawai) adalah100C. Oleh itu, air akan mendidih dan bertukar menjadi stim (steam) pada suhu 100C.

Teori Kinetik

Teori Kinetik adalah penjelasan tentang keadaan zarah-zarah (particles) dalam jirim.

Terdapat tiga andaian yang dibuat dalam teori kinetik:1. Semua jirim (matter) terdiri terdiri daripadazarah-zarah kecil / seni(seperti atom dan molekul).2. Zarah-zarah ini adalah sentiasabergerak/ bergetar, secararawak.3. Zarah-zarah ini jugaberlanggar(colliding) antara satu sama lain.Molekul mempunyai pergerakan dan tenaga kinetik pada semua suhu. Molekul air beku (ice) pada 0C bergerak lebih perlahan daripada molekul air pada 10C.

Perubahan keadaan jirim boleh ditafsirkan melaluiteori kinetik jirim(kinetic theory of matter).

Pembekuan

Apabila cecair disejukkan, pergerakan zarah akan menjadi perlahan. Oleh itu, tenaga kinetik zarah berkurang.

Daya tarikan antara zarah menjadi lebih kuat dan kukuh.

Apabila daya tarikan (daya yang menarik) menjadi begitu kuat, ianya menarik zarah kembali ke kedudukan tetap mereka, cecair menjadi pepejal.

Perubahan dalam susunan dan gerakan zarah ini dipanggil pembekuan (freezing).

Suhu dimana cecair (liquid) berubah menjadi pepejal dipanggiltakat beku(0C).

Pendidihan

Apabila cecair dipanaskan, zarah akan bergetar dengan lebih pantas. Oleh itu, tenaga kinetik zarah meningkat.

Zarah akan bergerak menjauhi satu sama lain dan daya tarikan antara mereka menjadi lemah (weaken).

Apabila kumpulan kecil zarah-zarah dipecahkan kepada zarah tunggal dan daya tarikan antara zarah boleh diabaikan (negligible), cecair bertukar menjadi gas.

Perubahan dalam susunan dan gerakan zarah ini dipanggil pendidihan (boiling).

Suhu dimana cecair bertukar menjadi gas (atau dalam bentuk buih pada seluruh cecair), dipanggiltakat didih(100C).

TINGKATAN 2:TEKANAN UDARABAB 6

Aplikasi Prinsip Tekanan Udara Dalam Kehidupan HarianPelbagai peralatan dalam kehidupan seharian kita beroperasi dengan menggunakanprinsip tekanan udara. Tanpa tekanan udara, banyak peralatan tidak dapat berfungsi dengan seperti yang kita harapkan. Jom kita tengok bagaimanatekanan udaramemainkan peranan untuk membolehkan alat-alat tersebut berfungsi.

1. Penyedut minumanApabila udara disedut, kawasan dalam penyedut akan menghasilkan kawasan tekanan rendah. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar akan menolak air masuk ke dalam penyedut minuman.

2. PicagariApabila omboh ditarik ke atas, kawasan dengan tekanan rendah terbentuk dalam picagari. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar menolakair masukke dalam picagari.

3. Pam SemburanApabila omboh ditolak ke dalam silinder, udara dipancut keluar dengan laju. Satu kawasan tekanan rendah terbentuk di sekeliling muncung silinder. Keadaan ini menyebabkan tekanan udara yang lebih tinggi di dalam tin memaksa racun serangga masuk ke dalam tiub logam. Kemudian, racun serangga dipecahkan kepada titisan kecil oleh udara yang dipancut keluar dengan laju dari silinder.

4. SifonApabila air mengalir dari hujung bawah salur, kawasan tekanan rendah terbentuk di dalam salur. Tekanan udara yang lebih tinggi di luar menolak air masuk ke sifon.

5. Paip tersumbatMenekan pam akan memaksa udara yang ada di dalamnya keluar, kemudian membentuk keadaan bertekanan rendah. Mangkuk getah melekat pada permukaan singki apabila tekanan yang lebih tinggi di luar menekan ke atasnya. Tekanan yang lebih tinggi di dalam paip menolak kotoran yang tersumbat apabila pam sedutan ditarik ke atas.

6. Tin dengan dua lubangSusu dipaksa keluar di salah satu lubang oleh tindakan tekanan udara yang menolak udara ke dalam lubang yang bertentangan.

TINGKATAN 2:DINAMIKBAB 7

Daya(force) merupakantolakan(push) atautarikan(pull) yang bertindak ke atas sesuatu objek.

Aksi seperti mengangkat, regangan, berpusing dan menekan adalah melibatkan tolakan dan tarikan.

Pelbagai jenis daya

Daya adalah suatu tindakan yang boleh mengubah kedudukan objek pegun (tidak bergerak) atau objek yang bergerak di dalam garis lurus.

Dayatidak boleh dilihatatau dirasai tetapi kehadirannya boleh diperhatikan sebagaikesan-kesan daya(effects of force).

Daya boleh wujud dalam pelbagai bentuk, seperti:

Daya geseran

Daya geseran (frictional force) adalah suatu daya yang menentang gerakan antara dua objek yang bersentuhan.

Daya geseran boleh; memperlahankan objek yang sedang bergerak. memberhentikan objek yang sedang bergerak. mengelakkan sesebuah objek pegun daripada bergerak.Daya geseran bertindak menentang arah gerakan objek. Sebagai contoh, daya geseran antara permukaan jalan dan tayar motorsikal membolehkan sesebuah motosikal itu untukbergerak di atas jalan raya.

Daya graviti

Daya graviti (gravitational force) ialah daya yang tertarik ke pusat bumi. Daya ini menyebabkan semua benda yang dilambung akan jatuh semula ke bawah.

Daya elektrik

Daya elektrik dihasilkan apabila elektron (cas negatif) bergerak melalui satu konduktor.

Daya elektrostatik

Daya elektrostatik (electrostatic force) adalah disebabkan oleh cas yang terbentuk pada objek yang telah digosok. Objek dengan cas yang sama akan menolak antara satusama lain, manakala objek dengan cas yang berbeza akan menarik antara satu sama lain.

Daya magnet

Daya magnet (magnetic force) ialah daya tarikan antara magnet dan bahan-bahan magnetik seperti paku. Daya magnet tinggi pada kedua-dua kutub utara dan selatan. Magnetdengan kutub yang sama akan menolak antara satu sama lain, manakala magnet dengan kutub yang berbeza akan saling menarik.

Daya elektromagnet

Daya elektromagnet (electromagnetic force) adalah magnet yang dibuat dengan memagnetkan sekeping teras feromagnet dengan membenarkan arus elektrik mengalir melaluigegelung konduktor sekeliling teras tersebut.

Elektromagnet boleh menarik bahan magnet seperti keluli dan besi selagi mana arus elektrik dibekalkan.

Daya elektromagnet digunakan untuk menarik besi berat.

Daya elektromagnet juga digunakan untuk mengendalikan keretapi Maglev (Maglev train) untuk mengurangkan geseran antara keretapi dan rel besi di bawahnya.

TINGKATAN 2:SOKONGANBAB 8

Pelbagai sistem sokongan

Manusia dan haiwan mempunyai sistem sokongan mereka yang unik.

Sistem sokongan yang baik membolehkan sesuatu organisma itu untuk bergerak dengan lebih lancar dan cekap (efficiently).

Sistem sokongan pada manusia dan haiwan terdiri daripadatisu rangka(skeletal tissue) yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti kalsium (calcium).

Rangka(skeleton) adalah suatu struktur yang keras dan kekal dalam haiwan multisel. Sistem rangka (skeletal system) bertindak sebagai sistem sokongan yang pentingkepada haiwan.

Sistem sokongan terbahagi kepadatigajenis:1. Endoskeleton.2. Eksoskeleton(exoskeleton).3. Rangka hidrostatik(hydrostatic skeleton).

Endoskeleton

Endoskeletonialah struktur sokongan yang beradadi dalam badan vertebrata(vertebrates).

Fungsi endoskeleton adalah: Menyokong berat badan. Memberikan bentuk kepada badan. Melindungi organ dalaman badan. Menyediakan permukaan untuk pelekatan otot. Bekerjasama dengan otot untuk membenarkan pergerakan badan.

Ikan - Vertebrata yang memiliki endoskeleton.

Eksoskeleton

Eksoskeletonialahstruktur kerasyang meliputi bahagianluar badan haiwan invertebrata(invertebrates).

Fungsi eksoskeleton adalah: Menyokong dan memberikan bentuk kepada haiwan. Melindungi tisu badan yang lembut daripada kecederaan. Mengelakkan badan daripada kekeringan. Menyediakan permukaan untuk pelekatan otot dan membenarkan pergerakan.

Semut - Invertebrata yang memiliki eksoskeleton.

Rangka hidrostatik

Rangka hidrostatik mengandungi cecairyang disimpan di bawah tekanan,di dalam rongga badan yang tertutup haiwan invertebrata.

Fungsi rangka hidrostatik adalah: Mengekalkan dan mengawal bentuk badan. Membenarkan pergerakan.

Obor-obor - Invertebrata yang memiliki rangka hidrostatik.

TINGKATAN 2:KESTABILANBAB 9

Titik keseimbangan(point of equilibrium) sesuatu objek adalah titik di mana keseluruhan berat objek bertindak untuk mengimbangi kedudukan objek tersebut.Pusat graviti(centre of gravity) objek adalah titik keseimbangan sesuatu objek. Ini adalah kerana pada titik ini; Objek akan disokong dalam keadaankeseimbangan. Berat keseluruhan objek seolah-olah untukbertumpudi titik ini.

Kedudukan pusat graviti bergantung kepada bentuk sesuatu objek (shape of the object).

Pusat graviti objek bagiberbentuk sekataatau simetri (symmetrical): Terletak di tengah-tengah atau di titik simetri objek tersebut. Boleh ditentukan dengan melukis garis pepenjuru atau garisan simetri. Titik persilangan pepenjuru ialah pusat graviti objek tersebut.

Pusat graviti bagi objek berbentuk sekata.

Pusat graviti bagi objek yangberbentuk tidak sekata(irregular-shaped): Boleh ditentukan dengan menggunakan bandul. Pusat graviti bagi objek tidak sekata adalah pada titik persilangan, titik pergantungan objek tersebut (titik persilangan beberapa garisan menegak yang terbentuk apabila tali pemberat/ladung bandul digantung bebas).

Pusat graviti bagi objek berbentuk tidak sekata.

Pusat graviti bagi objek sekata juga boleh ditentukan dengan menggunakan kaedah yang sama seperti yang digunakan pada objek yang tidak sekata.

Pusat graviti bagi objek tidak sekata mungkin terletak di dalam atau di luar objek tersebut. Sebagai contoh, objek yang berbentuk L.

Pusat graviti bagi objek berbentuk L.

TINGKATAN 2:MESIN RINGKASBAB 10Tuas adalahmesin ringkas(simple machine) yang boleh membantu kita melakukan kerja dengan lebih mudah.

Tuas (lever) adalah suatubatang/bar tegar(rigid bar) yang bolehbergerak/berputar bebas pada satu titik tetapyang dipanggilfulkrum(fulcrum) apabila suatudaya(effort) dikenakan keatasnya untuk mengatasi daya lain yang menentang yang dikenali sebagaibeban(load).

Tuas digunakan untuk memberikankelebihan mekanikal(mechanical advantage) dalam menghantar atau mengubah (transmitting or modifying) daya dan gerakan.

Sistem tuas (lever system) membolehkan suatu beban yang berat dipindahkan dari satu titik ke titik yang lain dengan menggunakan daya (effort) yangminima. Ini boleh membantu mengurangkan tenaga.

Tuas.

Tuas boleh dikelaskan kepada 3, iaitu:1. Tuas kelas pertama(first class levers)2. Tuas kelas kedua(second class levers)3. Tuas kelas ketiga(third class levers)

Perbezaan antara kelas-kelas tuas adalah berdasarkankedudukanbeban (load), daya (effort) dan fulkrum (fulcrum).

Setiap kelas tuas mempunyai dua daya, iaitu, beban (load) dan daya/usaha (effort).

Jarak diantara beban dan fulkrum dipanggiljarak beban(distance of load, symbol: l).

Jarak diantara daya (effort) dan fulkrum dipanggiljarak daya(distance of effort, symbol: e).Apakah itu TUAS?Tuas adalah mesin ringkas yang memudahkan kerja. Tuas terdiri daripada 3 bahagian iaitu, beban, fulkrum dan daya. Ada 3 jenis kelas tuas, iaitu

Berikut adalah perincian bagi setiap kelas tuas