senarai edaran tarikh : 21 mei · pdf filesenarai edaran tarikh : 21 mei 2013 tuan/puan,...

9

Upload: habao

Post on 05-Feb-2018

252 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Senarai Edaran Tarikh : 21 Mei · PDF fileSenarai Edaran Tarikh : 21 Mei 2013 Tuan/Puan, JEMPUTAN ... Bersama-sama ini dilampirkan borang penyertaan beserta syarat-syarat pertandingan
Page 2: Senarai Edaran Tarikh : 21 Mei · PDF fileSenarai Edaran Tarikh : 21 Mei 2013 Tuan/Puan, JEMPUTAN ... Bersama-sama ini dilampirkan borang penyertaan beserta syarat-syarat pertandingan

INSTITUT LATIHAN KEHAKIMAN DAN PERUNDANGAN (ILKAP),

JABATAN PERDANA MENTERI, LOT 5, PERSIARAN UNIVERSITI, 43650 BANDAR BARU BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN. TEL: 03-8924 3400 FAKS : 03-8926 1231

LAMAN WEB: www.ilkap.gov.my

________________________________________________________________________

Kepada Ruj. Kami : ILKAP/01/PUP/1/1 Jld. 2

Senarai Edaran Tarikh : 21 Mei 2013

Tuan/Puan,

JEMPUTAN MENYERTAI KEJOHANAN ALL STAR BADMINTON JEMPUTAN

ILKAP 2013 ANJURAN BIRO SUKAN DAN SOSIAL PUSPANITA CAWANGAN

KECIL ILKAP

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Sukan Dan Sosial Puspanita Cawangan Kecil

ILKAP akan menganjurkan Kejohanan ALL STAR Badminton Jemputan ILKAP 2013 pada

15 Jun 2013 (Sabtu) bertempat di Dewan Serbaguna, ILKAP.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput tuan/puan

untuk menghantar satu (1) pasukan bagi kategori Beregu Wanita dan satu (1) pasukan

bagi kategori Beregu Campuran ke kejohanan yang julung-julung kali diadakan ini.

4. Butir-butir pertandingan adalah seperti berikut:

Kategori : 1. Beregu Wanita

2. Beregu Campuran

Page 3: Senarai Edaran Tarikh : 21 Mei · PDF fileSenarai Edaran Tarikh : 21 Mei 2013 Tuan/Puan, JEMPUTAN ... Bersama-sama ini dilampirkan borang penyertaan beserta syarat-syarat pertandingan

Yuran Penyertaan : RM50.00 (1 pasukan)

Tempat : Dewan Serbaguna ILKAP

Tarikh : 15 Jun 2013 (Sabtu)

Masa : 9.00 pagi – 3.00 petang

5. Bersama-sama ini dilampirkan borang penyertaan beserta syarat-syarat

pertandingan (seperti di Lampiran A). Borang dan Yuran penyertaan hendaklah

diserahkan kepada Urus Setia sebelum atau pada 31 Mei 2013 (Jumaat).

Pembayaran yuran penyertaan boleh dilakukan secara tunai kepada Urus Setia atau

melalui akaun Puspanita Cawangan Kecil ILKAP seperti berikut:

No. Akaun : 10105-41-00003077-0

Nama Akaun : SHAHANIM BINTI HASHIM/SANIAH BINTI YUSOFF

Nama Bank : Bank Simpanan Nasional – GIRO-i

Cawangan Bank : Wisma Unikeb, Bandar Baru Bangi

6. Bagi memeriah dan mewarnakan lagi acara pada hari tersebut, acara CAR BOOT

SALE juga akan diadakan di ruang tempat letak kereta, Bangunan MTCP, ILKAP. Yuran

penyertaan bagi menyertai Car Boot Sale adalah RM30.00 dan deposit pembersihan

sebanyak RM15.00 yang akan dipulangkan setelah tapak jualan penjual disahkan bersih

oleh urus setia. Yuran penyertaan beserta deposit tersebut dan borang penyertaan

(Lampiran B) hendaklah dijelaskan kepada Urus Setia sebelum atau pada 31 Mei

2013 (Jumaat). Pembayaran yuran penyertaan boleh dilakukan secara tunai kepada

Urus Setia atau melalui akaun Puspanita Cawangan Kecil ILKAP seperti berikut:

No. Akaun : 10105-41-00003077-0

Nama Akaun : SHAHANIM BINTI HASHIM/SANIAH BINTI YUSOFF

Nama Bank : Bank Simpanan Nasional – GIRO-i

Cawangan Bank : Wisma Unikeb, Bandar Baru Bangi

Page 4: Senarai Edaran Tarikh : 21 Mei · PDF fileSenarai Edaran Tarikh : 21 Mei 2013 Tuan/Puan, JEMPUTAN ... Bersama-sama ini dilampirkan borang penyertaan beserta syarat-syarat pertandingan

7. Sebarang pertanyaan berkenaan dengan acara tersebut, tuan/puan boleh

menghubungi Urus Setia seperti berikut:-

i) Urus setia KEJOHANAN ALL STAR BADMINTON JEMPUTAN ILKAP

2013

Puan Zuraidah Zakariah

Telefon: 03-8924 3584 / 019-3958783

Faksimili: 03-8924 3576

E-mel: [email protected]

ii) Urus setia CAR BOOT SALE ILKAP 2013

Puan Nor Jafizah bt Mustapha Kamal

Telefon: 03-8924 3478 / 019-2925065

Faksimili: 03-8924 3474

E-mel: [email protected]

8. Tuan/Puan bolehlah memanjangkan acara ini kepada kenalan untuk bersama-

sama memeriahkan suasana. Sokongan tuan/puan dalam menjayakan kejohanan/acara

ini amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“WANITA SEPAKAT, NEGARA MENINGKAT” tt (SAROJINI KANDASAMY) Timbalan Pengerusi Puspanita Cawangan Kecil ILKAP Jabatan Perdana Menteri.

Page 5: Senarai Edaran Tarikh : 21 Mei · PDF fileSenarai Edaran Tarikh : 21 Mei 2013 Tuan/Puan, JEMPUTAN ... Bersama-sama ini dilampirkan borang penyertaan beserta syarat-syarat pertandingan

Senarai Jabatan/Agensi yang dijemput:

1. Jabatan Peguam Negara;

2. Mahkamah Negeri Sembilan;

3. Mahkamah Persekutuan Malaysia;

4. Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU);

5. Jabatan Bantuan Guaman;

6. Jabatan Insolvensi Malaysia;

7. Mahkamah Sesyen/Majistret Bandar Baru Bangi;

8. National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH);

9. Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat;

10. Kolej Polytech MARA (Kakitangan);

11. Malaysian-France Institute (MFI); dan

12. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Page 6: Senarai Edaran Tarikh : 21 Mei · PDF fileSenarai Edaran Tarikh : 21 Mei 2013 Tuan/Puan, JEMPUTAN ... Bersama-sama ini dilampirkan borang penyertaan beserta syarat-syarat pertandingan

LAMPIRAN A

KEJOHANAN ALL STAR BADMINTON JEMPUTAN ILKAP 2013 BIRO SUKAN DAN SOSIAL, PUSPANITA CAWANGAN KECIL, ILKAP

15 JUN 2013 (SABTU) DI DEWAN SERBAGUNA, ILKAP

BORANG PENYERTAAN

JABATAN/AGENSI

NAMA PENGURUS

PASUKAN

EMEL

NO. TEL. (P) NO. H/P

ACARA REGU (WANITA)

BIL NAMA NO. K/P

1.

2.

ACARA REGU (CAMPURAN)

BIL NAMA NO. K/P

1.

2.

PENGAKUAN PENGURUS :

Saya dengan ini bersetuju dan faham akan segala syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Saya mengaku segala keterangan yang diberikan adalah benar serta tidak mengemukakan

sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur di atas sebarang musibah ke atas diri dan pasukan saya sebelum, semasa dan selepas menyertai pertandingan ini. Bersama-sama ini disertakan yuran pasukan

saya sebanyak RM _______________ untuk menyertai pertandingan ini.

Tandatangan Pengurus : _________________ Tarikh:______________

Page 7: Senarai Edaran Tarikh : 21 Mei · PDF fileSenarai Edaran Tarikh : 21 Mei 2013 Tuan/Puan, JEMPUTAN ... Bersama-sama ini dilampirkan borang penyertaan beserta syarat-syarat pertandingan

PERATURAN KEJOHANAN BADMINTON JEMPUTAN ILKAP 2013

NAMA

Pertandingan ini dinamakan Kejohanan All Star Badminton Jemputan ILKAP 2013.

PERATURAN AM

1. Pertandingan ini TERBUKA kepada warga ILKAP, ahli keluarga dan Agensi-Agensi

Kerajaan yang dijemput sahaja.

2. Pertandingan ini akan dijalankan dalam dua (2) kategori iaitu Beregu Wanita dan

Beregu Campuran.

3. Pemain dibenarkan menyertai kedua-dua kategori yang dipertandingkan.

4. Pemain yang pernah mewakili Negara, Negeri dalam Kejohanan Kebangsaan,

MAKSAK dan SUKMA dari tahun 2010 hingga kini adalah TIDAK DIBENARKAN

bertanding.

5. Pertemuan lawan ditentukan dengan cabutan undi.

6. Pertandingan ini adalah pertandingan berpasukan dan dijalankan secara liga di

peringkat awal dan kalah mati di peringkat seterusnya.

7. Peralatan seperti raket hendaklah ditanggung oleh pemain. Penganjur akan

menyediakan bulu tangkis sahaja.

8. Penjaga garisan bagi pertandingan ini adalah di kalangan pegawai dan

kakitangan yang tidak terlibat dalam pertandingan ini.

Page 8: Senarai Edaran Tarikh : 21 Mei · PDF fileSenarai Edaran Tarikh : 21 Mei 2013 Tuan/Puan, JEMPUTAN ... Bersama-sama ini dilampirkan borang penyertaan beserta syarat-syarat pertandingan

SISTEM PERTANDINGAN

1. Semua perlawanan peringkat awal akan dijalankan secara liga, manakala pada

peringkat seterusnya, perlawanan akan dijalankan secara kalah mati. Johan dan

Naib Johan setiap kumpulan akan bermain ke peringkat seterusnya dan

ditentukan oleh Urus Setia Pertandingan secara bersilang.

2. Perlawanan dari peringkat liga hingga ke peringkat suku akhir akan

menggunakan sistem kiraan pungutan 30 mata dengan dua set permainan

sahaja. Pemenang akan ditentukan dengan jumlah pungutan mata tertinggi (15

mata tukar gelanggang). Perlawanan separuh akhir hingga akhir sahaja akan

menggunakan sistem kiraan 21 mata atau Rally Point Scoring System (21 x3)

mengikut Peraturan BWF.

3. Senarai nama mengikut susunan perlawanan hendaklah disampaikan kepada

Ketua Pengadil 10 minit sebelum sesuatu pertandingan dimulakan.

4. Sebarang gantian pemain adalah tidak dibenarkan setelah senarai tersebut

diserahkan kepada pengadil perlawanan.

Page 9: Senarai Edaran Tarikh : 21 Mei · PDF fileSenarai Edaran Tarikh : 21 Mei 2013 Tuan/Puan, JEMPUTAN ... Bersama-sama ini dilampirkan borang penyertaan beserta syarat-syarat pertandingan

LAMPIRAN B

BORANG PENYERTAAN CAR BOOT SALE ILKAP 2013 BIRO SUKAN DAN SOSIAL, PUSPANITA CAWANGAN KECIL, ILKAP PADA 15 JUN 2013 (SABTU) DI RUANG TEMPAT LETAK KERETA,

BANGUNAN MTCP, ILKAP

BORANG PENYERTAAN

JABATAN/AGENSI

NAMA PENUH

EMEL

NO. TEL. (P) NO. H/P

BARANG YANG HENDAK DIJUAL -

BIL JENIS

Saya bersetuju dengan terma dan syarat-syarat seperti di bawah.

Tandatangan: ( ) Tarikh: ___________________ _________________________________________________________________________ Terma dan syarat:

1. Penganjur bertanggungjawab menyediakan tapak niaga selepas bayaran penyertaan diterima.

2. Urusan jual beli adalah sepenuhnya di bawah tanggungjawab penjual dan pembeli.