semantik dan pragmatik bahasa melayu

34
PRINSIP RETORIK TEKSTUAL

Upload: jacob-evans

Post on 06-Aug-2015

428 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

PRINSIP RETORIK TEKSTUAL

Page 2: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

Retorik berasal daripada perkataan Yunani 'rethor' yang bermaksud pidato. Ia merujuk kepada seni penggunaan bahasa di dalam pertuturan atau penulisan iaitu dengan tujuan memujuk, mempengaruhi dan meyakinkan orang. Seni ini digunakan terutamanya di dalam karya prosa seperti jenis-jenis teks pidato.

Page 3: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

Selain itu, retorik turut merangkumi seni memilih perkataan, memilih susunan ayat dan menggunakan bunga-bunga bahasa.

Page 4: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

Tokoh-tokoh retorik klasik yang terkenal ialah Plato dan Aristotle. Aristotle mendefinisikan retorik sebagai kebolehan mengenal pasti dan memperhatikan dalam suatu situasi yang memberi penekanan dan pemujukan.

Page 5: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

Dalam konteks moden, retorik ialah seni penggunaan bahasa persuratan mahupun lisan yang membabitkan penyampaian fakta dan idea dengan bahasa yang menarik dan berkesan berdasarkan pengetahuan yang tersusun baik.

Page 6: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

Kemampuan dan kemahiran bahasa inilah yang digunakan untuk menyampaikan fikiran dan gagasan idea, menerusi nahu dan gaya yang sesuai bagi mempengaruhi sikap dan perasaan orang.

Page 7: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

Menurut Kamus Dewan edisi ke-3 mendefinisikan retorik sebagai (1) kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan; (2) seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar,

Page 8: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

suatu seni yang menggunakan bahasa lisan atau cara untuk berkomunikasi yang juga disebut sebagai seni berpidato;

(3) bahasa yang dibuat-buat atau di besar-besarkan, bahasa retorik.

Page 9: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

Asmah (2007:163) mendefinisikan retorik sebagai keupayaan menggunakan bahasa secara berkesan, atau juga ciri-ciri yang berkesan dalam bahasa. Leech (1993) mengatakan retorik adalah kajian tentang penggunaan bahasa yang berkesan dalam komunikasi.

Page 10: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

Sehubungan dengan itu, retorik perlu dipelajari oleh sesiapa sahaja yang ingin menggunakan bahasa dengan cara yang sebaik-baiknya, demi mencapai tujuannya dalam berbahasa. Terdapat dua aspek penting yang perlu diketahui mengenai retorik, iaitu pertama, pengetahuan mengenai bahasa dan penggunaan bahasa yang baik.

Page 11: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

1. Ia mestilah sebuah penulisan atau gaya lisan yang berkesan dan mempunyai bahasa, pemikiran dan perasaan yang tepat dan baik.

2. Ia perlu ada kekemasan dan susunan wacana.

Page 12: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

Untuk menghasilkan suatu retorik sebagai penulisan yang berkesan, ia seharusnya membabitkan salah satu daripada empat corak wacana, iaitu pemerian, pendedahan, penghujahan dan penceritaan. Menurut Umar Junus (1989), penggunaan retorik sebagai estetika yang saling berhubungan dengan keindahan.

Page 13: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

Seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan dikenali sebagai retorik, bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan dengan lebih berkesan. Melalui novel yang dikaji, dilihat penulis menerapkan kepelbagaian retorik dalam penulisannya.

Page 14: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

Lakuan Lisan (Retorik Interpersonal) Retorik mengikut kamus dewan (1994:

1135), kajian tentang pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan atau pertuturan, seni menggunakan atau memakai bahasa yang indah dan menarik untuk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar. Kamus dewan (1994: 496) menyatakan, interpersonal adalah berkenaan hubungan sesama manusia.

Page 15: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

Tujuan retorik interpersonal ini adalah untuk mempengaruhi pendengar yang berkait rapat dengan bidang pragmatik iaitu sesuatu ujaran haruslah mengambil kira konteks sosial.

Page 16: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

Dalam hal komunikasi, konteks merupakan suatu faktor yang amat penting menurut Zulkifle Abd. Ghani (2003: 3). Mengikut pengalaman bahasa ada banyak ketikanya kita merasa bingung akan makna dalam sesuatu ujaran kerana kurangnya maklumat kontekstual.

Page 17: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

Dengan mengambil kira konteks, unsur ketaksaan, makna yang pelbagai dapat dielakkan, walaupun ada pengguguran beberapa komponen dalam ujaran kita.

Page 18: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

Contohnya dalam ujaran, “Kamal! Kambing!”, maknanya yang hendak disampaikan adalah “Kamal, tolong halau kambing-kambing itu” yang mungkin mahu masuk ke dalam kebun, rumah atau tempat, bergantung kepada tempat ujaran itu dilafazkan.

Page 19: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

Konteks memainkan peranan untuk menghilangkan kekaburan dan ketidaktelapan makna. Konteks juga berfungsi untuk menetapkan makna bagi perkataan dalam satu-satu ujaran.

Page 20: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

Contohnya, untuk membezakan golongan kata dalam menentukan makna seperti dalam kata „bilas (basuh/cuci)‟ sebagai kata kerja dan „bilas (kabur)‟ sebagai kata adjektif, konteks ujaran amat perlu. Konteks juga menjadi amat mustahak dalam hal homonim.

Page 21: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

Makna konteks ialah makna kata yang wujud dalam suatu konteks, dengan mengambil kira tempat, waktu, dan ruang lingkup peristiwa. Contoh :

i) Rambut di kepalanya sudah putih ii) Sultan ialah kepala negeri

Page 22: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

Penggunaan dan pemilihan perkataan juga berhubung dengan kebudayaan sesuatu masyarakat. Contoh :

Aku : Digunakan dalam hubungan yang rapat untuk menimbulkan kemesraan.

Saya : Digunakan dalam hubungan biasa. Patik : Digunakan oleh orang biasa untuk

merendah diri apabila berhubung dengan golongan raja.

Page 23: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

Istilah implikatur menjadi popular setelah diperkenalkan oleh Grice dan menurut beliau penutur bertanggungjawab untuk memastikan bahawa kehadiran implikatur perbualan mesti disedari oleh pendengar dan mudah pula bagi pendengar menginterpretasikannya.

Page 24: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

Sementara itu Carston (1988) pula berpendapat, implikatur ialah mengenai mesej yang tersirat yang cuba disampaikan dengan ujaran yang tersurat. Implikatur melibatkan apa-apa yang diujarkan secara eksplisit dan juga apa-apa yang dilahirkan secara implisit.

Page 25: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

Sebenarnya dalam retorik interpersonal (penglibatan komunikasi antara manusia), tanggungjawab penutur lebih berat jika dibandingkan dengan tanggungjawab pendengar sendiri. Sebagai penutur, seseorang itu perlu memastikan ujaran nya selari dengan konteks pendengar. Konteks boleh menjadi satu pengalaman yang begitu luas .

Page 26: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

Menurut Zulkifli Yusof (2000: 23), kenyataan-kenyataan yang asertif hendaklah disebut dengan nada suara yang betul. Suara anda hendaklah bersahaja, tegas tetapi ramah. Jika tidak, nada kita dianggap sebagai agresif. Anda juga boleh melembutkan nada suara, tetapi masih dianggap asertif.

Page 27: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

“Saya kurang pasti mengenai keputusan anda. Boleh kita bincang semula?”

untuk menyatakan kenyataan yang berunsur asertif, tiga panduan berikut perlulah dipatuhi :

a) Tunjukkan kepada orang lain bahawa anda memahami sesuatu perkara mengikut sudut pandangan mereka. Jangan kelirukan hal ini dengan mengatakan anda bersetuju dengan mereka.

Page 28: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

. Implikatur ini kemudiannya boleh dipecahkan kepada dua bahagian iaitu :

a) Implikatur Khusus Ada faktor istimewa yang dimiliki dalam

konteks ujaran dan selalunya tidak hadir secara terang dalam ayat yang diujarkan. Contohnya :

A : Nak tengok wayang? B : Ada kuliah.

Page 29: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

b) Katakan apa yang anda fikir dan rasai secara tidak apologetik. Milikilah perasaan, pemikiran dan persepsi anda sendiri dengan menggunakan ganti nama „saya‟ semasa menyatakan sesuatu.

c) Katakan apa yang anda suka. Ini akan menjelaskan lagi apakah tindakan atau hasil akhir yang anda ingini.

Page 30: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

Apabila anda mendengar, cubalah mendengar dan memahami erti di sebalik kata-kata yang diucapkan. Apakah perasaan di sebalik kata-kata yang diucapkan.

Menurut Jack G. McAauley (1988: 34), jika anda dapat mengesan perasaan di sebalik kata-kata yang diucapkan, barulah orang lain menganggap anda telah mendengarnya.

Page 31: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

Contohnya, adalah sukar untuk mendengar pelanggan yang membuat bantahan atau sungutan secara agresif.

Page 32: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

Prinsip kerjasama (cooperative principle) adalah prinsip yang terjalin antara pembicara dan penerima (pendengar atau pembaca) agar komunikasi dapat berjalan dengan baik.

Ada beberapa aturan dalam prinsip ini yang harus diperhatikan oleh pembicara agar apa yang disampaikan mendapat tanggapan semestinya oleh penerima.

Page 33: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

Kesimpulannya, retorik bermakna seni penggunaan bahasa yang indah dan menarik untuk memaklumkan, memujuk dan mempengaruhi pemikiran pembaca atau pendengar.

Pemikiran khalayak pembaca atau pendengar berjaya dipujuk dan dipengaruhi apabila mereka bertindak mengikut apa-apa yang disarankan. Retorik bermula dengan seni berbicara.

Page 34: Semantik Dan Pragmatik Bahasa Melayu

Retorik juga diertikan sebagai kesenian untuk berbicara dengan lancar, jelas, singkat, padat dan mengesankan.

Lancar dan jelas supaya mudah difahami, singkat dan padat supaya tidak membazirkan waktu dan seterusnya dapat memberi kesan kepada pendengar.