scv kepada - datumcorp.com.my pkns_0.pdf · muat turun aplikasi zappar di app store atau google...

36
4 9 20 14 RM29,000 MENANTI KAKI PANCING BANTUAN BERTERUSAN BUKTI PKNS PRIHATIN DIIKTIRAF ANTARABANGSA 12 PKNS PERKENAL ORANG RAMAI SCV KEPADA

Upload: others

Post on 26-Oct-2019

26 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

4

9 2014

RM29,000MENANTI KAKIPANCING

BANTUAN BERTERUSANBUKTI PKNS PRIHATIN

DIIKTIRAFANTARABANGSA

12

PKNS PERKENAL

ORANG RAMAISCV KEPADA

Page 2: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka

surat yang tertera simbol ini, iaitu di halaman 8.

29 Peniaga Uptown Shah Alam Terima Bantuan Khas 20 Bantuan Berterusan Bukti PKNS Prihatin 20

RILEKS Juara Karom Kesuka 2018 Milik Pentadbiran Bravo (A) 21 Worldwide Muncul Juara Badminton 21 Technical Hornets Ungguli Olahraga Kesuka 2018 22 Majlis Makan Malam Rai Juara Kesuka 2018 24 Kembara PKNS Tawan Tujuh Gunung Tertinggi di Semenanjung Malaysia 25

DIARI LAWATAN 26

KLIK 28

PERSONALITI Ibrahim bin Hamzah 30

PENJAWATAN 31

KARYA KREATIF

34

MINDA ASPIRASI 35

FOKUS Selamat Bersara Datin Paduka 4

PERSPEKTIF PKNS Perkenal Loyalty Card, VTR 6 Dillenia Kediaman Selesa, Kondusif 8 RM29,000 Menanti Kaki Pancing 9 SMK Munshi Abdullah Lakar Kejayaan Hatrik 10 PKNS Perkenal SCV kepada Orang Ramai 12 Karnival Hartanah Kota Puteri Meriah 13 Graduasi Grow Rai 27 Usahawan Bumiputera 13

KEJAYAAN PKNS

Diiktiraf Antarabangsa 14 Terus Cipta Kejayaan 14 PKNS Raih Malaysia Property 14 Award 2018 Kategori “Office” 14 Terima Pengiktirafan Pembangunan Komuniti Sejahtera 15 PKNS Rangkul 3 Anugerah 15 Cipta Kejayaan Membanggakan 15

BERITA ANAK SYARIKAT #DATUMHOMESFORALL Inisiatif Perkukuh Orang Asal 16 WHB Enviro Hunt 2018 Didik Masyarakat Sayangi Alam Sekitar 17

RESPONSIF PKNS Sumbang 75 Sistem Siar Raya kepada 75 SRA di Selangor 18 PKNS Salur Mesej Kesihatan kepada Anggota 19

Page 3: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

Penaung

DATIN PADUKA DR HAJAH NORAIDA BINTI HAJI MOHD YUSOF

Penasihat

HAJAH ROZIAH BINTI HAJI AHMAD

Ketua Pengarang

HAJI ISHAK BIN HASHIM

Pengarang

AIN RODZIATUL AMNAH BINTI NGASSRI

SYAKIRAH BINTI ZULKIFLI

NURSAKINNAH BINTI ABD HALIM

Jurugambar

KHALID SHAFIQ BIN KHALID

MUZAKKIR AMZAR BIN MOHD MA’AROF

PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGOR (PKNS)

Tingkat 1, Blok B, Bangunan Ibu Pejabat PKNS, No. 2, Jalan

Indah 14/8, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

Tel | 03-5525 0300 Faks | 03-55250040 / 03-5525 0041

Laman web | www.pkns.gov.my

Reka Bentuk / Percetakan

ARAS MEGA (M) SDN BHD 164242-W

No. 18 & 20, Jalan Damai 2,

Taman Desa Damai, Sg. Merab,

43000 Kajang, Selangor.

Tel | 03-8925 8975 Faks | 03-8925 8785

Emel | [email protected]

Laman web | www.arasmega.com

SalamB I L A N G A N

OK T-DIS 2018

04

Bersyukur atas kurniaan Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk

melangkah ke tahun 2019 dan terus berkhidmat di PKNS yang tercinta ini.

Menginjak usia penubuhan PKNS ke-54 tahun, pelbagai kejayaan

yang diraih sepanjang mengharungi tahun 2018. Kejayaan itu ialah

hasil usaha daripada semua pihak selain PKNS sentiasa berada di

landasan yang mendukung aspirasi kerajaan negeri melalui pelbagai

Inisiatif Peduli Rakyat.

PKNS terus komited dalam memberi khidmat dan inisiatif kepada

rakyat seperti tawaran menarik projek hartanah PKNS, pembinaan

Rumah Selangorku, galakan kepada usahawan muda menerusi

program PROTUNe serta PPU dan melaksanakan pelbagai program

khidmat sosial bagi membantu golongan kurang bernasib baik.

Paling membanggakan apabila pada tahun 2018, PKNS menerima

banyak anugerah, antaranya Anugerah The Brand Laureate Industry

Champion Brand bagi kategori “Business & Community Leadership”,

Anugerah Pembangunan Komuniti Sejahtera, pengiktirafan sebagai

pemenang bagi kategori “Green Large Building” di ASEAN Energy

Awards 2018, pemenang Malaysia Property Award 2018 bagi kategori

“Best Office Award 2018" dan sebagainya. Tahun 2018 juga meninggalkan momen bersejarah apabila pada

22 November 2018, Datin Paduka Dr Hajah Noraida binti Haji Mohd Yusof

menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PKNS.

Jasa dan legasi yang ditinggalkan beliau pastinya menjadi kenangan

yang tidak dilupakan buat seluruh warga kerja PKNS.

Adalah menjadi harapan saya pada tahun 2019 ini, setiap

anggota menanam azam dan semangat baharu dalam memberikan

perkhidmatan terbaik kepada rakyat, seterusnya mencipta lebih banyak

kejayaan.

Semoga PKNS kekal relevan menjadi sebuah pemaju hartanah

yang sentiasa menjadi pilihan utama rakyat. Bersama-samalah kita

mengharungi tahun 2019 dengan komitmen yang lebih baik.

Selamat Tahun Baharu 2019!

Haji Ishak bin HashimKetua Pengarang

Page 4: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

SETELAH 36 tahun menabur bakti

dan keringat di PKNS, Datin Paduka

Dr Hajah Noraida binti Haji Mohd

Yusof mengakhiri perkhidmatannya

sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PKNS.

Diraikan oleh seluruh warga

kerja dalam satu majlis persaraan

pada 22 November 2018, Datin Paduka

Dr Hajah Noraida menyifatkan

suka duka sepanjang bekerja di PKNS

ialah kenangan yang tidak mungkin

dilupakan.

“Saya ingin mengambil

kesempatan di sini untuk menyusun 10

jari memohon ampun dan maaf andai

ada sebarang kesilapan, kekhilafan

atau keterlanjuran saya baik yang

berlaku dengan sengaja ataupun

tidak sengaja sepanjang bergaul serta

bertugas di PKNS,” katanya.

Menyingkap latar belakang

penglibatan Datin Paduka Dr Hajah

Noraida di PKNS, anak kelahiran

Tanjong Karang, Selangor ini mula

menyertai PKNS pada 1 Jun 1982

sebagai Penolong Pengurus di

Bahagian Perumahan selama enam

tahun tujuh bulan.

Selepas dari itu, beliau pernah

menyandang pelbagai jawatan penting

lain termasuk Penolong Pengurus

Kanan di Pentadbiran Bangi, Pengurus

Bahagian Sumber Manusia, Kontroler

Pembangunan di Jabatan Kemajuan

Wilayah Utara, Timbalan Pengurus

Besar (Pentadbiran & Pembangunan)

di Pejabat Timbalan Pengurus Besar

(Pentadbiran & Pembangunan) sebelum

jawatan terakhirnya ialah sebagai Ketua

Pegawai Eksekutif sejak Oktober 2016.

Sementara itu, Presiden SOA,

Tuan Haji Suhaimi bin Kasdon berkata,

sepanjang Datin Paduka Dr Hajah

Noraida menerajui PKNS sejak akhir

tahun 2016, pelbagai peluang dapat

dinikmati oleh ahli SOA seperti

kenaikan pangkat.

Menurutnya, peluang ini sekali

gus memberi suntikan semangat

baharu kepada ahli untuk memberikan

perkhidmatan terbaik kepada PKNS.

Manakala, bagi Penolong

Pengurus Bahagian Pembangunan

Usahawan, Puan Nur Izzaty binti

Anuar dia rasa sangat selesa sepanjang

bekerja dengan Datin Paduka.

“Selama lima tahun menjadi

Personal Assistant (PA), selepas

itu dinaikkan pangkat ke Bahagian

Pembangunan Usahawan, saya masih

keep in touch dengan Datin Paduka

walaupun hubungan kurang rapat

sekarang.

“Saya rasa sangat selesa bekerja

dengan Datin Paduka sepanjang lima

tahun bekerja sebagai PA kerana

beliau mempunyai sifat keibuan yang

mana saya boleh berkongsi apa sahaja

dengan beliau,” katanya.

Terdahulu, majlis persaraan

berkenaan berakhir dengan Datin

Paduka Dr Hajah Noraida mengetip

keluar kad perakam waktu serta

bersalaman dengan warga kerja PKNS

sebelum bergerak pulang meninggalkan

Bangunan Ibu Pejabat PKNS.

Datin Paduka Dr Hajah Noraida mengetip

keluar kad perakam waktu sebelum

meninggalkan Bangunan Ibu Pejabat PKNS.

DATIN PADUKA...SELAMAT BERSARA

4

FOKUS

Page 5: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

Dalam sifat kelembutan Datin Paduka Dr Hajah Noraida, terdapat ketegasan beliau. Saya doakan Datin Paduka sentiasa di bawah naungan lindungan oleh-Nya dan diberi kesihatan yang baik dan kebahagiaan hidup bersama-sama keluarga.”

Hajah Noridah binti Omar(Penolong Arkitek

Landskap)

Semoga Datin Paduka sentiasa diberi kesihatan yang baik, gembira dengan keluarga dan bergembira selalu selepas bersara.”

Puan Nur Izzaty binti Anuar(Penolong Pengurus

Bahagian Pembangunan Usahawan)

Datin Paduka seorang yang bersifat keibuan. Itu yang membuatkan kami seronok bekerja dengan beliau. Semoga beliau terus success walaupun selepas bersara. Saya doakan kesihatan beliau sentiasa terjaga dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.”

Encik Muhammad Effendi bin Ahmad

(Juruaudit Bahagian Audit Dalam)

Beliau sentiasa menjaga kebajikan warga kerja PKNS dan sifat keibuannya membuatkan kami berasa selesa bekerja dengan beliau. Semoga Datin Paduka sihat, bergembira di samping keluarga dan dimurahkan rezeki.”

Puan Kasmunah binti Abdul Rahman

(Pembantu Tadbir Kanan Bahagian Kewangan)

Terima kasih kerana banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami, bukan sahaja sebagai seorang CEO, malah sebagai seorang kakak, sahabat yang telah mencipta hubungan akrab antara pemimpin dan warga kerja PKNS.”

Tuan Haji Suhaimi bin Kasdon

(Presiden SOA PKNS)

5

FOKUS

Page 6: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

PKNS terus mengorak langkah

dalam mempromosikan jualan

hartanah dengan melancarkan

PKNS Loyalty Card dan Virtual Tour

Reality (VTR) sempena Program Hari

Bersama Pelanggan PKNS Siri 2/2018

pada 20 Oktober 2018 di Kompleks

PKNS Shah Alam.

Inovasi yang dilakukan PKNS ini

seiring dengan perkembangan trend

semasa dan cabaran pasaran, sekali

gus memudahkan pembeli produk

hartanah PKNS.

Ketua Pegawai Operasi PKNS,

Hajah Norita binti Mohd Sidek berkata,

PKNS Loyalty Card diperkenalkan

sebagai tanda penghargaan kepada

pelanggan yang telah membeli produk

hartanah PKNS, selain ia juga menjadi

satu pelaris bagi menarik lebih ramai

untuk membeli produk hartanah

perbadanan ini.

Menurutnya, Loyalty Card

terbahagi kepada dua kategori, iaitu

Gold dan Silver.

“Loyalty Gold untuk pembelian

hartanah PKNS berharga melebihi RM1

PERKENALPKNSLOYALTY CARD, VTR

juta, Loyalty Silver untuk pembelian

hartanah PKNS berharga di bawah

RM1 juta.

“Kelebihan kepada pemilik

kad ialah mereka akan menerima

pelbagai keistimewaan dan diskaun

menarik untuk perkhidmatan dengan

Anak-anak Syarikat PKNS seperti

Shah Alam Convention Centre

(SACC), Kelab Golf Seri Selangor

(KGSS) dan rangkaian Hotel De Palma

bergantung kepada kategori kad,

terma serta syarat,” katanya selepas

merasmikan program berkenaan.

Tambah Norita, VTR pula ialah hasil

inovasi daripada Bahagian Teknologi

Maklumat (ICT) yang memperkenalkan

kaedah baharu mempromosikan projek

hartanah PKNS.

“Menerusi VTR, bakal pembeli

hartanah PKNS boleh melihat

keseluruhan hartanah yang diminati

mereka tanpa perlu berada di tapak

projek dengan gambaran visual di

segenap ruang rumah,” katanya.

Sementara itu, salah seorang

pelanggan yang ditemui, Puan Sharifah

Alya bin Sheikh Ahmad berkata, dia

sangat gembira dengan tawaran yang

diberikan PKNS.

“Pada zaman sekarang

terdapat banyak syarikat perumahan

menawarkan promosi menarik kepada

pembeli rumah dan PKNS telah buat

satu promosi yang berbeza berbanding

dengan syarikat perumahan yang

lain,” katanya.

Sempena program berkenaan,

pelbagai aktiviti menarik diadakan,

antaranya aktiviti mewarna untuk

kanak-kanak, permainan Jenga,

cabutan bertuah dan banyak lagi.

Menerusi VTR, bakal pembeli hartanah PKNS boleh melihat keseluruhan hartanah yang diminati mereka tanpa perlu berada di tapak projek dengan gambaran visual di segenap ruang rumah.”

Hajah Norita binti Mohd Sidek(Ketua Pegawai Operasi PKNS)

6

PERSPEKTIF

Page 7: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

7

PERSPEKTIF

Page 8: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

PKNS menampilkan Dillenia yang

merupakan projek terbaharu

Perbadanan terletak di gerbang

utara Selangor, Bernam Jaya.

Pelancaran projek yang diadakan

di Galeri Jualan Hartanah Bernam Jaya

pada 27 Oktober 2018 telah mendapat

sambutan yang menggalakkan apabila

turut menerima kehadiran pengunjung

luar dari Bernam Jaya.

Projek ini meliputi keluasan 8.58

ekar yang terdiri daripada 72 unit

kediaman dengan dua varian, iaitu

rumah cantuman empat (kluster) (28

unit) berkeluasan 1,848 kaki persegi

dan rumah berkembar dua tingkat (44

unit) berkeluasan 1,900 kaki persegi

yang dijual pada harga bermula

RM532,500 serta RM552,000.

Pengurus Komunikasi Korporat,

Haji Ishak bin Hashim berkata, setiap

unit projek ini menawarkan keunikan

tersendiri dengan sentuhan alam

menghijau dan persekitaran penuh

kedamaian.

Menurutnya, ia direka dengan

konsep seni bina moden, ideal serta

selesa kepada bakal pemilik kediaman ini.

“Dilengkapi dengan 3 + 1 bilik

tidur serta 3 bilik air, ruang dalaman

yang luas semestinya memberikan

pengaliran udara semula jadi yang

maksimum. Pemilik juga dapat

menikmati alam menghijau dengan

suasana penuh ketenangan jauh

daripada kesibukan kota,” katanya.

Sementara itu, salah seorang

pengunjung yang ditemui, M Sri

memberitahu dia pernah membeli

rumah PKNS di Antara Gapi dan

sangat berpuas hati sehinggalah

menerima kunci.

“Kalau ada masalah pun, tak

banyak dan saya memang sangat

suka. Hari ini saya datang dari Puchong

untuk lihat secara dekat rumah ini

pada pelancaran hari ini.

“Lagipun kawasan perumahan

ini terletak bersebelahan lebuh raya,

saya pasti kawasan ini pada masa akan

datang akan membangun,” katanya.

INFO

Jarak

• Berdekatan dengan kemudahan awam dan rekreasi

• 9 km ke UPSI• 14 km ke Bandaraya Proton• 8 km ke Pekan Tanjung Malim

Kemudahan Lebuhraya

• Lebuhraya Utara Selatan• Jalan Persekutuan Kuala Lumpur

– Ipoh (5 km)

KEDIAMAN SELESA, KONDUSIF

DILLENIA

Gambar sebenar rumah contoh.

Sila imbas di sini untuk melihat video penuh.

8

PERSPEKTIF

Page 9: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

INFO

• Cabaran Memancing PKNS

ialah antara aktiviti yang

diadakan pada Karnival

Hartanah PKNS Selangor

Cyber Valley.

• Karnival berkenaan diadakan

bertujuan mempromosikan bandar

SCV kepada masyarakat.

PKNS menawarkan hadiah

bernilai RM29,000 sempena

Karnival Hartanah PKNS

S e langor C yber Va l le y , yang

berlangsung selama dua hari dari

27 hingga 28 Oktober 2018 di Tasik

Selangor Cyber Valley.

Seramai hampir 2,100 kaki

pancing bersaing bagi merebut hadiah

Cabaran Memancing PKNS selain

disediakan pelbagai aktiviti kepada

pengunjung yang hadir, antaranya

cabutan bertuah, memanah, food

truck (kendera saji) dan sebagainya.

Pengurus Besar Pembangunan

Wilayah Selatan, Tuan Haji Lokman bin

Haji Abd Kadir berkata, dengan yuran

pendaftaran hanya RM20 bagi setiap

satu joran, PKNS menawarkan wang

tunai RM15,000 bagi juara Cabaran

Memancing itu.

“Juara pertandingan akan

membawa pulang wang tunai

berjumlah RM15,000, naib juara,

RM5,000 manakala, pemenang

tempat ketiga RM2,000. Bagi

pemenang tempat keempat akan

menerima RM800 dan kelima RM500.

Bagi pemenang di tempat keenam

hingga ke-10 menerima RM200 dan

pemenang ke-11 hingga ke-60 akan

menerima RM100,” katanya.

RM29,000MENANTI KAKI PANCING

Terdahulu, acara pelepasan ikan

disempurnakan oleh Tuan Haji Lokman

di Tasik Selangor Cyber Valley pada

22 Oktober 2018.

9

PERSPEKTIF

Page 10: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

PKNS terus komited memupuk

budaya keusahawanan dalam

kalangan pelajar dengan

mengiktiraf pencapaian mereka pada

majlis Konvensyen Program Tunas

Niaga (PROTUNe).

Majlis perasmian Konvensyen

PROTUNe peringkat negeri Selangor

yang ke-20 telah disempurnakan

oleh Dato’ Menteri Besar Selangor,

Tuan Amirudin bin Shari di Pusat

Konvensyen Shah Alam pada 24

Oktober 2018.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS,

Datin Paduka Dr Hajah Noraida binti

Haji Mohd Yusof berkata, PKNS rasa

berbesar hati kerana dapat meneruskan

kesinambungan legasi PROTUNe selama

20 tahun berturut-turut.

“Anak muda termasuk

pelajar yang memiliki semangat

keusahawanan yang tinggi sudah pasti

ialah seorang yang rajin, berdaya saing

dan berani mencuba, malah tidak

gentar berhadapan dengan dugaan

serta cabaran dalam kehidupan.

“Program ini disifatkan berjaya

apabila mendapat penyertaan seramai

24,300 peserta dalam kalangan pelajar

sekolah, membabitkan 875 syarikat

yang berdaftar sendirian berhad sejak

tahun 1998 sehingga kini,” katanya.

Pada konvensyen itu, Syarikat

Tuah Annazhofah Sdn Bhd dari

Sekolah Menengah Kebangsaan

(SMK) Munshi Abdullah, Sabak

Bernam, dinobatkan sebagai syarikat

terbaik buat kali ketiga berturut-turut

mengalahkan 49 sekolah lain yang

menyertai PROTUNe.

Melihat kepada 20 tahun kejayaan PROTUNe, saya ingin menambah hadiah kepada syarikat terbaik, iaitu pinjaman Hijrah sebanyak RM10,000.”

Tuan Amirudin bin Shari(Dato’ Menteri Besar

Selangor)

Hasil inovasi produk yang dihasilkan oleh pelajar

sebagai jualan PROTUNe 2018.

SMK MUNSHI ABDULLAH

KEJAYAAN HATRIKLAKAR

Dato’ Menteri Besar Selangor, Tuan Amirudin bin Shari menyempurnakan gimik perasmian Konvensyen PROTUNe di Pusat Konvensyen Shah Alam.

10

PERSPEKTIF

Page 11: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

APA KATA MEREKA

Pelajar yang terlibat dengan program keusahawanan dapat menjana pendapatan sendiri walaupun masih belajar.”

Puan Zainah binti Ahmad Salleh

(Guru Pembimbing Terbaik)

Anugerah ini bukti komitmen daripada pengurus-pengurus Gagasan Setia Sdn Bhd yang tanpa jemu membantu saya menguruskan syarikat.”

Noor Athirah binti Azmi (Pengurus Terbaik)

Konvensyen PROTUNe membuktikan usaha PKNS mengangkat martabat usahawan Bumiputera sejak daripada bangku sekolah secara konsisten.”

Allif bin Rashid(Perunding PROTUNe Negeri

Selangor & Ikon PROTUNe PKNS)

Tugas dalam jabatan pemasaran membolehkan saya berkomunikasi dengan pelanggan secara berkesan. Inilah kunci kejayaan saya.”

Nurlisha Amirah binti Shahrom

(Pekerja Terbaik)

11

PERSPEKTIF

Page 12: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

PERKENAL PKNS

KEPADAORANG RAMAISCV

KARNIVAL Hartanah

P K N S S e l a n g o r

C y b e r V a l l e y

(SCV) yang berlangsung

selama dua hari bermula

27 sehingga 28 Oktober

2018 menerima sambutan

menggalakkan daripada

orang ramai.

P r o g r a m a n j u r a n

P K N S i n i b e r t u j u a n

memperkenalkan bandar

SCV kepada orang awam

merangkumi pembangunan

b e r c a m p u r t e r m a s u k

kediaman, taman industri,

pusat komersial dan institusi

pendidikan di tanah seluas

520 hektar.

P a d a p r o g r a m

berkenaan pelbagai aktiviti

diadakan antaranya Cabaran

Memancing yang mendapat

sambutan menggalakkan

daripada kaki pancing

apabila menerima seramai

2,100 penyertaan, dengan

hadiah keseluruhan wang

tunai berjumlah RM29,000

ditawarkan.

Terdahulu, maj l i s

perasmian dan penyerahan

hadiah kepada pemenang

disempurnakan oleh Ketua

Pegawai Operasi PKNS, Hajah

Norita binti Mohd Sidek.

Pemenang tempat

pertama bagi pertandingan

memancing, Encik Mohd

Azlie Che Husain berjaya

membawa pulang wang

tunai bernilai RM15,000

dengan hasil tangkapan

ikan keli seberat 5.345

kilogram.

Hajah Norita berkata,

pada karnival ini PKNS

turut menawarkan diskaun

sebanyak 20 peratus kepada pembeli Vega Residensi 2 dan rebat sehingga RM800,000 bagi projek hartanah di Seksyen 13, Shah Alam, iaitu Rumah Superlink dua Tingkat (Marbella).

P e l b a g a i a k t i v i t i diadakan sepanjang dua hari karnival berlangsung antaranya, senamrobik, memanah, pemeriksaan kes ihatan, food truck

( k e n d e r a s a j i ) , s u d u t permainan kanak-kanak dan mini zoo.

T u r u t d i b u k a booth (reruai) Lembaga P e r u m a h a n H a r t a n a h S e l a n g o r ( L P H S ) d a n P e r b a d a n a n T a b u n g Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

S e m e n t a r a i t u , pemenang hadiah utama

cabutan bertuah TV LED dimenangi oleh Muhammad Nur Syafiq, 22, yang berasal dari Terengganu.

“Walaupun saya tidak menang rezeki memancing semalam, saya rasa bersyukur kerana tuah saya pada hari ini memenangi hadiah cabutan TV LED,” katanya.

Ini ialah kali kelima saya menyertai pertandingan memancing. Alhamdulillah rezeki saya kali ini memenangi pertandingan memancing yang diadakan PKNS.”

Encik Mohd Azlie Che Husain(Pemenang tempat pertama

pertandingan memancing)

12

PERSPEKTIF

Page 13: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

KARNIVAL HARTANAH KOTA PUTERI MERIAH

KARNIVAL Hartanah Kota Puteri yang diadakan pada 24

November 2018 di Galeri Jualan Hartanah Kota Puteri berlangsung meriah dengan kehadiran orang ramai.

P e n g u r u s B e s a r Pembangunan Wilayah Tengah, Encik Azmi bin Adnan berkata, kali terakhir karnival di Kota Puteri ialah pada tahun 2016 dengan diadakan aktiviti memancing.

“Tahun ini PKNS m e n g a m b i l i n i s i a t i f mengadakan karnival ini bertujuan bertemu penduduk Kota Puteri dan juga bakal pelanggan yang berminat membeli rumah di sini.

“Potongan diskaun s e h i n g g a 2 0 p e r a t u s diberikan kepada pembeli rumah Daffina 2 & 3 di Kota Puteri. Manakala 70 unit daripada 161 unit rumah Elaisha sudah terjual dan kami menyasarkan

p e n j u a l a n k e d u a - d u a rumah tersebut pada hari ini,” katanya ditemui pada karnival berkenaan.

Menurutnya, Rumah Selangorku Idaman PKNS Kota Puteri ialah rumah jenis landed (rumah bandar/t o w n h o u s e ) p e r t a m a yang dibina PKNS dengan harga jualan bermula dari RM185,000 seunit.

“ A d a l a h m e n j a d i t a n g g u n g j a w a b k a m i m e n j a y a k a n p r o g r a m Kerajaan Negeri Selangor d e n g a n m e n y e d i a k a n rumah mampu milik kepada rakyat,” katanya.

S e m e n t a r a i t u , pembeli Rumah Selangorku Idaman PKNS, Amirul Hakim bin Roslee berkata, dia mengetahui tentang rumah berkenaan ketika hadir ke Hari Terbuka yang diadakan di Setia Alam.

“Dalam masa sama saya membawa senarai

menunggu dan mereka memberi senarai rumah. Jadi saya memilih Kota Puteri sebagai pelaburan rumah pertama saya,” katanya.

Terdahulu, karnival berkenaan turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian antaranya edaran Kad Loyalti PKNS kepada 30 pembeli, jualan hartanah Kota Puteri, Hari Mesra Pelanggan, sukan rakyat, cabutan bertuah dan kids zone.

PKNS satu-satunya pemaju yang melaksanakan E-wasiat dengan membayar RM300 kepada JAIS untuk proses menamakan wasiat.”

Encik Azmi bin Adnan(Pengurus Besar

Pembangunan Wilayah Tengah)

MA J L I S Graduas i Program Usahawan S i s w a z a h a t a u

G r a d u a t e R e a l i z i n g Opportunities Way Forward (GROW) telah diadakan bagi meraikan 27 usahawan Bumiputera yang berjaya menamatkan modul selama enam bulan.

M a j l i s b e r k e n a a n yang turut memberikan Pentauliahan Sub Kontraktor B u m i p u t e r a ( S K B ) kepada sembilan syarikat Bumiputera itu berlangsung di Bangunan PKNS BizClub, Seksyen 7, Shah Alam pada 13 Disember 2018.

K e t u a P e g a w a i K o r p o r a t , H a j a h S i t i Zubaidah binti Haji Abd. J a b a r b e r k a t a , P K N S menaruh harapan agar program GROW ini mampu memberi kesedaran tentang betapa pentingnya ilmu keusahawanan kepada peserta kerana semua sedia maklum bahawa perniagaan

juga mempunyai risiko tersendiri.

“Tidak mustahil hasil pendapatan keseluruhan peserta GROW seperti yang saya nyatakan tadi, mungkin m e n j a d i p e n d a p a t a n syarikat tuan/puan dalam masa hanya satu tahun sekiranya tuan/puan berani membuat inovasi, mencari ruang penambahbaikan dan berusaha luar daripada kebiasaan,” katanya.

Te r d a h u l u , m a j l i s p e r a s m i a n t e l a h d i s e m p u r n a k a n o l e h Pengerusi Jawatankuasa

Te t a p P e m b a n g u n a n Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Puan Rodziah binti Ismail.

Dalam ucapannya, Puan Rodziah berkata program Sub Kontraktor khususnya selari dengan hasrat kerajaan yang cuba untuk melangkah ke arah Industr ia l ised Bui ld ing System (IBS).

“ I B S i a l a h s a t u kaedah pembinaan yang m e n g g u n a k a n t e k n i k , produk, komponen dan juga sistem binaan yang

mel ibatkan komponen p a s a n g s i a p s e r t a pemasangan komponen di tapak bina.

“Justeru itu, dengan menerapkan kaedah ini da lam pembinaan, ia secara tidak langsung akan membuka peluang dalam melahirkan ramai lagi sub-kontraktor yang akan terlibat dengan kerajaan,” katanya.

Sementara itu, peserta GROW 2018, Nurul Atiqah binti Mohd Daud berkata, program ini ialah inisiatif terbaik yang diberikan oleh PKNS kerana ia memberi peluang kepada usahawan muda yang baru hendak memulakan perniagaan.

“Sebelum ini saya tidak mempunyai sebarang pendapatan yang tetap, namun selepas serta i program ini saya dapat menjana pendapatan yang stabil sebanyak RM30,000 sebulan,” ujarnya.

GRADUASI GROW RAI 27 USAHAWAN BUMIPUTERA

13

PERSPEKTIF

Page 14: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

tempat kedua dan ketiga mengikut kategori masing-masing.

K e t u a P e g a w a i Eksekutif PKNS, Datin Paduka Dr Hajah Noraida binti Haji Mohd Yusof m e n e r i m a a n u g e r a h b e r k e n a a n d a r i p a d a Setiausaha Agung ASEAN, Dato Lim Jock Hoi sempena 36th ASEAN Minister on Energy Meeting (AMEM).

PK N S s e k a l i l a g i mengharumkan nama Selangor dan Malaysia

di rantau ASEAN apabila menerima pengiktirafan sebagai pemenang bagi kategori “Green Large B u i l d i n g ” d i A S E A N Energy Awards 2018 yang berlangsung di Marina Bay Sands Expo & Convention Centre, Singapura pada 29 Oktober 2018.

Bangunan Ibu Pejabat PKNS yang terletak di Seksyen 14 Shah Alam dengan seni bina berteknologi t inggi muncul sebagai wakil tunggal Malaysia yang berjaya memenangi kategori berkenaan, sekali gus mengetepikan pencabar lain dari seluruh ASEAN yang mana wakil negara s e l e b i h n y a m e n d a p a t

DIIKTIRAF

ANTARABANGSA

PKNS RAIH MALAYSIA PROPERTY AWARD 2018 KATEGORI "OFFICE"

BANGUNAN Ibu Pejabat PKNS

diiktiraf sebagai pemenang

anugerah berprestij, Malaysia

Property Award 2018 bagi kategori

"Best Office Award 2018" anjuran FIABCI Malaysia.

Majlis yang berlangsung pada 17

November 2018 di One World Hotel,

Petaling Jaya itu menyaksikan Ketua

Pegawai Eksekutif PKNS, Datin

Paduka Dr Hajah Noraida binti Haji

Mohd Yusof menerima anugerah

berkenaan yang disampaikan oleh

Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri

Menanti, Tunku Ali Redhauddin ibni

Tuanku Muhriz.

Bangunan Ibu Pejabat PKNS

yang terletak di Seksyen 14 Shah Alam

Bergambar kenangan bersama-sama piala yang diterima selepas majlis berkenaan.

ialah ikon terkini di Shah Alam dengan seni bina moden berteknologi tinggi serta penarafan Double Platinum Green Building Index (GBI) muncul sebagai pemenang kategori berkenaan.

Datin Paduka Dr Hajah Noraida berkata, ini ialah pengiktirafan ke-12 diterima oleh Bangunan Ibu Pejabat PKNS yang kini merupakan mercu tanda ikonik terbaharu di Shah Alam.

“Ia melambangkan bangunan ini berada di dalam kelasnya yang tersendiri dengan menerima pelbagai pengiktirafan bukan sahaja di peringkat tempatan, malahan antarabangsa,” katanya.

Terdahulu, hadir sama pada majlis berkenaan ialah Ahli-ahli Pengurusan PKNS, Ketua-ketua Bahagian serta anggota yang terlibat sebagai ahli jawatankuasa penyediaan dokumentasi pencalonan/penjurian

peringkat PKNS.

PKNS telah menerima A n u g e r a h I k o n P e r n i a g a a n d a n

Komuniti 2018 pada Majlis The Brandlaureate Brand ICON Leadership Awards 2018 dalam majlis yang berlangsung di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur, pada 26 November 2018.

KEJAYAANTERUS CIPTA

Anugerah disampaikan oleh Pengerusi Asia Pacific Brands Foundation, Tan Sri Rainer Althoff kepada Ketua Pegawai Operasi PKNS, Hajah Norita binti Mohd Sidek.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ahli Pengurusan PKNS dan wakil anggota.

14

KEJAYAAN PKNS

Page 15: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

TERIMA PENGIKTIRAFAN PEMBANGUNAN

KOMUNITI SEJAHTERA

PKNS menerima Pengiktirafan Pembangunan Komuniti Sejahtera sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia Peringkat Negeri Selangor 2018

yang disampaikan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

Pengiktirafan ini sebagai menghargai dan mengiktiraf sumbangan PKNS dalam pembangunan Rumah Selangorku di Selangor.

Majlis berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam pada 30 Oktober 2018.

Ketua Pegawai Teknikal PKNS, Ir Haji Mohamad Sharif bin Mok Som mewakili PKNS menerima plak pengiktirafan berkenaan yang disampaikan oleh Sultan Sharafuddin di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam.

PK N S c e m e r l a n g dengan menerima tiga anugerah sempena

Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pusat Kaunseling Selangor – Talian Sahabat dan Majlis Pentauliahan AKRAB 2017 yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 21 November 2018.

Majlis yang dirasmikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, Tuan Amirudin bin Shari itu, menyaksikan PKNS meraih Anugerah Penarafan Lima Bintang Standard K u a l i t i P e r k h i d m a t a n Psikologi (SKPPsi) tahun 2018, Anugerah AKRAB Inovatif untuk Kategori Organisasi dan Anugerah AKRAB Bestari Kategori Individu yang diterima

oleh Timbalan Pengerusi 1 AKRAB PKNS, Haji Amer bin Senin yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa AKRAB Negeri Selangor.

PKNS dipilih menerima anugerah ini hasil daripada penilaian yang dibuat oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) menerusi sumbangan atau aktiviti dilaksanakan AKRAB PKNS.

Pada majlis berkenaan, Ketua Pegawai Teknikal, Ir Haji Mohamad Sharif bin Mok Som hadir menerima anugerah tersebut mewakili PKNS yang disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Amin bin Ahmad Ahya.

PKNS RANGKUL

3 ANUGERAH

PKNS telah memenangi Anugerah Bandar R e n d a h K a r b o n

(Low Carbon City Award) Kategori Sektoral dalam M a j l i s M I P P l a n n i n g Excellence Awards 2018 yang diadakan di The Majest ic Hote l Kuala Lumpur pada 29 November 2018.

K e t u a P e g a w a i Operasi PKNS, Hajah Norita binti Mohd Sidek diringi P e n g u r u s P e r a n c a n g , B a h a g i a n P e r a n c a n g Fisikal, Puan TPr. Sulimah binti Sal leh menerima anugerah berkenaan yang disampaikan oleh Menteri Wilayah, Tuan Khalid Bin Abdul Samad.

CIPTA KEJAYAANMEMBANGGAKAN

15

KEJAYAAN PKNS

Page 16: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

16

DATUMCORP International

S d n B h d ( D a t u m C o r p )

telah melancarkan kempen

#DatumHomesforAll di Galeri Jualan

Datum Galeria, Jalan U-Thant, Kuala

Lumpur pada 6 Oktober 2018.

Dato’ Menteri Besar Selangor,

Tuan Amirudin bin Shari hadir

m e n y e m p u r n a k a n p e l a n c a r a n

program tanggungjawab sosial

korporat (CSR) berkenaan dengan

disaksikan oleh Ketua Pegawai

Operasi PKNS, Hajah Norita binti

Haji Mohd Sidek dan Ketua Pegawai

Eksekutif DatumCorp, Shytul Shahryn

bin Mohamad Shaari.

Amirudin berkata, kempen

# D a t u m H o m e s f o r A l l j e l a s

menunjukkan keseir ingan dan

kebersamaan dengan kerajaan negeri

dalam melestarikan pembangunan

yang mampan.

T a m b a h n y a , p e m i l i k a n

kediaman dan pelaburan Datum

Jelatek dapat mempertingkatkan

lagi kualiti kehidupan, merancakkan

p e m b a n g u n a n e k o n o m i d a n

m e m p e r k a s a k a n k e d u d u k a n

fiskal negeri sebagaimana yang

diaspirasikan Smart Selangor.

“Sebanyak 708 unit ditawarkan

pada pembangunan projek ini dan

108 unit sudah dijual. Projek ini juga

sudah mencapai sebanyak 50 peratus

kemajuan,” katanya.

INFO

• Aplikasi permainan Datum Tap boleh dimuat turun melalui iOS dan Android.

• Ia membenarkan pemain mengumpul planks bagi membina rumah maya untuk komuniti Orang Asal.

• Peserta yang berminat menyertai Datum Tap hendaklah klik “Like” laman Facebook Datum Jelatek dan log masuk aplikasi permainan tersebut menggunakan akaun Facebook bagi memenangi ganjaran maya serta seterusnya merebut hadiah utama dan hadiah mingguan.

Sementara itu, turut dilancarkan aplikasi permainan virtual gamification

dikenali sebagai Datum Tap yang bakal muncul sebagai gamification pembinaan res idensi pertama seumpamanya di Malaysia, dengan hasrat untuk menyebarluaskan kesedaran mengenai komunit i Orang Asal dan seterusnya membina kediaman bagi mereka menerusi k e m p e n # D a t u m H o m e s f o r A l l yang menjadi salah satu pengisian serta matlamat dalam MoU yang ditandatangani.

Te r d a h u l u m e n y a k s i k a n pemeteraian MoU antara Ketua Pegawai Eksekutif DatumCorp dengan Presiden Epic Society, John-Son Oei yang disaksikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor dan Ketua Pegawai Operasi PKNS. MoU tersebut

#DATUMHOMESFORALLINISIATIF PERKUKUH ORANG ASAL

ialah antara misi pemerkasaan dan

pembudayaan korporat jenama

DatumCorp sebagai salah sebuah

pemain industri pembinaan yang

berdaya saing di negara ini.

BERITA ANAK

SYARIKAT

Page 17: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

17

BE R S E M P E N A Bulan Alam Sekitar Malaysia peringkat k e b a n g s a a n , Wo r l d w i d e

Holdings Berhad bersama anak syarikatnya Worldwide Landfills S d n B h d m e n g a n j u r k a n W H B Enviro Hunt 2018 bagi mendidik d a n m e n i n g k a t k a n k e s e d a r a n masyarakat umum berkaitan alam sekitar seperti pencemaran alam serta pemanasan global.

Ke tua Pe gawai Ek se k ut i f K u m p u l a n n y a , D a t i n P a d u k a Norazlina Zakaria berkata, program ini ialah sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) di bawah kalendar program Worldwide Prihatin.

Menurutnya, program ini turut memberi pendedahan cadangan pelaksanaan teknologi pengurusan sisa pepejal seperti "Waste to Energy" yang merupakan suatu kaedah memproses sisa pepejal dan menukarnya kepada tenaga elektrik.

Berlangsung di Taman Rekreasi Worldwide Landfills Park, Air Hitam Puchong, pada 24 November 2018, acara itu disertai seramai 200 peserta terdiri daripada wakil-wakil pihak berkuasa tempatan (PBT), pejabat daerah, agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam aktiviti pengurusan alam sekitar, media, institusi pengajian tinggi (IPT) dan penduduk sekitar.

A c a r a i t u m e n y a k s i k a n peserta ber ja lan kaki melebihi 10,000 langkah mengelilingi taman r e k r e a s i b a g i m e n y e l e s a i k a n t u g a s a n , s o a l j a w a b d a l a m p e n g u r u s a n a l a m s e k i t a r , s e n a m r o b i k , b e r b a s i k a l d a n cabutan bertuah.

WHB ENVIRO HUNT 2018

DIDIK MASYARAKATSAYANGIALAM SEKITAR

Datin Paduka Norazlina berkata,

pihaknya tidak menyediakan baju

penyertaan tetapi meminta setiap

peserta dan kumpulan mengenakan

pakaian mengikut tema recycle

atau kitar semula sebagai kempen

penggunaan barangan kitar semula.

“Diharapkan program ini dapat

mendidik masyarakat untuk tidak

melakukan pencemaran alam sekitar

dan lebih bertanggungjawab untuk

memelihara alam sekitar supaya

bumi sentiasa terpelihara untuk

kelangsungan umat manusia pada

masa akan datang,” katanya.

Datin Paduka Norazlina (berdiri tengah) bergambar bersama pemenang.

BERITA ANAK

SYARIKAT

Page 18: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

INFO

Klang ialah penerima terbanyak, iaitu berjumlah RM56,800 melibatkan 16 SRA.

PKNS telah menyumbang sebanyak 75 unit peralatan sistem siar raya dengan nilai

keseluruhan berjumlah RM269,546 kepada 75 sekolah rendah agama (SRA) di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di seluruh Selangor.

Majlis penyerahan peralatan sistem siar raya berkenaan diadakan pada 19 Oktober 2018 di Dewan Aster, Bangunan Ibu Pejabat PKNS.

Sebanyak sembilan wakil setiap daerah menerima sumbangan

Bilangan Sekolah yang Menerima Sumbangan Peralatan Sistem Siar Raya

2018.

Bil Daerah Sekolah Kos

1 Gombak 6 RM21,300.00

2 Hulu Langat 8 RM28,400.00

3 Sepang 6 RM21,300.00

4 Kuala Langat 11 RM39,050.00

5 Petaling 7 RM24,850.00

6 Kuala Selangor 8 RM28,400.00

7 Klang 16 RM56,800.00

8 Sabak Bernam 5 RM17,750.00

9 Hulu Selangor 8 RM28,400.00

Jumlah Keseluruhan (termasuk kos penghantaran) RM269,546.00

PKNS SUMBANG 75 SISTEM SIAR RAYA

daripada Ketua Pegawai Eksekutif

PKNS, Datin Paduka Dr Hajah Noraida

binti Haji Mohd Yusof dengan

disaksikan oleh Timbalan Pengarah

(Pengurusan) JAIS, Hajah Azlinda

binti Azman.

Datin Paduka Dr Hajah Noraida

berkata, sumbangan peralatan siar

raya untuk sekolah agama terpilih di

sekitar Selangor itu ialah sebahagian

daripada zakat perniagaan PKNS

kepada golongan asnaf di Selangor.

“Setiap sekolah yang terpilih akan

dibekalkan dengan set sistem siar raya

lengkap yang berharga RM3550 setiap

satu. Untuk makluman, ini merupakan

kali kedua kita adakan program

seumpama ini yang mana sebelum

ini, kita pernah juga menyumbang set

sistem siar raya kepada 99 sekolah

pada tahun 2014,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pegawai Tadbir Agama Daerah Klang, Puan Umi Kalthom binti Mohd Idris, yang menerima sumbangan sebanyak RM56,800 bersyukur atas keprihatinan PKNS yang banyak membantu dalam menyediakan kemudahan fasiliti sistem siar raya lengkap untuk kemudahan pembelajaran di SRA.

Terdahulu hadir sama, Ketua Jabatan Pengurusan Operasi Agihan Daerah, Lembaga Zakat Selangor,

Encik Huzairi bin Ibrahim.

Kami akan sentiasa membantu dan meneruskan lagi inisiatif ini pada masa akan datang untuk sekolah-sekolah yang memerlukan.”

Puan Umi Kalthom binti Mohd Idris(Penolong Pegawai

Tadbir Agama Daerah Klang)

KEPADA 75 SRA DI SELANGOR

18

RESPONSIF

Page 19: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

PKNS SALUR

MESEJ KESIHATANKEPADA ANGGOTA

DALAM usaha meningkatkan

tahap kesedaran mengenai

kesihatan dalam kalangan

pekerjanya, PKNS telah menganjurkan

Program Hari Kesihatan PKNS 2018

di Bangunan Ibu Pejabat PKNS, Shah

Alam pada 1 November 2018.

Pengurus Besar Pentadbiran dan

Sumber Manusia, Encik Zaharudin bin

Mohd Sanif berkata, Hari Kesihatan

ini adalah penganjuran kali ketujuh

diadakan PKNS.

“Kempen kesedaran seperti

ini sangat bermanfaat kerana warga

kerja PKNS bukan sahaja boleh

melakukan pemeriksaan kesihatan

secara percuma, malah berpeluang

menderma darah bagi membantu insan

yang lebih memerlukan,” katanya.

Sementara itu, salah seorang

kakitangan Hospital Columbia Asia

yang ingin dikenali sebagai Nurul

Liana berkata, kesedaran tentang

Diharapkan kempen pada masa akan datang, pihak penganjur dapat membuka lebih banyak booth yang menawarkan pelbagai lagi pemeriksaan lain.”

Nur Nidatie binti Kamarudin(Warga kerja PKNS)

pentingnya mencegah sesuatu penyakit perlu dititikberatkan sejak peringkat awal.

“Booth (reruai) Hospital Columbia Asia menawarkan perkhidmatan untuk bacaan kolestrol. Hal ini mungkin dapat membantu pengunjung mengesan sama ada mereka mempunyai tanda-tanda awal bagi penyakit angin ahmar dan sebagainya.

"Kempen kesedaran kesihatan seperti ini akan diteruskan supaya dapat memberi peluang kepada semua kakitangan PKNS membuat pemeriksaan kesihatan, terutamanya golongan muda," katanya.

Hadir merasmikan program berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datin Paduka Dr Hajah Noraida Binti Haji Mohd Yusof.

Pada program berkenaan, antara

hospital serta pusat kesihatan yang

mengambil bahagian ialah Hospital

Columbia Asia, KPJ Selangor Specialist

Hospital (KPJ Selangor), Pantai

Hospital Ampang, Kuala Lumpur Eye

Specialist Centre, Andorra Woman

and Children Hospital dan beberapa

lagi hospital swasta yang lain.

Selain itu, pelbagai ceramah

kesihatan, derma darah, saringan

kesihatan, jualan produk dengan

harga promosi dan kuiz yang berkaitan

dengan kesihatan turut diadakan.

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang Program Hari Kesihatan PKNS 2018.

19

RESPONSIF

Page 20: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

PKNS melalui program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR)

dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah membelanjakan sebanyak RM462,496 untuk kos baik pulih 16 rumah asnaf dan RM140,000 bantuan persekolahan di sekitar daerah Gombak.

P e m a n g k u K e t u a Pegawai Eksekutif PKNS, Hajah Norita binti Mohd Sidek berkata, bantuan yang dihulurkan sebagai salah satu usaha untuk mengekalkan kelestarian komuniti antara PKNS dan masyarakat Selangor.

“ B a n t u a n y a n g diberikan juga sebagai keprihatinan PKNS terhadap rakyat Selangor dalam memiliki rumah yang selesa dan ini bukan kali pertama PKNS memberi bantuan sebegini.

“ S e b a g a i p e m a j u hartanah, PKNS faham keperluan rakyat memiliki kediaman yang selesa. Justeru itu, PKNS terpanggil untuk membantu baik pulih rumah golongan asnaf,” katanya.

Terdahulu, penyerahan replika cek kepada 16 penerima bantuan baik pulih rumah disempurnakan oleh Ahli Majlis Jawatankuasa Penduduk Zon 4 sebagai mewakili Menteri Besar Selangor, Encik Azhari bin Daud.

Bantuan persekolahan berbentuk beg sekolah dan bekas pensel turut diserahkan kepada 1,959 murid sekolah menengah, rendah serta tadika di daerah Gombak.

Sementara itu, salah seorang penerima bantuan baik pulih rumah, Puan Zainab binti Payuin berkata, dia bersyukur menerima bantuan berkenaan kerana keadaan rumah yang selesa ini melegakannya yang memiliki masalah kesihatan.

Bagi Puan Fadilah binti Ismail pula, bantuan ini banyak membantunya d a n s u a m i d a l a m menyediakan keperluan persekolahan anak-anak m e m a n d a n g k a n n y a mempunyai anak yang bersekolah rendah dan menengah.

29 PENIAGA UPTOWN SHAH ALAM TERIMA

BANTUAN KHAS

SERAMAI 29 peniaga

di bazar larut malam

Uptown Shah Alam

yang terjejas akibat kebakaran

pada 12 November lalu

menerima bantuan khas yang

disampaikan dalam majlis

diadakan di Bangunan Ibu

Pejabat Perbadanan Kemajuan

Negeri Selangor (PKNS) pada

12 Disember 2018.

P e m a n g k u K e t u a

Pegawai Eksekutif PKNS,

Hajah Norita binti Mohd

Sidek berkata, PKNS telah

merangka pelan pemulihan

kebakaran dan pelan

kesinambungan perniagaan

(BCM) mel iput i ker ja

pembersihan kawasan yang

terbakar dan menyediakan

khemah sementara untuk

kelangsungan perniagaan

kepada peniaga-peniaga

yang terlibat.

“ P K N S t e l a h

m e n d i r i k a n k h e m a h

perniagaan sementara

dengan kos perbelanjaan

sebanyak RM106,000 bagi

menempatkan peniaga

yang terkesan dengan

insiden ini,” katanya.

S e m e n t a r a i t u ,

P e n g u r u s K o m u n i k a s i

Korporat, Ishak bin Hashim

berkata, peniaga berkenaan

menerima antara RM1,000

hingga RM5,000 setiap

orang mengikut kerosakan

atau kemusnahan dialami

mereka.

Menurutnya, PKNS

memperuntukkan RM1.772

juta untuk kerja-kerja

baik pulih lot perniagaan

berkenaan dan ia dijangka

siap selewat-lewatnya April

tahun depan.

Majl is penyerahan

bantuan kepada peniaga

d i s e m p u r n a k a n o l e h

Pengerusi Jawatankuasa

Te t a p P e m b a n g u n a n

Usahawan, Pembangunan

Luar Bandar, Desa dan

Kampung Tradisi, Puan

Rodziah binti Ismail.

BANTUAN BERTERUSAN BUKTIPKNS PRIHATIN

Agihan bantuan persekolahan dibuat kepada penerima.

20

RESPONSIF

Page 21: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

PASUKAN Pentadbiran Bravo ‘A’ muncul juara kejohanan Karom KESUKA 2018 yang berlangsung

di Dewan Seri Delima Kompleks Sukan PKNS SS7, Kelana Jaya, pada 13 Oktober 2018.

Dalam kejohanan peringkat akhir, pasukan Pentadbiran Bravo ‘A’ menewaskan CFO Thunders ‘A’ dengan keputusan 3-2.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Pentadbiran Bravo ‘A’ membawa pulang tunai RM660, manakala CFO Thunders ‘A’ di tempat

kedua membawa pulang tunai

berjumlah RM495.

Manakala, pasukan Wushto

‘A’ yang muncul di tempat ketiga

membawa pulang RM385 dan pasukan

Southern Warriors tempat keempat

membawa pulang RM330.

Pengurus Pasukan Karom PKNS,

Encik Abdul Rahim bin Abdul Jalil

berkata, PKNS kekurangan pemain

karom wanita, bagaimanapun

menerusi kejohanan yang diadakan,

pihak persatuan karom dapat melihat

PASUKAN Worldwide berjaya

m e n g e k a l k a n k e j u a r a a n

dalam Kejohanan Badminton

Kesuka 2018 yang diadakan di Dewan

Badminton, U-One Sport Centres, pada

20 Oktober 2018.

Pada peringkat akhir kejohanan,

pasukan Worldwide yang muncul

johan menewaskan Armada Utara 3-2.

Sementara itu, tempat ketiga

diraih pasukan Pentadbiran Bravo

apabila berjaya mengalahkan pasukan

SACC, 3-1 yang mendapat tempat

keempat.

Setiausaha Persatuan Badminton

PKNS, Encik Nazree bin Ahmad

Latifi berkata, kejohanan badminton secara tertutup ini diadakan sebelum

wujudnya KESUKA 2018.

“Bukan sahaja sukan badminton,

malah kejohanan sukan lain turut

diadakan. Cumanya kejohanan

tersebut tidak mengumpul mata

bagi merebut Piala Ketua Pegawai

Eksekutif KESUKA PKNS,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pasukan

Badminton Worldwide, Encik Hashim

bin Wahab berkata, dia rasa bersyukur

kerana Worldwide dapat mengekalkan

kejuaraan pada tahun ini.

“Kami tidak meletakkan

harapan yang tinggi untuk menjadi

juara kerana kami menyasarkan

pemain baharu terutama wanita

untuk mewakili pasukan Worldwide.

Bagaimanapun, alhamdulillah strategi

kami membuahkan hasil,” katanya.

Terdahulu, kejohanan ini turut

disertai Pengurus Besar Pembangunan

beberapa bakat baharu yang boleh

digilap.

Sementara itu, salah seorang

pemain dari pasukan Wushto ‘A’,

Noor Nazliah binti Manaf berkata,

dia pada mulanya menyertai pasukan

berkenaan kerana mendapat

sokongan daripada rakan dan tidak

menyangka terpilih mewakili Wushto

‘A’ untuk bermain karom.

“Saya bukan sahaja bermain

karom, saya juga bermain dart, bola

jaring, dan pingpong. Selain dapat

bersukan dan mewakili pasukan

Wushto ‘A’, saya juga dapat berkenalan

dengan pemain dari pasukan lain,”

katanya.

Terdahulu, sesi penyampaian

hadiah disempurnakan oleh Presiden

Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) PKNS,

Ir. Haji Mohd Muhidin bin Faharuddin.

PENTADBIRAN BRAVO (A)JUARA KAROM KESUKA 2018 MILIK

WORLDWIDE MUNCUL JUARA BADMINTON

Wilayah Utara PKNS yang juga

Presiden Kelab Sukan dan Rekreasi

(KSR) PKNS, Ir. Haji Mohd Muhidin

bin Faharuddin, mewakili pasukan Armada Utara.

Ir. Haji Mohd Muhidin turut

menyampaikan hadiah kepada

juara dan naib juara, manakala

hadiah tempat ketiga dan keempat

disampaikan Pengurus Perhubungan

Korporat Worldwide, Haji Ami Nardin

bin Haji Ishak.

21

RILEKS

Page 22: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

SEMANGAT juang yang

tinggi ditonjolkan oleh

pasukan Technical

Hornets membolehkan

p a s u k a n b e r k e n a a n

m e n j u a r a i K e j o h a n a n

Olahraga KESUKA 2018

yang diadakan di Stadium

Matsushita Panasonic,

Seksyen 21, Shah Alam pada

3 November 2018.

Armada Utara yang

memberi saingan sengit

meraih naib juara, manakala

tempat ketiga diraih oleh

p a s u k a n P e n t a d b i r a n

Bravo dan diikuti dengan

The Adminianz di tempat

keempat.

Olahraga ialah acara

terakhir sebelum KESUKA

2018 melabuhkan tirai.

Sebanyak 14 pasukan

bertanding melibatkan

penyertaan lapan pasukan

daripada PKNS dan enam

pasukan daripada Anak

Syarikat PKNS.

P u n g u t a n m a t a

dibuat melalui 24 acara

s u k a n o l a h r a g a y a n g

dipertandingkan bagi tiga

kategori, iaitu kategori

terbuka, veteran dan senior

veteran.

S e m e n t a r a i t u ,

pemenang bagi acara 4x100

meter kategori terbuka

lelaki dari pasukan Armada

Utara, Encik Muhammad

Syaizzat bin Zaharin Shah

berkata, KESUKA memberi

peluang kepadanya untuk

terus bergiat aktif dalam

bidang sukan.

“ B u k a n s a h a j a

o l a h r a g a , s a y a t u r u t

menyertai acara sukan

lain mewakil i pasukan

Armada Utara. Pasukan

kami mengungguli juara

keseluruhan KESUKA 2018,

itu memberi semangat

untuk membantu pasukan

menambah mata, katanya”

Bagi Netty Hezreen

binti Abd Malek yang

mewakili pasukan Pesca

PREC dalam acara 100 meter

(m), 200 m dan 4x100 m

berkata, penyertaannya

dalam sukan berkenaan

kerana ingin memberi

semangat kepada golongan

muda di PKNS Real Estate

(PREC).

Te r d a h u l u , K e t u a

P e g a w a i E k s e k u t i f

P K N S , D a t i n P a d u k a

Dr Hajah Noraida binti

Haji Mohd Yusof hadir

menyempurnakan acara

p e n y a m p a i a n h a d i a h

kepada pemenang.

TECHNICAL HORNETS UNGGULI

OLAHRAGA KESUKA 2018

RILEKS

Tidak ramai golongan veteran di Pesca Prec. I decide to participate KESUKA because to encourage Pesca Prec youngsters."

Netty Hazreen binti Abd Malek(Peserta olahraga pasukan

Pesca Prec)

Ahli Pengurusan PKNS

dan anggota turut hadir

memberikan sokongan.

22

Page 23: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

1 ARMADA UTARA (PEMB.WILAYAH UTARA)

2 WUSTHO(PEMB.WILAYAH TENGAH)

3 THE ADMINIANZ(PENTADBIRAN A)

4 TECHNICAL HORNETS

(TEKNIKAL & KHIDMAT TEKNIKAL)

5 CFO THUNDERS (KEWANGAN)

6 PENTADBIRAN BRAVO(PENTADBIRAN B)

7 CCO TEAM(KORPORAT)

8 WORLDWIDE HOLDING BERHAD(WORLDWIDE HOLDING BERHAD)

9 PI BRILLIANT(PI BRILLIANT BERHAD)

10 SELGATE SURGEONS(SELGATE CORPORATION SDN.BHD)

11 PESCA PREC(PKNS REAL ESTATE)

12 SOUTHERN WARRIORS(PEMB.WILAYAH SELATAN)

13 SACC(SACC CONVEC SD.BHD.)

14 SELAMAN (SELAMAN SDN.BHD.)

15 PECB AVENGERS(PKNS ENGINEERING & CONTRUCTION BHD.)

16 KSR HOTEL DE PALMA(DE PALMA MANAGEMENT SERVICES)

17 SIC(SELANGOR INDUSTRIAL CORPORATIONSDN.BHD.)

18 KELAB DATUMCORP (DATUMCORP INTERNATIONAL SDN. BHD.)

L W L W L W L WARMADA UTARA ARMADA UTARA TECHNICAL

HORNETS

CFO THUNDERS WUSTHO THE

ADMINIANZ

WORLDWIDE

HOLDING

BERHAD

WUSTHO

L W L W L W L WWUSTHO THE

ADMINIANZ

ARMADA UTARA ARMADA UTARA THE

ADMINIANZ

SELGATE

SURGEONS

TECHNICAL

HORNETS

TECHNICAL

HORNETS

DISEDIAKAN :

KELAB SUKAN DAN REKREASI PKNS

-13 NOVEMBER 2018-

KESUKA 2018KEJOHANAN SUKAN ANTARA BAHAGIAN & ANAK SYARIKAT PKNS 2018

BIL. KONTINJEN

MATAJUMLAH

MATAJUARA N. JUARA KE-3 KE-4

33

5 9 4 1 19

(5 MATA) (3 MATA) (2 MATA) (1 MATA)

15 18 - -

10 - 4 1 15

5 6 - 2

5 - - 1 6

13

5 - 4 - 9

5 - - - 5

- - 2 2 4

- - 2 - 2

- - - 1 1

- - - 1 1

- - - - 0

- - - - 0

- - - - 0

JADUAL KESUKA JAN - DIS 2018KEPUTUSAN PERTANDINGAN

CATATANJUARA N.JUARA KE-3 KE-4

- - - - 0

- - - - 0

SATU (1) KATEGORI

DIPERTANDINGANCFO THUNDERS ARMADA UTARA TECHNICAL HORNETS PENTADBIRAN BRAVO

MAC PERTANDINGAN BOLA TAMPARDUA (2) KATEGORI

DIPERTANDINGAN

FEB. PERTANDINGAN BOLINGL / W L / W L / W L / W

MEI PERTANDINGAN FUTSALL L L

APRIL PERTANDINGAN SEPAKTAKRAWL L L

LSATU (1) KATEGORI

DIPERTANDINGANARMADA UTARA WUSTHO PESCA PREC SELGATE SURGEONS

SATU (1) KATEGORI

DIPERTANDINGANCCO TEAM WUSTHO TECHNICAL HORNETS CFO THUNDERS

L

SEPT. PERTANDINGAN PING PONGDUA (2) KATEGORI

DIPERTANDINGAN

SEPT. PERTANDINGAN BOLA JARINGW W W W

SATU (1) KATEGORI

DIPERTANDINGAN

OKT. PERTANDINGAN KAROML / W L / W L / W

THE ADMINIANZ ARMADA UTARA CCO TEAM SELGATE SURGEONS

SEPT. PERTANDINGAN DARTL / W L / W L / W L / W

L / WSATU (1) KATEGORI

DIPERTANDINGANPENTADBIRAN BRAVO CFO THUNDERS WUSTHO SOUTHERN WARRIORS

SATU (1) KATEGORI

DIPERTANDINGANPI BRILLIANT WUSTHO CCO TEAM CFO THUNDERS

NOV. PERTANDINGAN OLAHRAGAL / W L / W L / W

OKT. PERTANDINGAN BADMINTONL / W L / W L / W

L / WSATU (1) KATEGORI

DIPERTANDINGANTECHNICAL HORNETS ARMADA UTARA PENTADBIRAN BRAVO THE ADMINIANZ

SATU (1) KATEGORI

DIPERTANDINGANWORLDWIDE HOLDING BERHAD ARMADA UTARA PENTADBIRAN BRAVO SACC

L / W

5 3 4 2 14

5 - 4 1 10

23

RILEKS

Page 24: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

SEBAGAI penutup KESUKA 2018,

Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR)

PKNS telah mengadakan Majlis

Makan Malam yang penuh gilang

gemilang di Pusat Konvensyen Shah

Alam pada 24 November 2018.

Menariknya pada malam itu,

semua anggota PKNS yang hadir

berpakaian mengikut tema James

Bond 007, sekali gus memeriahkan

lagi majlis berkenaan.

Pengurus Besar Pembangunan

Wilayah Utara yang juga Presiden

KSR, Ir. Haji Muhidin bin Faharuddin berkata, 2018 merupakan tahun yang

paling memberangsangkan bagi PKNS

terutamanya dalam aspek sukan

kerana merangkul

juara dalam Sukan

Gemaputera pada

Mac yang lalu.

“ S e r a m a i

144 at let dan

2 4 p e g a w a i

pengiring telah

dihantar ke Perlis bagi mewakili PKNS.

“KESUKA 2018 pula ialah

salah satu strategi untuk KSR

mencari atlet-atlet baharu sebagai

persediaan menjadi tuan rumah

Sukan Gemaputera pada 2020, sekali

gus mengekalkan gelaran juara

keseluruhan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Kontinjen

Armada Utara, Encik Mohd Razman

bin Nordin berkata, beliau tidak

menjangkakan pasukannya akan

menjadi juara keseluruhan bagi

KESUKA 2018.

“Sebenarnya kemenangan

pasukan ini tidak dijangka tetapi

disebabkan wujudnya semangat

berpasukan yang kuat antara ahli

Armada Utara telah membolehkan

kami menjadi juara tahun ini,” katanya.

Terdahulu, mantan Ketua

Pegawai Eksekutif PKNS, Datin Paduka

Dr Hajah Noraida binti Haji Mohd Yusof

hadir meluangkan

m a s a b a g i

menyempurnakan

sesi penyampaian

h a d i a h k e p a d a

pemenang.

P a s u k a n

A r m a d a U t a r a

yang muncul juara meraih sebanyak 33

mata, diikuti Wustho di tempat kedua

(19 mata), The Adminiaz di tempat

ketiga (15 mata) dan Technical Hornets

mendapat tempat keempat dengan

pungutan 14 mata.

INFO

KESUKA ialah kejohanan sukan antara bahagian dan anak syarikat PKNS dengan 10 acara dipertandingkan bagi merebut Piala Ketua Pegawai Eksekutif KESUKA PKNS.

“Saya berharap Armada Utara akan dapat mengekalkan kejuaraan KESUKA pada tahun akan datang.”

Encik Mohd Razman bin Nordin(Ketua Kontijen Armada Muda)

MAJLIS MAKAN MALAMRAI JUARA KESUKA 2018

24

RILEKS

Page 25: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

25

RILEKS

WALAUPUN perlu

berhempas-pulas

“pewaii” (penat/

letih) meredah laluan

berbukit dipenuhi batu dan

menuruni curam sempit serta

melintasi sungai, bukanlah

halangan buat penggemar

sukan mendaki kerana apa

yang penting ialah berjaya

sampai ke puncak dan turun

dengan selamat berpegang

kepada slogan “Keep Slow

& Steady”.

Bagi Kembara PKNS

sesi 2016-2018, kejayaan

menawan G7 (Gunung 7)

ialah pengalaman berharga

dan menjadi pencapaian

tert inggi d ira ih kelab

berkenaan.

G7 adalah tujuh gunung

tertinggi di Semenanjung

Malaysia yang merentasi

Banjaran Titiwangsa terdiri

daripada Gunung Tahan

(2,187m), Gunung Chamah

(2,171m), Gunung Ulu Sepat

(2,161m), Gunung Yong Yap

(2,168m), Gunung Korbu

(2,183m), Gunung Gayong

(2,173m) dan Gunung Yong

Belar (2,181m).

De ngan k e k uatan

seramai 25 anggota, Misi

Kembara G7 berjaya dicapai

meskipun berhadapan

pelbagai cabaran dalam

proses melengkapkan misi

tersebut.

Pengerusi Kembara

PKNS, Mohd Zahiruddin bin

Ahmad berkata, program

sukan ekstrem sebegini

m e m b e r i p e n d e d a h a n

p e n g e t a h u a n s u r v i v a l

kepada peserta ketika

berada di gunung dan di

dalam hutan.

Menurutnya, sambil

m e n i k m a t i k e i n d a h a n

flora dan fauna, ia turut m e m u p u k s e m a n g a t

cintakan alam semula jadi

ciptaan ALLAH SWT.

“Program pendakian

mahupun sukan ekstrem

sepert i in i juga ia lah

platform kepada warga

kerja PKNS dalam usaha

mengeratkan hubungan

silaturahim, selain menjadi

galakan kepada anggota

supaya sentiasa bergiat

aktif dalam aktiviti di luar

pejabat.

“Segala matlamat

dan pencapaian pendakian

dalam kalangan anggota

PKNS membuktikan tanda

aras kemajuan peningkatan

dir i bahawa matlamat

akan dicapai merentasi

k e s u k a r a n p e n d a k i a n

tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau

berkata, selain daripada

aktiviti pendakian, Kelab

K e m b a r a P K N S t u r u t

menganjurkan pelbagai

aktiviti lasak lain seperti

'sukan air' skytrek, explorasi

sungai, penerokaan gua dan

sebagainya.

INFO

Anggota PKNS yang berminat menyertai Kelab Kembara PKNS atau program yang dianjurkan boleh hubungi:

• Mohd Zahirudin bin Ahmad (018-4084268)

• Muhammad Anas bin Uzir (012-2409497)

• Laman sesawang: kembara.pkns.gov.my

KEMBARA PKNS TAWAN TUJUH GUNUNG TERTINGGI

DI SEMENANJUNG MALAYSIA

Page 26: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

LAWATAN KERJA PKNS KE BERNAMA(18 OKTOBER 2018)

LAWATAN SAMBIL BELAJAR, UTM JOHOR BAHRU(4 OKTOBER 2018)

26

DIARI

LAWATAN

Page 27: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

LAWATAN PERBADANAN NEGERI SEMBILAN (PKNNS) KE IBU PEJABAT PKNS(14 NOVEMBER 2018)

LAWATAN IJAZAH SARJANA MUDA KEJURUTERAAN AWAM UiTM SHAH ALAM (18 OKTOBER 2018)

27

DIARI

LAWATAN

Page 28: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

28

KLIK

Page 29: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

29

KLIK

Page 30: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

Jawatan | Pembantu Keselamatan

Tarikh Lahir | 27 September 1961

Umur | 57 tahun

Asal | Bestari Jaya, Selangor

Ibrahimbin Hamzah

BAGAIMANAKAH BOLEH SERTAI

PKNS?

Sebelum ini saya bertugas sebagai

Atendan Kesihatan di Hospital Kuala

Lumpur (HKL) dan tidak mengetahui

apa-apa mengenai PKNS. Namun,

setelah dimaklumkan oleh seorang

kenalan tentang kekosongan jawatan

di PKNS, saya pun cuba memohon

untuk jawatan anggota keselamatan.

Alhamdulillah, saya berjaya dan

memulakan perkhidmatan di PKNS

pada awal Januari 1994 sehinggalah

sekarang.

APAKAH PENGALAMAN PALING

MENCABAR SEPANJANG BEKERJA?

Ketika saya bertugas di Menara PKNS,

berlaku satu kejadian percubaan

bunuh diri melibatkan seorang gadis

berbangsa Cina yang ingin terjun dari

aras paling tinggi di menara berkenaan.

Bagi menghalang tindakan gadis

tersebut, saya dan anggota keselamatan

lain berusaha menyelamatkannya

sebelum menyerahkannya kepada

pihak berkuasa. Kami dimaklumkan

mangsa mempunyai masalah peribadi.

Selain itu, saya juga pernah

berhadapan cabaran menyelesaikan

isu penempatan pendatang tanpa izin

(PATI) di tanah milik PKNS. Sebagai

anggota keselamatan PKNS kami

bukan sahaja bertanggungjawab

menjaga bangunan pejabat malah

hartanah PKNS.

BAGAIMANAKAH CARA MEMOTIVASIKAN DIRI?

Cara saya memotivasikan diri ketika bekerja adalah dengan mengingati jasa PKNS kerana apa yang saya miliki sekarang ialah rezeki yang diperoleh sepanjang berkhidmat di sini. Dengan rezeki itu jugalah saya dapat membesarkan anak-anak.

Selain itu, anggota keselamatan haruslah menjalankan tugas berlandaskan garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan supaya semua tugas dapat dibuat dengan sempurna.

NASIHAT KEPADA GENERASI MUDA

Prinsip yang perlu ada dalam diri setiap pekerja khususnya anggota keselamatan ialah bersemangat dalam melaksanakan tugas dan bertekad untuk memberi sumbangan kepada PKNS.

HARAPAN UNTUK PKNS PADA MASA HADAPAN

Semoga PKNS menjadi sebuah pemaju hartanah yang terus menyediakan perumahan untuk rakyat dan mencapai kemajuan lebih baik dari apa yang dikecapi sekarang.

PENCAPAIAN

Saya pernah menerima Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) pada tahun 2014 dan 2016.

Selain itu, saya turut memperoleh Pingat Jasa Kebaktian (PJK) Sultan Selangor pada 8 Ogos 2017 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Selangor ke-71.

Sentiasa ikhlas dan bijak meluangkan masa serta tenaga demi menjalankan tanggungjawab.”

30

PERSONALITI

Page 31: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

PELANTIKAN ANGGOTA BAHARU SECARA KONTRAK

Muhamad Hafiz bin Mahmudin

Jawatan: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

Bahagian: Pengurusan Aset

Gred: N19

Tarikh Lantikan: 03.12.2018

Nur Syafiqah Arfah binti Mohamed Yazid

Jawatan: Pembantu Tadbir (Kewangan)

Bahagian: Unit Hasil Wilayah Tengah

Gred: W19

Tarikh Lantikan: 03.12.2018

Ahmad Fauzi bin Hamidun

Jawatan: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Bahagian: Perancangan KorporatGred: N19Tarikh Lantikan: 03.12.2018

Rahmad Candra bin Shafie

Jawatan: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Bahagian: Urus Harta

Gred: N19

Tarikh Lantikan: 05.12.2018

Siti Nuratikah binti Mohd Ahkuan

Jawatan: Setiausaha Pejabat

Gred: N29

Bahagian: Jualan Hartanah Wilayah Utara

Tarikh Kuatkuasa: 01.11.2018

PELANTIKAN ANGGOTA PKNS

PERTUKARAN JAWATAN SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) KE JAWATAN HAKIKI

Hajah Siti Hawa binti Maksud

Jawatan: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

Bahagian: Jualan Hartanah Wilayah Tengah

Gred: N22

Tarikh Kuatkuasa: 01.12.2018

Azhar bin Abdul Shukor

Jawatan: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

Bahagian: Komunikasi Korporat

Gred: N22

Tarikh Kuatkuasa: 01.12.2018

Md Nonji bin Muksin

Jawatan: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

Bahagian: Jualan Hartanah Wilayah Tengah

Gred: N22

Tarikh Kuatkuasa: 01.12.2018

Mohd Sharol bin Sahid

Jawatan: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

Bahagian: Sumber Manusia

Gred: N22

Tarikh Kuatkuasa: 01.12.2018

Suziah binti Panjol

Jawatan: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

Bahagian: Unit Pengurusan Projek Zon B Wilayah

Tengah

Gred: N22

Tarikh Kuatkuasa: 01.12.2018

Balqish Nur binti Mohd Omar

Jawatan: Setiausaha Pejabat

Gred: N29

Bahagian: Pengurusan Projek Wilayah Selatan

Tarikh: 01.11.2018

Farhan bin Adam

Jawatan: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

Gred: N19

Bahagian: Pembangunan Sukan

Tarikh: 01.10.2018

PELANTIKAN ANGGOTA KONTRAK KE JAWATAN TETAP

OKTOBER - DISEMBER 2018

31

PENJAWATAN

Page 32: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

Haji Roslen bin Ahmad

Jawatan: Juruteknik Komputer

Gred: FT26

Bahagian: Teknologi Maklumat

Tarikh Kenaikan Pangkat: 01.10.2018

KENAIKAN PANGKAT SECARA HAKIKI

KENAIKAN PANGKAT SECARA FLEKSI GRED 41/44

Aida Noor Azani binti Mohmad

Jawatan: Akauntan

Bahagian: Perolehan

Gred: WA44

Tarikh Kenaikan Pangkat: 01.12.2018

Haji Zainuddin bin Kayat P.P.C., P.J.K

Jawatan: Pegawai Tadbir

Bahagian: Integriti & Pengurusan Risiko

Gred: N44

Tarikh Kenaikan Pangkat: 01.12.2018

Yuzawati binti Yusof

Jawatan: Pegawai Tadbir

Bahagian: Sumber Manusia

Gred: N44

Tarikh Kenaikan Pangkat: 01.12.2018

Sabrina binti Sulaiman

Jawatan: Pegawai Tadbir

Bahagian: Urus Harta

Gred: N44

Tarikh Kenaikan Pangkat: 01.12.2018

Mohd Faizal bin Dolah

Jawatan: Pegawai Tadbir

Bahagian: Khidmat Sokongan

Gred: N44

Tarikh Kenaikan Pangkat: 01.12.2018

PENEMPATAN TEMPAT BERTUGAS SECARA SEMENTARA

Zakiyyah binti Ismail

Jawatan: Pembantu Setiausaha Pejabat

Gred: N19

Bahagian: Pejabat Pentadbiran

Penempatan Sementara: Pejabat Kewangan

Tempoh Penempatan: 01.11.2019 Sehingga

dimaklumkan kelak

Zakaria bin Adam

Jawatan Sebelum: Pemandu Kenderaan Khidmat

Sokongan (Jualan Hartanah Wilayah Selatan)

Jawatan/Bahagian Baharu: Pemandu Kenderaan

Pejabat Pembangunan Wilayah Selatan

Tarikh Pertukaran: 15.10.2018

PERTUKARAN ANGGOTA

32

PENJAWATAN

Page 33: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

PELETAKAN JAWATAN/PENAMATAN PERKHIDMATAN

Nurul Hidayah binti Mohd Jaffar

Jawatan: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

Gred: N19

Bahagian: Sumber Manusia

Tarikh Akhir Berkhidmat: 09.11.2018

Ahmad Shafiq bin Abu Bakar

Jawatan: Pembantu Operasi

Gred: N11

Bahagian: Sistem Kualiti

Tarikh Akhir Berkhidmat: 03.10.2018

PERSARAAN WAJIB

Datin Paduka Dr. Hajah Noraida binti Haji

Mohd Yusof D.P.M.S., A.M.S., P.P.T., F.P.M.A

Jawatan: Ketua Pegawai Eksekutif

Bahagian: Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif

Tarikh Lantikan: 01.06.1982

Tarikh Bersara: 23.11.2018

Tuan Ir. Haji Mohamad Sharif bin Mok Som

A.I.S., P.P.T

Jawatan: Ketua Pegawai Teknikal

Bahagian: Pejabat Ketua Pegawai Teknikal

Tarikh Lantikan: 22.04.1991

Tarikh Bersara: 14.12.2018

Hajah S Normalis binti Abd Samad

Jawatan: Pengurus Integriti dan Risiko

Bahagian: Integriti & Pengurusan Risiko

Tarikh Lantikan: 18.01.1984

Tarikh Bersara: 07.11.2018

Mohd Shamsuri bin Bidin P.J.K

Jawatan: Penolong Jurutera Kanan

Bahagian: Pengurusan Projek Mampu Milik

Tarikh Lantikan: 01.08.1983

Tarikh Bersara: 24.12.2018

Mohamed Yazid bin Ahmad

Jawatan: Penolong Jurutera

Bahagian: Pengurusan Projek Zon B Wilayah Tengah

Tarikh Lantikan: 02.01.1981

Tarikh Bersara: 15.10.2018

Hajah Siti Sarah binti Mohammed

Jawatan: Penolong Jurutera

Bahagian: Struktur

Tarikh Lantikan: 01.02.1984

Tarikh Bersara: 24.12.2018

Hajah Siti Hawa binti Maksud

Jawatan: Pembantu Tadbir Kanan (Perkeranian/

Operasi)

Bahagian: Jualan Hartanah Wilayah Tengah

Tarikh Lantikan: 09.07.1985

Tarikh Bersara: 02.12.2018

Haji Abu Bakar bin Ali

Jawatan: Pembantu Operasi

Bahagian: Pengurusan Aset

Tarikh Lantikan: 04.05.1982

Tarikh Bersara: 03.12.2018

Hiaruddin bin Suien

Jawatan: Pemandu Kenderaan

Bahagian: Khidmat Sokongan

Tarikh Lantikan: 03.10.1980

Tarikh Bersara: 04.10.2018

Ahmad Jais bin Baharun

Jawatan: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

Gred: N22

Bahagian: Audit Dalam

Tarikh Kenaikan Pangkat: 01.04.2018

KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN

Abshah binti Abd. Aziz

Jawatan: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

Gred: N22

Bahagian: Perancang Fisikal

Tarikh Kenaikan Pangkat: 01.11.2018

Murni binti Suboh

Jawatan: Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

Gred: N22

Bahagian: Jualan Hartanah Wilayah Utara

Tarikh Kenaikan Pangkat: 01.07.2018

33

PENJAWATAN

Page 34: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

Terbit mentari bercahaya suluh

Kabus berkepul di balik bukit

Keringat usaha menitis peluh

Banting tulang tanpa sakit

Dibina tiang utuh berdiri

Kediaman wujud lindungi huni

Prestij martabat harga diri

Suasana huni warna warni

Budaya hidup semarak jiwa

Gah dibina tepian tasik

Seri genangan bukan rawa

PKNS memberi senyuman mengusik

Maksud nukilan penuh erti

Tiada kata selain ayat

Cogan coretan ikhlas hati

Motto kemajuan untuk rakyat

Indahnya melodi berbisik sayu

Deruman angin membawa bayu

Riang ria menyusuk kalbu

Menyemarak cahaya api sumbu

PKNS tempat mencari rezeki

Membuka lembaran kerja hakiki

Susah senang janji terpateri

Jangan lupa harga diri

Kasih sayang di mana jua

Patuhi amanat janji ketua

Berganding cabaran penuhi semua

Inspirasi kejayaan serata benua

Terangi kegelapan suluhan cahaya

Yakin diri semangat berjaya

Maju PKNS tempat berjasa

Moga rezeki senang sentiasa

Maksud

# Genangan ialah peristiwa terhentinya air tidak mengalir atau lambat.

# Kawasan yang digenangi air dan ditumbuhi pelbagai tumbuh-tumbuhan.

Nukilan:Norshahrom Azhan Bin Mohamad Razlan

K 1932Bahagian Pemantauan - Q

PKNS PRESTIJ INDAHNYA PKNS

34

KARYA

KREATIF

Page 35: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

1. Bilakah mantan Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datin Paduka Dr Hajah Noraida binti Haji Mohd Yusof memulakan perkhidmatan beliau di PKNS?

2. Berapakah acara sukan yang dipertandingkan pada KESUKA 2018? Senaraikan lima acara sukan tersebut.

3. Nyatakan kategori Loyalty Card yang ditawarkan PKNS dan kelebihan yang diperolehi oleh pemilik kad berkenaan.

4. Apakah tiga anugerah yang diterima PKNS sempena Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pusat Kaunseling Selangor-Talian Sahabat dan Majlis Pentauliahan AKRAB 2017.

5. Projek Dillenia terletak di mana dan bilakah ia dilancarkan?

6. Syarikat apakah yang dinobatkan sebagai syarikat terbaik sempena Konvensyen PROTUNe peringkat negeri Selangor yang ke-20?

7. Virtual Tour Reality (VTR) ialah kaedah baharu diperkenalkan dalam mempromosikan projek hartanah PKNS. Nyatakan kelebihan VTR.

8. Program penyerahan sistem siar raya pernah diadakan PKNS pada 2014. Ketika itu, berapa set sistem siar raya yang disumbangkan?

9. Apakah anugerah yang diterima PKNS di Asean Energy Awards 2018, di Singapura pada 29 Oktober 2018?

Syarat-syarat Penyertaan:

1. Terbuka kepada anggota PKNS kecuali anggota di Bahagian Komunikasi Korporat.2. Hantarkan jawapan anda menerusi aplikasi Whatsapp ke talian 019-3644824,

nyatakan nama dan bahagian.3. 15 penyertaan terawal dengan jawapan yang betul layak menerima cenderhati

yang akan ditentukan pihak penganjur.4. Tarikh tutup penyertaan adalah pada xx.

35

MINDA ASPIRASI

Page 36: SCV KEPADA - datumcorp.com.my PKNS_0.pdf · Muat turun aplikasi Zappar di App Store atau Google Store melalui telefon pintar. Nikmati pengalaman 3D pada muka surat yang tertera simbol

IKLAN

36