sejarah pbsm

Upload: nur-cahaya

Post on 29-Feb-2016

59 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

sejarah pbsm

TRANSCRIPT

Slide 1

Bab 1

Sejarah Palangmerah dilahirkan pada 08/05/1828 di Geneva, Switzerland. sejak kecil beliau diasuh supaya berbelas kasihan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Henry sering mengikut ibu bapanya dalam kerja-kerja amal. apabila dewasa, Henry bekerja sebagai kerani dalam sebuah bank; kemudian menjadi seorang usahawan.JEAN HENDRY DUNANT 24/06/1859, tentera Austria berperang dengan tentera gabungan Perancis-Itali. peperangan berlaku di Solferino utara Itali mangsa peperangan dibiarkan tanpa apa-apa bantuan. Namun, mereka yang cedera boleh hidup jika diberikan rawatan. Tetapi tiada siapa yang mampu melakukannya. Castiglione merupakan tempat untuk mengumpulkan mangsa peperangan. Mangsa yang dihantar ke hospital sedikit sahaja kerana kekurangan pengangkutan. Castiglione mula sesak dengan mangsa peperangan. Manusia yang kotor, berdarah dan dalam penderitaan berselerak di merata tempat.

PEPERANGAN SOLFERINO Henry yang menyaksikan segala penderitaan telah memberikan bantuan bersama-sama beberapa orang perempuan. mereka memberi air dan makanan serta membersihkan luka-luka dan mengumpulkan mangsa di dalam sebuah gereja. usaha beliau mendapat perhatian orang ramai. Ramai yang mulia menyertai pasukan Henry secara sukarela. Castiglione pada masa itu mengalami cuaca panas. Bagi menahan kepanasan, Henry memakai baju seragam putih bila beliau memberi bantuan. oleh itu, beliau diberi gelaran Lelaki Berpakaian Putih yang bererti kedatangan bantuan dan harapan

LELAKI BERPAKAIAN PUTIH setelah kembali ke Geneva, Henry menulis sebuah buku iaitu Satu Kenangan di Solferino yang diterbitkan pada tahun 1862. di dalam buku tersebut, beliau telah mengesyorkan beberapa cara untuk mengatasi penderitaan: tiap-tiap negara menubuhkan persatuan bantuan kebangsaan untuk melatih sukarelawan. Jika berlaku peperangan, mereka boleh bekerjasama dengan pegawai perubatan tentera memberi bantuan kecemasan. negara-negara yang berperang perlu mempunyai aturan untuk memastikan bahawa bantuan dan perlindungan diberikan kepada askar-askar yang cedera dan juga memberikan bantuan kepada mereka yang sedang memberi bantuan.

KENANGAN DI SOLFERINO cadangan Henry mendapat sokongan kuat daripada 4 orang warganegara Switzerland. mereka ialah Jeneral Guilaume Henry Dufour, peguam Gustave Moynier, dan 2 orang doktor Louis Appia dan Theodore Maunoir. pada bulan Februari 1863, mereka bersama-sama Henry Dunant membentuk sebuah jawatankuasa antarabangsa untuk memberi bantuan kepada mereka yang cedera. pertubuhan ini juga dikenali sebagai Jawatankuasa Lima Orang kegiatan pertama jawatankuasa ini ialah memanggil sebuah persidangan antarabangsa yang diadakan pada Oktober 1863 di Geneva. persidangan ini menandakan detik permulaan pergerakan Palang Merah.

JAWATANKUASA LIMA ORANG diadakan di Geneva dan dihadiri oleh wakil daripada 12 negara. persidangan ini meluluskan satu persetujuan yang dikenali sebagai Konvensyen Geneva untuk memperbaiki keadaan anggota tentera yang cedera dalam medan peperangan. persetujuan ini merupakan satu petanda dalam sejarah kemanusiaan kerana sebelum ini tidak pernah difikirkan bahawa peraturan dan undang-undang boleh dikuatkuasakan semasa peperangan. 10 artikel telah dikeluarkan. Antaranya askar yang sakit dan tercedera harus dianggap sebagai berkecuali. Ambulan, hospital, tentera dan kakitangan perubatan dianggap sebagai berkecuali. Bendera putih dengan palang merah dianggap lambang perlindungan.PERSIDANGAN ANTARABANGSA OGOS 1864 dianggap sebagai lambang perlindungan rasmi. memberi perlindungan kepada mereka yang cedera dan mereka yang sedang memberi bantuan. tidak boleh digunakan untuk mengangkut askar atau melindungi depot senjata api. ia boleh dipamerkan atas kenderaan, kapal terbang, kapal atau bangunan yang bertujuan untuk mengangkut atau menempatkan mereka yang cedera. dilarang untuk tujuan komersil atau publisiti.

LAMBANG PALANG MERAH palang merah dalam latar belakang putih merupakan corak bendera Switzerland tetapi dengan warna yang terbalik. ia merupakan pengiktirafan terhadap sumbangan kerajaan Switzerland kepada pergerakan Palang Merah. sesetengah negara Islam enggan menerima lambang tersebut, tetapi Persatuan Bantuan Turki telah menggunakan lambang Bulan Sabit Merah. semenjak itu, banyak negara Islam turut menggunakan lambang tersebut. pada persidangan Antarabangsa Geneva 1929, lambang Bulan Sabit Merah diterima secara rasmi sebagai lambang alternatif kepada Palang Merah.

BULAN SABIT MERAH SEBAGAI LAMBANG ALTERNATIF KONVESYEN-KONVESYEN GENEVATAHUNKONVESYEN GENEVATUJUAN1864PertamaMemperbaiki keadaan anggota tentera yang cedera dan sakit dalam medan peperangan.1899KeduaMemperbaiki keadaan anggota tentera yang cedera, sakit dan terkandas di dalam laut.1929KetigaMengenai layanan orang-orang tawanan perang.1949KeempatMengenai perlindungan orang-orang awam semasa berlaku peperangan. Februari 1974, kerajaan Switzerland telah memanggil satu persidangan untuk membincangkan draf-draf tambahan. peruntukan tambahan ini diharap dapat mengawal bentuk-bentuk peperangan baru dengan lebih berkesan. hasilnya, protokol I dan II telah dimenteraikan pada Jun 1977.PERSIDANGAN DIPLOMATIK ANTARABANGSA (1974-1977) mengandungi 102 artikel. Tujuan, melindungi mangsa-mangsa Persengketaan Bersenjata Antarabangsa. Perkara yang disentuh ialah:

menambah perlindungan untuk pengangkutan perubatan termasuk kenderaan, kapal dan kapal terbang. hal-hal berkenaan orang-orang yang hilang atau terkorban. pengiktirafan dan layanan orang-orang tawanan. bantuan untuk orang awam. menambah perlindungan untuk orang awam daripada kesan-kesan permusuhan. menambahkan perlidungan untuk golongan tertentu seperti kaum wanita, kanak-kanak dan wartawan.PROTOKOL I mengandungi 28 artikel. Tujuan mewujudkan perlindungan bagi mangsa dalam Peperangan Bersenjata yang bukan Berbentuk Antarabangsa. Perkara yang disentuh ialah:

jenis-jenis layanan yang bersifat perikemanusiaan seperti menghormati orang yang tidak berperang, dilarang melakukan penyeksaan dan lain-lain. perlindungan untuk orang dan pengangkutan yang terlibat dengan bantuan perubatan dan keagamaan. perlindungan untuk objek-objek awam seperti tempat pertanian, empangan, bangunan keagamaan. peranan persatuan-persatuan Palang Merah/Bulan Sabit Merah dalam membantu mangsa peperangan.

PROTOKOL II