selamat datang...bandar raya tersebut. berita penuh di muka 2 penduduk bimbang kejadian berulang...

24
Pastikan pembangunan ikut perancangan, pelan induk Kuala Lumpur M ENTERI Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad menegaskan, pihaknya akan memastikan Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2021-2040 akan diwartakan bagi memastikan pembangunan di ibu kota mengikuti apa yang telah dirancangkan. Beliau tidak mahu kes sebelum ini berulang apabila kawasan hijau dimajukan dengan projek bangunan tinggi sehingga akhirnya menyumbang kepada kesesakan di bandar raya tersebut. BERITA PENUH DI MUKA 2 Penduduk bimbang kejadian berulang Langkah pertama Eyya >8 >3 Atasi kesesakan lalu lintas

Upload: others

Post on 26-Oct-2020

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Selamat Datang...bandar raya tersebut. BeritA PenUH Di MUKA 2 Penduduk bimbang kejadian berulang Langkah pertama eyya >8 >3 Selamat Datang ke Malaysia #VisitMalaysia2020 #VM2020 Atasi

Pastikan pembangunan ikut perancangan, pelan induk Kuala Lumpur

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad

menegaskan, pihaknya akan memastikan Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2021-2040

akan diwartakan bagi memastikan pembangunan di ibu kota mengikuti apa yang telah dirancangkan.

Beliau tidak mahu kes sebelum ini berulang apabila kawasan hijau

dimajukan dengan projek bangunan tinggi sehingga akhirnya menyumbang kepada kesesakan di bandar raya tersebut.

BeritA PenUH Di MUKA 2

Penduduk bimbang kejadian berulang

Langkah pertama eyya

>8

>3

Selamat Datangke Malaysia#VisitMalaysia2020 #VM2020

Atasi kesesakan lalu lintas

Page 2: Selamat Datang...bandar raya tersebut. BeritA PenUH Di MUKA 2 Penduduk bimbang kejadian berulang Langkah pertama eyya >8 >3 Selamat Datang ke Malaysia #VisitMalaysia2020 #VM2020 Atasi

Oleh HeLMi MOHD. FOAD [email protected]

KUALA LUMPUr – Bagi mengatasi kesesakan di ibu kota akibat pemba­

ngunan dan kepadatan pen­duduk, Kementerian Wilayah Persekutuan akan memasti­kan segala pelan pemba­ngunan dapat dipatuhi sepenuhnya pada masa akan datang.

Menteri Wilayah Perseku­tuan, Khalid Abd. Samad ber­kata, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini se­dang menyiapkan Pelan Pem­bangunan 2021­2040 yang kemudiannya akan dipastikan dapat diwartakan.

‘’Pelan tersebut juga kita akan warta­kan dan mengiku­tinya seperti yang dirancang untuk kawal masalah ke­sesakan.

‘’Sekarang, oleh kerana banyak tidak ikut (pelan) maka banyak masalah timbul tetapi dengan perancangan baharu ini, kita akan cuba ikut dan tentukan tidak tersasar dari­pada apa yang sepatutnya,’’

katanya dalam pro­gram Bicara Naratif yang disiarkan TV1 baru­baru ini.

Sebelum ini Pe­lan Tempatan Kuala Lumpur yang juga dikenali Pelan Ban­daraya Kuala Lum­pur 2020 (PBRKL

2020) telah diwartakan pada 30 Oktober 2018 dan mem­punyai tempoh pelaksanaan­nya sehingga penghujung tahun 2020.

Melalui Pelan Pemban­gunan Kuala Lumpur 2040 pula ia menetapkan visi ‘Kuala Lumpur Bandar Untuk Semua’ yang bersifat lebih inklusif, perkongsian, kesak­samaan, mempunyai kepel­bagaian dan boleh diakses serta berdaya tahan dan mapan untuk memupuk ke­makmuran untuk semua.

Khalid menjelaskan, se­lama ini sudah ada pelan induk tetapi tidak diikuti sepenuh nya kerana tidak di­

wartakan.“Jadi apa yang saya laku­

kan ialah wartakan Pelan Pembangunan Kuala Lum­pur yang telah disiapkan dahulu, ini bagi mengawal pembangunan dari segi zon perumahan, kepadatan dan sebagainya,’’ katanya.

Tegas beliau, pihakn­ya tidak akan mengulangi amalan pentadbiran sebe­lum ini iaitu menyiapkan pe­lan pembangunan dengan menelan kos berjuta ringgit

tetapi tidak diwartakan. ‘’Apabila permohonan pe­

lan pembangunan dilakukan tidak ikut (perancangan), ini terpaksa kita warisi, ada ka­wasan pelan asal kawasan hijau tetapi sekarang kita tengok ada bangunan tinggi di atas kawasan lapang.

‘’Sepatutnya tidak diban­gunkan dan kemudian ber­lakunya kesesakan, ini kera­na tidak mengikut apa yang telah dirancang pada awal­nya,’’ katanya.

Pastikan kelulusan pembangunan mematuhi pelan induk

PrOJeK pembangunan di Jalan Alam Damai, Cheras menyebabkan berlaku kesesakan trafik hampir setiap hari.

PeMBAnGUnAn berkepadatan tinggi pada masa akan datang perlu mengikuti pelan pembangunan yang diwartakan. Gambar hiasan

Atasi kesesakan di ibu kota

2 BERITA

KUALA LUMPUr – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad mahu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meningkatkan pen­guatkuasaan bagi memasti­kan kelancaran lalu lintas di ibu kota.

Beliau menyatakan, bagi mengelakkan kesesakan trafik di tengah bandar raya ini, pihak DBKL diminta un­tuk menambah bilangan an­ggota penguat kuasa bagi membolehkan tugas pen­guatkuasaan dapat dilak­sanakan dengan lebih berke­san.

‘’Memang ada tempat bas mereka parkir tepi jalan teta­pi itu bas pelancong, ini per­soalan penguatkuasa yang akan cuba ditangani. Saya sudah minta DBKL tambah penguat kuasa untuk tan­

gani kesesakan lalu lintas.‘’Kalau hendak serah kepa­

da polis semata­mata ia be­ban terlalu besar sedangkan DBKL mendapat hasil daripa­da pembangunan, maka ti­dak salah untuk gajikan lebih ramai penguat kuasa untuk menjaga lalu lintas,’’ katanya dalam program Bicara Nara-tif terbitan TV1 baru­baru ini.

Terdahulu Khalid men­jelaskan, bagi menangani masalah kesesakan trafik, ke­menteriannya telah mening­katkan kemudahan bas percuma Go KL bagi meng­galakkan orang ramai meng­gunakan kenderaan awam.

‘’Pada tahun 2019 kita tambah lagi tiga laluan perkhidmatan first mile dari penempatan Projek Peruma­han Rakyat (PPR) yang bawa orang ramai ke stesen LRT,

MRT dan stesen bas iaitu last mile supaya rakyat boleh guna dan dengan itu jumlah

kenderaan atas jalan dapat dikurangkan.

“Kita akan tambah tiga lagi

laluan first mile untuk memu­dahkan warga kota pergi ke pusat bandar,’’ katanya.

Khalid mahu DBKL tingkatkan penguatkuasaan

AnGGOtA penguat kuasa DBKL perlu ditambah bagi memastikan kelancaran trafik di Kuala Lumpur. Gambar hiasan

10 - 16 JANUARI 2020

KHALiD

Page 3: Selamat Datang...bandar raya tersebut. BeritA PenUH Di MUKA 2 Penduduk bimbang kejadian berulang Langkah pertama eyya >8 >3 Selamat Datang ke Malaysia #VisitMalaysia2020 #VM2020 Atasi

Oleh AZLAn [email protected]

KUALA LUMPUr – Khai­ra PPZ telah menyum­bangkan sejumlah

RM600,000 kepada golon­gan memerlukan melalui 36 program yang dilaksanakan sepanjang tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Perse­kutuan (PPZ­MAIWP), Ahmad Shukri Yusoff berkata, pro­gram amal yang bermula pada Mac lepas itu melibat­kan sumbangan barangan keperluan harian kepada kumpulan sasar untuk ku­rangkan kos sara hidup me­reka.

“Khaira PPZ akan turun ke lapangan dengan rakan kongsi korporat strategik lain untuk membantu golongan kurang bernasib baik melalui program tangggungjawab sosial korporat (CSR).

“Selain berfungsi sebagai institusi pengumpulan zakat, kami juga menyumbang dana melalui program CSR seperti ini,” katanya selepas menyam­

paikan sumbangan kepada 200 penerima di Wangsa Maju di sini baru­baru ini.

Hadir sama Ahli Lembaga Pengarah PPZ­MAIWP, Da­tuk Sabtu Awam yang juga Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Perseku­tuan (MPPWP) Wangsa Maju Sub Zon 2 dan Pengerusi MPPWP Wangsa Maju Sub Zon 1, Hasim Jaafar dan wakil Pentadbiran dan Sumber Ma­nusia Tesco Malaysia, Nurul Syafida Asma’ Mohd. Sata.

Program Khaira PPZ mendapat kerjasama badan­badan korporat seperti Tesco Stores (M) Sdn. Bhd., Padib­eras Nasional Bhd. (Bernas), Jakel Trading Sdn. Bhd. dan McDonald’s Malaysia.

Ahmad Shukri berkata, pel­bagai usaha dijalankan pihak PPZ­MAIWP dalam menye­barkan dakwah zakat serta kebaikannya termasuklah program sumbangan Khaira PPZ tersebut.

Sementara itu, seorang

penerima orang kelainan up­aya (OKU), Ahmad Amil Husin berkata, program seperti ini amat baik kerana ia memasti­kan golongan sepertinya ti­dak tersisih.

“Pihak PPZ­MAIWP begitu prihatin terhadap nasib OKU dan golongan asnaf khusus­nya di Kuala Lumpur,” katanya.

Kata Ahmad Amil lagi, dia turut berharap agar PPZ MAIWP terus melipatganda­kan usaha membantu golon­

gan asnaf dan OKU agar ke­hidupan mereka terus dapat dibela.

“Melalui program seperti ini, saya berasa gembira ker­ana sentiasa dibantu namun kami juga perlu berdikari un­tuk meneruskan kehidupan.

“Saya turut mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang dan pembayar zakat kerana melalui kutipan zakat, golongan seperti saya dapat terus dibantu,” katanya.

3BERITA

Turun padang bersama rakan strategik bantu golongan kurang mampu

Khaira PPZ sumbang rM600,000

Langkah pertama eyya Oleh Aini [email protected]

DiKUrniAKAn seraut wajah yang manis dan berperwatakan riang sebenarnya memberikan rezeki berganda buat pemilik nama Nik Nur Amira Syahira Nik Zaini atau mesra dengan panggilan Eyya.

Siapa sangka sikap peramah dan suka menghiburkan orang sekeliling membuka langkah pertamanya dalam bidang seni bukan sahaja sebagai pelawak malah kini sebagai penyanyi menerusi lagu Hey Eyya.

Mula dikenali dengan pertandingan Gegar Lawak anjuran saluran Astro Warna, gadis berusia 23 tahun ini sebenarnya mula dikenali melalui aplikasi Bigo Live beberapa tahun lalu.

Dek kerana sikap suka berjenaka dan menghiburkan pelayar laman berkenaan, gadis yang berasal

dari Sandakan, Sabah ini akhirnya memberanikan diri menyertai uji bakat rancangan yang akhirnya mempopularkan dirinya itu.

Meskipun tidak berjaya mendapat tempat pertama, perkara itu bukan penghalang kepada pelajar

Diploma Filem dan Penyiaran, Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMU) ini untuk menerobos industri seni tanah air dengan caranya

sendiri.Mendapat kepercayaan daripada

Papa Jub Production Sdn. Bhd. yang yakin kepada bakat yang dimilikinya membuatkan dia yakin lagu Hey Eyya mampu memberikan variasi baharu kepada industri seni tanah air.

Tidak mengambil masa yang panjang sepanjang rakaman, meskipun Eyya tidak pernah mengikuti mana­mana kelas vokal, dia berjaya memberikan mutu rakaman yang baik seperti yang dikehendaki.

“Lagu berentak pop dance cukup energetik dan dekat di hati serta ditambah dengan koloberasi bersama Bell Ngasri, saya yakin lagu tersebut mampu menghiburkan sesiapa sahaja.

“Menariknya, lirik lagu yang ditulis Zamzoy bersama Juhana Asri ini mengikut karektor dan keperibadian saya yang ‘happy go lucky’ sekali gus memudahkan saya untuk membawa lagu ini,” ujarnya.

Tambahnya, dia turut bertuah apabila digandingkan dengan Bell memandangkan masing­masing diberikan kepercayaan mengendalikan segmen Parodi MeleTop menerusi rancangan MeleTop.

Sebelum ini, dia turut menyertai pertandingan Muzikal Lawak Superstar anjuran saluran Astro Warna membentuk sebuah kumpulan bersama Pinky dan Sharul Kamal. Turut bertanding termasuklah Bocey, Joey, Zero, Rahim dan ramai lagi.

Khalid mahu DBKL tingkatkan penguatkuasaan

AHMAD SHUKri (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Ah-mad Amil pada program CSr Khaira PPZ di Wangsa Maju baru-baru ini.

PeneriMA sumbangan yang terdiri daripada asnaf dan keluarga B40 bergambar pada program CSr Khaira PPZ di Wangsa Maju baru-baru ini.

10 - 16 JANUARI 2020

Page 4: Selamat Datang...bandar raya tersebut. BeritA PenUH Di MUKA 2 Penduduk bimbang kejadian berulang Langkah pertama eyya >8 >3 Selamat Datang ke Malaysia #VisitMalaysia2020 #VM2020 Atasi

Oleh MOHAMAD HAFiZ YUSOFF [email protected]

KUALA LUMPUr – Pelaksanaan larangan merokok dan peng­

haraman penggunaan pe­nyedut minuman plastik yang berkuatkuasa dalam tempoh yang sama mene­rima pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai di ibu negara.

Tinjauan men dapati, ra­ta­rata peniaga dan pe milik premis makanan tidak ki­sah dengan pelak sanaan peraturan tersebut namun berharap pihak berkuasa memberi maklumat leng­kap kepada pengguna ber­hubung isu penggunaan penyedut minuman plastik.

Bagi peniaga, Abd. Majid Sukiran, 55, berkata, pelak­sanaan dua undang­un­dang berkenaan sekali gus memberi kesan kepada per­niagaannya dan menyifat­kan penggunaan penyedut minuman sebagai satu kep­erluan demi mengikut ke­hendak pelanggan.

“Kalau nak haramkan hi­sap rokok kami tiada masa­lah. Begitu juga (penyedut minuman) kerana kami boleh jimat sekurang­kurangn­ya RM2 untuk sebungkus penyedut minuman te tapi masalahnya pelanggan le­bih selesa.

“Jika kami gunakan pe­

nyedut minuman kertas har­ganya lebih mahal. Pada saya, pelaksanaan ini tidak prak­tikal. Banyak lagi bahan lain seperti plastik yang memberi kesan kepada alam sekitar,” katanya kepada Wilayahku di sini baru­baru ini.

Pengharaman penyedut minuman berkuat kuasa pada 1 Januari 2020 membabit­kan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan manakala tin­dakan penguatkuasaan un­dang­undang terhadap per­okok ingkar di semua premis makanan bermula 1 Januari lalu di seluruh negara.

Dalam pada itu, penjual air, Sofi Syamsuwirman, 31, ber­kata, dia tidak dimaklumkan tentang larangan penyedut minuman plastik oleh pihak

agensi penguatkuasaan ke­tika pemeriksaan serta pem­baharuan lesen perniagaan dilakukan.

“Kami keliru dan tidak mendapat maklumat leng­kap. Dewan Bandaraya Kuala lumpur (DBKL) ada buat pe­meriksaan lesen tapi mereka pun tidak beritahu perkara ini.

“Jadi perkara seperti ini seperti tergantung dan me­nimbulkan persoalan sama ada ia benar­benar dilaksan­akan atau tidak.

‘‘Yang pasti pengharaman merokok di premis makanan lebih bermatlamat serta praktikal, “ ujarnya.

Bagi pembantu kedai ma­kan, Kamal Kamaruzaman, 34, berkata, ada pelanggan yang beranggapan kami sen­

gaja tidak mahu menggu­nakan penyedut minuman demi keuntungan.

‘‘Sedangkan hakikat sebe­narnya, kami hanya menuru­ti arahan pihak berkuasa,” ujarnya.

KUALA LUMPUr – Kemente­rian Kesihatan telah meme­riksa sebanyak 29,903 premis dengan 2,312 notis dikeluar­kan bagi kesalahan merokok di tempat larangan, tiada papan tanda larangan dan notis

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan ber­kata, jumlah kompaun yang dikenakan bagi keseluruhan notis yang dikeluarkan ada­lah sebanyak RM554,400.

Katanya, daripada jum­lah keseluruhan notis ke­salahan dikeluarkan, 1,702 telah dikeluarkan di bawah Peraturan 11(1)(d) Peratu­ran­Peraturan Kawalan Ha­sil Tembakau (PPKHT) 2004 Pindaan 2018 iaitu kesalahan merokok di tempat makan.

“400 notis kesalahan juga dikeluarkan di bawah Pera­turan 12(1)(a) iaitu pemilik premis gagal mempamer­kan tanda larangan mero­kok dan 92 notis kesalahan di bawah Peraturan 12(1)(b) iaitu pemilik premis menye­diakan kemudahan merokok.

“Pihak kementerian juga telah mengeluarkan sejum­lah 118 notis kesalahan di bawah Peraturan 13(1) iaitu larangan mengenai me rokok dan sebagainya kepada go­longan individu di bawah umur 18 tahun,” katanya baru ­baru ini.

4 BERITA

KUALA LUMPUr – Sera­mai 55 kanak­kanak mel­onjak kegembiraan apabila menerima sumbangan per­alatan persekolahan tahun 2020 daripada Persatuan Penduduk 1Razak Mansion di sini baru­baru ini.

Pengerusi Persatuan Penduduk 1 Razak Man­sion, Norazizul Abdul Aziz berkata, program yang ju­lung­julung kali diadakan itu dapat membantu mem­berikan aspirasi kepada anak­anak untuk kembali ke alam persekolahan.

Beliau menyatakan, ma­jlis penyampaian sumba­ngan itu turut dimeriahkan dengan sesi ceramah mo­tivasi khas kepada anak­anak dan ibu bapa yang hadir.

‘’Ucapan penghargaan dan terima kasih diberi­kan kepada semua Ahli Jawatankuasa persatuan yang terlibat dalam mem­bantu mempastikan majlis ini dapat dijalankan den­gan lancar.

‘’Kita berharap maj­lis sebegini dapat dian­

jurkan lagi pada masa akan datang. Pada tahun 2020, pelbagai program dan aktiviti telah disusun oleh Persatuan Penduduk 1Razak Mansion untuk manfaat serta faedah pen­duduk setempat,’’ katanya selepas menyempurnakan penyampaian sumbangan persekolahan tersebut di pangsapuri tersebut ba­ru­baru ini.

Selain itu, Norazizul turut mengadakan sesi pendaf­taran ahli baharu persatu­an penduduk berkenaan.

Kanak-kanak 1razak Mansion terima bantuan sekolah

2,312 notis dikeluarkan, kompaun rM554,400

Peniaga serba salah pelanggan tetap minta straw plastik

tidak endahkan larangan

????????

nOrAZiZUL (tengah) bergambar bersama kanak-kanak yang menerima sumbangan persekolahan tahun 2020 di 1razak Mansion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

PeniAGA masih lagi memberikan straw plastik kepada pelanggan wa-laupun kerajaan sudah menguatkuasa larangan penggunaan produk tidak mesra alam sekitar itu.

PENGGUNA­AN penyedut minuman perlu dihalang kerana ia boleh mem­berikan ancaman kepada hidupan laut.

Bayangkan berapa banyak penyedut minuman digunakan setiap orang setiap hari.WAtAWA nAtAF ZULKiFLi, 35Kakitangan awam.

BANYAK lagi kedai makan atau restoran yang masih menggu­nakan penyedut minuman. Saya tidak pasti sama ada penguatkua­

saan wujud atau tidak.WAn rOHAni WAn KAMArU-Din, 33Pekerja swasta

PENGHA­RAMAN rokok tepat tetapi tidak pada penyedut minuman. Mun­gkin ia (penyedut minuman) boleh dikurangkan kera­na tidak semua rakyat Malaysia setuju dengan pengharaman straw plastik.MOHAMAD nAZMe ABD. AZiZ, 32Penjawat awam

reAKSi orang awam

10 - 16 JANUARI 2020

Page 5: Selamat Datang...bandar raya tersebut. BeritA PenUH Di MUKA 2 Penduduk bimbang kejadian berulang Langkah pertama eyya >8 >3 Selamat Datang ke Malaysia #VisitMalaysia2020 #VM2020 Atasi

Oleh AHMAD ABD. [email protected]

KUALA LUMPUr – Wa­laupun mendapat ban­tahan daripada segelin­

tir peniaga pada peringkat awal, ternyata perpindahan bazar malam atau Uptown Danau Kota, Setapak di sini ke tapak baharu memberi lebih banyak keselesaan kepada peniaga dan pengunjung.

Selain ruang niaga lebih tersusun, pelbagai kemuda­han asas disediakan di tapak baharu ini seperti surau, tan­das, ruang pakir serta tempat membuang sampah yang ti­dak terdapat di tapak lama.

Tinjauan Wilayahku men­dapati, tapak baharu yang diberi jenama baharu, Bazaria Wangsa Maju dan terletak hanya kira­kira 50 meter dari tapak lama kelihatan lebih sistematik kerana terkumpul pada satu kawasan khas.

Ini berbeza dengan up­town lama yang bertabur di seke liling ‘food court’ serta kawasan parkir Danau Kota mengakibatkan kawasan berkenaan ‘tertutup’ setiap malam uptown beroperasi dari pukul 7 petang hingga 3 pagi, Rabu hingga Ahad.

Perpindahan tapak ber­kenaan juga membantu me­ringankan masalah kesesakan lalu lintas teruk yang ditang­gung penduduk Taman Da­nau Kota, Setapak Indah dan jalan utama Taman Ibukota sejak uptown dibuka 15 ta­hun lalu.

Kini mereka boleh berge­rak dengan lebih bebas. ‘Food court’, restoran, kedai­kedai serta dua stesen minyak yang selama ini ‘dilindungi’ oleh up­town juga lega kerana dapat menjalankan perniagaan de­ngan lebih lancar.

Langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) me­nempatkan peniaga di tapak baharu wajar dipuji kerana apa yang dilakukan adalah demi kebaikan peniaga, pe­ngunjung dan penduduk se­tempat.

Malah DBKL juga bertolak ansur dengan memberi beber­apa kali kelonggaran ke pada peniaga untuk berpindah, awalnya hujung September kemudian hujung November.

Namun masih ada peniaga yang enggan berpindah seh­ingga Menteri Wilayah Perse­kutuan, Khalid Abd. Samad

memberikan tempoh terakhir muktamad pada 31 Disember 2019.

Pada 1 Januari lalu kes­emua mereka beroperasi di tapak baharu.

Peniaga tidak seharusnya membantah perpindahan ini kerana di sebalik tapak nia­ga yang dilengkapi pelbagai kemudahan dengan 500 ru­ang niaga, sewa yang dikena­kan juga rendah.

Bagi gerai makanan sewa hanya RM225.20 sebulan manakala gerai barang kering pula RM212.70 sen sebulan.

Malah DBKL memberi pengecualian sewa tiga bulan pertama untuk peniaga yang berpindah. Namun mereka masih perlu membayar lesen perniaga an.

Jelas kadar sewa tersebut jauh lebih rendah berbanding apa yang dikenakan oleh pi­

hak ketiga di Uptown Danau Kota sebelum ini iaitu antara RM500 hingga RM1,500 sebu­lan bagi setiap gerai.

Perpindahan ini melepas­kan peniaga daripada ceng­kaman sewa tinggi.

Sebagai hadiah kepada pe­niaga, DBKL juga kini membe­narkan Bazaria Wangsa Maju beroperasi enam hari sem­inggu, Selasa hingga Ahad manakala cuti pada hari Isnin.

Sebelum ini, di Uptown Da­nau Kota, perniagaan hanya dijalankan lima hari seminggu iaitu Rabu hingga Ahad. Cuti dua hari pada Isnin dan Selasa.

Pengunjung yang ditemui nyata lebih gembira dengan tempat baharu yang luas dan tersusun dengan gerai menjamu selera yang menye­diakan lebih banyak kemuda­han kerusi meja.

Uptown Danau Kota me­mang dikenali sejak mula di­buka.

Ramai pengunjungnya ada­la h mereka dari luar kawa san, termasuk pelancong.

Perpindahan peniaga ke Bazaria Wangsa Maju den­gan suasana yang lebih sele­sa bakal menarik lebih ramai pengunjung untuk bersantai atau membeli­belah pelbagai barangan yang dijual.

Untuk rekod, Bazaria Wang­sa Maju adalah juga tapak se­mentara sebelum para penia­ga dipindahkan ke tapak kekal di Jalan Genting Klang, berse­belahan Jabatan Pengangku­tan Jalan Wilayah Persekutuan dijangka tiga tahun lagi.

5BERITA

Oleh nAZWin [email protected]

KUALA LUMPUr – Polis Kuala Lumpur memohon kerjasama orang ramai untuk menge­san suspek kes curi di Masjid Ibnu Abbas, Taman Ibu Kota Setapak di sini pada 4 Januari lalu.

Kejadian pada pukul 9 malam yang direkodkan kamera litar tertutup (CCTV) masjid itu mendapati seorang lelaki telah masuk ke dalam mas­jid dengan keadaan mencurigakan dan memakai telekung berjalan

ke arah beg tangan ketika jemaah se­dang menunaikan solat.

Sehubungan itu, Bahagian Komunika­si Korporat Polis Kua­la Lumpur meminta orang ramai yang

mempunyai sebarang mak­

lumat untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, Asisten Super­intendan S. Gopal di talian 012­512 0242 atau 03­9289 9222.

“Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyia­

sat, IPD Wangsa Maju, Sarjan Mohd. Mudzamil Razak di ta lian 013­326 0395 atau Ho­tline Polis Kuala Lumpur di talian 03­2115 9999 atau had­ir ke mana­mana balai polis berhampiran,” katanya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Polis buru suspek curi barang jemaah dalam masjid

KeADAAn gerai yang lebih tersusun memberikan keselesaan kepada orang ramai membeli di Bazaria Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

SEMOGA Malaysia makin maju dan makmur dalam semua aspek terutama ekonomi,

AMiLiA iJirHArtOMAn, 45Peniaga

SAYA nekad

untuk berubah dalam beberapa perkara demi men­jadi yang terbaik berbanding tahun sebelumnya,

AMirUDin MAULAnA MAt rADZi, 27Pemandu lori

DIHARAPKAN perniagaan saya semakin mening­kat dan kesihatan saya bertambah baik,

nOr SUHAini DAUD, 47Peniaga

SAYA tetap­kan pencapaian pelajaran untuk berada pada tahap tertinggi,

nUr AMeerA eLYSYA

AMrAn,18Pelajar

SAYA jangka tahun 2020 akan menjadi lebih mencabar untuk Malaysia. Jadi saya berdoa agar kita semua terus bersatu­padu dan bertambah erat demi kemakmu­ran bersama,

YUnUS rUSLi, 27Penjawat awam

SAYA mahu membantu men­cari solusi terbaik dalam menangani isu kemiskinan bandar.

nADHiLAH MOHD. rAZAK, 27Penjawat awam

AZAM WArGA KOtA

Peniaga, pengunjung kini berasa lebih selesa di tapak baharu

Dari Uptown Danau Kota ke Bazaria Wangsa Maju

10 - 16 JANUARI 2020

SUSPeK

Page 6: Selamat Datang...bandar raya tersebut. BeritA PenUH Di MUKA 2 Penduduk bimbang kejadian berulang Langkah pertama eyya >8 >3 Selamat Datang ke Malaysia #VisitMalaysia2020 #VM2020 Atasi

6 ANALISIS

SePAnJAnG minggu lalu, ada dua peristiwa kurang enak yang

berlaku pada minggu pertama tahun baharu.

Pertama, sampah merata­rata selepas malam sambutan tahun baharu. Kedua, bantahan sekumpulan warga kota di suatu tempat di bandar raya berhubung pemindahan tapak perniagaan malam.

Kedua­kedua berkaitan dengan soal bersih. Pertama, bersih daripada sampah. Kedua, bersih daripada korupsi. Itu hendaklah menjadi azam Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur wajar menjadi kota yang bersih dari segi serba­serbi dan mempunyai majoriti warga kota yang bersih. Biarlah apa yang berlaku sepanjang minggu lalu menjadi kejutan. Kuala Lumpur wajar dibersihkan dalam segala perkara.

Kuala Lumpur pada 1 Januari lalu menyambut tahun baharu di tiga lokasi tradisi. Dataran Merdeka, Jalan Bukit Bintang dan KLCC. Sambutan adalah meriah dan ia menunjukkan keamanan dan kebahagiaan yang dinikmati warga kota.

Dataran Merdeka sejak dari zaman bernama Padang Kelab Selangor menjadi tumpuan warga kota bagi dua peristiwa penting negara.

Sambutan Tahun Baharu dan Ambang Merdeka akan menyaksikan warga kota berhimpun di Jalan Raja dan Dataran Merdeka menunggu detik pukul 12 tengah malam.

Apabila sebaik saja loceng jam besar itu berbunyi, maka orang bersorak dan menyanyi. Ia merupakan pengalaman yang seronok dan menggamit memori.

Tempat kedua adalah di sekitar kawasan Jalan Bukit Bintang. Ia juga menjadi tempat tradisi sambutan

tahun baharu dari sejak zaman merdeka lagi. Ini kerana di tapak Kompleks Sungai Wang yang dipanggil BB Park atau Taman Hiburan Bukit Bintang terdapat gerai­gerai dan pusat hiburan seperti kabaret. Maka tidak hairanlah apabila hari tahun baharu datang, ia merupakan tumpuan sebahagian warga kota berhibur.

KLCC pula merupakan pusat tumpuan sambutan tahun baharu yang hanya ada apabila dibina Menara Kembar Petronas dan Taman Rekreasi di situ.

Di depan tasik itu dilancarkan pertunjukan bunga api yang besar. Sebelum wujudnya KLCC, di situlah Padang Lumba Kuda. Sebelum adanya KLCC, pertunjukan bunga api sering diadakan di Lake Garden yang kini dikenali sebagai Taman Botani Tasik Perdana.

Namun isu yang telah berlaku bukannya mengenai acara yang meriah itu tetapi sampah yang disepah­sepah oleh para pengunjung.

Ia dapat kelihatan di ketiga­tiga tempat. Bukanlah tiada tempat pembuangan sampah tetapi banyak sampah dibuang di luar tong sampah.

Keadaan ini menyedihkan dan memalukan. Ia bukan salah pihak berkuasa yang telah menyediakan tong sampah walaupun sewajarnya ditempatkan dengan lebih banyak lagi.

Ia adalah salah warga kota sendiri. Hakikat ia berlaku pada tahun 2020 dengan warga kota yang jauh lebih senang dan mewah serta berpendidikan berbanding dahulu.

Dalam sejarahnya, Kuala Lumpur bukanlah sebuah bandar yang bersih. Pada tahun 1970­an, najis masih diangkut dengan lori di banyak tempat. Tandas­tandas awam amat buruk dan kutipan sampah tidak selancar sekarang.

Kuala Lumpur sudah banyak berubah apabila menjadi bandar raya dan diletakkan di bawah

Wilayah Persekutuan. Sistem perkumbahan sudah jauh lebih baik dan sistem kutipan sampah berjalan lancar. Umumnya warga kota lebih berdisiplin kerana pendidikan mereka berbanding dahulu.

Tetapi kebersihan memuaskan belum tercapai. Pertambahan penduduk adalah antara penyebabnya. Dan lebih ketara ialah gaya hidup hari ini yang lebih banyak menghasilkan sampah.

PerubahanSememangnya diharapkan

gelagat warga kota boleh berubah kepada menjadi pembersih. Di kota­kota lain boleh bersih, maka tidak mustahil warga Kuala Lumpur juga boleh berubah.

Sebagai kota yang hendak menjadi ibu negara maju menjelang tahun 2030, maka adalah diharapkan juga perangai warga kota boleh berubah terutama apabila generasi baru mengambil alih akan menjadi lebih bersih.

Namun begitu perlu disedari masalah sampah adalah suatu yang lebih mendalam dan penyelesaiannya pula perlukan kaedah holistik.

Mengapa orang buang

banyak sampah? Jawapannya ialah dalam kehidupan seharian orang moden, banyak barang yang dibeli adalah sampah ­ terutamanya pembungkusan yang diperbuat daripada

plastik atau bahan lain.

Lambakan sampah bukan saja merupakan isu bandar raya malah isu nasional dan global. Ia sudah dianggap sebagai krisis yang mengancam alam sekitar dan kehidupan liar.

Perubahan tingkah laku sememangnya wajar. Maknanya gunakan bekas yang boleh dipakai semula. Bagaimanapun, perkara itu susah diamalkan malah keadaan bertambah buruk.

Kalau dahulu di kedai mamak, orang minum menggunakan cawan atau gelas tetapi sekarang menggunakan plastik ikat tepi.

Selepas diminum, plastik itu dibuang. Itupun kalau dibuang. Banyak kelihatan digantung di merata­rata tempat menjadi sampah sarap.

Jadi perang menentang sampah wajar dibuat bukan saja di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT)

dengan kerjasama di daerah­daerah jiran tetapi juga di peringkat nasional.

Pun begitu, perubahan sikap warga kota tetap dituntut. Gaya hidup mengurangkan sampah mesti diterapkan jika warga kota mahu hidup selesa.

Di peringkat pihak berkuasa Pusat, suatu kaedah perlu dicari supaya pengeluar­pengeluar barangan mengurangkan penggunaan bungkusan. Buat masa ini, sebahagian besar sampah adalah plastik minuman.

Kempen Kempen untuk tidak

menggunakan straw plastik sudah pun berjalan. Tetapi itu tidak mencukupi. Perlu dicari bagaimana caranya untuk meminum air mineral tanpa menggunakan botol plastik. Jawapannya ialah semua warga kota perlu biasakan mempunyai bekas air yang boleh disi air secara berulang.

Undang­undang dan peraturan perlu ada untuk menyekat lambakan sampah. Bayangkan syarikat­syarikat perniagaan mengaut keuntungan tetapi pada waktu sama membebankan masyarakat dengan sampah bungkusan.

Kos bagi mengurus sampah semakin lama semakin bertambah. Yang menanggungnya ialah pembayar cukai yang menjadi warga kota.

Mungkin pada asasnya, semua orang perlu kurangkan pembelian. Bila kurang membeli, kuranglah barangan dikeluarkan. Bila barangan kurang dikeluarkan, maka kuranglah sampah.

Tetapi dalam sistem ekonomi masa kini, pengeluaran dan pembelian barangan adalah penggerak ekonomi.

Pergerakan ekonomi pula memberikan kemakmuran pada masyarakat. Tetapi ia perlu diimbangi dengan kesedaran bahawa alam sekitar perlu dipelihara. Jika tidak, kemakmuran itu tidak dapat diwujudkan.

Lambakan sampah bukan

saja merupakan isu bandar raya malah isu nasional

dan global. Ia sudah dianggap

sebagai krisis yang mengancam alam sekitar dan

kehidupan liar.

CATATANZIN MAHMUD

UNDANG-UNDANG & MASYARAKAT

ZULQARNAIN LUKMAN

BICARA KOTAZULQARNAIN LUKMAN

ZAINI HASSAN

MINDA PENGARANG

BICARA KOTA

BICARA KOTA

MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

BICARA KOTA

ROZAIS AL-ANAMY

PANDANGANAHMAD ZAMRI ASA’AD KHUZAIMI

PANDANGANDR. MOHD. ANUARRAMLI

PANDANGANDR. SUHAILI SARIF

PANDANGANDR. MOHD. SHAHIDMOHD. NOH

JOM MEMBACAMOHD. AJIB ISMAIL

PANDANGANDR. ISMAIL IBRAHIM

BICARA KOTAHASIFULLAH IBRAHIM

BICARA KOTAMOHD. NASIR ZAKARIA

Didik warga kota jadi pembersih

SAMPAH yang ditinggalkan orang ramai di Dataran Merdeka.

10 - 16 JANUARI 2020

Page 7: Selamat Datang...bandar raya tersebut. BeritA PenUH Di MUKA 2 Penduduk bimbang kejadian berulang Langkah pertama eyya >8 >3 Selamat Datang ke Malaysia #VisitMalaysia2020 #VM2020 Atasi

BAGi tahun 2020 terdapat dua azam yang perlu dicapai oleh rakyat Malaysia.

Azam tersebut bukan sahaja dalam bentuk azam tetapi ia perlu dijadikan undang­undang supaya ia dapat ditangani dengan lebih berkesan.

Pertama, rakyat Malaysia harus berusaha untuk menjaga kesihatan diri mereka. Kos kesihatan semakin meningkat setiap tahun.

Meskipun, kerajaan berusaha keras untuk menjaga kesihatan rakyatnya tetapi rakyat sendiri memandang mudah terhadap kesihatan diri mereka.

Mungkin ia disebabkan faktor kos kesihatan yang murah di klinik kerajaan. Bagi warganegara, kos sebanyak RM1 bagi pesakit luar dan lima ringgit bagi konsultasi pakar adalah amat rendah berbanding kos sebenar yang ditanggung oleh kerajaan.

Kini Malaysia menghadapi masalah kesihatan yang besar akibat bertambahnya penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, darah tinggi, buah pinggang dan sakit berkaitan kardiovaskular.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, berdasarkan statistik Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan yang dijalankan Kementerian Kesihatan setiap lima tahun, peratus dewasa yang mengalami diabetes meningkat dari 8.3 peratus pada tahun 1996 kepada 17.5 peratus pada 2015.

Walaupun Kementerian Kesihatan berusaha untuk memerangi peningkatan jumlah penyakit tidak berjangkit dalam kalangan masyarakat seperti perlaksanaan program Komuniti Sihat Pembina Negara dan Komunikasi untuk Kesan Tingkah Behaviourial Impact termasuk program PeKa: B40 namun ia masih belum menampakkan hasil positif.

Justeru bagi mengawal penyakit tidak berjangkit ini rakyat sendiri harus mengambil langkah

proaktif iaitu dengan mengawasi diet dan mula bersenam. Ini sahaja ubat yang ampuh bagi penyakit tidak berjangkit ini.

Media sosialKedua, media sosial sudah

menjadi wabak penyakit mental rakyat. Rakyat seolah­olah tidak dapat hidup tanpa media sosial seperti WhatsApp, Instagram, Facebook dan Twitter.

Keempat­empat medium ini berada di tangga teratas carta media sosial di Malaysia.

Apabila rakyat terlampau obses dengan media sosial ini menyebabkan pelbagai gangguan penyakit sosial yang lain

Kesan sampingan daripada perasaan obses terhadap media sosial ini menyebabkan produktiviti rakyat.

Kajian yang dijalankan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia mendapati 63 peratus belia menghabiskan masa melayari Internet pada masa lapang.

Kajian juga mendapati 96.5 peratus pengguna Internet mempunyai akaun Facebook dan menghabiskan masa selama empat jam sehari di sana.

Apabila masa selama itu dihabiskan di media sosial, maka pelbagai masalah sosial sampingan akan berlaku.

Masalah sampingan yang terbesar dihadapi kerajaan sekarang adalah untuk mengekang penularan maklumat palsu.

Baru­baru ini, Dewan Rakyat dan Dewan Negara telah meluluskan akta bagi pemansuhan Akta Antiberita Tidak Benar 2018.

Dengan pemansuhan akta itu akan membuatkan kerajaan bukan sahaja perlu lebih tegas malah lebih kreatif untuk memastikan penyebar berita palsu diambil tindakan.

Oleh itu, inilah dua azam yang patut dibuat oleh rakyat Malaysia untuk diri mereka dan negara Malaysia pada tahun 2020.

Pertamanya adalah untuk menjaga kesihatan mereka dan keduanya adalah untuk menjaga akal mereka daripada penipuan berita palsu di media sosial.

Kedua­dua perkara ini boleh memusnahkan bukan sahaja diri mereka malah negara ini sendiri.

Buat pihak kerajaan, berusahalah bagi menjaga kedua­dua perkara ini dengan memperkenalkan undang­undang atau memperbaharui undang­undang yang sedia ada supaya masalah ini dapat ditangani segera sebelum ia semakin membarah dalam masyarakat.

Dr. Zulqarnain Lukman ialah peguambela, peguamcara dan peguam syarie

7ANALISIS

Azam jaga kesihatan,elak wabak media sosial

10 KOMPAUNDIKELUARKAN KEPADA

PEROKOK DI TEMPATMAKAN DI LABUAN.

PEROKOK YANGDEGIL KENA MENABUNG

UNTUK BAYAR SETIAPKOMPAUN. HE HE HE.

Oleh

Putrajaya perlu kekal tenang

Media sosial sudah menjadi wabak penyakit

mental rakyat. Rakyat seolah-olah tidak dapat

hidup tanpa media sosial seperti WhatsApp,

Instagram, Facebook dan Twitter

CATATANZIN MAHMUD

UNDANG-UNDANG & MASYARAKAT

ZULQARNAIN LUKMAN

BICARA KOTAZULQARNAIN LUKMAN

ZAINI HASSAN

MINDA PENGARANG

BICARA KOTA

BICARA KOTA

MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

BICARA KOTA

ROZAIS AL-ANAMY

PANDANGANAHMAD ZAMRI ASA’AD KHUZAIMI

PANDANGANDR. MOHD. ANUARRAMLI

PANDANGANDR. SUHAILI SARIF

PANDANGANDR. MOHD. SHAHIDMOHD. NOH

JOM MEMBACAMOHD. AJIB ISMAIL

PANDANGANDR. ISMAIL IBRAHIM

BICARA KOTAHASIFULLAH IBRAHIM

BICARA KOTAMOHD. NASIR ZAKARIA

tAHUn 2020, genap 25 tahun terbinanya Putrajaya sebuah bandar baharu yang men­jadi pusat pentadbiran kerajaan Persekutu­an.

Dari sebuah ladang Prang Besar yang dili­puti tanaman sawit dengan bilangan pen­duduk yang mungkin hanya terdiri daripada pekerja estet, kini di­huni raturan ribu pen­duduk.

Meskipun sebelum ini, rancangan untuk memindahkan pusat pentadbiran kerajaan Pusat, beberapa loka­si telah disenarai pendekkan.

Tiada siapa me nyangka kawasan ladang tersebut menjadi pilihan. Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu menjadi Perdana Menteri buat kali pertama dianggap arkitek pembangunan Putrajaya.

Kini sempena sambutan Jubli Perak Pu­trajaya, Dr. Mahathir ditakdirkan masih kekal menerajui tampuk pemerintahan negara.

Sudah tentu ia memberikan signifikan tersendiri kerana Dr. Mahathir dapat meli­hat perubahan demi perubahan kemajuan Putrajaya. Beliau boleh menilai sama ada ia dibangunkan mengikut perancangan yang ditetapkan atau sebaliknya.

Kewujudan Putrajaya dari satu sudut se­benarnya berjaya menaikkan motivasi kaki­tangan awam apabila di Putrajaya mereka menikmati kemudahan tempat kerja dan rumah yang bertaraf kelas pertama.

Tidak dapat dibayangkan jika kakitangan kerajaan masih terpaksa menghuni di kuar­ters lama di ibu kota dan bersesak untuk ke pejabat.

Malah orang ramai juga mendapat perkh­idmatan yang kondusif apabila berurusan di agensi­agensi berkaitan di Putrajaya.

Putrajaya dikenali dengan jolokan bandar dalam taman. Landskap menarik dengan ele men tasik menggamit setiap pengun­jung termasuk pelancong luar negara.

Tidak hairanlah langkah Malaysia me­mindahkan pusat pentadbiran turut diikuti beberapa negara seperti Myanmar dan In­donesia. Ini bermakna Malaysia melangkah lebih jauh ke hadapan.

Namun setelah hampir tiga dekad, Pu­trajaya harus kekal menjadi sebuah bandar yang tenang untuk dihuni. Bertambah­nya jumlah bangunan kerajaan, bangunan komersial dan projek perumahan diharap tidak menjadikan Putrajaya sebuah bandar yang sesak seperti Kuala Lumpur.

Ramai individu memilih untuk tinggal di Putrajaya kerana wujudnya ketenangan dan bebas daripada gejala sosial seperti pusat hiburan.

Dengan misi menjadi bandar pintar, kita harap bandar ini akan terus mengekalkan si­fatnya sebagai bandar yang selamat, tenang dan hijau.

CATATANZIN MAHMUD

UNDANG-UNDANG & MASYARAKAT

ZULQARNAIN LUKMAN

BICARA KOTAZULQARNAIN LUKMAN

ZAINI HASSAN

MINDA PENGARANG

BICARA KOTA

BICARA KOTA

MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

BICARA KOTA

ROZAIS AL-ANAMY

PANDANGANAHMAD ZAMRI ASA’AD KHUZAIMI

PANDANGANDR. MOHD. ANUARRAMLI

PANDANGANDR. SUHAILI SARIF

PANDANGANDR. MOHD. SHAHIDMOHD. NOH

JOM MEMBACAMOHD. AJIB ISMAIL

PANDANGANDR. ISMAIL IBRAHIM

BICARA KOTAHASIFULLAH IBRAHIM

BICARA KOTAMOHD. NASIR ZAKARIA

10 - 16 JANUARI 2020

Page 8: Selamat Datang...bandar raya tersebut. BeritA PenUH Di MUKA 2 Penduduk bimbang kejadian berulang Langkah pertama eyya >8 >3 Selamat Datang ke Malaysia #VisitMalaysia2020 #VM2020 Atasi

8 URBAN

Oleh nAZWin [email protected]

SeGAMBUt – Selepas bebe­rapa aduan dilakukan ter­masuk laporan di dalam akh­

bar, pemilik ternakan kerbau dan lembu yang berkeliaran di Bukit Lanjan di sini bertindak menutup kandangnya.

Bagaimanapun, tindakan yang dilakukan itu masih belum me­legakan hati penduduk setempat berikutan mereka bimbang sekira­nya kejadian haiwan berkeliaran itu akan berulang.

Ini kerana, kata Pengerusi Per­satuan Penduduk Kampung Bukit Lanjan, Abdul Halim Halid, pemilik berkenaan sering memindahkan kerbaunya ke lokasi lain apabila mendapati aduan berkaitan hai­wan peliharaannya dibuat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Jabatan Kesihatan.

“Selepas keadaan reda atau semasa musim haji, kerbau itu akan dibawa semula ke lokasi asal dan berkeliaran sekitar Bukit Lan­jan.

“Saya yakin pemilik tersebut akan membawa semula ternakan­nya jika tiada penguatkuasaan tegas daripada pihak Dewan Ban­daraya Kuala Lumpur (DBKL) atau Jabatan Kesihatan dan pihak ber­tanggungjawab yang lain,” katanya kepada Wilayahku baru­baru ini.

Sehubungan itu, Abdul Halim berharap tindakan tegas dapat dikenakan kepada pemilik ter­nakan tersebut sekali gus menge­lakkan kejadian kerbau berkeliaran berulang dan mengancam pen­duduk sekitar.

“Kenapa tidak buat tindakan te­gas sedangkan ia salah?

“Cara dia (pemilik) tidak sesuai untuk masyarakat setempat. Ben­da ini akan berulang,” ujarnya.

Wilayahku edisi ke­52 lalu me­laporkan, pemilik kerbau dan lem­bu seolah­olah memekakkan telin­ga berikutan membiarkan haiwan ternakannya berkeliaran di atas jalan raya sehingga mengancam keselamatan penduduk.

Malah, keadaan itu juga menye­babkan kawasan sekitar busuk serta kotor berikutan najis haiwan berkenaan yang berselerakan di atas jalan.

Pemilik sering memindahkan kerbaunya ke lokasi lain

Penduduk bimbang kejadian berulang

LeMBU dan kerbau yang berkeliaran di kawasan perumahan penduduk Bukit Lanjan di sini.

KerAtAn Wilayahku edisi 52 3-9 Januari 2020.

Ke mana kita?

11 Januari: Kecoh Fest 2020 di Gerakbudaya, Petaling Jaya. (10 pagi ­ 10 malam)

11 Januari: Klinik Bolasepak Percuma Soccer ACE Fc di Sekolah Kebangsaan Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan. (4.30 petang) (PerCUMA)

18 Januari: Malam Deklamasi Puisi Jubli Perak, Putrajaya (8 malam).

18 Januari: Kelas Bahasa Isyarat Malaysia sesi Januari 2020 anjuran Malaysian Sign Language ­ Bahasa Isyarat Malaysia di Pusat Latihan Perindustrian Dan Pemulihan (PLPP) Bangi. (10 pagi ­ 1 tengah hari) (PerCUMA)Kelas Bahasa Isyarat Malaysia sesi JANUARI 2020 yang memasuki tahun ketiga #SIGNON adalah untuk memberi peluang kepada anggota masyarakat dari pelbagai lapisan mempelajari Bahasa Isyarat Malaysia.Program ini akan berlangsung setiap bulan iaitu pada Sabtu, minggu terakhir setiap bulan

10 - 16 JANUARI 2020

Pemilik tutup kandang kerbau Bukit LanjanKUALA LUMPUr – Kandang peliharaan kerbau di Bukit Lanjan, Segambut di sini di­tutup sekali gus menyelesai­kan isu haiwan berkeliaran pada waktu malam dan pagi di lokasi berke­naan.

Datuk Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, per­kara itu dimaklumkan pemi­lik haiwan ternakan ber­kenaan selepas pemeriksaan dilakukan pihaknya di Kam­pung Sungai Penchala pada

6 Januari lalu.Ujar beliau, hasil peme­

riksaan juga mendapati ti­ada haiwan ternakan seperti

lembu dan kerbau berkeliaran pada waktu susulan aduan.

“Pemilik juga me­ngaku kerbau yang dilaporkan dalam akhabar adalah mi­liknya dan berjanji untuk menyelesaikan

masalah berkenaan.“Dia akan buat pagar di

kawasan baharu dalam masa dua hari. Pada masa ini ter­dapat 13 ekor kerbau dan

18 lembu di tiga lokasi ber­lainan yang mana lokasi di Bukit Lanjan akan ditutup,” katanya kepada Wilayahku baru­baru ini.

Menurut Nor Hisham, pemilik juga memaklumkan kerbau telah dipindahkan bermula 7 Januari lalu.

Tambah beliau, pemilik juga memaklumkan hai­wan ternakannya hanya di­letakkan di dua lokasi iaitu di kawasan bukit dan jalan Sun­gai Penchala 12 dan Kam­pung Sungai Penchala yang merupakan kawasan tanah persendirian milik rakannya.

nOr HiSHAM

KeADAAn semasa kerbau selepas aduan dilakukan.

Page 9: Selamat Datang...bandar raya tersebut. BeritA PenUH Di MUKA 2 Penduduk bimbang kejadian berulang Langkah pertama eyya >8 >3 Selamat Datang ke Malaysia #VisitMalaysia2020 #VM2020 Atasi

REALITI KEHIDUPANHotel selesa untuk si comel

MUKA 12-13WILAYAHKU • 10 — 16 JANUARI 2020

MUKA 16 MUKA 14

YK ketengah rap timur

Wanita istihadah boleh beriktikaf di masjid

Pulihara rangkaian ekologi

Page 10: Selamat Datang...bandar raya tersebut. BeritA PenUH Di MUKA 2 Penduduk bimbang kejadian berulang Langkah pertama eyya >8 >3 Selamat Datang ke Malaysia #VisitMalaysia2020 #VM2020 Atasi

SEBAHAGIAN besar bahagian tengah Semenanjung Malaysia merupakan kawasan hutan hujan

tropika yang terdiri daripada hutan gunung, dipterokarpa dan paya gam-but.

Hutan ini bukan sahaja penting dan kaya dari aspek biodiversiti malah merupakan kawasan tadahan air bagi negara ini. Kepelbagaian biodiversiti dan ekologi di hutan tropika Malay-sia merupakan habitat penting bagi mamalia besar termasuk Harimau Malaya, Badak Sumbu Sumatera, Gajah Asia, Tapir Malaya, Harimau Kumbang, Babi Berjanggut serta semua spesies kucing liar dan musang.

Badak Sumbu Sumatera atau Suma-tran Rhinoceros ialah spesies badak yang terkecil saiznya di dunia serta merupakan salah satu hai-wan yang terlindung.

Pada 23 November 2019, badak sumbu terakhir terse-but yang dinamakan Iman telah mati dan spesies ini telah diisytiharkan pupus di Malaysia.

Situasi sebegitu juga boleh berlaku kepada Harimau Malaya memandangkan populasi haiwan liar itu kini sedang mengalami kepupu-san apabila jumlahnya kini hanya tinggal 200 ekor di seluruh Malaysia.

Dapatkah kita mem-

bayangkan sekiranya satu-satunya haiwan kebanggaan tanah air yang menjadi simbol kebangsaan pada Jata Negara ini pupus buat selama-laman-ya?

Adakah kita bersedia menerima hakikat bahawa dalam masa lima ke 10 tahun akan datang, sekiranya tiada tindakan drastik dilaksanakan, Harimau Malaya akan pupus seper-ti spesies Harimau Bali, Caspian dan Java?

Dengan pelbagai kejadian kemala-ngan di jalan raya, pemburuan haram serta pembukaan kawasan hutan bagi tujuan pembalakan, perlombongan dan pertanian berskala besar, semua hidupan liar yang lain juga akan dian-cam kepupusan suatu hari nanti.

Pelan induk

Menyedari haiwan liar semakin diancam kepupusan, PLANMalaysia menerusi Rancangan Fizikal Negara Ke-2 (RFN 2) mengenal pasti bahawa fragmentasi

hutan mewakili salah satu daripada ancaman utama kepada pemuliharaan biodiversiti dan ekosistem yang baik.

RFN 2 melalui Polisi 19 menggaris-kan keperluan kawasan Central Forest Spine (CFS) sebagai tulang belakang kepada Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) atau Environmentally Sensitive Area (ESA) di Semenanjung Malaysia.

Menurut Ketua Pengarah PLAN-Malaysia, Datuk TPr. Mohd. Anuar Maidin, agensi tersebut telah menye-diakan Pelan Induk Rangkaian Ekologi – CFS pada 2008 bagi tempoh pelaksa-naan 2010-2025.

Jelas beliau, CFS kemu-diannya dijadikan panduan dalam memelihara, memu-lihara dan meningkatkan perhubungan antara kom-pleks hutan melalui konsep rangkaian ekologi.

“Pelan Induk ini meru-pakan pelan jangka masa panjang melibatkan penwu-judan 37 koridor rangkaian ekologi iaitu Rangkaian Utama (Pri-

mary Linkages - PL) dan Rangkaian Sekunder (Secondary Linkages - SL) yang mana ia dikenal pasti di Kedah, Perak, Kelantan, Tereng-ganu, Johor, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Ia juga sebahagian daripada lapan kompleks hutan yang meli-puti Banjaran Titiwangsa-Banja-ran Bintang-Banjaran Nakawan; Taman Negara-Banjaran Timur; Tanah Lembab Pahang-Tasik Chi-ni-Tasik Bera serta Taman Negara Endau Rompin-Rizab Hidupan Liar Kluang,” katanya kepada WK2 baru-baru ini.

Mohd. Anuar menjelaskan, kawasan tersebut juga merupa-

kan rangkaian utama bagi pergerakan mamalia besar dari satu hutan ke hutan yang lain dan ia memerlukan pengli-batan aktif atau tindakan khas (dengan kos tinggi) seperti pengambilalihan pemilikan hutan persendirian, aktiviti penanaman semula pokok dan pem-

binaan jejambat sepanjang jalan raya.

Bagi rangkaian sekunder pula, ia adalah penyambung kepada rangkaian utama dengan mengaplikasikan konsep pejalan kaki iaitu gabungan beberapa kumpu-lan bahagian habitat yang sesuai dan biasanya direka mengikut koridor sungai,

kawasan riparian, jalur perlindungan, sisa hutan yang telah dibalak dan ka-wasan pertanian.

“Rangkaian sekunder ini tidak meli-batkan pergerakan mamalia yang besar namun digunakan populasi vertebrata kecil seperti burung, mamalia kecil, serangga, amfibia dan replitia yang memberi manfaat kepada tanaman melalui pendebungaan dan penyeba-ran biji benih.

“Rangkaian sekunder ini melibat-kan kos penyelenggaraan yang murah dengan melibatkan kerjasama penuh pemilik tanah dan pengurus di ka-wasan tersebut bagi melaksanakan amalan pengurusan guna tanah yang bersesuaian,” katanya.

Menurut Mohd. Anuar, pelaksanaan pelan induk tersebut dimandatkan

WK2UTAMA10 l

Oleh NAZWIN [email protected] kerjasama BAHAGIAN PERANCANGAN WILAYAH PLANMALAYSIA

Wujudkan koridor pergerakan haiwan di hutan

PLANMalaysia sedia pelan induk Rangkaian Ekologi–Central Forest Spine (CFS) 2010-2025.

MOHD. ANUAR

LALUAN hidupan liar melintas di Eco Viaduct Sungai Yu, Kuala Lipis, Pahang.

TAPIR yang mati dilanggar kenderaan apabila melintas di lebuh raya.

10 — 16 JANUARI 2020 • WILAYAHKU

Page 11: Selamat Datang...bandar raya tersebut. BeritA PenUH Di MUKA 2 Penduduk bimbang kejadian berulang Langkah pertama eyya >8 >3 Selamat Datang ke Malaysia #VisitMalaysia2020 #VM2020 Atasi

WK2UTAMA l 11

kepada Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dan agensi peneraju utama iaitu Jabatan Perhutanan Se-menanjung Malaysia (JPSM).

Tambah beliau, agensi-agensi di peringkat Persekutuan dan negeri se-perti Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhi-litan) serta Jabatan Pengairan dan Sali-ran turut dilibatkan secara bersepadu.

Mengulas lanjut, beliau memberi-tahu, Pelan Induk Rangkaian Ekologi CFS juga mengenal pasti pelbagai jenis projek yang perlu dilaksanakan mengikut fasa pembangunan.

“Fasa Pertama di bawah Ran-cangan Malaysia Ke-10 (2010-2015), Fasa Kedua Rancangan Malaysia Ke-11 (2010-2020) dan Fasa Ketiga Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025).

“Setiap fasa ini telah men-genal pasti strategi pelaksanaan dan projek yang perlu dilak-sanakan bagi mencapai objektif kajian,” jelasnya.

Fasa pelaksanaan

Mengulas lanjut, Mohd. Anuar memberitahu, walaupun tempoh pelaksanaan Pelan Induk Rang-kaian Ekologi-CFS adalah dari 2010 hingga 2025, namun berdasarkan maklum balas yang diterima, terdapat pelbagai perubahan guna tanah yang berlaku di lapangan sehingga mengganggu gugat biodiversiti flora dan fauna serta pelaksa-naan projek CFS.

Sehingga kini, bebe-rapa projek atau strategi berdasarkan cadangan Pelan Induk Rangkaian Ekologi–CFS telah berjaya dilaksanakan di dalam Rancangan Malaysia ke-10 dan ke-11 antara-nya:

Program projek perintis bagi pembangunan rangkaian kori-dor ekologi CFS iaitu Rangkaian Utama PL2: HS Temengor-Taman Negeri Royal Belum, Gerik, Perak dalam tempoh 2012-2015

Pewartaan kawasan tanah

kerajaan di dalam rangkaian koridor ekologi di Perak dan Kedah yang melibatkan kawasan sejumlah 23,264.00 hektar

Pemulihan habitat yang me-libatkan Negeri Perak, Kelantan dan Selangor

Pembinaan lintasan hidupan liar atau viaduct oleh Jabatan Kerja Raya di Rangkaian Utama PL 7 Taman Negara–Hutan Simpan Kekal Tembat, Ulu

Terengganu, Rangkaian Utama PL 1 Hutan Simpan Kekal Tanum-Sungai Yu, Rangkaian Utama PL 2 Hutan Simpan Temengor-Taman Negeri Diraja Belum dan Rangkaian Utama PL 8 Baling-Lebuh Raya Gerik

Projek UNDP: Improving Con-nectivity in the Central Forest Spine (IC-CFS) merupakan projek yang dibiayai oleh pihak United Nations Development Programme (UNDP) Malaysia, Global Environ-mental Facility (GEF) dan Kerajaan

Malaysia untuk tempoh enam tahun bermula pada tahun 2014 sehingga 2019 bertujuan meningkatkan program kon-servasi biodiversiti, penguru-san hutan dan tanah secara mampan bagi melindungi

habitat flora dan fauna meli-batkan 3 kompleks hutan utama yang terletak di Negeri Perak,

Pahang dan Johor.

Melalui projek ini juga me-ngukuhkan kerangka institusi dan tempatan untuk pengurusan CFS dan penguatkuasaan undang-un-dang dan menyokong pengurusan landskap hutan yang lestari

Penyediaan Rancangan Pema-juan (Rancangan Struktur dan Ran-cangan Tempatan) yang mengin-tegrasikan kawasan CFS di dalam kawalan perancangan

Pembinaan papan tanda, solar amber light, kawalan had laju jalan raya dan pagar elektrik untuk mengurangkan risiko konflik manusia- hidupan liar dan roadkill;

Pembinaan salt lick sebagai jenut tiruan bagi hidupan liar untuk menggunakan koridor ekologi

Pelaksanaan kajian bagi flora dan fauna

MyCFS iaitu gabungan beberapa NGO alam sekitar di Malaysia telah ditubuhkan untuk membincangkan isu-isu yang dapat membantu pelak-sanaan CFS dengan lebih efektif.

Rangkaian sekunder

ini melibatkan kos penyelenggaraan yang murah dengan melibatkan kerjasama penuh pemilik tanah dan pengurus di kawasan tersebut bagi melaksanakan amalan pengurusan guna tanah yang bersesuaian.”

INFO Sembilan rangkaian ekologi terancam

Berdasarkan kepada Rancangan Fizikal Negara Ke-3 (RFN 3), terdapat sembilan rangkaian ekologi CFS yang terancam akibat aktiviti pembangunan, pertanian, pelebaran jalan raya dan pembinaan lebuh raya.

Sembilan kawasan rangkaian ekologi CFS yang terancam tersebut adalah seperti dalam jadual berikut:

CFS1-PL3 Hutan Simpan Lojing-Hutan Simpan Sungai Brok, Kelantan

CFS1-SL2 Rizab Hidupan Liar Krau-Hutan Simpan Bencah-Hutan Simpan Som-Hutan Simpan Yong, Pahang

CFS1-SL5 Taman Negara-Persisiran Pantai Terengganu

CFS1-SL6 Taman Negara-Hutan Simpan Chiku, Kelantan

CFS2-PL3 Hutan Simpan Panti-Hutan Simpan Ulu Sedili, Selatan Johor

CFS2-PL4 Hutan Simpan Sungai Marong-Hutan Simpan Bukit Ibam-Hutan Simpan Lesong, Pahang

CFS2-SL2 Hutan Simpan Chini-Hutan Simpan Lepar, Pahang

CFS2-SL3 Hutan Simpan Raja Musa-Hutan Simpan Bukit Tarek-Hutan Simpan Bukit Gading, Selangor

CFS2-SL5 Hutan Simpan Panti-Hutan Simpan Sedili, Johor

KEADAAN di laluan untuk hidupan liar melintas di Eco Viaduct Sungai Yu, Kuala Lipis dikekalkan dengan suasana semula jadi.

WILAYAHKU • 10 — 16 JANUARI 2020

Page 12: Selamat Datang...bandar raya tersebut. BeritA PenUH Di MUKA 2 Penduduk bimbang kejadian berulang Langkah pertama eyya >8 >3 Selamat Datang ke Malaysia #VisitMalaysia2020 #VM2020 Atasi

Hotel selesa untuk si comel

KUCING yang dihantar akan disikat bulunya supaya sentiasa kelihatan kemas dan bersih.

NORSALINA menunjukkan seekor kucing yang ditempatkan di ‘hotel’ Dirna Meow Boarding.

WK2LENSA12 l

BERMULA dengan hanya menja-ga tujuh ekor kucing rakan, sia-pa sangka kini Norsalina Mohd.

Shah, 42, mampu memiliki sebuah hotel kucing sendiri.

Dia menawarkan khidmat peny-impanan si comel dengan memiliki 230 bilik hotel kucing yang mampu

menempatkan sehingga 400 ekor kucing di Dirna Meow Boarding di Bandar Mahkota Cheras, Kuala Lumpur.

Dengan kadar sewaan sebanyak RM13 untuk satu malam bagi seekor kucing, ia umpama hotel lima bintang dengan harga hotel bajet. Kandang bersaiz single, double dan triple pasti memberikan keselesaan kepada kucing yang dihantar ke situ.

Bagi memastikan haiwan peliharaan pelanggan sentiasa berada dalam

keadan bersih dan sihat, Norsalina turut menyediakan perkhidmatan membersih bulu dan telinga kucing yang dihantar.

Makanan yang diberikan juga me-rupakan makanan khas yang dicipta sendiri oleh Norsalina yang telah mendapat kelulusan daripada klinik haiwan berdaftar.

Dengan pengalaman selama ham-pir lapan tahun mengendali kucing, ia pasti akan memberi kepuasan dan pen-jagaan yang baik kepada kucing-kucing

yang dihantar.Dirna Meow Boarding turut menye-

diakan perkhidmatan penghantaran kucing mengunakan motosikal dan kereta bergantung pada permintaan pelanggannya.

Bagi yang berminat untuk meng-hantar kucing dan mendapat nasihat boleh menghubungi Norsalina di talian 013 399 4576 atau melayari laman Facebook Cat Boarding Hotel KL atau di Instagram catboarding-hotel.

Foto oleh NAZIRUL [email protected]

NORSALINA menyediakan ruang khas untuk proses memandi dan membersihkan kucing.

PERKHIDMATAN menghantar dan mengambil kucing juga turut disediakan di Dirna Meow Boarding.

10 — 16 JANUARI 2020 • WILAYAHKU

Page 13: Selamat Datang...bandar raya tersebut. BeritA PenUH Di MUKA 2 Penduduk bimbang kejadian berulang Langkah pertama eyya >8 >3 Selamat Datang ke Malaysia #VisitMalaysia2020 #VM2020 Atasi

KUCING yang dihantar akan disikat bulunya supaya sentiasa kelihatan kemas dan bersih.

DIRNA Meow Boarding menyediakan perkhidmatan mencuci telinga kucing yang dihantar.

KUCING yang dimandikan dikeringkan di dalam mesin khas.

WK2LENSA l 13

ANTARA kucing yang dihantar oleh pelanggan di Dirna Meow Boarding. NORSALINA akan memberi makan kepada kucing yang dihantar dua

kali sehari.

KEBERSIHAN ‘hotel’ kucing perlu sentiasa dijaga bagi memastikan keselesaan kucing pelanggan.

NORSALINA akan menjaga kucing yang dihantar dengan penuh kasih sayang dan ketelitian.

WILAYAHKU • 10 — 16 JANUARI 2020

Page 14: Selamat Datang...bandar raya tersebut. BeritA PenUH Di MUKA 2 Penduduk bimbang kejadian berulang Langkah pertama eyya >8 >3 Selamat Datang ke Malaysia #VisitMalaysia2020 #VM2020 Atasi

KETUA Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS), Prof. Sheikh Dr Ahmad al-Raysuni merupakan tokoh yang se-suai untuk dijadikan sebagai rujukan antarabangsa dalam melaksanakan pentadbiran berteraskan maqasid syariah di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Muja-hid Yusof berkata, pemikiran maqasid syariah yang dibawa tokoh itu juga selari dengan gagasan Rahmatan Lil Alamin yang diangkat sebagai dasar dalam pentadbiran kerajaan ketika ini.

“Atas faktor itu, saya rasa agensi pentadbiran Islam perlu mengambil peluang mendengar pandangan serta pendapat be-liau secara akademik mengenai

maqasid syariah.“Saya ucap terima kasih

kepada Unisza (Universiti Sultan Zainal Abidin) kerana baru-baru ini melantik beliau sebagai profesor pelawat, bermakna setahun sekali be-liau akan datang ke Malaysia, membolehkan kita menjadi-kannya rujukan antarabangsa dalam melaksanakan konsep maqasid syariah dalam pen-tadbiran hari ini,” katanya di Putrajaya.

Iklan

Beliau berkata demikian keti-ka ditemui pemberita selepas merasmikan program diskusi bertajuk ‘Maqasid Syariah Dalam Sistem Kehakiman’ bersama Sheikh Dr. Ahmad

Raysuni anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) baru-baru ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Dr. Mohd. Naim Mokhtar.

Mujahid berkata, dalam konteks undang-undang Is-lam, tokoh kelahiran Maghribi itu juga menekankan tentang kepentingan meletakkan kemaslahatan dan maqasid le-bih tinggi dari sekadar hukum fekah dalam langkah atau keputusan yang diambil.

“Ini satu yang sangat pen-ting dalam kerangka menjad-ikan mahkamah syariah lebih berwibawa dalam meng-gunakan maqasid sebagai landasan berfikir dan kaedah menghukum,” katanya.

MUJAHID menyambut ketibaan Sheikh Ahmad al-Raysuni bagi menyampaikan syarahan berkaitan maqasid syariah di Putrajaya baru-baru ini. Turut kelihatan Mohd. Naim (kanan).

WK2BIMBINGAN14 l

Jawapan:

DALAM menjawab persoalan ini, terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ai-

syah R.Anha katanya, Fatimah binti Abu Hubaish menemui Rasulullah SAW dan bertanya: Maksudnya: “Wa-hai Rasulullah! Aku perempuan yang didatangi darah istihadah dan masih belum bersuci, adakah aku perlu meninggalkan solat?

Jawab Baginda SAW: “Tidak perlu kerana darah itu ialah darah penyakit, bukannya darah haid. Ketika kedatan-gan haid tinggalkanlah solat dan apa-bila tempohnya habis hendaklah kamu mandi membersihkan diri daripada darah dan dirikanlah solat.” Riwayat al-Bukhari (236) dan Muslim (333)

Berdasarkan hadis di atas, ter-dapat beberapa perkara yang perlu difahami. Pertama, istihadah adalah darah yang keluar pada bukan waktu keluar haid dan nifas.

Sama ada darah keluar kurang daripada 24 jam atau selepas 15 hari haid. Lihat Hasyiah al-Baijuri (1/212).

Kedua, hukum berkaitan istiha-dah adalah berbeza dengan hukum ketika haid dan nifas. Orang yang didatangi istihadah tidak terhalang untuk melakukan solat, puasa dan semua ibadah yang memerlukan suci daripada hadas. Ini bertepatan de-

ngan apa yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi:

Maksudnya, orang yang sedang is-tihadah seperti (mengambil hukum) orang yang suci dalam (hukum) solat, puasa, iktikaf, membaca al-quran dan lain-lain. Lihat al-Majmu’ (2/372).

Kesimpulan

Berdasarkan nas dan hujah di atas, kami berpendapat tidak menjadi per-masalahan untuk orang yang sedang istihadah untuk beriktikaf di dalam masjid. Namun hendaklah memas-tikan tidak berlaku kebocoran atau

menyebabkan darah menitik hingga mengotorkan dewan solat.

Selain itu, rujuk juga persoa-lan-persoalan berkisar tentang isti-hadah yang telah kami jawab dalam beberapa artikel kami yang kami terbitkan sebelum ini:• Irsyad Al-Fatwa Siri Ke -226:

Keluar Darah Dari Faraj Kerana Pembedahan Buang Fibroid

• Al-Kafi #685: Darah Istihadah Mengikut Tamyiz Atau Adat?

Semoga Allah SWT mengurnia-kan kefahaman kepada kita dalam melaksanakan segala suruhan-Nya. Amin.

Soalan: Saya ingin bertanya kepada Datuk Mufti, ketika saya sedang melalui waktu istihadah, adakah saya dibenar masuk masjid dan beriktikaf?

FATWA KONTEMPORARIOleh DATUK SERI DR. ZULKIFLI

MOHAMAD AL-BAKRI Mufti Wilayah Persekutuan

Dr. Ahmad Raysuni jadi rujukan pelaksanaan maqasid syariah

Kedua, hukum berkaitan

istihadah adalah berbeza dengan hukum ketika haid dan nifas. Orang yang didatangi istihadah tidak terhalang untuk melakukan solat, puasa dan semua ibadah yang memerlukan suci daripada hadas.”

Wanita istihadah boleh beriktikaf di masjid

10 — 16 JANUARI 2020 • WILAYAHKU

Page 15: Selamat Datang...bandar raya tersebut. BeritA PenUH Di MUKA 2 Penduduk bimbang kejadian berulang Langkah pertama eyya >8 >3 Selamat Datang ke Malaysia #VisitMalaysia2020 #VM2020 Atasi

MENDAPATI tahap kesedaran terhadap ancaman denggi dan langkah membasmin-

ya kurang dalam kalangan pelajar, Pertandingan dan Pameran Lukisan Kesedaran Denggi 2019 (Kuala Lumpur dan Selangor) diadakan di Galeri Seni Universiti Malaya, pada 30 November lalu.

Program tersebut merupakan usaha bersama Pusat Penyelidikan Biodiver-sity and Ecological Research Network, Universiti Malaya serta Persatuan Kaji-parasit dan Perubatan Tropika Malay-sia dengan penyertaan sekolah rendah dan menengah di Lembah Klang.

Ia bertujuan mewujudkan Malay-sia yang sihat dan bebas dari denggi melalui imaginasi serta kreativiti seni pelajar, kemudian disampaikan melalui karya seni kepada orang awam dengan cara yang lebih menarik.

Majlis yang dirasmikan Ketua, Bahagian Kawalan Penyakit, Sektor Penyakit Bawaan Vektor, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr. Rose Nani Mudin itu turut dihadiri pelajar, ibu bapa dan guru dari pelbagai sekolah di sekitar Lembah Klang.

Menurut Pengerusi program, Dr. Chen Chee Dhang, program tersebut dilaksanakan selepas beliau bersama pasukan penyelidikan mendapati 17.18 peratus pelajar siswazah tidak menge-tahui bagaimana denggi disebarkan manakala 23.54 peratus pula tidak menyedari denggi disebarkan oleh nyamuk dan 15.16 tidak mengetahui tentang gejala demam denggi.

“Kajian soal selidik itu dilakukan ke atas 900 pelajar siswazah di Lembah Klang pada tahun lalu.

“Kami telah meyediakan beberapa ‘soalan mudah dan asas’ dalam kajian soal selidik, serta menganggap bahawa pelajar siswazah dapat menjawabnya dengan betul.

“Walaupun pelajar siswazah yang menjawap dengan betul adalah lebih daripada 76 peratus, tetapi kami masih tidak berpuas hati dengan keputu-sannya,” katanya kepada Wilayahku baru-baru ini.

Jelas beliau, keputusan itu disebab-kan anak-anak muda yang berpendi-dikan tinggi tidak mempunyai kese-daran sepenuhnya terhadap ancaman penyakit demam denggi yang serius di negara kita.

Sehubungan itu, katanya, ber-landaskan objektif untuk mempro-mosikan kesedaran virus itu, Program Kesedaran Denggi amat diperlukan terutama dalam kalangan pelajar.

“Pertandingan lukisan merupakan satu usaha untuk menggalakkan kese-daran denggi buat kali pertama khusus di sekolah rendah dan menengah sekitar Lembah Klang, diikuti Pameran Kesedaran Denggi yang mana semua karya seni dari pemenang dipamerkan di Galeri Seni Universiti Malaya,” ujar-nya.

Dalam pada itu, Ketua Pusat Penyelidikan BEN, Profesor Dr. Rosli Ramli menyatakan, penyakit berjangk-it yang dibawa vektor nyamuk meru-pakan suatu kebimbangan kesihatan awam yang semakin meningkat dalam beberapa dekad kebelakangan ini.

Justeru ujar beliau, program seper-ti ini amat penting kerana ia terdiri daripada dua komponen utama iaitu pertandingan lukisan kesedaran yang bermula pada pertengahan Ogos

hingga pertengahan Oktober diikuti dengan pameran dari November hingga Februari 2020.

“Pertandingan ini berhasrat untuk menarik perhatian dan memupuk pelajar, guru serta ibu bapa supaya bersama-sama mengambil inisiatif dalam memperoleh maklumat tentang Aedes dan denggi demi menghasilkan karya seni.

“Pihak penganjur bersyukur kepada semua pihak yang memberi sokong-an kuat ke atas program ini dengan menghantar hampir 200 karya seni untuk pertandingan.

“Pameran karya seni bersama de-ngan pengetahuan saintifik akan ter-buka kepada orang awam selama tiga bulan dari 30 November 2019 hingga 29 Februari 2020, demi memanfaat-kan masyarakat kita secara luasnya,” jelasnya.

Terdahulu, pada majlis itu, seramai 36 orang pelajar telah dianugerah-kan sebagai pemenang pertandingan melukis yang mana 13 pelajar dari ka-

tegori sekolah rendah (Darjah 4 - 6), 10 pelajar dari sekolah menengah (Ting-katan 1 - 3) dan 13 pelajar dari sekolah menengah (Tingkatan 4 - 6).

Karya seni dari Aliya Damia Azmi, 11, dari Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 5 (1); Leong Tong Yan, 13, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Katholik, Selangor dan Go Jing Jie, 16, dari SMK Kepong, Kuala Lumpur telah dianugerahkan tempat pertama untuk kategori masing-masing.

Sementara itu, SMK Kepong, Kuala Lumpur dan SRJK (C) Sungai Way, Selangor telah dianugerahkan sebagai sekolah menengah dan sekolah rendah yang telah menyumbang paling ba-nyak karya seni yang cemerlang dalam program ini.

WK2ACARA l 15

Tingkat kesedaran cegah Tingkat kesedaran cegah denggi melalui karya senidenggi melalui karya seni

Oleh NAZWIN [email protected]

PEMENANG pertandingan lukisan bergambar bersama Rosli (enam dari kiri) dan Chee Dhang (lima dari kiri).

LUKISAN yang berjaya memenangi tempat pertama bagi kategori sekolah menengah (tingkatan 1-3).

LUKISAN yang berjaya memenangi tempat pertama bagi kategori sekolah rendah (darjah 4-6).

CHEE Dhang (tiga dari kiri) menunjukkan lukisan-lukisan yang diperoleh daripada penyertaan pelajar sekitar Lembah Klang kepada Rose Nani.

WILAYAHKU • 10 — 16 JANUARI 2020

Page 16: Selamat Datang...bandar raya tersebut. BeritA PenUH Di MUKA 2 Penduduk bimbang kejadian berulang Langkah pertama eyya >8 >3 Selamat Datang ke Malaysia #VisitMalaysia2020 #VM2020 Atasi

KETIKA era 90-an, irama rap pernah melalui zaman kegemilangannya di Malaysia yang mana ketika itu kumpulan rap popular tum-

buh bagai cendawan selepas hujan. Industri muzik diwarnai dengan nama-nama be-

sar seperti Nico, Kool, Feminin dan sebagainya. Pun begitu, seiring masa berlalu, irama ini masih lagi menjadi pujaan terutamanya golongan remaja.

Kini, penyanyi remaja, Young Khalifa (YK), 25, pula cuba untuk menembusi irama rap dengan harapan lebih mudah untuk menyampaikan mesej kepada ma-syarakat terutamanya remaja di luar sana.

“Irama ini lebih mudah didekati dalam kalangan orang muda kerana itu saya be-rani dan yakin untuk bergerak kehadapan dengan muzik ini,” ujarnya.

Menurutnya lagi, berbeza dengan lagu rap yang dipopularkan oleh penyanyi antarabangsa, lirik serta bahasa lagu rap di Timur tidaklah sekasar luar negara.

“Itu perbezaan ketara yang dapat dilihat yang mana irama rap di negara ini sesuai dengan budaya timur yang berlapik. Kerana itu, ia mudah diterima oleh segenap lapisan umur,” ujarnya.

Yakin irama pilihannya itu mampu diterima umum, YK menyatakan dia jelas dengan pemilihan tersebut kerana yang paling utama baginya adalah ira-ma tersebut begitu dekat dengan jiwanya.

“Dalam industri muzik, se-tiap irama punya cabaran yang tersendiri namun semuanya terpulang kepada pendengar, saya yakin rap masih memiliki pengi-kut yang tersendiri,” ujarnya.

Menjadikan kumpulan rap popular Too Phat sebagai idolan-ya, menurut YK, dia dibesarkan dengan lagu-lagu kumpulan tersebut sekali gus menyuntik minatnya dalam irama itu.

“Mereka memberi saya inspirasi untuk menjadi penya-nyi rap terbaik selain daripada penyanyi antarabangsa Eminem dan Logic,” ujar artis kelahiran Singapura ini.

YK atau nama penuhnya Mu-hammad Iskandar Roswira baru sahaja melancarkan single ter-baharu berjudul Me Gusta (Aku Suka) untuk pasaran Malaysia.

“Ia menceritakan tentang seorang lelaki yang ingin cuba memikat seorang

wanita namun oleh sebab ego, lelaki tersebut tidak kisah sekiranya wanita yang diminatin-ya itu tidak suka terhadapnya. Lirik yang san-tai dan beat yang catchy itu pastinya memu-

kau pendengar di luar sana,” kata YK.Katanya lagi, selain daripada lagu

cinta, dia juga berhasrat untuk men-cipta lirik yang berunsurkan nasihat dan teguran buat golongan muda.

Mula dikenali melalui aplikasi Bigo LIVE sekitar tahun 2018, YK mula mendapat perhatian kera-

na sering berkongsi pelbagai topik berkenaan nyanyian

dan rap.“Pada tahun 2019,

saya diundang untuk beberapa persembahan seperti persembahan amal dan juga di Ba-zaar Geylang Serai, Singapura bermu-la saat itu saya

bergiat aktif untuk menyanyi,” ujarnya

yang bernaung di bawah syarikat rakaman Map Music

Sdn. Bhd.Pernah berkongsi satu pentas

bersama artis duo, Syamel dan Ernie Zakri untuk penutup tirai pertunjukan Singtel, YK sebe-lum ini pernah merakam single

di Singapura bertajuk Don’t Let Go dan juga pernah berkolabora-si bersama penyanyi Eriy Ryzale bertajuk Hatiku Panas.

Merupakan anak sulung da-ripada tiga orang adik-beradik, dia yang pernah menyertai program realiti, Asia’s Got Talent (AGT) di Singapura ini menganggap peluang berhar-ga muncul dalam program itu merupakan pengalaman indah buatnya.

“Saya juga banyak mem-perbaiki diri daripada komen-komen yang diperoleh daripa-da juri profesional sepanjang program tersebut berlangsung,” ujarnya.

WK2SELEBRITI16 l

“Dalam industri muzik, setiap irama punya

cabaran yang tersendiri namun semuanya terpulang kepada pendengar, saya yakin rap masih memiliki pengikut yang tersendiri.”

Oleh AINI [email protected]

YK ketengah rap timur

10 — 16 JANUARI 2020 • WILAYAHKU

Page 17: Selamat Datang...bandar raya tersebut. BeritA PenUH Di MUKA 2 Penduduk bimbang kejadian berulang Langkah pertama eyya >8 >3 Selamat Datang ke Malaysia #VisitMalaysia2020 #VM2020 Atasi

1710 - 16 JANUARI 2020

Oleh AINI [email protected]

PUTRAJAYA merupakan salah satu destinasi yang wajib diter-okai kerana keindahan seni bina

bangunannya. Dikenali dengan jolo-kan Bandar Dalam Taman, pasti anda sentiasa berasa tenang sepanjang berada di sini.

Justeru bagi anda yang sedang merancang percutian, penginapan di Pulse Grande Hotel merupakan satu pilihan yang tepat kerana bilik-bilik yang ditawarkan di sini begitu selesa selain menghadap pemandangan in-dah Putrajaya.

Terletak di lokasi strategik iaitu di pusat pentadbiran Persekutuan, hotel ini mempunyai 118 buah bilik tamu yang direka dengan gaya mewah untuk memenuhi kehendak pengun-jung.

Ternyata keselesaan yang diperoleh tiada tandingannya memandangkan tetamu dapat bersantai sambil menik-mati kedamaian hotel yang dikelilingi pepohon hijau yang dapat membang-

kitkan kesegaran. Terdapat pilihan bilik di sini antara-

nya Presidential Suite, Executive Suite, Deluxe Room dan sebagainya mengi-kut pilihan masing-masing. Bagi anda yang datang bersama kaum keluarga, Family Room turut disediakan.

Pulse Grande Hotel juga menye-diakan fasiliti seperti dewan untuk se-barang majlis seperti seminar, majlis perkahwinan dan sebagainya selain ruangan terbuka yang bergantung kepada cita rasa para pelanggan.

Bagi yang berhasrat mengadakan majlis perkahwinan, tukang masak profesional akan memastikan hida-ngan yang dipersembahkan sentiasa lazat dan menepati kehendak tetamu yang hadir meraikan majlis istimewa

anda. Di ruangan Palm Hill Cafe pula,

anda boleh menikmati secawan kopi seperti di restoran mewah manakala Azur Restaurant yang beroperasi dari pukul 12 tengah hari hingga 10 malam pula menyajikan hi-dangan Barat.

Anda juga boleh memanjakan diri di spa yang berdekorasikan keme-wahan dan bertaraf antarabangsa. Perawatan sempurna dari hujung rambut ke hujung kaki disediakan se-lain persekitaran yang eksklusif untuk wanita mahupun lelaki.

Usah risau, pakar terapi spa yang mahir akan membantu anda memilih rawatan yang disediakan antaranya perawatan wajah, skrub badan dan

banyak lagi. Pun begitu, digalakkan agar tempahan dilakukan lebih awal bagi mengelakkan kekecewaan.

SANTAI

INFO Pulse Grande Hotel

• Alamat: Pulse Grande Hotel, Taman Putra Perdana Presint 1, Putrajaya

• Telefon: 03-8887 8888• Instagram & Facebook:

Pulse Grande Hotel Putrajaya

ANEKA hidangan yang lazat boleh didapati di Palm Hill Cafe.

BILIK Presidential Suite penuh kemewahan.

Nikmati angin segar di Pulse Grande HotelBILIK yang sesuai buat ruangan untuk keluarga.

EXECUTIVE Suite

PREMIER Suite

SUASANA hotel diserikan dengan pepohon yang menghijau.

Page 18: Selamat Datang...bandar raya tersebut. BeritA PenUH Di MUKA 2 Penduduk bimbang kejadian berulang Langkah pertama eyya >8 >3 Selamat Datang ke Malaysia #VisitMalaysia2020 #VM2020 Atasi

18 10 - 16 JANUARI 2020

Oleh AZLAN [email protected] NAZIRUL ROSELAN

MASAKAN tom yam yang ber-asal dari negara jiran, Thailand kini sudah menjadi sebaha-

gian daripada sajian utama rakyat Ma-laysia.

Bahkan menu ini memang mudah didapati kerana banyak kedai dan gerai makan yang menyediakan hida-ngan ala-Thai dijual di negara ini.

Namun sebenarnya agar sukar untuk mencari kedai tom yam yang benar-benar menepati rasa sebenar masakan Siam tersebut.

Bagaimanapun, anda pasti tidak kecewa apabila berkunjung ke Resto-ran Maluri Tom Yam, milik pasangan suami isteri, Roazwan Zaibidi, 36 dan Putri Nurul Balqis Ahmad Zali, 38, di Taman Maluri ini.

Kehadiran ramai pelanggan yang memenuhi ruang di restoran tersebut sudah memberikan gambaran awal bahawa mutu masakan di premis hi-dangan ala-Thai itu menepati selera mereka.

“Restoran ini mula dibuka pada November 2017 dengan berkonsep-kan kafe moden dan semi-hipster. Ia menjadi tumpuan pelanggan yang sebahagian besar merupakan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) di seki-tar kawasan ini.

“Selain itu, restoran ini juga men-jadi pilihan penduduk berhampiran menjamu selera kerana tukang ma-sak yang disediakan di sini diimport khas dari Patani yang terkenal dengan kemahiran menyajikan masakan ala-Thai yang lazat,” kata Roazwan kepada

Wilayahku baru-baru ini.Kata Roazwan, antara menu yang

wajib dicuba oleh para pelanggan adalah Tom Yam Pok Tek, gabungan ketam, ayam, udang, ikan siakap dan sotong yang dicampur ke dalam tom yam.

Apa yang dapat dirasakan kelainan tom yam di sini ialah pada kuahnya yang pekat dan aromanya harum.

Selain itu, di restoran itu juga, ter-dapat pelbagai jenis menu yang ber-asaskan ikan seperti ikan siakap, ikan kembung.

‘’Menu yang sering menjadi pili-han pelanggan adalah masak tiga rasa, siakap stim limau, siakap lapr-ik dan pelbagai lagi,’’ katanya.

Tambah Roazwan, harga kes-emua menu berasaskan ikan ada-lah mengikut harga pasaran dan tidak menyediakan ikan yang agak ‘mahal’ seperti kerapu kerana per-mintaan kurang.

“Namun ada dalam kalangan

pelanggan tetap membawa ikan sendiri dan mengupah kami untuk memasak mengikut menu yang ada ditawarkan di sini,” katanya.

Kata Roazwan, salah satu menu unik yang terdapat di sini adalah ben-di goreng belacan, brokoli udang, tom yam sardin, pakapau ayam dan kerabu sotong.

“Menu seperti ini sering dipesan oleh pelanggan kerana rasanya yang unik,’’ katanya yang turut menye-diakan menu berasaskan sayur.

Ujar Roazwan lagi, seiring dengan kepesatan penggunaan teknologi, pi-haknya turut menyediakan khidmat penghantaran menggunakan aplikasi telefon pintar.

“Kami menggunakan khidmat Grab Food dan juga Food Panda de-ngan menerima kira-kira 180 tempa-han setiap hari,” katanya.

Roazwan berkata, restorannya boleh menempatkan 120 pelanggan dalam satu-satu masa itu dan mem-berikan potongan harga sebanyak 10 peratus kepada golongan pelajar.

“Mereka hanya perlu menunjukkan kad pelajar dan seterusnya layak me-nerima potongan tersebut,” katanya.

MAKAN DI SINI

INFO Restoran Maluri Tomyam

• Lokasi: No. 52, Jalan Jejaka 9, Taman Maluri, Kuala Lumpur

• Tel: 03-2389 0719/ 012-468 4846/019-384 4846

• Instagram: @MaluriTomYam

• Facebook: Restaurant Maluri Tomyam

Hendak rasa masakan asli Siam, jom ke Maluri Tomyam

HIDANGAN tom yam poktek sering mendapat permintaan menggalakkan daripada pelanggan.

‘Follow’ Instagram @wilayahku_rasmi dan ‘like’ Facebook @ wilayahkurasmi19 bagi setiap hidangan malam di Restoran Maluri Tomyam.

Tawaran sah sehingga 16 Januari 2020 dengan membawa keratan akhbar ini.

SEKUMPULAN pelajar IPT menjadikan restoran ini sebagai tempat wajib untuk menjamu seleraRESTORAN Maluri Tomyam

ROAZWAN dan isterinya, Putri Nurul Balqis menunjukkan hidangan yang dijual di restoran mereka.

KANGKONG belacan

IKAN siakap 3 rasa

TELUR bistik

Page 19: Selamat Datang...bandar raya tersebut. BeritA PenUH Di MUKA 2 Penduduk bimbang kejadian berulang Langkah pertama eyya >8 >3 Selamat Datang ke Malaysia #VisitMalaysia2020 #VM2020 Atasi

19BIZ

Enam teras menjadi tumpuan jadi bank yang mapan

Pelan induk Bank Rakyat 2025 KUALA LUMPUR – Bank

Rakyat Malaysia Bhd. mengenal pasti enam

teras sebagai kunci kepada perjalanan baharu dalam merealisasikan aspirasi Bank Rakyat 2025 (BR25) untuk muncul sebagai sebuah bank yang mapan.

Pengerusinya, Datuk Nori­pah Kamso berkata, BR25 bertujuan untuk meng­integrasikan kemakmuran dan digitalisasi dengan visi, misi serta identiti baharu ini akan dapat dicapai menerusi enam teras yang telah dike­nal pasti.

Beliau berkata, teras yang telah dikenal pasti termasuk digitalisasi, pengalaman pe­langgan yang hebat, modal insan, pusat nilai penciptaan perusahaan kecil dan seder­hana, kemapanan dan ke­

pimpinan syariah.“Komitmen Bank Rakyat

untuk menjadi bank yang mapan bukan untuk me­letakkan keuntungan sebe­lum kemajuan tetapi untuk memacu keuntungan den­gan menumpukan pada ke­wangan yang bertanggung­jawab.

“BR25 adalah pelan jangka panjang dengan tujuan yang ditetapkan untuk menjadikan Bank Rakyat relevan dalam menghadapi Perbankan 4.0 iaitu perbankan di mana­ma­na tetapi tidak di bank,” kata­nya ketika melancarkan per­jalanan baharu Bank Rakyat di sini baru­baru ini.

Majlis itu dirasmikan Men­teri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Yusof.

Noripah berkata, pelan itu mengambil kira landskap ke­

wangan bank yang pelbagai dengan mengintegrasikan lima teras iaitu pelanggan

dan ahli, digitalisasi dan anal­isis, kerjasama dan kerjasa­ma, pekerja dan kemapanan.

“Tumpuan utama perjala­nan baharu Bank Rakyat ada­lah untuk menyediakan bank dalam mendepani cabaran transformasi dan landskap kewangan Islam yang perlu disepadukan ke arus utama kewangan global,” katanya.

Sementara itu, Redzuan dalam ucapannya berkata, inisiatif ini akan menginte­grasikan kemapanan ke da­lam strategi perniagaan bank sejajar dengan dasar Wa­wasan Kemakmuran Bersama 2030.

“Matlamat kami adalah un­tuk membangunkan sistem perbankan Islam yang cekap, progresif dan komprehensif yang akan menyumbang ke­pada keseluruhan proses per­tumbuhan dan pembangu­nan untuk komuniti, negara dan dunia,” katanya.

MAS sumbang RM1 daripada jualan tiket bantu Australia

Kerjasama strategik bangunkan hab NxGV

KUALA LUMPUR – Ma­laysia Airlines (MAS) bersa­ma­sama dengan syarikat lain di bawah Kumpulan Pe­nerbangan Malaysia (MAG) berjanji untuk menyum­bang RM1 daripada jualan tiket sebagai menyokong usaha pemulihan untuk rakyat Australia yang terjejas akibat kebakaran hutan.

Ketua Pegawai Ekseku­tif Kumpulan MAG, Kapten Izham Ismail berkata beliau bimbang dengan kebakaran yang telah merosakkan ban­yak bahagian Australia, se­hingga memaksa beberapa kawasan telah diisytiharkan darurat.

“Malaysia Airlines adalah syarikat global yang berop­erasi di 20 negara di seluruh dunia. Australia sentiasa dekat dengan hati kita, dan kami juga menghantar tena­ga tempatan untuk menjal­ani latihan teknikal dan lati­han jurulatih terawal di sana.

“Kami akan menyum­bangkan RM1 daripada jua­lan tiket setiap penumpang

itu bagi bulan Januari 2020.” katanya dalam satu kenyata­an baru­baru ini.

Kata kenyataan itu lagi, pihak syarikat juga beker­jasama dengan Agensi Pen­gurusan Bantuan Bencana Kebangsaan (NADMA) Ma­laysia untuk menerbang­kan sukarelawan sekiranya diperlukan oleh kerajaan Australia.

“Disebabkan oleh ke­adaan itu, MAS telah me­mutuskan untuk membuat sumbangan kewangan se­lain menyokong NADMA dalam membantu mereka bagi pihak negara.

“Kami juga telah ber­hubung dengan Suruhan­jaya Tinggi Australia di Ma­laysia untuk menyalurkan kutipan ke arah perlindun­gan hidupan liar, dana ke­bajikan dan Palang Merah, organisasi utama yang men­guruskan keadaan di sana,” katanya.

CYBERJAYA – Institut Auto­motif, Robotik dan IoT Malay­sia (MARii), Pusat Teknologi dan Penyelidikan Automotif China (CATARC), DRB­Hicom Bhd. dan Proton Holdings Bhd. membentuk kerjasama strate­gik untuk membangunkan hab kenderaan generasi akan datang (NxGV) di negara dan rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Datuk Madani Sahari berkata, pihak terbabit akan memberi tumpuan kepada pembangunan kemudahan pengujian NxGV di Malaysia yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara.

“MARii dan CATARC akan memberi tumpuan kepada pemindahan pengetahuan dan kepakaran, piawaian teknikal dan pembinaan kemudahan di pusat ujian untuk menubuhkan pusat ujian NxGV sepenuhnya di Malaysia bagi meningkatkan keupayaan domestik dalam pembangunan dan pengujian NxGV di ASEAN.

“Kita tidak mempunyai

kemudahan pengujian penuh di sini. Kita telah mula bina sebuah tetapi ia belum leng­kap. Justeru kerjasama ini akan membolehkan kita meleng­kapkan kemudahan penguji­an di Malaysia menjelang 2023 dengan bantuan CATARC,” katanya setelah majlis menan­datangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara pihak­pihak tersebut baru­ba­ru ini.

Hadir sama Pengarah Uru­

san DRB­HICOM dan Pengerusi PROTON, Datuk Seri Syed Fais­al Albar Syed Ali Rethza Albar.

Sementara itu, Pengurus Besar CATARC, Zhou Hua ber­kata, kerjasama ini juga akan membuka kunci akses kepada pasaran ASEAN.

“Kepakaran perniagaan kami terutamanya dari segi ujian dan pensijilan boleh dikongsi dengan industri au­tomotif Malaysia dan ASEAN pada masa hadapan,” katanya.

REDZUAN (dua dari kanan) merasmikan program perjalanan baharu Bank Rakyat di Kuala Lumpur baru-baru ini.

MADANI (dua dari kanan) bergambar bersama Zhou Hua (paling kanan) dan juga wakil dari DRB-Hicom dan Proton selepas majlis menandatangani MoU di Cyberjaya baru-baru ini

10 - 16 JANUARI 2020

Page 20: Selamat Datang...bandar raya tersebut. BeritA PenUH Di MUKA 2 Penduduk bimbang kejadian berulang Langkah pertama eyya >8 >3 Selamat Datang ke Malaysia #VisitMalaysia2020 #VM2020 Atasi

AKTIF. Kejohanan Sukan Tiga Penjuru 2019 yang dianjurkan Labuan FSA telah berlangsung dengan jayanya membabitkan lima acara sukan bertempat di Sekolah Antarabangsa Labuan, Labuan baru­baru ini.

Kejohanan yang melibatkan sukan bola jaring, bola keranjang, ping pong, scrabble dan renang itu disertai seramai 105 atlet dari kontinjen Labuan FSA, Bank Negara Malaysia Kota Kinabalu dan Financial Park (Labuan).

Objektif utama bagi program ini adalah untuk merapatkan hubungan dan kerjasama di antara ketiga­tiga organisasi tersebut selain meningkatkan

tahap kesihatan fizikal dan mental para peserta dan memupuk semangat kesukanan yang tinggi.

Pada kejohanan itu, Labuan FSA muncul sebagai juara keseluruhan kejohanan tiga

penjuru itu dan bendera kejohanan diserahkan kepada FPL yang bakal menjadi tuan rumah acara itu pada tahun 2020.

Majlis penutup kejohanan itu telah disempurnakan Ketua Pengarah Labuan FSA, Danial Mah. Hadir sama Ketua Kontinjen LFSA, Pooi Jun Jin; Valerie Thomas Miji (BNMKK) dan Subramaniam Muniandy (FPL).

20 KOMUNITI

60 kanak-kanak sertai Kem Ibadah dan RiadahILMU. Pertubuhan Peduli Anak Putrajaya (PPAP) mengadakan program Kem Ibadah dan Riadah (KIDRIA) 2019 yang berlangsung selama 14 hari di Sekolah Rendah Agama Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya baru­baru ini.

Pengarah program, Ahmad

Saifullah yang juga Pengerusi PPAP berkata, program yang berlangsung selama 14 hari bersempena cuti persekolahan akhir tahun lalu itu berteraskan tahsin iaitu pembaikan ilmu pembacaan al­Quran dan ilmu ibadah yang lain.

‘’Program ini menekankan

mengenai fardu ain dan aktiviti sukan sunnah untuk membentuk anak­anak qariah menjadi insan yang jiwanya cinta kepada al­Quran serta menjadikan mereka generasi bernadikan al­Quran dan Sunnah,’’ katanya.

Ahmad Saifullah berkata,

seramai 60 peserta kem yang dibimbing oleh 10 fasilitator mengikuti pelbagai pengisian antaranya latihan asas renang, sembelihan, memanah, pengenalan kepada pengurusan jenazah, hafazan ayat­ayat lazim al­quran dan pemantapan asas fardu ain seperti wuduk,

tayamum serta solat. Majlis penutup kem itu

disempurnakan Anggota Perbadanan Putrajaya, Zaharuddin Saidon. Hadir sama Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Rohana Kamarudin.

P EMBACA Wilayahku boleh kongsikan foto-fo-to dan aktiviti menarik untuk siaran ruangan

ini. Hantarkan e-emel foto berserta keterangan mengenai aktiviti atau program tersebut ke-pada kami di [email protected].

Lampirkan juga nama pengirim dan nombor telefon untuk dihubungi sekiranya perlu.

komuniti

JUARA. Pasukan beregu, Jangan Ke Laut berada di dalam kelas tersendiri apabila berjaya merangkul kejuaraan edisi pertama Pertandingan Badminton Semi Veteran Tertutup Qariah Surau An Nur Falah di HBC Court, Kepong, Kuala Lumpur baru­baru ini.

Beregu yang diwakili Khasmardi dan Ismail berjaya menjinakkan beregu Bisa Otai, Sarjan Rahim dan Hamid.

Pasangan beregu itu terpaksa berhempas­pulas untuk menewaskan Bisa Otai dengan straight set yang berlangsung selama 30 minit. Kemenangan ini menyaksikan mereka membawa pulang hadiah utama berupa

piala pusingan, medal barangan sukan badminton dan hamper.

Menurut Pengerusi Surau An Nur Falah, Mohamed Zulfiqar Mohamed Noor, pertandingan badminton itu dianjurkan bagi mengeratkan ikatan silaturahim sesama anggota kariah Taman Permata Fadason.

‘’Tidak menyangka edisi pertama ini mendapat sambutan dengan lapan pasukan bertanding,’’ katanya.

Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan Timbalan Ketua Imam Masjid Abu Hurairah, Afiq Hamzah yang mewakili Pengerusi masjid tersebut.

Beregu Jangan Ke Laut juara badminton

DANIAL (tengah) menyampaikan piala kemenangan kepada kontinjen Labuan FSA yang muncul juara Kejohanan Sukan Tiga Penjuru 2019 di Sekolah Antarabangsa Labuan baru-baru ini.

Labuan FSA muncul johan sukan tiga penjuru

PASUKAN Jangan Ke Laut bergambar selepas menjuarai Pertandingan Badminton Semi Veteran Surau An Nur Falah di HBC Court, Kepong baru-baru ini.

ZAHARUDDIN (tengah) bergambar bersama peserta KIDRIA 2019 selepas merasmikan majlis penutup kem ibadah berkenaan di Sekolah Rendah Agama Mahmoodiah, Presint 18, Putrajaya baru-baru ini.

10 - 16 JANUARI 2020

Page 21: Selamat Datang...bandar raya tersebut. BeritA PenUH Di MUKA 2 Penduduk bimbang kejadian berulang Langkah pertama eyya >8 >3 Selamat Datang ke Malaysia #VisitMalaysia2020 #VM2020 Atasi

Oleh MD KHAIRUL AZAD YUNUS dan JEFFREY NIAN

LABUAN – Lebih 100 aca­ra bakal memeriahkan pengisian kempen Ta­

hun Melawat Malaysia 2020 (MM2020) di Wilayah Perse­kutuan Labuan.

Ketua Pegawai Ekseku­tif Perbadanan Labuan (PL), Dr. Fary Akmal Osman, PL dengan kerjasama Kement­erian Pelancongan, Seni dan Budaya, Pusat Penerangan Pelancongan Labuan, agen­si­agensi kerajaan dan swasta akan membuat penambah­baikan dalam tiga aspek bagi acara­acara yang bakal di­jalankan sepanjang MM2020.

“Kita akan menambah baik dan menganjurkan acara­aca­ra baharu berimpak tinggi dan bertaraf antarabangsa

antaranya Pertandingan Jo­ran Antarabangsa, Festival Layang­Layang, Pertandin­gan Golf bagi menarik lebih ramai pelancong ke Labuan.

“Kita juga bangunkan pro­duk­produk pelancongan baharu seperti sembilan ka­wasan geopark yang sudah dikenal pasti selain menjadi­kan Labuan sebagai hab bagi penggemar aktiviti menyelam di Pulau Layang­Layang dan lima kawasan kapal karam di perairan Labuan.

“PL juga akan mengadakan perbincangan dengan syari­kat penerbangan luar bagi mengenal pasti kekangan un­tuk membawa penerba ngan antarabangsa sekali gus pe­lancong luar ke Labuan,” kata­nya ketika ditemui selepas menyambut ketibaan pelan­cong di Lapangan Terbang

Antarabangsa Labuan dan Terminal Feri Antarabangsa Labuan baru­baru ini.

Tambahnya, selain sembi­lan acara utama, Labuan juga akan menerima kunjungan

duta­duta asing pada Mac depan untuk memperkenal selain menarik pelaburan ke pulau itu.

“Kita akan menekankan aspek publisiti bagi mempro­

mosikan acara­acara yang be­sar seperti Hari Wilayah, Caba­ran Sukan Laut Antarabangsa Labuan (LISC) dan 60 acara sukan pelancongan sekali gus memberi impak ekonomi ba­haru Labuan,” katanya.

Pada majlis tersebut, kum­pulan pertama pelancong yang tiba di Labuan disambut dengan persembahan kebu­dayaan yang terdiri daripada tarian dan muzik tradisional tempatan seperti kulintangan serta diberikan cenderahati dan kalendar acara pelancon­gan Labuan 2020.

Turut hadir Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli; Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad dan Pengurus Pusat Penerangan Pelancon­gan Labuan, Nor Hidayah Mohd. Nor.

LABUAN – Seramai tujuh orang mangsa banjir di Uni­versiti Malaysia Sabah Kam­pus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) termasuk tiga buah kampung berdeka­tan menerima sumban­gan wang ehsan bencana di bawah Inisiatif Wilayah Peduli Kementerian Wilayah Persekutuan.

Seorang penerima, Er­man Muhd Kadrih yang juga kakitangan UMSKAL berkata, sumbangan yang diterima itu dapat mengu­rangkan sedikit beban eko­ran banyak barang­barang yang perlu ditukar.

“Banjir kali ini agak teruk berbanding tahun­tahun sebelum ini. Kali ini air naik sehingga ke paras ping­gang.

“Nasib baik kuarters yang didiami ini dua ting­kat, banyak barang utama dapat diselamatkan seperti mesin basuh dan peti ais,’’ katanya ketika dihubungi Wilayahku baru­baru ini.

Kata Erwan, bantuan yang diterimanya merupa­kan tanda keprihatinan PL.

Sementara itu, Ketua

Pegawai Eksekutif Perbad­anan Labuan (PL) Dr. Fary Akmal Osman berkata, pi­haknya akan terus mem­bantu menangani masalah banjir di UMS Labuan dan beberapa kampung yang terlibat dengan bantuan agensi kerajaan yang lain.

“PL juga bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran Labuan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk sekitar apabila tiba musim hujan,” katanya.

Beliau turut menyam­paikan sumbangan kepada penduduk kampung yang terjejas banjir di Kampung Rancha­Rancha dan Kam­pung Sungai Miri.

Turut hadir Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Sosio Ekonomi PL, Salmah Beddu.

Pada 24 Disember lalu, kira­kira lapan buah rumah kakitangan UMSKAL dan kampung berdekatan telah ditenggelami air ‘banjir ter­menung’.

21KHABAR LABUAN

PL beri sumbangan mangsa banjir staf UMSKAL

Labuan rangka 100 acara sempena Tahun Melawat Malaysia 2020

Sedia terima kedatangan pelancong

FARY (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada kakitangan UMSKAL yang terjejas akibat banjir di Wisma Perbadanan Labuan baru-baru ini. Turut kelihatan Salmah (dua dari kiri).

10 individu dikompaun merokok di kedai makanLABUAN – 10 notis kesala­han telah dikeluarkan kepa­da individu yang gagal me­matuhi larangan merokok di tempat makan dengan nilai kompaun RM250 bagi setiap notis.

Pengarah Jabatan Kesiha­tan Labuan, Dr. Ismuni Bohari berkata, sejumlah 144 pre­mis tempat makan diperiksa menerusi penguatkuasaan larangan merokok di tempat makan pada 1 hingga 4 Jan­uari lalu.

“Notis dikeluarkan di bawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan­Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 pin­daan 2018.

“Tiada notis kesalahan dikeluarkan dalam kalangan orang belum dewasa dan menghisap rokok elektronik dan vape serta shisha.

“Begitu juga dengan tuan punya premis tidak ada notis dikeluarkan bagi kesalahan

gagal mempamerkan tanda larangan merokok dan kes­alahan kerana menyediakan kemudahan merokok,” katan­ya dalam satu kenyataan ba­ru­baru ini.

Katanya, sepanjang ta­hun 2019, sebanyak 567 no­tis kesalahan dikeluarkan di lain­lain premis larangan merokok iaitu 507 kesalahan merokok di kawasan laran­gan merokok, 56 orang be­lum dewasa memiliki hasil tembakau dan empat kesala­han menjual hasil tembakau kepada orang belum dewasa dengan nilai kompaun se­banyak RM131,100.

Katanya, pada 4 Januari lalu, Jabatan Kesihatan La­buan menjalankan operasi penguatkuasaan melibatkan peraturan larangan merokok di premis makanan dan pe­meriksaan kebersihan dan keselamatan makanan di bawah Akta Makanan 1983 .

FARY (tengah) bersama Rozman (tiga dari kanan) menyambut kedatangan pelancongan asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Labuan baru-baru ini.

10 - 16 JANUARI 2020

Page 22: Selamat Datang...bandar raya tersebut. BeritA PenUH Di MUKA 2 Penduduk bimbang kejadian berulang Langkah pertama eyya >8 >3 Selamat Datang ke Malaysia #VisitMalaysia2020 #VM2020 Atasi

BANGSAR – Pendatang baru Liga Hoki Wanita 2020, Hock­ademy KL laung amaran awal sebagai pencabar kejuaraan Liga Hoki Wanita apabila menyambar enam pemain wanita kebangsaan selain berjaya mengikat beberapa pemain import dari Australia dan India.

Enam pemain wanita ke­bangsaan yang berjaya diikat pasukan yang berpangkalan di Bangsar itu ialah Hanis Na­diah Onn, Fatin Syafika Mohd Sukri, Nuramirah Syakirah Zu­lkifli, Wan Norfaiezah Saitui, Kirandeep Kaur dan Nuraini Abd Rashid.

Penyerang ba­haru Hocka demy KL, Hanis Nadiah Onn yang mer­upakan penjar­ing terbanyak liga pada musim le­pas turut menanam hasrat mengekalkan gelaran penjar­ing terbanyak bagi dua mu­sim berturut­turut.

“Walaupun muncul pen­jaring terbanyak musim lalu bersama UNITEN, saya gagal membantu UNITEN mem­pertahankan gelaran pada musim terdahulu.

“Untuk musim ini, saya in­gin merasai bermain dengan

pasukan baru dan ingin menjaringkan banyak gol seka­li gus membantu Hockademy KL menang satu dar­ipada dua gelaran pada musim kali ini,” katanya.

Sementara itu, menurut Ketua Jurulatih Hockade­my KL, Iman Gopinathan, objektif utama pasukannya menyambar beberapa pe­main berkualiti termasuk pemain import adalah untuk menyuntik impak kepada pembangunan sukan hoki yang sedang pesat dilakukan untuk Kuala Lumpur.

“Kehadiran pemain­pe­

main ini jelas menunjukkan kita mempunyai pemain yang cukup bagus dan kita mahu pastikan Hockademy KL dapat membawa impak dalam musim pertama kami.

Dengan matlamat kelab yang jelas dalam memba­ngunkan pemain remaja di Kuala Lumpur, kita kena buk­tikan kita benar­benar serius bangunkan sukan hoki di negeri ini,” katanya.

Pasukan Hockademy KL akan bersaing dengan lima lagi pasukan iaitu Blue War­riors, PKS­UNITEN, Mutiara Impian­MSSPP­PSHA, Sabah dan juara bertahan, Pasu­kan Hoki Wanita Terengganu (TLHT).

Oleh MUHAMAD [email protected]

KUALA LUMPUR – Wen­dy Ng Yan Yee dan Nur Dhabitah Sabri mem­

punyai masa berbaki empat bulan sebelum menyertai Kejohan­an Piala Dunia Terjun di Tokyo yang men­jadi medan terakhir kelayakan penerjun ke Olimpik 2020 yang akan berlangsung di Tokyo, Jepun.

Wendy sudah pun melayak­kan diri dalam acara tiga me­ter papan anjal individu yang diraih pada bula Julai tahun lalu menerusi Kejohanan Ter­jun Dunia di Gwanju, Korea

Selatan.Ini merupakan penampi­

lan ketiga penerjun kelahiran Kuala Lumpur ini di Sukan Olimpik dan kini memburu slot bersama Nur Dhabitah

dalam acara seirama.Wendy berkata,

buat masa ini dia dan Dhabitah masih lagi berlatih dengan hara­pan dapat melayakkan diri dalam acara tiga meter papan anjal se­irama pula.

“Saya berharap penampi­lan kali ketiga ini memberi tuah untuk menduduki tem­pat terbaik dan juga mara da­lam acaram seirama buat kali pertama bersama Dhabitah.

“Apapun diharap penampi­

lan kali ketiga ini memberi tuah kepada saya untuk menduduki tempat terbaik dan seterusnya mara dalam

acara seirama buat kali per­tama bersamanya,” ujar Wen­dy.

Pun begitu, menurutnya

lagi, Olimpik kali ini amat istimewa bagi dirinya kera­na ia merupakan penampi­lan ketiganya pada temasya berprestij tersebut.

Selain Wendy, beberapa penerjun negara juga telah melayakkan diri mereka ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo antaranya, Pandalela Rinong bersama Leong Mun Yee bagi acara 10 meter platform seirama dan acara individu.

Sebagai rekod, penerjun berusia 27 tahun ini per­nah menyertai tiga Sukan Olimpik iaitu Sukan Olimpik 2012 di London, England (penyertaan), Sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil (tempat ke­10) dan layak ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

22 SUKAN

Idam slot kedua ke Olimpik 2020

Hockademy KL sambar enam pemain kebangsaan

Wendy harap tuah dalam penampilan terakhir

WENDY gigih berlatih demi penampilan terbaik.

12 atlet PDRM terima insentifIKTIRAF. Sebanyak 12 atlet Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menerima insentif selepas berjaya memenangi pingat dalam tujuh acara pada temasya Sukan SEA di Manila, Filipina baru­baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, lima atlet yang memenangi pingat emas menerima insentif sebanyak RM2,000 manakala tiga perak dan empat gangsa masing­masing menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1,500 serta RM1,000.

Selain itu katanya, dua anggota PDRM turut berjaya

mengharumkan nama pasukan itu selepas terpilih sebagai pegawai teknikal tinju dan jurulatih penjaga gol bola sepak wanita dalam temasya tersebut.

“Sebanyak 24 daripada 773 atlet yang mewakili negara adalah anggota PDRM dengan diwakili empat pegawai serta 20 anggota.

“Mereka bertanding dalam sepuluh acara sukan antaranya lumba basikal, silat, menembak, sepak takraw dan sukan air,” katanya dalam ucapan Majlis Meraikan Atlet PDRM Sukan SEA baru­baru ini.

ATLET PDRM bergambar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor (depan, lima dari kiri) dan Chef de Mission Malaysia ke Sukan SEA 2019, Datuk Megat Zulkarnain Omardin (depan, empat dari kanan).

HANIS Nadiah Onn (kiri) bakal beraksi bersama Hockademy KL.

10 - 16 JANUARI 2020

Page 23: Selamat Datang...bandar raya tersebut. BeritA PenUH Di MUKA 2 Penduduk bimbang kejadian berulang Langkah pertama eyya >8 >3 Selamat Datang ke Malaysia #VisitMalaysia2020 #VM2020 Atasi

Oleh AINI [email protected] NAZIRUL ROSELAN

“SAYA ingin gunakan usia muda ini un­tuk mempelajari

selok­belok dunia hoki dengan sebaik­baiknya,” ujar pemain pertahan­an pasukan hoki Wilayah Persekutuan, Nursyaqirah Kassim.

Berusia 21 tahun, dia mengakui masih banyak lagi ranjau perjalanan yang perlu ditempuhi se­belum menjadi pemain hoki terbaik seperti yang dicita­citakannya sejak kecil.

“Saya sentiasa meman­dang jauh kehadapan dan tidak penat memperbaiki kelemahan setiap kali sele­pas perlawanan agar ia tidak kembali berulang.

“Paling penting bagi saya adalah tidak mudah menye­rah kalah dan sentiasa op­timis dalam mengejar apa yang diidamkan,” ujar pe­main kelahiran Sri Petaling, Kuala Lumpur ini.

Bakal beraksi dalam Su­kan Malaysia 2020 (Sukma 2020) bermula Julai ini di Johor, Nursyaqirah komited dengan latihan yang dijalani lima kali seminggu.

“Biarpun masih banyak

lagi masa, namun, itu bukan alasan untuk tidak berlatih. Ini kerana, kami tidak diga­lakkan untuk membuat per­sediaan pada saat­saat akhir.

“Saya ingin menebus kekecewaan pada

tahun lalu yang m a n a

k a m i

hanya berada pada tempat ketiga sahaja. Itu yang mem­buatkan saya tidak senang duduk,” ujarnya.

Selain itu, dia kini sedang melakukan persiapan untuk Kejohanan TNB Liga Hoki Malaysia 2020 yang akan berlangsung pada hujung minggu ini.

“Alhamdulillah semua per­siapan berjalan lancar dan saya bermain untuk pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” ujarnya yang mula terlibat dalam sukan hoki ketika be­rada di sekolah rendah lagi.

Tidak hanya berdiam diri, pemain yang tangkas ketika beraksi ini juga merupakan jurulatih kepada pelajar Se­kolah Menengah Perempuan Methodist, Kuala Lumpur.

“Saya diberi kepercayaan untuk mempersiapkan me­reka yang bakal menyertai kejohanan antara zon. Seku­rang­kurangnya mereka yang berminat dalam sukan hoki ini tahu hala tuju.

“Sejujurnya ia merupakan satu penghargaan bagi saya. Besar harapan agar mere­ka menjadi pemain pelapis suatu hari nanti,” ujar atlet serba boleh ini.

Karier utamaBukan sekadar hobi,

Nursyaqirah melihat sukan

hoki sebagai karier utama­nya pada masa ini. Malah menurutnya, jika tidak lagi bergelar pemain, dia bermi­nat untuk menjadi jurulatih.

“Saya menjadikan kapten skuad hoki wanita negara, Siti Noor Amarina Ruhani se­bagai idola saya. Ini kerana, dia juga bermain di posisi yang sama iaitu pertahanan.

“Pada pandangan peri­badi saya, rentak permainan dia merupakan perkara yang paling saya kagumi. Malah dia sentiasa berjaya mencip­ta sesuatu yang di luar jang­kaan,” ujarnya.

Anak bongsu daripada empat orang adik­beradik

ini juga turut melahirkan kesyukuran kerana ibu bapa­nya sentiasa menyokong apa yang dilakukan.

23SUKAN

Nursyaqirah jurulatih mudaSukan hoki karier utama, bukan sekadar hobi

Sukma Perak 2018 - Tempat KetigaPiala Razak 2018 - JohanKejohanan Piala TNB Liga Hoki Remaja Malaysia 2018 - Tempat KeduaLiga Hoki Wanita 2017 - Tempat KeduaSukma Sarawak 2016 - Tempat Ketiga

Pencapaian NursyaqirahInfo

Pesaka bariskan pesilat terbaik di Kejohanan Silat Dunia KUALA LUMPUR – Ber­baki tujuh bulan sebelum berlangsung nya Kejohanan Si­lat Dunia di Kuching, Sarawak, Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) akan memi­lih pasukan terbaik pesilat bagi mewakili negara dalam kejo­hanan tersebut.

Setiausaha Agung Pesaka, Datuk Megat Zulkarnain Omar­din turut menyatakan baha­wa Pesaka akan mengadakan perlawanan ujian pada setiap bulan bagi memastikan han­ya pesilat terbaik sahaja yang akan mewakili negara.

“Tiada ruang untuk tidak mempamerkan prestasi terbaik

kerana kita tuan rumah. Kami akan menilai prestasi atlet dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau turut memaklumkan PESAKA juga tidak akan ter­agak­agak menggugurkan ma­na­mana pesilat yand di lihat tidak berada dalam prestasi terbaik. Perkara ini telah dimak­lumkan kepada pengurusan pasukan dan juga pesilat neg­ara sedia maklum berkaitan hal ini, katanya.

Cabaran tersebut turut dis­ambut baik oleh pesilat­pesilat negara yang tidak gentar den­gan cabaran yang diberikan dan semakin bersemangat un­tuk membuktikan keupayaan

dan mempertahankan tempat masing­masing dalam kem negara.

“Setiap bulan akan ada per­lawanan, jadi saya rasa ia satu idea yang bagus. Ini untuk me­

mastikan kami sentiasa bera­da di landasan tepat sehingga Julai nanti,” kata pesilat wanita negara, Siti Rahmah Nasir.

Al­Jufferi Jamari, bekas juara dunia pula berkata, dia akan

kembali ke prestasi sebenar dalam tempoh tujuh bulan ini memandangkan kecederaan yang dialaminya tidak serius dan akan menebus kembali kekalahan pada tahun 2018.

Sebagai rekod, pada Kejo­hanan Silat Dunia 2018 yang berlangsung di Arena OCBC, Singapura menyaksikan Ma­laysia memperoleh tiga emas menerusi gandingan Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga dalam acara Silat Seni Regu Putra, Mohamad Hazmi Amzad dalam kelas Pute ra C (45­48kg) dan Siti Rahmah Nasir dalam kelas Puteri E (51­54kg).

SITI RAHMAH(kanan) sahut cabaran Pesaka.

NURSYAQIRAH (kiri) serius ketika sesi latihan.

NURSYAQIRAH

10 - 16 JANUARI 2020

Page 24: Selamat Datang...bandar raya tersebut. BeritA PenUH Di MUKA 2 Penduduk bimbang kejadian berulang Langkah pertama eyya >8 >3 Selamat Datang ke Malaysia #VisitMalaysia2020 #VM2020 Atasi

22 23

BIL. 53 10 - 16 JANUARI 2020

Nursyaqirah ingin tebus kekecewaan

Wendy idam slot kedua ke Olimpik 2020

Pesaka bariskan pesilat terbaik di Kejohanan Silat Dunia

TERPAKSA berpuas hati di tempat ketiga semasa temasya Sukan Malaysia (Sukma) dua

tahun lalu, kini pasukan hoki Wilayah Persekutuan bangkit dengan misi baharu untuk menjuarai kejohanan sama yang bakal berlangsung di Johor, Julai nanti.

Justeru, pemain pertahanannya, Nursyaqirah Kassim optimis memperbaiki kelemahan dan membentuk strategi baharu bagi mencapai cita-cita bersama pasukannya.

“Biarpun kejohanan Sukma masih jauh, namun, itu bukan alasan untuk tidak berlatih. Kami

juga tidak digalakkan untuk membuat persediaan pada saat-saat akhir.

“Saya ingin menebus kekecewaan pada tahun lalu yang mana kami hanya berada pada tempat ketiga sahaja,” ujarnya.

BERITA LANJUT DI MUKA 23

Pemain pertahanan hoki Wilayah Persekutuan mahu bangkit di Sukma 2020