sejarah mealyu.docx

32
0 KRB3063 : PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU TAJUK TUGASAN A KUMPULAN UPSI 10 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON NORMA BT MAT SALLEH D20102042556 019-9894381 Bincangkan kekuatan karya Sejarah Melayu sebagai karya agung berdasarkan ciri-ciri yang berikut : Pemikiran ( mesej dan isi) Estetika dan Kepengarangan Nilai Budaya dan Pandangan Hidup

Upload: nana-al-yahya

Post on 01-Jan-2016

656 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sjatah

TRANSCRIPT

Page 1: SEJARAH MEALYU.docx

0

KRB3063 : PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU

TAJUK TUGASAN A

KUMPULAN

UPSI 10

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. ID NO. TELEFON

NORMA BT MAT SALLEH D20102042556 019-9894381

NAMA TUTOR E-LEARNING : Dr. BAZRUL B. BAHAMAN

TARIKH SERAH :

Bincangkan kekuatan karya Sejarah Melayu sebagai karya agung berdasarkan ciri-ciri yang berikut :

Pemikiran ( mesej dan isi) Estetika dan Kepengarangan Nilai Budaya dan Pandangan Hidup

Page 2: SEJARAH MEALYU.docx

1

ISI KANDUNGAN

Kandungan Halaman

Pengenalan 2

Aspek Pemikiran 3

Estetika Dan Kepengarangan 6

Nilai budaya / Pandangan Hidup 12

Page 3: SEJARAH MEALYU.docx

2

PENGENALAN

Sejarah Melayu ditulis oleh Tun Sri Lanang. Nama sebenar Tun Sri Lanang ialah Tun

Muhammad. Tun Sri Lanang dilahirkan di Bukit Seluyut, Johor pada tahun 1565. Beliau ialah

pembesar istana berketurunan bendahara-bendahara kerajaan Melayu Melaka dan Johor

Lama. Beliau menjadi Bendahara Paduka Raja antara tahun 1580 dan 1615. Menurut

Windstedt, Sejarah Melayu ditulis oleh Tun Sri Lanang  mulai bulan Februari 1614 dan siap

pada tahun 1615. Beliau ialah anak kepada Paduka Raja Tun Ahmad, Temenggung Johor dan

ibunya, Tun Ganggang. Beliau juga merupakan cucu kepada Bendahara Sri Maharaja Tun

Mutahir iaitu bendahara kerajaan Melayu Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah

dan cicit kepada Tun Kudu iaitu bekas permaisuri Sultan Muzaffar Syah. Beliau terlibat dalam

perancangan menawan semula Melaka pada tahun 1586, 1587, dan tahun 1606. Beliau juga

menyusun pertahanan Johor bagi menghadapi serangan Portugis dan Acheh. Sebagai contoh,

beliau  telah mengatur perjanjian dengan Admiral Matelief pada 23 September 1606 untuk

mempertahankan Johor daripada serangan Acheh.

Sulalatus Salatin telah ditulis oleh Tun Sri Lanang atas arahan Yang Dipertuan di Hilir,

Sultan Abdullah Ma’ayah Shah. Tun Sri Lanang kemudiannya menulis karya yang diberi nama

Sulalatus Salatin iaitu Pertuturan Raja-raja. Sulalatus Salatin menceritakan jurai keturunan raja-

raja Melayu yang bermula daripada penaklukan Iskandar Zulkarnain hingga ke zaman Sultan

Alauddin Riayat Syah. Dalam Sulalatus Salatin banyak menceritakan kezaliman raja, cara hidup

masyarakat dahulu kala yang menganggap raja sebagai berkuasa mutlak. Di samping itu,

terselit juga kisah-kisah rakyat yang boleh dijadikan panduan kepada semua. Contohnya kisah

Hang tuah, Singapura dilanggar todak, kisah Badang memperoleh gagah dan sebagainya.

Terdapat banyak nilai dan pengajaran yang boleh diambil daripada kisah-kisah ini.

Page 4: SEJARAH MEALYU.docx

3

Aspek Pemikiran

Sejarah Melayu atau Sulalat-us salatin ditulis dalam zaman Islam seperi hasil-hasil sastera

yang kita warisi dari zaman silam, seperti Hikayat Sang Boma atau Hikayat Seri Rama yang

mengisahkan penghujung zaman peradaban Hindu dan permulaan serta perkembangan

peradaban Melayu dalam zaman Islam merupakan kisah-kisah yang membawa ethos dan

world-view zaman peralihan itu.

Kedatangan Islam sendiri diceritakan dalam bentuk mitos, iaitu sultan yang memerintah

diislamkan dalam mimpi selepas bertemu Nabi Muhammad (s.a.w) dan adakalanya telah sedia

berkhatan. Kita tahu ini berlawanan dengan ajaran Islam yang menjauhi hal-hal yang tahyul.

Tetapi kenapakah diceritakan dengan jalan mitos? Ini juga memerlukan jawapan yang ilmiah

bukan setakat jawapan orang Melayu suka berkhayal. Cerita Kitul dan Raja Mundaliar(orang

India Hindu, bukan orang Melayu Islam) yang membawa fitnah bukanlah menggambarkan nilai

korupsi dalam peradaban Melayu Islam atau Hindu, tetapi adalah gambaran bagaimana

lemahnya manusia, terutama sekali apabila hidupnya menjadi kompleks.

Penyebaran Islam sendiri oleh makhdum-makhdum dari atas angin tidak sunyi daripada dikritik

dalam Sejarah Melayu seperti yang dilihat pada episod Tun Mai Ulat Bulu. Tetapi ini tidak

bermakna bahawa semua penyebar agama mencari kekayaan di negeri bawah angin.

Sejarah Melayu lebih merupakan kitab yang memaparkan perubahan sosial di kalangan

manusia Melayu. Struktur sosial peradaban Melayu telah mantap apabila Islam masuk ke dalam

Melayu. Adat istiadat diraja pun diatur, dan Islam telah diletakkan pada struktur yang sedia ada

dengan perubahan kepada makna. Kestabilan masyarakat tidak disentuh kerana ideologi Islam

diterima walaupun tidak dipraktikkan seratus peratus dan kemungkinan mempraktikkan seratus

peratus tetap ada kerana sepanjang masa itu tidak kurang pula para pemikir dan pendakwah

Islam di rantau ini menyebarkan ajaran Islam yang benar. Jadi pada satu pihak kita dapati

struktur sosiopolitik yang tidak berubah, kegiatan ekonomi juga tidak terjejas, corak hidup yang

pada bahagian besar bersambung seperti dahulu dan yang cuma berubah ialah ethos dan

world view yang dibawa oleh Islam.

Page 5: SEJARAH MEALYU.docx

4

Begitu juga dengan aspek pemikiran yang lain seperti tahap intelektualisme orang-orang

Melayu yang tinggi dapat dilihat melalui peristiwa-peristiwa yang terdapat di dalam Sejarah

Melayu.

Penulis amat tertarik kepada muslihat atau tipu helah yang terdapat dalam Sejarah Melayu.

Selain itu, sejauh manakah sumbangan muslihat atau tipu helah ini dalam Sejarah Melayu?

Mengapakah ia dianggap penting ? Apakah kesannya kepada kesarwajagatan, kekayaan,

keabadian dan kebenaran atau lebih teliti lagi berdasarkan kebijaksanaan (wisdom) kefasihan

(eloquent), keanggunan (elegant), keadilan (justices) dan kebenaran (truth) dalam Sejarah

Melayu.

Peristiwa-peristiwa yang terdapatnya unsur muslihat dalam beberapa bab iaitu cetera pertama,

cetera kelima, cetera keenam, cetera kelapan, cetera ketiga belas, cetera kelima belas, cetera

ke dua puluh tujuh berdasarkan karya agong. Sejarah Melayu diselenggara oleh W.G.

Shellabear.

Berdasarkan penelitian saya, muslihat yang digunakan dalam Sejarah Melayu ini lebih

memperlihatkan kebijaksanaan , kesabaran, berpandangan jauh, teliti, tindakan dan kata-

katanya yang pada setiap pengucapnya itu tergolong daripada orang bawahan (rakyat atau

pembesar) dan tidak datangnya akal yang bernas itu daripada keturunan raja-raja walaupun

ada cuma segelentir sahaja.. Hal ini menjelaskan bahawa, rakyat juga mempunyai otak yang

geliga berbanding orang yang berkuasa. Yang membezakan antara rakyat dan raja itu adalah

berdasarkan waadat yang pernah termeterai di Bukit Siguntang.

Keseluruhan daripada teks Sejarah Melayu ini banyak dipengaruhi oleh unsur waadat di antara

Demang Lebar daun dan Sang Sapurba yang terkandung di dalamnya tentang kesetiaan dan

kepatuhan rakyat terhadap rajanya. Sama ada di pihak rakyat atau raja itu jika ingkar turut

menerima padahnya. Biar apa pun kesetiaan dan kepentingan kepada sesuatu perkara itu

mencetuskan tipu helah yang akhirnya membawa kepada kebaikan dan keuntungan kepada

pihak raja atau negeri.

Pertama : Peristiwa perjalanan hendak menakluk Negeri China. Iaitu Raja Suran telah

membatalkan rancangannya menakluk China kerana terpedaya dengan muslihat yang

dipersembahakan oleh Raja Cina yang menghantar orang-orang tua, pohon bidara yang sudah

Page 6: SEJARAH MEALYU.docx

5

berbuah, jarum berkarat yang memperlihatkan betapa jauhnya negeri China dari Singapura.

Konsepnya – Keupayaan berfikir secara kritis membuatkan negeri China terselamat daripada

ditakluki oleh Raja Suran.

Kedua: Peristiwa Tatal dan menarah kepala Budak iaitu Betara Majapahit menghantar utusan

ke Singapura dengan satu bingkisan sekeping tatal tujuh depa panjangnya, ditarah tiada putus

dan nipisnya seperti sehelai kertas yang digulung seperti subang. Manakala Raja Singapura

pula membalasnya dengan menarah kepala budak dengan menggunakan beliung kalang.

Konsepnya – menunjukkan kepandaian dengan cara tersembunyi tanpa melibatkan

peperangan.

Ketiga: Peristiwa Badang beradu kekuatan dengan Benderang di satu majlis keramaian.

Peristiwa itu secara tidak langsung menguji sejauh mana keupayaan Badang dan Benderang

sebelum memulakan peraduan yang sebenarnya. Dalam majlis itu, tindih menindih peha di

antara kedua-duanya telah berlaku. Konsepnya – Melihat keupayaan seseorang musuh itu

sebelum benar-benar beradu kekuatan dan dengan cara itu, maruah dapat dijaga jika gagal

dalam peraduan tersebut.

Keempat: Peristiwa Raja Pasai ditipu dan ditawan. Raja Pasai telah diculik dan dijadikan

pengembala ayam. Oleh itu, Sidi Ali Ghiathudin telah memberikan pelbagai persembahan

hingga akhirnya Raja Pasai dapat dibebaskan oleh Raja Syahrun Nuwi. Konsepnya –

Pemberian pelbagai persembahan sebenarnya merupakan tipu helah termakan budi dan

akhirnya orang yang menerima sesuatu pemberian itu tidak dapat menggelakkan daripada

membalasnya kelak.

Kelima: Peristiwa kebijaksanaan Tun Perak iaitu semasa peperangan dengan Siam, segala

anak dan isteri parajurit telah dibawa bersama dan mengikat puntung api di akar pokok kayu

bakau bagi memperlihatkan jumlah askar Melaka lebih ramai daripada Siam. Konsepnya –

Mengelakkan sebarang perasaan takut atau ingin cabut lari kerana dengan cara ini, semua

askar yang berperang akan berjuang berhabis-habisan mempertahankan anak dan isteri. Juga

kebijaksanaannya menyelamatkan Melaka daripada kuasa Siam.

Keenam: Peristiwa perhubungan dengan China iaituTun Perpatih Putih memperlihatkan

kebijaksaannya dengan memakan sayur kangkung yang tidak dipotong untuk melihat dengan

Page 7: SEJARAH MEALYU.docx

6

jelas Raja China. Konsepnya – Kebijaksanaannya ini menguntungkan kerana dapat melihat

dengan jelas Raja China tanpa dikenakan sebarang hukuman.

Ketujuh: Peristiwa perkahwinan Tun Kudu dan dengan Seri Nara Diraja. Sultan Muzaffar Syah

telah menceraikan Tun kudu kerana mahukan Tun Perak menjadi bendahara menggantikan

Seri Nara Diraja. Konsepnya – Perlantikan Tun Perak tidak meninggalkan sebarang perasaan

kecil hati di antara pengikut Seri Nara Diraja.

Kelapan: Peminangan Puteri Gunung Ledang. Hantaran yang dikenakan mustahil dapat

diperolehi. Konsepnya – Menolak kemahuan Sultan dengan bijaksana

Estetika Dan Kepengarangan

Istilah estetika berasal dari bahasa Latin “aestheticus” atau bahasa Yunani “aestheticos”

yang bersumber dari kata “aithe” yang berarti merasa. “Estetika dapat didefinisikan sebagai

susunan bahagian dari sesuatu yang mengandung pola. Pola mana mempersatukan bagian-

bagian tersebut yang mengandung keselarasan dari unsur-unsurnya, sehingga menimbulkan

keindahan.” (Effendy, 1993)

Terdapat beragam ajaran klasik mengenai estetika yang perlu dimuatkan sebagai

landasan penelitian ini, namun sebisa mungkin tidak terlalu menyimpang jauh dari tujuan

komunikasi dan metod analisis, sebagai berikut.

Pandangan Plato tentang keindahan dapat dibagi menjadi dua. Yang satu tentang dunia

idea, sedangkan yang lain nampaknya lebih membatasi diri pada dunia yang nyata. Pandangan

kedua menyatakan bahawa yang indah dan sumber segala keindahan adalah yang paling

sesderhana, yang dimaksud “sederhana” adalah bentuk dan ukuran yang tidak diberi batasan

lebih lanjut berdasarkan sesuatu yang “lebih sederhana” lagi. Oleh sebab itu, keindahan seperti

ini bersifat terpilah-pilah. Keindahan seperti ini hanya dapat ditunjukkan, misalnya warna merah.

Kendatipun, yang majmuk juga dapat dialami sebagai sesuatu yang indah, jika tersusun secara

harmonis berdasarkan sesuatu yang betul-betul sederhana.

Pandangan lainnya yang mendekati pandangan kedua dari Plato tersebut adalah dari

Aristoteles yang menyebutkan bahwa keindahan menyangkut keseimbangan dan keteraturan

Page 8: SEJARAH MEALYU.docx

7

ukuran, yakni ukuran sesuatu bahan. Pandangan ini, menurut Aristoteles, berlaku untuk benda-

benda alam ataupun untuk karya seni buatan manusia. Karya seni yang dibicarakan Aristoteles

terutama karya sastra dan drama. Ia membicarakan karya drama terutama dalam bentuk

tragedi seperti dipentaskan diiringi dengan musik dan tarian, titik pangkal pandangan Aristoteles

ialah bahawa karya seni harus dinilai sebagai suatu tiruan dunia alamiah dan dunia manusia.

 Pengertian berikutnya yang lebih membukakan jalan bagi perkembangan moden,

adalah beberapa rumusan keindahan yang datang dari Thomas Aquinas. Menurut beliau,

“keindahan berkaitan dengan pengetahuan; kita menyebut sesuatau indah jika sesuati itu

menyenangkan mata sang pengamat, dan mencoloknya peranan subjek.”

Estetik Dalam Gaya Bahasa

Dalam teks hikayat, unsur-unsur keindahan bahasa diaplikasikan untuk menyalurkan

pemikiran dan pandangan terhadap sesuatu tema dan persoalan.. Unsur bahasa dalam

sesebuah teks hikayat tidak secara langsung menjadi cerminan jati diri penulis kerana khalayak

dapat mengenali diri pengarang melalui penggunaan gaya bahasa dalam teks yang

dihayati. Antara beberapa contoh unsur bahasa yang sering didapati dalam teks hikayat ialah

metafora, personifikasi, simile, hiperbola, simbolik, repitisi dan sebagainya. Unsur bahasa ini

digunakan dalam teks hikayat bagi menimbulkan keindahan luaran dan kepelbagaian maksud

cerita. Seni keindahan bahasa atau estetik dalam sastera hikayat dapat diperhatikan melalui

gambaran perlukisan taman-taman, kejelitaan puteri, keindahan pakaian dan sebagainya oleh

pengarang teks hikayat.

Dapat diperhatikan pada petikan di atas keindahan dalaman dan luaran yang hendak

disampaikan oleh pengarang. keindahan luaran yang meliputi estetik bahasa digambarkan

melalui penggunaan unsur-unsur dan gaya bahasa dan penyampaian bahasa. dalam petikan

Hikayat Indraputra di atas, terdapat penggunaan gaya bahasa metafora, iaitu pada perkataan

"laut berahi". Selain itu terdapat juga penggunaan gaya bahasa repetisi, iaitu pengulangan

Page 9: SEJARAH MEALYU.docx

8

perkataan "maka" dalam Hikayat Indraputra tersebut. Repetisi yang digunakan oelh pengarang

V.I Braginsky menjelaskan bahawa frasa-frasa yang akan diawali dengan kata penghujung

"maka" dalam Hikayat Melayu, disifatkan seakan-akan mencontohi model umum sastera naratif

Arab Parsi yang bersifat prosa. Unsur keindahan dalaman pula meliputi estetik perutusan

tergambar pada pemikiran pengarang yang sejajar dengan kebenaran, iaitu antara ajaran Islam

dengan realiti.

Dalam Sejarah Melayu, penggunaan simile yang digunakan oleh Tun Seri Lanang memberikan

nilai estetik yang tersendiri kepada Sejarah Melayu. Dalam ayat dibawah, penggunaan simile

yang digunakan oleh pengarang menimbulkan keindahan dengan membandingkan dengan

benda lain yang mempunyai perumapaan yang lebih menarik yang membawa maksud yang

sama. Perkataan ’seperti’ yang digunakan menunjukkan penggunaan gaya bahasa simile dalam

karya agung Sejarah Melayu dan menimbulkan nilai keindahan pada karya tersebut.

'Seperti ular berbelit-belit lakunya'

                                                                                                                    (Sejarah Melayu. hlm

175)

'Baginda pun melambung-lambung dirinya seperti ayam disembelih'                                             

(Sejarah Melayu, hlm 176)

Selain itu, penggunaan gaya bahasa hiperbola dalam sesebuah karya agung mampu

menjadikan karya tersebut indah. Hiperbola merupakan sesuatu perlabangan yang berlebihan.

Dalam Hikayat Merong Mahawangsa, pengguanaan hiperbola dimasukkan bagi

memperhebatkan lagi penceritaan tentang mitos dan kehebatan peperangan antara garuda dan

anak raja Rom itu sendiri. Hiperbola diperlihatkan ’ maka geruda pun datanglah seperti ribut

taufan yang besar..’ bagi menunjukkan kehebatan serangan daripada burung garuda tersebut.

Dengan itu, penceritaan lebih indah dengan menggunakan unsur hiperbola tersebut dengan

menjadikan penceritaan lebih hebat.

 

Estetik Dalam Nilai Keislaman  

Page 10: SEJARAH MEALYU.docx

9

Estetika Islam juga turut ditonjolkan dalam kebanyakkan karya agung Melayu. Unsur keindahan

ini dapat dilihat pada setiap permulaan sesebuah karya agung.

“Al – bikru fil – qawmi ahra la – hum syarban”

                                                                                      (Sejarah Melayu, hlm 196)

“Al bahabbatu bainun manfiyyun , wa’i- ‘syqu fiqrun manfiyyun”.

                                                                                      (Sejarah Melayu, hlm 194)

Petikan di atas memperlihatkan keindahan pada penggunaan bahasa Arab bagi menunjukkan

estetika keislaman. Karya agung banyak dipengaruhi dengan Islam kerana pengarang pada

masa tersebut menerima pengaruh daripada bahasa asing seperti bahasa Arab. Dari segi

struktur luaran petikan di atas, gaya bahasa yang digunakan dalam petikan tersebut

menggunakan bahasa Arab. Kata-kata pujian diperindahkan dengan unsur-unsur alam ciptaan

tuhan. Dari segi struktur dalaman pula dapat dilihat daripada aspek maknanya, iaitu puji-pujian

kepada Allah dan Nabi Muhammad. Dalam Sejarah Melayu, Tun Seri Lanang memasukkan

banyak kata-kata dan bidalan Arab di dalam teksnya yang menunjukkan unsur keisalaman.

Ungkapan Arab yang digunakan menambahkan nilai estetik dalam karya tersebut.

Estetik dalam wit dan humor

Selain daripada itu, dalam karya agung turut dimasukkan unsur- unsur wit dan humor

yang menjadikan sesebuah karya agung tersebut hebat dan mempunyai nilai estetika yang

tesendiri. Wit dan humor yang dimasukkan dalam penceritaan karya agung memberi nilai

estetika kepada karya agung yang dikarang. Dalam Sejarah Melayu misalnya, Tun Seri Lanag

memasukkan teknik wit dan humor sekaligus mencantikkan keindahan dalam karya tersebut.

‘ Tun Pepatih Putih menghadap Negara China. Ia makan kangkung pada masa mengangkat

kangkung itu keatas ia dapat melihat raja China dengan nyatanya’.

(Sejarah Melayu, hlm 95)

Wit adalah sesuatu yang berkaitan dengan akal, budi, fikiran atau kecerdasan otak

dalam melakukan sesuatu perkara. Teknik penceritaan yang disampaikan oleh Tun Seri Lanang

Page 11: SEJARAH MEALYU.docx

10

mampu memberi nilai estetik dari segi pemikiran dan kecerdasan otak yang mempunyai akal

dalam membuat sesuatu perkara supaya tidak diketahui umum. Pengarang tidak menceritakan

secara teru dan menggunakan unsure wit yang dimasukkan menjadikan penceritaan tersebut

lebih indah.

‘ Ada seorang keeling, Miaruzu namanya, ikut askar Melaka melanggar Haru. Ketika ia hendak

buang air, bertemu dengan seekor kambing randuk, kerana takut, ia menyangka kambing itu

askar Haru, ia lari tunggang-langgang. Perbuatan ini menggemparkan askar-askar Melaka,

Miaruzul memberitahu:

“Kita bertemu Haru tua, kita hudap ia Zughul, kita zughul ia hudap”. Tetapi bila disiasat

ternyatalah hanya seekot kambing randuk.  Peristiwa itu melucukan lalu dibuat pantun mellaui

kata-kata Miaruzul itu

(Sejarah Melayu)

Humor ialah perbuatan yang menimbulkan kelucuan. Dalam Sejarah Melayu terdapat

unsure-unsur humor yang diceritakan oleh pengarang. Humor mempunyai nilai estetika dan

memberi keindahan kepada sesebuah karya agung. Dalam petikan diatas dinyatakan sebagai

terdapat keindahan unsur humor kerana seorang keling itu dengan perasaan takut tersebut

sehingga menganggap seekor kambing ranuk dibayangkan sebagai askar Haru sednagkan itu

adalah jauh bezanya. Teknik humor yang digunakan pengarang mampu untuk memberikan nilai

estetik kepada sesebuah karya agung itu sendiri.

Estetik Dalam Kebudayaan Melayu

Nilai estetika bukan sahaja dapat dilihat dari segi bahasa, pemikirannya semata-meta.

Unsur-unsur adat istiadat Melayu yang diperlihatkan dalam sesebuah karya menjadikan karya

tersebut lebih indah. Nilai keindahan Melayu merupakan sebuah nilai estetika dalam sesebuah

karya. Dalam karya agung seperi Hikayat hang Tuah dan Sejarah Melayu banyak memasukkan

kebudayaan dan adat istiadat Melayu serta diselitkan beberapa buah pantun bagi

mengindahkan lagi sesebuah karya. Terdapat banyak peraturan yang berbentuk adat istiadat

dalam Sejarah Melayu yang menimbulkan nilai estetikanya  dalam karya tersebut.

Page 12: SEJARAH MEALYU.docx

11

‘ Adat istiadat diraja yang disusun oleh Sultan Muhammad Syah mengandungi larangan

kekuningan, hak memakai perhiasan emas, cara pemakaian ketika menghadap raja, paung

putih untuk raja, paying kuning untuk anak raja, tatacara menjunjung duli, peratura perarakan

bergajah menghantar dan menerima surat dan utusan, adapt mengurniakan gelaran, adapt raja

menyambut hari raya, adapt raja bersiap-siap kerana menyamut sesuatu perayaan dan adapt

menyambut malam 27 haribulan Ramadhan.

(Sejarah Melayu, hlm 56-61)

‘Sultan Mahmud Syah mengadakan adat mengurniakan usungan kepada Bendahara dan

Laksamana.’

(Sejarah Melayu, hlm 140)

‘Sultan Alaudin Riayat Syah mengadakan hukum potong tangan bagi kesalahan mencuri.’

( Sejarah Melayu, hlm 129)

                    Adat istiadat yang dinyatakan dalam Sejarah Melayu memberikan nilai estetik

kepada penulisan karyanya. Adat istiadat Melayu yang diceritakan dalam Sejarah Melayu

dengan pelbagai adat memberi nilai keindahan dalam kehidupan Melayu. Kehidupan Melayu

yang memperjuangkan adat Melayu dalam setiap perkara yang dilakukan menunjukkan

keindahan adat tersebut. Misalnya, dalam cara pemakaian sekalipun terdapat adatnya yang

tersendiri.

Menurut pendeta Za’ba, pantun ialah karangan berangkap yang benar-benar asal

ciptaan orang Melayu. Melalui pantun, mereka dapat meluahkan perasaan dengan perkataan

yang lebih halus dan pantun mempunyai nilai estetiknya yang tersendiri. Berdasarkan teks –

teks diatas, kebudayaan Melayu mampu untuk menimbulkan nilai sesebuah estetik dalam

sesebuah karya agung itu sendiri. Nilai estetik dilihat dari pemakaian pantun dan enceritaan

tentang adapt istiadat Melayu menjadikan karya tersebut lebih indah.

            Demikianlah beberapa unsur estetika dalam bentuk kesenian teater tradisional Melayu

yang suatu masa dahulu begitu mendominasi dalam kehidupan masyarakat. Karya-karya agung

yang ditulis oleh pengarang-pengarang hebat menjadi sumber rujukan kepada masyarakat

Page 13: SEJARAH MEALYU.docx

12

kerana adanya unsur estetik dalam penghasilan karya tersebut. Tidak dapat dinafikan bahawa

estetika yang terkandung dalam karya agung inilah yang telah menarik juataan pembaca untuk

terus mengkaji karya-karya agung.

            Estetika ialah ilmu yang membahaskan tentang keindahan dan kesenian. Bidang

penelitiannya meliputi keindahan dan seni, nilai-nilai retorika, suasana hati dan lain-lain yang

ada hubungan dengan nilai-nilai kecantikan. Keindahan atau estetik meliputi pelbagai aspek.

Manusia yang benar-benar mengkaji dengan teliti akan dapat merasai keindahan dalam

sesebuah karya sastera. Setiap keindahan yang dizahirkan melalui bahasa mampu menarik

perhatian khalayak pembaca untuk terus menikmati karya tersebut. Sesungguhnya karya agung

Melayu sememangnya kaya dengan nilai estetika dan keindahan yang tinggi

Nilai budaya / Pandangan Hidup

 

Menerusi Sejarah Melayu, kebudayaan masyarakat Melayu turut diselitkan oleh pengarangnya

untuk tatapan khalayak pembaca. Gambaran tentang adat istiadat istana dan masyarakat

Melayu purba di Melaka seperti pantang larang di istana, adat memakai pakaian kuning, adat

menyambut bulan Ramadhan dan pelbagai lagi.

“Syahadan bagindalah yang pertama-tama meletakkan “kekuningan larangan”; tidak dapat

dipakai orang keluaran, dan diambil akan sapu tangan; dan tiada dapat dibuat tepi tabir dan

ulasan bantal besar dan tilam... Dan larangan berbuat rumah bermanjungan bertiang gantung,

tiada terletak ke tanah; dan bertiang terus dari atap, dan peranginan; dan jikalau perahu,

bertingkat berpenghadapan, dan tidak dapat orang memakai penduk dan teterapan keris,

sebesar-besar orang keluaran tiada dapat bergelang kaki emas, dan jikalau berkeroncong emas

berkepala perak tiada boleh.”

                                               (Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 74)

                                                                                                                                                        

Di samping itu, pengarang Sejarah Melayu juga turut mempersembahkan kepada pembaca

perihal istiadat perkahwinan Diraja Johor-Pahang.

“Setelah genaplah empat puluh hari empat puluh malam berjaga-jaga itu, kepada keesokan

harinya, maka Raja Omar dan Raja Fatimah pun dihiasi oranglah dengan pakaian kerajaan

yang bertatahkan ratna mutu intan baiduri. Setelah itu maka Raja Omar pun dinaikkan orang ke

Page 14: SEJARAH MEALYU.docx

13

atas gajah, Tun Nara Wangsa di kepala, dan Tun Mat Ali, anak Laksamana Hang Nadim di

buntut, maka diaraklah dengan selengkap alat kerajaan dan dengan segala bunyi-bunyian,

gendang, serunai, nafiri...”

                                             (Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 300)

Selain itu, pengarang turut menggambarkan hubungan individu sesama masyarakat

dalam penulisannya. Sebagai contoh, sikap hormat menghormati. Umpamanya, seorang rakyat

tetap mematuhi perintah ketua atau pembesar. Contohnya apabila mengetahui yang Bendahara

Tun Mutahir akan dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah, pengikut-pengikut beliau cuba

menentang pembunuhan ini. Walau bagaimanapun, penentangan tersebut dihalang oleh Tun

Mutahir kerana tindakan tersebut dianggap menderhaka. Akhirnya, pengikut-pengikut beliau

tidak jadi menentang.

Sultan Melaka pada waktu itu juga sangat menghormati golongan ulama. Hal ini dapat

dilihat semasa Sultan Mahmud Syah ingin berguru dengan Maulana Yusoff. Ulama tersebut

tidak membenarkan Sultan Mahmud Syah datang menemuinya dengan menunggang gajah.

Dengan perasaan hormat, baginda akur dengan permintaan gurunya.

Pandangan dan falsafah hidup bangsa Melayu banyak sekali diungkapkan oleh

masyarakat ketika itu. Hal ini demikian kerana, masyarakat Melayu begitu kaya dengan

keindahan bahasa yang diperturunkan dalam bentuk puisi. Bentuk puisi yang dikarang adalah

seperti pantun, syair dan seloka serta nyanyian. Puisi-puisi yang terdapat di dalam Sejarah

Melayu mempunyai unsur-unsur tersirat yang bertujuan memuji atau sebaliknya menyindir.

Misalnya, kota sepenampang di Pahang yang terbakar belum dibersihkan sisa kebakarannya.

Lalu, diciptakan nyanyian oleh penduduk setempat.

Kota Pahang dimakan api,

Sampai ke tepi hampir titian,

Bukan kularang kamu berlaki,

Bukan begini perjanjian.

                                             (Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 239)

Kebanyakan puisi yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada peristiwa yang berlaku.

Contohnya seperti pantun di bawah,

Teluk Itik dari Senggora,

Page 15: SEJARAH MEALYU.docx

14

Pandan terletak dilangkahi,

Darahnya titik di Singapura,

Badannya terhantar di Langkawi.

                                                         (Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 68)

Pantun ini terhasil ekoran daripada peristiwa hukuman bunuh terhadap Tun Jana Khatib.

Hal ini berpunca daripada perasaan iri hati Paduka Seri Maharaja terhadap beliau yang dituduh

cuba menggoda Raja Perempuan dengan memperlihatkan kemahirannya menilik pohon pinang

sehingga terbelah dua. Semasa beliau dibunuh, satu kejadian aneh telah berlaku iaitu darahnya

menitik setitik manakala badannya ghaib.

Selain itu, turut terselit puisi berbentuk seloka. Seloka ini dihasilkan ekoran peristiwa

Singapura dilanggar todak.

Carek baju dilompati todak,

Baharu menurut kata budak.

         (Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 68)

Terdapat juga puisi yang dibuat oleh masyarakat ketika itu untuk memuji golongan

pembesar dan raja. Tetapi ianya disampaikan dalam bentuk nyanyian. Contohnya:

Pada suatu hari raja Maluku meminjam kuda pada Maulana Yusuf, itulah dibuat orang

nyanyian:

Raja Maluku meninjam kuda,

Meminjam kuda pada Maulana,

Tuanku nyawa orang muda,

Arif bertambah bijaksana.

(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 180)

Di sebalik pujian, terdapat juga sindiran yang ditujukan kepada golongan pemerintah.

Contohnya pantun dan seloka ini:

“Asa-asaan gigi si Mambang, hendak makan ikan;

Dalam telaga lagi bertelur, sisiknya gilang gemilang.”

Page 16: SEJARAH MEALYU.docx

15

Maka di sahut oleh bunga tanjung, katanya:

“Dang Nila memangku puan,

Berembang buah pedada,

Adakah gila bagimu tuan,

Burung terbang dipipiskan lada.”

Maka dijawab oleh bunga telipuk:

“kuning Ledang bagai dikarang,

Riang-riang disambar wakab,

Hairan memandang dunia sekarang,

Bayang-bayang hendak ditangkap.”

(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 214)

Seloka dan pantun ini sebenarnya bertujuan untuk menyindir Sultan Mahmud yang ingin

berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang. Oleh hal yang demikian, terbuktilah bahawa puisi-

puisi yang dihasilkan ini sebenarnya menggambarkan pujian atau sindiran kepada golongan

pemerintah selain menggambarkan peristiwa yang berlaku.   

Masyarakat Melayu begitu kaya dengan budaya dan budi pekertinya. Hal ini telah

berjaya digambarkan oleh Tun Seri Lanang dalam karyanya, Sejarah Melayu. Adat istiadat

Diraja turut dimuatkan dalam karangan beliau bagi memperlihatkan kedaulatan Raja-raja

Melayu.

 Isi Dan Pesanan

Karya ulung seperti Sejarah Melayu membentangkan alam yang cukup luas dalam

penulisannya. Hasil tulisan pengarang telah berjaya membawa khalayak pembaca merentas

kawasan setempat dan kawasan Nusantara sehingga mereka mampu menerokai dunia-dunia

lain, alam maya dan tidak ketinggalan juga dunia kayangan. Manusia yang memenuhi ruang

hikayat ini tidak hanya datang dari kawasan Nusantara dan dari dunia manusia biasa lain

seperti Rom, India, China dan Dunia Arab, bahkan juga turut melangkau sempadan para dewa

Page 17: SEJARAH MEALYU.docx

16

dan dewi ataupun makhluk super-manusia. Isi yang terkandung dalam karya ini sarat dengan

kepelbagaian episod, peristiwa dan kejadian. Melaluinya, kita dapat melihat kisah untung nasib

dan gelagat para raja, putera-puteri yang elok rupa parasnya, tiada tolok banding dengan

manusia lain, para hulubalang yang gagah perkasa serta para dewa dan dewi dari kayangan

yang membawa tuah dan kuasa ajaib kepada manusia biasa. Selain itu, kita juga dapat

menonton kisah peperangan, persengketaan istana, kekejaman, peristiwa fitnah, hasad dengki

dan akibatnya, malapetaka. Melalui pengamatan dan pengalaman yang dilalui oleh pengarang

semasa hayatnya, panorama ceritera yang sangat besar dan luas itu menjadi landasan kepada

pengarang untuk diketengahkan ke dalam penulisan. Dalam erti kata lain, pengarang

mengangkat hal-hal yang berlegar di sekitar kehidupannya untuk dijadikan tema atau fokus

utama penulisan.

Pengarang Sejarah Melayu telah mengangkat kisah kebesaran dan kekuasaan raja atau

kerajaan Melayu. Bagi memastikan pemerintah digeruni oleh raja-raja lain di dunia ini, raja

Melayu itu mesti diberikan kuasa yang luar biasa. Untuk tujuan ini, mitologi digunakan sebagai

sumber kuasa raja. Tidak dapat dinafikan bahawa teks-teks sejarah Melayu pada kurun ke-14

hingga ke-19 mempunyai unsur-unsur mitologi. Karya sejarah dalam bentuk babad atau susur

galur biasanya ditulis atas titah sultan, bertujuan untuk memuji pemerintah atau

mempromosikan kepentingan dan pandangan keluarga penaung. Apabila seorang pengarang

babad memasukkan suatu cerita ajaib atau mitos dalam karyanya, sudah tentu ada sesuatu

maksud atau mesej yang cuba disampaikan. Oleh hal yang demikian, kita sebagai pembaca

perlu memahami makna maklumat tersebut dan mesej yang hendak dikemukakan.

Dalam Sejarah Melayu, terdapat juga beberapa cerita mengenai asal usul raja-raja

Melayu. Raja Melayu dikatakan berasal daripada Iskandar Zulkarnain, raja besar bangsa

Yunani, beragama Islam, iaitu yang beriman dengan agama tauhid Nabi Ibrahim.

“A’lam ketahui olehmu, kepada zaman dahulukala, dan pada masa yang telah lalu, kata

yang empunya ceritera, bahawa Raja Iskandar, anak Raja Durab, Rom bangsanya,

Makaduniah nama negerinya, Zul-Karnain gelarannya...”

                                                         (Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 4)

Selain asal usulnya yang luar biasa, tema keagungan kerajaan Melayu-Islam ini

dikembangkan lagi dengan memaparkan kepintaran orang Melayu yang menandingi kepintaran

rakyat China sehingga raja China memilih raja Melaka sebagai menantunya. Selain itu, turut

Page 18: SEJARAH MEALYU.docx

17

dimuatkan kisah raja China yang gering dan tidak dapat diubati oleh tabib China. Hanya setelah

meminum air basuhan kaki raja Melaka, iaitu menantu raja China, penyakit baginda sembuh.

Hal ini tidak lain tidak bukan bertujuan untuk menggambarkan kekuasaan, kebesaran dan

keagungan raja beserta kerajaan yang dinaunginya.  

Nilai Ilmu

Ilmu merupakan salah satu unsur kehidupan intelektual terpenting. Kadar perkembangan dan

penyebaran ilmu pada pandangan umum menunjukkan darjah kemajuan kesedaran sosial dan

perkembangan masyarakat. Apabila ilmu kuat dan penting dalam masyarakat Melayu dan

mempengaruhi kehidupan manusia, hal ini pasti tercermin di dalam penulisan pengarang.

Kajian yang dilakukan ke atas sumber sejarah Melayu, khususnya sejarah Melayu Islam

menjelaskan bahawa di dalamnya terdapat banyak maklumat yang berkaitan dengan ilmu.

Semua bahan yang dirakamkan di dalamnya boleh dibahagikan kepada beberapa kategori:

1.      Istilah umum

2.      Bidang ilmu

3.      Para ilmuwan, karyawan, pengarang (penyalin), guru dan orang alim yang lain

4.      Karya ilmiah dan buku, serta sistem pengajaran dan pelajaran

5.      Unsur-unsur ilmiah / tekstologi dalam teks-teks sejarah

Dalam kategori “istilah umum”, pelbagai kata dan definisi berkaitan ilmu, pelajaran, pengajaran,

karangan, daya cipta dan lain-lain dimasukkan ke dalam penulisan karya. Misalnya, ilmu, kitab,

karangan, cerita, buku, membaca, mengajar, guru, mursyid, murid, intiha, konon, kabar

(khabar), kaul dan sebagainya. Istilah-istilah tersebut mempunyai makna yang sangat luas dan

digunakan dalam pelbagai bidang kehidupan intelektual. Jika diteliti dalam karya agung Sejarah

Melayu, antara kosa kata yang ditemukan ialah ilmu, alkisah, kitab, cerita (ceritera), kabar

(khabar), kaul, membaca, mengajar (ajar), mengarang (karang, karangan), mengaji, alim, murid

dan guru.

Kebanyakan istilah umum yang terdapat dalam teks kebanyakannya berasal daripada

bahasa Arab. Akan tetapi, kata-kata Arab ini sudah terserap ke dalam bahasa Melayu dan

dianggap sebagai kosa kata bahasa Melayu. Melalui penggunaan kata-kata ilmiah yang

pelbagai bentuk dan banyak bilangannya, hal ini dapat mencerminkan dan membuktikan

bahawa pengarang dan pembaca pada masa itu mahir dalam definisi ilmiah dan juga bahasa

Arab. 

Page 19: SEJARAH MEALYU.docx

18

Bagi kategori bidang ilmu pula, dalam teks-teks karya agung ada disebutkan beberapa

bidang ilmu. Dalam Sejarah Melayu, terkandung beberapa tulisan tentang ilmu falsafah

(didaktik, tasawuf, akhlak), ilmu agama (fardhu ain, ilmu tafsir, ilmu tilawah, ilmu usuludin), ilmu

sejarah, ilmu fiqah (syariah, ilmu hukum), ilmu bahasa (etimologi, saraf, nahu), ilmu perubatan

tradisional dan pelbagai lagi.

Kategori para ilmuwan juga turut tercatat dalam karangan Sejarah Melayu. Antara orang

atau pelaku yang disebut berkaitan dengan ilmu ialah khatib, haji, sayyid (syed dari tanah

Mekah), syeikh, mursyid, makhdum, kadi dan maulana. 

         “Maka makhdum pun dibawa baginda naik gajah, lalu dibawa ke istana baginda. Maka

bendahara dan segala orang besar-besar pun masuk agama Islamlah. Maka segala orang

Melaka kecil besar semuanya disuruh raja masuk Islam sekalian. Maka raja pun berguru pada

makhdum Sidi ‘Abdul Aziz.”

(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 51)

“Sebermula pada masa itu kadi di Melaka Kadi Yusuf namanya, cicit pada Makhdum Sayid

‘Abdul Aziz yang mengislamkan segala orang Melaka. Maka Kadi Yusuf tiada berguru pada

Maulana Abu Bakar kerana ia terlalu ‘alim. Sekali persetua Kadi Yusuf hendak pergi

sembahyang Jumaat maka lalu betul pintu Maulana Abu Bakar. Tatkala itu Maulana Abu Bakar

ada berdiri di pintunya. Maka dilihat oleh Kadi Yusuf akan Maulana Abu Bakar dikeliling oleh

cahaya seperti sumbu dian yang dikelilingi apinya. Demikian rupanya. Maka Kadi Yusuf pun

segera berlari datang menyembah pada Maulana Abu Bakar. ... Maka Kadi Yusuf pun berguru

pada Maulana Abu Bakar. Maka Kadi Yusuf pun jununlah. Maka ia lalu memecat dirinya

daripada kadi.”   

(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 100)

“... Maulana Abu Bakar turun dari atas kapal membawa kitab Durr Manzum...Maka Sultan

Mansur pun berguru pada Maulana Abu Bakar...banyak ilmu diperolehlah baginda. Maka Sultan

Mansur Syah Durr Manzum itu disuruh baginda ertikan ke Pasai.”

(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 98)

Page 20: SEJARAH MEALYU.docx

19

“... bertanyakan suatu masalah Segala isi syurga itu kekallah ia dalam syurga dan bagi isi

neraka itu kekallah ia dalam neraka? ... Maka kata Tun Makhdum Muda “Isi syurga kekallah ia

dalam syurga, isi neraka kekal dalam neraka”... kerana sabit dengan dalil Qur’an “mereka itu

kekal dalam syurga selama-selamanya.”

         (Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 98-99)

           

Semua nama yang disebutkan dalam petikan di atas merupakan tokoh Islam. Para

ilmuwan tersebut adalah sangat berwibawa dan pangkatnya tinggi dalam masyarakat Melayu

Islam khususnya. Golongan ini juga turut memberi pelbagai nasihat kepada raja dan anak-

anaknya, mengajar sultan dan orang besar-besar, mengepalai musyawarah, membantu

mencapai muafakat dalam perdebatan dan konflik dan lain-lain lagi.

Dalam teks Sejarah Melayu, terdapat banyak maklumat tentang karya ilmiah dan agama

yang diajarkan dan dibaca dalam masyarakat Melayu. Buku-buku tersebut berkaitan dengan

ilmu agama, falsafah, fiqah, sejarah, bahasa dan sebagainya. Kitab yang sering disebutkan

ialah al-Quran al-Azim dan pelbagai Surahnya. Contohnya, 

... Maka belayar pula nakhoda Ismail. Berapa lamanya maka sampai kepada sebuah negeri

pula Thobri (Lamri) namanya. Maka orang Thobri itu pun masuk Islam. Maka kafir pun naik ke

darat membawa al-Qur’an. Maka disuruhnya baca pada orang Thobri itu surat itu. Seorang pun

tiada dapat membaca dia.  

(Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 56)

Alkisah maka tersebutlah perkataan seorang pendita, Maulana Abu Ishak namanya, terlalu

faham pada ilmu tasauf... Maka dikarangnya sebuah kitab dengan dua bahasa, suatu bahasa

zat, kedua bahasa sifat; dinamainya Duri’l-mazlum.

                                              (Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 156-157)

Berdasarkan kepada beberapa pecahan nilai ilmu yang telah dipaparkan dalam Sejarah

Melayu, hal ini dengan jelas menunjukkan ciri penting keagungan karya agung Melayu terletak

pada ketamadunan ilmu yang dipancarkan oleh karya itu. Melaluinya, pengarang telah berjaya

memperlihatkan keupayaan dan keterbukaan mindanya untuk menyerap ilmu dan nilai baru,

yang dipelajari daripada Islam, untuk menilai dan memperkukuh tradisi bangsanya. Mantera

mula diganti dengan doa, berguru kepada orang pertapa diganti dengan berguru kepada syeikh

Page 21: SEJARAH MEALYU.docx

20

atau makhdum, adat dan tradisi keadilan Melayu digandingkan dengan keadilan menurut

hukum Allah dan pelbagai lagi. Inilah proses perkembangan ilmu yang dipaparkan dalam

Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu.    

Teknik Kepengarangan

Jika diteliti isi kandungan Sejarah Melayu, pengarangnya dilihat sebagai seorang intelek Melayu

yang berminat kepada sejarah dan suasana pergolakan politik di Melaka waktu itu. Selain itu,

pengarang amat berminat membaca berbagai-bagai naskhah hikayat daripada kesusasteraan

asing yang diterap daripada kesusasteraan Hindu. Misalnya, pengarang dapat menggarap

unsur-unsur sastera Hindu sewaktu mengisahkan pengembaraan Raja Suran ke negeri bawah

laut dan kisah di Bukit Si Guntang Mahameru. Pengarang juga turut mengaitkan binatang suci

Hindu iaitu lembu putih.

Pengaruh kesusasteraan Jawa seperti cerita panji dan Cerita Damar Wulan turut dibawa

masuk oleh pengarang. Contoh-contoh dari hasil sastera Jawa dapat dilihat melalui gambaran

peristiwa utusan Melaka pergi ke Majapahit dan peristiwa peminangan Puteri Galuh Cendera

Kirana. Dalam peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang, dikaitkan pula dengan permintaan

mas kahwin yang luar biasa.

Pengarang juga amat mahir menggarap corak penulisan kesusasteraan Parsi dan Arab.

Hal ini dapat dibuktikan melalui gaya penulisan pendahuluan teks yang mempunyai gaya

masnawi. Selain itu, pengarang turut memasukkan petikan syair dan bidalan Arab, termasuklah

juga ayat-ayat al-Quran. Penggunaan kalimah-kalimah Arab juga amat ketara dalam Sejarah

Melayu.

Pengarang dilihat sangat kreatif dan berseni kerana dapat menampilkan karya tersebut

dalam bentuk yang menarik dan indah dari segi persembahannya. Tun Seri Lanang berupaya

melukis segala kisah atau gambaran masyarakat Melayu dengan hidup dan indah. Beliau juga

berupaya menceritakan sesuatu episod dengan nyata dan jelas sehingga berjaya mengusik

perasaan pembaca sama ada sedih, menyayat hati, lucu, meriah dan riang gembira. Misalnya,

peristiwa peperangan digambarkan dengan penuh suasana ngeri dan ganas.

“Maka dikeluari oleh orang Singapura terlalu sabur berperang; tetak menetak, parang-

memarang, tikam-menikam, serta dengan tempik soraknya, gegak-gempita, tiada sangka bunyi

lagi. Maka darah di tengah peperangan itu seperti air sebak, merah rupanya pasir itu, datang

sekarang ada lagi. Maka patahlah perang orang Singapura, lalu sekaliannya undur masuk ke

Page 22: SEJARAH MEALYU.docx

21

dalam kota; pintu kota pun ditutup, dan dilawan berperang dari dalam kota kira-kira sebulan

lamanya.”

                                                         (Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 70)

Pengarang juga berupaya melukis watak dengan lebih hidup, istimewa dan bercampur

dengan unsur lucu. Contohnya ketika menggambarkan watak Tun Mai Ulat Bulu, Seri Bija

Diraja, Seri Wak Raja, MiaRuzul dengan kambing randuk dan lain-lain. Selain itu, pengarang

berjaya menerapkan gaya bahasa yang indah, menarik dan bermutu tinggi. Di samping itu,

pengarang juga turut menggunakan pelbagai teknik penceritaan. Antara teknik tersebut ialah

dialog, monolog dalaman, menyelitkan puisi seperti pantun, syair dan bidalan Arab yang secara

tidak langsung menimbulkan kesan keindahan semasa membaca karya tersebut. 

Seni Bahasa

Bangsa Melayu meletakkan keutamaan yang tinggi kepada ketajaman akal, kecerdasan berfikir,

kebijaksanaan berbahasa dan mengungkapkan bahasa. Bentuk-bentuk lisan seperti teka-teki

dan pantun ialah manifestasi kepada keutamaan yang diletakkan kepada kecerdasan berfikir.

Menurut Noriah Taslim (2000), masyarakat silam/lisan wujud dalam satu bentuk budaya yang

disebut budaya “rhetorical”, manusianya wujud dalam situasi persaingan kata-kata (verbal

combat) atau pertikaman lidah: pantun perlu dibalas, teka-teki perlu dijawab, sindiran dijawab

dengan sindiran. Hal ini menuntut kecerdasan berfikir dan kelancaran mengungkapkan bahasa

yang amat tinggi. Bentuk-bentuk peribahasa menjadi cerminan kepada keintelektualan minda

Melayu yang tiada tandingan. Bermula daripada alam kepada manusia, abstrak kepada konkrit,

peribahasa memanfaatkan keindahan untuk menajamkan keintelektualan.

Jika ditinjau dalam Sejarah Melayu, terdapat beberapa peristiwa yang menunjukkan seni

bahasa pengarang dalam sisi yang berbeza. Sebagai contoh, dalam peristiwa pemeritahan di

Temasik/Singapura. Dalam peristiwa ini, Temasik digambarkan oleh pengarang sebagai sebuah

negeri yang tidak pernah aman. Kita juga tidak pernah didedahkan dengan usaha

pemerintahnya, Parameswara, untuk memajukan Singapura. Hal ini demikian kerana, di

Temasik/Singapura terdapat nilai yang tidak baik. Istilah “Singapura” dikatakan berasal daripada

binatang yang bernama singa dan sikap singa itu pula suka berpura-pura. Sikap berpura-pura

merupakan nilai yang tidak baik. Singapura dikatakan tidak aman kerana diperintah oleh raja

yang berhati pura-pura. Bukan tidak ada pembesar yang membantu raja, namun pembesarnya

juga berhati pura-pura. Ketaatan kepada raja bukan kerana mahu mendaulatkan raja, tetapi

Page 23: SEJARAH MEALYU.docx

22

kerana mahu merebut nikmat material. Dalam Sejarah Melayu, ada generasi yang cuba

membawa pembaharuan, memajukan Singapura, malangnya mereka pula yang dilenyapkan.

Terdapat ulama, Tun Jana Khatib, yang boleh membantu, tetapi disebabkan salah

sangka, ulama itu dibunuh. Selain itu, digambarkan juga bagaimana akal seorang budak yang

telah menyelamatkan beribu-ribu nyawa manusia dan menjadi aset negara, telah dikhianati oleh

pihak pemerintah pada masa itu. Hal ini dibuktikan dalam petikan di bawah,

Maka sembah orang besar-besar, “Tuanku, budak ini terlalu besar sekali akalnya. Sedang ia

budak lagi demikian, jikalau ia besar berapa lagi banyak akalnya? Baiklah ia kita bunuh.”

                                          (Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, hal. 69)

                                                                                                                                                      

 Membunuh akal bererti membunuh intelektual. Membunuh budak bererti membunuh generasi

warisan. Lebih-lebih lagi membunuh budak berakal besar, yang bermaksud membunuh

kemajuan yang bakal berlaku. Kezaliman pemerintah yang sedemikian telah melenyapkan

riwayat Singapura dalam Sejarah Melayu. Secara halus, pengarang menyampaikan mesej

bahawa Singapura tidak akan maju kerana gejala negatif menjadi pegangan pemerintahnya.

Mesej tersebut dsampaikan secara amat berseni. Pengarang tidak menyatakan kekejaman

pemerintah, sebaliknya pengarang menggambarkan perlakuan kejam pemerintah. Perlakuan-

perlakuan itu pula disertakan dengan alasan yang mungkin dapat diterima oleh masyarakat

pada zaman itu. Di sinilah seni kebijaksanaan pengarang mengkritik golongan pemerintah.

Seorang budak yang berakal besar semasa kecilnya tentunya akan lebih besar apabila ia

mnginjak dewasa.

Disebabkan oleh sistem nilai yang dipegang oleh masyarakat dahulu berpaksikan “siapa kuat

dia berkuasa”, maka kebimbangan raja dan pembesar itu adalah wajar. Pembunuhan terhadap

akal dan budak itu menjadi halal pada mereka. Namun demikian, dalam prinsip “halal” mereka

itu, pengarang sebenarnya ingin menggambarkan kekejaman pemerintah kerana pengarang

turut menggambarkan pembunuhan terhadap ulama dan gundik raja. Penyusunan siri

pembunuhan ini dapat memberi kefahaman kepada kita tentang kebijaksanaan berbahasa yang

terdapat pada pengarang.

Terdapat tiga pembunuhan yang disebabkan oleh tiga faktor yang masing-masing

menggambarkan keburukan golongan pemerintah. Pertama, pembunuhan terhadap ulama

bernama Tun Jana Khatib yang disebabkan rasa cemburu dan syak wasangka. Ulama

Page 24: SEJARAH MEALYU.docx

23

merupakan lambang yang membawa cahaya kebenaran dan keimanan. Apabila ulama sudah

tiada, ini bererti kerajaan itu berada dalam kegelapan. Kedua, pembunuhan terhadap budak

berakal besar disebabkan kebimbangan terhadap akal budak itu yang dikatakan akan

menggugat kuasa pemerintahan. Budak berakal besar melambangkan keintelektualan,

kesarjanaan dan kemajuan. Oleh sebab digambarkan masih budak, mungkin pengarang

bermaksud Singapura akan menerima kemajuan atau kemajuan masih dalam proses

pembinaan, dan mungkin Singapura maju dari segi pentadbiran keduniaan, bukan kerohanian.

Ketiga, pembunuhan terhadap anak perempuan Sang Rajuna Tapa yang menjadi gundik

bongsu raja disebabkan fitnah oleh para gundik. Gundik bongsu dapat difahami sebagai

lambang kelahiran. Yang dimaksudkan di sini, mungkin anak-anak yang bakal dilahirkan lebih

berkualiti berbanding anak-anak gundik yang lain ataupun permaisuri. Dalam ketiga-tiga

peristiwa pembunuhan itu, terlihat kebijaksanaan pengarang mengolah bahasa untuk mengkritik

raja. Seni bahasanya terletak pada cara pengarang menggambarkan kekejaman dan kesan

baik yang dapat diteladani daripada tindakan raja.

Untuk melayakkan sesebuah karya diangkat sebagai karya agung, hasil karangan

tersebut perlulah mengambil kira beberapa ciri yang penting. Ciri-ciri yang dimaksudkan ialah

lambang atau pesanan yang disampaikan oleh karya itu, nilai seni budaya dan falsafah atau

pandangan hidup bangsa, nilai ilmu, teknik kepengarangan dan seni bahasa. 

RUJUKAN

1. Kang, Kyong Seock Gaya bahasa sejarah Melayu / Kang Kyong Seock.--Kuala Lumpur:

DBP, 1995.

Page 25: SEJARAH MEALYU.docx

24

2. Kathiresan, D. Kajian teks sastera : sulalatus salatin : sejarah Melayu / D. Kathiresan.--

Petaling Jaya: Longman, 1998.

3. Sejarah kesusasteraan Melayu.--Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006.