seminar bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan melayu … · pantun warisan madiawati mamat ......

15

Upload: hoanghuong

Post on 10-Mar-2019

296 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu … · Pantun Warisan Madiawati Mamat ... penguasaan bahasa kedua pula merupakan proses pembelajaran secara formal yang berkembang
Page 2: Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu … · Pantun Warisan Madiawati Mamat ... penguasaan bahasa kedua pula merupakan proses pembelajaran secara formal yang berkembang

PROSIDING Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu

SEBAHTERA

2018 Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia

Baharu

5 Disember 2018

Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Kebangsaan Malaysia

Anjuran Pusat Kelestarian Warisan dan Kebitaraan Melayu,

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

dan Akademi Pengajian Melayu,

Universiti Malaya

Page 3: Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu … · Pantun Warisan Madiawati Mamat ... penguasaan bahasa kedua pula merupakan proses pembelajaran secara formal yang berkembang

Diterbitkan oleh:

Pusat Kelestarian Warisan dan Kebitaraan Melayu,

Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan,

Universiti Kebangsaan Malaysia,

43600 UKM Bangi,

Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Tel.: 603-8921 5265/5290

Faks.: 603-8921 3340

E-mel: [email protected]

Semua hak terpelihara.

Hak cipta © Pusat Kelestarian Warisan dan Kebitaraan Melayu 2018

Semua bahagian di dalam prosiding ini tidak boleh disiarkan atau diterbitkan semula

dalamsebarang bentuk atau dengan apacara sekalipun sama ada secara elektronik, mekanikal,

penggambaran semula, perakaman dan sebagainya, tanpa mendapatkebenaran terlebih dahulu

daripada Pusat Kelestarian Warisan dan Kebitaraan Melayu.

Cetakan pertama 2018

Page 4: Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu … · Pantun Warisan Madiawati Mamat ... penguasaan bahasa kedua pula merupakan proses pembelajaran secara formal yang berkembang

KANDUNGAN Latar Belakang iv Ucap Utama 1 Penerokaan Dimensi Baru dalam Pengajian Melayu Supyan Hussin

1-5 Ucap Utama 2 Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu Puteri Roslina Abdul Wahid

6-10 Pemvisualan Simbol dalam Peribahasa Melayu: Pemahaman Makna Konseptual Simbol Peribahasa dalam Konteks Pengajian Melayu Era Baharu Hasmidar Hassan & Nur Yuhanis Mohd Nasir

11-15 Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu Menerusi Pembelajaran Bahasa Melayu kepada Penutur Asing: Aplikasi Pembelajaran Kooperatif

Learning Together Nurul Haniza Samsudin, Puteri Roslina Abdul Wahid & Mohd Firdaus Jafranee

16-22 Hala Tuju Pengajian Warisan di Program Persuratan Melayu dalam Era Malaysia Baharu Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff

23-31 Tahap Kepercayaan Etnik Melayu Terhadap Etnik Lain dan Pengaruhnya kepada Interaksi Sosial Penghuni Rumah Jenis Pangsapuri Marzudi Md Yunus, Zamre Abu Hassan & Mohammad Nazzri Ahmad

32-36

Manifestasi Perpaduan dalam Era Malaysia Baharu Melalui Kumpulan Pantun Warisan Madiawati Mamat@Mustaffa, Nurhamizah Hashim & Eizah Mat Hussain

37-41 Memperkasa Golongan OKU dalam Bidang Seni Visual Seiring Cabaran ke Arah Malaysia Baharu Sabzali Musa Kahn, Rainal Hidayat Wardi, Zamruddin Abdullah & Siti Rohaya Yahaya

42-46 Pencerakinan Dialek Melayu Berasaskan Kaedah Makmal: Kajian Dialek Melayu Alaf 21 Shahidi A.H. & Rahim Aman

47-52

Page 5: Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu … · Pantun Warisan Madiawati Mamat ... penguasaan bahasa kedua pula merupakan proses pembelajaran secara formal yang berkembang

LATAR BELAKANG

Penelitian ilmiah terhadap alam Melayu yang merangkumi hal berkaitan bahasa,

kesusasteraan, kebudayaan dan kesenian Melayu mempunyai sifat internasional. Kajian-

kajian terdahulu, khasnya yang dilaksanakan oleh sarjana Barat lebih menitikberatkan soal

sejarah zaman purbakala dan sejarah zaman Hindu-Buddha, seolah-olah menggambarkan

itulah punca kehidupan masyarakat Melayu. Di zaman kolonial, nilai-nilai Barat menyerap ke

dalam suasana kehidupan alam Melayu dalam bidang-bidang politik, sosial, ekonomi, sains

dan teknologi; namun pandangan hidup yang dianjurkan sistem tersebut (Barat)

memperkukuhkan tradisi seni sebagai punca kehidupan. Impak daripada itu, lahirlah teks-teks

bahasa, sastera dan seni budaya ditelusuri menerusi pendekatan-pendekatan yang

diperkenalkan oleh para orientalis berdasarkan pelbagai konsep dan teori yang diakui dari

Barat.

Kini, isu-isu yang dibincangkan semakin pelbagai sifatnya, khususnya dalam konteks

masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa. Seminar Bahasa, Kesusasteraan

dan Kebudayaan Melayu kali ke-9 (SEBAHTERA 2018) akan bertemakan “Aspirasi

Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu”. Justeru pelbagai aspek berkenaan dengan

aspirasi pengajian Melayu dalam era Malaysia Baharu akan dibincangkan dalam seminar ini

yang merangkumi aspek bahasa, linguistik, kesusasteraan, kesenian dan kebudayaan Melayu.

Justeru, penganjuran seminar SEBAHTERA ini diharap memberi manfaat dan

berkeupayaan memberi input baharu terhadap penyelidikan dalam pengajian Melayu, kepada

kedua-dua institusi (UKM dan UM), khususnya kepada Pusat Kelestarian Warisan dan

Kebitaraan Melayu (BAYU), Universiti Kebangsaan Malaysia dan Akademi Pengajian

Melayu (APM), Universiti Malaya. Memandangkan kedua-dua institusi mempunyai kekuatan

dalam bidang-bidang yang dinyatakan di atas, maka diharapkan kerjasama melalui seminar

ini mampu meningkatkan lagi mutu penyelidikan dalam pengajian Melayu, khususnya dalam

membincangkan tema perbincangan yang diajukan.

Page 6: Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu … · Pantun Warisan Madiawati Mamat ... penguasaan bahasa kedua pula merupakan proses pembelajaran secara formal yang berkembang

Aspirasi Pengajian Melayu dalam Malaysia Baharu Menerusi Pembelajaran

Bahasa Melayu kepada Penutur Asing: Aplikasi Pembelajaran Kooperatif

Learning Together

Nurul Haniza Samsudin, Puteri Roslina Abdul Wahid & Mohd Firdaus Jafranee

Akademi Pengajian Melayu

Universiti Malaya

Abstrak

Pembelajaran bahasa merupakan satu kesinambungan daripada Perkara 152 (1) Perlembagaan

Malaysia yang memperuntukkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.

Pembelajaran bahasa tidak hanya tertumpu di sekolah-sekolah sahaja, tetapi mempunyai

kesinambungan sehingga peringkat universiti. Pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa

asing di peringkat tinggi bertitik tolak kepada dasar pengantarabangsaan sesebuah universiti.

Kebanjiran pelajar antarabangsa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi

Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menjadikan kursus bahasa Melayu wajib dipelajari oleh

mereka. Penawaran kursus-kursus seperti ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana telah lama

dipraktikkan oleh negara-negara lain seperti Eropah, Jepun, Belanda, dan sebagainya. Oleh

itu, Universiti Malaya melalui Akademi Pengajian Melayu turut menyahut cabaran

menawarkan kursus bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar asing. Penulisan ini akan

memfokuskan kepada kaedah pembelajaran bahasa, iaitu pembelajaran koperatif Learning

Together oleh Johnson & Johnson (1986) yang diaplikasikan dalam subjek Penulisan bahasa

Melayu Semester 2, sesi 2018/2019 di Akademi Pengajian Melayu. Subjek Penulisan bahasa

Melayu ini merupakan satu kursus yang wajib dipelajari oleh pelajar pertukaran. Penulisan

ini turut melihat aplikasi pembelajaran koperatif Learning Together yang diaplikasikan dalam

pembelajaran tersebut. Penulisan ini turut mengaplikasikan lima kategori utama pembelajaran

koperatif, iaitu menspesifikasi objektif, membuat keputusan, menjelaskan tugasan, matlamat,

Page 7: Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu … · Pantun Warisan Madiawati Mamat ... penguasaan bahasa kedua pula merupakan proses pembelajaran secara formal yang berkembang

dan aktiviti pembelajaran, memantau dan campur tangan, serta menilai dan memproses.

Dapatan kajian ini menunjukkan pembelajaran koperatif Learning Together ini mudah

diaplikasikan oleh pengajar dan pelajar pertukaran serta membolehkan pembelajaran bersifat

dua hala dijalankan.

Kata kunci: pembelajaran bahasa; pembelajaran koperatif; Learning Together; pelajar

pertukaran; penulisan bahasa Melayu.

Pendahuluan

Pemerolehan dan pembelajaran bahasa merupakan cabang dalam ilmu psikolinguistik yang

menunjukkan penguasaan sesuatu bahasa. Kedua-dua istilah ini mempunyai perbezaan

meskipun daripada cabang yang sama. Pemerolehan bahasa melibatkan keupayaan

menuturkan Bahasa ibunda tanpa melibatkan pembelajaran yang formal. Sebaliknya,

penguasaan bahasa kedua pula merupakan proses pembelajaran secara formal yang

berkembang melalui latihan dan pengukuhan. Walau bagaimanapun, pemerolehan dan

pembelajaran bahasa amat penting dalam menggambarkan kecekapan bahasa peringkat tinggi

(Brown 1994: 48). Kecekapan ini turut dikaitkan dengan kecerdasan (Skehan 1989: 15),

manakala Ellis (1997:73) pula menyatakan kejayaan mempelajari sesuatu bahasa ada

kaitannya dengan keupayaan-keupayaan Bahasa tertentu. Keupayaan-keupayaan ini

termasuklah keupayaan mengekodkan fonemik bahasa, keupayaan mengenal pasti bunyi-

bunyi bahasa baharu, peka terhadap tatabahasa, memahami fungsi perkataan dalam ayat

baharu, dan mengingat kosa kata baharu. Pembelajaran bahasa juga dianggap sebagai proses

pembelajaran secara formal, iaitu melalui pembelajaran berkumpulan atau kendiri (Kramina

2000: 27). Strategi pembelajaran merupakan tindakan spesifik yang menjadikan pembelajaran

lebih mudah ditanggapi, menyeronokkan, efektif, dan sebagainya. Hal ini demikian kerana

pelajar – pelajar mempunyai kebolehan yang berbeza antara satu sama lain dalam aspek

Page 8: Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu … · Pantun Warisan Madiawati Mamat ... penguasaan bahasa kedua pula merupakan proses pembelajaran secara formal yang berkembang

penstoran maklumat, mendapatkan semula, dan menggunakan maklumat berkaitan bahasa

yang dipelajari. Malah, strategi pembelajaran bahasa yang bersesuaian juga mampu

memotivasikan seseorang berbanding mereka yang tidak mengaplikasikannya. Salah satu

strategi pembelajaran bahasa yang boleh diterapkan ialah pembelajaran koperatif.

Pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran secara berkumpulan yang berstruktur.

Melalui aplikasi pembelajaran ini, para pelajar dapat membantu antara satu sama lain,

berbincang, dan menyatakan pendapat tentang pembelajaran semasa untuk kefahaman antara

mereka. Walau bagaimanapun, pembelajaran koperatif ini bukanlah sesuatu yang baharu

kerana sering diaplikasikan dalam pembelajaran bahasa. Pada kebiasaannya, pembelajaran ini

diaplikasikan bagi tujuan yang terhad seperti projek berkumpulan, laporan, dan sebagainya

(Slavin 1995:2). Pembelajaran koperatif ini mempunyai kelebihan terutamanya jika dikaitkan

dengan motivasi dan interaksi sesama pelajar.

Sorotan Kajian

Kajian yang dijalankan oleh Asif Khan & Mumtaz Akhtar (2017) telah membandingkan

pembelajaran koperatif dengan tradisional dalam pembelajaran bahasa Inggeris. Mereka

mendapati salah satu model pembelajaran koperatif, iaitu Student Teams Achievement

Divisions (STAD) mampu meningkatkan keupayaan mempelajari bahasa. Model ini

melibatkan pembelajaran dalam kumpulan kecil yang mengandungi empat hingga enam

orang ahli. Model ini dibahagikan kepada beberapa komponen seperti demonstrasi, kerja

berpasukan, kuiz individu, dan pengecaman kumpulan. Pembelajaran koperatif ini merupakan

pembelajaran terancang dan penilaian bukanlah tertumpu kepada kumpulan sahaja. Setiap

ahli dalam kumpulan boleh mempelajari pelbagai kemahiran secara bersama kerana ada

kalangan pelajar lebih mudah belajar sesuatu kemahiran dengan bantuan rakan mereka.

Pembelajaran koperatif dikatakan lebih bermakna jika dipenuhi dengan aktiviti yang

Page 9: Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu … · Pantun Warisan Madiawati Mamat ... penguasaan bahasa kedua pula merupakan proses pembelajaran secara formal yang berkembang

memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar terutamanya dalam pembelajaran bahasa

asing. Kajian oleh Tzu (2007) menunjukkan bahawa peranan guru bukan hanya sebagai

pemberi sokongan dan fasilitator semata-mata, malah menyediakan pelajar dengan bahan-

bahan pembelajaran yang sesuai dan mereka bentuk strategi pembelajaran yang sistematik.

Aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam pembelajaran koperatif ialah

menayangkan video, membentangkan kata kunci, frasa, dan idea-idea penting. Sesi soal

jawab juga dijalankan apabila aktiviti pembelajaran berakhir. Pembelajaran koperatif juga

mampu mendidik murid bersifat tanggung jawab dan yang dapat digambarkan melalui prinsip

we sink or swim together. Menurut Bhavani dan Zamri Mahmod (2017) pula, konsep

kerjasama yang diterapkan ialah perkongsian ilmu supaya setiap ahli kumpulan memahami

konsep yang dipelajari. Dalam aspek motivasi pula, pendekatan pembelajaran koperatif

merupakan satu pendekatan pedagogi yang membantu mengurangkan masalah disiplin di

dalam kelas. Hal ini demikian kerana mereka mempunyai keterlibatan dalam aktiviti

pembelajaran yang sama dengan rakan sekelas yang lain. Seterusnya, kajian yang dijalankan

oleh Fauziah Md Jaafar, Rafisah Osman, Khaliza Saidin, & Nurhafizah Abdan (2017) pula

melihat keberkesanan pembelajaran koperatif berbanding pembelajaran tradisional dalam

mata pelajaran Jawi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pembelajaran koperatif

merupakan salah satu kaedah alternatif dalam pengajaran dan pembelajaran Jawi. Antara

kelebihan kaedah ini ialah memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi sesama rakan

sekumpulan dan mengelakkan rasa kebergantungan kepada guru dalam menerangkan

kandungan pembelajaran.

Objektif Kajian

Kajian ini akan melihat reka bentuk pembelajaran koperatif dan aplikasinya dalam

pembelajaran penulisan bahasa Melayu kepada pelajar asing.

Page 10: Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu … · Pantun Warisan Madiawati Mamat ... penguasaan bahasa kedua pula merupakan proses pembelajaran secara formal yang berkembang

Model Pembelajaran Kooperatif

Kajian ini adalah berdasarkan model pembelajaran koperatif Johnson & Johnson (1986).

Melalui model ini terdapat lima asas utama dalam pembelajaran koperatif,

iaitukebergantungan positif, interaksi tatap muka, tanggung jawab individu, interpersonal dan

kemahiran sosial, dan penilaian kumpulan. Rajah di bawah menunjukkan model

pembelajaran koperatif tersebut, iaitu:

Rajah 1: Model Pembelajaran Koperatif Johnson & Johnson (1986)

Berdasarkan rajah di atas, terdapat lima asas dalam pembelajaran koperatif asas yang

pertama ialah kebergantungan positif yang melibatkan pelajar dan ahli kumpulannya.

Keadaan saling kebergantungan wujud apabila pelajar belajar untuk pencapaiannya sendiri

dan turut memastikan bahawa ahli kumpulannya turut menguasai isi kandungan yang sama.

Situasi ini menunjukkan bahawa setiap ahli kumpulan bergantung antara satu sama lain tanpa

meninggalkan pelajar yang lemah. Kedua, interaksi tatap muka turut menyumbang kepada

kebergantungan positif apabila berlakunya interaksi dan perbincangan antara ahli kumpulan.

Interaksi seperti ini juga secara tidak langsung melibatkan penglibatan aktif ahli-ahli dalam

kumpulan. Ahli-ahli kumpulan turut bertanggung jawab terhadap diri sendiri dan ahli

kumpulan lain. Tanggung jawab ahli dalam sesuatu tugasan juga perlu sama rata, iaitu

Page 11: Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu … · Pantun Warisan Madiawati Mamat ... penguasaan bahasa kedua pula merupakan proses pembelajaran secara formal yang berkembang

kesemua mereka mendapat peluang mengajar atau menerangkan kefahaman terhadap ahli

kumpulan lain. Kemahiran interpersonal dan kemahiran sosial dalam pembelajaran koperatif

pula melibatkan kepimpinan, interaksi sosial, perasaan saling mempercayai, kebolehan

membuat keputusan, dan pengurusan konflik yang baik untuk menyelesaikan semua tugasan

yang diberikan oleh guru. Akhir sekali, penilaian kumpulan melibatkan refleksi dalam

kumpulan melalui penilaian kepada keberkesanan kumpulan pembelajaran. Penilaian dalam

kumpulan ini melibatkan maklum balas dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, sama ada

kandungan pembelajaran berjaya diselesaikan atau tidak. Maklum balas daripada kumpulan

lain juga turut membantu pelajar menilai diri mereka sendiri bertujuan menambahbaikkan

kualiti kaedah pembelajaran pada masa akan datang.

Selain pendekatan Johnson & Johnson (1986), terdapat juga model pembelajaran

koperatif seperti yang diperkenalkan oleh Sharan (1976), Slavin (1988), Kagan & Kagan

(1998), dan sebagainya. Secara asasnya, pendekatan ini agak sama tetapi terdapat beberapa

perbezaan daripada aspek pelaksanaan pendekatan ini. Contohnya, Slavin (1988)

memperkenalkan Student Team Learning, Kagan & Kagan (1998) pula mengetengahkan

kaedah pengajaran berasaskan Roundtable, dan Sharan & Sharan (1976) mempopularkan

Group Investigation Techniques. Walau bagaimanapun, pendekatan pembelajaran koperatif

yang diperkenalkan oleh Johnson & Johnson (1986) dipilih untuk diaplikasikan dalam kajian

ini. Pendekatan ini dinamakan Learning Together yang mengandungi 18 langkah dalam lima

kategori. Pembahagian kategori ini menunjukkan berlakunya proses membuat keputusan oleh

guru dalam mereka bentuk rancangan pengajaran. Dalam konteks ini, rancangan pengajaran

yang direka bentuk ialah untuk pembelajaran Penulisan bahasa Melayu kepada pelajar

pertukaran di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Rajah berikut menunjukkan

lima kategori dan 18 langkah dalam pendekatan Learning Together, iaitu:

Page 12: Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu … · Pantun Warisan Madiawati Mamat ... penguasaan bahasa kedua pula merupakan proses pembelajaran secara formal yang berkembang

Rajah 2: Lima Kategori dan 18 Langkah Dalam Pembelajaran Learning Together

Kaedah Kajian dan Data Kajian

Kajian ini melibatkan kajian kes berkaitan pengaplikasian pembelajaran koperatif dalam

pembelajaran Penulisan bahasa Melayu kepada pelajar pertukaran. Kajian ini turut

melibatkan kajian kepustakaan dan lapangan. Kajian lapangan dijalankan selama satu minggu

dan mengambil masa selama dua jam bagi setiap sesi pengajaran. Kaedah pemerhatian turut

diaplikasikan dalam kajian ini dengan melihat kaedah pelaksanaan pembelajaran koperatif di

dalam kelas Penulisan bahasa Melayu seperti yang dinyatakan mengikut model pembelajaran

koperatif oleh Johnson & Johnson (1986). Pelajar-pelajar pertukaran ini adalah seramai 23

orang, iaitu 20 orang dari China, dua orang dari Korea Selatan, dan seorang pelajar dari

Perancis (berasal daripada Madagascar). Kelas ini dikendalikan oleh seorang tenaga pengajar

yang merupakan pensyarah sambilan di Akademi Pengajian Melayu.

1. Spesifikasi objektif

Page 13: Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu … · Pantun Warisan Madiawati Mamat ... penguasaan bahasa kedua pula merupakan proses pembelajaran secara formal yang berkembang

Pengajar telah menspesifikasikan objektif yang menjurus kepada kerjasama dalam

pembelajaran bahasa Melayu bermula. Objektif yang diketengahkan ialah membetulkan

kesalahan menulis karangan yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar pertukaran ini. Fokus

pembelajaran ini ialah kesilapan yang dilakukan dalam penggunaan kata tugas. Pengajar juga

telah menayangkan slaid berkaitan penggunaan kata tugas mengikut konteks bahasa Melayu.

Penggunaan contoh-contoh ayat adalah berdasarkan karangan para pelajar pertukaran itu

sendiri bermula dari minggu pertama sehingga minggu ketujuh pengajaran. Pengajar turut

menyatakan bahawa pada minggu ini pembelajaran akan diadakan secara berkumpulan, iaitu

para pelajar perlu membetulkan kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam karangan yang

dipilih secara rawak.

2. Membuat keputusan

Pengajar akan menentukan saiz kumpulan, agihan kumpulan, susunan kumpulan, dan

menjelaskan peranan setiap ahli. Situasi ini penting bagi menentukan kesesuaian sesuatu

bahan pengajaran. Pengajar telah membahagikan pelajar kepada enam kumpulan, iaitu

ahlinya terdiri daripada empat orang (terdapat satu kumpulan mempunyai tiga orang ahli).

Mereka membentuk kumpulan yang berbentuk bulatan dan setiap ahli perlu mencari

kesilapan penggunaan kata tugas dalam karangan yang diberikan. Situasi ini penting bagi

menentukan bentuk rancangan pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

3.Menjelaskan tugasan, matlamat, dan aktiviti pembelajaran

Pada tahap ini, pengajar menjelaskan berkaitan tugasan yang diberikan dengan lebih

terperinci. Hal ini demikian kerana para pelajar pertukaran ini biasanya memerlukan

penerangan yang lebih mendalam tentang sesuatu tugasan yang diberikan. Mereka perlu

membetulkan kesalahankesalahan penggunaan perkataan dalam karangan yang diberikan.

Mereka perlu menandakannya dalam kertas tersebut dengan menggunakan pen merah. Setiap

ahli kumpulan perlu berbincang bersama-sama sambil membetulkan kesilapan tersebut dan

Page 14: Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu … · Pantun Warisan Madiawati Mamat ... penguasaan bahasa kedua pula merupakan proses pembelajaran secara formal yang berkembang

tidak hanya bergantung kepada seorang ahli kumpulan sahaja. Mereka perlu mempunyai

persepsi untuk mendapatkan kualiti pengetahuan yang sama. Dalam situasi pembelajaran

berkumpulan learning together ini, interaksi tatap muka berlaku dan memudahkan maklumat

disampaikan dengan jelas. Kebergantungan positif juga wujud apabila mereka bersama-sama

melakukan tugasan bagi mencapai tujuan kumpulan, iaitu menyelesaikan tugas mencari

kesalahan dalam karangan. Bagi tanggung jawab individu pula, pembelajaran jenis ini

memperlihatkan cirinya iaitu setiap ahli kumpulan secara individunya menguasai

pembelajaran yang diajarkan

4. Memantau dan Campur Tangan Menilai dan Memproses

Pembelajaran koperatif yang dijalankan masih memberikan autonomi kepada pengajar dalam

aspek pemantauan tingkah laku pelajar dalam kumpulan. Pemerhatian dilakukan oleh

pengajar bagi memantau pelajar-pelajar yang pasif dan tidak memberikan kerjasama dalam

perbincangan. Perancangan berbentuk bantuan turut diberikan berupa hint, cadangan, dan

sebagainya untuk menghubungkan pembelajaran lalu dengan pembelajaran semasa. Setelah

setiap kumpulan selesai mencari kesilapan tatabahasa tersebut, mereka perlu

membentangkannya di hadapan kelas.bSeterusnya, sebagai penutup pembelajaran para

pelajar telah diberikan latihan tatabahasa secara berseorangan dan mereka perlu mengisi

jawapan yang betul berdasarkan soalan yang diberikan.

5. Menilai dan Memproses

Penilaian dilakukan oleh pengajar sama ada para pelajar memahami penggunaan kata tugas

yang telah diajarkan kepada mereka. Penilaian dilakukan dengan merujuk semula kepada

penyuntingan yang dilakukan terhadap karangan yang dibetulkan dan soalan yang dijawab di

akhir pembelajaran. Pengajar turut menilai kaedah pembelajaran ini dengan merujuk semula

kepada rakaman video, gambar, dan pemerhatian yang dicatatkan oleh pengkaji dalam kajian

Page 15: Seminar Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu … · Pantun Warisan Madiawati Mamat ... penguasaan bahasa kedua pula merupakan proses pembelajaran secara formal yang berkembang

ini. Pengajar turut menjalankan pemerhatian yang tidak berstruktur terhadap tingkah laku

pelajar dalam kumpulan tersebut. Melalui penilaian ini, pengajar ingin meneruskan kaedah

pembelajaran koperatif Learning Together ini kerana mudah diikuti, mudah mengawal

tingkah laku pelajar, dan sebagainya.

Kesimpulan

Pembelajaran bahasa Melayu yang mengaplikasikan pembelajaran koperatif ini didapati

mudah dijalankan kerana mempunyai fasa dan langkah yang teratur. Situasi ini menjadi lebih

relevan apabila pembelajaran bahasa Melayu kepada penutur asing mengaplikasikan kaedah

pembelajaran koperatif Learning Together. Antara kelebihan yang diperhatikan ialah

interaksi dua hala antara ahli kumpulan dalam bahasa Melayu berbanding menggunakan

bahasa Inggeris dan bahasa ibunda mereka sendiri. Malah, kaedah ini turut memberikan

motivasi kepada pelajar kerana peranan ahli kumpulan itu sendiri dan mengetepikan sifat

individualistik. Walau bagaimanapun, kekuatan pembelajaran ini masih bergantung kepada

guru kerana perancangan pembelajaran yang mencukupi, pemberian tugasan yang

bersesuaian dengan keupayaan pelajar, dan agihan tugas yang sama banyak membantu

kejayaan pembelajaran jenis ini. Kaedah pembelajaran koperatif ini hendaklah dirancang

dengan teliti supaya pelajar menerima arahan yang lengkap, berpeluang untuk berinteraksi

secara aktif antara satu sama lain, dan mempunyai pelbagai aktiviti menarik untuk dilakukan

secara berkumpulan. Masa pembelajaran yang seimbang juga perlu dititikberatkan supaya

pelajar dapat memanfaatkan perbincangan yang dijalankan. Suasana kelas yang selesa dan

bersaiz sederhana turut diambil kira supaya pembentukan kumpulan dan pergerakan keluar

masuk kelas tidak mengganggu kumpulan-kumpulan lain.