sesi bersama pengarah - jpsns.ns.gov.myjpsns.ns.gov.my/images/buletin/2018/buletin-bil-2-2018.pdfajk...

12
Jayakan Perkhidmatan Sempurna JPS Negeri Sembilan jpsns.ns.gov.my SESI BERSAMA PENGARAH Seremban, 7 Mei 2018 Sesi bersama Pengarah JPSNS telah diadakan di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi sempena sambutan Hari Pekerja 2018 di mana pada sesi ini seramai lebih 50 orang telah mendapat pengiktirafan Inspector of Work (IOW). @JPSN9 @JPSN9

Upload: trinhnhi

Post on 05-Aug-2019

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SESI BERSAMA PENGARAH - jpsns.ns.gov.myjpsns.ns.gov.my/images/Buletin/2018/Buletin-Bil-2-2018.pdfAJK Induk, Ketua- ketua zon dan fasilitator yang telah dilantik. BENGKEL PERTOLONGAN

Jayakan Perkhidmatan Sempurna JPS Negeri Sembilan jpsns.ns.gov.my

SESI BERSAMA PENGARAH

Seremban, 7 Mei 2018 – Sesi bersama Pengarah JPSNS telah diadakan di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi

sempena sambutan Hari Pekerja 2018 di mana pada sesi ini seramai lebih 50 orang telah mendapat

pengiktirafan Inspector of Work (IOW).

@JPSN9 @JPSN9

Page 2: SESI BERSAMA PENGARAH - jpsns.ns.gov.myjpsns.ns.gov.my/images/Buletin/2018/Buletin-Bil-2-2018.pdfAJK Induk, Ketua- ketua zon dan fasilitator yang telah dilantik. BENGKEL PERTOLONGAN

PERHIMPUNAN BULANAN SUKNS

Seremban, 25 Mei 2018 – Telah

berlangsung perhimpunan bulanan bagi

kakitangan di bawah pentadbiran Pejabat

Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri

Sembilan. Perhimpunan dimulakan dengan

nyanyian lagu Negaraku yang dipimpin oleh

Kumpulan Koir dari SUKNS. Bagi

memberkati majlis, perhimpunan ini dimulai

dengan bacaan doa yang dipimpin oleh wakil

Pegawai Pejabat Setiausaha Kerajaan

Negeri Sembilan. Perhimpunan diteruskan

dengan ucapan dan mandat daripada

Menteri Besar Negeri Sembilan iaitu YAB

Dato Seri Aminuddin bin Harun.

MAJLIS PERASMIAN BILIK MESYUARAT JPSNS

31 Mei 2018 - Majlis Perasmian Bilik Mesyuarat

Ibu Pejabat JPS Negeri Sembilan telah dirasmikan

oleh Tuan Pengarah JPSNS, Ir. Rozman bin

Mohamad. Kerja-kerja pengubahsuaian bilik

mesyuarat tersebut adalah untuk menambahkan

imej korporat jabatan dan berjalan selama dua

bulan.

Gambar atas (kiri dan kanan) : Tuan Pengarah, Ir. Rozman

merasmikan Bilik Mesyuarat JPS Negeri Sembilan.

◄ Ir. Rozman bergambar kenangan bersama kakitangan

JPSNS.

Page 3: SESI BERSAMA PENGARAH - jpsns.ns.gov.myjpsns.ns.gov.my/images/Buletin/2018/Buletin-Bil-2-2018.pdfAJK Induk, Ketua- ketua zon dan fasilitator yang telah dilantik. BENGKEL PERTOLONGAN

LAWATAN KE JKR NEGERI SEMBILAN

29 Jun 2018 - Satu lawatan berkenaan Inspektorat

Keselamatan ke JKR Negeri Sembilan telah

diadakan oleh pihak JPSNS. Lawatan ini diketuai

oleh Timbalan Pengarah JPSNS, Cik Hayati binti

Zainal dan turut serta bersama lawatan tersebut

adalah ketua-ketua bahagian JPS Ibu Pejabat.

Gambar atas (kiri dan kanan) : Timbalan Pengarah JPSNS

bersama wakil pejabat JKR Negeri Sembilan dan gambar

bersama-sama ketua-ketua bahagian yang hadir.

◄ Antara perkara-perkara yang diambil kira dalam penilaian

keselamatan.

PROGRAM GOTONG ROYONG EKSA

29 Jun 2018 - Program Gotong Royong JPSNS

2018 telah diadakan melibatkan semua warga HQ di

JPSNS. Program tersebut dianjurkan untuk

memastikan kawasan JPSNS lebih kondusif dan

selamat di samping itu sebagai pembuka tirai

program rasmi EKSA JPSNS 2018.

Gambar : Kakitangan JPSNS sedang mengadakan gotong-

royong.

Page 4: SESI BERSAMA PENGARAH - jpsns.ns.gov.myjpsns.ns.gov.my/images/Buletin/2018/Buletin-Bil-2-2018.pdfAJK Induk, Ketua- ketua zon dan fasilitator yang telah dilantik. BENGKEL PERTOLONGAN

MESYUARAT ASET

29 Jun 2018 – Satu mesyuarat aset telah diadakan

di JPS Ibu Pejabat bersama dengan wakil-wakil

pegawai aset daerah. Segala pelaporan

dimaklumkan di dalam mesyuarat tersebut.

Gambar : Pegawai Ibu Pejabat dan wakil-wakil yang hadir di

Mesyuarat Aset.

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

6 Julai 2018 – Sambutan Hari Raya

Aidilfitri JPSNS diadakan di dataran

JPS Mekanikal & Stor, Antara aktiviti

yang diadakan adalah Pertandingan

Baju Tercantik dan Makan Aiskrim

Paling Cepat. Semua kakitangan

JPSNS hadir bagi memeriahkan lagi

majlis tersebut.

Gambar : Tuan Ir. Rozman bersama-sama staf meraikan sambutan Hari Raya

Aidilfitri 2018

Page 5: SESI BERSAMA PENGARAH - jpsns.ns.gov.myjpsns.ns.gov.my/images/Buletin/2018/Buletin-Bil-2-2018.pdfAJK Induk, Ketua- ketua zon dan fasilitator yang telah dilantik. BENGKEL PERTOLONGAN

BENGKEL PEWARTAAN KUASA JAS KEPADA JPS

9-10 Julai 2018 – JPSNS bersama Jabatan Alam Sekitar

Negeri Sembilan telah mengadakan bengkel selama 2 hari

di Hotel Sutera, Seremban. Bengkel tersebut adalah bagi

menerangkan mengenai Pewartaan Kuasa Jabatan Alam

Sekitar kepada JPSNS.

Gambar (Atas Kiri) : Tuan Ir. Rozman menyerahkan cenderahati kepada

wakil JAS.

Gambar (Atas Kanan) : Peserta bengkel mengambil gambar bersama

Tuan Ir. Rozman.

◄ Lawatan tapak JPSNS bersama JAS ke tapak projek Matrix Concept.

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA MENTERI BESAR

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

WISMA NEGERI – Majlis Ramah

Mesra Aidilfitri Wisma Negeri

menghimpunkan kira-kira 800 penjawat

awam daripada agensi-agensi dan

jabatan-jabatan kerajaan yang terdapat

di Wisma Negeri di perkarangan Wisma

Negeri. Turut sama, Ahli-Ahli

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

Sembilan serta ketua-ketua agensi dan

jabatan-jabatan kerajaan.

Antara agensi yang terlibat dalam

gabungan majlis Aidilfitri ini ialah

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),

Pejabat Kewangan Negeri, Jabatan

Kerja Raya, Pejabat Pengarah Tanah

dan Galian, Jabatan Perhutanan

Negeri, Pejabat Pembangunan

Persekutuan Negeri, Jabatan

Pengaliran dan Saliran Negeri,

Jabatan Pertanian Negeri, Jabatan

Perancang Bandar dan Desa serta

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri

Sembilan. JPSNS telah mendapat

tempat ketiga dalam pertandingan

Booth Hari Raya Terbaik pada majlis

tersebut.

Gambar : Warga JPS bergambar kenangan bersama Yang Berhormat

Menteri Besar Negeri Sembilan.

Page 6: SESI BERSAMA PENGARAH - jpsns.ns.gov.myjpsns.ns.gov.my/images/Buletin/2018/Buletin-Bil-2-2018.pdfAJK Induk, Ketua- ketua zon dan fasilitator yang telah dilantik. BENGKEL PERTOLONGAN

HARI PELANCARAN EKSA JPS NEGERI SEMBILAN

22 Oktober 2018 - Bertempat di Bilik Mesyuarat JPS Negeri Sembilan, telah diadakan

pelancaran Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh Cik Hayati Zainal, Timbalan Pengarah

JPSNegeri Sembilan. Majlis ini turut dihadiri oleh semua kakitangan Ibu Pejabat JPSNS merangkumi

AJK Induk, Ketua- ketua zon dan fasilitator yang telah dilantik.

BENGKEL PERTOLONGAN CEMAS

17 Julai 2018 – Satu bengkel bertajuk Pertolongan Cemas telah diadakan di Bilik Kuliah Jabatan

Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan.

Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai

prosedur pertolongan cemas dan asas CPR.

Page 7: SESI BERSAMA PENGARAH - jpsns.ns.gov.myjpsns.ns.gov.my/images/Buletin/2018/Buletin-Bil-2-2018.pdfAJK Induk, Ketua- ketua zon dan fasilitator yang telah dilantik. BENGKEL PERTOLONGAN

KURSUS JURUAUDIT EKSA JPSNS

23 Julai 2018 - Kursus Juruaudit EKSA JPSNS

telah diadakan di Bilik Mesyuarat JPSNS dengan

penglibatan kakitangan dari beberapa bahagian dan

daerah yang telah dilantik sebagai Juruaudit Dalam

Eksa. Taklimat telah diberikan oleh Puan Meriam

dari pihak MAMPU.

Gambar (atas kiri) : Peserta bergambar kenangan bersama

Puan Siti Meriam.

Gambar (atas kanan) : Taklimat sedang dijalankan di bilik

mesyuarat.

◄ Puan Siti Meriam sedang melakukan audit dalam.

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN

15 Ogos 2018 - Penyerahan Bendera Kontinjen JPSNS sempena Kejohanan Sukan Dwi Tahunan Tahun

2018 yang bermula pada 17 sehingga 19 Ogos 2018 telah dirasmikan oleh Pengarah JPSNS, Ir. Rozman

bin Mohamad. Kontinjen JPSNS menyertai beberapa acara yang dipertandingkan pada kejohanan tersebut

iaitu Futsal, Bola Tampar, Sepak Takraw, Ping Pong, Dart dan Snooker. Tuan Pengarah juga turut

memberikan kata-kata semangat kepada para atlit untuk berjuang sehabis baik dalam setiap acara yang

dipertandingkan dan turut menekankan aspek disiplin semasa bersukan. Semangat berpasukan yang tinggi

dalam bersukan akan memberikan lebih kejayaan kepada pasukan.

Page 8: SESI BERSAMA PENGARAH - jpsns.ns.gov.myjpsns.ns.gov.my/images/Buletin/2018/Buletin-Bil-2-2018.pdfAJK Induk, Ketua- ketua zon dan fasilitator yang telah dilantik. BENGKEL PERTOLONGAN

KARNIVAL SUKAN DWI TAHUNAN JPS 8

17 – 19 Ogos 2018 - Karnival Sukan Dwi Tahunan JPS Malaysia diadakan pada 17 hingga 19 Ogos 2018 di

UiTM Shah Alam. Karnival sukan ini diadakan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan menanam

semangat kerjasama di antara semua kakitangan. JPSNS berjaya mendapat tempat ketiga (pingat gangsa)

bagi acara Boling 4 Sepasukan Lelaki, Dart Berpasukan Wanita, Karom Berpasukan Wanita, Sepak Takraw

Terbuka Lelaki dan Snooker Beregu Terbuka. Manakala Boling Individu Lelaki dan Dart Berpasukan Lelaki

berjaya mendapat Naib Johan (pingat perak).Secara keseluruhannya JPSNS telah mendapat tempat ke 14

daripada 17 negeri yang bertanding.

SAMBUTAN HARI INOVASI JPSNS

2 Oktober 2018 - Majlis Perasmian merangkap Penutup Hari Inovasi

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan (JPSNS) 2018 telah

dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Tuan Haji Aminuddin

Bin Harun di Rantau Eco Park, Rantau Negeri Sembilan. Program ini

merupakan usaha dan komitmen berterusan JPSNS untuk memupuk dan

menyemarakkan lagi budaya inovasi dalam kalangan warga JPSNS bagi

menyediakan perkhidmatan bermutu tinggi kepada rakyat.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Pengarah JPSNS, Ir. Rozman Bin

Mohamad sebelum diteruskan oleh Ucapan Perasmian oleh YAB Menteri Besar

Negeri Sembilan. Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan gimik dan montaj

perasmian Hari Inovasi JPS sebelum diteruskan dengan montaj Konvensyen

Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK).

YAB Menteri Besar kemudiannya telah menyampaikan Anugerah Khas Jabatan

dan hadiah kepada pemenang yang mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti

yang dipertandingkan sepanjang Bulan Inovasi 2018. Majlis diakhiri dengan sesi

lawatan YAB Menteri Besar ke Sesi Taklimat Khas Persediaan Banjir, Projek

Pembangunan Lembangan Sungai Linggi Fasa 4 dan sidang media bersama

pengamal media tempatan.

Page 9: SESI BERSAMA PENGARAH - jpsns.ns.gov.myjpsns.ns.gov.my/images/Buletin/2018/Buletin-Bil-2-2018.pdfAJK Induk, Ketua- ketua zon dan fasilitator yang telah dilantik. BENGKEL PERTOLONGAN

MESYUARAT RKT DAN PELAN TINDAKAN INOVASI JPSNS

3 – 5 Oktober 2018 – Mesyuarat RKT dan

Pelan Tindakan Inovasi JPSNS telah

diadakan di JPS Daerah Langkawi dan telah

dihadiri oleh Tuan Pengarah bersama Ketua

Bahagian dan Jurutera Daerah JPSNS.

MAJLIS PENYERAHAN RTB GEMAS

23.10.2018

23 Oktober 2018 – Majlis Penyerahan Projek Rancangan Tebatan Banjir Gemas, Kerja-kerja Menaiktaraf

Sungai Gemas, Pembinaan Flood Levee dan Kerja-kerja Berkaitan telah disempurnakan penyerahannya

oleh Pengarah Bahagian Projek Khas, JPS Malaysia kepada wakil kerajaan Negeri Sembilan.

Page 10: SESI BERSAMA PENGARAH - jpsns.ns.gov.myjpsns.ns.gov.my/images/Buletin/2018/Buletin-Bil-2-2018.pdfAJK Induk, Ketua- ketua zon dan fasilitator yang telah dilantik. BENGKEL PERTOLONGAN

TEAM BUILDING JPSNS

MESYUARAT JTJPS

30 November 2018 – JPSNS telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan JPSNS

yang telah dihadiri oleh Ketua Pengarah JPS bersama Pengarah-Pengarah Bahagian dan Negeri di

seluruh Malaysia.

Gambar (Atas Kiri) : Peserta bergambar kenangan bersama Tuan Pengarah

JPSNS, Ir. Rozman bin Mohamad

Gambar (Atas Kanan & Bawah) : Peserta menjalankan aktiviti semasa Program

Team Building

28 – 30 November 2018 – Program Team Building bersama hampir

50 pegawai dan kakitangan JPSNS telah diadakan di Grand Beach

Resort, Port Dickson.

Page 11: SESI BERSAMA PENGARAH - jpsns.ns.gov.myjpsns.ns.gov.my/images/Buletin/2018/Buletin-Bil-2-2018.pdfAJK Induk, Ketua- ketua zon dan fasilitator yang telah dilantik. BENGKEL PERTOLONGAN

PROGRAM PEMBERSIHAN SUNGAI LINGGI @ PORT DICKSON

Satu program Pembersihan Sungai Linggi di Daerah Port

Dickson telah diadakan dan dihadiri oleh semua anggota

pentadbiran kerajaan di daerah Port Dickson.

SOROTAN GAMBAR-GAMBAR

PROGRAM SAMBUTAN HARI LAHIR KAKITANGAN JPSNS

Antara sorotan gambar sesi sambutan hari lahir JPSNS.

Page 12: SESI BERSAMA PENGARAH - jpsns.ns.gov.myjpsns.ns.gov.my/images/Buletin/2018/Buletin-Bil-2-2018.pdfAJK Induk, Ketua- ketua zon dan fasilitator yang telah dilantik. BENGKEL PERTOLONGAN

SIDANG REDAKSI 2018

PENASIHAT

Ir. Rozman B. Mohamad

EDITOR

Puan Wan Syamsafariza Izawane Bt Wan Mohd Fikri

PENOLONG EDITOR

Siti Hajar Binti Mohamad Tahir

Ahmad Khairul Nizam bin Hanafi

JURUFOTO Encik Jaka Sari Bin Jamaludin

Ahmad Khairul Nizam bin Hanafi

DITERBITKAN OLEHBahagian Operasi

Jabatan Pengairan & Saliran Negeri Sembilan