semantik sem.6

28
Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2010: 1659), teori ialah pendapat (bersifat pandangan yang tidak dapat dibuktikan dengan kukuhnya) yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara dan lain-lain. Menurut Lyons (1993: 483), semantik mellibatkan interprestasi konotatif, rujukan denotatif, syarat benar, struktur argumentasi (penafian) dan peraturan tema yang kesemuanya mempunyai pertalian dengan sintaksis atau ayat. Kajian semantik pada aras kata misalnya, dapat dibahagikan kepada makna denotasi, konotasi, ekstensi, intensi, kiasan, kognitif, referensial, sempit, luas, konstruksi dan kontekstual. Walau bagaimanapun, deretan makna tersebut dapat dikelompokkan kepada dua sahaja, iaitu makna leksikal dan makna gramatikal atau struktural. Makna leksikal dapat dihubungkan dengan makna rujukan dengan berdasarkan makna kamus. Sementara makna gramatikal mempunyai keahlian yang kecil, tetap, tertutup dan dapat dikaitkan dengan perbezaan antara subjek dengan objek; pertentangan ketentuan, kala, bilangan; perbezaan antara kenyataan, pertanyaan dan permintaan. Selanjutnya, menurut Brown dan Yule (1983: 240), menerangkan semantik dianalisis melalui sintaksis yang membabitkan wacana atau teks secara keseluruhannya. Analisis ini mempertimbangkan sintaksis dan semantik yang berfungsi untuk menerangkan ciri-ciri linguistik sesuatu wacana. Setiap nilai maksud atau makna yang dianalisis mestilah tepat dan sesuai dengan fakta pada ketika pengkaji itu menjalankan kajian dan dapat digeneralisasikan. Misalnya, mendung ber makna hari hujan dan sokongannya sangat

Upload: norhayati-muhamad

Post on 14-Dec-2014

100 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Semantik sem.6

Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2010: 1659), teori ialah pendapat (bersifat

pandangan yang tidak dapat dibuktikan dengan kukuhnya) yang dikemukakan untuk

menerangkan sesuatu perkara dan lain-lain.   Menurut Lyons (1993: 483), semantik

mellibatkan interprestasi konotatif, rujukan denotatif, syarat benar, struktur argumentasi

(penafian) dan peraturan tema yang kesemuanya mempunyai pertalian dengan

sintaksis atau ayat.   Kajian semantik pada aras kata misalnya, dapat dibahagikan

kepada makna denotasi, konotasi, ekstensi, intensi, kiasan, kognitif, referensial, sempit,

luas, konstruksi dan kontekstual.   Walau bagaimanapun, deretan makna tersebut dapat

dikelompokkan kepada dua sahaja, iaitu makna leksikal dan makna gramatikal atau

struktural.   Makna leksikal dapat dihubungkan dengan makna rujukan dengan

berdasarkan makna kamus.   Sementara makna gramatikal mempunyai keahlian yang

kecil, tetap, tertutup dan dapat dikaitkan dengan perbezaan antara subjek dengan

objek; pertentangan ketentuan, kala, bilangan; perbezaan antara kenyataan,

pertanyaan dan permintaan.

Selanjutnya, menurut Brown dan Yule (1983: 240), menerangkan semantik

dianalisis melalui sintaksis yang membabitkan wacana atau teks secara

keseluruhannya.   Analisis ini mempertimbangkan sintaksis dan semantik yang berfungsi

untuk menerangkan ciri-ciri linguistik sesuatu wacana.   Setiap nilai maksud atau makna

yang dianalisis mestilah tepat dan sesuai dengan fakta pada ketika pengkaji itu

menjalankan kajian   dan dapat digeneralisasikan.   Misalnya, mendung ber makna hari

hujan dan sokongannya sangat ber makna bagi kami.   Setiap ujaran tersebut membawa

makna yang berbeza berdasarkan penggunaannya.   Dengan erti kata lain, dari segi

semantik, setiap ujaran itu mempunyai nilai makna yang berbeza.   Contohnya, ujaran

(mendung ber makna hari hujan) yang mengaitkan ‘mendung’ dengan ‘hujan’

kelihatannya tidak melibatkan aspek linguistik.   Namun demikian, jika dipandang dari

segi semantik, ‘mendung’ merupakan satu tanda yang ada yang kaitannya dengan

tanda yang lain, iaitu ‘hujan’.   Dalam hal ini menerangkan tentang tarikan pemerhatian

ahli bahasa untuk mengkaji makna dalam bidang semantik.

Tambahan lagi, menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), semantik membekalkan

kajian makna ayat untuk bahasa dengan cara menghuraikan makna secara spesifik,

iaitu berlandaskan situasi ayat-ayat dalam bahasa.   Misalnya, semua pengguna jalan

Page 2: Semantik sem.6

raya mempunyai tanggapan makna yang sama tentang warna lampu isyarat jalan raya,

iaitu ‘merah’ bermaksud berhenti, ‘hijau’ bermaksud jalan dan ‘kuning’ bermaksud

bersedia untuk berhenti.   Dalam situasi pertuturan pula, penutur menggunakan bahasa

yang bermakna apabila mereka menuturkan sesuatu bunyi bahasa atau ujaran.  

Sebahagian besar nya berkaitan dengan makna rujukan.   Apabila seseorang individu itu

menuturkan tentang sesuatu, dia sebenarnya merujuk kepada benda, orang, konsep

atau membuat komen.   Dia menggunakan sumber sintektikal dan fonologikal bahasa

dari segi semantik untuk menggambarkan atau membayangkan makna.   Seterusnya,

makna pertuturan dapat diperoleh dengan berdasarkan konteks pertuturan itu berlaku.

Lantaran itu, teori rujukan merupakan salah satu teori makna.   Kata digunakan

sebagai cara untuk merujuk kepada dunia luar.   Namun demikian, ada kata yang bukan

merupakan rujukan seperti ‘mungkin’, ‘jika’, ‘bukan’, dan ‘oleh itu’.   Justeru, kata nama

merupakan contoh terbaik bagi memperkatakan rujukan seperti ‘Musa’, ‘jururawat’ dan

‘menteri’ kesemuanya merujuk kepada individu tertentu.   Namun begitu, kelemahan

teori ini ialah teori ini tidak merujuk kepada sesuatu yang abstrak mahupun yang ghaib.  

Oleh itu, terhasilah satu lagi teori yang dikenali teori representasi mental.   Teori ini

merujuk kepada imej dalam otak dan wujud padanan dengannya di dunia nyata.  

Misalnya, bunga mawar sebagai imej yang terdapat dalam minda seseorang dan

dihubungkan dengan bunga mawar di dunia nyata.   Selain teori tersebut terdapat

beberapa teori lain yang telah diketengahkan dalam kajian semantik.   Teori tersebut

diperkenalkan sejak timbulnya perdebatan tentang persoalan makna dalam kajian

linguistik.   Sehingga kini, tiada satu teori semantik yang dapat dianggap lebih baik

daripada teori yang lain memandangkan setiap teori mempunyai analisis yang tersendiri

dalam mengkaji makna.

  Selain itu, melalui laman sesawang Rujuk Nota

(2009/ http://rujuknota.blogspot.com/2009/09/teori-kajian-semantik.html ), bidang

semantik merupakan kajian linguistik yang paling sukar kerana untuk mengkaji makna,

kita juga harus melihat aspek kebudayaan, konteks, psikologi penutur, alam

pemikirannya, hubungan sosial penutur dan pendengar, tajuk perbincangan, dan

sebagainya.  Pada awal abad ke-20 para pengkaji hanya berminat kepada aspek

perubahan makna, pengelasan makna dan sebab-sebab berlakunya perubahan makna

Page 3: Semantik sem.6

sesuatu perkataan.  Semantik juga selanjutnya telah dijadikan sebagai dasar untuk

penghuraian bahasa.  Pada tahun 1930-an, kajian semantik hanya tertumpu kepada

semantik huraian.  Pada pertengahan dan akhir abad ke-20, bidang semantik semakin

popular dengan lahirnya golongan linguistik transformasi.  Semantik dianggap sama

pentingnya dengan kajian terhadap struktur bahasa.  Banyak teori tentang timbulnya

bahasa dan bagaimana bahasa tersebut berhubungan dengan makna telah

dikemukakan oleh ahli-ahli bahasa.  Antara yang utama ialah teori behaviorisme, teori

analisis komponen, dan teori logik simbolik.

Seterusnya, melalui laman sesawang Teori Semantik

(2009/http://cikgimoon.blogspot.com/2009/10/teori-semantik.html), teori adalah

pendapat atau pandangan yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara. 

Teori merupakan prinsip atau dasar pembentukan sesuatu ilmu.  Teori linguistik

merupakan prinsip dan dasar untuk menganalisis dan menghuraikan data bahasa. 

Manakala teori semantik adalah teori yang dapat meletakkan makna pada setiap

perkataan dan ayat yang berkaitan dengannya dalam sesuatu bahasa.  Melalui laman

sesawang ini Kempson (1991: 2), telah membicarakan tentang teori semantik yang

merupakan sebahagian daripada teori linguistik am.  Teori – teori tersebut termasuklah

seperti teori imegan, teori behaviosme, teori analisis komponen dan teori lagik simbolik. 

Bagaimanapun, untuk memenuhi tuntutan kepadaan, satu – satu teori semantik itu

mestilah memenuhi sekurang-kurangnya tiga syarat, iaitu teori tersebut mesti mencerap

bagi mana-mana bahasa sifat makna perkataan dan makna ayat, dan menjelaskan sifat

hubungan antara unsur tersebut.  Selain itu, teori itu mesti berupaya meramalkan

ketaksaan dalam bentuk-bentuk unsur bahasa, sama ada perkataan atau ayat.  Akhir

sekali, teori berkenaan mesti mencirikan dan menjelaskan hubungan sistematik antara

perkataan dan antara ayat sesuatu bahasa, iaitu teori tersebut mesti memberi huraian

yang agak jelas hubungan sinonim, perangkuman logik,  pertentangan, dan

sebagainya.  Mana-man teori yang gagal menepati ketiga-tiga syarat di atas, sama ada

antaranya atau semuanya sekali, pastilah tidak memadai sama ada dari segi prinsipnya

atau pada bahagian tertentu teori itu.

Melalui laman sesawang Teori Semantik (2009/

http://rujuknota.blogspot.com/2009/09/teori-kajian-semantik.html). Bidang semantik

Page 4: Semantik sem.6

merupakan bidang kajian linguistik yang paling sukar kerana untuk mengkaji makna,

kita juga harus melihat aspek kebudayaan, konteks, psikologi penutur, alam

pemikirannya, hubungan sosial penutur dan pendengar, tajuk perbincangan dan

sebagainya.  Selain itu, pada awal abad ke-20 para pengkaji hanya berminat kepada

aspek perubahan makna, pengelasan makna dan sebab-sebab berlakunya perubahan

makna sesuatu perkataan.  Semantik juga selanjutnya telah dijadikan sebagai dasar

untuk penghuraian bahasa.  Seterusnya pada tahun 1930-an, kajian semantik hanya

tertumpu kepada semantik huraian.  Pada pertengahan dan akhir abad ke-20, bidang

semantik semakin popular dengan lahirnya golongan linguistik transformasi.  Semantik

dianggap sama pentingnya dengan kajian terhadap struktur bahasa.  Akhir sekali,

banyak teori tentang timbulnya bahasa dan bagaimana bahasa tersebut berhubungan

dengan makna telah dikemukakan oleh ahli-ahli bahasa.  Antara yang utama ialah teori

imejan, teori behaviorisme, teori analisis komponen dan teori logik simbolik.

definisi semantik

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), semantik berasal daripada perkataan Greek, iaitu

semantikos yang membawa maksud memberikan tanda, sesuatu gejala atau tanda atau

sesuatu yang bermakna.   Semantik bermula daripada perkataan sema yang merujuk

kepada aspek makna atau maksud, iaitu makna seperti yang diungkapkan dalam

sesuatu bahasa atau sistem tanda yang lain.   Merujuk kepada bahasa Inggeris,

meaning, mean, meant dan means kesemuanya merujuk kepada makna atau maksud

yang boleh digunakan dalam pelbagai situasi.

                      Selain itu, perkataan semantic yang digunakan pada hari ini berasal daripada

bahasa Perancis, iaitu semantique .   Perkataan ini digunakan   oleh Michael Breal sejak

abad ke-19 lagi.   Semantik amat berbeza jika dibandingkan dengan sintaksis kerana

semantik mengkaji makna, manakala sintaksis mengkaji struktur bagi sesuatu sistem

tanda.   Hal ini menegaskan bahawa sintaksis berfokuskan kepada bentuk dan bukan

makna.   Disebaliknya, semantik pula dapat dikaitkan dengan bidang pragmatik.   Bidang

pragmatik bermaksud mengkaji penggunaan tanda mengikut konteks oleh pengguna

atau penutur bahasa.   Semantik juga bermaksud satu kajian yang teoritikal berkaitan

Page 5: Semantik sem.6

dengan makna dalam sistem tanda.   Secara umumnya, semantik mempunyai dua jenis

ekspresi makna.   Misalnya, ‘Pensyarah Bahasa Melayu saya Encik Rani’.   Dalam

konteks ayat tersebut menerangkan hubungan penyataan   yang boleh dibahagikan

kepada beberapa unsur (tanda), benda dan keadaan dalam dunia sebenar.   Selain itu,

ayat tersebut menerangkan hubungan pada tanda – tanda itu dengan tanda lain yang

juga disebut sebagai konsep.

                      Selanjutnya, menurut Akmajian et al. (1995: 222), menyatakan bahawa dalam

bidang linguistik, semantik bermaksud kajian tentang makna dan bahasa.   Semantik

berkaitan dengan kajian berkaitan unit linguistik dan prinsip gabungannya.   Dalam

bidang logik, semantik dilihat atau ditafsirkan sebagai kajian tentang rujukan linguistik

atau denotasi dan syarat kebenaran.   Kajian semantik boleh dibuat dari aras kata atau

pada aras yang paling tinggi , iaitu kalimat yang terhasil daripada frasa dan ayat.   Fakta

semantik merupakan maklumat atau bahagian penting dalam tatabahasa kerana

tatabahasa digunakan untuk menghuraikan sesuatu bahasa.

                      Seterusnya, menurut Stalnaker (1972: 383), menyatakan bahawa sintaksis

mengkaji ayat, manakala semantik mengkaji preposisi.   Tokoh ini telah menjelaskan

bahawa semantik memperjelas peraturan untuk menyesuaikan ayat dalam bahasa

dengan preposisi yang diungkapkan.   Dalam semua perkara, peraturan tersebut

sememangnya tidak mendapat penyesuaian ayat secara terus dengan preposisi.  

Sebaliknya, penyesuaian ayat dengan preposisi berkaitan dengan konteks ayat tersebut

digunakan.

                      Tambahan lagi, semantik ialah kajian tentang makna yang diaplikasikan pada

spek makna ayat dari segi bentuk logiknya.   Menurut Sperber dan Wilson (1980), yang

memperkenalkan Semantik Sistem Penuh berpendapat pada situasi yang sebenar

bahawa konsep semantik tidak dapat menerbitkan makna sebenar sesuatu ujaran

kerana ia mengabaikan konteks dan kontekstualiti.   Sebaliknya, perkara yang

diutamakan ialah bentuk logik yang membentuk sebahagian daripada nahu sesuatu

bahasa.   Hal ini menerangkan bahawa semantik mengkaji makna dari segi permaknaan

pada peringkat linguistik tulen.   Dengan erti kata lain, kajian semantik khusus pada

peringkat tatabahasa dan nahu bentuk logik sahaja.

Page 6: Semantik sem.6

                      Lantaran itu, menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), sematik ialah bidang kajian

tentang aspek makna dalam bidang ilmu linguistik.   Semantik sebahagian daripada

bidang kajian tatabahasa secara khusus, iaitu merujuk kepada kajian yang melibatkan

struktur dalam sesuatu bahasa seperti juga aspek kajian fonologi, morfologi dan

sintaksis.   Semantik merupakan komponen tatabahasa yang sukar difahami kerana

berkaitan dengan perkara abstrak yang memerlukan taakulan yang tinggi.   Sehubungan

itu, hingga kini suatu teori makna dalam bidang linguistik yang bersifat autoritatif serta

menyeluruh belum dapat diketengahkan secara mantap.

                      Sehubungan itu, semantik ialah kajian linguistik yang menanalisis makna baik

pada peringkat morfem, kata, frasa, ayat atau wacana dan hubungannya dengan idea,

konsep dan emosi.   Makna diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh

dipindahkan daripada fikiran penutur kepada fikiran pendengar.   Semantik atau makna

merupakan situasi apabila penutur mengujarkan kata dan mendapat gerak balas seperti

yang dijangkakan daripada pendengar.   Makna ujaran atau ayat bukan ditentukan oleh

makna kata semata – mata, tetapi juga faktor lain seperti intonasi, gaya pengucapan,

tujuan, konteks penutur dan pendengar.   Pendapat lain mengenai semantik mengikut

pendapat tokoh, iaitu menurut Sperber dan Wilson (1980), memberi pengertian

semantik sebagai kajian tentang makna yang diaplikasikan pada aspek makna ayat dari

segi logiknya, khususnya pada peringkat tatabahasa dan nahu bentuk logik.

    Akhir sekali, melalui laman sesawang Rujuk Nota

(2009/ http://rujuknota.blogspot.com/2009/09/definisi-semantik.html ), istilah ‘semantik’

berasal dari perkataan Yunani ‘semantickos’ yang bermaksud ‘penting; bererti’. 

Semantik ialah cabang linguistik  yang akan membahas erti atau makna J.W.M. Verhar

(1996) dalam laman sesawang ini.  Menurut Kamus Dewan (1997: 1228) dalam laman

sesawang ini, semantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan

ayat.  Manakala, menurut Abdul Chaer (1994), dalam laman sesawang ini, semantik

ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu makna kata.

kesimpulan semantik

Page 7: Semantik sem.6

Memilih kata yang sesuai digunakan dalam perbualan bukanlah sesuatu yang mudah. 

Oleh itu, pilihan kata atau diksi perlulah sesuai dengan konteks.  Dalam hal ini ilmu

semantik amat berguna bagi membantu penutur memilih kata dan ayat yang betul

dalam perbualan.  Kita kadangkala memilih untuk menggunakan konotasi dibandingkan

dengan memilih denotasi.  Namun demikian, jika kata itu mengandungi konotasi yang

salah, ia boleh menyebabkan kesalafahaman atau kesalahtanggapan pada pihak

pendengar.

            Selain itu, ada kata yang dianggap sopan dan ada kata yang dianggap kasar,

malah ada kata tertentu yang dianggap salah jika digunakan pada orang-orang

tertentu.  Kata ‘mengandung’, ‘hamil’, dan ‘bunting’ mempunyai nilai emotif dan

digunakan pada orang yang tertentu.  Demikian juga jika kita berkata “Diam! Jangan

bising!” bermakna orang yang kita hadapi itu mempunyai status yang sama atau lebih

rendah daripada kita.  Sebaliknya, jika kita berkata “Tuan-tuan dan puan-puan diminta

bertenang” bermakna orang yang kita hadapi itu dianggap sedarjat tingkat sosialnya.

            Secara kesimpulannya, setiap teori dalam kajian semantik mempunyai

kelebihannya yang tersendiri.  Namun begitu, rumusan yang dapat dibuat semasa

melakukan kajian teori semantik, iaitu menggunakan teori imejan dalam memberikan

makna sesuatu kata mengikut imej yang hadir di dalam minda kita.  Teori imejan

merupakan teori yang hanya dapat memberikan makna sesuatu kata berdasarkan

kefahaman seseorang berkaitan dengan imej kata atau gambaran dalam proses

memberi makna kepada perkataan tersebut.  Namun demikian, terdapat kelemahan

dalam teori ini yang hanya menggunakan imej sebagai pengukur makna perkataan.  Hal

ini kerana pendapat atau gambaran seseorang dengan individu yang lain amatlah

berbeza dari segi pemberian makna.  

Page 8: Semantik sem.6
Page 9: Semantik sem.6
Page 10: Semantik sem.6
Page 11: Semantik sem.6
Page 12: Semantik sem.6
Page 13: Semantik sem.6
Page 14: Semantik sem.6
Page 15: Semantik sem.6
Page 16: Semantik sem.6
Page 17: Semantik sem.6
Page 18: Semantik sem.6
Page 19: Semantik sem.6
Page 20: Semantik sem.6
Page 21: Semantik sem.6
Page 22: Semantik sem.6
Page 23: Semantik sem.6
Page 24: Semantik sem.6