sejarah perkembangan komputer · sejarah perkembangan komputer komputer merupakan salah satu alat...

20
Sejarah perkembangan komputer Komputer merupakan salah satu alat teknologi yang akan digunakan untuk merubah masa depan. Kesan penciptaan komputer tersebut dapat dirasai. Hal ini demikian kerana, penciptaannya telah membawa banyak perubahan kepada dunia. Komputer juga menjadi alat terpenting yang amat diperlukan di dalam dunia yang serba canggih ini. Komputer pertama yang dibina didunia ini dicipta oleh howard aiken dari university harvad. Ciptaan tersebut terhasil pada tahun 1944 dan dipanggil MARK I atau ASCC (automatic sequence kalkulator kawalan). Mark i merupakan mesin elektromekani yang dibina untuk mengira trajektori shell meriam. Bil Gambar Keterangan 1 Generasi pertama Tahun diperkenalkan : 1946-1959 Komponen utama : Lampu Tabung Keperluan : Alat Pendingin ( cepat panas) Kekurangan : - Penggunaan eletrik yang tinggi - Proses relatif lambat - Kapasiti data kecil Generasi kedua Tahun diperkenalkan : 1959-1965 Komponen utama : Transistor

Upload: others

Post on 14-Oct-2020

34 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah perkembangan komputer · Sejarah perkembangan komputer Komputer merupakan salah satu alat teknologi yang akan digunakan untuk merubah masa depan. Kesan penciptaan komputer

Sejarah perkembangan komputer

Komputer merupakan salah satu alat teknologi yang akan digunakan untuk merubah

masa depan. Kesan penciptaan komputer tersebut dapat dirasai. Hal ini demikian kerana,

penciptaannya telah membawa banyak perubahan kepada dunia. Komputer juga menjadi alat

terpenting yang amat diperlukan di dalam dunia yang serba canggih ini.

Komputer pertama yang dibina didunia ini dicipta oleh howard aiken dari university

harvad. Ciptaan tersebut terhasil pada tahun 1944 dan dipanggil MARK I atau ASCC

(automatic sequence kalkulator kawalan). Mark i merupakan mesin elektromekani yang

dibina untuk mengira trajektori shell meriam.

Bil Gambar Keterangan

1

Generasi pertama

Tahun diperkenalkan : 1946-1959

Komponen utama : Lampu Tabung

Keperluan : Alat Pendingin ( cepat panas)

Kekurangan :

- Penggunaan eletrik yang tinggi

- Proses relatif lambat

- Kapasiti data kecil

Generasi kedua

Tahun diperkenalkan : 1959-1965

Komponen utama : Transistor

Page 2: Sejarah perkembangan komputer · Sejarah perkembangan komputer Komputer merupakan salah satu alat teknologi yang akan digunakan untuk merubah masa depan. Kesan penciptaan komputer

Generasi ketiga

Tahun diperkenalkan : 1965-1970

Komponen utama : IC (integrated circuits)

Kelebihan :

- kapasiti lebih tinggi

Generasi keempat

Tahun diperkenalkan : 1970-1980-an

Ciptaan yang lebih kompleks dan terintigriti

Generasi kelima

Tahun diperkenalkan : 1980

Komputer pada zaman ini membolehkannya

menterjemah bahasa manusia (bercakap)

Kesan daripada perkembangan serta penciptaan komputer, kita dapat melihat banyak

perubahan yang telah berlaku. Komputer menjadi alat yang paling penting dengan dunia kita

pada hari ini. Hal ini demikian kerana, dengan menggunakan komputer kita dapat berhubung

serta berkomunikasi dengan dunia luar walaupun kita hanya menghadap komputer di dalam

bilik. Sejarah perkembangan komputer telah merubahn dunia teknologi. Penemuan terpenting

melalui perkembangan komputer ialah internet. Internet adalah alat yang penting untuk

membantu kita bagi mendapatkan maklumat.

Perkembangan telekomunikasi

Page 3: Sejarah perkembangan komputer · Sejarah perkembangan komputer Komputer merupakan salah satu alat teknologi yang akan digunakan untuk merubah masa depan. Kesan penciptaan komputer

Sejarah komunikasi manusia telah bermula sejak beribu-ribu tahun dahulu.

Telekomunikasi dikatakan bermula dengan lukisan di dinding gua, api, air dan asap sebagai

alat untuk berhubung di antara satu dengan yang lain.. telekomunikasi moden telah berubah

apabila muncul telegraf dan telefon. Telekomunikasi moden itu telah muncul pada tahun

1870-an. Sesetengah berpendapat bahawa telekomunikasi adalah alat elektronik untuk

berhubung dengan jarak jauh.

Sejarah telekomunikasi Malaysia bermula dengan kemunculan telegraf yang telah

digunakan bagi menghubungkan pejabat residen british ( kuala kangsar) dengan penolong

residen di pejabat majistert di matang, perak pada 16 april 1876.

Sejarah telekomunikasi telah tercatat pada tahun 1886 untuk menghubungkan diantara

kuala lumpur, Melaka dan singapura. Setelah perubahan berlaku dalam bidang ini,

kemunculan telefon telah diperkenalkan sekitar tahun 1891. Pada tahun 1895, 21 buah

telefon telah diperkenalkan bersama 400 batu talian.

Setelah Negara mencapai kemerdekaan, kerajaan Malaysia telah menggalakkan

program-program pembangunan dalam bidang telekomunikasi. Pada tahun 1963, Malaysia

telah menubuhkan bidang telekomunikasi di Malaysia. Rakyat di sabah dan Sarawak akan

berhubung di antara satu dengan yang lain dengan menggunakan gelombang mikro.

Pada tahun 1970-an, pembinaan stesen satelit telah membantu dalam penerokaan

bidang telekomunikasi. Sistem satelit di kuatna dengan dibangunkan dan dirasmikan pada 6

april 1970.

Stesen satelit kuantan adalah untuk menghubungkan satelit ruang angkasa lautan

hindi, INTELSAT 3, (Konsortium Satelit Telekomunikasi Antarabangsa) yang merentasi

Malaysia dengan India, Indonesia, United Kingdom, Jepun dan Australia. Kesan daripada

perkembangan bidang komunikasi telah membuka ruang kepada stesen radio dibangunkan.

Radio televisyen Malaysia (RTM) yang telah dibangunkan telah membantu rakyat Malaysia

untuk mengetahui serta mengalami detik bersejarah dalam pelancaran dan pendaratan kapal

angkasa Apollo di bulan.

Dasar telekomunikasi Negara (DTN) telah dilancarkan oleh YAB Dato' Seri Dr.

Mahathir Mohamad pada 17 mei 1994. Objektif penubuhan dasar tersebut adalah untuk

menyokong dalam pencapaian matlamat dasar pembangunan Negara. Dasar ini juga

Page 4: Sejarah perkembangan komputer · Sejarah perkembangan komputer Komputer merupakan salah satu alat teknologi yang akan digunakan untuk merubah masa depan. Kesan penciptaan komputer

bertujuan untuk mencapai matlamat wawasan 2020 kearah mewujudkan masyarakat

berpengetahuan dan bermaklumat.

Pada 1 april 1946, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan jabatan baru iaitu jabatan

telekom Malaysia dan telah diswastakan pada 1987. Satelit Asia Timur Malaysia,

(MEASAT-1) dilancarkan dengan menggunakan Arianes-4 pada 13 Januari 1996, dikuti

MEASAT-2 pada 13 November dan MEASAT-3 pada 12 Disember 2006. Kini Measat

Satellitte Systems Sdn. Bhd. (Measat), telah menjadikan industry komunikasi satelit asia

pasifik semakin berpotensi dari segi komersial.

Bidang telekomunikasi Malaysia telah banyak berkembang dan menyerlahkan lagi nama

Malaysia di mata dunia. Telekomunikasi amat penting dan mempengaruhi kehidupan rakyat.

Bidang telekomunikasi telah diberi penekanan oleh kerajaan Malaysia. Hal ini demikian

kerana bidang telekomunikasi amat penting dalam dunia yang semakin moden.

Perkembangan bidang telekomunikasi telah membantu kita untuk mencipta alat baru

iaitu radio. Radio telah membolehkan kita untuk berhibur dan mendapat info-info semasa

tentang dunia luar. Kesan daripada perkembangan bidang telekomunikasi juga telah

membantu kita untuk membina rangkaian telefon. Dengan menggunakan telefon, kita dapat

menghubungi orang yang kita ingin pada bila-bila masa dan walau di mana kita berada.

Page 5: Sejarah perkembangan komputer · Sejarah perkembangan komputer Komputer merupakan salah satu alat teknologi yang akan digunakan untuk merubah masa depan. Kesan penciptaan komputer

Sejarah perkembangan televisyen

Televisyen merupakan sejenis media telekomunikasi yang digunakan untuk menyiarkan

gambar yang bergerak sama ada hitam putih atau gambar berwarna. Televisyen akan

diiringan dengan audio untuk menjelaskan lagi fungsi sebenar televisyen. Televisyen

dikatakan berasal daripada perkataan bahasa greek “tele” (jauh) dan perkataan latin iaitu

“visio” (penglihatan).

Televisyen mula dijual di pasaran bermula pada tahun 1930-an. Fungsi utama

televisyen ialah sumber hiburan dan berita. Pada tahun 1970-an, pita video telah muncul

bersama cakera laser dan DVD yang kini dikenali sebagai Blu-ray. Televisyen akan

digunakan untuk menyiarkan pita-pita video tersebut.

Faks dan pantelegraf merupakan alat pertama yang digunakan untuk memancarkan

gambar yang boleh bergerak. Kedua-dua benda tersebut telah dimajukan pada abad ke-19.

Imej tersebut pada mulanya dilancarkan pada telefonoskop (gabungan gambar dan telefon)

Pada tahun 1880-an, Paul Gottlieb Nipkow telah menggunakan cakera pengimbas

untuk menghasilkan gambar yang boleh bergerak. Gambar bergerak dapat dihasilkan apabila

lubang cakera yang telah dijarakkan yang membolehkan cahaya menembusi pengesan buatan

selenium. Kesannya, denyutan elektrik dapat dihasilkan. Elektrik tersebut dapat membantu

kita paul memancarkan gambar yang boleh bergerak. Stereusnya, tiub sinar katod (CRT)

telah digunakan sebagai peranti untuk memaparkan imej bergerak. Namun begitu, imej yang

dipaparkan masih belum dapat bergerak. Hal ini demikian kerana, kepekaan pengesan

selenium masih tidak memadai.

John Logie Baird yang berbangsa Scotland telah menunjukkan cara-cara untuk

memancarkan imej bergerak. Pada tahun 1927, sistem rakaman video pertama dicipta iaitu

“phonovision”. Léon Theremin telah membangunkan sistem televisyen berasaskan

gelendong cermin. Gelendong tersebut menggunakan teknik selang seli untuk mencapai

leraian imej sebanyak 100 baris.

Akhirnya, pada tahun 1927 Philo T Farnsworth. Seorang ilmuwan yang berasal dari

Utah, Amerika Syarikat memperkenalkan sistem televisyen pertama yang menggunakan

imbasan eletronik dalam kedua-dua peranti penerimaan dan paparan dapat dihasilkan.

Telvisyen mula diterima umum bermula pada tahun 1930-an.

Page 6: Sejarah perkembangan komputer · Sejarah perkembangan komputer Komputer merupakan salah satu alat teknologi yang akan digunakan untuk merubah masa depan. Kesan penciptaan komputer

Pada tahun 1940, peter goldmark telah memperkenalkan televisyen berwarna yang

pertama. Televisyen tersebut disiarkan melalui resolusi 343 garis. Remote televisyen pula

telah diperkenalkan pada tahun 1975 oleh Eugene Polley. Penemuan tersebut telah membantu

manusia untuk melihat iklan semasa menonton televisyen.

Televisyen jenis plasma telah diperkenalkan pada tahun 1995. Larry Weber yang

bertanggungjawab dalam memperkenalkan jenis televisyen yang baru iaitu tv plasma. Pada

tahun 2000 ke atas, Pengembangan produk LCD, Plasma bahkan CRT bermula dari HDTV

(High Definition TV) dari satu saluran tv menjadi banyak saluran.

imej bergerak pertama yang dihasilkan oleh baird di sekitar tahun 1926

Page 7: Sejarah perkembangan komputer · Sejarah perkembangan komputer Komputer merupakan salah satu alat teknologi yang akan digunakan untuk merubah masa depan. Kesan penciptaan komputer

Soviet Mekanikal imbasan TV-set (kira-kira 1931-1938)

Televisyen yang dihasilkan oleh Philco Predicta 1958. Disimpan dalam Muzium Kanak-

kanak Indianapolis

Televisyen pertama Czechoslovak dengan set televisyen Tesla 4001A (1953)

Sejarah perkembangan televisyen

Bil Gambar Penerangan

Page 8: Sejarah perkembangan komputer · Sejarah perkembangan komputer Komputer merupakan salah satu alat teknologi yang akan digunakan untuk merubah masa depan. Kesan penciptaan komputer

1

- Diperkenalkan sebelum tahun 1935.

- Televisyen ini merupakan televisyen

yang pertama yang dipasang tanpa

menggunakan perangkat elektronik. -

- Skrin televisyen ini mempunyai

mesin kecil ( disk) untuk

menghasilkan gambar.

- juga dikenali dengan istilah

“Mechanical Television Era”.

2

- Diperkenalkan pada tahun 1935

hingga 1941

- Penemuan televisyen ini

diperkenalkan dan diperlihatkan di

RCA Exhibition Building New York

pada tahun 1939.

3

- Televisyen jenis ini diperkenalkan

pada zaman perang.

- Pada masa itu siaran televisyen

dihentikan dengan sepenuhnya.

4

Diperkenalkan pada tahun 1946-1949

(Masa setalah Perang Dunia II)

Page 9: Sejarah perkembangan komputer · Sejarah perkembangan komputer Komputer merupakan salah satu alat teknologi yang akan digunakan untuk merubah masa depan. Kesan penciptaan komputer

5

- Diperkenalkan pada tahun 1950-

1959

- Di Amerika, Televisyen B &W

menjadi inovasi baru dalam abad itu,

iaitu televisyen berwarna elektronik

dan remote controlnya yang

dilancarkan

6

- Diperkenalkan pada tahun 1960

- Pelbagai jenis rekabnetuk yang

meanrik telah diperkenalkan.

Televisyen ini akan dihidupkan

dengan menggunakan bateri.

Page 10: Sejarah perkembangan komputer · Sejarah perkembangan komputer Komputer merupakan salah satu alat teknologi yang akan digunakan untuk merubah masa depan. Kesan penciptaan komputer

Sejarah perkembangan radio

Radio televisyen Malaysia (RTM) merupakan penyiaran radio yang dimiliki sepenuhnya oleh

Negara Malaysia. Penyiaran radio dikatakan bermula pada tahun 1921. Sejarah radio bermula

apabila seorang jurutera elektrik A.L. Birch membawa masuk radio pertama ke Malaysia.

Kesan daripada kemasukan tersebut, A.L. Birch telah menubuhkan persatuan wireless johor

dengan menggunakan 300 meter gelombang. Penubuhan tersebut juga dikatakan telah

tersebar ke pulau pinang, dan kuala lumpur.

Sir Earl telah memulakan siaran gelombang pendek pada setiap hari ahad dan rabu.

Permulaan tersebut telah dimulakan pada tahun 1930. Usaha tersebut telah menjadi galakan

kepada pertubuhan lain seperti persatuan wireless Tanah Melayu. Pertubuhan tersebut telah

dimulakan dengan siaran tiga kali seminggu dari bukit petaling.

Page 11: Sejarah perkembangan komputer · Sejarah perkembangan komputer Komputer merupakan salah satu alat teknologi yang akan digunakan untuk merubah masa depan. Kesan penciptaan komputer

Stesen ZHJ telah ditubuhkan pada tahun 1934, stesen tersebut merupakan stesen pertama

yang memulakan siarannya dalam Bahasa Malaysia, Cina, Tamil dan Inggeris. Sir shenton

Thomas telah membuka studi perbadanan penyiaran british Malaya yang mempunyai

pemancar di bukit Caldecott, singapura pada 11 mac 1937.

Saluran radio di Singapura telah diambil alih oleh jepun dan mereka mengambil alih serta

menggunakan saluran radio yang sedia ada di pulau pinang. Peristiwa ini telah berlaku pada

tahun 1942 berikutan daripada serangan Jepun terhadap British. Namun begitu, british telah

merampas kembali kuasa tersebut bermula pada tahun 1945.

Kesan daripada penubuhan jabatan penyiaran, jabatan siaran radio telah ditubuhkan pada 1

april 1946. Perkhidmatan radio amat diperlukan apabila tercetus darurat oleh komunis.

Pada awal tahun 1950-an, aktiviti penyiaran di Malaya telah beroperasi studio. Pada mulanya,

studio penyiaran terletak di jalan young dan telah berpindah ke bangunan persekutuan di

kuala lumpur. Siaran iklan perniagaan di radio juga bermula pada tahun 1960 yang menjadi

salah satu sumber hasil baru bagi kerajaan

Stesen radio daerah juga semakin banyak ditubuhkan. Hal ini demikian kerana, pengaruh

daripada penubuhan pesat sistem penyiran di peringkat ibu pejabat. Stesen radio di peringkat

daerah ialah seperti berikut :

1. Radio 1 (Bahasa Malaysia, sekarang Klasik Nasional FM)Radio 2 (Muzik,

sekarang Muzik FM).

2. Radio 3 (stesen tempatan).

3. Radio 4 (Bahasa Inggeris, sekarang TraXX FM).

4. Radio 5 (Bahasa Cina, sekarang Ai FM).

5. Radio 6 (Bahasa Tamil, sekarang Minnal FM).

6. Radio 7 (Orang Asli, sebagai Asyik FM).

7. Suara Malaysia (Antarabangsa).

Rangkaian radio RTM

1. Nasional

Klasik Nasional

Nasional FM

Page 13: Sejarah perkembangan komputer · Sejarah perkembangan komputer Komputer merupakan salah satu alat teknologi yang akan digunakan untuk merubah masa depan. Kesan penciptaan komputer

Sarawak,Sri Aman - RaSA FM

Sabah - Sandakan FM

Sabah - Tawau FM

Johor Bahru-FM Stereo Johor Bahru

Fotografi

Fotografi merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa yunani iaitu “ photo”

yang member maksud cahaya dan “ garfo” yang bererti melukis atau menulis. Oleh itu,

fotografi adalah media cahaya. Umum, fotografi merupakan proses atau metode untuk

menghasilkan gambar atau foto daripada sesuatu objek dengan merakam pantulan cahaya.

Pantu;lan cahaya tersebut mestilah mengena kepada objek. Gambar tidak dapat dihasilkan

tanpa cahaya.

Fotografi mempunyai prinsip-prinsip tertentu untuk menghasilkan gambar yang lebih

cantik dan menarik. Lightmeter akan digunakan untuk mengukur jumlah cahaya yang

bersesuaian dan menjadikan gambar lebih cantik dan menarik. Pengubahan jumlah cahaya

adalah adalah bergantung kepada kombinasi ISO/ASA (ISO Speed), diafragma (Aperture),

dan kecepatan rana (speed). Kombinasi antara ISO, Diafragma & Speed disebut sebagai

pajanan (exposure).

Kronologi perkembangan fotografi

1822 – Joseph Nicéphore Niépce membuat foto Heliografi yang pertama dengan

subyek Paus Pius VII, menggunakan proses heliografik. Salah satu foto yang bertahan

hingga sekarang dibuat pada tahun 1825.

1826 – Joseph Nicéphore Niépce membuat foto pemandangan yang pertama, yang dibuat

dengan pendedahan selama 8 jam.

1835 – William Henry Fox Talbot cuba untuk mencari proses fotografi yang baru.

1839 – Louis Daguerre mematenkan daguerreotype.

1839 – William Henry Fox Talbot menemukan proses positif/negatif yang

disebut Tabotype.

Page 14: Sejarah perkembangan komputer · Sejarah perkembangan komputer Komputer merupakan salah satu alat teknologi yang akan digunakan untuk merubah masa depan. Kesan penciptaan komputer

1839 – John Herschel menemukan filem negatif dengan larutan Sodium thiosulfate /

hyposulfite of soda yang disebut hypo atau fixer.

1851 – Frederick Scott Archer memperkenalkan prosesbaru iaitu proses koloid.

1854 – André Adolphe Eugène Disdéri memperkenalkan rotating camera yang dapat

merakam 8 citra berbeza dalam satu filem. Setelah hasilnya dicetak di atas kertas album,

citra tersebut dipotong menjadi 8 bagian terpisah dan dilekatkan pada lembaran kertas.

1861 – Foto berwarna yang pertama diperkenalkan James Clerk Maxwell.

1868 – Louis Ducos du Hauron mematenkan metode subtractive color photography.

1871 – Richard Maddox menemukan film fotografi dari emulsi gelatin.

1876 – F. Hurter & V. C. Driffield memulai evaluasi sistematis pada kepekaan emulsi

fotografis yang kemudian dikenal dengan istilah sensitometri.

1878 – Eadweard Muybridge membuat sebuah foto high-speed photographic dari seekor

kuda yang berlari.

1887 – Film Seluloid yang pertama diperkenalkan.

1888 – Kodak memasarkan box camera n°1, kamera easy-to-use yang pertama.

1887 – Gabriel Lippmann menemukan reproduksi warna pada foto.

1891 – Thomas Alva Edison mematenkan kamera kinetoskopis (motion pictures).

1895 – Auguste and Louis Lumière menemukan cinématographe.

1898 – Kodak memperkenalkan produk kamera folding Pocket Kodak.

1900 – Kodak memperkenalkan produk kamera Brownie.

1901 – Kodak memperkenalkan 120 film.

1902 – Arthur Korn membuat teknologi phototelegraphy;; yang mengubah citra menjadi

sinyal yang dapat ditransmisikan melalui kabel. Wire-Photosdigunakan luas di

daratan Eropa pada tahun 1910 dan transmisi antarbenua dimulai sejak 1922.

1907 – Autochrome Lumière merupakan pemasaran proses fotografi berwarna yang

pertama.

1912 – Vest Pocket Kodak menggunakan 127 film.

Page 15: Sejarah perkembangan komputer · Sejarah perkembangan komputer Komputer merupakan salah satu alat teknologi yang akan digunakan untuk merubah masa depan. Kesan penciptaan komputer

1913 – Kinemacolor, sebuah sistem “natural color” untuk penayangan komersial,

ditemukan.

1914 – Kodak memperkenalkan sistem autographic film.

1920 – Yasujiro Niwa menemukan peralatan untuk

transmisi phototelegraphic melalui gelombang radio.

1923 – Doc Harold Edgerton menemukan xenon flash lamp dan strobe photography.

1925 – Leica memperkenalkan format film 35mm pada still photography.

1932 – Tayangan berwarna pertama dari Technicolor bertajuk “Flowers and Trees” dibuat

oleh Disney.

1934 – The 135 film cartridge was introduced, making 35mm easy to use.

1936 – IHAGEE membuat Ihagee Kine Exakta 1. Kamera SLR 35mm yang pertama.

1936 – Kodachrome mengembangkan multi-layered reversal color film yang pertama.

1937 – Agfacolor-Neu mengembangkan reversal color film.

1939 – Agfacolor membuat “print” film modern yang pertama dengan materi warna

positif/negatif.

1939 – View-Master memperkenalkan kamera stereo viewer.

1942 – Kodacolor memasarkan “print” film Kodak yang pertama.

1947 – Dennis Gabor memperkenalkan holography.

1947 – Harold Edgerton mengembangkan rapatronic camera untuk pemerintah Amerika

Syarikat.

1948 – Kamera Hasselblad mula dipasarkan.

1948 – Edwin H. Land menghasilkan kamera instan yang pertama dengan merk Polaroid.

1952 – Era 3-D film diperkenalkan.

1954 – Leica M diperkenalkan.

1957 – Asahi Pentax memperkenalkan kamera SLRnya yang pertama.

1957 – Citra digital yang pertama dibuat dengan komputer oleh Russell Kirsch di U.S.

National Bureau of Standards (sekarang bernama National Institute of Standards and

Technology, NIST).

1959 – Nikon F diperkenalkan.

Page 16: Sejarah perkembangan komputer · Sejarah perkembangan komputer Komputer merupakan salah satu alat teknologi yang akan digunakan untuk merubah masa depan. Kesan penciptaan komputer

1959 – AGFA memperkenalkan kamera otomatis yang pertama, Optima.

1963 – Kodak memperkenalkan Instamatic.

1964 – Kamera Pentax Spotmatic SLR diperkenalkan.

1973 – Fairchild Semiconductor memproduksi sensor CCD skala besar yang terdiri dari

100 baris dan 100 kolom.

1975 – Bryce Bayer dari Kodak mengembangkan pola mosaic filter Bayer untuk CCD

color image sensor.

1986 – Ilmuwan Kodak menemukan sensor dengan kapasitas megapiksel yang pertama.

2005 – AgfaPhoto menyatakan bangkrut. Produksi film konsumen bermerk Agfa terhenti.

2006 – Dalsa membuat sensor CCD dengan kapasitas 111 megapixel, yang terbesar saat itu.

2008 – Polaroid mengumumkan penghentian semua produksi produk film instan berkaitan

dengan semakin berkembangnya teknologi citra digital.

2009 - Kodak mengumumkan penghentian film Kodachrome

Kamera yang diberi nama sebagai kamera obscura berasala daripada bahasa latin dimana

camera bererti “bilik” manakala obscura ialah “gelap”. Kamera ini menjadi semakin popular

apabila dijadikan dalam bentuk kotak kayu yang bersaiz lebih kecil

Page 17: Sejarah perkembangan komputer · Sejarah perkembangan komputer Komputer merupakan salah satu alat teknologi yang akan digunakan untuk merubah masa depan. Kesan penciptaan komputer

Pada tahun 1837, Louis Daguerre telah memperkenalkan proses mengambil gambar

melalui kaedah baru iaitu Daguerreotype . Dengan menggunakan kamera tersebut masa

untuk menghasilkan gambar dapat dikurangkan iaitu kurang daripada 30 minit gambar yang

dihasilkan akan menjadi lebih menarik dan amat popular pada masa tersebut.

William Henry Fox Talbot (1839 ) telah memperkenalkan proses mengambil gambar

yang baru iaitu melalui proses calotype. Dengan menggunakan proses ini, gambar negative

dapat dihasilkan yang membolehkan imej dapat dicetak semula mahupun dicetak dengan

berulang kali.

Antara proses lain yang turut diperkenalkan ialah Wet Plate Collodion, Ambrotype

(Collodion Positive), Tintype, Cyanotype dan lain-lain. Namun begitu, proses tersebut masih

tidak menandingi proses yang dihasilkan sebelumnya. Kekurangan kamera ini ialah berat dan

bersaiz besar.

Pada tahun 1888, rekod baru dicatat dengan penghasilan proses mengambil gambar

yang baru iaitu kamera yang menggunakan Kodak. Kamera tersebut telah dihasilkan oleh

George Eastman

Tajuk foto ialah “View From The

Window”. Foto ini merupakan foto

pertama yang dihasilkan oleh Nicephore

Niepce (tahun 1826 )

Foto berwarna yang pertama dibuat

oleh Louis Ducos du Hauron pada

tahun 1877

Page 18: Sejarah perkembangan komputer · Sejarah perkembangan komputer Komputer merupakan salah satu alat teknologi yang akan digunakan untuk merubah masa depan. Kesan penciptaan komputer

Teknologi fotografi analog semakin popular dan sebati dengan hdup manusia pada masa kini.

Kamera yang popular pada sekitar tahun 1980-an ialah Kamera Canon New F1 ( kamera

analog)

Pada athun 1975, kamera digital telah dihasilkan oleh jurutera Kodak yang bernama

Steve Sasson. Kamera ini boleh menangkap gambar menggunakan CCD (Charge-Coupled

Device) dengan 10,000 piksel. Kamera digital hanya popular sejak tahun 2002 kerana

kamera tersebut dipasarkan secara komersial.

Sejarah perkembangan filem

Mengikut kronologi perkembangan fotografi, fotografi bermula pada tahun 1822.

Orang yang bertanggungjawab untuk memperkenalkan fotografi ialah Joseph Nicéphore

Niépce. Beliau merupakan heliografi pertama dengan menggunakan subjek paus pius VII.

Fotografi tersebut merupakan suatu proses yang menggunakan teknik heliografik. Kenangan

daripada hasil ciptaan beliau dihasilkan pada tahun 1825.

Page 19: Sejarah perkembangan komputer · Sejarah perkembangan komputer Komputer merupakan salah satu alat teknologi yang akan digunakan untuk merubah masa depan. Kesan penciptaan komputer

Pada tahun 1835, William Henry Fox Talbot telah memperkenalkan proses fotografi

yang baharu manakala Louis Daguerre menamakan penemuan tersebut sebagai daguerreotype.

Tabotype pula ditemukan pada tahun 1839 oleh William henry fox Talbot. Penemuan

tersebut merupakan penemuan yang dianggap positif. Namun begitu, sesetengah juga

penemuan tersebut dianggap sebagai penemuan yang negatif.

Melalui perkembangan filem, kita dapat melihat perubahan dalam bidang perfileman. Mutu

filem bertambah baik

Sejarah perkembangan cetakan.

Mesin cetak mesin yang akan menggunakan plat huruf yang diperbuat daripada besi

yang akan dibingkaikan dengan kayu. Perkembangan mesin pencetakan telah dilakukan oleh

johann Gutenberg.

Kepentingan serta fungsi utama mesin cetak adalah untuk menghasilkan buku.

Kesannya, pembaharuan dunia secara besar-besaran berlaku. Contohnya, zaman renaissance

yang berada di dalam abad kegelapan telah berubah. Perkembangan mesin cetak juga dapat

membantu kita untuk terus membantu kita untuk memelihara dan mempertahankan

pengetahuan klasik. Hal ini demikian kerana, ilmu pengetahuan klasik tersebut akan

dibukukan untuk memastikannya terus dipelihara.

Teknik pencetakan di Malaysia telah diperkenalkan pada abad ke-14. Pencetakan

tersebut telah popular pada abad lalu. Hal ini demikian kerana, banyak kegunaan dan fungsi

yang telah diketengahkan melalui bidang pencetakan. Perkembangan teknologi internet

dikatakan tidak memiliki signifikasi yang sama jika dibandingkan dengan teknologi

pencetakan.

Pada tahun 1450, Johann Gutenberg telah memungkinkan alkitab menjadi hasil buku

yang pertama yang diproduksi secara missal-red. Pada abad ke-15, Johann Gutenberg telah

menjumpai bukti tentang dunia pencetakan. Pada masa itu, pencetakan dikutuk serta dituduh

sebagai pengacau terhadap penguasa. Martin Luther menggunakan bidang pencetakan hanya

untuk menentang kuasa gereja katolik.

Cetakan dalam seni bermula pada tahun 3000 sm. Bukti ini dibuktikan apabila ada

individu yang menjumpai cetakan timbul yang telah dihasilkan oleh masyarakat sumaria.

Page 20: Sejarah perkembangan komputer · Sejarah perkembangan komputer Komputer merupakan salah satu alat teknologi yang akan digunakan untuk merubah masa depan. Kesan penciptaan komputer

Penemuan tersebut telah membuktikan bahawa seni cetakan telah tercipta pada masa itu.

Namun begitu, terdapat pertikaian mengenai jenis cetakan yang terawal. Hal ini dibuktikan

apabila ada penemuan cetakan mono blok kayu menjelang abad ke-14 masihi. Blok cetakan

ini hanyalah untuk tujuan keagamaan, hiasan ilustrasi (buku), poster, propaganda, bahan

pendidikan dan cetakan tekstil untuk pakaian.

Penggunaan cetakan berwarna telah diperkenalkan pada abad ke-15. Penggunaan

tersebut telah memperkenalkan dan memperkembang lagi bidang cetakan. Melalui cetakan

berwarna, hasil cetakan terbaru menjadi lebih menarik.

Inovasi yang penting dalam perkembangan bidang cetakan ialah pemeliharaan serta

pemuliharaan ilmu pengetahuan klasik. Selain itu, kita dapat memelihara