selamat menyambut tahun baru 2016! bm - jan_2016.pdf · menyalahgunakan nama dan istilah...

16
MENUJU NEGARA DIKTATOR? MENUJU NEGARA DIKTATOR? MKN DILULUSKAN • ABAI HAK AUTONOMI SABAH SARAWAK • NAJIB AMBIL ALIH 4 CABANG KUASA • PM BOLEH ISYTIHAR DARURAT • TANGKAPAN TANPA WARAN DITUBUHKAN PADA 1966 DI KUALA LUMPUR JANUARI 2016 PERCUMA KDN PP11732/12/2012 (032229) UNTUK AHLI SAHAJA 77 SEKOLAH AGAMA RM68 JUTA TERBENGKALAI > 13 SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016!

Upload: nguyenliem

Post on 29-Aug-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016! BM - Jan_2016.pdf · menyalahgunakan nama dan istilah ‘keselamatan’ untuk mencapai tujuan politik yang tersirat. * Penulis ialah Ketua DAPSY

MENUJU NEGARA

DIKTATOR?MENUJU NEGARA

DIKTATOR?MKN DILULUSKAN• ABAI HAK AUTONOMI SABAH SARAWAK

• NAJIB AMBIL ALIH 4 CABANG KUASA

• PM BOLEH ISYTIHAR DARURAT• TANGKAPAN TANPA WARAN

DITUBUHKAN PADA 1966 DI KUALA LUMPUR

JANUARI 2016

PERCUMAKDN PP11732/12/2012 (032229)

UNTUK AHLI SAHAJA

77 SEKOLAH AGAMA RM68 JUTA TERBENGKALAI >13

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016!

Page 2: SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016! BM - Jan_2016.pdf · menyalahgunakan nama dan istilah ‘keselamatan’ untuk mencapai tujuan politik yang tersirat. * Penulis ialah Ketua DAPSY

2JANUARI 2016

UTAMA

Oleh WONG KAH WOH

ADAKAH kerajaan Barisan Nasional (BN) cuba untuk ‘mencul ik ’

sistem perundangan dan demokrasi di negara ini melalui pembentangan Pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2015?

DAPSY mendesak kerajaan menarik balik rang undang-undang itu dengan segera supaya ahli-ahli parlimen, pengamal undang-undang dan rakyat mempunyai peluang meneliti, mengkaji dan berunding tentang hal itu.

Rang Undang-Undang Maj l is Keselamatan Negara 2015 memberi kuasa yang amat luas dan besar kepada majlis itu dan Perdana Menteri untuk membuat perisytiharan mana-mana kawasan sebagai kawasan keselamatan jika didapati ‘diganggu atau diancam dengan serius oleh mana-mana pihak yang menyebabkan bahaya kepada orang ramai’.

Seterusnya, melaksanakan kuasa mengikut rang undang-undang termasuk membuat perintah berkurung.

Kita harus mengambil iktibar betapa

kerajaan pernah memberi jaminan semasa pembentangan rang undang-undang pada 1960 kononnya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak akan digunakan terhadap ahli-ahli politik pembangkang.

Dan, kita sedia maklum hakikat sebenarnya selepas ISA dilulus, sangat bertentangan apabila mereka yang memegang kuasa mentafsir istilah ‘ancaman terhadap keselamatan negara’ dengan sebegitu luas.

Kita juga maklum lebih 30 ahli politik, ahli akademik, aktivis dituduh mengikut Akta Hasutan sejak 2014 sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah memberi janji untuk menghapuskannya pada 2011.

B a g a i m a n a s e s u a t u k a w a s a n boleh diistihar sebagai satu kawasan k e s e l a m a t a n , t e r b u k a k e p a d a pentafsiran luas. Dengan ini, bertambah kebarangkalian untuk akta itu jika diluluskan, disalah guna khasnya dalam keadaan kredibiliti Perdana Menteri sedang dipersoal.

Persoalan yang wajib dibincang

ialah sama ada perisytiharan itu akan mempunyai kesan seperti darurat yang menyebabkan sistem pilihan raya ditangguh sehingga tempoh itu tamat.

Apabila Najib melumpuhkan segala institusi yang terlibat dalam siasatan skandal 1MDB melalui pelantikan Peguam Negara baru dalam masa 24 jam, empat ahli PAC dibawa ke Kabinet, kita boleh bayangkan betapa besar kesannya jika beliau diberi kuasa sebegitu luas dan muktamad melalui rang undang-undang berkenaan.

Sehari sebelum rang undang-undang itu dibentang, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi amaran bahawa IS merancang untuk menculik tiga pemimpin utama.

Persoalan sekarang ialah sama ada ia suatu kebetulan ataupun ia sekadar wayang kerajaan untuk menjustifikasi pembentangan rang undang-undang itu dengan kadar melulu?

Atau ia suatu percubaan kerajaan untuk ‘menculik’ sistem demokrasi sedia ada?

Niat sebenar kerajaan BN dalam memperkenal rang undang-undang itu amat meragukan, membawa bayang-bayang POTA, SOSMA dan Akta Hasutan yang pernah dijanjikan Najib untuk dimansuh.

Undang-undang sebegini kononnya untuk melindungi keselamatan negara tetapi akhirnya dan sebenarnya, d i g u n a k a n u n t u k m e l i n d u n g i kepentingan peribadi pihak tertentu dan melakukan penindasan politik ke atas pengkritik kerajaan.

Janganlah kerajaan Barisan Nasional sesekali cuba menggunakan atau menyalahgunakan nama dan istilah ‘keselamatan’ untuk mencapai tujuan politik yang tersirat.

* Penulis ialah Ketua DAPSY Kebangsaan yang juga Adun Canning.

Najib culik' demokrasi, wayang ancaman' direka

Niat sebenar kerajaan BN dalam memperkenal rang undang-undang itu amat

meragukan, membawa bayang-bayang POTA,

SOSMA dan Akta Hasutan yang pernah dijanjikan Najib untuk dimansuh.

MELAKA: Ketakutan terhadap kemaraan DAP terserlah pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lalu sehinggakan parti pemerintah berkenaan memainkan sentimen perkauman dan menfitnah parti majmuk itu, kononnya mengamalkan diskriminasi terhadap orang Melayu.

"Sejak beberapa tahun kebelakangan, DAP dituduh anti-Raja, anti-Melayu dan anti-Islam tetapi semua ini fitnah dan bohong belaka," kata Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak pada PAU menyeru ahli partinya bersatu padu kerana jika berpecah, DAP kononnya mahu menjadikan orang Melayu sebagai 'kuda tunggangan'.

"Perdana Menteri yang mengasaskan konsep 1 Malaysia sanggup memainkan isu perkauman dan tanpa asas kukuh melakukan fitnah terhadap DAP.

"Ia menunjukkan Perdana Menteri itu sebagai terdesak, sangat-sangat terdesak," katanya yang turut mengecam tuduhan kononnya DAP tidak setia terhadap rakan seperjuangan.

"Sejarah membuktikan DAP sebuah parti yang boleh dipercayai dan setia. Pada 1990 dan 1999, DAP bergabung dengan Gagasan Rakyat dan Barisan Alternatif. Dan selepas Pilihan raya 2008, DAP menyertai Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau berkata, DAP tidak pernah belot terhadap kerjasama selagi prinsip asas yang dipersetujui tidak dicabuli mana-mana parti gabungan, bukannya seperti UMNO yang bersifat pembuli.

"UMNO tidak boleh dipercayai, sekian lama menjadi pembuli terhadap parti yang bekerjasama dengannya," katanya.

Takut DAP punca UMNO sebar fitnah anti-Islam

SEREMBAN: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan kenyataan pemimpin UMNO kononnya negara akan jatuh ke tangan DAP jika UMNO tidak bersatu padu sebagai 'ketakutan' UMNO terhadap kekuatan DAP.

Beliau mengecam kenyataan pemimpin UMNO yang berbaur perkauman apabila menyatakan orang Melayu akan menjadi 'kuda tunggangan' orang Cina jika DAP berkuasa di negara ini.

"Tidak ada isu Cina memperguna Melayu atau Melayu memperguna Cina. Matlamat DAP untuk melihat Malaysia bersatu padu tanpa mengira kaum ataupun agama," katanya.

Beliau berkata, hasutan UMNO kononnya hak keistimewaan orang Melayu dan kebebasan umat Islam akan terhakis jika DAP merampas Putrajaya sebagai tidak berasas.

"Matlamat DAP untuk mempertahan hak semua rakyat Malaysia tidak kira kaum dan agama, kerana ia adalah tunjang kepada pembentukan Malaysia," katanya.

Sebelum ini, Datuk Seri Shahrizat Jalil menyatakan orang Melayu akan dikuasai DAP jika pertelagahan dalaman antara pimpinan tertinggi parti kaum Melayu itu berterusan.

Guna perkauman untuk kekal berkuasa

Page 3: SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016! BM - Jan_2016.pdf · menyalahgunakan nama dan istilah ‘keselamatan’ untuk mencapai tujuan politik yang tersirat. * Penulis ialah Ketua DAPSY

3JANUARI 2016

Oleh FATIH HASSAN NORDIN

KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan kerajaan UMNO BN berselindung di sebalik alasan kononnya Rang Undang-undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertujuan menjaga keselamatan negara dari ancaman pengganas.

"Jika benar RUU itu diluluskan atas alasan menjaga keselamatan negara, mengapa tidak RUU dilaksanakan lebih awal ketika negara diserang pemberontak

Sulu dua tahun lepas?" katanya.Ekoran bimbang negara menuju

p e m e r i n t a h a n d i k t a t o r , b e l i a u mencadangkan MKN dipinda dan ditukar kepada Majlis Keselamatan Anti-Pengganas yang lebih sesuai bagi membanteras aktiviti keganasan.

"J ika Naj ib berkata benar MKN diluluskan bagi menjaga keselamatan negara dari ancaman pengganas, beliau perlu menarik balik atau meminda RUU dan diganti Majlis Keselamatan Anti-Pengganas.

Seharusnya RUU itu melindungi rakyat, bukannya memberi

kuasa mutlak untuk tangkap semua orang dan melampaui kuasa Yang Dipertuan Agong.

K UA L A L U M P U R : Pa k a r Undang-Undang, Aziz Bari menyifatkan usaha meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai terdesak kerana ingin menguasai negara tanpa melalui proses Perlembagaan.

"'Raksasa' yang dicipta kerajaan i tu semata-mata u n t u k m e n g a m b i l k u a s a penuh terhadap kabinet," katanya sambil menambah, amalan kesetiaan kepada parti, bukannya rakyat antara sebab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyokong RUU itu

diluluskan.Beliau juga mempersoal

RUU itu yang tidak jelas dalam menerangkan secara terperinci mengenai kawasan keselamatan yang menjadi salah satu intipati.

"Siapa berhak menentukan di mana kawasan keselamatan itu? Ia boleh jadi di Parlimen, Dataran Merdeka, ia boleh b e r l a k u d i m a n a - m a n a , " katanya dalam forum anjuran DAP bertajuk 'National Security Council Act: To Protes or To Opress' di Petaling Jaya.

Ahli panel lain ialah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang;

PM mahu rampas' kuasa Agong?bekas Pengerusi Bersih 2.0, S Ambiga; peguam, Hanipa Maidin dan pensyarah, Azmi Shahrom.

B e r d a s a r k a n R U U i t u , MKN terdiri daripada Perdana Menteri, Timbalan Perdana M e n t e r i , M e n t e r i D a l a m Negeri, Menteri Pertahanan, Menter i Komunikasi dan Multimedia, Ketua Angkatan Tentera, Setiausaha Kerajaan dan Ketua Polis Negara.

R U U d i k e c a m k e r a n a memberi kuasa besar kepada Najib untuk memiliki hak mutlak menahan sesiapa sahaja

tanpa waran jika sesebuah lokasi itu diisytihar kawasan keselamatan.

Secara berseloroh, Aziz menyifatkan RUU itu sebagai 'kreatif' dan 'magis' di tengah-tengah kemelut skandal yang dihadapi kerajaan UMNO BN tetapi berbahaya kepada segenap lapisan rakyat.

"Tidak pernah terfikir kita semua akan melalui keadaan seumpama ini. RUU itu sangat berbahaya, ahli parlimen yang mengundi meluluskannya tidak sedar bahayanya terhadap mereka sendiri," katanya.

UTAMA

"Dengan itu, RUU berkenaan lebih fokus dalam fungsinya membanteras aktiviti pengganas," katanya.

B e l i a u m e n y i f a t k a n R U U i t u mengatasi kuasa Yang Dipertuan Agong kerana membenarkan Perdana Menteri mengisytihar darurat tanpa melalui proses dalam Artikel 150 Perlembagaan Malaysia.

"Seharusnya RUU itu melindungi rakyat, bukannya memberi kuasa mutlak untuk tangkap semua orang dan melampaui kuasa Yang Dipertuan Agong," katanya.

Artikel 150 membenarkan Yang Dipertuan Agong mengisytihar darurat tanpa sebarang alasan, malah tanpa nasihat Perdana Menteri atau Kabinet.

RUU MKN diluluskan pada hari terakhir sidang Dewan Rakyat dengan undi belah bahagi yang menyaksikan 107 Ahli Parlimen menyokong manakala 74 lagi menolak.

Intipati RUU itu antaranya memberi kuasa kepada Perdana Menteri untuk mengisytihar kawasan keselamatan serta menangkap tanpa waran terhadap sesiapa jua yang dianggap mengancam negara.

RUU Majlis Keselamatan Negara sahkan Najib diktator

MALAYSIA memasuki satu lagi fasa 'zaman gelap' apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) meluluskan Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong Sze Phin berkata, ia menggambarkan kerajaan BN semakin gelisah dan sanggup berbuat apa sahaja untuk survival politik mereka.

Katanya, kelulusan akta drakonian itu juga meminggirkan Majlis Raja-Raja dan secara tidak langsung merampas kuasa Yang DiPertuan Agong apabila Perdana Menteri berkuasa mengisytihar darurat atas nama kawasan keselamatan.

"Kita sedia maklum keselamatan negara perlu diberi keutamaan. Namun adakah dengan meluluskan akta itu bermakna keselamatan negara akan terjamin?

"Ini hanya tindakan terdesak kerajaan BN untuk berbuat apa sahaja demi kekal berkuasa," kata Jimmy Wong yang bimbang ia disalah guna untuk 'projek IC' gelombang kedua.

Satu lagi zaman gelap'

KUALA LUMPUR: Kelulusan Rang U n d a n g - U n d a n g ( R U U ) M a j l i s Keselamatan Negara (MKN) umpama rampasan kuasa empat kali ganda kerana mengambil peranan Perlembagaan, Yang Di-Pertuan Agong dan Kabinet serta hak autonomi Sarawak dan Sabah.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, berkata ia berikutan Perdana Menteri mempunyai kuasa menentukan hala tuju pentadbiran negeri, selain boleh mengisytihar darurat tanpa perlu izin Yang Di-Pertuan Agong.

Bel iau bimbang RUU i tu akan mewujudkan kerajaan paralel yang ada rangka birokrasinya tersendiri tanpa melalui proses Perlembagaan dalam menjalankan tangkapan dan pengisytiharan kawasan keselamatan.

"Saya bimbang akan berlaku salah guna kuasa jika RUU itu mendapat kelulusan Dewan Negara. Apatah lagi, ia diluluskan dengan tergesa-gesa bagai 'pencuri di malam hari' tanpa persetujuan negeri seperti Sarawak dan Sabah," katanya.

Beliau berkata demikian dalam forum yang bertajuk 'National Security Council Act: To Protect or to Oppress?' di Petaling Jaya, Selangor.

Kit Siang juga menyifatkan RUU MKN itu sebagai melanggar hak asasi manusia kerana MKN memiliki kuasa untuk melakukan tangkapan sewenang-wenangnya tanpa alasan kukuh, sebaliknya bermotif politik.

Beliau memberi contoh pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad yang menyaksikan ramai pemimpin pembangkang ditahan mengikut Akta Keselamatan Negeri (ISA) melalui Operasi Lalang pada 1987.

MKN: Najib ambil alih empat cabang kuasa

Page 4: SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016! BM - Jan_2016.pdf · menyalahgunakan nama dan istilah ‘keselamatan’ untuk mencapai tujuan politik yang tersirat. * Penulis ialah Ketua DAPSY

4JANUARI 2016

Oleh LIEW CHIN TONG

JEMAAH Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah dipenuhi dengan ramai pak menteri, salah satu jemaah yang paling besar dalam sejarah Malaysia.

Tidak cukup lagi, sekurang-kurangnya seramai lapan ahli parlimen atau bekas menteri dilantik sebagai Penasihat atau Duta Khas kepada Perdana Menteri. Gaji yang diberi kepada Penasihat dan Duta Khas lebih lumayan daripada Menteri atau Timbalan Menteri.

Kabinet Najib menpunyai 36 menteri penuh dan 32 timbalan menteri. Wujudnya sepuluh menteri dan dua timbalan menteri dalam Jabatan Perdana Menteri (JPM) sendiri. Terdapat hanya lima orang menteri dalam JPM sebelum pilihanraya 2013.

Menurut jawapan bertulis Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri , yang saya terima mengenai jumlah dan peranan Duta Khas dan Penasihat kepada Perdana Menteri semasa Perbahasan Bajet 2016 Peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat:

“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelantikan mereka diberi mengikut tanggungjawab tertentu yang telah ditetapkan berdasarkan kepakaran masing-masing. Mereka mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut di dalam membantu kerajaan melaksanakan program-program yang telah dipertanggungjawabkan.

“Selain i tu, mereka mempunyai hubungan kerjasama yang baik dengan negara lain berdasarkan bidang tugas dan pengalaman mereka sebelum ini. Kerajaan hanya membayar gaji dan elaun mengikut kelayakan masing-masing berdasarkan kepakaran yang diberi. Seramai lapan Duta Khas dan Penasihat telah dilantik seperti berikut:

• Datuk Seri Dr Abdullah Bin Md Zin,

(Jawatan ini tidak disenaraikan oleh Azalina dan saya difahamkan dipegang oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang Noh Omar): RM27,227.20

• Penasihat Agama Islam kepada Perdana Menteri: RM14,907.20

Difahamkan Ong Ka Ting dan Tiong King Sing tidak menerima gaji untuk tugasan mereka. Tidak ada maklumat mengenai gaji Shaziman Abu Mansor.

Walau bagaimanapun, setiap Penasihat atau Duta Khas diperuntuk dengan empat hingga lapan orang pegawai dan pembantu seperti yang diperuntukan untuk seorang menteri penuh.

Lantikan bekas ahli politik sebagai duta-duta ke luar negeri bukan amalan baru yang diterima walaupun bilangannya haruslah dikawal supaya lebih ramai duta datang dari kalangan diplomat kareer.

Yang tidak boleh diterima adalah apa yang saya gelarkan sebagai “duta palsu”, iaitu duta khas kepada Perdana Menteri yang tidak tertakluk dalam struktur Wisma Putra. Saya difahamkan pertindihan diantara duta-duta khas dengan Wisma Putra lazimnya berlaku dan amalan memberikan gelaran duta khas untuk ahli-ahli politik Barisan Nasional perlulah dihentikan.

Jawatan-jawatan Penasihat kepada Perdana Menteri yang bertaraf menteri dan diberikan gaji yang lebih tinggi daripada menteri adalah salah dari segi amalan Kerajaan Kabinet. Semua Penasihat-penasihat bertaraf “menteri pintu belakang” sepatutnya digugurkan jawatan.

* Penulis ialah Ahli Parlimen Kluang

Penasihat Agama kepada Perdana Menteri;

• Datuk Seri Zainal Abidin bin Osman, Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara;

• Tan Sri Datuk Seri Utama Rais Yatim, Penasihat Hal Ehwal Social dan Kebudayaan kepada Kerajaan Malaysia;

• Tan Sri Ong Ka Ting, Duta Khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China;

• Datuk Seri Tiong King Sing, Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur merangkumi Jepun, Korea Selatan dan Taiwan;

• Datuk Seri S. Samy Vellu, Duta Khas ke India dan Asia Selatan Dalam Bidang Infrastruktur;

• Datuk Seri Shahrizat Binti Abdul Jalil, Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita;

• Datuk Seri Shaziman Bin Abu Mansor, Penasihat Perdana Menteri

Menurut Senarai Perjawatan 2016 (Maksud Bekalan 6 – Jabatan Perdana Menteri, muka surat B06-1 hingga B06-15, gaji rasmi bulanan (tidak termasuk elaun ahli parlimen dan elaun-elaun lain) untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana

Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri ialah:

• Perdana MenteriRM22,826.65

• Timbalan Perdana MenteriRM18,168.15

• MenteriRM14,907.20

• Timbalan MenteriRM10,847.65

Gaji rasmi yang tersenarai dalam Senarai Perjawatan 2016 adalah seperti berikut:~

• Duta Khas ke India dan Asia Selatan Dalam Bidang Infrastruktur (Samy Vellu): RM27,227.20

• Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Mengenai Wilayah Ekonomi Koridor Utara (Zainal Abidin Osman, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang): RM22,500.00

• Penasihat Pembangunan Keusahawan dan Ikhtisas Wanita (Sharizat Abdul Jalil, Ketua Wanita UMNO): RM27,227.20

• Penasihat Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan (Rais Yatim): RM27,227.20

• Penasihat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor

Penasihat-penasihat Najib:Menteri pintu belakang'

Gaji yang diberi kepada Penasihat dan Duta Khas lebih

lumayan daripada Menteri atau Timbalan Menteri.

RENCANA

Page 5: SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016! BM - Jan_2016.pdf · menyalahgunakan nama dan istilah ‘keselamatan’ untuk mencapai tujuan politik yang tersirat. * Penulis ialah Ketua DAPSY

5JANUARI 2016

Oleh LIM KIT SIANG

PADA 50 tahun lalu, saya memulakan penglibatan dalam politik Malaysia.

Dan, penggantungan enam bulan dari Parlimen baru-baru ini menjadi cara paling simbolik bagi menandakan setengah abad penglibatan saya dalam politik dalam memburu Impian Malaysia – yang bersatu, progresif, adil dan makmur demi rakyat tidak mengira bangsa, agama, bahasa, budaya, kelas, politik dan sempadan.

Penggantungan itu menjadi peringatan berguna betapa usaha dan perjalanan menuju Impian Malaysia masih belum berakhir, sebaliknya harus diteruskan. Ia bukan mudah tetapi memerlukan keberanian, komitmen dan visi bagi mendepani arus cabaran mendatang.

Bagi membentuk Malaysia yang lebih baik untuk rakyat, kepimpinan baik dan keadilan menjadi agenda utama sekaligus menamat skandal politik dan ekonomi yang tiada hentinya menjerut negara kita.

Terdapat banyak peristiwa sepanjang lima dekad lalu yang menandakan turun-naik 50 tahun jerih perih saya memperjuang demokrasi, keadilan dan menyatukan Malaysia. Cukuplah saya akan memperkata hanya tiga daripadanya.

Pertama, peristiwa pada dekad 70-an apabila seorang menteri Umno menganggu ucapan saya mengenai urus tadbir kerajaan UMNO ketika itu yang lemah dalam pelbagai aspek antaranya politik, ekonomi, pentadbiran, dan pembangunan.

Akibatnya saya disuruh meninggalkan negara dan berhijrah ke negara asing atas alasan saya tidak dapat menerima polisi kerajaan UMNO BN. Tanpa ragu-ragu, saya pantas membalas semula,

negara daripada menjadi negara gagal – berlaku pelanggaran undang-undang dan musnahnya sistem pentadbiran yang cekap, jauh dari kredibiliti, ketelusan dan tanggungjawab serta berintigriti tinggi dalam kehidupan, lebih-lebih lagi apabila pemimpin UMNO lupa hala tuju negara dan Impian Malaysia.

Impian Malaysia adalah perihal yang belum selesai dan hanya rakyat Malaysia terutama anak muda yang boleh menentukan hala tujunya.

Saya memulakan perjalanan politik ketika berusia 24 tahun. Menjadi Setiausaha Penganjur Nasional dan editor The Rocket, akhbar rasmi DAP ketika berusia 25 tahun.

Saya dipilih sebagai Ahli Parlimen Bandar Melaka, merasai ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum dilantik sebagai Setiausaha Agung DAP ketika dalam tahanan sewaktu baru berusia 28 tahun.

Walaupun perjalanan politik saya berlarutan 50 tahun tetapi masa hadapan Malaysia terletak di bahu anak muda, yang sebahagian besarnya adalah populasi rakyat negara ini.

Justeru, saya menyeru anak muda, tanpa mengira bangsa, agama atau sempadan, untuk terus menatang cahaya Impian Malaysia demi menyuluh negara dan menjadi contoh kepada pemikiran baru Impian Malaysia.

Hanya anak muda yang mampu menentukan hala tuju negara pada masa akan datang.

* Penulis adalah Ketua Parlimen DAP dan juga Ahli Parlimen Gelang Patah

dengan mengatakan – jika mereka tidak suka mendengar kritikan saya – suara yang dipilih rakyat, beliau sendiri boleh meninggalkan negara ini!

Jawapan itu mendiamkan beliau. Suatu pelajaran yang berguna buat demokrasi serta pembangunan Malaysia.

Peristiwa kedua berlaku di Parlimen bulan lalu apabila seorang Ahli Parlimen UMNO menyuruh Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong untuk ‘balik

tongsan’ atau ‘balik ke Tanah China’.Nyatalah, pemikiran sempit, ekstrim

dan tidak toleransi Ahli Parlimen setelah 58 tahun pembangunan negara sangat bertentangan dengan Impian Malaysia.

Saya mengabdi 50 tahun kehidupan demi kebaikan politik Malaysia, demi rakyat Malaysia yang patriotik tanpa mengira bangsa, agama, politik dan sempadan, demi negara kita (atau ‘tongsan’, mengikut lingo bahasa puak ekstrimis dan cauvanis) dan

bukan demi negara lain!Peristiwa ketiga merujuk kepada

kenyataan baru-baru ini yang dibuat bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan tidak ada parti yang akan memerintah untuk selama-lamanya dan jalan terbaik alah dengan memiliki dua parti politik dan salah satu akan menang majoriti undi untuk membentuk kerajaan.

Kenyataan ini jauh berbeza dengan

kenyataan beliau sebelum ini yang mahukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, diganti.

Inilah dilema yang dihadapi seluruh rakyat. Keperluan untuk sebuah pemikiran yang baru di tengah-tengah kemelut negara yang kian meruncing – dan isunya bukanlah untuk menyelamatkan seorang individu walaupun bergelar Perdana Menteri atau parti politik.

Tetapi, bagaimana untuk menyelamatkan

50 tahun memburu Impian Malaysia

Bagi membentuk Malaysia yang lebih baik untuk rakyat, kepimpinan baik dan keadilan

menjadi agenda utama sekaligus menamat skandal politik dan ekonomi yang tiada hentinya

menjerut negara kita.

RENCANA

Page 6: SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016! BM - Jan_2016.pdf · menyalahgunakan nama dan istilah ‘keselamatan’ untuk mencapai tujuan politik yang tersirat. * Penulis ialah Ketua DAPSY

6JANUARI 2016

Oleh WAHYUDI YUNUS

ABDUL Aziz Isa, nama yang semakin kerap disebut-sebut dalam forum politik di Sarawak. Anak muda berumur 26 tahun itu merupakan pembantu khas Pengerusi DAP Sarawak. Aziz juga merupakan yang pertama dalam keluarganya yang tidak menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Aziz yang turut berkhidmat sebagai penyelaras Pusat Khidmat DAP Tupong meluangkan masa berkongsi pandangannya tentang dinamik politik di Sarawak menjelang Pilihanraya Negeri yang bakal berlangsung tahun depan.

Bagaimana dengan persiapan DAP Sarawak menghadapi Pilihan raya Negeri tahun depan?

DAP melancarkan hampir 20 pusat khidmat sejak 2013. Mas Gading, Tupong, Mambong, Serian, Sri Aman, Betong, Pelagus, Belaga, Senadin dan beberapa tempat lain. Bagi saya ini langkah yang baik sebab ibarat kita sudah ada rumah di tempat-tempat itu. Cawangan-cawangan juga kita sudah tubuhkan tapi sebab RoS (Pendaftar Pertubuhan) tidak luluskan jadi masih dalam status ‘protem’. Kita juga tubuhkan unit-unit kecil yang terdiri dari satu unit lima orang. Mereka biasanya sertai walkabout.

Adakah DAP berpeluang menang di Sarawak pada PRN tahun depan?

Selain itu, isu tanah NCR yang sangat dekat dengan masyarakat Dayak. Sehingga hari ini kerajaan enggan iktiraf Pemakai Menoa dan Pulau Galau. Sebabnya jika diiktiraf akan ramai syarikat terpaksa keluar dan mengalami kerugian. Isu ini akan diguna untuk menentang Adnan.

Bagi saya, DAP telah selangkah di hadapan. Mereka tahu macam mana berhadapan dengan Cina, Melayu, dan kini Dayak. Penyertaan terbaru ini cuma gelombang pertama. Akan ada lagi selepas ini. Masyarakat Dayak mula terbuka kepada DAP. Tapi kita bukan cuma penyertaan ahli Dayak. Kita perlukan pemimpin Dayak yang berkualiti. Tak guna kita banyak ahli Dayak tapi tak ada pemimpin Dayak.

Saudara datang dari keluarga yang ramai ahli PBB, kenapa pilih sertai DAP?

Mungkin sambutan terhadap Dyana Sofya di Perak sebagai anak Melayu masuk DAP di luar jangkaan. Tapi bagi saya penyertaan ahli Melayu dalam DAP ini sangat normal. Saya tidak akan sertai DAP kalau parti pemerintah sekarang memerintah secara adil. Saya sendiri terlibat dalam membantu sepupu saya yang bertanding untuk PBB dalam berkempen dan saya nampak sendiri bagaimana pengurusan wang oleh mereka.

Saya pilih DAP kerana mereka progresif. Saya tengok mereka cuma berceramah atas

Setakat ini Parlimen sudah luluskan 82 kerusi (nota editor: daripada 71 kerusi kepada 82 untuk DUN Sarawak). Sebelum ini 16 kerusi ditandingi oleh pimpinan berbangsa Cina. Kita perlukan lagi 26 kerusi untuk mendapat majoriti. Kita perlukan undi masyarakat Dayak. Apabila Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen bawa isu Dayak, semakin ramai masyarakat Dayak sertai DAP sekaligus keahlian semakin berbilang kaum. Tiga calon bumiputera bertanding kerusi DAP menang. Pelantikan baru-baru ini pula ada enam Dayak dalam pimpinan parti. Jadi bagi saya DAP berada di landasan yang tepat memenangi hati rakyat Sarawak.

Tidak bermakna kita juarai isu masyarakat Dayak, jadi cauvinis Dayak. Atau menjuarai isu masyarakat Cina, kita jadi cauvinis Cina. Tapi ini adalah tugas yang diberikan.

Apakah faktor dan kesan penyertaan masyarakat Dayak dalam DAP?

DAP melalui prinsip kebebasan beragama mendapat perhatian masyarakat Dayak. Dengan perkembangan terbaru seperti kes salib di Taman Medan dan seumpamanya, masyarakat Dayak risau dan mereka mula membuka mata kepada DAP. Tapi kita perlu jelas, DAP adalah parti sekular di mana agama adalah urusan peribadi. DAP mempertahankan kebebasan beragama, tanpa berat kepada mana-mana agama.

Pilihan raya Negeri Sarawak: DAP selangkah di depan

trak, sanggup buat apa yang perlu untuk meyakinkan rakyat. Berbanding dengan PBB yang sangat mewah, dapat makanan percuma, nak pergi ceramah pun kena bagi duit. Tanpa duit, PBB tak bergerak.

Pada pendapat saudara, adakah DAP relevan di Sarawak?

DAP satu-satunya parti sekular di Malaysia. Di Sarawak ramai muslim, tapi muslim yang berbeza sedikit, misalnya, jika Melayu bertatu bukanlah perkara luar biasa. Ini sebab perbezaan budaya. Pendekatan DAP yang sekular sesuai dengan masyarakat Sarawak yang bagi saya lebih terbuka berkaitan hal agama. Parti-parti politik yang ada di Sarawak pun memang tidak gunakan agama apabila memberi bantuan.

Apa maksud saudara dengan tugas yang diberikan? Tugas sebagai DAP ‘unit Melayu’?

Kita kena melihat dari perspektif begini: kalau saya tak masuk DAP, pimpinan DAP yang berbangsa Cina seperti saudara Chong Chieng Jen dan saudari Christina Chiew Wang misalnya susah untuk bercakap pasal isu zakat atau isu peniaga Melayu kerana batasan-batasan tertentu. Jadi apabila saya sertai DAP, saya sendiri yang bawa isu-isu ini di luar dan mereka pula bawa ke Dewan Undangan Negeri. Kerjasama dari luar dan

Bagi saya, DAP telah selangkah

di hadapan. Mereka tahu macam mana berhadapan

dengan Cina, Melayu, dan kini Dayak. Penyertaan

terbaru ini cuma

gelombang pertama.

Akan ada lagi selepas ini.

WAWANCARA

Page 7: SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016! BM - Jan_2016.pdf · menyalahgunakan nama dan istilah ‘keselamatan’ untuk mencapai tujuan politik yang tersirat. * Penulis ialah Ketua DAPSY

7JANUARI 2016

dalam ini penting. Bukan mempergunakan, tapi pendekatan perlulah mengikut kesesuaian komuniti itu.

Sebagai ahli Melayu dalam DAP, adakah saudara hadapi cabaran komunikasi atau budaya?

Saya tak ada masalah. Kalau mesyuarat saya ada penterjemah dan kebetulan saya boleh faham Hokkien. Bagi saya, yang penting kalau dalam satu mesyuarat majoriti Cina dan diadakan dalam bahasa Cina, kita kenalah tanya apa yang mereka cakap. Dalam masa sama komuniti pula pertimbangkan kalau ada ahli Melayu. Kerjasama antara kaum bukan sekadar toleransi tapi juga penerimaan. Jadi bagi saya yang penting adalah kesanggupan untuk belajar.

Bagaimana pula dengan sentimen bahawa DAP parti semenanjung?

Kita pernah jawab isu ini. Saya tanya semula, berapa ramai orang Sarawak yang kahwin dengan orang Semenanjung? Hakikatnya, DAP parti kebangsaan. Ada di mana-mana. Sedangkan PBB parti tempatan. Kononnya lah. Walaupun bila isu royalti senyap sampai sekarang. Siapa yang bawa isu royalti? Saudara Chong Chieng Jen dari parti kebangsaan.

Mungkin susah kita mahu hakis persepsi bahawa DAP parti Semenanjung memandangkan sentimen ini telah dimainkan sekian lama. Tapi kita kena teruskan usaha meyakinkan orang bahawa DAP parti kebangsaan. Kita tidak boleh cuma harap parti tempatan untuk bawa perubahan kepada negara. Berapa kerat saja kerusi di Sarawak? Untuk perubahan kita perlukan parti kebangsaan yang beri autonomi kepada negeri.

DAP beri autonomi pemilihan calon di peringkat negeri. Dalam DAP, sentiasa perlu rujuk kepada negeri. Segala polisi negeri yang buat, kecuali polisi bersama. Sedangkan PBB yang kononnya suara rakyat Sarawak sangat jelas dikawal Umno.

Apa pendapat saudara terhadap slogan ‘Sarawak for Sarawakians’ yang sering timbulkan kekeliruan?

Kenapa salahkan Semenanjung? Salahkan Persekutuan dan salahkan orang yang tandatangan perjanjian itu sendiri. Siapa? Datuk saya sendiri. Tun Abdul Rahman Yakub. Jadi kenapa salahkan Semenanjung? Salahkan pemimpin kita sendiri. Bukan Tengku Razaleigh, Tun Abdul Razak, Tunku Abdul Rahman.

Bagaimana dengan isu pembalakan haram di Sarawak?

Tak banyak beza sejak Taib Mahmud. Tapi ini yang saya perhatikan. Sekurang-kurangnya Taib tak pernah mengaku dia bersih. Tak pernah Taib buat sumpah integriti. Tapi Adenan mengaku bersih dan buat sumpah integriti tapi masih juga berlaku rasuah. Jadi macam tin kosong. Pembalakan haram malah semakin teruk. Dulu sudah namakan enam syarikat termasuk salah satu melibatkan sepupu Adnan sendiri di mana akaun mereka dibekukan. Tapi apa tindakan selepas itu? Sekadar keluar suratkhabar dan dilihat sebagai hero. Sekarang Adnan minta SPRM bersihkan nama Taib Mahmud. Jadi saya kira ini permainan kotor Adenan.

Bagaimana dengan perkembangan Impian Sarawak?

Impian Sarawak semakin aktif. (Nota editor: Impian Sarawak adalah Inisiatif DAP membantu masyarakat pedalaman Sarawak melalui projek infrastruktur dan pendidikan) Program bukan hanya fokus membantu menyediakan infrastruktur kepada masyarakat pedalaman tapi juga fokus dengan kesihatan, pendidikan dan program ekonomi. Yang menarik tentang

Ini adalah perangkap (bekas Ketua Menteri Sarawak yang kini Yang Dipertua Negeri) Taib Mahmud. Dia sangat pandai putar belit perkataan. Biar saya jelaskan. Ada beberapa kumpulan yang guna slogan ini. Yang pertama, yang mahu keluar dari Malaysia. Yang kedua, yang menolak semenanjung di Sarawak. Yang ketiga, yang mahukan autonomi untuk Sarawak.

Sesetengah orang keliru. Bagi saya, tak kisah mahu guna slogan ‘Sarawak for Sarawakians’. Tapi lepas itu apa? Sabah for Sabahans, Johor for Johoreans? Kalau sentimen ini terlalu dibawa-bawa, di mana Malaysia? Kita tak nak Sarawak keluar dari Malaysia. Kita cuma mahu tuntut balik hak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963. Jadi saya lebih kepada golongan yang ketiga yang menuntut autonomi.

Secara ringkas, boleh jelaskan apa yang menyebabkan autonomi rakyat Sarawak terhakis?

Bagi saya ia bermula apabila Jabatan Menteri Hal Ehwal Sarawak dihapuskan. Yang terakhir dipegang oleh Tun Jugah. Dan apabila Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Sarawak diangkat dan dipindahkan menjadi Ketua Setiausaha Persekutuan lama-lama kuasanya semakin kuat. Cengkaman Persekutuan terhadap negeri semakin kuat. Ramai salah faham sebagai Semenanjung. Tapi sebenarnya Persekutuan.

Yang kedua bagi saya disebabkan oleh Perjanjian Petronas 1974 (Perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974). Orang Sarawak selalu cakap bahawa orang Semenanjung ambil minyak orang Sarawak.

program ekonomi, baru-baru ini di Miri ada buat jualan anak sawit. DAP jual RM12 berbanding harga semasa RM15. Jadi kalau 1000 anak sawit, mereka cuma perlu bayar RM12,000 dan bukannya RM15,000.

Selain itu, di Sri Aman kita juga terlibat dalam membantu industri kraf tangan yang rata-rata diceburi oleh ibu tunggal. Program itu bukan program secara rasmi bawah Impian Malaysia, tapi kita guna nama Impian untuk lebih mempromosi Impian Sarawak.

Bagaimana sambutan dan kesan program Impian Sarawak setakat ini?

Mula-mula agak susah. Tuai rumah atau ketua kampung tak bagi. Tapi perlahan-lahan, akhirnya mereka bersetuju. Di mana-mana kita pergi, kita bawa nama Impian Sarawak. Untuk musim cuti ini saja ada tujuh kem Impian Education dikenalpasti. Di majlis penutupan kem Impian Education di Kerian baru-baru ini sangat ramai yang hadir. Sambutan sangat menggalakkan.

Apakah iltizam politik dan harapan saudara?

Saya mahu dilihat sebagai orang yang mendukung idea ‘centre left’. Kita tak minta orang kaya tolong orang miskin. Kita nak orang Malaysia tolong diri sendiri. Kalau orang kaya tengok orang miskin, dia akan tolong sebagai rakan seperjuangannya. Kita tak nak dia tolong kerana seakan-akan diperah.

Sebagai warganegara Malaysia pula saya harap tak ada lagi golongan ultra dan ekstremis dan tak ada lagi kita membincangkan tentang hak Melayu. Kita mahu cakap tentang hak rakyat Malaysia. Bahasa kebangsaan tidak seharusnya menjadi isu. Kalau boleh kita bilingual. Tidak bermakna kita mahir Inggeris kita tidak patriotik. Yang penting multiracial. Pertembungan kaum hanya memecahbelahkan. Tapi apabila wujud parti-parti yang pelbagai kaum, pertembungan dan persaingan lebih sihat dan kita dapat mewujudkan kerajaan yang lebih mewakili rakyat.

Kita tak nak Sarawak

keluar dari Malaysia. Kita

cuma mahu tuntut balik

hak yang termaktub

dalam Perjanjian

Malaysia 1963.

DAP beri autonomi pemilihan calon di peringkat negeri. Dalam DAP, sentiasa perlu rujuk kepada negeri. Segala polisi negeri yang

buat, kecuali polisi bersama.

WAWANCARA

Page 8: SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016! BM - Jan_2016.pdf · menyalahgunakan nama dan istilah ‘keselamatan’ untuk mencapai tujuan politik yang tersirat. * Penulis ialah Ketua DAPSY

8JANUARI 2016

IMPIAN MALAYSIA8DISEMBER 2015

Sarawak.Tanpa mengecewakan penduduk, Impian

Sarawak mengerah keringat membantu membina jambatan besi – yang terpanjang pernah dibina Impian Sarawak dengan kos RM50,000 dan mengambil masa seminggu untuk siap.

Berukuran 86 kaki panjang dan empat kaki lebar, jambatan seberat tiga tan itu menggunakan alat evakuasi untuk diangkat dan dipasang. Bahan tahan lasak digunakan antaranya 2,500 kilogram simen dengan 20 tan pasir dan batu.

Penduduk turut membantu meletakkan kaki jambatan itu dengan simen berukuran 5x5x5 kaki sebagai penahan.

Dengan adanya jambatan itu, segala keluh resah penduduk 54 pintu rumah kampung itu kini berakhir. Mereka boleh menunggang motosikal melalui jambatan berkenaan, dengan beban lebih ringan dan paling penting, keselamatan jauh lebih terjamin.

Sebenarnya, Impian Malaysia tidak memerlukan usaha banyak untuk membantu penduduk kampung itu tapi melakukannya dengan sungguh-sungguh.

Meskipun dana terhad – tidak seperti kerajaan dan pihak berkuasa yang memiliki lambakan dana besar tetapi malangnya, tidak mampu menjalankan projek sekecil itu untuk keselesaan dan keselamatan penduduk luar bandar itu sejak 50 tahun lamanya.

SEKILAS pandang, Kampung Sungai Ili, sebuah perkampungan petani terletak 28 kilometer dari Bandar Seri Aman, Sarawak, kehidupan penduduknya tidaklah seteruk mana.

Dengan adanya infrastruktur seperti jalan dan elektrik – meskipun bekalan air tidak konsisten – kampung itu agak baik berbanding kampung lain yang jauh lebih teruk keadaannya.

Hal ini membuatkan sukar untuk Impian Malaysia menumpahkan simpati kerana keperluan penduduk seakan-akan sudah cukup. Namun, jika diteliti betul-betul, di seberang Sungai Tandok yang merentas pedalaman Batu Lintang, terserlah segala kesusahan dan masalah.

Kebanyakan petani di situ menanam, berkebun dan menuai tanaman di tanah suai tani terletak di seberang sungai berarus deras selebar 70 kaki. Bertahun-tahun mereka mengangkut hasil tuaian dengan menyeberang sungai itu.

Mereka tiada pilihan selain berjalan kaki kerana tiada kenderaan dapat memasuki kawasan itu untuk membawa hasil tuaian ke jalan utama sama ada untuk jualan atau kegunaan sendiri. Mereka sebenarnya menempuh bahaya kerana setiap kali hujan lebat, paras air sungai itu naik setinggi 20 kaki atau lebih – petani terdedah risiko lemas.

Bimbang akan keselamatan mereka, walaupun buntu mencari jalan penyelesaian, mereka meminta pertolongan DAP Sri Aman yang kebetulan mengambil bahagian dalam program Impian

Sebuah jambatan, kampung petani dan ‘tuaian’ Impian Sarawak

sampai melalui Sungai Rejang, dua jam perjalanan dari Sibu.

Itu tidak menghalang Impian Sarawak untuk memindahkan 15 gelung paip dan bahan binaan di tujuh bot panjang, sebelum ditarik dan dipasang di kawasan seberang pada jarak 1.5 kilometer dari sumber empangan baru.

Empangan itu ditemui penduduk dan kemudian dibina oleh Impian Sarawak. Mujur, ketika itu musim hujan dan paras air yang tinggi memudahkan kerja pemasangan.

Dua kunjungan susulan - September dan Oktober - dibuat sebelum pembinaan dan kerja bermula pada November dan memakan masa tiga hari untuk siap.

Empangan baru mengambil masa 20 minit berjalan kaki dari rumah panjang. Sumber air itu mengalir terus dan penduduk bersepakat air itu tidak akan kering meskipun kemarau melanda.

Selain sukarelawan dan 45 penduduk menyiapkan kerja, projek itu turut dibantu Pengerusi Sementara DAP Kabitas, Paren Anak Nyawi dan Nyambung, individu bertanggungjawab di rumah panjang.

Perasmian projek itu dibuat Adun Pelawan, David Wong, menyaksikan penglibatan sulung Impian Sarawak di Kapit, kawasan paling mundur dari segi pembangunan dan paling terpencil antara 12 daerah di Sarawak.

Projek Impian membuktikan tiada kerumitan atau dana besar diperlukan untuk membolehkan sistem dijana untuk keperluan masyarakat itu dibuat kerana ia boleh dicapai melalui belanja sederhana - dibuktikan dengan projek hanya RM15,000 - dengan komuniti sebagai penggerak kepada projek itu.

DULU, dua kejiranan rumah panjang - Rumah Timban dan Rumah Chirry di Sungai Iran, di Song berkongsi paip air dari empangan utama.

Namun, air empangan itu kian sukar susut dan paras air menjadi sangat rendah hingga tidak dapat menampung keperluan dua rumah panjang itu.

Paip usang sejak dipasang 15 tahun lalu, menambahkan lagi masalah kerana kerap bocor dan tidak berfungsi dengan baik.

Sejak dua tahun lalu, kerajaan mengumumkan projek bantuan luar bandar. Ia kelihatan baik. Sebaliknya, ia mencetus permusuhan antara kedua-dua penduduk rumah panjang itu lantaran sikap pilih kasih.

Kerajaan membantu Rumah Chirry tetapi mengabai Rumah Timban. Rumah Chirry menerima paip berketumpatan tinggi bersama penapis air manakala Rumah Timban tidak menerima apapun, walaupun sudah merayu.

Meski ada lebihan paip projek di Rumah Chirry, bahan itu disimpan berkunci di gudang milik Rumah Chirry. Ada desas desus mengatakan pendirian penduduk Rumah Timban yang cenderung menyokong pembangkang sebagai punca penindasan itu.

Bagi 16 keluarga di Rumah Timban, tersisih dari bandar utama Song dengan Sungai Iran, keterasingan itu akan menyebabkan pihak luar sukar membantu jika kerajaan enggan menghulur bantuan.

Untuk sampai ke rumah panjang, ia memerlukan sebuah bot dan mengambil masa 30 minit dari bandar Song, terkenal sebagai laluan paling sukar di Sarawak kerana ketiadaan jalan menghubungkan rumah panjang dengan kawasan lain.

Bot satu-satunya pengangkutan yang boleh

Tak perlu dana besar, komuniti jadi penggerak

Page 9: SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016! BM - Jan_2016.pdf · menyalahgunakan nama dan istilah ‘keselamatan’ untuk mencapai tujuan politik yang tersirat. * Penulis ialah Ketua DAPSY

9JANUARI 2016

SABAH: Kegagalan menangani masalah pendatang asing tanpa izin yang membawa kepada Laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) Pendatang Tanpa Izin di Sabah, antara sebab penculikan berleluasa di negeri itu.

Adun Sri Tanjung, Chan Foong Hin,

berkata isu imigran adalah sebahagian masalah berkaitan kekerapan penculikan kerana kehadiran ramai pendatang boleh memberi ancaman.

Naib Pengerusi DAP Sabah itu berkata, i su rumit bukan sahaja mencegah

pencerobohan melalui peranan ESSCOM tetapi mengatasi kemungkinan bantuan 'orang dalam' kepada kumpulan bersenjata Abu Sayyaf.

"Terlalu lewat untuk selamatkan Bernard tapi tidak terlambat untuk bertindak ke atas

SURUHANJAYA Pilihan Raya perlu memansuh Seksyen 9A Akta Pilihanraya 1958 bagi mengelakkan pembaziran RM150 juta yang diperuntuk bagi memastikan pilihan raya yang adil dan bebas.

Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong Sze Phin, berkata ia berikutan seksyen itu menghalang rakyat dari mencabar kesahihan daftar pemilih melalui proses mahkamah.

"Adakah pemegang kad pengenalan meragukan seperti yang dilaporkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sudah dibersihkan?

"Apabila 'warganegara ekspress' digunakan untuk mengundi dan menentukan masa depan negara, ia berbahaya dan tidak wajar," katanya.

Beliau juga mengingatkan ramai mengenai kes penahanan 15 pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang memberi kad pengenalan biru pada 1995.

"Ini baru satu kes. Masih banyak lagi yang dilapor. Banyak cara warga asing mendapat kad pengenalan dengan mudah. Pertamanya kerana sindiket jual kad pengenalan, keduanya Projek IC untuk tujuan politik," katanya.

Jangan halang semak daftar pemilihSARAWAK: Jabatan Audit Negara

didesak menjalankan audit ke atas projek pembinaan Hospital Petra Jaya, Kuching bernilai RM495 juta berikutan kosnya terlalu tinggi, malah mencadangkan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) turut membuat siasatan.

Sedangkan, Ahli Parlimen Stampin, Julian Tan Kok Ping, Menter i di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pada Februari 2010 pernah mengatakan kos pembinaan sesebuah hospital sepatutnya dalam lingkungan RM500,000 setiap katil.

Justeru, beliau berkata, kos pembinaan hospital berkapasiti 300 katil itu seharusnya dalam l i n g k u n g a n R M 1 . 6 5 j u t a ,

bukan RM495 juta sekaligus menimbulkan persoalan mengenai pembaziran RM345 juta.

"Mengambil kira kelemahan n i l a i r i n g g i t , i a i t u R M 3 . 4 /USD berbanding RM4.2/USD, kenaikan 23 peratus secara kasar, kos pembinaan sepatutnya sekitar RM184.50 juta sahaja. Itupun berbaki RM310.5 juta," katanya.

Kok Ping berharap kos itu tidak bertambah lagi pada masa depan sekaligus mengelak berulang kenaikan kos membina Sarawak International Medical Center (SIMC), dari RM374.12 juta kepada RM534.38 juta yang didedah Laporan Ketua Audit Negara.

Menegaskan pembinaan lebih banyak hospital di Sarawak dialu-

alu bagi mengatasi beban di Hospital Besar Sarawak (SGH), beliau bimbang situasi SMIC berlaku dalam pembinaan Hospital Petra Jaya.

" B a y a n g k a n p e m b a z i r a n RM160.26 juta dalam kes SMIC, penjimatan RM345 juta dalam kes Hospital Petra Jaya, berapa alat perubatan baru dapat dibeli?

"Ini pent ing kerana SGH s e k a r a n g m e n g a l a m i k r i s i s kekurangan alat perubatan dan dalam keadaan uzur. Misalnya, mesin radiotherapi uzur dan kerap rosak dan proses membaikinya mengambil masa lebih seminggu.

"Ini t idak boleh diterima. Bayangkan kesengsaraan yang dihadapi pesakit dan keluarga mereka," katanya.

Kanak-kanak tempatan tiada kad pengenalan

SABAH: Ramai kanak-kanak tempatan di negeri ini tidak memiliki kad pengenalan (IC) sebaliknya pendatang tanpa izin mudah memperolehnya.

Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong Sze Phin, berkata, masalah itu berlaku kepada kanak-kanak di pedalaman yang ibu bapa mereka penduduk Sabah, selain masyarakat orang Asli di Pensiangan, Pitas dan sebagainya.

"Hidup di jalanan, miskin dan tiada kebajikan, seterusnya membesar dalam keadaan tidak sesuai, seolah-olah tiada masa depan. Mereka sukar lanjutkan pelajaran mahupun dapatkan pekerjaan baik.

"Akhirnya, mereka terpaksa mencari nafkah dengan minta derma, kerja di pasar, jual rokok seludup dan ada terlibat dalam sindiket pengedaran dadah,"

katanya dan menyifatkan Sabah dilanda 'Stateless Kids' sekian lama dan ia bukan kes terpencil.

"Saya cadangkan kerajaan sediakan pejabat pendaftaran perkhidmatan bergerak yang aktif pergi ke pedalaman. Sekarang yang sediakan hanya Mahkamah Tinggi Sabah atas inis iat i f Ketua Hakim, Tan Sri Richard Mainjun," katanya.

Bagi kanak-kanak pendatang

Mengapa kos bina hospital melambung dua kali ganda?tanpa izin pula, beliau berkata, kerajaan harus berbuat sesuatu s u p a y a m e r e k a m e n d a p a t hak sebagai kanak-kanak dan manusia.

"Saya tidak setuju jika mereka terus diberi kerakyatan tetapi jika ada pengenalan khas, mereka dapat d ipantau dan diber i perhatian seperti pendidikan," katanya.

M e n g i k u t M e n t e r i

Pembangunan Komuniti dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab, katanya, bilangan kanak-kanak di jalanan ialah 200,000 orang iaitu 50,000 dari Filipina dan 150,000 (Indonesia).

"Saya harap kementerian kaji semula isu ini . Jangan biarkan rakyat sendiri tiada kad pengenalan tapi pendatang tanpa izin dapat. Ini kita tidak mahu berlaku lagi," katanya.

mereka yang mungkin bekerjasama. Kita perlu bersihkan masalah pendatang tanpa izin di Sabah," katanya.

Sebelum ini, dua warga Malaysia diculik kumpulan pengganas Abu Sayyaf sebelum seorang daripadanya, Thien Nyuk Fun dibebaskan tetapi seorang lagi, Bernard Ghen Ted Fen dari Sarawak dibunuh dengan kejam.

Justeru, Foong Hin berkata, laporan jawatankuasa kerja teknikal susulan laporan RCI perlu dibentang Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang mengetuai pasukan khas untuk laporan RCI, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

" P a i r i n b e r j a n j i m e n y e r a h k a n laporan akhir tahun ini. Inilah masa untuk berbincang di DUN," katanya yang mengkritik kerajaan kerana gagal melakukan tindakan konkrit sejak laporan RCI siap Disember lalu.

Beliau kesal kerana seluruh proses penyerahan laporan jawatankuasa kerja teknikal RCI tiada komunikasi dengan orang ramai, tidak diketahui siapa memberi maklum balas dan cadangan kepada jawatankuasa yang diketuai Pairin.

"Ia perlu didedahkan kepada umum dengan perbentangan dalam Dewan U n d a n g a n N e g e r i d a n h e n d a k l a h dibahaskan oleh tiap-tiap orang wakil," katanya.

Kebanjiran imigran punca penculikan di Sabah

SABAH/SARAWAK

Page 10: SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016! BM - Jan_2016.pdf · menyalahgunakan nama dan istilah ‘keselamatan’ untuk mencapai tujuan politik yang tersirat. * Penulis ialah Ketua DAPSY

10JANUARI 2016

Oleh ZAIRIL KHIR JOHARI

AKTA Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diperkenal pada 1997 bagi menyokong permintaan mendadak pengajian tinggi terutama dalam sektor institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

D e n g a n k e t e r s e d i a a n pinjaman PTPTN, pendaftaran u n i v e r s i t i p u n b e r g a n d a daripada 58,286 pada 1990 kepada beratus-ratus r ibu pada hari ini. Sehingga 2014, PTPTN menyediakan pinjaman berjumlah RM49.4 bilion kepada lebih 2.1 juta orang pelajar.

W a l a u p u n P T P T N memudahkan akses kepada p e n g a j i a n t i n g g i d a n membolehkan ratusan ribu anak muda melanjutkan pengajian, namun ia dibelenggu dua masalah besar iaitu kadar bayaran balik pinjaman yang rendah dan percambahan IPTS yang tidak berkualiti serta gagal memberi penuntutnya pendidikan dan kemahiran yang diperlukan pasaran kerja.

Kadar bayaran balik

B e r d a s a r k a n j a w a p a n P a r l i m e n , s e h i n g g a 3 0 September 2015, jumlah keseluruhan bayaran balik PTPTN yang diterima ialah RM6.71 bilion (45.8 peratus) berbanding bayaran bal ik sebenar yang perlu diterima iaitu RM14.65 bilion.

D a r i p a d a 1 , 7 9 2 , 9 1 9 peminjam, hanya 1,185,077 orang membuat bayaran balik. Ini bermaksud seramai 607,842 peminjam gagal membuat bayaran balik, mengakibatkan tunggakan berjumlah RM4.97 bilion.

Masalah kadar pembayaran balik yang rendah sebenarnya t idak menghairankan. Ini disebabkan beberapa faktor. Pertama, ki ta t idak boleh menafikan terdapat sikap ambil ringan daripada Kerajaan. Jika orang mengambil pinjaman b a n k , m e r e k a t i d a k a k a n menzahirkan sikap sama.

Kedua, sememangnya ada ramai graduan yang tidak mampu membayar balik. Hakikatnya, iklim ekonomi negara belum kembali kepada zaman pra-1997. Kegagalan negara untuk mencapai KDNK sekurang-kurangnya tujuh peratus setahun sebagaimana yang dicatat pada awal 1990-an memberi kesan terhadap pasaran kerja dan guna tenaga negara.

Kini, Malaysia berdepan

pendapatan

K e t i k a i n i , P T P T N menggunakan kaedah pinjaman perumahan (mortgage-type loan) iaitu kadar faedah, tempoh pembayaran, dan kadar bayaran bulanan adalah tetap. Skim itu menjadi beban besar kepada graduan.

Misalnya, jika seseorang graduan itu bergaji RM2,000 sebulan, kadar bayaran bulanan RM200 sudah mencecah 10 peratus daripada pendapatan. Ini belum mengambil kira komitmen lain seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), sewa, hutang kenderaan, bil telefon dan sebagainya.

Ini antara punca utama mengapa kadar pembayaran balik pinjaman PTPTN begitu rendah. Dalam erti kata lain, kegagalan bayaran balik yang berleluasa dalam kalangan graduan bukan semata-mata berpunca daripada sikap culas tetapi hakikat bahawa mereka tidak mampu membayarnya.

S a y a m e n c a d a n g k a n k e m e n t e r i a n u n t u k mempertimbang kaedah bayaran balik berdasarkan pendapatan (income-contingent repayment) iaitu kadarnya bergantung

dengan masalah pengangguran dan guna tenaga tidak penuh (underemployment) yang agak menggusarkan. Sebagaimana yang dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri , D a t u k S e r i A b d u l Wa h i d Omar pada Mei lalu, daripada 400,000 penganggur di negara ini, 161,000 daripadanya merupakan siswazah.

Kementer ian sudahpun mengambil beberapa langkah untuk meningkatkan prestasi b a y a r a n b a l i k p i n j a m a n , antaranya mempelbagai saluran bayaran balik, mengeluarkan surat arahan bayaran balik, mengambil tindakan undang-u n d a n g t e r m a s u k s a m a n , mewajibkan potongan gaji ke atas kakitangan awam, menahan peminjam ingkar ke luar negara dan menyenarai hitam dalam CCRIS.

Langkah itu baik. Namun saya mencadangkan beberapa lagi pembaharuan yang bukan sahaja meningkatkan kadar pembayaran balik tetapi juga meringankan beban peminjam d a n m e m p e r b a i k i k u a l i t i pendidikan di institusi pengajian tinggi (IPT).

Bayaran balik berdasarkan

kepada pendapatan peminjam. Ini bermaksud, lagi tinggi gaji seseorang graduan itu, lagi besar kadar bayarannya, begitu juga sebaliknya.

Selain mengurangkan beban pembayaran balik, pendekatan itu juga akan mengurangkan tempoh bayaran balik sejajar dengan peningkatan pendapatan graduan. Sistem itu jauh lebih progresif kerana setiap graduan memulakan kerjaya dengan bidang, jawatan dan tangga gaji yang berbeza.

P a d a m a s a s a m a , s a y a mencadangkan agar gar is pendapatan minimum bayaran balik diperkenal. Sebagai contoh, di Australia, hanya graduan yang mencapai pendapatan AUD54,126 setahun diwajib memulakan bayaran bal ik pinjaman pendidikan mereka.

Ini untuk mengelak beban kewangan terlalu besar bagi graduan yang bergaji kecil. Di Malaysia, mungkin garis pendapatan minimum boleh ditetapkan pada kadar RM3,500 s e b u l a n a t a u R M 4 2 , 0 0 0 setahun.

Akhir sekali, PTPTN juga harus dihubungkan kepada s is tem KWSP atau LHDN supaya kadar bayaran balik boleh

diselaras kepada gaji. Pada masa sama, pemotongan dari sumber (deduction from source) juga boleh dilaksanakan.

IPTS tidak berkualiti

O l e h s e b a b P T P T N mempunyai syarat pinjaman yang boleh dikatakan longgar untuk pemohon IPTS, maka tidak mengejutkan apabila golongan kapitalis mengambil kesempatan ke atas hakikat ini.

J u s t e r u , k i t a m e l i h a t p e r c a m b a h a n I P T S y a n g meragukan dari segi kualiti dan ditubuh semata-mata untuk mengutip wang PTPTN yang senang diperoleh.

Tidak hairanlah apabila kita melihat banyak IPTS berlumba-lumba mendapatkan mahasiswa dengan syarat kemasukan yang sangat minimum – lulus SPM dengan satu kredit atau kelayakan setaraf dengannya untuk kursus sijil dan lulus SPM dengan tiga kredit atau kelayakan setaraf dengannya untuk kursus diploma.

H a l i n i b u k a n s a h a j a melahirkan graduan t idak berdaya sa ing te tapi juga melebihi kehendak pasaran. Mengikut laporan Bank Dunia, wujud kesenjangan antara pembekalan dan permintaan dalam pasaran kerja untuk graduan – lebihan graduan berbanding pekerjaan sedia ada yang sesuai dengan kelulusan mereka.

Ketidakpadanan pembekalan dan pemintaan menyumbang kepada pengangguran dan g u n a t e n a g a t i d a k p e n u h (underemployment) di negara ini . Mengikut perangkaan kementerian, 27 peratus graduan IPTS dan 24 peratus graduan IPTA (institusi pengajian tinggi awam) tidak berjaya mendapat kerja enam bulan selepas tamat pengajian.

B e r d a s a r k a n k e n y a t a a n menteri, lebih kurang 8.8 peratus anak muda dalam lingkungan usia 20 hingga 24 tahun sedang menganggur.

Bagi mengatasi masalah kelemahan kualiti pengajian tinggi, khususnya dalam kalangan IPTS, juga untuk menangani kadar pembayaran balik yang rendah, saya mencadangkan supaya beban kewangan dialih daripada kerajaan kepada swasta.

Sistem baucer

PTPTN kini bergantung

PTPTN: Kaedah bayaran balik, kualiti IPTS dan kaedah penyelesaiannya

bersambung di mukasurat 11

PTPTN dibelenggui dua masalah besar iaitu kadar bayaran balik pinjaman yang

rendah dan percambahan IPTS yang tidak berkualiti serta gagal memberi

penuntutnya pendidikan dan kemahiran yang diperlukan pasaran kerja.

RENCANA

Page 11: SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016! BM - Jan_2016.pdf · menyalahgunakan nama dan istilah ‘keselamatan’ untuk mencapai tujuan politik yang tersirat. * Penulis ialah Ketua DAPSY

11JANUARI 2016

Oleh SYERLEENA ABDUL RASHID

PADA dialog mengenai Perjanjian Pe r k o n g s i a n T r a n s - Pa s i f i k (TPPA) baru-baru ini, Menteri Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed cuba mereda ketengangan dengan jenaka hambar tetapi seksis – membandingkan perkahwinan dengan Ibu Pejabat MITI yang baru dibina:

“Sebelum ini, kami di Jalan Duta, 30 tahun di sana. Lama-lama dah kahwin ni, buang isteri, kahwin baru. Tiga puluh tahun di Jalan Duta, ia masa yang panjang, sangat panjang. Jadi dah bosan, ‘fed up’, pindah sinilah, jadi hari pertama di sini.”

Meskipun sudah membuat pemohonan maaf, segalanya sudah terlambat dan kejadian itu memperkukuh lagi pemikiran

kaku cauvinisme yang ditonjol segelintir ahli poli t ik serta masyarakat yang tidak menyedari bahayanya kenyataan seumpama itu.

Jenaka seksis bukanlah perkara yang boleh dianggap remeh, walaupun cuba menyakinkan kita bahawa beliau berniat suci dan tidak bermaksud untuk mendatangkan kemudaratan.

Seloroh yang menyentuh konteks seperti itu memberi k e s a n n e g a t i f t e r h a d a p kedudukan kaum wanita dalam masyarakat kita. Kenyataan yang mengaitkan keperawanan wanita dan perkahwinan benar-benar menjelikkan.

Ia seolah-olah memperlekeh kaum wanita dan tidak sepatutnya dipandang enteng.

H a l i t u m e m p e n g a r u h i tanggapan masyarakat yang m e n j a d i k a n m a s y a r a k a t

taksub dan kurang toleransi yang berakar umbi dalam masyarakat.

A d a k a h p e r m i n t a a n i t u kedengaran berat, j ika ahli politik menapis segala kenyataan yang menyingung perasaan dan cuba menonjolkan sikap sopan daripada membuat kenyataan yang memperkecil-kecil kaum wanita?

S a n g a t p e n t i n g u n t u k menunjukkan sikap dan idea positif terhadap kaum wanita bagi memelihara kehormatan, p e n y e r t a a n g o l o n g a n i t u dalam masyarakat daripada membenarkan dan memuaskan diri dengan kelakuan kurang sopan.

Jenaka seumpama itu satu penghinaan terhadap kaum wanita dan memalukan negara. Jenaka seksis adalah musuh yang nyata dan tidak ada kenyataan yang dapat menjustifikasi tindakan berkenaan.

* Penulis ialah Pengarah Pendidikan Politik Wanita DAP Bukit Bendera

membenarkan perkara seumpanya berlaku dengan lebih berleluasa tanpa adanya tapisan dan kritikan.

Perkara berkenaan benar-benar berlaku dan kita dapat meyaksikan dan merasai sendiri situasi di mana kaum lelaki (kadangkala wanita) bercakap hal seksis tanpa ada rasa bersalah kerana menganggapnya ia boleh diterima masyarakat.

J i k a s e s e o r a n g d e n g a n mudahnya merendah-rendahkan golongan wanita, kelompok yang bersikap misoginis akan menganggap perbuatan itu sebagai penerimaan umum terhadap kelakuan dan sikap buruk mereka.

Situasi itu berbahaya kerana i a m e n d o r o n g m a s y a r a k a t berasa t idak berdaya untuk mengambil tindakan terhadap diskriminasi berkenaan. Lihat sahajalah bagaimana masyarakat kita memandang isu seperti perkahwinan bawah umur, rogol dan keganasan terhadap wanita.

Dengan kata lain, jenaka itu hanya memperkuat lagi sikap

Seloroh seksis bukan jenaka tapi musuh

sambungan dari mukasurat 10

Kesannya, kejadian itu membenarkan

perkara seumpanya berlaku dengan lebih

berleluasa tanpa adanya tapisan dan kritikan.

bersambung di mukasurat 11

RENCANA

kepada dana awam, dan kegagalan untuk mengutip balik pinjaman tentu membebankan Kerajaan. Oleh itu, saya cadangkan agar pinjaman pendidikan diambil alih oleh sektor swasta, seperti bank atau institusi kewangan lain.

Sektor swasta bukan sahaja mempunyai j u m l a h d a n a m e n c u k u p i u n t u k menyediakan pinjaman pendidikan yang diperlukan, malah pasti lebih efisien dan efektif dari segi pengutipan balik.

Namun, ini tidak bermakna kerajaan boleh cuci tangan dalam hal ini.

Pertama, saya mengesyorkan sistem baucer sisi-permintaan (demand-side voucher system) iaitu setiap graduan SPM akan menerima subsidi kerajaan.

B a g i m e m a s t i k a n s u b s i d i i t u m e m a n f a a t k a n g o l o n g a n k u r a n g berpendapatan serta memberi ganjaran untuk prestasi baik, maka formula baucer boleh dikaitkan kepada pendapatan isi rumah serta prestasi peperiksaan mahasiswa itu.

Sebagai contoh, seseorang graduan SPM dari isi rumah berpendapatan rendah dan mencapai keputusan cemerlang, mungkin diberi baucer bernilai RM20,000. Bagi mahasiwa dari isi rumah yang lebih berada

membayar balik.Lebih penting lagi, dengan peralihan

pinjaman pendidikan kepada pihak swasta, kita dapat membendung masalah IPT tidak berkualiti. Ini kerana mekanisme pasaran akan menghasilkan pembetulan (market correction).

Sebagai contoh, sudah tentu bank tidak akan memberi pinjaman kepada mahasiswa yang belajar di institusi meragukan dari segi kualiti, kerana kebarangkalian graduannya mendapat kerja baik, seterusnya membayar baik pinjaman adalah rendah.

Dalam erti kata lain, ia akan secara semula jadi memaksa IPT untuk meningkatkan daya sa ingan dan mengurangkan jumlah institusi tidak berkualiti.

Saya harap cadangan pembaharuan itu dapat diberi pertimbangan oleh kementerian supaya kita dapat sama-sama memantapkan lagi sektor pendidikan tinggi dengan cara yang dapat menjamin kelestarian pinjaman pendidikan, tidak membebankan peminjam.

Pada masa sama, ia juga memastikan kualiti pendidikan yang ditawarkan.

* Penulis ialah Ahli Parlimen Bukit Bendera

dan mungkin mendapat keputusan tidak terlalu hebat, mungkin diberi baucer bernilai RM10,000.

Saya menggunakan angka-angka ini hanya untuk memberi gambaran – formula yang betul harus ditetapkan setelah mengkaji pelbagai faktor.

Baucer itu pula boleh digunakan untuk memasuki mana-mana IPT dan bertindak sebagai subsidi yang ditanggung oleh kerajaan. Sudah tentu, baucer itu tidak akan menampung seluruh kos pengajian, dan di sini pinjaman pendidikan pihak swasta yang dapat berfungsi sebagai pelengkap kepada sistem baucer.

Kedua, pinjaman pendidikan walaupun

daripada sektor swasta, harus dijamin Kerajaan Persekutuan agar kadar faedah pinjaman berdaya saing dapat diperoleh dan menjadikan pinjaman itu sebagai aset bernilai tinggi yang memungkinkan peluang pelaburan dalam bentuk aset jaminan pada masa depan.

Pendekatan ini, dilaksanakan bersama dengan kaedah bayaran balik berdasarkan pendapatan dan juga garis minimum pendapatan, akan memastikan kelestarian jangka panjang pinjaman pendidikan.

Ini kerana pengalaman sektor pinjaman swasta menunjukkan kadar bayaran balik lebih tinggi kerana ramai khuatir akan natijah yang bakal ditimpa jika tidak

Justeru, kita melihat percambahan IPTS yang

meragukan dari segi kualiti dan ditubuh semata-mata

untuk mengutip wang PTPTN yang senang diperoleh.

menerimanya sebagai kebiasaan hingga mendatangkan lebih banyak kemudaratan terhadap pembangunan masyarakat.

Mengikut kajian pakar psikologi di Western Carolina University: “Pendedahan kepada jenaka seksis akan melahirkan keadaan yang membenarkan kaum lelaki lebih-lebih lagi yang bersikap buruk terhadap wanita – menyatakan sikap berkenaan dalam setiap p e r b u a t a n m e r e k a . M a k a , penerimaan jenaka itu mendorong masyarakat untuk percaya bahawa perbuatan itu diterima dalam lingkungan masyarakat.”

Jenaka seksis mengeksplotasi sikap tidak endah masyarakat dan menggalakkan sikap taksub kerana seloroh sedemikian seolah-olah mewajarkan perbuatan yang menyinggung sensitiviti orang lain.

K e s a n n y a , k e j a d i a n i t u

Page 12: SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016! BM - Jan_2016.pdf · menyalahgunakan nama dan istilah ‘keselamatan’ untuk mencapai tujuan politik yang tersirat. * Penulis ialah Ketua DAPSY

12JANUARI 2016

KUALITI perkhidmatan sektor k e s i h a t a n d i n e g a r a i n i p e r l u dipertingkat berikutan tahapnya belum memuaskan, malah jauh dari piawaian di negara maju sekalipun membabitkan klinik di bandar.

Memberi contoh, Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar, berkata masa menunggu di klinik kesihatan di Buntong, Perak terlalu lama sebelum dapat berjumpa pegawai perubatan.

"Banyak kaunter pendaftaran d i t u t u p . A l a s a n , t i d a k c u k u p kakitangan. Ini menyebabkan pesakit terpaksa menunggu berjam-jam," katanya.

T i m b a l a n P e n g e r u s i D A P Perak itu percaya, jika masalah itu membabitkan klinik kesihatan di bandar, kualiti perkhidmatan klinik di luar bandar dan pedalaman lebih teruk lagi.

"Bayangkan pula perkhidmatan kesihatan kepada orang Asli di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak," katanya.

Tanpa kuali t i perkhidmatan kesihatan yang unggul pada kos berpatutan, kata Sivakumar, Malaysia tidak akan mencapai taraf negara maju kerana ia antara kriteria terpenting.

Klinik: 'Masa menunggu berjam-jam'

KERAJAAN Persekutuan harus mengembalikan peruntukan dua program kesihatan wanita yang dihapus pada Bajet 2016 dengan mengambil peruntukan Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, berkata ia kerana PMO dapat tambahan RM1.1 bilion sedangkan program sepenting HPV Vaksinasi dan Bantuan Program X-ray (Mamogram) tidak menerima sesen pun.

Katanya, peruntukan kesihatan wanita dipotong 100 peratus selepas Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat berdepan pemotongan 90 peratus, tahun lalu.

"Tanpanya, saringan mamogram boleh cecah RM100. Kira-kira 10 peratus dari 263,627 wanita yang diimbas, 24,980 dirujuk untuk pemeriksaan lanjut.

"Program itu amat membantu w a n i t a m e n g e s a n b a r a h p a d a peringkat awal," kata Timbalan Jurucakap Jawatankuasa Sumber Manusia, Wanita dan Kebajikan Parlimen DAP itu.

Tahun lalu, jumlah peruntukan kedua-dua program yang asalnya RM20 juta setahun dikecil kepada RM2 juta tetapi kini dihapus sama sekali.

Kembalikan peruntukan kesihatan wanita

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan digesa menerima pakai resolusi Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghalang perkahwinan kanak-kanak, perkahwinan awal dan perkahwinan paksa seperti yang dipersetujui Majlis Hak Asasi Sedunia.

"Bilakan kita akan melihat tindakan kerajaan untuk memenuhi janji dan tanggungjawab mereka?" kata Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching yang menyifatkan tiada kata-kata dapat menggambarkan kesedihan dan kemarahan berikutan tragedi itu.

Beliau berkata, kajian menunjukkan kanak-kanak perempuan berusia antara 10 dan 14 tahun, lima kali ganda risiko kematian ketika hamil dan melahirkan anak berbanding wanita berumur 20 hingga 24 tahun.

"Selain itu, pengantin kanak-kanak kurang cenderung menamatkan pendidikan dan lebih terdedah kepada penderaan fizikal, seksual dan mental.

Mengikut undang-undang Malaysia, usia minumum pasangan bukan Islam berkahwin ialah 18 tahun dan perkahwinan bawah usia itu dibenar dengan kebenaran ketua menteri.

Bagi pasangan Islam pula, usia minimum perkahwinan ialah 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun perempuan tetapi melalui kebenaran mahkamah syariah, perkahwinan pada sebarang usia dibenarkan.

Elak jenayah seksual kanak-kanak

K U A L A L U M P U R : A h l i Parlimen Bukit Mertajam, S t e v e n S i m C h e e K e o n g mendesak menteri berkaitan supaya memastikan undang-undang larangan perkahwinan kanak-kanak dan Akta Daftar Nama Pesalah Jenayah Seksual dibentang tahun depan.

Menegaskan perkahwinan kanak-kanak bawah umur 18 tahun patut dilarang, beliau berkata kira -kira 16,000

Larang perkahwinan kanak-kanakk a n a k - k a n a k p e r e m p u a n b a w a h u s i a 1 5 t a h u n berkahwin pada 2010.

" K i t a p e r l u w u j u d k a n s u a s a n a s e l a m a t k e p a d a perempuan. Pelbagai laporan dalam atau luar negeri tentang aspek negatif dan hampir tiada aspek positif mengenai perkahwinan kanak-kanak.

"Sebagai pemimpin, ibu bapa, pakcik, makcik, orang dewasa akan terus gagal halang

kanak-kanak dari jadi mangsa perkahwinan bawah umur selagi kita gagal menggubal perundangan melarang hal itu," katanya.

Beliau juga mempersoal perkembangan Akta Daftar Nama Pesalah Jenayah Seksual yang dicadangkan polis lapan tahun lalu berikutan kes rogol d a n b u n u h k a n a k - k a n a k , Nurin Jazlin Jazimin pada 2007.

M e n y a t a k a n s t a t i s t i k menunjukkan seorang wanita menjadi mangsa rogol di Malaysia setiap lima minit, 100 wanita dirogol setiap hari dan separuh daripadanya berusia bawah 16 tahun, Steven berkata akta itu sudah dibangkitkan sejak berkali-kali.

"Kini 2015, sudah lapan tahun. Apa sudah ter jadi dengan akta itu?" katanya.

Kajian menunjukkan kanak-kanak perempuan berusia

antara 10 dan 14 tahun, lima kali ganda risiko kematian

ketika hamil dan melahirkan anak berbanding wanita

berumur 20 hingga 24 tahun.

BERITA

Page 13: SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016! BM - Jan_2016.pdf · menyalahgunakan nama dan istilah ‘keselamatan’ untuk mencapai tujuan politik yang tersirat. * Penulis ialah Ketua DAPSY

13JANUARI 2016

77 sekolah agama RM68 juta terbengkalaiJOHOR: Ketua Pembangkang DUN Johor, Gan Peck Cheng mendedahkan kegagalan kerajaan Johor dalam membangunkan projek pembinaan 77 sekolah agama membabitkan peruntukan RM68 juta.

Adun Penggaram yang juga Setiausaha DAP Johor itu kesal berikutan semua projek itu terbengkalai sejak empat tahun lalu.

Katanya, kerajaan Johor perlu membentang status pembinaan semua

sekolah berkenaan secara telus dan siasatan perlu dijalankan bagi mengenal pasti punca kegagalan projek.

"Saya bangkitkan hal ini atas keperluan mendesak anak-anak untuk belajar," katanya pada sidang DUN Johor.

Selain itu, beliau menggesa reformasi struktur dan peranan berkaitan DUN bagi memastikan keberkesanan dalam aspek pelaksanaan dasar dan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan

Adun Johor."Kami wakil rakyat pembangkang

juga ada peranan sama dengan wakil rakyat kerajaan. Seharusnya kami juga harus mendapat kerjasama yang adil dengan mana-mana PBT," katanya.

Beliau berkata peranan ketua pembangkang DUN Johor juga harus diiktiraf secara rasmi bagi memastikan pembangkang dapat memberi khidmat sewajarnya.

JABATAN Alam Sekitar (JAS) perlu memastikan kekeliruan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak berulang bagi memudahkan orang ramai membuat persediaan berdepan masalah jerebu yang berulang saban tahun.

Justeru, Adun Mengkibol, Tan Hong Pin mencadangkan bacaan berlainan parameter, sama ada berdasarkan parameter PM2.5 atau PM10 diumumkan bersama.

Katanya, hanya 12 dari 52 stesen menggunakan parameter PM2.5 tetapi bacaan IPU di negara ini menggunakan PM10 berikutan bukan semua stesen ada komponen PM2.5.

"Laman web JAS patut papar dua set data kerana kadang kala cuaca cerah tetapi bacaan IPU cecah tahap kritikal atau bacaan rendah tetapi kelihatan sangat kabur," katanya.

Kata beliau, ramai mempertikai bacaan JAS sebagai tidak tepat apabila membandingkannya dengan Singapura, misalnya IPU Singapura menunjukkan 220 tetapi IPU di Kluang 150.

"Mereka tertanya-tanya sama ada bacaan JAS itu silap atau Singapura guna peralatan lebih canggih?" katanya.

ADUN Johor Jaya, Liow Cai Tung sakit hati melihatkan warga emas dan ibu mengandung terpaksa mengangkut bekas air yang berat berikutan catuan empat bulan.

"Sakit hati apabila penduduk terpaksa menanggung kesulitan bekalan air berjadual selama empat bulan. Semasa lawat ke rumah mereka, pelbagai masalah dihadapi.

"Ada sakit badan, ada ibu menggandung hampir mengalami pendarahan akibat mengangkat bakul air yang berat kerana suaminya hanya balik kerja pada waktu malam," katanya.

Kata Cai Tung, Kerajaan Johor wajar memberi pampasan atau rebat tarif air kerana mereka tidak menikmati perkhidmatan bekalan air seperti biasa, hanya 10 hari dalam sebulan.

"Bayar pampasan RM100 setiap isi rumah atau rebat tarif air dengan mengambil kira purata tarif air yang lepas," katanya.

Beliau kesal kerana tarif air di Johor paling mahal berbanding negeri lain, malah dinaikkan Ogos lalu sedangkan 97,000 unit rumah bekalan airnya terjejas hingga dicatu.

ADUN Mengkibol, Tan Hong Pin menggariskan empat langkah bagi memperkasa Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk mengiktiraf peranan ketua pembangkang.

Menegaskan fungsi DUN dapat memainkan peranan semak dan imbang ke atas badan eksekutif, beliau berkata, pengiktirafan itu perlu berdasarkan tradisi sistem Westminster dengan memberi segala kemudahan sewajar.

Katanya, tempoh sesi soal jawab pada setiap persidangan perlu diperbanyak supaya pelbagai isu rakyat dapat dibincang, selain menyediakan pembantu dan penyelidik kepada Adun.

"Selain itu, menubuh Jawatankuasa Terpilih terdiri daripada Adun pembangkang dan backbencher mengikut nisbah kerusi untuk membincang, mencadang dan meneliti dasar di Johor," katanya.

Elak kekeliruan bacaan IPU jerebu

Tarif air mahal, dicatu pula

BN perlu iktiraf ketua pembangkang

JOHOR: Adun Stulang, Chen Kah Eng bimbang rancangan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar) bakal menemui kegagalan hingga menjadikannya bandar mati atau 'Sleeping City'.

Katanya, strategi mementingkan sektor hartanah mengakibatkan gejala harga terlalu tinggi hingga berlaku gelembung hartanah, seterusnya mengakibatkan harga rumah terlalu melambung dan tidak mampu dibeli anak muda tempatan.

"Jika implementasi rancangan cenderung kepada sektor hartanah dengan standard terlalu tinggi dan

tidak menyeluruh, ia menyukarkan p e m b a n g u n a n e k o n o m i l a i n , seterusnya menggagalkan rancangan pembangunan.

"Ia boleh mengakibatkan bekalan melebihi permintaan. Jika gagal memacu aktiviti ekonomi, orang yang menduduki tempat itu berkurangan, akhirnya jadi Sleeping City," katanya .

B e l i a u t i d a k m a h u I s k a n d a r mengulangi nasib bandar Eko Tianjing, China yang dibangunkan bersama Kerajaan Singapura dan China pada 2008 tetapi gagal selepas tujuh tahun pelancarannya.

"Pada 2014, hanya 4,000 penduduk

bermastautin di bandar itu sedangkan jangkaan asal ialah 80,000 orang," katanya pada sidang DUN Johor.

J u s t e r u , K a h E n g b e r k a t a , pembinaan rumah mampu milik penting di sekeliling pusat kegiatan ekonomi untuk menggalakkan lebih orang berpendapatan sederhana menetap, seterusnya menghidupkan komuniti.

"Ia ada hubung kait rapat dengan pembangunan setempat. Sebaliknya, jika hanya ada aktiviti ekonomi dan kemasukan syarikat berdaftar sahaja tanpa kemasukan orang untuk menetap, kawasan rancangan akan menjadi 'Sleeping City'."

Katanya, pembinaan rumah mampu milik atau kos sederhana/rendah perlu dibina di kawasan tumpuan seperti Educity Nusajaya, selain menyediakan hospital swasta, tapak perniagaan supaya wujud integrasi dengan pembangunan ekonomi.

"Bayangkan, Iskandar dipenuhi kediaman orang asing bertaraf tinggi dan menikmati kemewahan hidup tetapi kawasan sekitarnya t idak terurus," katanya sambil menekankan kepentingan pembaharuan infrastruktur asas sedia ada dan menaik taraf prasarana awam.

Pembangunan Iskandar bakal jadi 'Sleeping City'?

BERITA

Page 14: SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016! BM - Jan_2016.pdf · menyalahgunakan nama dan istilah ‘keselamatan’ untuk mencapai tujuan politik yang tersirat. * Penulis ialah Ketua DAPSY

14JANUARI 2016

Oleh MS NIK

KETIKA negara terumbang-ambing dengan kemelut tiada kesudahan, ada agamawan bersungguh-sungguh melaungkan ‘hanya Islam jalan penyelesaian’, ‘kembalilah pada Islam’ dan bermacam-macam lagi ungkapan retorik keagamaan.

Kata-kata itu hanyalah ungkapan kosong dan kabur dari sudut implementasi. Pengertian Islam ringkasnya ialah menyerah diri kepada Allah swt. Jadi, bagaimana ‘kembali pada Islam’ itu berdiri dan bergerak?

Mudah jika ungkapan itu ialah kata-kata magis yang apabila si pengungkap menyebutnya, semua perkara terus menjadi seperti ‘menurut Islam’ secara automatis. Hakikatnya tidak begitu. Hakikatnya ‘kembali pada Islam’ tidak berlaku jika tidak mendefinisinya dan tidak berusaha ke arahnya.

Tidak kurang juga yang menyalahkan liberalisme dan pluralisme kerana berlakunya jenayah kejam. Saya menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil cuba mencari kaitan antara liberalisme dan pluralisme dengan kegiatan jenayah tapi hampa.

Jenayah adalah jenayah, apakah pula kaitan dengan liberalisme dan pluralisme? Mereka alergi dengan perkataan itu tanpa mengetahui makna kedua-dua perkataan berkenaan. Mereka hanya tahu apa-apa –ism semuanya tidak betul kerana yang betul hanyalah Islam.

Sekali lagi mereka terperangkap dalam ungkapan sendiri. Cara Islam itu bagaimana? Adakah melalui kuasa politik ataupun pendidikan?

Islam dan label

Saya langsung tidak bersetuju dengan usaha meletak label Islam pada sesuatu tetapi hakikatnya pengisiannya langsung tidak ‘Islami’. Label seperti ekonomi Islam, politik Islam dan sebagainya adalah kerangka luar ataupun kosmetik.

Umpama memberi label pada botol air mineral. Jika label pada botol adalah air mineral tetapi isi kandungannya air oren, apakah kita menganggapnya air mineral? Tentu tidak kerana yang paling penting bukan label tetapi isi kandungannya.

Benar, Islam berkait rapat dengan diri seseorang Melayu Muslim. Kerana ada akar agama dalam diri seseorang Melayu Muslim. Maka tidak hairanlah kita cepat bertingkah jika agama dicuit. Ada sahaja demonstrasi, membakar kitab agama lain dan sebagainya yang bersifat provokasi. Soalnya, adakah provokasi ajaran Islam?

Kerana agama ada kaitan rapat, maka mudahlah orang-orang berkepentingan memperguna agama untuk meraih populariti dan keuntungan dunia. Lambakan produk berlabel agama tetapi dijual dengan harga tinggi dapat dilihat di kiosk atau pasar raya. Air mineral yang sepatutnya RM1.50 dijual pada harga RM10 hanya kerana ia dibacan ayat suci al-Quran.

Saya menggeleng-geleng kepala. Lihatlah bagaimana agama diperguna demi kepentingan diri.

Apabila ada yang melaung, kita harus melaksanakan ‘ekonomi Islam’ ataupun ‘politik Islam’, kita harus fokus pada

Bagi sesetengah kita, Syariah hanyalah hukuman hudud dan qisas. Semata-mata hukuman.

Mengikut Prof Tariq Ramadan, syariah tidak semata-mata hukuman tetapi merangkumi pemahaman terhadap kehidupan dan kematian. Syariah menghormati kehormatan, integriti, kepelbagaian agama dalam masyarakat.

Hari ini kita menakut-nakutkan masyarakat yang sedia kala takut dengan ancaman potong tangan, rejam dan sebagainya. Secara tidak langsung, kita menggambarkan syariah sebagai sesuatu yang keras.

Syariah sewajarnya menjadi prinsip dinamik dan kaedah untuk mencapai visi yang lebih luas dalam bernegara.

Memetik kata Prof Tariq Ramadan dalam temuramah oleh Qantara.de: “When a German law is telling me that men and women are to treated equal before law sor that you get the same salary for the same work, this is Shariah for me.”

Kata-kata itu begitu membuka minda hingga meninggalkan persoalan pada diri saya – adakah Perlembagaan kita sebenarnya bersyariah?

* Penulis adalah pelatih dalam kamar di sebuah firma guaman dan berasal dari Perak.

intipatinya. Sebab itulah saya kurang gemar apabila ada ahli politik yang cuba meletak label Islam pada semua perkara. Mungkin kerana lebih mementingkan intipati, saya berasa tidak mengapa jika tiada label Islam sekalipun.

Tentu sahaja pendapat itu tidak mudah dipersetujui. Label Islam harus diletak untuk membezakan ekonomi atau politik Islam. Saya biasanya tersenyum sahaja mendengar hal sebegini. Kerangka luar tentulah lebih penting daripada intipatinya.

Polemik Hudud

Ada pihak tidak senang duduk selagi negara tidak melaksanakan hukuman syariah seperti hudud dan qisas. Bagi mereka, sesebuah negara dianggap ‘tidak Islami’ selagi hudud dan qisas tidak diterap. Saya tidak bersetuju dalam hal ini.

Sama ada sesebuah negara itu ‘Islami’ atau tidak bukan terletak pada namanya tetapi pada pengisiannya. Boleh jadi, Finland yang diiktiraf sebagai negara terbaik di dunia dari sudut pembelajaran lebih ‘Islami’ daripada negara berlabel Islam.

Ataupun, boleh jadi Belanda juga lebih ‘Islami’ kerana menutup lapan penjara di negara itu kerana kadar jenayahnya kurang. Bandingkan dengan negara berlabel Islam seperti Arab Saudi dan Afghanistan. Kedua-duanya melaksanakan hukuman syariah yang menjadi idaman parti politik agama di negara kita, adakah sesuatu dapat kita belajar daripada mereka?

Tentulah. Daripada mereka, kita belajar bahawa hukuman Tuhan boleh menjadi tidak adil jika ia tidak dilaksanakan secara adil. Sampai tahap ini, bukan lagi salah sesuatu hukuman tetapi salah badan pelaksana.

Sama ada adil atau tidak pelaksanaan, semuanya bergantung pada pelaksana. Tanya mereka, atau setidak-tidaknya pada diri sendiri – adakah kita boleh melaksanakan hukuman syariah dengan seadil-adilnya tanpa diskriminasi?

Adakah hukuman syariah yang dikatakan boleh bergerak dalam sistem demokrasi

negara kita?Dalam temu ramah Al-Jazeera bersama

Dr Yusuf al-Qardhawi pada 2011, beliau meletakkan beberapa pra-syarat sebelum hudud dan qisas dilaksanakan.

Pertama, beri makan kepada orang yang lapar. Bermaksud ekonomi yang stabil tanpa kemiskinan. Kedua, sediakan pekerjaan kepada penganggur. Ketiga, orang-orang jahil diberi ilmu pengetahuan dan diajar. Keempat, latih pekerja dengan ilmu.

Adakah semua pra-syarat itu sudah dipenuhi? Jawapannya tepuk dada tanyalah selera.

Islam dan Perlembagaan

Saya berada dalam bidang perundangan. Meskipun telinga saya sering ditebuk dengan kata-kata: “Baguslah jadi peguam, nanti boleh perjuang hukuman syariah.”

Saya katakan tidak. Tidak berniat untuk memperjuang hukuman syariah kerana lebih selesa dengan sistem sekarang. Sistem yang tidak sempurna dan tiada label agama tetapi masih boleh diperbaiki.

Ada tokoh cerdik pandai Islam lebih suka menggunakan terma Maqasid Syariah iaitu objektif Syariah. Saya lantas bersetuju. Yang berlaku hari ini ialah kegagalan kita mendefinisikan syariah.

Kerangka syariah dan label retorik Islami

Sama ada sesebuah negara itu ‘Islami’ atau tidak bukan

terletak pada namanya tetapi pada pengisiannya. Boleh jadi, Finland yang diiktiraf sebagai negara terbaik di dunia dari

sudut pembelajaran lebih ‘Islami’ daripada negara berlabel Islam.

RENCANA

Page 15: SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016! BM - Jan_2016.pdf · menyalahgunakan nama dan istilah ‘keselamatan’ untuk mencapai tujuan politik yang tersirat. * Penulis ialah Ketua DAPSY

15JANUARI 2016

Oleh ALFILFILANY

JULAI lalu, berlaku insiden pergaduhan apabila seorang remaja Melayu dituduh mencuri telefon bimbit dari sebuah kedai di Plaza Low Yat. Remaja itu dikatakan menuduh penjual

keturunan Cina menipunya.I n s i d e n i t u b e r t u k a r

perkauman apabila beberapa ahli Umno membuat kekacauan di bangunan Plaza Low Yat kononnya untuk membela remaja berkenaan dan menyeru orang Melayu memboikot plaza itu.

Maka, t imbul selepas i tu dakwaan orang Cina memonopoli perniagaan alat telekomunikasi.

H a l i t u t e r u s d i a p i - a p i sehingga Menteri Kabinet, Datuk Seri Ismail Sabri mencadangkan sebuah Plaza Low Yat 2 untuk orang Melayu, dibina segera.

Plaza Low Yat 2: Mengapa baru sekarang peduli soal ekonomi Melayu?

Oleh CHUA WEE BENG

MENTERI Besar Johor, Khaled Nordin pada penggulungan perbahasan Bajet Johor 2016 menyatakan kononnya saya seorang kapitalis kerana perbahasan saya menyentuh mengenai tanah rezab Melayu.

Saya berasa Khaled sebenarnya tidak faham maksud sebenar kandungan ucapan saya atau berpura-pura tidak faham dan sekadar mengalihkan perhatian daripada isu sebenar yang dibangkitkan.

Saya tidak pernah menyatakan maruah, harga diri dan kehormatan Melayu itu terletak pada harga sekeping tanah, apatah lagi untuk mengubah status quo tanah rezab Melayu. Bukan itu tujuan saya.

Pertama sekali, saya bangkitkan isu tanah rezab Melayu kerana kekhuatiran jika trend pemilikan individu tanah rezab Melayu akhirnya memanfaat sekelompok manusia terpilih semata-mata.

mempunyai keperluan mendesak dan terpaksa menjualnya pada harga murah kerana potensi pembangunan terhad.

Apakah ia boleh membantu mereka untuk mencari tanah lain ataupun hanya sekadar cukup menampung keperluan mendesak itu sahaja?

Oleh demikian, saya menyeru Kerajaan Negeri membangunkan infrastruktur lebih baik yang membawa impak pembangunan di kawasan tanah rezab Melayu. Malah, Kerajaan Negeri juga boleh memikirkan mekanisme agar pengubahan syarat daripada pertanian kepada kegunaan komersial atau industri, boleh dilakukan tanpa mengorbankan kepentingan orang Melayu.

Kerajaan Negeri patut memikirkan bagaimana mereka boleh menjana ekonomi atau meneroka peluang pendapatan baru tanpa menjejaskan pemilikan tanah rezab

Ketika ini, kelihatan wujud kegiatan monopoli tanah rezab Melayu oleh sesetengah kelompok yang kaya.

Kerajaan Johor bukan sahaja gagal memberi statistik pemilikan individu berbanding keluasan sebenar tanah rezab Melayu di Johor tetapi juga gagal menjawab persoalan yang saya bangkitkan. Tidak langsung disentuh. Mengapa?

Keduanya, saya menyentuh mengenai keperluan untuk meningkatkan potensi pembangunan. Dalam akta sedia ada, wujud sekatan penjualan dalam pasaran bebas.

Oleh itu, pastilah harga tanah rezab Melayu ini jauh lebih murah berbanding tanah bukan rezab. Malah, perbezaannya mencecah sehingga lima kali ganda. Ini sebenarnya kerungsingan saya.

Dalam keadaan harga sebegini murah, apakah manfaat yang boleh didapati oleh pemilik tanah rezab sekiranya mereka

Surat terbuka kepada MB: Orang kaya monopoli tanah rezab Melayu?

Melayu.Inilah sebenarnya kegagalan Kerajaan

Negeri. Hasrat awalnya untuk membantu orang Melayu memiliki tanah. Ironinya ia hanya memberi impak negatif kepada golongan sasaran secara keseluruhannya.

Kerajaan Negeri juga menyatakan kononnya saya seorang kapitalis. Tuduhan itu sebenarnya umpama meludah ke langit, akhirnya terkena muka sendiri. Jika kita melihat dalam konteks pemilikan individu dalam tanah rezab Melayu, pastinya kita bersetuju bahawa dasar Kerajaan Negeri sebenarnya dasar kapitalis.

Dasar Kerajaan Negeri sekadar memberi manfaat kepada sesetengah kelompok kaya dan mahakaya. Yang kaya bertambah kaya, yang miskin hanya diberi gula-gula.

* Penulis adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Bentayan

Tidak sampai setahun arahan i tu, bangunan i tu s iap dan dirasmikan pada 8 Disember 2015.

Persoalannya ialah, kenapa setelah insiden itu baru UMNO s i b u k h e n d a k b i n a p u s a t perniagaan untuk orang Melayu? Kenapa bukan dari dahulu lagi?

A d a l a h p r o j e k i t u a k a n berjaya? Atau UMNO akan serahkan semuanya kepada anak emas UMNO? Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary? Yang dilapor memonopoli hampir semua keperluan asas di negara ini.

Persoalan kedua, kenapa UMNO mengulangi sejarah perit suatu ketika dahulu – m e n g a s i n g - a s i n g e k o n o m i mengikut kaum? Cuma bezanya, penjajah mengasingkan ekonomi kepada jenis-jenis ekonomi. Cina sebagai pelombong, Melayu sebagai petani dan pesawah,

India sebagai pekerja ladang.UMNO hari ini pula muncul

mengasingkan ekonomi mengikut kaum dengan cara mengasingkan tempat jual beli barang.

U M N O m a h u h i d u p k a n perkauman, suatu hari nanti jika projek itu gagal seperti projek-projek Giat Mara, maka UMNO akan menyalahkan orang Cina.

Waktu itu UMNO hendak buat apa pula? Mahu asingkan negeri Melayu, negeri Cina?

N y a t a l a h , U M N O s u d a h tidak relevan untuk memimpin malaysia yang berbilang kaum.

Kerana UMNO bukan ejen penyatu tetapi pemecah belah perpaduan kaum dan pada masa sama, terus menipu orang Melayu melalui pelbagai cara yang mula terbongkar, hari demi hari.

* Penulis adalah penuntut Universiti al-Azhar yang berasal dari Malaysia.

UMNO mahu hidupkan perkauman, suatu hari

nanti jika projek itu gagal seperti projek-

projek Giat Mara, maka UMNO akan

menyalahkan orang Cina.

RENCANA

Page 16: SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016! BM - Jan_2016.pdf · menyalahgunakan nama dan istilah ‘keselamatan’ untuk mencapai tujuan politik yang tersirat. * Penulis ialah Ketua DAPSY

16JANUARI 2016

The Rocket Edisi Bahasa Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, yang telah memberi sumbangan bahan bertulis dan bergambar.

UTAMA

EDITOR FAZALLAH PIT JURUGAMBAR AHMAD YUSUFI WARTAWAN FATIH HASSAN NORDIN REKALETAK SHAFIQ HALIM GRAFIK MUKADEPAN WAHYUDI MOHD YUNUS

DAP@50: MERIAH DAN BERSEMANGATOleh FATIH HASSAN NORDIN

SEREMBAN: Majlis Pelancaran Sambutan Ulang Tahun ke-50 DAP berlangsung sederhana tapi meriah pada 9 Disember lalu dengan dihadiri lebih 500 ahli dan pemimpin parti itu.

Antaranya, Penasihat Seumur Hidup DAP, Chen Man Hin, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Pemangku Pengerusi

Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Seremban, Loke Siew Fook, serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senawang, Gunasekaren a/l Palasamy.

Malah, dewan menjadi gamat apabila hadirin bersemangat memberi tepukan gemuruh sewaktu pengerusi majlis mengumumkan ketibaan Man Hin yang juga pengasas bersama DAP.

Meskipun hujan renyai , ia t idak mematahkan semangat hadirin untuk

hadir ke majlis pelancaran itu bagi mendengar ucapan pimpinan atasan parti.

Selain itu, hadirin juga dipersembah dengan tayangan slide-show gambar perjuangan ahli veteren DAP.

Majlis turut dihiburkan dengannya p e r s e m b a h a n d a r i k u m p u l a n k o i r DAPSY Temerloh-Bera tahun 1988 yang disatukan semula sempena sambutan ke-50 ini.

Tidak ketinggalan, nyanyian rap

disampaikan Edry Faizal Eddy Yusof, penyelaras Roketkini sebelum kumpulan Sosialis Muda (DAPSY) Kebangsaan mempersembahkan lagu Internasionale yang digubah liriknya dan dinyanyikan dalam lima bahasa.

Pada akhir majlis, semua pimpinan tertinggi diajak ke pentas bagi merasmikan majlis bersejarah itu dengan melancarkan sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan DAP pada 1966.