seminar kebangsaan isu ketamadunan dan cabaran … filekandungan latar belakang zulkifli muhammad....

20
SEMINAR KEBANGSAAN ISU KETAMADUNAN DAN CABARAN SEMASA (SIKCAS) 2013 Dewan Persidangan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia 27 November 2013 DR. ABU HANIFAH HARIS Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya PERJUANGAN DAN PEMIKIRAN ZULKIFLI MUHAMMAD (1927-1964) SERTA KAITANNYA DENGAN CABARAN SEMASA

Upload: others

Post on 09-Sep-2019

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEMINAR KEBANGSAAN ISU KETAMADUNAN DAN CABARAN … fileKANDUNGAN Latar Belakang Zulkifli Muhammad. Pembentukan Pemikiran Ketika Belajar di Mesir. Memperkasakan Umat Islam Melalui Perjuangan

SEMINAR KEBANGSAAN ISU

KETAMADUNAN DAN CABARAN

SEMASA (SIKCAS) 2013

Dewan Persidangan

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia

27 November 2013

DR. ABU HANIFAH HARIS

Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial,

Universiti Malaya

PERJUANGAN DAN PEMIKIRAN ZULKIFLI

MUHAMMAD (1927-1964) SERTA

KAITANNYA DENGAN

CABARAN SEMASA

Page 2: SEMINAR KEBANGSAAN ISU KETAMADUNAN DAN CABARAN … fileKANDUNGAN Latar Belakang Zulkifli Muhammad. Pembentukan Pemikiran Ketika Belajar di Mesir. Memperkasakan Umat Islam Melalui Perjuangan

KANDUNGAN

Latar Belakang Zulkifli Muhammad.

Pembentukan Pemikiran Ketika Belajar di Mesir.

Memperkasakan Umat Islam Melalui Perjuangan Politik.

Pemikiran Zulkifli Muhammad dan Kaitannya Dengan Cabaran Semasa.

Page 3: SEMINAR KEBANGSAAN ISU KETAMADUNAN DAN CABARAN … fileKANDUNGAN Latar Belakang Zulkifli Muhammad. Pembentukan Pemikiran Ketika Belajar di Mesir. Memperkasakan Umat Islam Melalui Perjuangan

ZULKIFLI MUHAMMAD (1927-1964)

Page 4: SEMINAR KEBANGSAAN ISU KETAMADUNAN DAN CABARAN … fileKANDUNGAN Latar Belakang Zulkifli Muhammad. Pembentukan Pemikiran Ketika Belajar di Mesir. Memperkasakan Umat Islam Melalui Perjuangan

LATAR BELAKANG

ZULKIFLI MUHAMMAD

Zulkifli Muhammad dilahirkan pada 22 Mac 1927 di Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak.

Diserang penyakit polio yang melemahkan tangan dan kakinya ketika berumur 2 bulan.

Pendidikan awal di Sekolah Melayu Parit, Perak.

Menyambung pengajian di Madrasah Aziziyyah, Parit, Perak sehingga tahun 1937.

Meneruskan pengajian di Madrasah Idrisiyyah, Kuala Kangsar, Perak (1943-1945).

Pernah memasuki Maahad al-Ihya’ al-Sharif, Gunung Semanggol, Perak (1947).

Mengambil jurusan syariah di Universiti al-Azhar, Mesir (1947).

Page 5: SEMINAR KEBANGSAAN ISU KETAMADUNAN DAN CABARAN … fileKANDUNGAN Latar Belakang Zulkifli Muhammad. Pembentukan Pemikiran Ketika Belajar di Mesir. Memperkasakan Umat Islam Melalui Perjuangan

PEMBENTUKAN PEMIKIRAN

KETIKA BELAJAR DI MESIR

Yang Dipertua Persekutuan Putera-Putera Semenanjung (PPS), 1949-1950.

Ketua Jawatankuasa Rumah Melayu (1948).

Menyertai Jam’iyyah al-Shubban al-Muslimin pimpinan Saleh Harbesha di Mesir.

Menyertai Persatuan Kemerdekaan Indonesia bagi membantu rakyat Indonesia yang baru mencapai kemerdekaan daripada Belanda.

Presiden Lembaga Pembela Malaya (LPM) yang ditubuhkan oleh pelajar Melayu di Mesir.

LPM pernah berhubung dengan Ikhwan al-Muslimin (Mesir), Masyumi (Indonesia), PKMM dan Hizbul Muslimin (Tanah Melayu).

Page 6: SEMINAR KEBANGSAAN ISU KETAMADUNAN DAN CABARAN … fileKANDUNGAN Latar Belakang Zulkifli Muhammad. Pembentukan Pemikiran Ketika Belajar di Mesir. Memperkasakan Umat Islam Melalui Perjuangan
Page 7: SEMINAR KEBANGSAAN ISU KETAMADUNAN DAN CABARAN … fileKANDUNGAN Latar Belakang Zulkifli Muhammad. Pembentukan Pemikiran Ketika Belajar di Mesir. Memperkasakan Umat Islam Melalui Perjuangan

MEMPERKASAKAN UMAT ISLAM

MELALUI PERJUANGAN POLITIK

Pulang ke Perak akibat masalah kesihatan (1952).

Dilantik Setiausaha Kolej Islam Malaya (1955).

Pernah berjuang bersama-sama Onn Jaafar menentang penubuhan Malayan Union (1946).

Pernah ditawarkan jawatan Setiausaha Agong UMNO (1954), tetapi menolaknya.

Menyertai PAS (1955) setelah UMNO bergabung dengan MCA dan MIC membentuk Parti Perikatan.

Mewakili PAS dalam PRU 1955 di DUN Selangor Tengah (Klang), namun mengalami kekalahan.

Dilantik Timbalan Yang Dipertua PAS (1956).

Berjaya memenangi kerusi Parlimen Bachok, Kelantan pada PRU 1959 dan PRU 1964.

Page 8: SEMINAR KEBANGSAAN ISU KETAMADUNAN DAN CABARAN … fileKANDUNGAN Latar Belakang Zulkifli Muhammad. Pembentukan Pemikiran Ketika Belajar di Mesir. Memperkasakan Umat Islam Melalui Perjuangan

PEMIKIRAN ZULKIFLI

MUHAMMAD DAN

KAITANNYA DENGAN

CABARAN SEMASA

Page 9: SEMINAR KEBANGSAAN ISU KETAMADUNAN DAN CABARAN … fileKANDUNGAN Latar Belakang Zulkifli Muhammad. Pembentukan Pemikiran Ketika Belajar di Mesir. Memperkasakan Umat Islam Melalui Perjuangan

KEDUDUKAN POLITIK DALAM ISLAM

Beliau pernah menegaskan falsafah beliau tentang kedudukan politik dalam Islam iaitu, “…Islam tidak akan dapat dipisahkan dari politik, dan politik tidak ada kalau tidak ada Islam”.

Jabatan Penerangan PAS Pusat telah mengedarkan 12 risalah bertajuk “Kursus Politik dan Islam” kepada cawangan PAS di seluruh negara pada tahun 1965. Risalah tersebut menegaskan justifikasi kepada kewujudan parti politik Islam kerana Islam mewajibkan umatnya berpolitik.

Page 10: SEMINAR KEBANGSAAN ISU KETAMADUNAN DAN CABARAN … fileKANDUNGAN Latar Belakang Zulkifli Muhammad. Pembentukan Pemikiran Ketika Belajar di Mesir. Memperkasakan Umat Islam Melalui Perjuangan

KONSEP NEGARA ISLAM

Pemerintahan secara Islam dapat dijalankan di Malaysia walaupun rakyatnya berbilang kaum kerana asas Islam adalah baik dan membawa rahmat kepada semua manusia.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) pernah menganjurkan Muktamar Mengenai Konsep Negara Islam pada 22 hingga 23 September 1985 dan memutuskan Malaysia adalah negara Islam.

Simposium Negara Islam anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat pada 6 Oktober 1985 pula memutuskan Malaysia bukan negara Islam. Abdul Hadi Awang dalam kertas kerjanya bertajuk “Konsep Negara Islam dan Matlamatnya” juga menegaskan kewajipan menegakkan negara Islam.

Page 11: SEMINAR KEBANGSAAN ISU KETAMADUNAN DAN CABARAN … fileKANDUNGAN Latar Belakang Zulkifli Muhammad. Pembentukan Pemikiran Ketika Belajar di Mesir. Memperkasakan Umat Islam Melalui Perjuangan

KEAHLIAN PAS BAGI BUKAN ISLAM

Islam tidak dapat ditegakkan di Tanah Melayu tanpa sokongan bukan Islam kerana mereka juga mempunyai hak dalam sebuah negara Islam. Beliau kemudian mencadangan agar keahlian PAS turut dibuka kepada bukan Islam, namun ditolak.

Pada tahun 1999, PAS telah menyatakan hasrat untuk membuka keahlian PAS kepada bukan Islam, namun mendapat kritikan hebat kerana dianggap mahu memancing undi menjelang pilihan raya.

Pada tahun 2005, PAS berazam untuk meminda perlembagaan parti bagi membolehkan bukan Islam menjadi ahli dalam usaha memantapkan perjuangan PAS pada masa hadapan.

Page 12: SEMINAR KEBANGSAAN ISU KETAMADUNAN DAN CABARAN … fileKANDUNGAN Latar Belakang Zulkifli Muhammad. Pembentukan Pemikiran Ketika Belajar di Mesir. Memperkasakan Umat Islam Melalui Perjuangan

PENGLIBATAN WANITA DALAM POLITIK

Pada tahun 1959, beliau menegaskan Islam menganggap wanita setaraf dengan lelaki, dan menyeru wanita Melayu agar melibatkan diri dalam politik kerana jumlah mereka masih kurang walaupun mereka turut memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara.

Dewan Muslimat PAS Pusat mula membincangkan penglibatan wanita sebagai calon pilihan raya dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-46 pada 2 hingga 4 Jun 2000, sebelum diluluskan oleh Majlis Syura Ulama PAS pada bulan Januari 2002.

Penglibatan wanita dalam kepimpinan tertinggi PAS juga mendapat pengiktirafan setelah Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah meminta perwakilan Muktamar Tahunan PAS Ke-51 agar memilih calon muslimat, Dr. Mariah Mahmud bagi menduduki jawatan Naib Presiden PAS pada tahun 2005.

Page 13: SEMINAR KEBANGSAAN ISU KETAMADUNAN DAN CABARAN … fileKANDUNGAN Latar Belakang Zulkifli Muhammad. Pembentukan Pemikiran Ketika Belajar di Mesir. Memperkasakan Umat Islam Melalui Perjuangan

KETEGASAN TERHADAP ISU YANG

MENYALAHI AJARAN ISLAM

Aksi mendedahkan aurat yang terdapat dalam filem Melayu berjudul Kipas Hikmat (1955) perlu disekat bukan sahaja di Tanah Melayu, tetapi juga di Singapura. Filem Melayu juga sepatutnya mempunyai identiti sendiri, dan pelakonnya juga tidak sepatutnya meniru pelakon Barat.

Pada tahun 1991, kerajaan Kelantan yang dikuasai PAS juga pernah melarang golongan wanita berusia lebih daripada 15 tahun daripada melibatkan diri dalam pertunjukan pentas.

Pada tahun 2000, kerajaan Terengganu di bawah pentadbiran PAS pula pernah memperkenalkan peraturan yang menghendaki wanita Islam di negeri itu mengenakan tudung dan pakaian yang menutup aurat

Page 14: SEMINAR KEBANGSAAN ISU KETAMADUNAN DAN CABARAN … fileKANDUNGAN Latar Belakang Zulkifli Muhammad. Pembentukan Pemikiran Ketika Belajar di Mesir. Memperkasakan Umat Islam Melalui Perjuangan

MEMBANTERAS KEGIATAN JUDI & ARAK

Beliau pernah meminta kerajaan membanteras masalah perjudian yang semakin meruncing dalam masyarakat Melayu kerana budaya judi kini bukan sahaja berkembang di kawasan pedalaman, malah turut melibatkan golongan wanita.

Pada tahun 1991, Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Menteri Besar Kelantan telah bertindak tegas dalam membendung kegiatan perjudian di Kelantan dengan mengarahkan penutupan kedai judi selepas lesen perniagaan mereka tidak diperbaharui.

Pada tahun 2004, Perdana Menteri iaitu Abdullah Ahmad Badawi pernah membatalkan permohonan lesen judi oleh sebuah syarikat perjudian utama, sebagaimana persetujuan prinsip antara beliau dengan mantan Perdana Menteri, Dr. Mahathir.

Page 15: SEMINAR KEBANGSAAN ISU KETAMADUNAN DAN CABARAN … fileKANDUNGAN Latar Belakang Zulkifli Muhammad. Pembentukan Pemikiran Ketika Belajar di Mesir. Memperkasakan Umat Islam Melalui Perjuangan

SISTEM EKONOMI ISLAM

Beliau menegaskan kerajaan di bawah pimpinan PAS akan melaksanakan sistem ekonomi Islam kerana dasar ekonomi Barat hanya boleh dipulihkan dengan pelaksanaan undang-undang ekonomi Islam. Pada tahun 1959, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jawatankuasa Ekonomi dan Sosial PAS bagi menggubal pelan tindakan sistem ekonomi Islam untuk Tanah Melayu. Pelan tindakan tersebut diterbitkan pada tahun 1960.

Sebaik sahaja PAS berjaya memerintah Kelantan setelah memenangi Pihan Raya Umum 1990, kerajaan Kelantan bertindak memindahkan akaun simpanan tetap kerajaan negeri daripada bank konvensional kepada Bank Islam pada tahun 1992.

Page 16: SEMINAR KEBANGSAAN ISU KETAMADUNAN DAN CABARAN … fileKANDUNGAN Latar Belakang Zulkifli Muhammad. Pembentukan Pemikiran Ketika Belajar di Mesir. Memperkasakan Umat Islam Melalui Perjuangan

MEMBELA MANGSA PERANG ARAB-ISRAEL

Beliau merupakan pengasas dan Presiden Egyptian Relief Fund Committee yang ditubuhkan bagi membantu rakyat Mesir yang telah menjadi mangsa Perang Arab-Israel pada tahun 1956.

Pada tahun 1967, PAS melancarkan seruan agar memboikot barangan Israel dan sekutu Israel, serta menyeru orang Islam agar memberi sokongan moral kepada Mesir sama ada mendaftarkan diri sebagai sukarela atau mengumpul dana.

Pada tahun 1967, Timbalan Perdana Menteri iaitu Tun Abdul Razak juga menyuarakan kebimbangan terhadap krisis tersebut kerana hubungan yang erat antara Malaysia dan Mesir dalam bidang agama dan kebudayaan sudah wujud sekian lama.

Page 17: SEMINAR KEBANGSAAN ISU KETAMADUNAN DAN CABARAN … fileKANDUNGAN Latar Belakang Zulkifli Muhammad. Pembentukan Pemikiran Ketika Belajar di Mesir. Memperkasakan Umat Islam Melalui Perjuangan

KEKEJAMAN ISRAEL TERHADAP PALESTIN

Pada tahun 1960, beliau pernah mendesak kerajaan Malaysia agar menarik semula pengiktirafan ke atas negara Israel kerana bukan sahaja menjejaskan kehormatan Tanah Melayu, tetapi juga menjejaskan imej Tanah Melayu khususnya dalam kalangan negara Islam.

Pada tahun 2000, PAS pernah menganjurkan perhimpunan di luar Kedutaan Amerika Syarikat, Kuala Lumpur bagi melancarkan perang jihad terhadap Israel.

Pada tahun 2000, Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan bahawa Malaysia sedia mengambil bahagian dalam sebarang operasi PBB bagi melindungi rakyat Palestin yang sedang diancam tentera Israel.

Page 18: SEMINAR KEBANGSAAN ISU KETAMADUNAN DAN CABARAN … fileKANDUNGAN Latar Belakang Zulkifli Muhammad. Pembentukan Pemikiran Ketika Belajar di Mesir. Memperkasakan Umat Islam Melalui Perjuangan

KOMANWEL NEGARA-NEGARA ISLAM

Beliau pernah mencadangkan agar kerajaan Tanah Melayu mengambil inisiatif untuk menubuhkan Komanwel Negara-Negara Islam bagi menyatukan negara-negara Islam dari seluruh dunia pada tahun 1960.

Pada tahun 1961, Tunku Abdul Rahman pernah menyuarakan hasrat untuk menubuhkan Komanwel Muslim yang menggabungkan negara-negara Islam yang pernah dijajah oleh British. Walaupun Pakistan menunjukkan minat untuk menyertai pertubuhan terebut, namun negara-negara Islam lain dalam Komanwel tidak menunjukkan minat termasuklah Mesir.

Page 19: SEMINAR KEBANGSAAN ISU KETAMADUNAN DAN CABARAN … fileKANDUNGAN Latar Belakang Zulkifli Muhammad. Pembentukan Pemikiran Ketika Belajar di Mesir. Memperkasakan Umat Islam Melalui Perjuangan

KESIMPULAN Perjuangan Zulkifli Muhammad dalam bidang

politik tidak lama setelah meninggal dunia dalam usia 36 tahun akibat kemalangan (1964).

Kecacatan yang dialaminya tidak sedikitpun melemahkan semangat beliau bagi menghadapi pelbagai ranjau dalam perjuangan politik.

Beliau merupakan ahli politik yang tegas terhadap ajaran yang bercanggah dengan Islam, dan tidak segan untuk menegur dasar kerajaan.

Meskipun beliau merupakan bekas pemimpin PAS, namun pemikirannya tidak hanya diperjuangkan oleh ulama dan pemimpin PAS, tetapi juga oleh pemimpin UMNO dan kerajaan.

Hal ini menunjukkan pemikiran beliau bukan sahaja relevan dengan cabaran semasa, malah bersifat sejagat dan sesuai dengan ajaran Islam.

Page 20: SEMINAR KEBANGSAAN ISU KETAMADUNAN DAN CABARAN … fileKANDUNGAN Latar Belakang Zulkifli Muhammad. Pembentukan Pemikiran Ketika Belajar di Mesir. Memperkasakan Umat Islam Melalui Perjuangan

SEKIAN, TERIMA KASIH