senarai semak barang2 keperluan haji

24
Senarai Semak Barang2 Keperluan Haji Senarai Barang-Barang Yg Berguna untuk dibawa pergi Haji/Umrah - seperti diperturunkan oleh seorang hajjah. Beg Plastik  Bawa beg plastik - Giant/Jaya Jusco/Metro dll untuk merendam kain tak perlu beli baldi. Sebelum tidur malam rendam pakaian dalam beg plastik, letak bawah sink. Lepas breakfast  boleh basuh. Serbuk Pencuci Beli di Mekah/Madinah kerana air di sana ialah 'hard water/treated water' (air laut yang telah diproses)dan mencuci pakaian dng sabun buatan Msia tidak akan mengeluarkan buih. Hangers - bulat & kecil Untuk menjemur stokin dan pakaian dalam dan di sangkut dalam bilik air dan apabila pakaian kering air (lembap) gantung di bawah air cond supaya cepat kering. Penyangkut Baju Bawa 5- 6, untuk menyangkut pakaian, telekong, tuala dan juga untuk mengeringkan pakaian di dalam bilik air Penyangkut Berpelekat  Di dalam bilik hotel,sekiranya tiada tempat untuk menyangkut pakaian selain dari belakang pintu, lekatkan penyangkut ini di dinding. Jubah Apabila menempah jubah untuk dipakai di Mekah nanti, buat poket yang agak dalam dan  jahitkan zip (conceal zip). Ini amat berguna apabila keluar dari hotel untuk masjid/ziarah dll,  purse, cermin mata, tuala kecil, kunci boleh di letakkan dalam pok et. Sediakan 2-3 helai jubah berwarna putih untuk pakai semasa ihram di Arafah/Mina.Sediakan  jubah dibawah paras lutut untuk pakai sembahy ang. Ada dikalangan jemaah wanita yang hanya memakai baju baju paras punggung (baju kedah ataupun T-shirt) semasa sembahyang dan sungguh tak elok sekali dipandang dari belakang semasa sujud. Hormatkan mereka di saf  belakang. Stokin Pakai yang berwarna hitam atau sekiranya berwarna putih, dapatkan sarong stokin, apabila sampai di masjid, buka sarong ini dan pakai yang putih sahaja (Boleh dibeli di butik Munawarrah, Taman Tun Dr Ismail) Ubat Batuk  Bawa Stepsils, Fisherman's Friend, Hacks, Lozenges, Woods Peppermint, Panadol, Bactidol (untuk sore throat) Vicks,minyak cap kapak.,dll dari Msia. Di Mekah/Madinah harga mahal

Upload: narsiah-mohamed

Post on 29-Oct-2015

428 views

Category:

Documents


20 download

TRANSCRIPT

7/14/2019 Senarai Semak Barang2 Keperluan Haji

http://slidepdf.com/reader/full/senarai-semak-barang2-keperluan-haji-56327dcd31c10 1/24

Senarai Semak Barang2 Keperluan Haji

Senarai Barang-Barang Yg Berguna untuk dibawa pergi Haji/Umrah - seperti diperturunkan

oleh seorang hajjah.

Beg Plastik  Bawa beg plastik - Giant/Jaya Jusco/Metro dll untuk merendam kain tak perlu beli baldi.

Sebelum tidur malam rendam pakaian dalam beg plastik, letak bawah sink. Lepas breakfast

 boleh basuh.

Serbuk PencuciBeli di Mekah/Madinah kerana air di sana ialah 'hard water/treated water' (air laut yang telah

diproses)dan mencuci pakaian dng sabun buatan Msia tidak akan mengeluarkan buih.

Hangers - bulat & kecil Untuk menjemur stokin dan pakaian dalam dan di sangkut dalam bilik air dan apabila pakaian

kering air (lembap) gantung di bawah air cond supaya cepat kering.

Penyangkut BajuBawa 5- 6, untuk menyangkut pakaian, telekong, tuala dan juga untuk 

mengeringkan pakaian di dalam bilik air 

Penyangkut Berpelekat Di dalam bilik hotel,sekiranya tiada tempat untuk menyangkut pakaian

selain dari belakang pintu, lekatkan penyangkut ini di dinding.

Jubah Apabila menempah jubah untuk dipakai di Mekah nanti, buat poket yang agak dalam dan

 jahitkan zip (conceal zip). Ini amat berguna apabila keluar dari hotel untuk masjid/ziarah dll,

 purse, cermin mata, tuala kecil, kunci boleh di letakkan dalam poket.

Sediakan 2-3 helai jubah berwarna putih untuk pakai semasa ihram di Arafah/Mina.Sediakan

 jubah dibawah paras lutut untuk pakai sembahyang. Ada dikalangan jemaah wanita yang

hanya memakai baju baju paras punggung (baju kedah ataupun T-shirt) semasa sembahyang

dan sungguh tak elok sekali dipandang dari belakang semasa sujud. Hormatkan mereka di saf  belakang.

Stokin Pakai yang berwarna hitam atau sekiranya berwarna putih, dapatkan sarong stokin, apabila

sampai di masjid, buka sarong ini dan pakai yang putih sahaja (Boleh dibeli di butik 

Munawarrah, Taman Tun Dr Ismail)

Ubat Batuk  

Bawa Stepsils, Fisherman's Friend, Hacks, Lozenges, Woods Peppermint, Panadol, Bactidol(untuk sore throat) Vicks,minyak cap kapak.,dll dari Msia. Di Mekah/Madinah harga mahal

7/14/2019 Senarai Semak Barang2 Keperluan Haji

http://slidepdf.com/reader/full/senarai-semak-barang2-keperluan-haji-56327dcd31c10 2/24

semasa musim haji. Elok juga bawa ubat untuk cirit-birit, ubat batuk (dry cough dan batuk 

 berkahak) dari doktor di Msia.

Bawa juga asam jawa untuk di minum sekiranya tekak gatal.

Botol Spray Bawa apabila ke masjid ataupun miqat untuk mengambil wuduk. Ianya lebih senang/selesa

daripada air dalam botol mineral. Longgarkan telekong dan tutup kepala dengannya, lapik di

atas riba tuala kecil dan ambil wuduk. Sesetengah masjid orang terlalu ramai ataupun tiada

air 

langsung dalam bilik air.

Di Arafah amat berguna lebih-lebih lagi di waktu tengah hari. Semburkan air di dalam

khemah melegakan rasa bahang panas.

Cermin Muka Kecil Bawa di dalam beg TH cermin ini untuk periksa anak rambut/telekong semasa di masjid.

Mug dengan penutup Air masak dan bahan utk membuat air disediakan oleh pihak hotel Mekah/Madinah. Eloklah

 bawa mug/tupperware dengan tutup untuk menggelakan air tertumpah di dalam lift. Banyak 

insiden ini berlaku dalam lift yg selalu penuh sesak selepas waktu makan, dan jemaah bawa

air milo/kopi utk minum dari dewan makan ke bilik tertumpah dan kena pada jemaah yang

lain.

Moisturiser/lip balmUdara di sana kering dan panas terik, jadi bawa dan pakai lebih-lebih apabila hendak tidur 

malam dan siang hari.Elak drpd beli yg mempunyai wangian (takut terpakai semasa dalam

ihram!)

Skin Repair/Vaseline Untuk di sapu di kaki supaya lembab dan tapak kaki tidak pecah.

SunglassesKalau masjid penuh waktu zohor/asar, dan kena sembahyang di luar masjid mesti pakai

sunglasses, kalau tidak mata tak boleh buka langsung.

Bantal Kecil (Cushion)Ini untuk di gunakan apabila di Mina dan Arafah. Pihak TH/ejen hanya sediakan tilam. Air 

Pillow (SR8/=) boleh dibeli di Mekah.

Snek Sebelum berangkat dari rumah, bawa sedikit makan seperti biskut atau snek untuk alas perut

apabila sampai di airport Jeddah, mungkin kena tunggu lama bas untuk ke Mekah/Madinah.

Pihak muasassah ada juga menyediakan makanan (nasi/lauk,air,buah) di airport Jeddah.

7/14/2019 Senarai Semak Barang2 Keperluan Haji

http://slidepdf.com/reader/full/senarai-semak-barang2-keperluan-haji-56327dcd31c10 3/24

Lauk sampingan Bawa juga serunding daging, sambal ikan,sambal jambi, acar, ikan kering (seeloknya ikan

kering kurau yang telah di potong kecil-kecil dan digoreng), telor masin yang telah di rebus.

Sebelum berangkat, bungkus lauk-lauk ini lebih kurang 3-4 sudu besar ke dalam plastik. Ini

untuk menyenangkan apabila hendak turun makan di dewan makan, ambil plastik lauk yang

kita rasa perlu sahaja bawa turun. Jangan lupa beri pada suami sekiranya jemaah lelaki danwanita makan berasingan.

BAWA KE MINA/ARAFAH juga lauk ini, untuk mempelbagaikan lagi lauk yang disediakan

oleh pihak muassasah.

Tuala KecilUntuk lapik/lap semasa ambil wuduk dengan spray. Beg yang dibenar bawa untuk ke

Mina/Arafah ialah yang TH beri sahaja. Barang/pakaian yang perlu dibawa adalah terhad,

 jadi bawa tuala ini 2-3 helai. Semasa di Arafah, khemah sempit dan terhad, sekiranya bawa

 beg besar dan banyak, mungkin tiada tempat untuk tidur/sembahyang. Untuk memuatkan

dalam beg pakaian untuk 4-5 hari di sana, gulung semua pakaian/telekong.

Buku Sembahyang SunatBawa buku sembahyang sunat semasa ke masjid lebih-lebih semasa menunggu untuk waktu

subuh - sembahyang sunat tasbih,tahajjud, taubat, hajat, witir. (Quran memang sedia ada

dalam masjid) dan bagi jemaah wanita semak kembali untuk sembahyang jenazah dan juga

sembahyang Jumaat kerana semasa musim haji kita akan berada di Madinah sekiranya disana

7-8 hari, dan hendak dapatkan 40 waktu di Masjid Nabawi. (Dapatkan buku-buku panduan

Haji/Umrah dari Hj. Johari Alias kerana ianya pratikal, boleh digantung dileher dan mudah

untuk digunakan untuk tawaf dan saie)

Kasut (tanda nama - initials) Untuk wanita dinasihatkan memakai kasut semasa pergi melontar - utk elakan dipijak selipar 

dari belakang. Beli di Msia kasut Bata yg murah atau kasut kung fu berwarna hitam. Untuk 

lelaki, elok pakai sandal (selipar bertali)

Selipar Jepun (tanda nama - initials)Bawa selipar untuk dipakai di bilik air dan lebih penting semasa di Mina/Arafah untuk pergi

ke bilik air.

Bilik Air Mina/Arafah

Bilik air terhad di Mina/Arafah, kena banyak bersabar semasa beratur untuk ke bilik air.

Setiap kali hendak mandi, saya akan masukkan pakaian bersih ke dalam beg plastik, dan

gantikan dengan pakaian kotor apabila selesai mandi. Mandi pun harus ala kadar kerana

ramai lagi jemaah yang sedang beratur di luar.Paling kesian sekiranya salah seorang dari

mereka hendak buang air kecil/air besar. Jadi perasaan timbangrasa mestilah ada.

Selipar ke masjidBeli yang murah sahaja dari Bata. Sekiranya uncang kasut tidak disediakan oleh ejen, buat

sendiri dan tanda nama - initials. Apabila masuk ke masjid, keluarkan uncang dari poket

 jubah atau beg sandang TH dan masukkan selipar ke dalam uncang tadi. Semasa sembahyangletakan uncang ini di hadapan sejadah sebelah kiri ataupun kanan.

7/14/2019 Senarai Semak Barang2 Keperluan Haji

http://slidepdf.com/reader/full/senarai-semak-barang2-keperluan-haji-56327dcd31c10 4/24

Payung Lipat Elok di sediakan. Kalau ada rezeki anda di Mekah/Madinah mungkin dapat merasa kena

hujan.

Disposable Panties - Lelaki/Wanita

Beli banyak sedikit. 1 packet ada 6 helai - boleh dibeli di Guardian Pharmacy RM6/=/paket.Bila ke Mina/Arafah elok bawa supaya tak perlu membasuh atau membawa pulang ke Mekah

seluar dalam kotor. Sebelum membuang, bilas dahulu dan balut dengan plastik.

Panty Liner/Facial CottonUntuk dipakai sekiranya batuk terkencing. Sekiranya memakai facial cotton, lipat dua dan

selitkan di faraj. Sekiranya batuk, seluar tak kotor.

Uncang untuk melontarBuat dua uncang (satu utk suami) untuk menyimpan batu melontar.

KameraBawa filem sekali lebih kurang 3 roll (36 exposure). Kamera tidak boleh dibawa ke dalam

masjid di Mekah/Madinah, polis akan periksa kita dipintu masuk kedua-dua masjid ini.

Surah Yassin Bawa yang kecil untuk dibaca semasa wuquf. Qiyamullail berjemaah juga di adakan semasa

wuquf .

Sejadah MULA-MULA SAMPAI DI MEKAH BELI SEJADAH. Ini kerana pada musim haji di

masjidil haram tidak membentangkan carpet. Amat berguna sekiranya terpaksa sembahyang

di luar masjid.

Sejadah kecil

Guna semasa pergi ziarah dan singgah sembahyang di Masjid Quba', Masjid Qiblatan dan

 juga di Jatranah, kerana carpet di sana kotor dan berdebu. Sekira tiada, pakai sahaja tuala

kecil.

Cadar katil bujangDibuat selimut semasa di Arafah/Mina dan boleh digunakan di hotel untuk alas tilam

(sekiranya tidak mahu memakai yg hotel sediakan)

Batik LepasBawa sehelai untuk 'apa-apa' kecemasan…

Buku Nota/KalenderBawa dairi kecil ataupun beli buku nota kecil dan tampalkan kalender di muka dalam.

Semasa di Mekah/Madinah, kita jarang jumpa surat khabar dan boleh buat catitan dan

'countdown' untuk ke Mina/Arafah ataupun ke Mekah/Madinah.Catitkan dalam buku ini

 pesanan keluarga/kawan selalunya pesanan doa di Arafah antara Asar-Maghrib (berdoa diluar 

khemah), kirim salam semasa di makam Nabi di Madinah dan lain-lain.

7/14/2019 Senarai Semak Barang2 Keperluan Haji

http://slidepdf.com/reader/full/senarai-semak-barang2-keperluan-haji-56327dcd31c10 5/24

Business CardBawa card untuk bertukar-tukar alamat dengan jemaah haji yang lain. Digalakan juga buat

 personalized card beralamat rumah, email dll.

Tag Nama utk Baggasi Tulis/type dengan terang (bold) di sekeping kertas A4 alamat hotel, No penerbangan, No.

KT, No Bas dan No. Bilik (sekiranya tahu) di Mekah dan buat serupa juga di sebelah

 belakang utk alamat di di Madinah. Buat juga untuk alamat rumah di Msia utk digunakan

digunakan semasa pulang nanti. Laminate kesemua. Yang beralamat rumah, boleh ditampal

di kotak yang hendak di pos dari Mekah/Madinah ke Msia. Yang lebih boleh ditampal di beg-

 beg (yang mungkin akan 'beranak' di sana nanti) semasa balik ke Msia nanti.

Bawa masking tape, permanent marker dan tali untuk kegunaan di No. 36

ToiletryBawa sabun mandi yang mengandungi pelembab seperti Dove, Seba-Med, dll., kerana kulit

akan menjadi kering. Air di Mekah/ Madinah ialah 'treated sea water' untuk kegunaan harian

selain

dari untuk minum.

Bawa ubat gigi dan shampoo secukupnya dari Malaysia. Harganya lebih murah berbanding

dengan yang di jual di Mekah/Madinah.

Bekas untuk buah tangan dari MekahSebelum berangkat menunaikan haji/umrah, elok beli bekas untuk mengisi buah kurma dan

air zam-zam apabila pulang nanti. Itulah barang pertama sekali kita buka, jadi delegate

seorang (anak/kakak/mak) untuk membahagi-bahagi ke dalam bekas tersebut. Jadi apabila

tetamu nak pulang ambil 1 set (kurma/air zam-zam) dan berikan kepada mereka.

Kasut untuk melontarBeli kasut kain hitam yang murah (Bata ada jual) untuk dipakai semasa melontar. JANGAN

PAKAI SELIPAR ATAU SANDAL BAGI JEMAAH WANITA. Ini untuk menggelakkan

daripada dipijak tumit selipar/sandal dari belakang semasa melontar. Bagi JEMAAH

LELAKI MESTI PAKAI SANDAL BERTALI DAN JANGAN PAKAI KASUT YANG

BERTUTUP (KERANA MASIH DALAM IHRAM)

Beg Sandang THBawa beg ini setiap kali ke masjid dan juga ziarah. Barang-barang yang perlu dibawa ialah:

a) Buku sembahyang sunat

 b) Tasbih

c) Spray Air (size kecil) - untuk ambil air wuduk 

d) Tuala Kecil - untuk melapik jubah semasa air wuduk 

d) Uncang Selipar - untuk simpan selipar 

e) Kad Kesihatan - untuk kecemasanf) Kad Pengenalan TH - untuk pengesahan diri sekiranya tersesat

7/14/2019 Senarai Semak Barang2 Keperluan Haji

http://slidepdf.com/reader/full/senarai-semak-barang2-keperluan-haji-56327dcd31c10 6/24

g) Kad Address Hotel - sekiranya sesat tunjukkan alamat hotel

Senarai ini di edarkan oleh pihak Tabung Haji semasa saya menghadiri kursus haji bagi tahun

2002

   jangan ambil/beli kain kelambu Kaabah

   jangan ambil sijil dari orang Mekah dengan tujuan menukar nama

asal ke nama lain selepas selesai haji

   jangan ambil kerak nasi di Mekah/Arafah dengan tujuan buattangkal penerang hati

   jangan peluk tiang jin di Masjidil Haram

   jangan ambil 7 biji batu di Arafah untuk dibawa balik 

   jangan tinggalkan separuh sebutan ayat syahadah di rumah

(disebut oleh keluarga yang tidak pergi) dan separuh lagi disebut

oleh bakal jemaah haji yang akan berangkat ke Mekah

   jangan pakai/bawa tangkal/azimat

   jangan suruh bomoh buat tolak bala dirumah

(buat kenduri doa selamat sahaja)

7/14/2019 Senarai Semak Barang2 Keperluan Haji

http://slidepdf.com/reader/full/senarai-semak-barang2-keperluan-haji-56327dcd31c10 7/24

Umrah - 1 minggu sebelum melaksanakan

Umrah60 Tip & Manual Pelaksanaan SATU MINGGU SEBELUM BERLEPAS

1. Hubungi pihak agensi pengendali Umrah anda dari semasa ke semasa untukmemastikan urusan berkaitan dengan ibadah anda itu berjalan lancar mengikutperancangan saperti kelulusan visa Umrah, kesahan jadual penerbangan, tempahanhotel dan penginapan, jadual perjalanan dan perziarahan serta pengahihan bilik-bilk penginapan.

2. Jangan bimbang dan gusar dengan merasakan perbuatan anda yang banyakbertanya dan mengambil tahu itu akan disalah tafsirkan oleh pihak agensi sebagaiterlalu cerewet atau kaki sibuk kerana anda berhak untuk tahu kedudukan sebenartentang program anda itu.

3. Anda membayar untuk perkhidmatan mereka dan bayarannya pula bukannyamurah. Mereka berkewajipan untuk memberitahu setiap pelanggan merekamaklumat serta kedudukan yang sebenar terhadap setiap perancangan yangmereka lakukan itu.

4. Mula menyediakan barang-barang keperluan yang bakal di bawa ke tanah sucikelak. Anda harus bijaksana dalam membawa barang-barang keperluan tersebutkerana dikhuatiri anda akan membawa bebanan yang tidak perlu dan sia-sia. Perludiketahui bahawa had maksima bagi penerbangan pergi ialah 20 kilogram sahajamanakala dalam penerbangan balik had berat maksima bagi sesuatu barangan atau

bagasi tidak boleh melebihi 30 kilogram. Perlu juga diakuri bahawa setiap lebihankilo akan dikenakan penalti setiap kilogram.

5. Sediakan sebuah beg besar untuk mengisi barang-barang keperluan sapertisepasang telekong (bagi wanita), dua pasang tuala ihram (bagi lelaki), dua pasangpakaian untuk bersolat, dua pasang pakaian untuk bersiar-siar serta dua pasangpakaian untuk tidur dan dua pasang selipar.

6. Jangan membawa lebih daripada itu kerana ia akan memakan ruang danmejejaskan had berat untuk bagasi penerbangan balik nanti. Adalah lebih bijaksekiranya ruangan dan had berat itu di khususkan untuk membeli cenderahati

saperti pakaian, sejadah, buah kurma, kismis dan seumpamanya yang amat murahdi tanah suci. Tambahan pula urusan membasuh serta menyidai pakaian adadisediakan di setiap tempat penginapan. Lagi pun harga untuk upah dobi (mencuciserta menggosok) pakaian juga amat berpatutan dan murah.

7. Gunakan beg galas yang dibekalkan oleh pihak agensi untuk membawa peralatanperlu di dalam perjalanan seperti berus dan ubat gigi, ubat-ubatan serta makan-makanan. Tidak perlu membeli beg galas yang lain kerana beg galas yangdibekalkan oleh pihak agensi lengkap dengan lambang serta logo agensi lebihrelevan untuk digunakan dan boleh menjadi tanda pengenalan sekiranya

ditakdirkan anda terpisah daripada kumpulan atau beg berkenaan tercicir atautersalah ambil oleh jemaah lain.

7/14/2019 Senarai Semak Barang2 Keperluan Haji

http://slidepdf.com/reader/full/senarai-semak-barang2-keperluan-haji-56327dcd31c10 8/24

 8. Beg galas ini boleh di bawa ke dalam pesawat sebagai bagasi kabin atau ‘handluggage’. Tiada had berat yang khusus bagi beg ini tetapi dinasihatkan supaya tidakmelebihi 10 kilogram untuk memastikan supaya ia tidak menjadi bebanan kepadaanda sewaktu membawanya menaiki dan menuruni pesawat kelak terutama

sekiranya penerbangan anda itu terpaksa berhenti untuk transit atau persinggahansementara.

9. Tulis nama, alamat lengkap dan nombor anda pada setiap beg berkenaan.Peraturan ini amat perlu dipatuhi bagi memastikan beg-beg tersebut mudahdikenali, tidak tersalah ambil dan mudah diserahkan kepada pemiliknya sekiranyatercicir atau tersalah letak sewaktu penerbangan kelak. Sila tulis dengan terangmenggunakan pen marker serta mudah dibaca oleh pihak-pihak yang berkaitan.

10. Beri satu penanda khusus saperti gumpalan riben berwarna atau rosetberbentuk gubahan bunga daripada tali raffia atau riben kertas berwarna dan

ikatkan pada cangkuk pengangkat beg berkenaan. Ini bertujuan untukmemudahkan anda mengenali beg anda itu terutama sewaktu proses pengutipanbagasi di lapangan terbang.

11. Sila bawa tali guni, pita pelekat, pen marker dan seumpamanya untuk digunakan bagi mengikat kotak-kotak berisi kurma, kismis, buku-buku dansebagainya untuk di bawa balik kelak. Lazimnya benda-benda ini banyak didapatidi tanah suci namun kualitinya tidak berapa baik berbanding dengan bahan yangterdapat di tanah air kita. Tali guni yang terdapat di tanah suci sebaliknya merekamenjual tali pengikat jenis nylon yang licin dan mudah terungkai apabila diikat.

12. Ikatan pada kotak serta beg-beg besar anda itu perlu kuat dan kukuh bagimemastikan ia tidak mudah putus atau pecah di sepanjang perjalanan yang amatlasak itu. Mengikut pengalaman, petugas-petugas yang menguruskan setiapbarangan serta bagasi anda itu tidak begitu ‘mesra pelanggan’ dan kekasarantindakan mereka itu boleh menyebabkan beg atau bagasi anda pecah atauterburai. Jesteru, anda memerlukan beg yang tahan lasak serta ikatan yang kuatdan kukuh.

13. Laksanakan niat dan hajat untuk mengadakan kenduri kesyukuran dalamminggu ini. Sebaik-baiknya kenduri tersebut janganlah menjejaskan bajet dan

kedudukan kewangan anda dan juga janganlah menyebabkan anda penat dantergugat kesihatan diri serta kestabilan emosi dan perasaan anda.

14. Perlu difahami bahawa mengadakan kenduri kesyukuran sebenarnya tidakdisyariatkan dalam urusan ibadah Umrah dan tidak pula menjadi suatu kesalahanatau kehinaan sekiranya tidak dilakukan. Sebaliknya ia boleh bertukar menjadisuatu fitnah dan prasangka buruk oleh pihak yang cemburu serta tidak serasi atausealiran dengan anda dimana mereka akan menggap kenduri untuk mengerjakanUmrah itu sebagai riak dan usaha untuk menunjuk kekayaan atau kebaikan diri.

15. Bagi mengatasi masaalah fitnah dan prejudis berkenaan, disyorkan supaya anda

melaksanakan hajat dan hasrat berkenaan di masjid atau surau tanpa pengetahuansesiapa. Serahkanlah wang dan tanggungjawab tersebut kepada ahli jawatankuasa

7/14/2019 Senarai Semak Barang2 Keperluan Haji

http://slidepdf.com/reader/full/senarai-semak-barang2-keperluan-haji-56327dcd31c10 9/24

surau atau masjid untuk melaksanakannya bagi pihak anda kerana Allah MahaMengetahui setiap niat itu meskipun tidak dizahirkan melalui kata-kata atauungkapan.

16. Sahkan wakil penjaga bagi anak-anak serta harta benda saperti rumah, kereta

dan sebagainya sama ada dari kalangan saudara mara atau sahabat handai terdekatsepanjang berada di tanah suci bagi menyempurnakan ibadah Umrah anda itu.

17. Pasrahi hati dan keyakinan diri serta berikan sepenuh keprcayaan kepada wakilyang telah diamanahkan itu kerana Umrah yang Berjaya memerlukan ketenanganjiwa serta penyerahan diri yang mutlak dan tidak berbelah bahagi kepada AllahSWT.

18. Wakil amanah yang dilantik itu perlu dimaklumkan tentang apa juatanggungjawab yang anda kehendaki untuk dilaksanakan supaya ia mengetahui apakehendak serta pengharapan anda kepadanya. Lafazkan akad penyerahan dan

penerimaan tanggungjawab agar ia menjadi sesuatu yang sah dan perlu diberikansepenuh perhatian atau tumpuan.

19. Tinggalkan wasiat secara bertulis tentang apakah tindakan yang perludilakukan oleh wakil amanah yang dilantik itu sekiranya berlaku kematian di tanahsuci kerana ajal dan maut tidak dapat diramalkan dan tiada sesiapa yangmengetahui bila, di mana atau bagaimana ia akan berlaku.

20. Tarbiah anak yang bakal ditinggalkan supaya mereka tidak berasa kecil hatiatau tersinggung perasaan keana tidak dibawa bersama. Tegas dan nyatakan

kepada mereka bahawa pemergian itu adalah sebahagian daripada tuntuan ibadahdan syariat Allah SWT yang difardukan-Nya ke atas setiap orang dewasa yang telahberkemampuan manakala kanak-kanak belum lagi dituntut berbuat demikian.

21. Tegaskan juga bahawa sebaik-baiknya ibadah Umrah ini wajib dilaksanakanwang hasil daripada usaha dan titik peluh sendiri setelah mereka dewasa kelak.Semoga dengan alasan dan rasional anda itu mereka akan pasrah dan redha sertamendoakan pemergian anda ke tanah suci berkenaan. Jika tidak mereka akanmendengus dan merajuk di atas apa yang mereka anggap sebagai suatuketidakadilan anda terhadap mereka.

22. Mantapkan lagi pemikiran minda serta kepasrahan niat dan ketulusan matlamatanda menunaikan ibadah Umrah itu dengan meningkatkan lagi amalan solat sunattahajjud, tasbih, taubat dan hajat anda supaya amalan berkenaan boleh menjadidinding atau benteng yang kebal dan kalis daripada tipu daya dan muslihatberhelah iblis dan syaitan.

23. Perlu diinsafi bahawa sesungguhnya makhluk terlaknat itu amat terkenaldengan kegigihan serta semangat tidak mudah menyerah kalah dan berputus asa.Mereka akan menggemblengkan sepenuh tenaga dan usaha dalam jangka masa satuminggu sebelum berangkat ini untuk merangka strategi dan melaksanakan pelantindakan yang paling dinamik bagi menggagalkan hasrat suci anda itu.

24. Pohonkan dengan setulus hati dan sekujur perasaan dalam solat hajat

7/14/2019 Senarai Semak Barang2 Keperluan Haji

http://slidepdf.com/reader/full/senarai-semak-barang2-keperluan-haji-56327dcd31c10 10/24

berkenaan agar anda terhindar daripada segala pujuk rayu dan tipu daya iblis dansyaitan itu. Pohonkan juga agar Allah tidak mendatangkan sebarang musibah yangboleh membantut serta menggagalkan hasrat murni anda itu.

25. Pasrahi hati, jiwa dan perasaan anda dengan zikir-zikir yang boleh

mencetuskan keyakinan serta kesepaduan minda anda dalam menyerahkan diriserta kebergantungan anda kepada Allah SWT. Kepasrahan tersebut mampumenolak atau menepis tusukan panah beracun iblis dan syaitan yang akanmenimbulkan serta menyuntikkan rasa gelisah, was-was, ragu-ragu, bimbang danseumpamanya dalam diri, minda serta jiwa raga anda.

26. Tentang serta lawan habis-habisan perasaan dan pemikiran melalut danberaneka andaian negri dan trajis yang sengaja diada-adakan oleh iblis dan syaitanbagi memporak-perandakan kestabilan minda, jiwa, emosi dan perasaan anda.

27. Serahkan diri dan keyakinan anda secara total kepada qada’ dan qadar Allah

SWT. Yakini maksud hadith yang menyebutkan bahawa setiap jemaah Umrah ituadalah TETAMU ALLAH dan setiap doa mereka akan dimakbulkan oleh-Nya.Sehubungan itu banyakkan berdoa serta ikhlaskan hati sekujurnya ketikamelampiaskan doa dan harapan tersebut.

28. Mantapkan amalan solat berjemaah hingga menjadi suatu keresahan dankerinduan jika terlepas dan menjadi suatu kenikmatan yang tiada terhinggasekiranya Berjaya dilaksanakan sebanyak lima kali sehari semalam itu.

29. Konsep berjemaah ini amat penting dibudayakan pada diri para peserta bakal-

bakal jemaah Umrah kerana ia adalah teras utama kepada ibadah Umrah atau Hajibukan sahaja dalam aspek solat tetapi juga dalam aspek lain saperti berkongsi bilikpenginapan, tandas, bilik air, maka minum juga sewaktu berziarah danseumpamanya.

30. Cekalkan diri dalam apa jua majlis yang melibatkan suasana berjemaah keranakebiasaan dan kecekalan terhadap suasana dan cabaran itu akan memudhakananda bercampur aduk dalam kelompok jemaah yang lebih besar saperti dalamMasjidil Haram yang sentiasa padat dan penuh sesak itu serta tidak canggung ataukekok menghadapi suasana berhimpit-himpit, berasak-asakan serta bertolakansemasa menunaikan ibadah tawaf dan saie itu kelak.

31. Suburkan lagi kecintaan dan kerinduan anda kepada tempat-tempat yang bakalanda ziarahi saperti baitullah atau Kaaba, Masjidil haram, Masjid Nabawi, MakamRasulullah, Raudhah, Hajar Aswad, Makam Ibrahim, Padang Arafah dan sebagainyalagi itu sehingga mampu mewujudkan perasaan ghairah, teruja serta tidak sabaruntuk menghadirkan diri padanya atau menjejakkan kaki ke tempat-tempattersebut.

32. Renungi gambar atau visual tempat-tempat berkenaan menerusi poster-posteryang dijadikan perhiasan dinding rumah serta rakaman video yang memaparkanvisual tempat-tempat berkenaan sehingga terbawa-bawa dalam mimpi di malam

hari serta mengigau sewaktu tidur di siang hari.

7/14/2019 Senarai Semak Barang2 Keperluan Haji

http://slidepdf.com/reader/full/senarai-semak-barang2-keperluan-haji-56327dcd31c10 11/24

33. Buat senarai tugas serta sasaran-sasaran aktiviti yang bakal anda laksanakansepanjang berada di tanah suci berkenaan saperti berapa kali atau berapa kerapkita melakukan qiamullail, solat sunat tahajjud, tasbih, taubat dan hajat sertaberdoa di Multazam, dalam Hijir Ismail di belakang Hajar Aswad, melakukan Umrahsunat, tawaf sunat, membaca Quran, menghafal surah serta bersedekah kepada

fakir miskan sepanjang berada di tanah suci kelak.

34. Senarai semak dan sasaran tugas ini amat penting diputuskan dalam tempohsatu minggu sebelum berangkat ke tanah suci itu bagi memastikan ibadah Umrahyang bakal anda laksanakan itu penuh dengan pengisian serta aktiviti yangberfaedah serta dapat mengelakkan diri anda daripada hanyut dalam kelalaianserta kelekaan yang tidak menguntungkan.

35. Mantapkan serta mahirkan diri anda dengan solat jama’ dan qasar secarataqdim atau ta’khit serta solat menghormati waktu yang amat diperlukansepanjang waktu dalam perjalanan dan semasa menunaikan ibadah Umrah

berkenaan.

36. Fahami setiap hukum-hakam serta tatacara pelaksanaannya agar solat tersebutmenepati segala syariat dan tuntutan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT itu.Jangan biarkan kejahilan serta kemalasan untuk belajar dan mengambil tahu itumeranapkan pahala serta kesahan solat yang anda dirikan.

37. Mantapkan juga kemahiran anda tentang solat jenazah kerana saban waktupada setiap solat fardhu sama ada di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi anda akanbertemu dengan solat jenazah. Amatlah rugi sekiranya kesempatan yang Allah

bukakan untuk kita mendapat pahala yang berlipat kali ganda itu anda sia-siakanakibat kejahilan dan kebodohan sendiri.

38. Tanamkan azam dan tekad untuk menunaikan solat jenazah tersebut sebaik-baiknya kerana solat berkenaan dapat mendidik jiwa anda mengingati kematianyang pasti menjenguk setiap insan dan makhluk yang bernyawa di dunia ini.

39. Pelihara jasmani atau fizikal diri anda daripada terdedah kepada kesakitanatau kecederaan dengan tidak melakukan kerja-kerja yang berat dan berisikotinggi saperti mencangkul tanah, memikul atau mengankat bebanan yang berat,memanjat menggunakan tangga untuk membaiki bumbung rumah yang bocor serta

menyabit rumput atau memotong pepohonan di halaman menggunakan pisau atauperalatan yang tajam.

40. Kerja-kerja tersebut boleh mendedahkan diri kepada kecederaan dankemalangan yang mampu membantutkan hasrat dan niat untuk menyempurnakanibadah Umrah berkenaan. Sekiranya perlu atau terdesak sangat upahkan kerja-kerja tersebut kepada pihak yang mahir dan professional dalam bidang berkenaan.

41. Tangguhkan penglibatan anda dalam permainan yang menggunakan kudrat dantenaga yang berprofil tinggi serta berpotensi menjerumuskan anda kepadakecederaan dan kemalangan saperti bolasepak, hoki, badminton, berjogging di

kawasan yang tidak rata atau berlubang, berlari di atas simen yang basah sertalalai dan leka sewaktu menaiki dan menuruni tangga, menyeberangi jalan raya dan

7/14/2019 Senarai Semak Barang2 Keperluan Haji

http://slidepdf.com/reader/full/senarai-semak-barang2-keperluan-haji-56327dcd31c10 12/24

seumpamanya.

42. Elakkan diri anda dari mengembara dan memandu kenderaan ke destinasidestinasi yang jauh untuk mengunjungi saudara mara atau sahabat handai keranaperjalanan yang jauh serta pemanduan yang lama akan mendedahkan diri anda

kepada kemalangan-kemalangan yang boleh menyebabkan kecederaan yang seriusdan seterusny boleh menjejaskan peluang anda untuk menunaikan ibadah Umrahberkenaan.

43. Akui hakikat bahawa sebarang kecederaan dan kesakitan walau pun ringansaperti terseliuh kaki atau tangan, luka-luka kecil atau bengkak-bengkak bolehmenjejaskan reputasi serta prestasi dan tumpuan peribadahan Umrah anda itu.

44. Sebaik-baiknya dalam jangka waktu ini biarlah saudara mara yang datangmenziarahi anda dan bukannya anda pergi menziarahi mereka.

45. Ambil cuti dalam jangka waktu satu minggu sebelum melaksanakan ibadahUmrah ini bagi merehatkan otak serta fikiran di samping membuat persiapanterakhir saperti menghafal doa-doa, membaca nota-nota yang perlu dan pentingyang berkaitan dengan rukun, wajib serta sunat-sunat Umrah serta tatacarakomprehensif mengerjakan ibadah Umrah berkenaan.

46. Jangan berasa rugi untuk bercuti ini krana ia amat perlu untuk melupakansejenak serta membebaskan diri daripada belenggu alam pekerjaan serta tanggungjawab tugasan yang tidak kungjung putus atau habis itu. Cuti ini juga memberpeluang kepada anda untuk membentuk serta membina suatu perasaan atau

momentum yang betul serta dapat menjana tumpuan yang bakal menggamitkekhusyukan serta kesyahduan ibadah Umrah yang bakal anda kerjakan.

47. Tangguhkan kerja-kerja yang memerlukan tumpuan, pena’akulan, penelitianserta pemikiran aktif dan kreatif menggunakan computer dan internet keranakerja-kerja ini akan memenatkan otak dan menyerabutkan fikiran. Fenomena sertagejala ini juga boleh menghakis keghairahan anda untuk beribadah sertamenumpulkan minda, emosi dan penghayatan untuk mengerjakan Umrah yangberkualiti dan terbaik.

48. Elakkan terus daripada menonton siri serta tayangan televisyen yang

memaparkan adegan-adegan yang mengghairahkan, merangsang serta menerujanafsu dan syahwat anda dalam minggu ini.

49. Elakkan juga sepenuhnya aktiviti mendengar muzik serta nyanyian yangmengasyikkan sehingga anda terlupa dan terleka dengan tugasan suci yang sedangmenunggu anda tidak berapa lama lagi itu. Kedua-dua factor ini bakal menjadivirus yang boleh meracuni kesyahduan dan kesenduan ibadah Umrah yang bakal;anda persembahkan untuk penilaian Allah SWT itu.

50. Akui hakikat bahawa kedua-dua factor itu adalah wadah dan wahana yangpaling dinamik dan berkesan bagi iblis dan syaitan untuk merobek-robek serta

memporak-perandakan visi serta misi suci yang ingin anda realisasikan itu.

7/14/2019 Senarai Semak Barang2 Keperluan Haji

http://slidepdf.com/reader/full/senarai-semak-barang2-keperluan-haji-56327dcd31c10 13/24

51. Sebagai alternatifnya gantikan dengan menonton VCD, DVD yang berkaitandengan ibadah Umrah atau Haji itu meskipun VCD, DVD tersebut telah kita tontonberulang kali. Ketahuilah bahawa tontonan berulang kali itu akan memantapkankefahaman serta mam pu menggamit penghayatan dan keseronokan.

52. Gantikan amalan mendengar muzik rancak itu dengan menghayati rakamansurah-surah Al-Quran oleh para Qari yang tersohor atau nasyid-nasyid masa kiniyang amat bermutu serta mempunyai lirik serta mesej yang dapat menerujakeimanan dan ketaqwaan anda kepada Allah SWT.

53. Elakkan diri daripada terdedah kepada terjahan cuaca saperti panas, sejuk,hujan dan embun, serta amalan berjaga hingga larut malam, kurang tidur, tidurberlebihan dan seumpamanya kerana fenomena ini boleh mengakibatkan andadihinggapi selsema, demam, batuk, mengantuk serta letih dan tiada bermaya.

54. Bila gejala ini menimpa anda di saat-saat anda akan berangkat untuk

memulakan kembara suci yang amat memerlukan keperkasaan jiwa raga sertakeampuhan kesihatan dan jati diri itu maka sudah hampir pasti anda tidak akanmampu menghasilkan persembahan yang terbaik untuk dinilai oleh Allah SWT.

55. Jaga dan kawal mutu dan jenis pemakanan anda dalam jangka waktu ini agaranda terhindar daripada penyakit atau masaalah-masaalah yang mengganggukeharmonian serta keselesaan perut dan usus anda. Masaalah-masaalah ini jugaboleh menjadi factor yang menjejaskan semangat dan kekhusyukan kembara suciserta ibadah Umrah yang bakal anda kerjakan.

56. Elakkan daripada memakan makanan yang telah sejuk dan hamper basi,makanan yang terdedah kepada habuk, lalat atau semut, makanan yang terlalupedas disebabkan penggunaan terlalu banyak cili serta rempah ratus sertaminuman berais dan berkabonat yang boleh menyebabkan cirit birit, pedih hati,perut memulas, batuk, lelah dan seumpamanya pada jangka waktu satu minggusebelum berangkat ini.

57. Gunakan sepenuh kesempatan satu minggu sebelum berlepas ke tanah suci ituuntuk memohon keampunan daripada kedua ibu bapa, sahabat handai serta sanaksaudara atas apa jua kesalahan yang telah dilakukan secara tidak sedar atau separasedar. Anda semua amat beruntung kerana dalam era alam siber ini anda boleh

berhubung dan berinteraksi dengan begitu mudah melalui alat komunikasi yangcanggih dan sofistikated saperti telefon bimbit, internet dan menerusiperkhidmatan pesanan ringkas (SMS) yang tidak memerlukan anda berhadapandengan pelanggan anda itu.

58. Lengakapi juga telefon bimbit anda itu dengan kemudahan liputan antarabangsa (international roaming service) bagi memudahkan anda berhubung dengananak pinak, saudara mara serta sahabat handai di tanah air untuk saling bertanyakahbar dan saling mengetahui keadaan satu sama lain sepanjang berada di tanahsuci kelak.

59. Pastikan anda telah menukar sebahagian wang anda kepada mata wang SaudiRiyal yang bakal digunakan sepanjang perjalanan. Anda memerlukan sekurang-

7/14/2019 Senarai Semak Barang2 Keperluan Haji

http://slidepdf.com/reader/full/senarai-semak-barang2-keperluan-haji-56327dcd31c10 14/24

kurang SR200 untuk kegunaan membeli makanan dan minuman atau apa juakeperluan dalam perjalanan sebelum tiba di destinasi terakhir.

60. Jumpa doktor yang selalu merawat penyakit anda serta dapatkan bekalan ubat-ubatan yang bakal dibawa bersama ke tanah suci kelak. Dapatkan juga surat

pengesahan daripada dockor berkenaan terhadap jenis ubat yang dibekalkan ituagar tidak mendatangkan masaalah apabila berhadapan dengan pihak kastam daneksais Arab Saudi kelak.

PANDUAN : 1

PRA KEBERANGKATAN KE TANAH SUCI

1.  Mandi sunat ihram dan pakai pakaian ihram dengan lengkap dan sempurna.

2.  Jangan berniat haji dahulu kerana ia perlu dilakukan di Miqat.

3.  Periksa semua beg, bagasi dan segala barang keperluan yang akan dibawa.

4.  Pastikan tiada satu barangan pun yang tertinggal.

5.  Dirikan solat sunat musafir sebanyak 2 rakaat dengan khusyuk dan tawaddu’ 

6.  Baca doa sunat musafir secara individu atau berjemaah bersama isteri/suami.

7.  Bertaffakur dengan penuh keimanan dan ketaqwaan ketika azan di laungkan.

8.  Bermaafan dengan saudara mara dan sahabat handai yang melepaskan pergi.

9.  Aminkan doa musafir yang dibacakan oleh muazzin dengan khusyuk.

10.  Bertasbih dan berzikir bagi mendindingi diri daripada hasutan syaitan.

11.  Bertolak dari rumah ke Komplek Haji Kelana Jaya

12.  Pendaftaran masuk di Komplek Haji Kelana Jaya apabila diumumkan.

13.  Jalani proses penimbangan barangan atau bagasi

14.  Menerima passport dan boarding pas

15.  Menghadiri taklimat keberangkatan di dewan komplek 

16.  Menaiki bas ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur, Sepang.

17.  Menaiki pesawat menuju ke Jeddah .

18.  Mengikuti Penerbangan antara 8-9 jam ke Jeddah.

19.  Renungkan kebesaran dan keagungan Allah dalam penciptaan langit.

20.  Kagumi kekuasaan Allah yang mengizinkan pesawat terapung di angkasa.

21.  Tunaikan solat sama ada secara jama’ qasar atau menghormati waktu. 

22.  Basahi bibir dengan zikir-zikir yang memuji-muji keagungan Allah.

23.  Terus berdoa agar Allah kurniakan keselamatan di sepanjang penerbangan.

24.  Berniat ‘haji’ sebaik tiba di Qarnul Manazil (1 jam penerbangan ke Jeddah ) 

25.  Jaga 13 pantang larang yang mula berkuatkuasa.

26. 

Semarakkan penghayatan untuk menggarap haji yang terbaik dan berkualiti.

7/14/2019 Senarai Semak Barang2 Keperluan Haji

http://slidepdf.com/reader/full/senarai-semak-barang2-keperluan-haji-56327dcd31c10 15/24

PANDUAN 2 

KETIBAAN DI LAPANGAN TERBANG

KING ABDUL AZIZ JEDDAH

1.  Turun daripada pesawat dan pastikan tiada barangan yang tertinggal.

2.  Menjalani pemeriksaan dokumen perjalanan oleh pihak Imigresen Arab Saudi

3.  Mengutip bagasi di kaunter pengutipan

4.  Menjalani poses pemeriksaan Kastam dan Eksais Arab Saudi.

5.  Bergerak keluar dari balai ketibaan dan berkumpul di dataran terminal haji.

6.  Patuhi arahan daripada petugas haji masing-masing.

7.  Awasi setiap pergerakan dan jaga aurat diri masing-masing.

8.  Terus mematuhi segala pantang larang dalam berihram

9.  Tunggu di Terminal Haji. sebelum dibawa ke Makkah Al-Munawwarah.

10.  Bersolat, berehat dan bersarapan di Terminal Haji sebelum berangkat ke Makkah

11.  Terima stiker nama dan bilik hotel penginapan di Makkah.

12.  Bersabar dan bertenang menghadapi segala masalah dan cabaran yang datang.

PANDUAN 3 

PERGERAKAN KE MAKKAH AL-MUKARRAMAH

1.   Naiki bas yang telah ditetapkan apabila diarahkan.

2.  Buat pengurusan diri yang sepatutnya kerana bas tiada berhenti untuk berehat.

3.  Patuhi setiap arahan dan hindari daripada tindakan bersendirian dan melulu.

4.  Pastikan mahram atau ahli keluarga ada bersama dalam bas.

5.  Perjalanan ke Makkah mengambil masa 45  – 60 minit tanpa berhenti.

6.  Teruskan menjaga aurat diri serta pantang larang dalam berihram.

7.  Ambil iktibar terhadap semua fenomena yang terpapar sepanjang perjalanan

8.  Baca doa ketika memasuki kota suci Makkah

9.  Lihat keunikan kota suci Makkah dengan perasaan terharu dan rendah hati.

PANDUAN : 4 

KETIBAAN DI MAKKAH-AL-MUKARAMAH

1.  Turun daripada bas. Pastikan tiada barangan tertinggal

2.  Berhati-hati untuk mengelakkan kecederaan yang sia-sia dan merugikan.

3.  Masuk ke dalam bilik yang telah ditetapkan.

4.  Berkenalan dan wujudkan ukhwah dan silaturrahim sesama rakan sebilik 

5.  Kutip segala bagasi yang dihantarkan oleh petugas hotel di luar bilik.

6.  Laporkan segera jika terdapat beg yang hilang atau tersalah hantar.

7.  Susun beg-beg dengan rapi dan kemas dalam bilik masing-masing.8.  Wujudkan kerjasama dan persefahaman bagi menjana keharmonian.

7/14/2019 Senarai Semak Barang2 Keperluan Haji

http://slidepdf.com/reader/full/senarai-semak-barang2-keperluan-haji-56327dcd31c10 16/24

9.  Berehat ke dalam bilik penginapan masing-masing bagi memulihkan tenaga..

10.  Bersabar dan kekang segala keghairahan untuk segera ke Masjidil Haram

11.  Elakkan meneroka kota suci Makkah. bersendirian kerana dikhuatiri tersesat.

PANDUAN : 5 

MENYEMPURNAKAN TAWAF QUDUM

( Tawaf Selamat Datang )

1.  Ambil wudhu’ dengan sempurna, tepat dan betul mengikut syariatnya. 

2.  Sediakan diri serta minda untuk menyempurnakan setiap tuntutan tawaf.

3.  Turun ke lobi hotel. Pastikan mahram dan ahli keluarga ada bersama-sama.

4.  Hayati taklimat Tawaf Qudum yang disampaikan oleh para mutawif.

5.  Bergerak menuju ke Masjidil Haram bersama-sama dengan mutawif.

6.  Bawa bersama lencana pengenalan diri, buku panduan dan doa,

7.  Bawa juga kad nama hotel dan karung kasut bersama-sama.

8.  Buat pengecaman di sepanjang laluan antara hotel penginapan dan masjid.

9.  Sediakan minda sepenuhnya untuk menyempurnakan tawaf tersebut.

10.  Kosongkan hati daripada mengingati hal-hal keduniaan.

11.  Banyakkan talbiah dan zikir secara individu.

12.  Masuk ke dalam Masjidil Haram dengan hati serta semangat yang teruja.

13.  Lihat Baitullah dengan kekaguman, kerendahan hati dan kesenduan iktikad.

14.  Baca doa melihat Kaabah itu dengan khusyu’ dan tawaddu’ 

15.  Bergerak menuju ke penjuru Hajar Aswad bagi memulakan tawaf.

16.  Laksanakan tawaf tujuh keliling Baitullah dengan betul, tepat dan yakin..

17.  Panjatkan doa dengan khusyu’ di Multazam sebaik selesai tawaf 7 pusingan. 

18.  Dirikan solat sunat tawaf di belakang Makam Ibrahim.

19.  Tidak perlu melakukan saie haji meskipun diharuskan berbuat demikian.

20.  Tangguhkan pelaksanaan saie haji selepas menyempurnakan tawaf ifadah.

PANDUAN : 6 

MENUNGGU HARI WUKUF

1.  Bergerak balik ke hotel penginapan setelah sempurna tawaf berkenaan.

2.  Kekalkan pakaian ihram dan jaga segala pantang larangnya.

3.  Boleh menukarkan kain ihram dengan kain pelikat yang tidak bercantum..

4.  Berehat atau tidur bagi memulihkan tenaga dan kepenatan bertawaf tadi..

5.  Jaga pantang larang ketika menggunakan selimut agar tidak menutup kepala.

6.  Terus beriktikaf, bersolat dan membaca Al-Quran dalam Masjidil Haram.

7.  Kunjungi Multazam, Hajar Aswad, Hijir Ismail dan Maqam Ibrahim.

8.  Tunaikan solat serta doa-doa umum dan khusus di tempat-tempat tersebut.

9.  Ikuti rombongan ke Padang Arafah, Mina dan Muzdalifah anjuran pakej.

7/14/2019 Senarai Semak Barang2 Keperluan Haji

http://slidepdf.com/reader/full/senarai-semak-barang2-keperluan-haji-56327dcd31c10 17/24

10.  Laksanakan seberapa banyak amal-amal soleh.yang termampu.

11.  Hulurkan sedekah dan bantuan kepada pihak-pihak yang memerlukan.

12.  Amalkan sifat tolong menolong sesama jemaah yang tua, lemah dan uzur.

13.  Berikan bimbingan, nasehat dan kaunseling kepada yang memerlukannya..

14.  Kawal makan minum dan kesihatan diri agar sentiasa mantap dan perkasa.

15.  Hadiri dan hayati majlis taklimat pergerakan ke Arafah oleh petugas haji.

16.  Dapatkan segala maklumat tentang tatacara keberangkatan ke Arafah itu.

17.  Ambil peringatan nombor khemah dan tempat tidur di Arafah.

18.  Ambil ingatan nombor khemah dan tempat tidur selama di Mina kelak.

19.  Jaga kesihatan dan jangan dedahkan diri kepada cuaca sejuk atau panas.

20.  Minum air banyak-banyak serta ambil pemakanan yang berzat dan bersih.

21.  Tangguhkan sementara waktu tawaf sunat kerana keadaan teramat sesak.

22.  Rujuk pengumuman hari wukuf yang dipaparkan di papan kenyataan hotel.

23.  Sediakan pakaian dan sedikit bekalan makanan untuk dibawa ke Arafah.

PANDUAN : 7 

KEBERANGKATAN KE PADANG ARAFAH

( 8 ZULHIJJAH – SELEPAS ASAR )

1.  Berangkat ke Padang Arafah apabila tiba detik dan ketikanya.

2.  Patuhi setiap arahan yang telah ditetapkan itu.

3.  Jangan bertindak mengikut hawa nafsu dan runtunan perasaan.

4.  Banyakkan bersabar dengan bertalbiah, berzikir, bertahmid dan beristighfar.

5.  Juruskan minda, emosi dan perasaan agar sentiasa semarak dan teruja.

6.  Hadapi segala rintangan dalam perjalanan dengan tenang dan sabar.

PANDUAN : 8 

AKTIVITI DI PADANG ARAFAH

( MENUNGGU WAKTU WUKUF 8 – 9 ZULHIJJAH )

1.  Masuk ke dalam khemah yang telah ditetapkan mengikut abjad pada stiker.

2.  Duduk di tempat yang telah ditetapkan berdasarkan nombor pada stiker .

3.  Susun segala peralatan yang dibawa dengan kemas dan rapi.

4.  Wujudkan ukhwah dan persefahaman sesama jemaah.

5.  Bantu mahram serta ahli keluarga mencari khemah penempatan mereka.

6.  Kenalpasti penempatan mereka untuk komunikasi sepanjang berwukuf.

7.  Buat tinjauan singkat tentang prasarana yang terdapat di sekitar maktab.

8.  Ambil perhatian kedudukan bilik air, tandas dan bilik wudhu’, 

9.  Kenalpasti juga kedudukan dapur, tempat makan , surau dan sebagainya.

10.  Tunaikan setiap solat fardhu sama ada secara individu atau berjemaah.

11.  Bersarapan mengikut cara atau kaedah yang ditentukan bila tiba waktunya.

7/14/2019 Senarai Semak Barang2 Keperluan Haji

http://slidepdf.com/reader/full/senarai-semak-barang2-keperluan-haji-56327dcd31c10 18/24

12.  Isi setiap detik dan saat menunggu waktu wukuf itu dengan amal-amal soleh.

13.  Basahi bibir dengan talbiah, tasbih, tahmid dan takbir yang syahdu..

14.  Bertahlil dan berzikir munajat secara berjemaah atau secara individu.

15.  Banyakkan membaca Al-Quran, tafsiran dan terjemahannya.

16.  Elakkan perbuatan lagha yang melalaikan daripada mengingati Allah.

17.  Bangun di tengah malam Arafah itu untuk berqiamullail.

18.  Dirikan solat sunat tahajjud, tasbih, taubat , hajat dan witir.

19.  Pohon keampunan atas segala dosa, noda, salah dan khilaf.

20.  Pohonkan segala hajat dan pengharapan yang terdetik dalam fikiran.

21.  Tunaikan solat sunat dan fardhu subuh apabila tiba masanya.

22.  Hadiri kuliah subuh yang khusus membicarakan sejarah Arafah itu.

23.  Bersarapan pagi mengikut kaedah atau tatacara yang telah ditetapkan.

24.  Tunaikan solat sunat dhuha dan seterusnya hadiri kuliah dhuha.

25.  Bersarapan tengahari mengikut kaedah dan tatacara maktab masing-masing.

26.  Tunggu kehadiran waktu wukuf dengan bertalbiah secara beramai-ramai.

PANDUAN : 9 

PENGISIAN WAKTU WUKUF

( SEBAIK TERGELINCIR MATAHARI 9 ZULHIJJAH )

1.  Hayati azan zohor dan tanda bermulanya waktu wukuf yang dinanti itu.

2.  Hayati khutbah wukuf yang disampaikan oleh guru agama masing-masing. .

3.  Dirikan solat sunat kabliah zohor setelah selesai khutbah wukuf.

4.  Tunaikan pula solat fardhu zohor secara berjemaah.

5.  Terus bertalbiah dan berwirid dengan penuh syahdu dan sendu.

6.  Tunaikan solat sunat ba’diah zohor, membaca yasin, bertahlil dan berdoa. 

7.  Keluar beramai-ramai untuk menikmati panorama padang Arafah.

8.  Raikan waktu wukuf tersebut dengan rasa penuh kesyukuran.dan keinsafan

9.  Syukuri gelaran haji dan hajah yang telah dianugerahi Allah SWT itu.

10.  Tunaikan pula solat sunat dan fardhu Asar apabila masuk waktunya.

11.  Teruskan talbiah, wirid dan zikir tanpa rasa jemu dan bosan.

12.  Sempurnakan minum petang masing-masing dengan tenang .

13.  Tunaikan solat sunat-sunat dan fardhu Maghrib bila tiba waktunya.

14.  Teruskan amalan bertalbiah, berzikir, berwirid atau membaca Al-Quran.

15.  Sempurnakan makan malam masing-masing dengan tenang dan tertib.

16.  Tunaikan solat sunat dan fardhu Isyak apabila tiba waktunya.

17.  Kemaskan segala barangan dan bersiap sedia untuk berangkat ke Muzdalifah.

18.  Tunggu pengumuman tentang masa dan giliran keberangkatan.

19.  Cari tempat berehat yang sesuai sekiranya khemah-khemah telah diturunkan

7/14/2019 Senarai Semak Barang2 Keperluan Haji

http://slidepdf.com/reader/full/senarai-semak-barang2-keperluan-haji-56327dcd31c10 19/24

PANDUAN : 10 

PERGERAKAN KE MUZDALIFAH DAN MINA

1.   Naik ke dalam bas yang telah ditetapkan sahaja dan patuhi setiap arahan.

2.  Turun apabila bas berhenti di mana-mana kawasan di Muzdalifah.

3.  Kutip 7 butir anak batu untuk lontaran Jamratul Aqabah 10 Zulhijjah.

4.  Panjatkan doa khusus ketika berada di bumi Muzdalifah.

5.   Naik semula ke atas bas bila dikehendaki oleh pemandu dan petugas haji.

6.  Pastikan mahram serta ahli keluarga ada bersama dalam bas tersebut.

7.  Teruskan bertalbiah dan berzikir sepanjang perjalanan menuju ke Mina.

8.  Bertenang dan bersabar kerana perjalanan menuju ke Mina amat sesak.

9.  Berjalan kaki ke khemah penempatan apabila turun daripada bas.

10.  Pastikan tiada suatu barangan pun yang tertinggal dalam bas.

11.  Bantu mahram dan ahli keluarga mencari khemah penempatan mereka..

PANDUAN : 11 

AKTIVITI PENGISIAN DI MINA

( 10 ZULHIJJAH )

1.  Masuk ke dalam khemah yang telah ditetapkan.

2.  Buat penyesuaian diri dengan keadaan yang sempit dan bersesak-sesak itu.

3.  Susun beg-beg dan peralatan masing-masing dengan kemas dan rapi.

4.  Wujudkan persefahaman sesama jemaah dengan semangat ukhwah.

5.  Makan dan minum mengikut ketetapan dan ketentuannya.

6.  Bergerak ke Jamrah secara berkumpulan bersama petugas haji.

7.  Melontar Jamratul Aqabah 10 Zulhijjah dengan tepat dan betul.

8.  Bertahallul awal setelah sempurna lontaran Jamratul Aqabah.

9.  Gunting beberapa helai rambut sebagai syarat sah tahallul berkenaan.

10.  Tidak dibenarkan sama sekali bercukur di jamrah bagi jemaah lelaki.

11.  Berkumpul semula untuk balik ke khemah penempatan masing-masing.

12. 

Patuhi panduan, arahan dan bimbingan para petugas haji masing-masing.13.  Jangan gelabah sekiranya tersesat atau terpisah daripada kumpulan.

14.  Tunggu di jamrah hingga datang pasukan penyelamat dan bantuan

15.  Masuk semula ke dalam khemah untuk berehat.

16.  Jangan terus mandi kerana dikhuatiri memudharatkan kesihatan diri.

17.  Para jemaah boleh menukar ihram kepada pakaian biasa yang berjahit.

18.  Terus pelihara 3 lagi pantang larang berihram yang masih berkuat kuasa.

19.  Laksanakan aturcara pentadbiran mengikut kesesuaian diri.

7/14/2019 Senarai Semak Barang2 Keperluan Haji

http://slidepdf.com/reader/full/senarai-semak-barang2-keperluan-haji-56327dcd31c10 20/24

PANDUAN : 12 

PENGISIAN DI MINA

( HARI-HARI TASYRIK- 11, 12 & 13 ZULHIJJAH )

1.  Makan dan minum apabila tiba waktu dan ketikanya.

2.  Kutip 21 anak-anak batu bagi lontaran jamrah pada hari-hari tasyrik.

3.  Teruskan bersolat, berzikir dan bertakbir secara berjemaah.

4.  Kukuh semangat ukhwah dan silaturrahim sesama jemaah haji.

5.  Wujudkan suasana bertukar fikiran, pendapat dan ilmu pengetahuan.

6.  Elakkan perbuatan lagha yang tidak diredhai Allah SWT.

7.  Laksanakan tuntutan melontar jamrah dengan yakin, tepat dan betul.

8.  Jemaah uzur boleh mewakilkan dan menghimpunkan lontaran..

9.  Rujuk guru agama bagi khidmat nasehat untuk tujuan tersebut.

10.  Patuhi syariat dan syarat jika ingin melakukan nafar awal.

11.  Boleh membeli belah di sekitar khemah penempatan masing-masing.

12.  Buat lontaran 13 Zulhijjah mengikut aturcara maktab masing-masing

13.  Balik semula ke perkhemahan setelah selesai melontar 13 Zulhijjah.

14.  Kemaskan semua barangan dan tunggu arahan selanjutnya.

15.  Teruskan aktiviti bertakbir, bertasbih, bertahmid dan berzikir.

PANDUAN : 13 

KEBERANGKATAN BALIK SEMULA KE MAKKAH

1.   Naik ke dalam bas yang ditetapkan bersama mahram dan keluarga.

2.  Pastikan tiada suatu pun barangan yang tertinggal.

3.  Lihat dan renungi bumi Mina dengan pandangan yang sedih dan sayu.

4.  Semai keazaman untuk datang lagi dalam musim haji atau umrah.

5.  Masuk semula ke dalam bilik masing-masing setiba di Makkah.

6.  Jangan tergesa-gesa pergi ke Masjidil Haram untuk tawaf dan saie.

7.  Berehat bagi memulihkan semula keletihan yang dialami.

PANDUAN : 14 

AKTIVITI DI MAKKAH SELEPAS WUKUF

1.  Sempurnakan tawaf ifadah dan saie haji masing-masing .

2.  Tidak perlu memakai ihram kerana telah bertahallul awal

3.  Ikut masa serta suasana yang sesuai dan jangan tergopoh gapah.

4.  Baki 3 pantang larang ihram terungkai sebaik selesai tawaf dan saie.

5.  Teruskan ibadah ritual fardhu dan sunat dalam Masjidil Haram.

6.  Kekalkan keistiqamahan semangat beribadah masing-masing.7.  Tunaikan umrah sunat seberapa kerap yang termampu

7/14/2019 Senarai Semak Barang2 Keperluan Haji

http://slidepdf.com/reader/full/senarai-semak-barang2-keperluan-haji-56327dcd31c10 21/24

8.  Teruskan membeli cenderamata dan cenderahati.

9.  Mantapkan dan luaskan lagi silaturrahim sesama jemaah.

10.  Ikut rombongan ziarah yang telah diaturkan oleh agensi haji

11.  Hadiri taklimat keberangkatan ke Madinah daripada petugas haji.

12.  Dapatkan maklumat nama hotel dan nombor bilik di Madinah kelak.

13.  Kemaskan segala barangan untuk dibawa ke Madinah Al-Munawarah.

14.  Label setiap barangan dengan nombor hotel dan bilik di Madinah.

15.  Ikat semua barangan dengan kuat dan kejab bagi mengelakkan pecah.

16.  Turunkan segala barangan di lobi hotel berdasarkan nombor bas.

17.  Sempurnakan tawaf wida’ atau tawaf perpisahan dengan Baitullah..  

18.  Balik semula ke hotel dan ambil beg bimbit bawaan tangan,

19.  Terus naik ke dalam bas yang sedia menunggu.

20.  Hentikan aktiviti membeli belah atau berehat setelah bertawaf wida’ 

PANDUAN : 15 

PERGERAKAN KE MADINAH AL-MUNAWWARAH

1.   Naiki bas yang telah ditetapkan seperti maklumat pada stiker pengenalan diri.

2.  Bawa beg bimbit masing-masing ke dalam bas.

3.  Jangan bimbangkan beg besar dan bagasi kerana ia diuruskan oleh petugas hotel.

4.  Dengar dan patuhi maklumat dan arahan petugas haji masing-masing.

5.  Lihat kota suci Makkah dengan pandangan yang sedih dan sayu.

6.  Semat keazaman untuk datang lagi dalam musim haji dan umrah.

7.  Berehat di pertengahan jalan untuk bersarapan atau bersolat.

8.   Naik semula ke dalam bas untuk meneruskan perjalanan.

9.  Pastikan mahram atau ahli keluarga ada bersama.

10.  Proses pemeriksaan di pos kawalan kemasukan jemaah di Al-Hijrah

11.  Baca doa ketika memasuki kota suci Madinah

PANDUAN : 16 

KETIBAAN DI MADINAH-AL-MUNAWWARAH

1.  Turun daripada bas dan pastikan tiada suatu barangan pun yang tertinggal

2.  Masuk dan berehat ke dalam bilik penginapan masing-masing.

3.  Beg-beg besar akan dihantar oleh para petugas hotel ke lobi hotel

4.  Kutip beg dan bagasi masing-masing dan bawa masuk ke dalam bilik.

5.  Susun beg-beg tersebut dengan kemas dan rapi supaya tidak berserabut.

6.  Bersabar dan elakkan meneroka kota suci Madinah. secara bersendirian.

7.  Bersihkan diri dan pakai pakaian paling bersih untuk mengadap Rasulullah

8.  Berkumpul di lobi hotel untuk pergi ke Masjid Nabawi kali pertama.

9.  Hayati taklimat dan penerangan muzawir yang akan memimpin para jemaah.

7/14/2019 Senarai Semak Barang2 Keperluan Haji

http://slidepdf.com/reader/full/senarai-semak-barang2-keperluan-haji-56327dcd31c10 22/24

10.  Bergerak ke Masjid Nabawi dalam kumpulan.

11.  Buat pengecaman jalan dan lorong untuk kemudahan berulang alik ke masjid.

12.  Bersolat dalam satu kelompok bagi mengelakkan supaya tidak terpisah.

13.  Balik bersama-sama ke hotel penginapan setelah selesai solat berjemaah.

PANDUAN : 17 

AKTIVITI-AKTIVITI 8 – 9 HARI DI MADINAH:

1.  Ziarah makam Rasulullah, perkuburan Al- Baqie’ dan Ar - Raudhah

2.  Solat 40 waktu berjemaah dalam Masjid Nabawi,

3.  Ziarah masjid-masjid Jumaat, Quba’, Qiblatain, Jabal Uhud dan Makam Syuhada’. 

4.  Membeli tamar ,cenderamata.dan cenderahati di sekitar kota suci Madinah.

5.  Beriktikaf, bermunajat, bersolat dan membaca Al-Quran.dalam Masjid Nabawi.

PANDUAN : 18 

PERSEDIAAN BALIK KE TANAH AIR 

( Penerbangan Terus Dari Lapangan Terbang Madinah )

1.  Kemaskan semua barangan yang akan dibawa balik ke tanah air.

2.  Ikat beg-beg dan kotak-kotak dengan kemas dan rapi.

3.  Pastikan berat semua barangan milik individu tidak melebihi 30 kilogram

4.  Pastikan juga berat beg galas bawaan tangan tidak melebihi 5 kilogram.

5.  Air zam-zam tidak perlu dibawa kerana akan diserahkan di KLIA kelak.

6.  Tuliskan lebel atau tanda nama pada setiap beg atau kotak barangan.

7.  Beri penanda khusus seperti riben atau roset supaya mudah dicam atau dikenali.

8.  Sediakan wang secukupkan untuk membayar denda barang melebihi had.

9.  Semak tarikh dan masa keberangkatan balik masing-masing.

10.  Rujuk papan kenyataan maktab bagi mendapatkan maklumat yang tepat.

11.  Sempurnakan ziarah wida’ Rasulullah dengan khusyu’ dan tawaddu’. 

12.  Lampiaskan doa wida’ dengan sepenuh penghayatan dan keinsafan. 

13.  Semai keazaman untuk datang lagi menziarahi baginda dan beribadah

14.  Turunkan barang ke lobi hotel penginapan apabila diminta berbuat demikian.

15.  Proses penimbangan barang akan dilakukan di ruang legar hotel.

16.  Bawa dan kemukakan passport dan barangan untuk proses penimbangan.

17.  Proses penimbangan boleh dilakukan secara berkelompok atau individu.

18.  Susun beg yang telah ditimbang di kawasan yang bertanda khas di lobi hotel

19.  Naik ke dalam bas yang telah diperuntukkan. Pastikan mahram ada bersama.

20.  Hayati taklimat akhir yang bakal diberikan oleh petugas Haji.

21.  Renungi Masjid Nabawi dan kota suci Madinah dengan sedih dan terharu.

22.  Jalani proses saringan barangan dan pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang.

23.  Tunggu dalam balai berlepas sehingga diberitahu untuk menaiki pesawat.

7/14/2019 Senarai Semak Barang2 Keperluan Haji

http://slidepdf.com/reader/full/senarai-semak-barang2-keperluan-haji-56327dcd31c10 23/24

24.  Selamat berangkat balik dengan iringan doa dan harapan kepada Allah SWT.

PANDUAN : 19 

AKTIVITI -AKTIVITI

DALAM PENERBANGAN BALIK KE TANAH AIR 

1.  Duduk ditempat duduk masing-masing.

2.  Berbincang sesama jemaah sekiranya memerlukan pertukaran tempat.

3.  Pasang tali pinggang keselamatan dengan kemas dan rapi.

4.  Teliti arahan dan panduan keselamatan dalam pesawat oleh anak kapal.

5.  Baca doa menaiki pesawat secara individu atau mengikut pegawai petugas.

6.  Sentiasa basahi bibir dengan selawat, tasbih, tahmid dan takbir.

7.  Tunaikan waktu solat secara jama’ qasar atau menghormati waktu. 

8.  Renungi kebesaran dan keagungan Allah SWT dan misteri angkasa raya.

9.  Sentiasa berdoa agar perjalanan balik sentiasa dalam Rahmat Allah SWT.

10.  Berdoa agar Allah selamat mengembalikan kita ke pangkuan keluarga.

PANDUAN : 20 

TATACARA KETIBAAN DI K.L.I.A, SUBANG

1.  Lampiaskan rasa syukur sebaik pesawat mencecah dada bumi tanah air.

2.  Duduk di tempat masing-masing sehingga pesawat berhenti sepenuhnya.

3.  Turunkan segala barangan yang disimpan di petak barangan pesawat.

4.  Berhati-hati ketika menurunkan barangan tersebut. Elakkan kecederaan.

5.  Berikan bantuan kepada jemaah yang uzur, lemah dan kurang upaya.

6.  Bergerak keluar daripada pesawat dengan teratur dan tenang.

7.  Pastikan tiada satu pun barangan yang tertinggal.

8.  Kekang keghairahan untuk segera bertemu anak pihak dan saudara mara.

9.  Bergerak menuju ke kaunter imigresen dan pusat pengutipan bagasi.

10.  Naik “ aerotrain’ k e bangunan induk Lapangan Terbang Kuala Lumpur.

11.  Sentiasa utamakan keselamatan bagi mengelakkan kecederaan yang sia-sia.

12.  Serahkan passport haji masing-masing kepada pihak berkuasa imigresen.

13.  Terima semula passport haji yang telah dicop dan disahkan oleh pihak imigresen itu..

14.  Bergerak pula ke pusat pengagihan barangan dan bagasi.

15.  Tunggu kemunculan bagasi masing-masing dengan tenang dan sabar.

16.  Elakkan daripada berebut-rebut dan kelam kabut ketika berurusan.

17.  Masukkan semua barang-barang yang telah dikutip itu ke atas troli.

18.  Berikan bantuan dan kerjasama kepada ahli keluarga dan jemaah lain.

19.  Kemukakan boarding pass masing-masing untuk menuntut air zam-zam.

20.  Laporkan ke pihak penerbangan sekiranya ada kes kehilangan bagasi

7/14/2019 Senarai Semak Barang2 Keperluan Haji

http://slidepdf.com/reader/full/senarai-semak-barang2-keperluan-haji-56327dcd31c10 24/24

PANDUAN : 21 

TATACARA KELUAR KE BALAI KETIBAAN

1.  Bergerak keluar sekiranya destinasi terakhir anda ialah di KLIA.

2.  Bergerak ke bahagian penyambungan jika destinasi anda di luar KLIA.

3.  Wakil Bahrulmazi akan membantu menguruskan penerbangan sambungan anda

4.  Jemaah penyambungan yang melebihi 6 jam akan dibawa ke Kelana Jaya.

5.  Berhenti di kaunter pemeriksaan kastam jika dikehendaki berbuat demikian.

6.  Terus keluar ke balai ketibaan dengan tertib, tenang dan teratur.

7.  Tolak troli masing-masing dengan tenang selaras dengan status tetamu Allah.

8.  Patuhi arahan dan kawalan pasukan keselamatan lapangan terbang.

PANDUAN : 22 

PERTEMUAN SEMULA

DENGAN SANAK SAUDARA DAN KAUM KELUARGA

1.  Selamat bertemu sanak saudara dan sahabat handai tercinta

2.  Perlihatkan muka yang ceria dan perasaan gembira yang penuh kesyukuran

3.  Doakan kesejahteraan mereka kerana doa jemaah haji amat makbul.

4.  Ceritakan perkara yang baik-baik sahaja untuk menjaga nama baik kota suci Makkah..

5.  Singgah di masjid yang berhampiran sebelum sampai ke rumah.

6.  Tunaikan solat fardu ( jama’ qasar ) yang belum disempurnakan lagi.

7.  Dirikan solat sunat syukur 2 rakaat bagi menyatakan rasa syukur.

Sujud syukur bagi melampiaskan rasa syukur terhadap anugerah Allah.

8.  Adakan majlis kesyukuran dan silaturrahim haji.