sebelum: selepas - wk.kats.gov.my · mengulangkaji pelajaran sehingga lewat petang. solat maghrib...

8
SEBELUM: SELEPAS:

Upload: dinhkhanh

Post on 28-Mar-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SEBELUM:

SELEPAS:

Pada 25 Mac 2016, pihak Kementerian melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia telah menganjurkan Program Bicara Psikologi Bil.1/ 2016. Pada kali ini YBhg. Datuk Aznil bin Haji Nawawi telah dijemput bagi berkongsi pengalaman beliau bersesuaian dengan tema tajuk Bicara Psikologi kali ini iaitu ‘Aspirasi Kejayaan’. Orangnya berpenampilan menarik, bertenaga, ceria dan raut wajah yang tampak jauh lebih muda remaja jika dibandingkan dengan usianya. Dua jam penceritaan oleh YBhg. Datuk Aznil atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nil ini sungguh menarik berkisar kisah perjalanan hidupnya dari kecil sehingga bagaiman beliau berjaya hari ini sangat menyeronokkan sesiapa yang mendengar.Dilahirkan pada 06 November 1962, anak jati Kuala Lumpur ini dibesarkan dalam suasana bandar di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Resepi pertama Pak Nil untuk berjaya ialah mencari idola. Justeru, allahyarham Sudirman Haji Arshad dipilih sebagai idola beliau yang boleh dicontohi kerana kerja keras, kesungguhan dan allahyarham serius dalam bidang yang diceburi. Sebelum kejayaan allahyarham Sudirman, bidang nyanyian bukanlah suatu bidang yang boleh dibanggakan dan menguntungkan untuk dijadikan sebagai kerjaya. Namun, allahyarham Sudirman telah menarik minat beliau untuk beraksi sebagai seorang bintang. Aura yang ditonjolkan oleh allahyarham Sudirman sangat luar biasa. Bukan sahaja mempunyai bakat sebagai penghibur yang hebat, allahyarham juga sangat kreatif dalam merencanakan perjalanan persembahannya. Berdasarkan resepi inilah Pak Nil sentiasa releven kerana tidak ramai yang berpegang kepada perkara ini untuk kekal lama dalam bidang pengacaraan. Allahyarham Sudirman bukan sahaja idola Pak Nil dalam bidang nyanyian, malah menjadi inspirasi untuk beliau menyambung pengajian di Universiti Malaya dalam jurusan undang-undang. Namun begitu, hasrat beliau untuk menyambung pengajian tersebut tertangguh kerana keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (MCE pada ketika itu) tidak melayakkan beliau untuk berbuat demikian. Kejayaan tuntas di MCE bukanlah keinginan Pak Nil. Target beliau hanyalah untuk mendapat pangkat 3 sebagai alasan mudah untuk bekerja dan membantu keluarga. Namun, takdir tidak memihak kepadanya apabila beliau terpaksa menyambung pengajian di tingkatan 6 yang disifatkannya membosankan. Semasa di Tingkatan 6, selepas ramai di antara rakan sekelasnya berjaya menyambung pengajian ke institut pengajian tinggi, kelasnya berbaki empat (4) lelaki dan selebihnya dua belas perempuan. Pada ketika itulah, pelajar perempuan menjadi inspirasi dek kerana kemampuan mereka bersaing di dalam pelajaran. Keadaan ini menyebabkan Pak Nil muhasabah dirinya untuk turning point ke arah kejayaan. Pak Nil rasa tercabar dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pelajar perempuan. Mungkin juga disebabkan persekitaran sekolah yang kesemuanya lelaki sebelum ini (tingkatan 1 hingga tingkatan 5) tidak langsung nampak menarik dan tiada saingan sesama mereka.

“Jika kita suka bekerja di tempat yang kita berada sekarang, kita sebenarnya seperti tidak bekerja tetapi seolah-olah

kita seperti sedang bermain-main sahaja. Kita terasa sangat ‘enjoy’

untuk melaksanakan tugas kerana kita berasa begitu gembira sekali.”

Oleh: En. Hamidi bin Abd. Halim Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM)

Ketika berada di tingkatan 6, beliau baru menyedari erti persaingan sebenar. Beliau berubah dan bertekad untuk benar-benar belajar dan berjaya. Seawal 6.00 pagi beliau bangun dan sebelum 7.30 pagi sudah pun berada di sekolah. Usai sesi persekolahan, pada jam 2.00 petang beliau akan berada di perpustakaan untuk mengulangkaji pelajaran sehingga lewat petang. Solat maghrib beliau laksanakan di sekolah. Jam 8.00 hingga 10.00 malam beliau mengikuti kelas tuisyen STPM. Di rumah, bermula jam 12.00 tengah malam hingga 4.00 pagi beliau menyambung sesi pembelajarannya sendiri. Jika mengantuk, beliau tidur jam 2.00 pagi dan bangun pada jam 6.00 pagi. Begitulah rutin harian Pak Nil selama setahun setengah sehinggalah peperiksaan STPM selesai. Tiba masa keputusan STPM diumumkan, Pak Nil menjadi pelajar terbaik di sekolahnya, malahan apa yang lebih mengejutkan beliau ialah beliau dinobatkan sebagai pelajar terbaik bagi seluruh Kuala Lumpur ketika itu. Terbalaslah jasa ibu dan bapanya kerana mendapat keputusan yang cemerlang memandangkan beliau bukan datang dari keluarga yang senang kerana bapanya hanya berpendapatan RM300 sebulan. Sejak dari kecil beliau bercita-cita ingin menjadi penyanyi. Ayahnya berkata penyanyi pun perlu mempunyai ijazah seperti allahyarham Sudirman. Beliau diterima masuk ke Universiti Malaya dalam jurusan ekonomi walaupun hasrat sebenar beliau ingin belajar jurusan undang-undang. Beliau banyak melibatkan diri di dalam apa jua aktiviti di kampus sehingga namanya menjadi glamour dikalangan mahasiswa universiti. Itulah apa yang Pak Nil mahu. Kehadirannya dirasai orang sekeliling. Disebabkan perkara ini, beliau mendapat keistimewaan dengan ditawarkan menetap di asrama universiti sedangkan asrama

disediakan hanya disediakan bagi pelajar di luar Kuala Lumpur. Rezeki menyebelahi Pak Nil apabila beliau mendapat biasiswa dari MISC dengan syarat, selepas tamat pengajian, beliau wajib bekerja dengan MISC selama 7 tahun. Selepas tamat pengajian, bermulalah kehidupan berkerjaya yang membosankan baginya. Berpakaian ‘selekeh’ dari pagi hingga ke petang. Katanya, petanda jika tidak suka atau bosan melakukan kerja yang dilakukan ialah apabila kita tiada ‘mood’ untuk bangun pagi bersiap-siap ke tempat kerja. Bagi menghilangkan rasa bosan yang dialaminya, beliau menyanyi di dalam kelab kapal MISC. Perjalanan hidup-nya yang membosankan berubah selepas beliau tekad berhenti kerja dan bertukar karier yang pelbagai sehinggalah terlibat dengan pihak TV3. Beliau rasa enjoy bekerja sebagai wartawan media dan tugas-tugas lain di bidang penyiaran. Baginya, i t u l a h d u n i a s e b e n a r y a n g diidam-idamkannya. ‘Playground’ sebenar yang menonjolkan keupayaannya bekerja dengan baik sekali. Katanya, “Jika kita suka bekerja di tempat yang kita berada sekarang, kita sebenarnya seperti tidak bekerja tetapi seolah-olah kita seperti sedang bermain-main sahaja. Kita terasa sangat enjoy untuk melaksanakan tugas kerana kita berasa begitu gembira sekali.” Beliau juga sempat berpesan, jika kita gagal melaksanakan kerja kita dengan baik, itu akan menjadi peluang terbaik untuk orang lain mengambil alih tempat kita. Pengalaman ini berlaku ketika Pak Nil terlibat dalam segmen berita tengah malam di mana pada ketika itu, pembaca berita sebenar tidak muncul tepat pada waktu sebelum siaran. Maka, Pak Nil telah menjadi ‘bidan terjun’ membaca berita pada malam tersebut. Rentetan itu, penerbit melihat potensi diri Pak Nil yang boleh membaca berita dengan baik. Rezeki di pihaknya apabila beliau terus membaca

berita tengah malam selepas daripada peristiwa itu. Sebelum itu, beliau hanyalah wartawan media dan telah lama berhasrat beraksi di depan kamera membaca berita. Peluang ini tercapai akibat dari keculasan orang lain tidak menepati masa dalam melaksanakan tugas. Potensi Pak Nil terserlah lagi apabila TV3 memberi peluang untuk beliau mengendalikan sendiri rancangannya iaitu Pop Kuiz yang menjadi top dan bertahan lama. Disebabkan keseronokannya bekerja, beliau tidak pernah mengambil sebarang cuti sakit. Apa yang penting katanya, kita perlu buktikan keupayaan kita dalam berbuat sesuatu perkara. Banyak perkara positif yang boleh kita ambil sebagai inspirasi dalam merancang kejayaan hidup. Perkongsian Pak Nil menunjukkan kejayaan beliau hari ini bukan datang bergolek malahan perlu melalui usaha keras dan dengan izin Allah Subhanahuwa Ta’ala. Bermula dengan hidup tanpa tujuan, akhirnya melalui satu turning point untuk bersaing ke arah kejayaan. Selain itu, beliau juga sentiasa memikirkan untuk memberikan evolusi dalam kerjaya beliau agar tidak dilihat statik. Pak Nil masih mampu bertahan dengan pelbagai idea baru pada setiap kali walaupun dicabar dengan pendatang baru yang lebih muda releven dan inilah rahsia kejayaan beliau sehingga sekarang. Semoga kita mendapat manfaat dari perkongsian yang diceritakan oleh beliau. Sekian.

PPM, 12 – 13 Mac 2016 - Program Kem Motivasi Keluarga

Bahagia merupakan salah satu program anjuran AKRAB Pusat

Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains

Malaysia (JMG) dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan

(KSK) PPM. Ianya telah dianjurkan pada 12 hingga 13 Mac 2016

selama dua hari dan bertempat di kawasan peranginan

D’ Lereng, Chepor, Perak. Seramai enam puluh lima (65)

peserta yang hadir terdiri daripada kakitangan dan anak-anak

kakitangan. Majlis telah dimeriahkan dengan ucapan Yang

Dipertua KSKPPM, Dr. Hj Izhar Abadi bin Ibrahim Rais dan diikuti

pula perasmiannya oleh Pengarah PPM iaitu Encik Md Muzayin

bin Alimon.

Objektif program ini adalah untuk memberi motivasi

kepada kakitangan dan anak-anak kakitangan tentang

kebahagian keluarga sebenar adalah berdasarkan kepada

Hablumminallah - hubungan dengan Allah SWT dalam

kewajipan untuk beribadah dan juga Hablumminannas -

hubungan sesama manusia yang perlu dieratkan serta status

ibubapa atau pelajar perlu dilaksanakan secara bersungguh-

sungguh kerana ia merupakan ibadah yang dipertanggung-

jawabkan kepada kita.

Di antara pengisian program yang dijalankan adalah

solat berjemaah, kuliah Maghrib dan Subuh, jamuan makan

termasuk BBQ, qiamullail, sukaneka untuk kakitangan dan anak-

anak kakitangan. Sebaik sahaja selesai dalam acara sukaneka

para peserta yang menyertai aktiviti tersebut telah menerima

hadiah yang disampaikan oleh YDP KSK.

Aturcara majlis:

Tarikh: 12/3/2016 (hari Sabtu)

3.00 petang : Pendaftaran

4.00 petang : Minum petang

5.00 petang : Solat Asar

5.30 petang : Ramah mesra/ riadah

7.30 malam : Solat Maghrib/ Kuliah Maghrib

8.50 malam : Solat Isyak

9.00 malam : Kata-kata aluan oleh YDP KSKPPM, JMG

9.05 malam : Perasmian oleh Wakil Pengarah PPM

: Makan malam- BBQ

11.00 malam : Rehat

Tarikh: 13/3/2016 (hari Ahad)

4.45 pagi: Qiamulail – Solat Taubat,

solat tahjud

5.15 pagi Solat tasbih (berjamaah)

6.20 pagi: Solat Subuh

Kuliah Subuh

8.00 pagi: Sarapan

9.00 pagi: Aktiviti riadah

(sukaneka bercorak motivasi)

-hadiah disediakan

11.30 pagi: Bersurai

Oleh: Dr. Ismail bin Ibrahim Pengerusi AKRAB (JMG)

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Gambar 1: Kehadiran peserta disambut

pengerusi program, Dr. Ismail bin Ibrahim.

Gambar 2: Kuliah maghrib disampaikan oleh

Ustaz Nordin Ahmad bin Mahmud.

Gambar 3: Peserta yang hadir mendengar

kuliah maghrib yang disampaikan.

Gambar 4: Ucapan perasmian oleh

En. Md Muzayin, Pengarah PPM

Gambar 7: Anak-anak ahli KSK menyertai

sukaneka.

Gambar 6: Sebahagian peserta sedang

menikmati jamuan makan malam.

Gambar 8: Hadiah pemenang sukaneka

disampaikan oleh YDP KSK, Dr. Izhar.

Gambar 5: Jamuan makan malam disediakan

secara buffet.

Program Menyelami Kehidupan Nelayan di Kampung Bukit Malut, Pulau Langkawi, Kedah adalah hasil kepercayaan dan sokongan terhadap Rakan pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) JKPTG. Program ini merangkumi aspek penilaian, bimbingan, k h i d m a t n a s i h a t , s o k o n g a n d a n penambahbaikan kepada pegawai itu sendiri di mana telah digabungkan menjadi Program Pengupayaan Kendiri iaitu melalui Program Penilaian Pekerja, Program Pementoran, Program Pembimbing Rakan Sekerja dan Program Kaunseling. Memahami kepentingan menerima setiap PERUBAHAN yang berlaku di dalam kehidupan dengan rela hati agar dapat menjalani kehidupan yang lebih stabil dan harmoni di rumah dan di tempat kerja;

Memperdalami konsep mempunyai IMPIAN (menentukan matlamat dan piawai) di dalam kehidupan, menjadikannya selari dengan visi dan misi organisasi agar mereka dapat memberikan sokongan yang sepenuhnya;

Melihat kepentingan MENGUASAI DIRI SENDIRI dengan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri masing-masing;

Merapatkan ja l inan dan penjagaan PERHUBUNGAN dengan ahli keluarga, pelanggan, rakan-rakan perniagaan dan juga setiap orang yang mereka kenali;

Menguasai peranan penting yang dimainkan oleh KEINGINAN dalam membantu mereka menerima PERUBAHAN, merealisasikan IMPIAN mereka, membolehkan mereka MENGUASAI DIRI SENDIRI serta membantu mereka dalam menjalin dan menjaga PERHUBUNGAN dengan orang lain;

Menyedari kepentingan menyemai dan membentuk persekitaran yang harmoni di rumah dan di tempat kerja dengan mempraktikkan nilai-nilai murni yang menjadi dasar kepada prinsip-prinsip organisasi.

Da lam pe laksanaan program, terdapat tiga k o m p o n e n y a n g digunakan iaitu: Komponen Pertama : Mengandungi aktiviti -aktiviti kuliah seperti ceramah, bengkel, diskusi dan simulasi. Selain daripada itu aktiviti yang berunsur dialog adalah digalakkan sepanjang aktiviti.

Komponen Kedua : Bengkel Kumpulan Dinamik dijalankan sebagai sebahagian daripada pendekatan program ini. Komponen Ketiga : Aktiviti Psikologi yang banyak menyelitkan falsafah yang tersirat untuk dihayati oleh peserta. Peserta akan menghayati dan menghadam ilmu yang diajar melalui ‘belajar melalui pengalaman’.

Di sini Ahli AKRAB telah diberi penerangan berkenaan latar belakang penduduk Kampung Nelayan Bukit Malut Pulau Langkawi yang berkisar kepada latar belakang penempatan awal di mana tapak tersebut dahulunya merupakan penempatan penduduk setempat yang telah terbakar akibat kecuaian dan

memusnahkan puluhan buah rumah yang dibina secara tidak teratur serta berdekatan antara satu sama lain. Golongan ini merupakan darah campuran antara etnik Rohingya dan Melayu Islam Kedah (MIK) yang merupakan rakyat asal Kedah yang dibawa oleh Kerajaan Jepun untuk pembinaan jambatan Sungai Kwai

di Myanmar. Aktiviti ekonomi utama penduduk ini adalah Nelayan yang rata-rata tergolong dalam kategori rakyat termiskin dengan masalah kesempitan hidup, sosial, penagihan dadah dan sebagainya.

Program yang dirancang adalah untuk mendampingi, mendalami dan menghayati kehidupan seharian Perkampungan Nelayan Bukit Malut Pulau Langkawi. Natijahnya peserta akan menginsafi perlakuan semasa dan melahirkan kesedaran, rasa bersyukur serta inovatif dalam kehidupan harian khususnya perkhidmatan awam.

Pada jam 8.30 pagi, peserta seramai 35 orang berkumpul di Dewan Kuliah Akademi JPJ Langkawi untuk mendengar penerangan

program oleh urus setia di mana peserta telah dibahagikan kepada lapan kumpulan yang terdiri dari campuran ahli seramai 4 orang satu kumpulan. Setiap kumpulan diberi tugasan untuk m e n y e d i a k a n m a s a k a n d a n menghidangkannya untuk keluarga nelayan yang telah ditetapkan sambil beramah mesra dalam kata erti lain menghayati kehidupan sebenar keluarga tersebut.

Setiap kumpulan disediakan sebuah k e n d e r a a n d a n d i k e h e n d a k i

menyediakan bahan mentah untuk tujuan penyediaan makanan bersama keluarga tersebut dengan pembiayaan secara sumbangan ikhlas setiap ahli kumpulan.

Gambar 1: Bergambar sebelum memasuki perkampungan Nelayan Bukit Malut

Oleh: Pn. Yuzila binti Yusoff Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB)

Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG)

Pada masa yang sama Pengerusi dan 2 (dua) ahli jawatankuasa AKRAB JKPTG berbincang untuk kali ketiga dengan Jawatankuasa Kemajuan Kampung dan Persatuan Nelayan serta Ketua Pengkalan Kampung Bukit Malut untuk tujuan pengesahan kebenaran memasuki perkampungan tersebut dengan syarat-syarat tertentu yang dikenakan oleh Ketua Pengkalan.

Pada jam 12.00 tengah hari AKRAB JKPTG mula bergerak dalam kumpulan ke Perkampungan Nelayan Bukit Malut. Dalam perjalanan ke perkampungan tersebut, peserta singgah di pasaraya untuk mendapatkan bekalan bahan mentah.

Pada jam 2.00 petang, AKRAB JKPTG tiba di Kampung Nelayan Bukit Malut dengan disambut oleh Ketua Pengkalan, JKKK dan Ketua Keluarga. Setiap kumpulan dibawa oleh Ketua Keluarga ke rumah masing-masing. Setiba di rumah masing-masing, peserta memulakan tugasan memasak dan menjamu selera bersama-sama dengan keluarga berkenaan.

Semasa menjamu selera, peserta menggunakan kemahiran membina hubungan, kemahiran mendengar, dorongan minima, empati, membuat rumusan kecil, menyoal, rumusan besar, meminta penjelasan serta melayan mereka dengan sebaik mungkin. Secara tidak langsung peserta dapat berkongsi pengalaman dalam menghayati dan menginsafi keperitan hidup dalam kemiskinan golongan penduduk disini. Justeru peserta diberi gambaran yang jelas betapa sukar dan daifnya kehidupan mereka dalam pelbagai aspek untuk meneruskan kehidupan seharian.

Pada jam 6.00 petang, peserta mula beredar dari Perkampungan Nelayan Bukit Malut dengan seribu realiti, kenangan, pengalaman dan keinsafan untuk kembali ke Akademi JPJ Pulau Langkawi.

PENGHAYATAN DAN IMPAK

Pada jam 8.30 malam, peserta ditempatkan dalam beberapa kumpulan di mana setiap kumpulan diketuai oleh Ahli AKRAB dan dianggotai oleh Peserta yang terdiri dari

pegawai bermasalah. Ahli AKRAB akan berkongsi pengalaman, penemuan dan penghayatan semasa bersama dengan penduduk Kg. Bukit Malut serta menghayati dan menginsafi keperitan hidup dalam kemiskinan golongan nelayan ini di mana timbulnya kesedaran dan keinsafan bagaimana susah payahnya untuk mendapatkan sesuap nasi dan mengaitkan dengan suasana kehidupan peserta khususnya perlakuan sepanjang perkhidmatan. Peserta mula mengimbas kembali dan menghayati suasana di perkampungan tersebut sehingalah secara tanpa sedar peserta menangis menyesal dan menginsafi atas perilaku yang lalu khususnya sepanjang perkhimatan.

Antara impak yang diperolehi sepanjang program tersebut adalah: i) Mendalami erti kasih sayang, kekuatan, kegigihan, ketabahan dan perjuangan di dalam kelompok masyarakat ini.

ii) Menerima hakikat dalam kepayahan kehidupan dan daif serba kekurangan, wujud sikap menjaga antara satu sama lain seperti hidup bersatu hati, berkongsi masalah yang sama dan tolong menolong dalam menjalani kehidupan seharian.

iii) Membantu membuka ruang pegawa bermasalah untuk belajar menjadi insan yang lebih bersyukur dengan semua nikmat Allah yang diberikan kepada kita dan semo-ga Allah membuka mata kita untuk melihat kelebihan yang Allah anuge-rahkan kepada kita, bukan kita terfokus hanya pada kekurangan saja.

iv) Memberi kesedaran kepada peserta kepentingan mengujudkan jalinan hubungan yang baik untuk jangka masa panjang dikalangan peserta dan penjawat awam.

RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Dengan berlangsungnya program ini, atas bimbingan Pegawai Psikologi Kementerian Sumber Asli Alam Sekitar iaitu Dr. Amran bin Hassan dan ahli AKRAB, peserta dapat melahirkan kesedaran dan keinsafan serta menzahirkan semangat cintakan kerjasama,

kerjaya dan usaha untk berubah dan meningkatkan prestasi kerja. Peserta belajar menerima hakikat, redha dan bersyukur dengan apa yang ada.

PENUTUP

Program yang diadakan telah mencapai objektif yang telah ditetapkan. Dengan pengalaman menyelami sendiri kehidupan yang serba kekurangan dapat meningkatkan lagi jati diri, semangat berpasukan, meningkatkan nilai syukur dimana tahap kesulitan hidup di kalangan AKRAB JKPTG jauh lebih baik dan ringan berbanding dengan kehidupan masyarakat nelayan ini.

Melalui pengalaman dan penghayatan program, peserta melahirkan komitmen untuk memelihara hubungan baik dalam organisasi pastinya memberi natijah yang cukup besar dalam pengembangan organisasi untuk terus mencapai produktiviti yang lebih baik di samping dapat menyumbang kepada suasana yang cukup harmoni, aman dan penuh ukhuwah dalam organisasi serta melupakan perlakuan sebelum dan memulakan azam baru dalam perkhidmatan.