sejarah badminton

34
PJM 3106 201 3 1.0 PENGENALAN Anatomi adalah satu bidang yang mengkaji dan mengenalpasti tubuh badan seseorang iaitu tentang tulang- tulang, otot-otot dan organ-organ individu. Manakala, fisiologi membawa maksud satu bidang yang mengkaji tentang fungsi setiap tulang-tulang, otot-otot dan organ-organ dalam tubuh badan. Sistem rangka merangkumi tulang, rawan, ligamen dan tendon. Terdapat 206 tulang dalam tubuh orang dewasa. Tulang berfungsi untuk menyimpan bahan galian. Selain daripada itu, tulang juga membantu dalam penghasilan sel darah merah dan sel darah putih. Tulang juga membantu dalam pergerakan dan lekatan otot. Seterusnya, sendi adalah tempat dua atau lebih tulang bertemu. Terdapat tiga jenis sendi iaitu Synarthrosis (sendi berserat tanpa bergerak) dimana dua tulang akan rapat tetapi tiada pergerakan. Diarthrosis (sendi sinovial-bergerak) membolehkan pergerakan pelbagai arah. Contohnya, sendi lutut dan sendi bahu. Amphiarthrosis adalah sendi separa bergerak dimana melibatkan pergerakan yang sedikit sahaja seperti vertebra (tulang belakang). JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011 Page 1

Upload: jef-manjef

Post on 09-Aug-2015

663 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Badminton

PJM 3106 2013

1.0 PENGENALAN

Anatomi adalah satu bidang yang mengkaji dan mengenalpasti tubuh

badan seseorang iaitu tentang tulang-tulang, otot-otot dan organ-organ individu.

Manakala, fisiologi membawa maksud satu bidang yang mengkaji tentang fungsi

setiap tulang-tulang, otot-otot dan organ-organ dalam tubuh badan.

Sistem rangka merangkumi tulang, rawan, ligamen dan tendon. Terdapat

206 tulang dalam tubuh orang dewasa. Tulang berfungsi untuk menyimpan

bahan galian. Selain daripada itu, tulang juga membantu dalam penghasilan sel

darah merah dan sel darah putih. Tulang juga membantu dalam pergerakan dan

lekatan otot.

Seterusnya, sendi adalah tempat dua atau lebih tulang bertemu. Terdapat

tiga jenis sendi iaitu Synarthrosis (sendi berserat tanpa bergerak) dimana dua

tulang akan rapat tetapi tiada pergerakan. Diarthrosis (sendi sinovial-bergerak)

membolehkan pergerakan pelbagai arah. Contohnya, sendi lutut dan sendi bahu.

Amphiarthrosis adalah sendi separa bergerak dimana melibatkan pergerakan

yang sedikit sahaja seperti vertebra (tulang belakang).

Selain itu, 40% hingga 50% berat badan kita terdiri daripada tisu otot. Otot

kita dibahagikan kepada tiga jenis iaitu otot rangka, otot licin dan otot kardiak.

Otot kita berfungsi menghasilkan pergerakan. Selain daripada itu, ia juga

mengekalkan posisi badan dan postur serta menyokong tisu lembut.

Untuk mengkaji dan mengenalpasti tulang, otot dan sendi yang utama

yang terlibat dalam badan, saya telah memilih permainan badminton (membuat

servis asas). Dalam permainan badminton (membuat servis asas) ini, tulang

telah membantu kita untuk membuat pergerakan tangan. Tambahan pula, sendi

sinovial iaitu sendi bahu membolehkan pemain menggerakkan tangan pada

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011 Page 1

Page 2: Sejarah Badminton

PJM 3106 2013

pelbagai arah dan otot pula membantu membuat pergerakan dengan cepat

dalam permainan badminton (membuat servis asas) ini.

2.0 OBJEKTIF KERJA KURSUS

2.1 Mengenalpasti otot-otot yang terlibat dalam permainan badminton

(membuat servis asas) apabila tangan dibengkok dan diregangkan.

2.2 Mengenalpasti tulang-tulang yang terlibat apabila membuat servis asas

dalam permainan badminton.

2.3 Mengenalpasti sendi–sendi yang terlibat dalam permainan badminton

(membuat servis asas).

2.4 Melabel dan melukis otot, sendi dan tulang yang terlibat dalam permainan

badminton apabila membuat servis asas.

2.5 Mengenalpasti mekanisme pergerakan tangan apabila membuat servis

asas dalam permainan badminton.

2.6 Mengetahui fungsi bagi setiap bahagian dalam badan kita.

2.7 Menguasai cara setiap otot, tulang dan sendi berfungsi dalam tubuh

badan kita.

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011 Page 2

Page 3: Sejarah Badminton

PJM 3106 2013

3.0 SEJARAH KEMUNCULAN SUKAN BADMINTON

Badminton adalah sukan yang dimainkan dengan bulu tangkis dan raket

kemungkinan berkembang di Mesir kuno sekitar 2000 tahun lalu tetapi juga

disebut-sebut di India dan Tiongkok.

Nenek moyang terdahulunya mengatakan bahawa badminton pada

asalnya ialah sebuah permainan Tionghoa, Jianzi yang melibatkan penggunaan

bulu tangkis tetapi tanpa raket. Walaubagaimanapun, objek tersebut

kemudiannya dimanipulasi dengan kaki. Misi permainan ini adalah untuk

menjaga bulu tangkis agar tidak menyentuh tanah selama mungkin tanpa

menggunakan tangan.

Di Inggeris sejak zaman pertengahan permainan anak-anak yang disebut

Battledores dan Shuttlecocks sangat popular. Anak-anak pada waktu itu

biasanya akan memakai dayung/tongkat (Battledores) dan bersiasat bersama

untuk memastikan bulu tangkis sentiasa di udara dan mencegahnya dari

menyentuh tanah. Ini cukup popular untuk menjadi rutin harian di jalan-jalan

London pada tahun 1854 .

Penduduk Inggeris membawa permainan ini ke Jepun,China dan Siam

(sekarang Thailand) sewaktu penjajahan mereka ke atas Asia. Kemudian

dengan segera permainan badminton menjadi permainan anak-anak di wilayah

setempat mereka.

Sukan kompetitif badminton diciptakan oleh petugas Tentara Britain di

Pune, India pada abad ke-19 di mana mereka menambahkan jaring/net dan

memainkannya secara bersaingan. Oleh sebab kota Pune dikenali sebelumnya

sebagai Poona, permainan tersebut juga dikenali sebagai Poona pada masa itu.

Para tentara membawa permainan itu kembali ke Inggeris pada 1850-an.

Sukan badminton ini mendapatkan namanya yang sekarang pada 1860 dalam

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011 Page 3

Page 4: Sejarah Badminton

PJM 3106 2013

sebuah catatan oleh Isaac Spratt, seorang penyalur mainan Inggris, berjudul

"Badminton Battledore - a new game" ("Battledore Bulutangkis - sebuah

permainan baru"). Beliau melukiskan permainan tersebut yang dimainkan di

Gelanggang Badminton (Badminton House), estat Duke of Beaufort's di

Gloucestershire, Inggris.

Rancangan peraturan yang pertama ditulis oleh Kelab Badminton Bath

pada1877. Persatuan Badminton Inggeris dibentuk pada 1893 dan kejuaraan

antarabangsa pertamanya buat pertama kali adalah pada 1899 dengan

Kejuaraan All England.

Badminton menjadi sebuah sukan popular di dunia, terutama di wilayah

Asia Timur dan Tenggara, yang pada masa itu mendominasi olahraga , dan di

negara-negara Scandinavia.

International Badminton Federation (IBF) ditubuhkan pada 1934 dan

menyatakankan Inggeris, Ireland, Scotland, Wales, Denmark, Belanda, Kanada,

dan Perancis sebagai anggota-anggota pelopornya. India bergabung sebagai

ahli persatuan pada tahun 1936. Pada IBF Extraordinary General Meeting di

Madrid, Sepanyol, September 2006, cadangan untuk mengubah nama

International Badminton Federation menjadi Badminton World Federation (BWF)

diterima dengan sebulat suara oleh seluruh 206 delegasi yang hadir.

Badminton turut dijadikan acara Sukan Olimpik Musim Panas di Olimpiade

Barcelona tahun 1992. Indonesia dan Korea Selatan sama-sama memperoleh

masing-masing dua pingat emas tahun itu.

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011 Page 4

Page 5: Sejarah Badminton

PJM 3106 2013

3.1 APLIKASI SISTEM ANATOMI DALAM PERMAINAN BADMINTON

Terdapat pelbagai permainan yang melibatkan pergerakan tangan.

Salah satunya, sudah pastilah dalam permainan badminton. Justeru itu,

melalui kerja kursus ini, satu kajian terperinci berkaitan pergerakan tulang,

otot dan sendi yang terlibat ketika melakukan suatu kemahiran asas.

Kemahiran asas yang dipilih itu merupakan kemahiran melakukan servis.

Dalam permainan badminton, terdapat tiga jenis pukulan servis iaitu

servis rendah, servis flik dan servis tinggi. Namun, kerja kursus ini hanya

akan membuat kajian terhadap aplikasi sistem anatomi dan fisiologi yang

terlibat semasa melakukan servis tinggi.

3.2 KAEDAH MELAKUKAN SERVIS TINGGI.

i. Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan

ii. Ayun raket tinggi ke belakang

iii. Pegang bulu tangkis tinggi di paras hadapan muka

iv. Lepaskan bulu tangkis

v. Ayun raket ke hadapan dengan lengan diluruskan

vi. Pandang bulu tangkis

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011 Page 5

Page 6: Sejarah Badminton

PJM 3106 2013

4.0 ANATOMI DAN FISIOLOGI DALAM SERVIS ASAS

Berikut merupakan gambarajah berlabel berkaitan dengan

bahagian-bahagian sendi, otot dan tulang yang terlibat dalam pergerakan

(permainan badminton membuat servis asas).

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011 Page 6

Otot-otot pada lengan:

Page 7: Sejarah Badminton

PJM 3106 2013

4.1 TINDAKAN OTOT-OTOT LENGAN SEBELUM, SEMASA DAN

SELEPAS MELAKUKAN SERVIS ASAS.

4.1.1 SEBELUM SERVIS ASAS

Pemain telah bersedia untuk membuat servis asas badminton.

Sebelah tangan diluruskan dan fokuskan bulu tangkis. Ini membolehkan

otot bisepnya mengendur dan trisep mengecut. Tulang pada pergelangan

tangan juga diluruskan.

4.1.2 SEMASA SERVIS ASAS

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011 Page 7

Keadaan otot semasa lengan lurus

Pelurus pergelangan tangan

Pembengkok pergelangan tangan

Page 8: Sejarah Badminton

PJM 3106 2013

Pemain membuat servis asas secara mendatar. Otot pada pergelangan

tangan mula bertindak.

4.1.3 SELEPAS SERVIS ASAS

Servis asas dibuat sehingga tangan pemain dibengkokkan

sehingga menyentuh bahagian bahu. Otot bisep pada kali ini mengecut

manakala otot trisep mengendur. Tulang pada pergelangan tangan

dibengkokkan

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011 Page 8

Keadaan otot semasa siku membengkok

Otot biseps

Otot triseps dan tendon

Page 9: Sejarah Badminton

PJM 3106 2013

5.0 MENGANALISIS MEKANISME PERGERAKAN

Fungsi spesifik otot, tulang dan sendi yang terlibat dalam permainan

badminton (membuat servis asas).

5.1 FUNGSI BAHAGIAN TULANG PERGELANGAN TANGAN YANG

TERLIBAT DALAM PERMAINAN BADMINTON ( MEMBUAT SERVIS

ASAS )

i. Skapula

Menyokong bahagian humerus dan bahu untuk memukul bulu tangkis.

ii. Klavikel

Menyokong skapula di hadapan bahu semasa bersedia untuk

memukul bulu tangkis dengan raket badminton.

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011 Page 9

Skapula

Page 10: Sejarah Badminton

Klavikel

PJM 3106 2013

iii. Humerus

Adalah

merupakan tulang panjang yang membentuk lengan atas untuk memukul

bulu tangkis (membuat servis asas).

iv. Radius

Adalah tulang yang menyokong dan membentuk lengan bawah.

Tulang ini dapat berpusing, membolehkan tangan dan pergelangan

berputar sebelum dan selepas memukul bulu tangkis.

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011 Page 10

Humerus

Page 11: Sejarah Badminton

PJM 3106 2013

v. Ulna

Membentuk bahagian lengan bawah dan menyokong sewaktu

membuat servis dalam permainan. Juga berpusing, membolehkan tangan

dan pergelangan berputar sebelum dan selepas membuat servis pada

bulu tangkis.

vi. Lapan tulang kecil (Karpus)

Menyokong otot yang membolehkan jari dan tapak tangan bergerak

untuk memegang raket dan bulu tangkis.

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011 Page 11

Ulna

Page 12: Sejarah Badminton

PJM 3106 2013

5.2 FUNGSI BAHAGIAN OTOT YANG TERLIBAT DALAM PERMAINAN

BADMINTON (SERVIS ASAS)

i. Biseps

Otot yang terdapat di hadapan lengan atas. Apabila pergelangan

tangan dipanjangkan untuk membuat servis asas dalam permainan

badminton, otot bisep akan mengendur, membolehkan pergerakan.

ii. Triseps

Otot yang terdapat di belakang lengan atas. Dalam permainan

badminton, apabila membuat servis asas, otot triseps mengecut untuk

memukul bulu tangkis tersebut.

iii. Extensors dan flexors

Kedua-dua otot ini telah memainkan peranan mengawal

pergerakkan yang hendak dilakukan dengan menggunakan tangan dan

pergelangan tangan.

iv. Brakioradialis

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011 Page 12

Karpus (warna ungu)

Page 13: Sejarah Badminton

PJM 3106 2013

Otot ini terdapat di flexion siku dan ia berfungsi untuk

membengkokkan lengan kami.

v. Triseps brakii

Fungsi utama otot ini adalah untuk memanjangkan lengan semasa

meluruskan lengan. Semasa meluruskan lengan, triseps akan mengecut

manakala biseps akan mengendur.

vi. Biseps brakii

Fungsi utama otot ini ialah membengkokkan lengan kami. Semasa

kami membengkokkan lengan kami, biseps akan mengecut manakala

triseps akan mengendur.

vii. Brakialis

Membantu dalam membengkokkan siku dengan bantuan otot-otot

yang lain seperti otot brakioradialis dan otot biseps brakii.

viii. Deltoid

Deltoid mempunyai pergerakan yang pelbagai atas lengan. Deltoid

telah menggerakkan lengan.

5.3 FUNGSI BAHAGIAN SENDI YANG TERLIBAT DALAM PERMAINAN

BADMINTON (SERVIS ASAS )

i. Sendi pelana

Sendi di pangkal ibu jari membolehkan pergerakan bebas dalam

dua arah dalam permainan badminton (membuat servis asas).

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011 Page 13

Page 14: Sejarah Badminton

PJM 3106 2013

ii. Sendi engsel

Di dalam siku, satu gelendong bulat tulang memuat ke dalam satu

ruang kosong yang separa. Sendi ini membolehkan pergerakan ke satu

arah sahaja apabila membuat servis dalam permainan badminton.

iii. Sendi lesung

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011 Page 14

Sendi engsel

Page 15: Sejarah Badminton

PJM 3106 2013

Hujung bagi radius dan ulna membentuk satu ruang kosong dan

tulang pergelangan memuat ke dalamnya. Ini membolehkan pergerakan

dari kiri ke kanan dan dari hadapan ke belakang atau sebaliknya dalam

permainan badminton ini.

5.4 JENIS SATAH

Jenis satah yang terlibat dalam permainan badminton (membuat

servis asas) ini adalah horizontal. Satah horizontal merupakan salah satu

kaedah memukul bulu tangkis secara mendatar. Kita dapat melihat

bahawa pemain memukul bulu tangkis secara mendatar dengan

menggunakan raket.

Pergerakkan membuat pukulan sevis ini juga telah melibatkan

satah sagital. Satah sagital ini bermaksud melibatkan bahagian badan di

satu sebelah sahaja sama ada di sebelah kiri atau sebelah kanan.

Semasa membuat pukulan servis, tangan kanan akan menghayun raket

dari arah belakang ke arah hadapan dan seterusnya ke atas.

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011 Page 15

Sendi lesung

Page 16: Sejarah Badminton

PJM 3106 2013

5.5. APLIKASI SISTEM TUAS SEMASA MELAKUKAN SERVIS ASAS.

5.5.1 CIRI-CIRI SISTEM MEKANIKAL JASAD

Keupayaan mekanikal jasad manusia adalah hasil daripada

pergerakan sendi. Sistem sendi adalah sistem yang bertanggungjawab

untuk menvariasikan pergerakan yang akan dihasilkan. Penghasilan

pergerakan berlaku menerusi penguncupan otot. Sistem tuas rangka

adalah sistem yang mempengaruhi keupayaan mekanikal jasad.

5.5.2 SISTEM TUAS RANGKA

Tuas didefinisikan sebagai satu struktur tegar yang bergerak pada

satu titik tetap. Tuas terdiri daripada fulkrum, beban dan daya. Tempat

paksi tetap dinamakan fulkrum, daya luar yang bertindak ke atas struktur

tegar dinamakan daya dan rintangan yang bertindak dinamakan beban.

Justeru itu, kemahiran melakukan servis yang menggunakan lengan serta

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011 Page 16

Page 17: Sejarah Badminton

PJM 3106 2013

pergelangan tangan dilihat mematuhi hukum tuas kelas pertama dan

ketiga. Lihat pengelasan sistem tuas di bawah.

5.5.3 TUAS JASAD MANUSIA TERDIRI DARIPADA:

i. Tulang sebagai palang

ii. Sendi sebagai fulkrum

iii. Penguncupan otot sebagai penghasilan daya

iv. Rintangan atau kerja sebagai beban

5.5.4 PENGELASAN TUAS

i. Kelas pertama

ii. Kelas kedua

iii. Kelas ketiga

Klasifikasi tuas ditentukan mengikut kedudukan daya, beban dan fulkrum.

TUAS KELAS PERTAMA TUAS KELAS KEDUA TUAS KELAS KETIGA

Tuas kelas pertama

menggunakan daya yang kecil

untuk mengatasi beban yang

besar tetapi pergerakan

perlahan.

Tuas kelas kedua

menggunakan daya yang

kecil untuk mengatasi beban

yang besar tetapi pergerakan

perlahan pada julat yang

Tuas kelas ketiga

menggunakan daya yang lebih

besar tetapi pergerakan pantas.

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011 Page 17

Page 18: Sejarah Badminton

PJM 3106 2013

kecil.

Contoh Penggunaan:

Dalam permainan badminton,

aktiviti merejam dan menerima

hantaran bulu tangkis.

Sendi pergelangan tangan

sebagai fulkrum, otot lengan

sebagai daya dan reket

sebagai beban

Apabila berjengket atas

hujung kaki. Hujung kaki

bertindak sebagai fulkrum,

otot kaki sebagai daya dan

berat badan sebagai beban.

Mengangkat tangan di bahagian

siku dan siku bertindak sebagai

fulkrum, tangan sebagai beban

dan menghasilkan pengecutan

otot bisep.

5.6 OTOT DAN TULANG YANG TERLIBAT SEMASA MEMBUAT SERVIS

ASAS PERMAINAN BADMINTON.

Terdapat dua fasa untuk memukul bulu tangkis menggunakan raket,

iaitu fasa persediaan dan fasa memukul. Keseluruhan pergerakan adalah

berulang dalam garis membujur dan permukaan yang terketak secara

melintang.

i. Origin adalah tempat permulaan pergerakan dilakukan. Setiap otot

bermula pada origin dan berakhir pada insertion. Ia berkontraksi bagi

menghasilkan aksi.

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011 Page 18

Page 19: Sejarah Badminton

PJM 3106 2013

ii. Dalam permainan badminton (membuat servis asas) ini, skapula yang

bertindak sebagai origin dimana menjadi tempat bermula membuat

pergerakan.

iii. Insertion bermaksud tempat berakhirnya pergerakan.

iv. Siku bertindak sebagai sendi engsel yang terdiri daripada ulna dan

humerus akan membenarkan berlakunya pembengkokkan semasa

membuat servis.

v. Bahu pula merupakan sendi lesung yang terdiri daripada humerus dan

skapula.

vi. Manakala pergelangan tangan pula membentuk sendi condyloid antara

ulna dan tulang karpal.

vii. Pergelangan tangan dibengkokkan selepas membuat servis dalam

permainan ini.

viii. Didapati pergerakan ini berakhir pada tulang radius. Maka, tulang

radius telah bertindak sebagai insertion.

5.6.1 FASA PERSEDIAAN

Senditerlibat

Sambungan antara tulang

Aksi Otot agonist

Pergelangantangan

Ulna dan karpalRadius dan ulna

Supinasi Supinator

Siku Humerus dan ulna Memanjang Triceps brachii

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011 Page 19

Page 20: Sejarah Badminton

PJM 3106 2013

Bahu Humerus dan skapula

Melentur dan memanjang

Posterior deltoid and latissimus dorsi

5.6.2 FASA PUKULAN

Senditerlibat

Sambungan antara tulang

Aksi Otot agonist

Pergelangantangan

Ulna dan karpalRadius dan ulna

Pronasi Pronator teres

Siku Humerus dan ulna Melentik Biceps brachii

Bahu Humerus dan skapula

Melentik secara mendatar

Pectoralis major and Anterior deltoid

Badan Berputar sedikit External oblique

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011 Page 20

Page 21: Sejarah Badminton

PJM 3106 2013

Otot-otot yang terlibat semasa membuat pukulan servis.

6.0 REFLEKSI

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011 Page 21

Page 22: Sejarah Badminton

PJM 3106 2013

Pertama sekali , saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak

terhingga kepada pensyarah PJM 3106 saya , Encik Alyes bin Ariff yang

banyak memberikan tunjuk ajar , bimbingan serta sokongan dalam menyiapkan

tugasan ini. Semasa saya membuat tugasan ini, banyak perkara yang baru

dapat saya perolehi dan pelajari tentang sejarah permainan badminton, anatomi

dan juga fisiologi.

Melalui kerja kursus ini saya berpeluang meningkatkan ilmu pengetahuan

sedia ada saya melalui pemerolehan pelbagai-bagai input dan info berkaitan

sistem tulang, sendi dan otot manusia . Bagi saya, kesemua ilmu pengetahuan

tersebut amat penting dan berguna bagi diri saya.

Selain itu, saya juga berpendapat bahawa tugasan ini agak mencabar

kerana ianya memerlukan saya untuk menganalisis aplikasi anatomi untuk

sesuatu kemahiran dalam sukan tertentu. Selain itu, kerja kursus ini memerlukan

saya memperluaskan sumber-sumber rujukan yang berkaitan serta bersesuaian

dengan tuntutan kerja kursus. Sebagai contoh, saya cuba mengumpulkan

terlebih dahulu maklumat berkaitan sistem tulang, sendi dan otot manusia.

Selepas itu, barulah saya membuat kajian tentang perkaitan anatomi dalam

sesuatu bidang sukan.

Saya menghadapi sedikit kesulitan dan kesukaran sepanjang proses

mencari bahan rujukan untuk tugasan ini. Hal ini kerana sumber-sumber rujukan

untuk anatomi dan fisiologi lebih banyak dalam terjemahannya bahasa inggeris

berbanding bahasa melayu , tidak kiralah samada sumber-sumber tersebut

diperolehi daripada internet ataupun daripada bahan bacaan di perpustakaan.

Namun begitu saya bersyukur dan berasa bertuah kerana memperolehi

kerjasama dan tunjuk ajar profesional daripada pensyarah berpengalaman

seperti En Alyes bin Ariff. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sudi

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011 Page 22

Page 23: Sejarah Badminton

PJM 3106 2013

berkongsi idea serta bertukar-tukar pandangan dalam menyempurnakan tugasan

ini. Mereka juga tidak keberatan untuk berkongsi bahan rujukan dalam usaha

menyempurnakan kerja kursus ini.

Terdapat banyak faedah dan manfaat lain telah saya perolehi melalui

kerja khusus ini. Antaranya ialah, saya dapat mengkaji dengan lebih mendalam

tentang perkaitan sistem senti, otot dan rangka dalam bidang sukan. Walaupun

pada permulaan menerima tugasan ini, saya menghadapi sedikit kesukaran

dalam mengaitkan fungsi antara otot, tulang dan sendi yang terlibat ketika

melakukan servis, namun setelah melakukan pembacaan dan kolaborasi

bersama rakan sekelas serta para pensyarah, akhirnya masalah ini dapat

diselesaikan.

Kadangkala, memang tidak dapat dinafikan bahawa saya berasa agak

tertekan semasa menyiapkan tugasan ini kerana dalam masa yang sama saya

seringkali memikirkan tugasan-tugasan lain yang tergendala.

Walaubagaimanapun, segera saya kikiskan perasaan yang sebegitu. Setelah

tugasan ini disiapkan, saya berasa amat lega kerana akhirnya usaha saya

membuahkan hasilnya. Walaupun saya berpuas hati dengan hasil kerja saya

sendiri, belum tentu lagi Encik Alyes akan berpuas hati dengannya.

Walaubagaimanapun, saya amat berharap Encil Alyes akan berpuas hati

dengan kerja yang telah dihasilkan ini.

Kesimpulannya, melalui tugasan ini, saya telah belajar banyak perkara

mengenai kaedah-kaedah pengajaran PJM 3106 dan moga maklumat –

maklumat yang saya cari dan laksanakan ini dapat dijadikan sebagai panduan .

Tugasan ini telah memperluaskan pandangan saya kepada bidang ini dan

memberi semangat yang tinggi agar saya terus mempelajari kaedah dan teknik

pengajaran yang dapat saya aplikasikan dalam pengajaran di sekolah nanti

dengan sebaik mungkin. ” Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011 Page 23

Page 24: Sejarah Badminton

PJM 3106 2013

swt, dan yang buruk dan kurang itu datangnya daripada saya yang daif ini”.

Sekian.

BIBLIOGRAFI

BUKU

Anita Ganeri(1996), Sains Soal & Jawab: Sains Tubuh. Shah Alam: Penerbit

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Dzulkifli Bin Ismail & Jamaliyah Binti Ahmad(2004), Sains Sukan Tingkatan 4.

H.I. Holdings Sdn. Bhd.

Gerald J. Tortura(2006), A Brief Atlas of Skeleton, Surface Anatomy, &

Selected Medical Images. USA: John Wiley & Sons. Inc.

Gerald J. Tortura & Bryan Derrickson(2006), Principles of Anatomy &

Physiology(11th ed.). USA: Wiley.

INTERNET

http://www.pt.ntu.edu.tw/hmchai/Kines04/KINupper/Wrist.htm

http://en.wikipedia.org/wiki/Biceps_brachii_muscle

http://k-2.stanford.edu/InfoFrames/Bones.1.6.html

http://www.anatomy.com

hippie.nu/.../humananatomy/arm-muscles.jpeg

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011 Page 24

Page 25: Sejarah Badminton

PJM 3106 2013

www.onemedicine.tuskegee.edu/.../Radius.jpg

www.answers.com/topic/sagittal-plane

ISI KANDUNGAN

BIL Kandungan Muka surat

1.0. Pengenalan anatomi dan fisiologi 1

2.0 Objektif kerja khusus 2

3.0. Sejarah badminton3

4.0. Anatomi dan fisiologi dalam servis6

5.0. Analisis Mekanisme Pergerakan semasa Servis Asas Fungsi bahagian tulang pergelangan tangan

Fungsi bahagian otot

Fungsi bahagian sendi

Jenis satah

Aplikasi sistem tuas dalam kemahiran servis

Otot dan tulang yang terlibat

9

1416

1819

21

6.0. Refleksi 24

7.0.

8.0.

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN A

26

27

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011 Page 25

Page 26: Sejarah Badminton

PJM 3106 2013

ANATOMI DAN FISIOLOGI

NAMA : MOHD ASYRAQ BIN MOHD YUSOFF

NO I/C : 880603-52-5649

ANGKA GILIRAN : 2008302310063

KUMPULAN : 2 PPPRPET PJ

KOD MATAPELAJARAN : PJM 3106

PENSYARAH : EN. ALYES BIN ARIFF

TARIKH SERAHAN : 5 September 2008

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011 Page 26

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKAMPUS INSTITUT PERGURUAN TUANKU BAINUN

14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

PROGRAM PERGURUAN PENDIDIKAN RENDAH

PENGAJIAN EMPAT TAHUN

Page 27: Sejarah Badminton

PJM 3106 2013

JEFRI ABDULLAH-720925025505/ PPG SAINS 1 JUN 2011 Page 27