sejarah perkembangan bahasa melayu

17
1.0 PENGENALAN Setiap bangsa di dunia ini memiliki bahasa pertuturan tersendiri yang merangkumi kosa katanya sendiri, cara penyampaian, istilah dan nahu. Bahasa merupakan perantara maklumat dan komunikasi antara bangsa itu sendiri. Tanpa bahasa, setiap maklumat yang hendak disampaikan tidak tercapai dan komunikasi yang diharapkan hanya menjadi sia-sia. Bahasa boleh dikategorikan seperti bahasa lisan, bahasa tulisan dan bahasa isyarat. Bahasa Melayu memiliki sejarah yang tersendiri. Sebelum bahasa Melayu berkembang seperti yang kita lihat pada masa kini, bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan yang dituturkan oleh masyarakat di seluruh kawasan Nusantara. Jika diteliti secara mendalam, bahasa Melayu boleh didefinisikan sebagai bahasa milik bangsa Melayu. Oleh itu secara asasnya, kata Melayu yang perlu kita lihat dari segi etimologi. Asal-usul perkataan Melayu belum dapat disahkan sehingga kini oleh pakar-pakar sejarah. Banyak pendapat dan kajian yang dilakukan oleh beberapa pihak bagi mendapatkan kesahihan kewujudan perkataan “Melayu”. Melalui catatan orang Cina, terdapat sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644-645 Masihi. Ada pendapat menyatakan bahawa kerajaan tersebut berpusat di daerah Jambi, Sumatera dan perkataan ini wujud daripada nama sebatang sungai iaitu Sungai Melayu. Asmah (1985) berpendapat, istilah Melayu dapat dinyatakan dari dua sudut pengertian iaitu sempit dan luas. Istilah ini juga merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan tradisional yang disebut gugusan pulau-pulau Melayu. Menurut pengkaji J.H.C. Kem dari Belanda, bangsa Melayu berasal dari Asia Tenggara berdasarkan persamaan beberapa perkataan. Beliau turut menyatakan, terdapat beberapa perkataan yang ada di kepulauan Nusantara turut terdapat di Madagaskar, Taiwan dan beberapa pulau di Kepulauan Pasifik dan di Filipina.

Upload: adang30

Post on 16-Dec-2015

77 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Sebelum dan Selepas Merdeka

TRANSCRIPT

HBML4103Sejarah Perkembangan

Bahasa Melayu

1.0 PENGENALANSetiap bangsa di dunia ini memiliki bahasa pertuturan tersendiri yang merangkumi kosa katanya sendiri, cara penyampaian, istilah dan nahu. Bahasa merupakan perantara maklumat dan komunikasi antara bangsa itu sendiri. Tanpa bahasa, setiap maklumat yang hendak disampaikan tidak tercapai dan komunikasi yang diharapkan hanya menjadi sia-sia. Bahasa boleh dikategorikan seperti bahasa lisan, bahasa tulisan dan bahasa isyarat.Bahasa Melayu memiliki sejarah yang tersendiri. Sebelum bahasa Melayu berkembang seperti yang kita lihat pada masa kini, bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan yang dituturkan oleh masyarakat di seluruh kawasan Nusantara. Jika diteliti secara mendalam, bahasa Melayu boleh didefinisikan sebagai bahasa milik bangsa Melayu. Oleh itu secara asasnya, kata Melayu yang perlu kita lihat dari segi etimologi.

Asal-usul perkataan Melayu belum dapat disahkan sehingga kini oleh pakar-pakar sejarah. Banyak pendapat dan kajian yang dilakukan oleh beberapa pihak bagi mendapatkan kesahihan kewujudan perkataan Melayu. Melalui catatan orang Cina, terdapat sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja Cina sekitar tahun 644-645 Masihi. Ada pendapat menyatakan bahawa kerajaan tersebut berpusat di daerah Jambi, Sumatera dan perkataan ini wujud daripada nama sebatang sungai iaitu Sungai Melayu. Asmah (1985) berpendapat, istilah Melayu dapat dinyatakan dari dua sudut pengertian iaitu sempit dan luas. Istilah ini juga merujuk kepada bangsa-bangsa Austronesia yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu dan kawasan tradisional yang disebut gugusan pulau-pulau Melayu. Menurut pengkaji J.H.C. Kem dari Belanda, bangsa Melayu berasal dari Asia Tenggara berdasarkan persamaan beberapa perkataan. Beliau turut menyatakan, terdapat beberapa perkataan yang ada di kepulauan Nusantara turut terdapat di Madagaskar, Taiwan dan beberapa pulau di Kepulauan Pasifik dan di Filipina.Seorang ahli prasejarah, R.H. Gerdeln telah menemukan dua teori yang menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah atau Nusantara (kepulauan Melayu). Teori yang dinyatakan adalah:i. bangsa Melayu berasal dari Asia Tengah berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap penemuan kapak tua (beliung batu) yang dijumpai di sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Irrawaddy, Hwang, Salween dan Yangtze yang didapati sama dengan kapak tua di kawasan Nusantara; dan

ii. masyarakat dari Asia Tengah telah membawa kapak tua ke Nusantara bersama bahasanya sekali.

Istilah Austronesia diperkenalkan oleh P.W. Schmidt, manakala istilah Malayo-Polenesia digunakan oleh seorang ahli bahasa yang mengkaji aspek keserumpunan bahasa antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa di daerah Polinesia, Wilhem von Humboldt. Kedua-dua pengkaji berpendapat bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa yang tergolong dalam satu filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austroasia dan Tibet-China. Rajah 1.1 menunjukkan pecahan rumpun bahasa Austronesia.Rajah 1: Pecahan rumpun bahasa Austronesia2.0 BAHAGIAN 1Dalam bab ini, penulis akan membincangkan tentang era perkembangan bahasa Melayu, perkaitan antara dua era tentang perkembangan bahasa Melayu, perkembangan dan kedudukan bahasa Melayu serta badan-badan yang terlibat dalam perkembangan bahasa Melayu. Penulis akan menelusuri perbincangan melalui perkembangan bahasa Melayu yang telah dikaji oleh pengkaji-pengkaji sejarah dan bahasa. Bahasa Melayu memiliki jumlah penutur yang besar jika dibandingkan dengan bahasa lain seperti bahasa Jawa atau Tagalog. Inilah keistimewaan yang ada pada bahasa Melayu.2.1 Era Perkembangan Bahasa MelayuIsmail Hussein (1948) menyatakan bahawa bahasa Melayu merupakan satu daripada lebih kurang 200 bahasa dalam kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah berkembang dan membentuk bahasa daerah masing-masing akibat daipada penyebaan bahasa ini di Kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik. Bahasa Melayu menjadi sebagai satu bahasa yang terpenting dalam sejarah bahasa-bahasa di kepulauan Melayu adalah disebabkan bentuk bahasa yang amat sederhana dan kemungkinan menerima unsur asing dan sifat bahasa yang mudah dilentur bagi memenuhi keperluan semasa.

Pada zaman kedatangan Islam, bahasa Melayu telah berkembang dalam pelbagai bidang walaupun ditulis dalam bahasa Jawa sebelum ini. banyak istilah bidang teologi, falsafah dan tasawuf dikembangkan menggunakan bahasa Melayu melalui peminjaman daripada bahasa Arab. Perkembangan ini telah menyebabkan bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi kerajaan di alam Melayu. Selain itu, banyak hasil kesusasteraan turut ditulis dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan tangan huuf Jawi. Sebagai contoh, Hikayat Raja-Raja Pasai merupakan salah satu hasil kesusasteraan Melayu.

Semasa kedatangan Islam, terdapat tiga buah kerajaan yang penting pada zaman peralihan ini iaitu kerajaan Samudera-Pasai, kerajaan kesultanan Melayu Melaka dan kerajaan Islam Acheh. Kedatangan Islam pada akhir abad ke-13 telah mempengaruhi keseluruhan cara hidup masyarakat di alam Melayu.

Kehadiran orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 masih tidak dapat menjatuhkan keteguhan bahasa Melayu. Hal ini dibuktikan oleh Pigafetta yang telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun 1521M. Kamus tersebut merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan. Lebih 400 patah perkataan yang didaftarkan dan merupakan daftar kata Melayu-Eropah yang tertua.

Zaman kedatangan Portugis merupakan detik bermulanya pengaruh bangsa Eropah kepada kebudayaan dan bahasa Melayu. Selain daripada Portugis, pengaruh bahasa Belanda turut kelihatan dalam bahasa Melayu terutamanya perkembangan di Indonesia.

Pada awal abad ke-19, pengaruh Inggeris pula mula mempengaruhi bahasa Melayu terutamanya dalam perkembangan ilmu bahasa dan peristilahan dalam pelbagai bidang. Pada ketika itu, bahasa Melayu merupakan bahasa perantaaan dalam pentadbiran, perniagaan dan institusi pendidikan agama. Sebelum disahkan penjawatan, semua pegawai Inggeris yang bertugas di negeri Melayu perlu mempelajari bahasa Melayu dan lulus dalam peperiksaan bahasa Melayu. Sebahagian pegawai-pegawai yang datang ke Tanah Melayu terus menaruh minat yang tinggi terhadap bahasa Melayu, sehingga dikenali sebagai sarjana bahasa Melayu. Antara pegawai-pegawai tersebut ialah R.O.Winstedt, J.R. Wilikinson, C.C.Brown, W. Marsdan dan J.Crawford.

Pada era kedatangan Inggeris ini juga, lahir beberapa orang tokoh besar dunia Melayu antaranya ialah Abdullah Munsyi dan Zainal Abidin Ahmad (Zaba). Abdullah Munsyi atau nama sebenar beliau Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi merupakan pelopor permulaan zaman bahasa Melayu Model pada abad ke-19. Abdullah Munsyi bukan sahaja memperlihatkan keunggulan bahasa Melayu melalui karya kesusasteraan, malahan menyedarkan masyarakat betapa pentingnya nahu bahasa Melayu.

Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Zaba merupakan tokoh yang banyak menghabiskan masa hayatnya dalam bidang kebahasaan. Beliau telah menghasilkan Pelita Bahasa Melayu yang bertujuan menyusun kaedah buku nahu (tatabahasa) bahasa Melayu dengan lebih lengkap daripada buku-buku nahu bahasa Melayu sebelumnya.

2.2 Perkaitan Antara Dua Era2.2.1 Era Sebelum Merdeka

Bahasa Melayu yang digunakan sebelum merdeka dikenali bahasa Melayu pramerdeka yang bermaksud zaman yang memperjuangkan taraf atau status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Era bahasa Melayu pramerdeka bermula dengan penubuhan ASAS 50 yang ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 dan kekal penubuhan tersebut sehingga era kemerdekaan. ASAS 50 atau Angkatan Sasterawan 50 merupakan persatuan penulis yang bercita-cita memajukan bahasa dan sastera Melayu sebagai alat untuk menuju ke arah kemerdekaan, keadilan sosial dan kemajuan fikiran melalui penulisan cerpen dan sajak. Ringkasnya, ASAS 50 merupakan pelopor pembaharuan kepada dunia kesusasteraan Melayu moden selepas Perang Dunia Kedua.

Kewujudan ASAS 50 telah menyebabkan banyak lagi persatuan yang memperjuangkan bahasa Melayu muncul. Antaranya ialah Lembaga Bahasa Melayu (LBM) yang diasaskan oleh guru-guru Melayu pada tahun 1951. Penubuhan LBM telah mengukuhkan lagi perjuangan untuk mempertahankan kedudukan bahasa Melayu pada ketika itu.

Seterusnya, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Pertama yang diadakan pada 12 dan 13 April 1952 di Singapura telah memutuskan bahawa asas perjuangan perwakilan adalah untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Selain itu, konges juga memutuskan tulisan Rumi dan Jawi hendaklah digunakan dalam persuratan Melayu pada masa tersebut sehingga lain-lain keputusan dibuat kemudian kelak.

Kedudukan bahasa Melayu pada era sebelum merdeka terus hangat diperjuangkan. ASAS 50 telah mengemukakan memorandum kepada kerajaan mengenai tulisan Rumi untuk bahasa Melayu. ASAS 50 terus-menerus memperjuangkan bahasa Melayu apabila mereka mengemukakan memorandum kepada Suruhanjaya Perlembagaan yang menyentuh soal kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar umum dan bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah sehingga ke peringkat universiti.

Tanggal 22 Jun 1956, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah ditubuhkan dan ditempatkan di sebuah bangunan kerajaan di Bukit Timbalan, Johor Bahru, Johor. Langkah pertama DBP adalah mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara merdeka.

Pada bulan September 1956 ketika Persekituan Tanah Melayu diberikan taraf pemerintahan sendiri, sebuah jawatankuasa ditubuhkan yang dinamai sebagai Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956 atau lebih dikenali sebagai Penyata Razak 1956. Jawatankuasa ini jelas memperakukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.2.2.2 Era Selepas Merdeka (bermula selepas 31 Ogos 1957 1967)Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu melalui peruntukan undang-undang yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia. Dalam perkara tersebut menyebut bahasa Kebangsaan negara ini adalah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis alam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang Parlimen . Antara faktor yang menyebabkan pemilihan bahasa Melayu adalah:

i. bahasa Melayu mempunyai jumlah penutur yang terbesar di Persekutuan Tanah Melayu;ii. bahasa Melayu merupakan bahasa yang bersifat pribumi bagi negara ini;iii. penggunaan bahasa Melayu sebagai alat komunikasi sudah sekian lama berjalan dan tidak menimbulkan masalah bagi komunikasi umum; daniv. bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa pentadbiran di negeri Melayu.Perkara yang paling penting pada era ini ialah peranan yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pada tahun 1959, DBP beubah tarafnya daripada jabatan kerajaan kepada badan berkanun apabila Palimen meluluskan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka.Pada 1 September 1967, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Perisytiharan ini adalah ekoran daripada tindakan Parlimen yang telah meluluskan Rang Undang-Undang Bahasa Kebangsaan dalam sidang yang berlangsung pada bulan Mac 1967.

2.3 Perkembangan, Kemajuan dan Kedudukan Bahasa MelayuBanyak kemajuan yang dapat disaksikan pada dewasa ini dalam meningkatkan penggunaan bahasa Melayu. Kedudukan bahasa Melayu di Malaysia telah melalui beberapa peringkat perkembangan yang sering sahaja diperdebatkan dan dikemas kini demi memartabatkan kedaulatan bahasa melayu selaras dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Kedudukan bahasa Melayu telah menjadi status yang disegani sejak penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). DBP telah mengorak langkah dengan menerbitkan Kamus Dewan sebagai sumber rujukan masyarakat Malaysia demi memperluas kosa kata. Selain itu, DBP juga bertanggungjawab mengemas kini istilah-istilah dalam bahasa Melayu demi memastikan penggunaan bahasa Melayu adalah mengikut istilah yang diwartakan.

Bidang penterjemahan juga merupakan kemajuan yang dapat dilihat dalam perkembangan bahasa Melayu. Penterjemahan merupakan proses pemindahan sesuatu bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Ian F.Finlay (1971) mentakifkan terjemahan sebagai satu persembahan teks dalam bahasa berlainan daripada tulisan asalnya.

Kemajuan lain yang dapat dilihat ialah sistem ejaan Jawi bahasa Melayu. Tulisan Jawi telah digunakan oleh orang Melayu sejak orang Melayu memeluk Islam. Kini ejaan Jawi bukanlah merupakan tulisan rasmi tetapi diajar sebagai satu subjek dalam pengajaran di sekolah demi memastikan sistem tulisan ini tidak luput ditelan zaman.

Kemajuan yang paling ketara ialah sistem tulisan Rumi. Sejak diperjuangkan semasa era sebelum merdeka, penggunaan tulisan Rumi dalam bahasa Melayu semakin berkembang. Tulisan Rumi diyakini bersesuaian dengan bahasa Melayu kerana penggunaan suku kata yang mudah dipelajari, difahami dan relevan dengan masyarakat yang berbilang bangsa di Malaysia.2.4 Badan-badan yang Terlibat Dalam Perkembangan dan Kemajuan Bahasa MelayuDalam usaha meninggikan taraf dan memartabatkan bahasa Melayu, banyak pihak yang terlibat dalam merealisasikan usaha murni ini. Antara badan-badan yang terlibat dalam usaha pekembangan dan kemajuan bahasa Melayu sebelum dan selepas merdeka ialah:

1. Angkatan Sasterawan 50 ( ASAS 50 ) ditubuhkan di Singapura. Antara pengasas pertubuhan ini ialah Kamaluddin Muhammad, Usman Awang, Masuri S.N, Mohd. Arif Ahmad, Hamzah Hussein dan Jimmy Asmara. Pertubuhan ini berjuang dalam bidang kesusteraan dengan konsep Seni untuk Masyarakat bertujuan untuk:a. memperluaskan dan mempertinggikan bahasa, kebudayaan dan kesusasteraan Melayu;

b. melindungi hak dan kepentingan para penulis dan pengarang; dan

c. mengadakan pembaharuan dalam sastera. 2. Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu (KBPM) yang menyokong penggunaan tulisan Rumi sebagai tulisan bahasa Melayu moden dalam usaha memperkembangkan kesusasteraan Melayu. 3. Lembaga Bahasa Melayu (LBM) yang ditubuhkan hasil pertemuan Kesatuan Guru-guru Melayu Singapura yang diketuai oleh Cikgu Mahmud Ahmad. Tujuan LBM ditubuhkan adalah untuk:a. mengawal , memperbaiki, memperluaskan bahasa Melayu;

b. membincangkan hal-hal kesulitan bahasa Melayu dan menghebahkan kepada orang ramai yang difikirkan munasabah; danc. menerbitkn risalah , buku, kitab , majalah dan lain-lain.4. Pejabat Karang-Mengarang (1924) yang ditubuhkan di Maktab Sultan Idris. Penubuhan pertubuhan dipelopori O.T.Dussek (Pengetua MPSI) dan Zainal Abidin Ahmad (Zaba) bertujuan menerbitkan dan menterjemah buku sekolah Melayu dan buku umum.

5. Persaudaraan Sahabat Pena (Paspam) ditubuhkan pada tahun 1934. Paspam berkembang di seluruh Tanah Melayu, Sarawak dan Brunei. Jumlah ahli Paspam mencecah sehingga 12,000 orang dan Zaba meupakan penasihat Paspam. Tujuan penubuhan Paspam adalah untuk menerbitkan kamus, mengarang buku dalam bahasa Melayu serta memperluas pengetahuan sejarah, adat resam dan bahasa Melayu.6. Dewan Bahas Dan Pustaka ( DBP ) bertanggungjawab menyusun dan menerbitkan pelbagai jenis sumber sepertiTatabahasa Dewan, Kamus Dewan, kamus dwibahasa sepertiKamus Inggeris-Melayu Dewan,Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris-Bahasa Cina sebagai sumber rujukan dan pegangan masyarakat di Malaysia. Selain itu, DBP juga berperanan:a. mengembang, memajukan dan memperkayakan bahasa kebangsaan;

b. memajukan bakat kesusteraan terutama dalam bahasa kebangsaan;

c. mencetak dan menerbitkan buku-buku,risalah dan lain-lain dalam bentuk persuratan dalam bahasa kebangsaan; dan

d. menyamakan ejaan dan bunyi sebutan dan mengubal istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan .3.0 BAHAGIAN 23.1Perkembangan Bahasa Melayu KlasikBahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam kronologi perkembangan bahasa Melayu dalam menggantikan bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Klasik wujud pada zaman kerajaan Islam mula berkembang iaitu pada zaman kerajaan Samudera-Pasai sekitar abad ke-13 hingga abad ke-19. Menurut Asmah Hj Omar ( 1993 ) bahasa Melayu klasik ialah bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan bahasa Melayu.

Bemulanya era bahasa Melayu Klasik semasa zaman pemerintahan kerajaan Melayu Melaka, Acheh, dan kerajan Johor-Riau. Hal ini belaku setelah pemimpin kerajaan Melayu memeluk Islam dan mempelajari bahasa Arab daripada pedagang Arab dan India. Pengaruh ini menyebabkan wujudnya penggunaan tulisan jawi dalam bahasa Melayu. Penyerapan unsur bahasa Arab dan Parsi dalam bahasa Melayu telah banyak mengubah penggunaan bahasa Melayu terutama dari aspek kosa kata, pebendaharaan kata, struktur ayat dan sistem tulisan. Bahasa Melayu Klasik muncul hasil daripada kewujudan tulisan Jawi, iaitu tulisan Arab berbahasa Melayu.

Bahasa Melayu Klasik telah digunakan sebagai lingua-franca dalam urusan pentadbiran, perdagangan, penyebaran agama Islam, perubatan, falsafah dan pengembaraan. Hal ini telah dibuktikan hasil daripada penemuan beberapa buah prasanti tentang penyebaran agama Islam yang menggunakan bahasa Melayu Klasik dalam penghasilan kitab-kitab agama seperti al- Hadith, feqah, tafsir al-quran dan tasawuf. Kosa kata daripada bahasa Arab banyak digunakan dalam penulisan kitab tulisan jawi seperti FuruAl-Masail (Syed Muhammad Daud Al-Fatani) serta karya penulisan seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Misa Melayu, Sejarah Melayu, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Hang Tuah dan lain-lain. Kemunculan bahasa Melayu Klasik turut dapat dibuktikan apabila terdapat kira-kira 10 000 naskah manuskrip telah ditemui dalam manuskrip Melayu Lama yang tersimpan di beberapa buah negara Barat. Antara Manuskrip Melayu Lama yang tertua ialah surat kiriman Sultan Ternate dari kepulauan Maluku kepada Raja Portugis bertarikh 1521, kitab Aqaid al Nasafi 1590, manuskrip Hikayat Seri Rama 1633 dan Surat Raja Aceh kepada Harry Middleton 1602.3.2Bukti Bahasa Melayu Sebagai Medium Bahasa Terbesar di Dunia

Dalam membuktikan bahasa Melayu merupakan medium terbesar di dunia adalah melalui penemuan sumber-sumber yang diyakini kesahihannya seperti batu bersurat, catatan pengembara, buku-buku karya agung dan dokumen-dokumen yang masih tersimpan di perpustakaan barat. 3.2.1Batu Bersurat

Pengkaji sejarah telah menemukan beberapa batu bersurat yang telah membuktikan bahawa bahasa Melayu medium bahasa terbesar pada zaman tersebut. Penemuan batu bersurat seperti batu bersurat Minye Tujuh di Aceh (1390) dengan penggunaan kata-kata Arab seperti khalifah, nabi-nabi, Allah dan rahmat, batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) dan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387) telah menjadi asas dan pegangan dalam penyelidikan dan pengembangan bahasa Melayu. Bahasa diketengahkan pula adalah berdasarkan bahasa asal penduduk pribumi yang menutur dan menggunakan bahasa tersebut dalam lingkungan rantau Nusantara.

Rajah 2: Contoh Batu Bersurat

3.2.2Buku-buku Karya Agung

Bukti lain yang menyokong bahasa Melayu sebagai medium bahasa terbesar di dunia adalah melalui penghasilan buku-buku karya agung seperti Hikayat Raja-Raja Pasai, Tuffat an Nafis, Hikayat Merong Mahawangsa, Sejarah Melayu, Syair-syair Hamzah Fansuri dan Nuruddin Al Raniri. Karya-karya ini merupkan bahan-bahan karya penulisan yang dijadikan sandaran serta menjadi bahan kajian oleh pengkaji-pengkaji sejarah sehingga ke hari ini.3.2.3Dokumen

Terdapat dokumen-dokumen perjanjian lama atau surat-surat yang dimeterai semasa kesultanan Melayu Melaka iaitu Sultan Mansur Shah kepada Maharaja Jepun merupakan bukti penting kerana dokumen tersebut ditulis dalam bahasa Melayu. Menjadi urusan Arkib Negara yang masih lagi berusaha mencari dokumen-dokumen atau surat-surat yang dapat membuktikan lagi bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang sangat terkenal pada abad ke-13 dan 14.

4.0 RUMUSAN

Bahasa Melayu telah berkembang dengan pesat sejak awal kemunculan di Nusantara. Jika diselusuri perkembangan bahasa Melayu, banyak cabaran dan dugaan yang ditempuh oleh pejuang-pejuang bahasa Melayu. Perkembangan bahasa Melayu terhasil dengan berpaksikan kedegilan orang Melayu yang tetap berterusan memperjuangkan dan mempertahankan bahasa Melayu sehingga ke hari ini.

Meskipun sejarah bahasa Melayu masih lagi menjadi misteri, kita sebagai pemilik bahasa Melayu harus yakin bahawa bahasa Melayu lahir di bumi kita yang bertuah ini. Orang Melayu sepatutnya berasa bangga kerana bahasa Melayu telah dipelajari oleh bangsa asing sejak zaman Melayu Melaka lagi. Apatah lagi jika melihat zaman penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun, kesemua penjajah berusaha mempelajari bahasa Melayu demi memenangi hati rakyat tempatan.

Ramai pengkaji bahasa di luar negara meyakini bahawa bahasa Melayu sememangnya mudah dipelajari. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa kedua yang menjadi pilihan oleh bangsa asing untuk dipelajari. Jangan sesekali kita rapuhkan pegangan kita terhadap bahasa Melayu.

...bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih daripada 70 juta manusia. Bahasa kamu merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa terbesar di dunia. Jangan lupakan kenyataan itu.(O. T. Dusseck)Sumber: Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaysia2,811 patah perkataan5.0 BIBLIOGRAFIAsmah Hj Omar. (2006). Bahasa melayu di samudera benih yang baik menjadi pulau. Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur.Awang Sariyan. (1996). Warna dan suasana perancangan bahasa melayu di Malaysia. Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur.Dr Puteri Roslina Abdul Wahid. (2011). Hbml4103: Sejarah perkembangan bahasa melayu. Open University Malaysia: Selangor Darul Ehsan.

Jeniri Amir. (2009). Bahasa negara dan bangsa. Dewan Bahasa Dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Muhammad Aliatan. (2010). Perkembangan bahasa nelayu. Penerbit Sinar Cemerlang: Kuala Lumpur.

Sumber Internethttp://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/07/sejarah-perkembangan-bahasa-melayu.htmlhttp://edubahasabyayda.blogspot.com/2009/09/sejarah-perkembangan-bahasa-melayu.htmlhttps://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat/sejarah-perkembangan-dan-asal-usul-bahasa-melayu/Idham Khalil B Abdul Muluk

820425085139001 14