sejarah paper 3 form 5 bab 1

35
Format Perincian Markah penuh Pengenalan 1.Pengenalan Jelaskan maksud nasionalisme di Asia Tenggara 5 markah Isi dan huraian 2. Huraikan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara 30 markah 3. Huraikan perkembangan nasionalisme di Filipina dan Thailand 15 markah 4. Bagaimanakah semangat nasionalisme dapat dimanfaatkan bagi mengukuhkan kedaulatan negara 15 markah 5. Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh negara kita hasil daripada semangat nasionalisme di kalangan rakyat 10 markah 6. i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam mengekalkan kedaulatan negara ( 5 markah ) ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas ( 5 markah ) 10 markah 7. Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme daripada semangat nasionalisme demi mengekalkan kedaulatan negara kita 10 markah Kesimpulan 8. Rumusan Pengetahuan yang diperoleh. Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara. Harapan untuk mengekal serta mengisi kemerdekaan negara. 5 markah

Upload: janice-yizing

Post on 21-Oct-2015

665 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Sejarah

TRANSCRIPT

Format Perincian Markah penuh

Pengenalan 1.Pengenalan

Jelaskan maksud nasionalisme di Asia

Tenggara

5 markah

Isi dan huraian 2. Huraikan faktor-faktor kemunculan

nasionalisme di Asia Tenggara

30 markah

3. Huraikan perkembangan nasionalisme di

Filipina dan Thailand

15 markah

4. Bagaimanakah semangat nasionalisme

dapat dimanfaatkan bagi mengukuhkan

kedaulatan negara

15 markah

5. Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan

kejayaan yang dicapai oleh negara kita hasil

daripada semangat nasionalisme di

kalangan rakyat

10 markah

6.

i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh

Malaysia dalam mengekalkan kedaulatan

negara ( 5 markah )

ii. Nyatakan langkah-langkah untuk

mengatasi cabaran di atas  ( 5 markah )

10 markah

7. Nyatakan nilai-nilai

murni/iktibar/patriotisme daripada semangat

nasionalisme demi mengekalkan kedaulatan

negara kita

10 markah

Kesimpulan 8. Rumusan

Pengetahuan yang diperoleh.

Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara.

Harapan untuk mengekal serta mengisi

kemerdekaan negara.

5 markah

 

 

Format Aspek Perincian Markah PenuhPengenalan Memahami kehendak

tugasan soalan1.      Pengenalan

Jelaskan imperialisme Barat di Asia Tenggara

5 markah

Isi dan HuraianMemahami faktor-faktor imperialisme Barat.

2.      Faktor-faktor imperialisme di Asia Tenggara.Bincangkan faktor-faktor imperialisme Barat di Asia Tenggara.

30 markah

Menganalisis perubahan sistem politik di Asia Tenggara.

3.      Huraikan perubahan sistem politik yang berlaku di negara-negara berikut.

      (a)    Indonesia      (b)   Tanah Melayu

15 markah

Mengaplikasi matlamat Malaysia dalam usaha memajukan ekonomi negara.

4.      Langkah-langkah ke arah matlamat Malaysia memajukan ekonomi negara.Bincangkanlangkah-langkah yang diambil oleh Malaysia dalam usaha untuk memajukan ekonomi negara.

15 markah

Menilai kejayaan Malaysia dalam sektor ekonomi.

5.      Kejayaan Malaysia dalam sektor ekonomi di peringkat antarabangsa.Pada pendapat anda,sejauh mana kejayaan yang dicapai oleh Malaysia dalam sektor ekonomi di peringkat antarabangsa?

10 markah

Mencipta/menjana idea dalam usaha-

6.      Cabaran dan langkah menghadapi cabaran

10 markah

usaha menghadapi cabaran pada abad ke-21 bagi menjamin kemajuan ekonomi negara.

abad ke-21.    (a)    Jelaskan cabaran yang

dihadapi oleh Malaysia pada abad ke-21 bagi menjamin kemakmuran ekonomi negara.[5m]

    (b)   Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran tersebut.[5m]

Menghayati/menjana idea dalam usaha-usaha menghadapi cabaran pada abad ke-21 bagi menjamin kemajuan ekonomi negara.

7.      Nilai-nilai murni daripada perkembangan ekonomi negara.Nyatakan nilai-nilai murni atau iktibar yang diperoleh dalam usaha memajukan ekonomi negara di peringkat globalisasi.

10 markah

Kesimpulan Merumuskan secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan.

8.      Rumusan       Pengetahuan yang

diperoleh.       Iktibar kepada diri,bangsa

dan negara.       Harapan untuk masa

depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang.

10 markah

Pengenalan 

1. Jelaskan maksud nasionalisme di Asia Tenggara (5m)

       Perasaan cinta akan bangsa dan Negara       Gerakan membebaskan tanah air       Tidak terhad kepada  pembebasan kuasa politik sahaja       Juga pembebasan cengkaman ekonomi       Pembebasan kebudayaan asing

                                                                                        (5x1M=5M)2. Huraikan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Asia Tenggara (30 m)

1 .Dasar penjajah barat

  o        Menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat  o        Sistem birokrasi barat tidak beri peluang kepada rakyat tempatan 

         dalam pentadbiran moden  o        Rakyat kekal dalam ekonomi tradisional  o        Dasar ekonomi penjajah seperti tanaman paksa dan sistem

polo              menindas penduduk pribumi

  o        Penjajah mewujudkan jurang sosial dengan menganggap mereka          dalam kelas tersendiri

  o        Penjajah hanya layak bergaul sesama mereka dan elit tempatan  o        Dasar keterbukaan penjajah terhadap kemasukan imigran  o        Penguasaan imigran dalam ekonomi

2. Pengaruh Agama

  o        Dapat menyatukan rakyat tempatan  o        Kemunculan Gerakan Islah di Indonesia dan Tanah Melayu  o        Penubuhan persatuan Belia Buddha  o        Golongan agama pencetus nasionalisme  o        Gerakan Islah memperjuangkan pan Islamisme iaitu penyatuan

dunia          Islam menentang penjajah

  o        Agama Kristian  menyatukan penduduk Filipina menentang penjajah

  o        Penganut Kristian dianggap kelas kedua

3. Karya Kesusasteraan

  o        Media untuk menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan            akibat penindasan

  o        Di Filipina, novel Noli Me Tangere karya Jose Rizal  o        Di Indonesia, cerpen Kerikil-kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda

karya           Chairil Anuar

  o        Di Tanah Melayu, novel Putera Gunung Tahan karya Pak Sako

4. Sistem Pendidikan

       Sikap pilih kasih penjajah       Mengutamakan sekolah yang menggunakan bahasa penjajah       Memberikan pendidikan pada peringkat rendah, terhad kepada 

      golongan elit  dan penduduk Bandar

       Bertujuan untuk memecahkan perpaduan rakyat       Di Burma ,pendidikan sekular dan mubaligh ancaman kepada 

      sekolah Buddha       Di Tanah Melayu, lepasan sekolah vernacular sukar mendapat 

      pekerjaan

5. Kemunculan golongan intelektual

     Berpeluang melanjutkan pelajaran di barat dan Asia barat terdedah kepada idea falsafah barat dan Islam

     Mereka sedar penjajah tidak mentadbir tanah jajahan seperti mentadbir negara mereka sendiri

     Mereka memimpin gerakan nasionalisme setelah kembali ke tanah air

     Menuntut taraf hidup dibela dan meminta penjajah membebaskan Negara

6. Pengaruh Media massa

     Akhbar dan majalah menyebarkan idea nasionalis dan menanam perasaan anti penjajah

     Di Vietnam. akhbar Tribune Indigene dan Cloche Felee     Di Tanah Melayu, AlIkhwan, Saudara dan Warta Malaya

7. Sistem Pengangkutan dan perhubungan

     Kewujudan telefon dan telegraf memudahkan hubungan nasionalis     Pembinaan jalanraya dan keretapi menghubungkan kawasan yang 

terpisah     Memudahkan rakyat dan pemimpin bertemu dan berbincang 

idea nasionalisme

8. Pengaruh luar

     Kejayaan Jepun menewaskan China 1895 dan Rusia 1905     Membuktikan Negara kecil dapat menewaskan Negara besar     Perjuangan Mahatma Ghandi India     Memberi inspirasi kepada nasionalis di Asia Tenggara

                                   ( 50x 1markah = mak 30 markah)

3. Huraikan perkembangan nasionalisme di Filipina dan Thailand (15m)

Perkembangan Nasionalisme di Filipina 

                                                                                      Tahap 1

       Merupakan gerakan dakyah       Dipimpin oleh Jose Rizal       Disokong oleh golongan pertengahan berpendidikan barat       Menuntut Filipina dijadikan wilayah sepanyol       Bangsa Filipina diberikan hak yang sama       Bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara       Penubuhan Liga Filipina oleh Jose Rizal       Tujuan mendesak Sepanyol melakukan pembaharuan politik, 

ekonomi dan social       Sepanyol rasa terancam       Jose Rizal ditangkap, dibuang negeri ke Dapitan dan dibunuh

Tahap 2

      Bermula apabila Katipunan ditubuhkan oleh Andreas Bonifacio      Memulakan penentangan secara radikal      Matlamat menyatukan bangsa Filipina      dan mencapai kemerdekaan melalui revolusi      Katipunan menggunakan media cetak sebar fahaman revolusi      Kalayan akhbar rasmi

Perkembangan Nasionalisme di Thailand 

Tahap 1

       Bersifat anti penjajah      Merupakan kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik kerabat 

diraja      Penentangan terhadap raja berkuasa mutlak      Perkembangan sistem pendidikan barat      Pendedahan fahaman liberal , sistem demokrasi dan sistem raja

berperlembagaan      Kelemahan sistem pentadbiran      Sikap boros raja      Membawa kepada penubuhan Parti Rakyat 1932 oleh Nai Pridi

Panomyong dan Field Marshall Phibul Songgram      Parti Rakyat melancarkan Revolusi Thai 1932      Menamatkan sistem raja berkuasa mutlak

Tahap 2

      Disebabkan rasa tidak puas hati terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina

      Phibul Songram meluluskan undang-undang menyekat kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina

      Sekolah Cina dibubarkan      Akhbar Cina diharamkan      Penduduk pribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi      Jawatan tertinggi dalam kerajaan hanya untuk penganut agama 

Buddha      Menukar nama Siam kepada Thailand bermaksud tanah Bebas      Bekerjasama dengan Jepun      Berjaya mendapatkan semula wilayah di Indochina dan di Tanah 

Melayu

4. Bagaimanakah semangat nasionalisme dapat dimanfaatkan bagi mengukuhkan  kedaulatan Negara (15m)

      Sanggup berkorban demi kebaikan bersama      Bermusyawarah untuk mencapai kata sepakat      Menjaga nama baik negara      Menghargai perjuangan nasionalis silam      Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan      Mengisi kemerdekaan dengan kemajuan       Dengan memupuk semangat  juang yang kental      Tidak mudah berputus asa dalam menghadapi cabaran      Penerapan jati diri yang tinggi      Mengekalkan perpaduan antara kaum      Tidak mengamalkan diskriminasi antara kaum

      Meningkatkan taraf hidup rakyat      Bertolak ansur dalam politik

( Mana-mana jawapan munasabah ) (15x1=15M)

5. Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai

oleh 

negara kita hasil daripada semangat nasionalisme di kalangan rakyat

(10m)

       Dapat mengekalkan kestabilan politikDapat memacu ekonomi setanding dengan negara majuDapat mengurangkan kemiskinan tegarMelahirkan pemimpin yang berwibawa seperti Tun Dr.MahathirMelahirkan angkasawan negara iaitu Datuk Sheikh Muzafar

      Melahirkan ahli sukan bertaraf dunia seperti Datuk Lee Chong wei dan Datuk Nichol David

Mengeluarkan kereta nasional iaitu Proton Saga, MyV,       Dapat membina bangunan  pencakar langit seperti Menara 

Berkembar Petronas, KLIA, Menara kuala Lumpur      Dari segi telekomunikasi mewujudkan Koridor Raya Multimedia

Dapat membina Litar SepangDapat membina Pusat pentadbiran Putra jaya

                                                                                        (10x1=10)

6.  i. Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam 

mengekalkan kedaulatan negara (5m)

                   Masih wujud pertikaian antara kaum                    berlaku rasuah  dalam pentadbiran                   demonstrasi jalanan mengugat kestabilan negara                   masih belum berupaya menghapuskan kemiskinan                   Tidak menghayati Rukun Negara menyebabkan persaan tidak puas hati antara kaum                   Masalah sosial seperti dadah, Mat rempit  dan pembuangan bayi                    Terhakisnya jati diri di kalangan generasi muda                   Gangguan daripada pihak luar yang ingin menanguk di air yang keruh                                   ( 8 x1markah = max 5 markah)                                                                

ii. Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas (5m)

    Mewujudkan perpaduan antara kaum    Mengamalkan sikap bersih cekap dan amanah    Mengamalkan semangat patriotik/cinta akan negara    Mempunyai jati diri yang kukuh    Berpegang teguh kepada ajaran agama    Saling menghormati kebudayaan kaum lain    Merancang aktiviti yang boleh disertai oleh pelbagai kaum seperti

Sukan untuk semua dan perkhemahan    Menjadikan mata pelajaran  sejarah sebagai subjek wajib lulus

                                           ( 8 x1markah = max 5 markah)          

7. Nyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme daripada semangat 

nasionalisme demi mengekalkan kedaulatan negara kita (10m)

    Semangat kerjasama antara kaum                                                            

    Sikap toleransi antara kaum  Semangatkeberanian                                                                                  

    Semangat juang yang kental                                                                        Sanggup berkorban demi negara                                                             Perlu menguasai ilmu pengetahuan                                                             Gigih berusaha                      Negara kita tanggungjawab kita      Berwaspada terhadap kuasa luar       Menghargai jasa dan pengorbanan pejuang negara      Patuh kepada undang-undang       Kesetiaan yang tidak berbelah bagi        Sikap setiakawan         Menghayati Prinsip Rukun

Negara                                                                                                                                                                  (10x1=10m)

8. Kesimpulan/rumusan: (5m)

      Oleh itu, sebagai generasi selepas merdeka kita seharusnya menghargai perjuangan nasionalis silam.

      Kita sewajarnya berusaha untuk mempertahankan dan mengekalkan kedaulatan negara

      serta mengisi kemerdekaan dengan kemajuan untuk mencapai matlamat wawasan 2020

      Generasi muda perlu mempunyai jati diri yang tinggi                                   Tidak mudah dipengaruhi oleh kebudayaan asing untuk 

mengekalkan kedaulatan negara      Sebagai warganegara Malaysia, kita perlu menjadi modal insan

kelas pertama bertaraf dunia  bagi memacu ekonomi  negara      Kita perlu menguasai teknologi terkini dalam mengharungi arus

globalisasi                                                                                                         Harapan agar rakyat dapat mengekalkan perpaduan kaum dan meningkatkan pencapaian yang telah dilaksanakan

Bincangkan tentang gerakan nasionalisme di Indonesia  dan menghubungkaitkannya dengan kemajuan negara kita

PengenalanAspek :  Memahami latar belakang sistem  politik di Indonesia  (5 markah)Isi dan huraianMemahami : Perubahan sistem politik dan faktor-faktorkemunculan nasionalisme  di Indonesia

Sebelum kedatangan Belanda,Indonesia terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang berasingan seperti kerajaan Mataram  dan Kerajaan Bantam di Jawa. Kerajaan tersebut diketuai oleh raja dan dibantu oleh golongan pembesar. Pada peringkat pemerintahan tempatan, pentadbiran diketuai oleh pembesar daerah ataau bupati (di Jawa). Setelah menguasai Indonesia,Belanda membahagikan pentadabiran kepada dua, iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan.

2.Perubahan sistem politik dan  faktor-faktor kemunculan nasionalisme  di Indonesia(a) Jelaskan  perubahan  sistem politik semasa  pemerintahan kuasa Belanda 

     di Indonesia (10 markah)

Semasa pemerintahan kuasa Belanda di Indonesia,Belanda membahagikan pentadbiran kepada dua iaitu, pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan. Pentadbiran pusat diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral.Manakala pentadbiran tempatan pula dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan pengawasan pegawai Belanda.Belanda juga telah menubuhkan Jabatan Kerajaan antaranya Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian.Selain itu, penubuhan Dewan Tempatan adalah sebagai penasihat pentadbiran Belanda tetapi tiada kuasa perundangan.Akhirnya,Belanda telah menubuhkan  Volksraad yang merupakan Majlis Rakyat yang dianggap sebagai satu langkah kearah kemerdekaan .Penubuhannya hasil desakan Sarekat Islam.

(b) Huraikan faktor-faktor kemunculan nasionalisme di Indonesia ( 20 markah)

Menganalisis : Perkembangan  nasionalisme di Indonesia

Terdapat  beberapa faktor kemunculan nasionalisme di Indonesia.Antaranya ialah  pengaruh agama.Di Indonesia,kemunculan Gerakan Islah mampu menyatu padukan rakyat tempatan untuk menghadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan serta agama Kristian.Gerakan Islah ini telah memperjuangkan Pan-Islamisme, iaitu penyatuan dunia Islam  menentang penjajah Barat.Seterusnya,karya kesusasteraan yang terdapat di Indonesia  seperti cerpen Kerikil-kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda karya Chairil Anuar begitu berpengaruh.

Dari segi system pendidikan pula,Indonesia telah memberikan pendidikan kepada anak golongan priyayi secara tersendiri dan diasingkan daripada anak orang kebanyakan.Sikap pilih kasih yang diamalkan oleh kerajaan Belanda adalah untuk memecahkan perpaduan rakyat tempatan.Seterusnya,kemunculan golongan intelektual  yang merupakan pencetus kepada gerakan nasionalisme.Golongan ini yang berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan di Asia Barat telah didedahkan dengan falsafah Barat dan Islam.Pengalaman ini telah menyedarkan mereka betapa pihak penjajah tidak mentadbir tanah jajahan seperti mereka mentadbir negara mereka sendiri.Golongan inilah kemudiannya yang memimpin gerakan nasionalisme setelah kembali ke tanah air

.Di samping itu, pengaruh media massa seperti akhbar dan majalah telah menyemarakkan semangat nasionalisme di Indonesia.Akhbar dan majalah berupaya menyebarkan idea-idea nasionalis dan menanam perasaan antipenjajah kepada rakyat jelata.Perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan memainkan peranan dalam kemunculan  gerakan nasionalisme di Indonesia.Ini memudahkan rakyat dan pemimpin bertemu dan membincangkan idea-idea nasionalisme .Pengaruh luar turut mencetuskan semangat nasionalisme di Indonesia.Kejayaan Jepun menewaskan China pada tahun 1895 dan Rusia pada tahun 1905 telah membuka mata para nasionalis di Indonesia kerana keupayaan sebuah Negara kecil mengalahkan Negara besar.Faktor yang terakhir yang mampu mambangkitkan semangat nasionalisme ialah dasar penjajah Barat yang telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di  kalangan rakyat di Indonesia.Misalnya, Sistem Tanaman Paksa yang diperkenalkan di Indonesia jelas menindas penduduk peribumi.

3. Perkembangan nasionalisme di IndonesiaJelaskan perkembangan nasionalisme di Indonesia  (15markah)

Mengaplikasi : Langkah-langkah mengekalkan kemerdekaan Negara

Perkembangan nasionalisme di Indonesia pada tahap pertama bermula apabila para nasionalis memberikan sepenuh perhatian terhadap isu-isu pendidikan.Bagi mereka hanya pendidikan sahaja yang akan dapat mengubah nasib rakyat di Indonesia. Raden Adjeng Kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita.Karyanya Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawa telah mendedahkan kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan oleh penjajah Belanda.Perjuangannya telah memberikan inspirasi kepada pejuang-pejuang selepasnya untuk menubuhkan kerajaan lebih tersusun.Muhammadiyah merupakan pertubuhan yang terpenting pada tahap ini.Matlamat pertubuhan ini adalah untuk menyebarkan Islam yang sebenar dan menghindari ancaman sekularisme Barat serta agama Kristian.Pertubuhan ini banyak membina sekolah, klinik dan masjid.

Tahap kedua gerakan nasionalisme di Indonesia memperlihatkan perjuangan parti-parti politik radikal seperti Sarekat Islam (SI) , Parti Komunis Indonesia (PKI) dan Parti Nasionalis Indonesia (PNI). Pada tahap ini, parti-parti politik begitu lantang menuntut kemerdekaan Indonesia sekalipun dengan cara kekerasan.PNI di bawah pimpinan Soekarno begitu popular kerana perjuangannya dapat mempengaruhi rakyat Indonesia.Belanda yang semakin terdesak telah bertindak balas menangkap pemimpin yang radikal termsuklah Soekarno  dan mengharamkan PNI.

4. Langkah-langkah mengekalkan kemerdekaan negara Kemukakan  cadangan untuk mengekalkan kemerdekaan negara  (15 markah)

Terdapat beberapa langkah yang boleh dipraktikan untuk mengekalkan kemerdekaan Negara.Antara langkah-langkah tersebut ialah dengan remaja menyertai angkatan tentera.Tentera amat diperlukan pada setiap masa kerana peperangan boleh meletus secara tiba-tiba.Dengan kekuatan tentera yang hebat, kedaulatan negara dapat dipertahankan.Remaja perlulah sedia berkorban untuk bangsa dan negara.Selain itu,  perpaduan antara rakyat berbilang kaum merupakan pra syarat utama dalam mewujudkan sebuah negara yang benar-benar aman. Sebelum semangat perpaduan ini dapat disemai ke dalam jiwa semua rakyat, mereka haruslah memahami dam menghayati erti perpaduan. Rakyat yang bersemangat perpaduan bukanlah sekadar tahu mengeja dan menyebut perkataan perpaduan sahaja, malah mereka perlu menghalusi maksud tersirat perpaduan dan sedar akan peranan dan kepentingannya dalam kehidupan bermasyarakat. Hal ini demikian kerana kita perlu sedar bahawa negara yang telah merdeka tidak semestinya bermakna semangat perpaduan telah tertanam dalam jiwa kita. Ia telah terbukti apabila berlakunya Tragedi 13 Mei pada tahun 1969 yang melibatkan perselisihan faham antara kaum-kaum di Malaysia. Kejadian yang tidak disangka-sangka ini telah menyampaikan satu mesej yang negatif kepada kita. Ia mencerminkan masyarakat yang masih tidak menghargai keharmonian yang dinikmati selepas negara kita merdeka. Bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang kembali, usaha-usaha untuk memupuk semangat perpaduan perlu dilipatgandakan lagi. Antara langkah yang telah diambil ialah dengan mengintegrasikan murid-murid berbilang kaum dalam sebuah sekolah. Dengan cara ini, murid-murid dapat menyesuaikan diri untuk bergaul dengan rakan-rakan mereka yang berlainan kaum. Langkah yang diambil ini mampu meningkatkan keberkesanannya untuk memupuk semangat perpaduan yang tinggi dalam diri murid-murid berkenaan. Penyemaian semangat perpaduan yang dilakukan dari awal ini juga membolihkan murid-murid belajar untuk menghormati budaya dan agama kaum lain. Langkah awal ini diambil kerana pepatah Melayu ada mengatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, ternyata semangat perpaduan merupakan kunci keamanan dalam sesebuah negara.

Seterusnya, Disiplin perlulah dijadikan amalan oleh para remaja. Disiplin dapat melahirkan remaja yang berakhlak dan berbudi pekerti mulia.Remaja perlulah menyematkan disiplin dalam diri dengan cara menjadi lebih bertanggungjawab dan menepati masa sekaligus dapat menjadi warganegara yang berguna.Disiplin di kalangan remaja juga dapat dipupuk dengan menyertai institusi-institusi pengajian yang berasaskan ketenteraan seperti Maktab Tentera Diraja,Kolej Tentera Darat,Kolej

Tentera Udara dan Akademi Tentera Malaysia yang dapat membentuk sifat keperibadian yang unggul.

Di samping itu, dari aspek pendidikan pula, kerajaan telah melakukan usaha untuk mengekalkan kemerdekaan dengan memberi penekanan kepentingan kemerdekaan serta pendedahan kepada perjuangan pejuang kemerdekaan dalam memperjuangkan kebebasan Negara.Anak-anak muda perlu diajar menyelami kesukaran pejuang dahulu dan betapa peritnya kehidupan dibelenggu penjajah. Antara langkah yang diambil oleh kerajaan dalam hal ini adalah dengan penaiktarafan mata pelajaran Sejarah oleh Kementerian Pelajaran. Kerajaan juga mengumumkan bahawa mata pelajaran Sejarah bakal menjadi mata pelajaran wajib lulus bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013 dan dilaksanakan sebagai mata pelajaran teras mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) tahun berikutnya (Berita Harian, 2010).Akhir sekali, Remaja juga perlulah bersatu padu dan hidup dalam keadaan harmoni.Sejarah telah membuktikan bahawa bersatu padu amat penting dalam mengekalkan keamanan negara. Apabila semangat bersatu padu tiada,bukan sahaja negara bahkan tamadun yang hebat juga akan musnah seperti yang terjadi kepada tamadun Islam Uthmaniah di Turki dan Dinasti Ming di China pada suatu masa dahulu.Jadi semangat kekitaan perlulah dipupuk sejak dari awal demi menjamin kemerdekaan negara.

5. Kejayaan Malaysia kesan daripada kemerdekaan negara

Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh Malaysia kesan daripada kemerdekaan negara   (15 markah)Menilai  : Kejayaan Malaysia  kesan daripada kemerdekaan Negara

Setelah pengisytiharan kemerdekaan negara,Malaysia telah mencapai beberapa kejayaan dari pelbagai segi.Antara kejayaan yang diperoleh kesan daripada kemerdekaan Negara ialah bidang perusahaan automobil merupakan mercu kecemerlangan dalam mencapai kejayaan Malaysia.

Di Malaysia, terdapat dua buah syarikat yang menghasilkan kereta nasional iaitu Syarikat Holdings Bhd (PROTON) dan Syarikat Perusahaan Outomobil Kedua Sdn.Bhd (PERODUA). Syarikat PROTON berjaya mengeluarkan kereta Proton Saga pertama di Malaysia pada 9 Julai 1985. Kejayaan ini telah menandakan bahawa negara Malaysia berupaya mengeluarkan kereta sendiri setanding kereta asing. Melalaui syarikat PERODUA pula, kereta yang dihasilkan termasuklah Kancil, Kenari, Kelisa, Myvi , Viva dan lain-lain. Teknologi industri berat yang diusahakan oleh rakyat Malaysia membolehkan kereta nasional dieksport ke luar negara seperti Australia, Singapura, United Kingdom dan sebagainya. Hasil eksport kereta nasional menyumbang besar dalam pendapatan negara. Contohnya, pada tahun 2006, Malaysia telah mengeksport 20,675 unit kereta penumpang ke luar negara yang telah menambahkan hasil Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) dengan jumlah RM 554.9 juta.

Selain itu, pembinaan bangunan pencakar langit seperti Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar PETRONAS merupakan bangunan mercu tanda kemajuan negara di Malaysia. Kedua-dua bangunan tersebut terletak di Kuala Lumpur. Menara Kuala Lumpur dibina pada tahun 1995. Menara ini mempunyai bentuk yang tirus dan ketinggiannya ialah 421 meter. Reka bentuk menara ini banyak dipengaruhi oleh seni bina Islam dan berfungsi sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi. Bagi bangunan Menara Berkembar PETRONAS, bangunan ini merupakan menara kembar tertinggi di dunia yang mempunyai ketinggian 452 meter. Menara Berkembar PETRONAS direka oleh arkitek Cesar Pelli dan disiapkan pada Mac tahun 1996. Menara ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang unik dan pertama kali digunakan di Malaysia. Jika

berlaku bencana alam seperti gempa bumi, menara ini akan condong mengikut tiupan angin kencang hingga 1.5 meter. Ciri-ciri  istimewa menara ini telah menjadi destinasi pelancongan dan menarik banyak pelancong asing melancong ke negara Malaysia sepanjang tahunSeterusnya, Malaysia juga melangkah maju ke era teknologi angkasa lepas apabilakita berjaya melancarkan dua satelit Malaysia Asia Timur iaitu MEASAT Idan MEASAT II pada bulan September 2000. Malaysia juga melancarkan mikrosatelit yang pertama ,iaitu TIUNG SAT ke angkasa lepas. Pelancaran satelit ini menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara ASEAN yang mempunyai satelit angkasanya sendiri. Kejayaan pelancaran ini merupakn permulaan kepada teknologi penerokaan angkasa lepas pada 10 Oktober 2007. Sememangnya, program penghantaran angkasawan negara yang pertama telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia. Program ini telah menjadi pemangkin kepada seluruh rakyat Malaysia untuk belajar mata pelajaran sains dan teknologi. Oleh itu, Dr Sheikh Musazaphar Shukor Sheikh Mustapha berperanan sebagai “Duta Angkasa Malaysia” untuk menyebarkan ilmu sains angkasa ke sekolah-sekolah di seluruh Negara Melalui program tersebut, pelajar sekolah dapat menimba ilmu sains tentang angkasawan dan memupuk minat mereka untuk menceburi dalam bidang angkasawan.Di samping itu,kemajuan dalam bidang pengangkutan dan perhubungan juga menempa nama Malaysia di seantero dunia. Di Malaysia, terdapat system pengangkutan yang terkenal seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA), Sistem Transit Ringan(LRT), KTM, PUTRA, monorail, LebuhRaya Utara-Selatan dan Terowong SMART. KLIA ialah lapangan terbesar dinegara Malaysia dan merupakan salah satu penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara. KLIA telah terpilih sebagai lapangan terbang yang pertama sekali di dunia untuk dianugerahkan Sijil Airport Service Quality(ASQ) yang diberi daripada Airport Council International(ACL). Selain itu, sistem pengangkutan seperti Sistem Transit Ringan(LRT), KTM, monorail dan PUTRA menjimatkan masa,wang dan tenaga kepada pengguna dan pelancong asing menuju ke destinasi mereka. Perkembanga  teknologi yang semakin canggih membolehkan Terowong SMART dibina di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Terowang SMART merupakan lencongan air yang terpanjang di Asia Tenggara dan mempunyai struktur jalan dan perparitan yang sepanjang 9.7 kilometer.

Pembinaan terowong ini bertujuan untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur.Akhir sekali,pemain-pemain sukan di Malaysia juga mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Pemain sukan wanita yang terkenal di Malaysia ialah Nicol Ann David. Nicol ialah pemain skuasy Malaysia yang pernah menjadi pemain skuasy wanita nombor satu di dunia. Beliau juga merupakan orang Asia pertama yang menjuarai kejohanan Remaja Dunia sebanyak dua kali. Pada Jun 2008, kerajaan Malaysia telah menganugerahkan Darjah Bakti(DB) kepada Nicol Ann David untuk menghargai pencapaiannya dalam bidang skuasy. Selain bidang skuasy, nama pemain badminton di Malaysia juga terkenal di dunia, khasnya Lee Chong Wei. Lee Chong Wei merupakan seorang pemain badminton professional di Malaysia. Dia selalu menyertai pertandingan badminton di dalam atau di luar negara Malaysia dengan keputusan yang cemerlang. Contohnya, semasa Sukan Konmawel 2006 yang diadakan di Melbourne,Australia, Lee Chong Wei berjaya mendapat kejohanan dalam acara badminton. Selain itu, dia juga merupakan salah seorang pemain badminton yang mewakili Malaysia untuk menyertai Sukan Olimpik 2008 di China dalam acara badminton. Peningkatan pencapian yang cemerlang oleh pemain-pemain sukan berjaya menempa nama Malaysia di seantero dunia.

6.Cabaran Malaysia bagi menjamin kedaulatan Negara

Menjana idea  untuk menghadapi cabaran bagi menjamin kedaulatan Negara

(a) Jelaskan  cabaran yang dihadapi Malaysia  bagi menjamin       kedaulatan negara ( 5markah)

Cabaran yang dihadapi Malaysia bagi menjamin kedaulatan Negara ialah para pelajar akan kerap ponteng sekolah kerana tidak berminat untuk belajar dalam sesuatu subjek.Selain itu,remaja pada hari ini lebih gemar berlumba haram di jalan raya yang mampu membawa kepada kemalangan jalan raya.Seterusnya, rasuah akan semakin berleluasa disebabkan pelaksanaan undang-undang yang tidak ketat.Di samping itu,pelajar-pelajar akan terlibat dengan kes membuli.Akhir sekali,demonstrasi jalanan akan kerap terjadi disebabkan ketidakpuashatian masyarakat dalam sistem pentadbiran sesebuah syarikat.

(b) Nyatakan  langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas   ( 5 markah)

Langkah-langkah untuk menghadapi cabaran di atas ialah kerajaan perlulah memberikan pendidikan sepanjang hayat kepada para pelajar agar mereka tidak merasa bosan untuk belajar.Selain, itu, ibu bapa perlulah memberikan kasih sayang yang secukupnya terhadap anak-anak kerana anak-anak yang baik lahir daripada sebuah keluarga yang memberi  kasih sayang sepenuhnya terhadap anak-anak mereka.Di samping itu, didikan agama perlulah diberikan dengan sebaiknya agar anak-anak dapat mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk.Seterusnya, undang-undang perlulah diperketatkan dan dilaksanakan agar kes-kes jenayah seperti rasuah tidak berleluasa.Akhir sekali, pelaksanaan ceramah yang mampu menyedarkan masyarakat sangatlah penting dalam menjamin kedaulatan Negara.

7.Penerapan  nilai murni/iktibarNyatakan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme yang dapat diterapkan daripada perjuangan nasionalis demi memajukan negara  kita Malaysia    (10 markah)Menghayati nilai murni /iktibar/patriotisme daripada perjuangan nasionalis demi memajukannegara  kita Malaysia

KesimpulanMerumus  secara keseluruhan  isi yang telah dibincangkan

Nilai-nilai murni yang dapat diterapkan daripada prjuangan nasionalis demi memajukan Negara kita Malaysia adalah sikap kerjasama.Kerjasama ini penting dalam membangunkan sesebuah Negara terutamanya Negara yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum.Selain itu,perpaduan antara kaum penting dalam membangunkan sesbuah Negara.Di samping itu, semangat jati diri perlu ada dalam diri setiap individu walau dimana sahaja kita berada.Seterusnya, sifat kasih sayang di antara satu sama lain perlulah diterapkan dalam diri setiap insane.Nilai lain pula ialah bersyukur.Rakyat Malaysia perlulah bersyukur dengan keamanan yang dikecapi oleh  amlaysia dan berharap agar berkekalan.Keadilan terutamanya dalam sistem pentadbiran tanpa mengira kaum,bangsa mahupun agama.Nilai seterusnya ialah,sebagai rakyat Malaysia,kita disarankan untuk memanfaatkan keamanan Negara agar kekal aman dan harmoni tanpa berlaku pertelingkahan.Nilai berdikari pelu ada dalam diri individu untuk memsatikan kita yakin dengan segala yang kita lakukan.Kita perlulah berwawasan dalam setiap hal agar mampu dipercayai orang lain.Malaysia memiliki rakyat yang berbilang kaum,oleh itu,sikap toleransi penting untuk mengekalkan keamanan dalam Negara.Akhir sekali, kita disarankan untuk mengekalkan keamanan yang dikecapi oleh Malaysia pada hari ini agar Malaysia mampu setaraf dengan Negara maju yang lain.

8 Rumusan*Pengetahuan  yang diperoleh*Iktibar kepada diri ,bangsa dan negara*Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih  cemerlang   (5 markah)

Berdasarkan keseluruhan,amatlah penting terhadap Malaysia untuk mengapai keharmonian dan keamanan dalam menggapai kemajuan Negara.Oleh itu,rakyat Malaysia yang memiliki kaum terbesar iaitu Melayu,Cina dan India perlulah bersatu padu agar Malaysia kekal aman dan setanding dengan Negara maju yang lain.Malaysia mampu untuk mencapai sebuah Negara maju menjelang wawasan 2020 besesuaian dengan kehendak bekas Perdana Menteri ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohammad.Dengan kemajuan yang dikecapi,rakyat akan dapat mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan dan mampu melahirkan rakyat yang berdidiplin.Kita perlulah berdoa dan berharap agar Malaysia tidak terlibat dengan anasir-anasir negative yang mampu mengugat kestabilan politik yang dicapai oleh Malaysia pada era ini.

1. Senaraikan keistimewaan AT yang mendorong barat menjalankan dasar

imperialismenya di rantau tersebut?

( Ruj : Buku teks Sejarah Tingkatan 5 ms 5 )

Tema Huraian

Strategik Kedudukan yang strategik

Terletak Terletak di antara China dan India

Pasaran Menjamin pasaran yang luas

Tanah Tanah yang subur

Kaya Kaya dengan bahan mentah

2. Nyatakan kesan perkembangan dalam sistem perhubungan dan

pengangkutan terhadap perluasan imperialisme Barat di AT?

( Ruj : Buku teks Sejarah Tingkatan 5 ms 6 )

Tema Huraian

Muatan Kapal wap mampu membawa muatan lebih banyak

Cepat Mempercepatkan perjalanan antara timur dan barat

Jarak Memendekkan jarak perjalanan antara timur dan barat

Mudah Urusan perniagaan menjadi lebih mudah

Pesat Perdagangan antara bangsa menjadii lebih pesat

3. Jelaskan nilai yang dipegang oleh kuasa Barat hingga menyebabkan

persaingan antara mereka untuk menguasai negara-negara di Asia Tenggara

( Ruj : Buku teks Sejarah Tingkatan 5 ms 7 )

Tema Huraian

Beban Slogan beban orang putih

Dakwa Mendakwa mereka lebih maju dan bertamadun

Tugas Slogan tugas menyebarkan tamadun

Mentamadun Mereka bertanggungjawab mentamadunkan orang Timur

Mubaligh Mubaligh Kristian bertanggungjawab menyebarkan agama kristian kepada penduduk tanah jajahan

4. Nyatakan ciri-ciri umum sistem birokrasi barat yang diperkenalkan di negara-

negara AT?

( Ruj : Buku teks Sejarah Tingkatan 5 ms 8 )

Tema Huraian

Pusat Penubuhan kerajaan pusat hasil penyatuan wilayah

Gabenor Pelantikan Gabenor Jeneral

Biro Perlaksanan pentadbiran melalui biro

Pegawai Pegawai Barat sebagai ketua biro

Undang-undang Pengenalan undang-undang Barat

5. Jelaskan sistem Encomienda yang diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina ? ( Ruj : Buku teks Sejarah Tingkatan 5 ms 9 )

Tema Huraian

Encomiendero Pemerintah dikenali sebagai encomiendero

Aman Menjaga keamanan

Cukai Mengutip cukai yang tinggi

Kristian Mengkristiankan penduduk

Kerahan Menjalankan kerahan tenaga

6. Nyatakan perubahan-perubahan politik yang diperkenalkan oleh Belanda dalam

sistem pemerintahan tradisional tempatan di Indonesia?

( Ruj : Buku teks Sejarah Tingkatan 5 ms 9 )

Tema Huraian

Pusat Pentadbiran pusat diketuai Gabenor Jeneral

Tempatan Pentadbiran tempatan dikendalikan pembesar tempatan

Jabatan Penubuhan jabatan kerajaan seperti Pelajaran dan Pertanian

Dewan Penubuhan Dewan Tempatan sebagai penasihat

Volksraad Penubuhan Volksraad sebagai Majlis Rakyat

7. Nyatakan sistem pemerintahan di Burma sebelum penjajahan British.

( Ruj : Buku teks Sejarah Tingkatan 5 ms )

Tema Huraian

Dinasti Sistem pemerintahan beraja di bawah Dinasti Konbaung

Raja Raja sebagai ketua pemerintah

Hluttaw Terdapat Hluttaw atau Majlis Diraja

Wun Di pusat terdapat Wun ( Pegawai Tinggi kerajaan )

Myothugyi Di peringkat Bandar terdapat Myothugyi ( Ketua Bandar )

8. Berikan kesan akibat daripada penguasaan British selepas Perang Inggeris-Burma III

( Ruj : Buku teks Sejarah Tingkatan 5 ms 10-11 )

Tema Huraian

Kuasai British mengusai seluruh Burma

Konbaung Dinasti Konbaung berakhir

PJT Pesuruhjaya Tinggi British menjadi pemerintah tertinggi

Daerah Pentadbiran daerah diambil alih oleh Myo-ok

Undang-Undang Sistem undang-undang Barat diperkenalkan

9. Jelaskan perubahan pentadbiran yang dilakukan oleh British di Tanah Melayu.

( Ruj : Buku teks Sejarah Tingkatan 5 ms )

Tema Huraian

NNS Pembentukan Negeri-Negeri Selat 1824

Gabenor Gabenor merupakan pemerintah tertinggi NNS

Residen Di NMB, Sistem Residen diperkenalkan

Penasihat Di NMTB, British memperkenalkan Sistem Penasihat

Raja Raja atau Sultan hanya berkuasa dalan soal adat dan agama Islam

10. Nyatakan dasar-dasar penjajahan Barat yang mendorong kemunculan

semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat negara-negara Asia Tenggara

( Ruj : Buku teks Sejarah Tingkatan 5 ms 14-15 )

Tema Huraian

Birokrasi Sistem birokrasi Barat tidak memberi peluang yang sewajarnya kepada penduduk tempatan

Ekonomi Dasar ekonomi penjajah menindas penduduk pribumi

Jurang Mewujudkan jurang sosial dengan hanya bergaul dengan golongan bangsawan sahaja

Imigran Dasar kemasukan imigran yang menguasai ekonomi

Kekal Rakyat tempatan terus kekal dalam ekonomi tradisional

11. Nyatakan dasar-dasar pendidikan penjajah hingga timbul perasaan tidak puashati di

kalangan rakyat negara-negara Asia Tenggara?

( Ruj : Buku teks Sejarah Tingkatan 5 ms 16 )

Tema Huraian

Pilih Sikap pilih kasih menyediakan kemudahan Pendidikan

Bahasa Mengutamakan sekolah yang menggunakan bahasa penjajah

Rendah Pendidikan tahap rendah dan terhad kepada golongan elit dan penduduk bandar

Priyayi Anak golongan Priyayi diasingkan dan diberi pendidikan tersendiri

Sekular Memperkenalkan pendidikan sekular dan mubaligh

12. Huraikan faktor-faktor yang mendorong kemunculan nasionalisme di Asia

Tenggara?

( Ruj : Buku teks Sejarah Tingkatan 5 ms 14-16 )

Tema Huraian

Dasar Dasar Penjajahan Barat

Agama Pengaruh agama

Sastera Karya Kesusasteraan

Pendidikan Sistem Pendidikan

Intelek Kemunculan golongan intelektual

13. Sebutkan ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap pertama di Asia Tenggara?

( Ruj : Buku teks Sejarah Tingkatan 5 ms 18 )

Tema Huraian

Terbuka Penentangan secara terbuka

Setempat Bersifat setempat

Organisasi Tidak berorganisasi

Isu Isu kebudayaan, agama dan hak pribumi

Pimpin Dipimpin golongan pertengahan berpendidikan Barat dan Asia Barat

14. Nyatakan ciri-ciri nasionalisme tahap kedua di Asia Tenggara.

( Ruj : Buku teks Sejarah Tingkatan 5 ms 18 )

Tema Huraian

Radikal Lebih radikal dan berorganisasi

Pimpin Dipimpin golongan yang berpendidikan dan berpengetahuan luas dalam bidang kebudayaan barat

Matlamat Matlamat perjuangan lebih jelas

Tuntut Menuntut kemerdekaan

Sendiri Membentuk kerajaan sendiri

15. Jelaskan perkembangan gerakan nasionalisme di Indo China

( Ruj : Buku teks Sejarah Tingkatan 5 ms )

Tema Huraian

Mandarin Gerakan awal dipelopori oleh golongan bangsawan dan Mandarin

Barat Golongan menengah memperjuangkan pendidikan Barat

VNQPH VNQPH melancarkan pemberontakan

Penjara Phan Boi Chau dipenjarakan

Radikal Perjuangan menjadi radikal

16. Mengapakah gerakan nasionalisme di Thailand berbeza daripada gerakan

nasionalisme negara lain di Asia Tenggara?

( Ruj : Buku teks Sejarah Tingkatan 5 ms 22 )

Tema Huraian

Gelisah Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh kerabat diraja

Mutlak Penentangan terhadap sistem raja berkuasa mutlak

Lemah Kelemahan sistem pentadbiran diraja

Boros Sikap boros Raja Vajiravudh

Ekonomi Tidak puas hati dengan penguasaan ekonomi orang Barat dan orang Cina