sekapur sireh

1

Upload: mohd-safian

Post on 17-Jul-2015

306 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sekapur sireh

SEKAPUR SIRIH

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.Blog ini digarap khusus untuk menyempurnakan projek kerja kursus

KPD 3016 bagi Semester 1 ini.

Berkat kesabaran akhirnya kami berempat dapat menghasilkan hafazuma.blogspot.com yang mengandungi Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu bagi murid Tahun 3. Walaupun hasilnya tidak seindah dan selengkap penghasilan blogger yang mahir, namun kami berpuas hati kerana ini adalah hasil usaha kami sendiri. Bukan sahaja berjaya mengutip secebis pengalaman menghasilkan blog, namun tu-gasan ini menjadi suatu proses pembelajaran kepada kami berkenaan

teknologi maklumat. teknologi maklumat.

Tunjuk ajar serta panduan daripada pensyarah banyak membantu sehingga kami berjaya menghasilkan blog ini. Walaupun bersengkang mata, memerah otak serta berkorban waktu cuti persekolahan akhir tahun kami untuk menghasilkan blog yang terbaik, namun kami

tidak kesal mengharunginya.

Semoga segala maklumat yang kami paparkan melalui blog ini akan menjadi suatu bahan atau sumber rujukan yang berguna terutaman-ya kepada guru yang kekurangan idea dalam membentuk proses pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Jika ada kekurangan, kami berempat memohon kemaafan kerana kami hanyalah seumpa-

ma budak-budak yang baru belajar.Sekian, terima kasih.