shamshiyatul baqiyah bt abdul wahab - fp.utm.my · pdf filebahan e-pembelajaran ini...

19
PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE SHAMSHIYATUL BAQIYAH BT ABDUL WAHAB UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vudiep

Post on 14-Mar-2018

243 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: SHAMSHIYATUL BAQIYAH BT ABDUL WAHAB - fp.utm.my · PDF fileBahan e-pembelajaran ini mengandungi nota pembelajaran yang disertakan contoh, kuiz, tugasan, permainan matematik, ... 4.12

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II

UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

SHAMSHIYATUL BAQIYAH BT ABDUL WAHAB

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: SHAMSHIYATUL BAQIYAH BT ABDUL WAHAB - fp.utm.my · PDF fileBahan e-pembelajaran ini mengandungi nota pembelajaran yang disertakan contoh, kuiz, tugasan, permainan matematik, ... 4.12
Page 3: SHAMSHIYATUL BAQIYAH BT ABDUL WAHAB - fp.utm.my · PDF fileBahan e-pembelajaran ini mengandungi nota pembelajaran yang disertakan contoh, kuiz, tugasan, permainan matematik, ... 4.12
Page 4: SHAMSHIYATUL BAQIYAH BT ABDUL WAHAB - fp.utm.my · PDF fileBahan e-pembelajaran ini mengandungi nota pembelajaran yang disertakan contoh, kuiz, tugasan, permainan matematik, ... 4.12

PENGHASILAN BAHAN E-PEMBELAJARAN BAGI TOPIK POLYGONS II

UNTUK PELAJAR TINGKATAN TIGA BERASASKAN MOODLE

SHAMSHIYATUL BAQIYAH BT ABDUL WAHAB

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2006

Page 5: SHAMSHIYATUL BAQIYAH BT ABDUL WAHAB - fp.utm.my · PDF fileBahan e-pembelajaran ini mengandungi nota pembelajaran yang disertakan contoh, kuiz, tugasan, permainan matematik, ... 4.12
Page 6: SHAMSHIYATUL BAQIYAH BT ABDUL WAHAB - fp.utm.my · PDF fileBahan e-pembelajaran ini mengandungi nota pembelajaran yang disertakan contoh, kuiz, tugasan, permainan matematik, ... 4.12

iii

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya

maka dapat saya menyelesaikan Projek Sarjana Muda bertajuk Penghasilan Bahan E-

Pembelajaran bagi Tajuk Polygons untuk Pelajar Tingkatan Tiga berasaskan Moodle.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia

saya iaitu Prof. Dr. Hj. Noor Azlan bin Ahmad Zanzali kerana banyak memberikan

tunjuk ajar dan pandangan untuk menghasilkan penulisan ilmiah ini. Tidak lupa juga

ucapan ribuan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Hajah Zaleha bt Ismail selaku

pensyarah pembimbing kedua yang banyak membimbing saya dalam menghasilkan web

portal Polygons ini.

Tidak lupa juga saya tujukan ucapan ribuan terima kasih kepda rakan-rakan yang

banyak memberikan komen membina dan pandangan dalam penghasilan web portal ini.

Page 7: SHAMSHIYATUL BAQIYAH BT ABDUL WAHAB - fp.utm.my · PDF fileBahan e-pembelajaran ini mengandungi nota pembelajaran yang disertakan contoh, kuiz, tugasan, permainan matematik, ... 4.12

iv

ABSTRAK

Penggunaan e-pembelajaran telah berlaku secara meluas di kalangan pelajar di

universiti. Maka penggunaan e-pembelajaran ini perlu diperkenalkan oleh guru kepada

pelajar di sekolah. Tajuk Polygons telah dipilih sebagai percubaan kepada penyelidik

menghasilkan bahan e-pembelajaran untuk pelajar-pelajar Tingkatan Tiga kerana tajuk

ini merupakan asas geometri. Bahan e-pembelajaran ini dihasilkan menggunakan

Moodle yang mempunyai ciri-ciri interaktif dan bertujuan untuk menarik minat pelajar.

Bahan e-pembelajaran ini mengandungi nota pembelajaran yang disertakan contoh, kuiz,

tugasan, permainan matematik, contoh-contoh soalan peperiksaan Penilaian Menengah

Rendah (PMR), forum dan juga ruangan chat. E-pembelajaran boleh dijadikan sebagai

pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Adalah diharapkan agar bahan

e-pembelajaran ini dapat dimanfaatkan oleh semua pendidik dan juga pelajar.

Page 8: SHAMSHIYATUL BAQIYAH BT ABDUL WAHAB - fp.utm.my · PDF fileBahan e-pembelajaran ini mengandungi nota pembelajaran yang disertakan contoh, kuiz, tugasan, permainan matematik, ... 4.12

v

ABSTRACT

E-learning has been a common teaching and learning approach at the university

level. This approach should also be introduced at the school level. The topic Polygons

has been chosen as an attempt to the researcher to produces an e-learning material for

the Form 3 students because it is a basic topic of geometry. This e-learning material

including notes and related examples, quizzes, assignments, mathematics puzzles,

examples for the Penilaian Menengah Rendah (PMR) questions, forums and chat space.

The features of Moodle provides an interactive learning methods and hopefully will

arouse students interest in learning mathematics. Hopefully this e-learning material will

be fully utilized by teachers and students in future.

Page 9: SHAMSHIYATUL BAQIYAH BT ABDUL WAHAB - fp.utm.my · PDF fileBahan e-pembelajaran ini mengandungi nota pembelajaran yang disertakan contoh, kuiz, tugasan, permainan matematik, ... 4.12

vi

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN PELAJAR ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xi

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Pernyataan Masalah 3

1.4 Kerangka Projek 3

1.5 Objektif Projek 4

1.6 Rasional Projek 4

1.7 Kepentingan Projek 4

1.8 Skop Projek 5

1.9 Pengguna Sasaran 6

1.10 Penutup 6

Page 10: SHAMSHIYATUL BAQIYAH BT ABDUL WAHAB - fp.utm.my · PDF fileBahan e-pembelajaran ini mengandungi nota pembelajaran yang disertakan contoh, kuiz, tugasan, permainan matematik, ... 4.12

vii

BAB 2 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 7

2.2 Teori Pengajaran dan Pembelajaran 8

2.2.1 Teori Konstruktivisme 8

2.3 Keperluan Mempraktikkan Pembelajaran Secara

Konstruktivisme 9

2.4 Masalah Pembentukan Konsep 10

2.5 Masalah dalam pembelajaran Topik Polygons II 11

2.6 Penggunaan E-pembelajaran dalam Pendidikan 12

2.7 Interaktif dalam Web Portal Polygons II 12

2.8 Kebaikan E-pembelajaran 13

2.8.1 Pembelajaran Secara Individu 13

2.8.2 Penginteraksian 13

2.8.3 Pembelajaran Yang Cepat 14

2.9 Penutup 14

BAB 3 REKA BENTUK E-PEMBELAJARAN

3.1 Pengenalan 15

3.2 Model Rekabentuk Web portal Polygons II 16

3.2.1 Menganalisis pengguna sasaran 16

3.2.2 Menyatakan Objektif 17

3.2.3 Memilih kaedah, media dan bahan pembelajaran 17

3.2.4 Menggunakan media dan bahan pembelajaran 18

3.2.5 Memerlukan penglibatan pelajar dalam pembelajaran 18

3.2.6 Melakukan penilaian dan pengubahsuaian 18

3.3 Aplikasi Prinsip Teori Pembelajaran 19

3.3.1 Aplikasi Teori Konstruktivisme ke dalam

Bahan Pembelajaran 19

3.3.2 Pembinaan Bahan Pembelajaran 19

Page 11: SHAMSHIYATUL BAQIYAH BT ABDUL WAHAB - fp.utm.my · PDF fileBahan e-pembelajaran ini mengandungi nota pembelajaran yang disertakan contoh, kuiz, tugasan, permainan matematik, ... 4.12

viii

3.4 Pemilihan Tajuk dan Skop Projek 20

3.5 Menghasilkan Web Portal Polygons II 20

3.6 Aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh

Moodle 21

3.6.1 Bahagian Pengurusan 21

3.6.2 Pengurusan Bahan Pembelajaran dan Kursus 22

3.6.3 Modul Resource 22

3.6.4 Modul Lesson 22

3.6.5 Modul Assignment 23

3.6.6 Modul Chat 23

3.6.7 Modul Forum 23

3.6.8 Modul Quiz 24

3.7 Strategi bahan pembelajaran menggunakan

Moodle 24

3.7.1 Latih Tubi 24

3.7.2 Tutorial 25

3.7.3 Permainan 25

3.7.4 Penyelesaian Masalah 26

3.8 Penutup 26

BAB 4 WEB PORTAL POLYGONS II

4.1 Pengenalan 27

4.2 Penghasilan Bahan Pembelajaran 27

4.2.1 Objektif Pembelajaran 27

4.2.2 Bahan E-Pembelajaran 28

4.3 Web Portal Polygons 28

4.3.1 Skrin Login dan Enrolment key 29

4.3.2 Skrin Menu Utama 30

4.3.3 Skrin Learning Outcomes 30

4.3.4 Modul Resource 31

Page 12: SHAMSHIYATUL BAQIYAH BT ABDUL WAHAB - fp.utm.my · PDF fileBahan e-pembelajaran ini mengandungi nota pembelajaran yang disertakan contoh, kuiz, tugasan, permainan matematik, ... 4.12

ix

4.3.5 Modul Lesson 32

4.3.6 Modul Assignment 35

4.3.7 Modul Forum 36

4.3.8 Modul Quiz 37

4.3.9 Modul Glossary 39

4.3.10 Modul Chat 40

4.4 Kemudahan Lain Dalam Web Portal Polygons 41

4.4.1 Math Practice-Angles 42

4.4.2 Polygons Shape Practice 42

4.4.3 Math Puzzle Hidden Picture 43

4.5 Penutup 44

BAB 5 RUMUSAN

5.1 Pengenalan 45

5.2 Ringkasan Web Portal Polygons II 45

5.3 Masalah Dalam Penghasilan Web Portal Polygons II 46

5.4 Kelebihan Web Portal Polygons II 46

5.5 Kelemahan Web Portal Polygons II 47

5.6 Cadangan 47

5.6.1 Kementerian Pelajaran 48

5.6.2 Guru 48

5.6.3 Pelajar 48

5.7 Penutup 49

RUJUKAN 50

LAMPIRAN A 52

LAMPIRAN B 57

LAMPIRAN C 59

Page 13: SHAMSHIYATUL BAQIYAH BT ABDUL WAHAB - fp.utm.my · PDF fileBahan e-pembelajaran ini mengandungi nota pembelajaran yang disertakan contoh, kuiz, tugasan, permainan matematik, ... 4.12

x

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 2.1 Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktif 9

3.1 Model ASSURE oleh Heinich, Molenda, Russel dan

Smaldino (1996) 16

Page 14: SHAMSHIYATUL BAQIYAH BT ABDUL WAHAB - fp.utm.my · PDF fileBahan e-pembelajaran ini mengandungi nota pembelajaran yang disertakan contoh, kuiz, tugasan, permainan matematik, ... 4.12

xi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 4.1 Skrin Login 29

4.2 Skrin Enrolment key 29

4.3 Skrin Menu Utama 30

4.4 Skrin Learning Outcomes 31

4.5 Skrin Resource 1 32

4.6 Skrin Resource 2 32

4.7 Skrin Lesson 33

4.8 Skrin butang untuk klik 33

4.9 Skrin PMR Practice 34

4.10 Skrin respon bagi jawapan betul 35

4.11 Skrin respon bagi jawapan salah 35

4.12 Skrin soalan Assignment 36

4.13 Skrin Discussion 37

4.14 Skrin soalan Quiz 38

4.15 Skrin jawapan Quiz betul 38

4.16 Skrin jawapan Quiz salah 39

4.17 Skrin Kamus 40

4.18 Skrin ruangan chat 41

4.19 Skrin contoh chat 41

4.20 Skrin Math practice-Angles 42

4.21 Skrin Polygons shape practice 43

4.22 Skrin Math Puzzle Hidden Picture 44

Page 15: SHAMSHIYATUL BAQIYAH BT ABDUL WAHAB - fp.utm.my · PDF fileBahan e-pembelajaran ini mengandungi nota pembelajaran yang disertakan contoh, kuiz, tugasan, permainan matematik, ... 4.12

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Komputer memainkan peranan yang penting dalam pendidikan matematik pada

masa kini. Ini kerana pengunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran

matematik dapat memperkembangkan dan memperkayakan lagi topik-topik yang diajar.

Lebih sedekad yang lalu, NCTM ( National Council of Teacher’s of Mathematics,1980)

telah mencadangkan agar matematik perlu mengambil peluang yang luas yang

ditawarkan oleh komputer. Cockroft (1982) pula menyatakan bahawa penggunaan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh

memperbaiki kualiti pengajaran, malah dapat menggubahkan kepentingan sesuatu topik

dalam matematik.

Penggunaan komputer dalam pengajaran matematik di sekolah adalah perlu

kerana ia dapat mengubah budaya dan amalan-amalan biasa di sekolah yang berasaskan

pembelajaran melalui ingatan kepada jenis pendidikan yang merangsang pemikiran,

kreativiti, memenuhi keperluan-keperluan individu dan gaya pembelajaran yang mudah

dinikmati oleh semua pelajar.

Page 16: SHAMSHIYATUL BAQIYAH BT ABDUL WAHAB - fp.utm.my · PDF fileBahan e-pembelajaran ini mengandungi nota pembelajaran yang disertakan contoh, kuiz, tugasan, permainan matematik, ... 4.12

2

1.2 Latar belakang Masalah

Pada zaman teknologi maklumat ini, pendekatan chalk and talk tidak lagi dapat

menarik minat pelajar serta tidak merangsang proses pembelajaran yang aktif. Oleh itu,

bagi merangsang proses pembelajaran secara aktif, kaedah pengajaran dan pembelajaran

perlu diubah dari kaedah tradisi ke pendekatan penerokaan dan penemuan kendiri

menerusi perisian multimedia interaksi yang melibatkan pelajar secara aktif.

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan oleh Funkhauser (1993), didapati

bahawa pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang

lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan

masalah yang kompleks. Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran

akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah

dan berkesan. Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan

mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama.

Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan

beberapa perisian-perisian yang boleh membantu pelajar meneroka dan menyiasat pola

nombor,memahami konsep dan prinsip-prinsip matematik dengan mudah dan berkesan.

Dalam pengajaran berbantukan komputer, komputer boleh dianggap sebagai tutor atau

guru. Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai

pemudahcara atau fasilitator dan penerang. Peranan ini boleh diambil alih oleh

komputer.

Menurut Jamaludin(1989), pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem

tutorial, permainan dan simulasi. Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang

membenarkan integrasi dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi. Proses

pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komputer melibatkan beberapa

aplikasi seperti spreadsheet, multimedia dan internet.

Page 17: SHAMSHIYATUL BAQIYAH BT ABDUL WAHAB - fp.utm.my · PDF fileBahan e-pembelajaran ini mengandungi nota pembelajaran yang disertakan contoh, kuiz, tugasan, permainan matematik, ... 4.12

3

Peranan dan penggunaan internet telah dikenal pasti dapat membantu pengurusan

dalam sistem pendidikan negara khususnya dalam perlaksanaan proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah yang secara langsung melibatkan para

pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli masyarakat umumnya.

1.3 Pernyataan Masalah

Penyampaian pengajaran matematik hendaklah disulami dengan penggunaan

teknologi sejajar dengan perkembangan arus pemikiran para pelajar ke arah zaman

maklumat ( ICT ). Guru perlu menggalakkan pelajar berfikir untuk menerokai pola

sesuatu persoalan. Perisian yang banyak disediakan di laman web boleh membantu guru

di dalam penyediaan latihan berbentuk pengukuhan atau latih tubi. Dewasa ini, pelbagai

isu-isu laman web yang boleh membantu para guru mengasuh minda para pelajar

mereka.

1.4 Kerangka Projek

Bahan yang digunakan untuk menghasilkan e-pembelajaran ini diambil daripada

bahan sedia ada bertajuk Polygons II dan projek ini adalah mengemaskini bahan

pembelajaran agar lebih efisyen mengikut keadaan semasa. Namun penyelidik tetap

menjalankan kajian terhadap pola kesalahan yang dilakukan pelajar dalam menjawab

soalan yang melibatkan pengiraan sudut-sudut bagi poligon. Ini bertujuan untuk

membantu penyelidik menghasilkan bahan e-pembelajaran secara interaktif yang dapat

menyatakan kesalahan-kesalahan pelajar dalam proses pengiraan sudut-sudut poligon.

Page 18: SHAMSHIYATUL BAQIYAH BT ABDUL WAHAB - fp.utm.my · PDF fileBahan e-pembelajaran ini mengandungi nota pembelajaran yang disertakan contoh, kuiz, tugasan, permainan matematik, ... 4.12

4

1.5 Objektif Projek

Objektif projek ini adalah menghasilkan bahan e-pembelajaran matematik bagi

topik Polygons II untuk pelajar-pelajar Tingkatan Tiga berasaskan Moodle.

1.6 Rasional Projek

Topik Polygons II agak sukar difahami oleh pelajar iaitu topik yang melibatkan

sudut dalaman dan luaran serta paksi-paksi simetri bagi poligon. Topik poligon ini

merupakan tajuk yang penting kerana ia melibatkan banyak penggunaan di dalam

matematik terutamanya geometri. Oleh yang demikian rekabentuk bahan pembelajaran

menggunakan laman web ini dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di

mana membantu pelajar memahami konsep poligon melalui kaedah pembelajaran

interaktif di mana konsep asas serta nota-nota penting dapat disampaikan dengan lebih

berkesan kepada para pelajar.

1.7 Kepentingan Projek

Bahan e-pembelajaran ini dihasilkan bagi memudahkan proses pengajaran dan

pembelajaran. Peranan guru adalah sebagai tutor dan ini membolehkan guru

mengaplikasikan pembelajaran menggunakan laman web di dalam bilik darjah untuk

memudahkan lagi pemahaman pelajar. Ini kerana, dengan menggunakan laman web,

corak pembelajaran adalah lebih berbentuk konstruktif dan menarik minat pelajar.

Hal ini demikian kerana persekitaran pembelajaran adalah elemen utama bagi

memastikan tercapainya matlamat pendidikan matematik alaf baru. Mewujudkan

Page 19: SHAMSHIYATUL BAQIYAH BT ABDUL WAHAB - fp.utm.my · PDF fileBahan e-pembelajaran ini mengandungi nota pembelajaran yang disertakan contoh, kuiz, tugasan, permainan matematik, ... 4.12

5

persekitaran yang menyokong dan menggalakkan penaakulan matematik dan

meningkatkan kecenderungan pelajar terhadap matematik harus menjadi pertimbangan

utama guru. Guru harus mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan

perkembangan kuasa matematik setiap pelajar dengan :

a) Menyediakan dan menstruktur masa yang sesuai untuk meneroka serta

berusaha memahami idea-idea masalah yang signifikan.

b) Menggunakan ruang fizikal dan bahan dengan cara yang memudahkan

pembelajaran matematik.

c) Menyediakan konteks yang menggalakkan perkembangan kemahiran dan

ketrampilan matematik

d) Memberi galakan kepada pelajar untuk menunjukkan ketrampilan

matematik dengan mengesahkan dan menyokong idea hujah melalui

matematik.

1.8 Skop Projek

Skop projek ini adalah menghasilkan web portal yang menyediakan nota-nota

dan latihan-latihan yang interaktif kepada para pelajar tingkatan tiga meliputi topik

Polygons II selaras dengan sukatan mata pelajaran kurikulum KBSM tingkatan tiga

mengunakan modul-modul pembelajaran seperti berikut:

i) ‘Lesson’

ii) ‘Forum’

iii) ‘Chat’

iv) ‘Assignment’

v) ‘Quiz’

vi) ‘Interactive Games’

vii) ‘Information’