sc bg kt p2u

Upload: kelabk

Post on 08-Apr-2018

268 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    1/170

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    2/170

    Sangkar Cinta

    2

    Memang dasar tidak sedar diri! Tidak tahu

    diuntung. Kalau bukan kerana ayahnya, Datuk Noman yang

    sudi mengambil mereka tinggal bersama di vila mewah tiga

    tingkat itu, entah-entah Reza hidup melarat agaknya.

    Zumera menggetap bibir. Matanya sudah bengkak

    gara-gara melayan tangisnya sejak semalam. Dendamnya

    terhadap Reza bak gunung berapi. Sentiasa panas lohongnya.

    Tetapi sikap amarah gadis ini terhadap Reza terlalu sukar

    untuk ditasir. Bila-bila masa dan tidak mengira tempat,boleh meletus walau dalam apa jua keadaan.

    Reza pula bukan tidak tahu perangai anak tunggal

    Datuk Noman itu. Tetapi kerana tidak sampai hati melukakan

    perasaan Datuk Noman, dia perlu membendung keaiban itu.

    Jangan sampai mencorengkan arang ke wajah keluarga

    mereka. Nama Datuk Noman yang dikenali oleh masyarakat

    daerahnya sebagai seorang yang pemurah, baik hati dan tidak

    pernah kedekut dengan hartanya perlu dijaga. Walaupun dia

    terpaksa berhadapan dengan kemeluatan setiap hari. Lagipun

    dia tidak sampai hati mahu melihat kakak yang satu itu

    terjatuh ke dalam pelukan lelaki durjana seperti Zahid. Dia

    kenal sangat dengan perangai lelaki itu. Mahu tak mahu,

    Reza perlu berterus terang. Terpulanglah pada gadis ituuntuk menilai dan menerimanya. Bukan tidak ada bukti yang

    menunjukkan kerakusan Zahid. Lelaki kaki perempuan yang

    pandai berpura-pura.

    Sudah beratus kali dia terserempak dengan lelaki

    itu di pusat membeli-belah. Malah pernah juga secara

    kebetulan mereka bertembung di hotel bertara lima bintang.

    Reza pula kebetulan terlibat dengan kursus dan bengkel yangdiadakan di hotel tersebut. Dengan selamba, Zahid yang asyik

    berkepit dengan seorang gadis cantik tersenyum meleret.

    Namun Reza tidak pernah membuka hal itu kepada Zumera.

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    3/170

    Diana Derin

    3

    Dia sebenarnya bukanlah seorang yang suka

    menjaga tepi kain orang. Hak Zahid sebagai seorang lelaki

    yang belum berpunya secara mutlak bukanlah penentu kayu

    ukurnya. Zahid boleh lakukan apa sahaja. Teman istimewa

    hanya sekadar pada nama. Sedangkan ikatan suami isteri pun

    boleh terlerai, inikan pula sekadar kekasih hati.

    Seingatnya sekali sahaja dia ada memberitahu

    Zumera tentang Zahid yang ditemuinya sedang asyik

    berasmara dana dengan seorang gadis cantik di Anjung Senja.Remang senja itu telah mengejutkannya dengan kelakuan

    kurang ajar Zahid mengalahkan pasangan mat salih di

    sebelahnya. Sungguh, sesiapa pun yang melihat pasti akan

    meluat. Sakit matanya melihat adegan panas sepasang

    pasangan Islam di tempat terbuka begitu. Amboi... bukan

    main lagi lelaki itu. Macam dunia ini milik mereka berdua.

    Zumera sahaja yang terlalu memuja kebaikan dan

    kejujuran Zahid.

    Harap-harap Zumera akan terima tegurannya dan

    menimbangkan perhubungan dengan lelaki kasanova itu.

    Namun harapan tinggal harapan. Dengan tegas dan

    sombongnya Zumera memberi amaran kepadanya supaya

    tidak campur tangan di dalam hubungan mereka. SudahnyaReza mendiamkan diri. Tetapi kerana kasihankan Datuk

    Noman, terpaksalah juga Reza membuka mulut demi

    keselamatan Zumera.

    Reza maklum benar dengan perangai buruk Zahid.

    Lelaki bermata bulat itu selalu nampak segak. Dengan

    pakaian ala model dan muka pun ala-ala Shah Rukh Khan,

    gadis mana yang tidak rebah ke dalam pelukannya.

    Bohonglah kalau tidak ada yang masuk ke dalam perangkap

    samar yang dipasang oleh Zahid. Sekali jentik pasti jatuh

    terus. Yang bertudung litup, berhijab pun sudah berpuluh

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    4/170

    Sangkar Cinta

    4

    menjadi mangsa. Gaya Zahid memang macam peragawan

    esyen proesional. Wah, memang hebat! Tetapi perangai... ya

    Allah, boleh runtuh bangunan Centre Point.

    Gadis-gadis yang selalu berpeleseran dan

    bertenggek macam burung di bucu-bucu kompleks itulah

    yang selalu lemah melihat lelaki semacho itu. Apalagi yang

    kureng sikit cerdiknya. Siaplah....

    Dengan mudah Zahid menjalankan jarumnya

    dengan menjadikan mereka mangsa nasu buasnya. Mudahbaginya mempergunakan kelemahan kaum Hawa sebagai

    pelempias segala kehendaknya.

    Merebahkan gadis-gadis yang suka berpeleseran,

    mudah percaya dan lemah dengan pujuk rayunya merupakan

    permainan popular Zahid. Dia tidak perlu menggunakan

    kekasaran untuk mendapatkan khidmat malam mereka.Entah kenapa Zumera boleh mengatakan Zahid

    itulah yang terbaik, Zahid itulah yang hebat. Alah... setakat

    muka macam Zahid itu berlambak dan boleh dicari di mana-

    mana. Dekat kedai mamak pun bersusun macam tin sardin.

    Mujur Si Asnidah bercerita tentang kandungannya.

    Kisah Asnidah, teman sekuliah Reza betul-betul merentap

    tangkai jantungnya.

    Kurang ajar punya jantan! Mahu sahaja ditumbuk

    muka Zahid itu dengan buku limanya. Reza memiliki tali

    pinggang hitam dalam tae kwan do. Kalau setakat hendak

    kenakan Si Zahid tu, boleh saja!

    Entah berapa ramai anak dara sudah kehilangan

    dara. Lelaki durjana itu betul-betul menggunakan wajahmachonya sebagai tiket untuk mengumpan anak-anak

    remaja.

    Ah, Reza tak peduli! Mahu atau tidak sekali lagi dia

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    5/170

    Diana Derin

    5

    harus memberitahu Zumera akan perangai Zahid. Dia tidak

    mahu Zumera menjadi mangsa nasu buas Zahid seperti

    mana Asnidah yang terpaksa menanggung malu akibat

    melayan kerakusan lelaki buaya tembaga itu.

    Kak Mera, Reza cuma nak menegakkan kebenaran.

    Apa yang Reza tahu dan nampak. Walau macam mana

    anggapan Kak Mera terhadap Reza, Reza tak sampai hati nak

    biarkan kakak. Reza....

    Amboi... banyak cantik muka engkau! Engkaunikan, dari dulu lagi memang tak suka tengok aku bahagia.

    Aku bencilah tengok muka kau! Dahlah apa yang ada dalam

    rumah ni kau boleh guna sesuka hati kau. Lepas tu apa yang

    aku ada, kau pun nak juga. Sekarang boyriendaku pun kau

    nak rampas juga ke? Nak berkongsi teman lelaki pula! Heh!

    Perempuan jenis apa kau ni, hah? marah Zumera. Matanya

    bulat memandang tubuh Reza yang berdiri tegak di

    hadapannya.

    Kak, Reza tak terkir pun nak rampas hak kakak.

    Reza beritahu sebab Reza dah banyak kali terserempak

    dengan

    Sudah! Aku tak mahu dengar lagi. Dasar orang

    ulu! Dasar kampungan yang tak tahu malu! Kacang lupakankulit. Dahlah menumpang, pandai-pandai nak buat cerita.

    Kau ingat aku percaya dengan cerita rekaan kau tu. Hei,

    cubalah sedar diri sikit! potong Zumera.

    Reza terlopong. Tidak sangka kebenaran yang

    dibawanya menjadi bahang kemarahan gadis itu. Betapa

    kecilnya dia di mata gadis itu. Biarlah... Masa dan keadaan

    akan menentukan kebenaran. Apa yang penting setiap jasa

    dan budi yang ditabur oleh Datuk Noman akan tetap dibalas

    walaupun dengan mempertaruhkan nyawanya sendiri. Kerana

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    6/170

    Sangkar Cinta

    6

    itu, sehingga kini dia betah tinggal di vila mewah yang

    terletak di pinggir bukit itu. Biarlah hatinya sakit. Yang

    penting Zumera takkan jatuh ke tangan lelaki durjana itu.

    Dia masih ingat bagaimana peritnya membesar

    bersama Zumera. Semuanya bagaikan mimpi ngeri. Dia

    sebenarnya tidak pernah menyangka dan tidak pernah pula

    berangan untuk menghuni mahligai mewah tersebut.

    Semuanya berlaku dengan sekelip mata. Dia masih ingat

    bagaimana pujukan ibunya ketika melawatnya di kampung.Ketika itu arwah neneknya masih kuat untuk membelanya.

    Reza, kalau ibu bawa Reza tinggal dengan ibu di

    bandar nak tak?

    Bukan sekali dua dia memujuk si anak agar sudi

    menurutnya tinggal di bandar. Tetapi ketenangan dan

    kebahagiaan yang jelas terpancar di mata anak itu terlalumeruntun batinnya. Sudah hampir dua tahun lebih dia

    meninggalkan anak tunggal kesayangannya itu. Tinggal

    bersama nenek yang telah tua dan sering pula uzur. Hanya

    ketika cuti sekolah sahaja dia berkesempatan untuk

    membawa anaknya keluar dari kepompong yang penuh

    dengan seribu cerita duka. Dia mahu anak itu kenal dan

    mesra dengan suami dan anak tirinya itu.Namun ternyata kedamaian dan ketenangan lebih

    mudah diperolehi di kampung tempat kelahirannya. Reza

    tidak suka dengan suasana kehidupan di bandar besar. Bising

    katanya. Sebenarnya Reza terkesan dengan sikap sombong

    Zumera.

    Suaminya pula boleh dikatakan setiap hari akan

    bertanyakan tentang Reza. Bilakah Reza akan tinggal bersama

    mereka? Kenapa anak itu tidak mahu mengikutinya? Adakah

    dia benci dengan ayah tirinya itu?

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    7/170

    Diana Derin

    7

    Bagi Datuk Noman, dia tidak mahu kebahagiaan

    yang dibina bersama Salmiah akan memisahkan kasih dua

    beranak itu. Reza anak yang manis dan manja walaupun

    sekadar anak tiri. Namun setelah dia menikahi Salmiah, dia

    tahu bukan hanya Salmiah yang perlu diberi perhatian dan

    kasih sayang. Itu adalah tanggungjawab dan amanah. Kasih

    sayangnya pada Salmiah tidak mungkin dapat dileraikan lagi.

    Setelah isterinya menyahut panggilan Ilahi sepuluh

    tahun yang lalu kesepian mula menyapa. Saban waktu diabanyak menghabiskan masa dengan kerja-kerja agar tidak

    terlalu mengenang kehilangan itu. Namun dia juga manusia

    biasa yang mempunyai perasaan. Apatah lagi anak gadis

    tunggalnya sering menanyakan bilakah ibu akan kembali.

    Sesungguhnya dia ikhlas menerima kehadiran

    Salmiah sebagai pengganti arwah Zainab. Dia juga ikhlas

    menerima Reza sebagai anak tirinya. Kerana itu dia mahu

    segalanya yang dia sayangi berada di dalam tanggungannya.

    Malah dia merasakan tanggungjawab itu lebih terpikul di

    bahunya. Dia bukan seorang yang pentingkan diri sendiri.

    Dan perkahwinannya dengan Salmiah bukanlah

    kerana nasu semata. Kemampuan hanyalah sebagai syarat.

    Malah pernikahan itu adalah kasih sayang yang dia abadikanbersama Salmiah. Dia cuba membawa Salmiah keluar dari

    penderitaan setelah ditinggalkan Sulaiman. Disebabkan itu

    Datuk Noman tidak mahu Salmiah terus berduka kerana

    terpaksa meninggalkan Reza di kampung. Kerana kasih dan

    sayangnya, hampir setiap minggu dia akan membawa Salmiah

    pulang ke kampung untuk menjenguk Reza. Sehinggalah

    suatu hari dia mendapat khabar yang ibu mertuanya telahmenghembuskan naas terakhir di ribaan Reza.

    Meraung anak itu meratapi pemergian nenek

    tersayang. Patahlah dahan tempatnya bergantung dan

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    8/170

    Sangkar Cinta

    8

    menumpang kasih. Namun itulah janji setiap insan terhadap

    Allah. Apabila sudah sampai waktunya setiap yang bernyawa

    pasti akan menyahut seruan-Nya.

    Ketika kali pertama Reza menjejakkan kaki ke vila

    mewah itu, dia hanya terpaku. Suasana yang begitu asing

    amat terasa seolah-olah dia sedang berada di suatu tempat

    yang tidak pernah berpenghuni. Sesungguhnya keadaan di

    sini terlalu jauh berbeza. Dia sedar di sini bukan tempatnya.

    Dia seperti tetamu yang datang untuk menumpang barangsehari dua. Namun dia tiada pilihan. Dia harus menerima dan

    menyesuaikan diri dengan keadaan semasa yang dihadapinya.

    Salmiah memandang Reza dengan sayu. Dia aham

    benar perasaan anak kesayangannya itu.

    Reza tidak pernah terkir untuk tinggal di bandar

    dan menerima perubahan yang mendadak di dalam hidupnya. Apalagi untuk berkongsi dengan ayah tiri dan kakak tiri.

    Cerita mengenai ayah tiri sering menghantui perasaannya.

    Namun kini, semuanya perlu dihadapi. Dia akur kerana itulah

    yang telah tersurat untuknya. Ah, susahnya menelan hakikat

    kehidupannya kini.

    Reza, jangan bersedih ya. Ayah, ibu dan kakak

    semua sayangkan Reza. Sekarang, ini rumah Reza. Rezaboleh buat apa saja. Ayah dah datarkan Reza di sekolah yang

    sama dengan kakak. Reza janganlah malu. Reza dan

    Zumerakan adik-beradik. Ayah mahu kamu berdua berbaik-

    baik ya. Datuk Noman menghampiri Reza. Dia membelai

    rambut Reza sambil memandang Salmiah.

    Datuk Noman perlu memujuk agar anak itu dapat

    menerima situasi baharu. Dia tidak mahu Reza merasa

    rendah diri apabila bersama Zumera. Dia tahu Zumera juga

    masih janggal menerima kehadiran Reza sebagai adik tirinya.

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    9/170

    Diana Derin

    9

    Sememangnya ibu amat bertuah kerana berkahwin

    dengan Datuk Noman. Datuk Noman ternyata baik dan amat

    mengambil berat kebajikan ibu dan Reza. Namun sebagai

    anak, Reza masih ingat dan merindui ayah kandungnya.

    Reza tidak pernah meminta itu dan ini. Setiap yang

    diberikan kepadanya akan diterima dan tidak pernah lupa

    berdoa agar rezeki itu mendapat rahmat-Nya.

    Sikap kesederhanaan dan kelembutan Reza

    mengusik jiwa nurani Datuk Noman.

    Namun tidak pada anak gadis tunggalnya. Zumera

    tidak senang dan dengan keras menyatakan dia tidak dapat

    menerima kehadiran Reza.

    Reza tidak betah hidup bagaikan puteri raja. Kerja-

    kerja di rumah semuanya dilakukan oleh Mak Kasum. Makan

    pakainya juga diuruskan oleh Mak Kasum. Kadangkala Rezamenolong Mak Kasum menghidangkan makanan dan

    membantu mengemas rumah walaupun dilarang oleh Datuk

    Noman dan Mak Kasum. Sebenarnya jauh di sudut hati Reza

    tidak sampai hati melihat Mak Kasum melakukan kerja-kerja

    rumah seorang diri. Lagipun Reza sudah biasa melakukan

    kerja rumah semasa tinggal bersama arwah nenek dahulu.

    Ibu pula hanya sekali-sekala turun ke dapur kerana

    Datuk Noman melarang ibu melakukan kerja rumah.

    Perubahan demi perubahan berlaku di dalam hidup

    Reza. Namun kehidupannya tidak ubah seperti seekor

    burung. Dia dilimpahi kemewahan tetapi tetap tidak pernah

    merasa bahagia sepertimana ketika berada di kampung.

    Reza cuba melawan segala resah yang berkocak didalam minda dan perasaan. Saat ini dia sebenarnya masih

    terlalu mentah untuk memikirkan apakah yang bakal

    dilaluinya untuk beberapa tahun akan datang. Sekarang dia

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    10/170

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    11/170

    Diana Derin

    11

    diri Zumera itu. Ah, anak remaja. Salmiah terpukul dengan

    kata-kata itu. Namun dia tidak mahu meletakkan diri ke

    dalam dunia dan perasaan alam remaja seperti Zumera dan

    Reza. Dia cuba keluar dari pengaruh Zumera yang

    mengheretnya ke dalam permainan emosi mereka.

    Hesy, tak sanggup apa? Hai Mera dengar sendiri

    dari mulut kawan-kawan. Kelmarin Reza keluar dengan

    Azwan. Reza tu cemburu dengan Mera. Reza selalu buat Mera

    marah dan sakit hati. Eee... bencinya! Zumera menghentak-hentak kaki sambil menjeling benci ke arah Reza yang

    dengan selamba menutup daun pintu.

    Takkan sampai macam tu, Mera. Emmm... kamu

    ni, macam budak-budak. Benda kecil cubalah bawa bertenang,

    berbincang. Baru kita tahu apa sebenarnya yang berlaku.

    Salmiah malas mahu melayan kerenah gadis itu.Terlalu sangat manjanya. Itulah padah kalau kurang

    mendapat perhatian dan kasih sayang seorang ibu. Mungkin

    anak ini selalu menyimpan keinginan dan protesnya.

    Kini sudah lapan belas tahun usia Reza dan Zumera

    pula tua setahun sahaja daripada Reza. Tetapi sikap Zumera

    ternyata masih keanak-anakan. Sikap manja Zumera

    mungkin disebabkan oleh Datuk Noman. Datuk Nomanmemanjakan Zumera bagaikan menatang minyak yang

    penuh.

    Berbeza sungguh dengan Reza. Walaupun dia lebih

    muda daripada Zumera, tetapi dia lebih tenang, lebih matang

    dan lebih bertoleransi. Mungkin sikap berdikari yang telah

    tertanam di dalam dirinya membuatkannya bersiat sebegitu.

    Terkadang Salmiah terharu melihat perkembangan

    pendewasaan Reza. Baginya Reza telah membentuk

    personaliti yang cukup sempurna.

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    12/170

    Sangkar Cinta

    12

    Reza seorang anak remaja yang lemah lembut dan

    sesuai dengan penampilannya yang serba-serbi sederhana.

    Reza membesar sebagai seorang gadis yang cantik, peramah

    dan apa yang lebih membuatkannya terharu adalah

    penampilan Reza mengingatkannya pada zaman mudanya

    dahulu. Dia memiliki sepasang mata yang ayu. Dan Reza

    menyalin mata itu untuk menjadi kebanggaannya kini. Wajah

    Reza juga saling tidak tumpah sepertinya. Wajah yang pernah

    menjadi rebutan dan kegilaan anak-anak muda dikampungnya tika itu. Cuma kulit Reza yang putih melepak

    itu diwarisi daripada ayahnya yang berketurunan Cina.

    Dan jauh sekali bezanya dengan Zumera. Gadis itu

    nyata mewarisi kecantikan arwah Zainab yang pernah

    mendapat jolokan gadis tercantik di daerahnya. Anak tirinya

    itu berjiwa keras yang sukar dilentur.

    Namun Salmiah tidak pernah membezakan mereka.

    Baginya kedua-dua anak itu perlu diberikan kasih sayang

    dengan adil. Sepertimana yang diharapkan oleh Datuk

    Noman.

    Mendidik hati dan jiwa anak-anak bukanlah mudah.

    Dia tahu kadang-kadang Reza berkecil hati dengan kasih

    sayang yang dihulurkannya terhadap Zumera. Tetapi sebagaiibu dia tahu apa yang ada di dalam hati anaknya itu. Mereka

    sebenarnya senasib dalam melalui sebuah kehidupan. Cuma

    rasa mereka yang berbeza. Begitu juga dengan corak

    kehidupan Reza dan Zumera. Kedua-duanya bagaikan langit

    dan bumi.

    Reza... sejak dari kecil Reza dengan Mera tak

    pernah baik. Ibu sayangkan Mera macam ibu sayangkan Reza.

    Ibu tak mahu beza-bezakan antara anak kandung dengan

    anak tiri....

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    13/170

    Diana Derin

    13

    Ibu... Reza sayangkan ibu, tapi Kak Mera tu masih

    bencikan Reza. Reza dah terima dia sebagai kakak, tapi dia

    tak.

    Biarkanlah dia, Reza. Apa salahnya kalau Reza

    mengalah aja. Ibu nak kamu berdua saling sayang

    menyayangi.

    Ibu... Reza dah banyak kali bersabar dan mengalah.

    Reza tak kisah pun. Tapi sampai bila Reza nak bersabar.

    Walaupun Reza menumpang tapi Reza ada maruah, ada hargadiri. Kenapa ibu lebih sayangkan anak Datuk Noman tu

    daripada Reza?

    Entah mengapa tiba-tiba Reza meninggikan suara.

    Reza! tengking Salmiah.

    Linangan air mata deras mengalir. Sampainya hati

    ibu. Memenangkan Zumera daripada anak kandung sendiri.

    Reza diam. Tika itu hatinya panas membara. Dia

    benci dengan Zumera, benci yang teramat. Ibu lebih kasihkan

    dia rupa-rupanya. Takkan kerana nak menjaga hati Datuk

    Noman aku terpaksa menelan semua perkara yang

    menyakitkan hati.

    Reza menahan sebak. Dia berlari menjaringkebencian yang memuncak di dadanya. Kerana Zumera dia

    pula menjadi mangsa. Dia seperti merasakan kasih sayang ibu

    lebih kepada anak Datuk Noman.

    Rasanya dia tidak perlu terlalu memanjakan diri

    dengan belaian ibu. Kasih sayang ibu kini terbahagi dua.

    Tetapi adakah ibu bahagia dengan pilihan itu. Reza

    menoktahkan persoalan. Ibu tidak bersalah.

    Zumera tersenyum puas. Padan muka, ada hati

    konon nak rampas buah hati anak Datuk. Hei, cerminlah diri

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    14/170

    Sangkar Cinta

    14

    tu sikit! Kalau dah tahu diri tu menumpang, tumpang ajalah.

    Jangan menyibuk dan berangan, kutuk Zumera di dalam hati.

    Senyuman Zumera semakin lebar. Reza baginya

    umpama anak ikan bilis, senang dipijak dan mudah dilontar.

    Lontarlah ke mana sahaja. Kalau ibunya mudah ditawan

    inikan pula anaknya.

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    15/170

    Diana Derin

    15

    YANG manis itu bahasa, yang

    indah itu budi. Semanis wajah

    dan seindah budi yang telah

    menawan hatinya. Alangkah sedap peribahasa itu didengar.

    Zaman sekarang, anak gadis semuanya garang macam singa.

    Kasar mengalahkan lelaki. Nampak lembut, tetapi....

    Hah itulah. Buat lagi. Ini sekolah tau dik, bukan

    tempat bercinta. Kalau nak bercinta, berhenti sekolah. Buat

    habiskan masa dan duit mak ayah aja. Nampak cantik, tapi

    perangai... huh! Woi, siapa suruh dating dalam kawasansekolah, hah?

    Siapa yang dating? Saya cuma nak pulangkan buku

    ni aja. Takkan tu pun salah!

    Salah. Sebab berdua di tempat sunyi begini boleh

    menimbulkan tnah. Sekolah ni ada peraturan, bukan boleh

    buat sesuka hati. Takkan kalau setakat nak pulangkan buku

    mesti jumpa kat tempat sunyi! Azwan, Ketua Pengawas

    Sekolah Menengah Bistari memandang serius. Diamatinya

    wajah comel yang sedang berdiri di hadapannya.

    bab 2

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    16/170

    Sangkar Cinta

    16

    Pelajar baru agaknya. Tak pernah lagi tengok pun,

    getus Azwan di dalam hati.

    Saya pelajar baru, tak tahu peraturan sekolah ni

    macam mana. Setakat nak pulangkan buku ni takkan nak

    kena denda kut. Gadis itu mencebik. Wajahnya yang putih

    berubah warna akibat terkena pancaran mentari pagi.

    Oh awak pelajar baru. Emmm... patutlah suka-

    suka aja buat peraturan sendiri. Azwan merenung wajah

    comel Reza.

    Ya, baru seminggu. Minta maafah sebab dah

    langgar peraturan sekolah ni. Tak tahu pula saya peraturan

    Sekolah Bistari ni terlalu ketat sampaikan nak hantar buku

    pun tak boleh. Reza memalingkan wajahnya apabila

    menyedari Azwan merenungnya.

    Amboi bunyi macam perli aje, takkan marah kut?Azwan tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya.

    Reza terkedu namun sempat mengerling.Emmm...

    kacak jugamamat ni. Ada lesung pipit kat pipi.

    Awak ni pun kerap datang lewat. Awak tinggal kat

    mana? Azwan sengaja menyakat gadis itu.

    Indah Permai. Kenapa? Mana ada lambat? Locengbunyi pukul tujuh setengah, saya sampai tujuh dua puluh

    lapan. Ada dua minit lagi. Reza mencerlungkan biji matanya.

    Eh, dekat aje tu kenapa boleh lewat? Saya yang

    naik bas pun boleh datang awal. Azwan mencebik.

    Saya ni tak biasa lagi kat sini. Tak pernah lagi naik

    bas sendiri.

    Sebenarnya awak sampai lambat sebab jumpa

    buah hati, kan?

    Azwan sengaja memancing kemarahan gadis itu.

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    17/170

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    18/170

    Sangkar Cinta

    18

    sewaktu kelas berakhir tengah hari itu untuk menemui Reza,

    gadis yang tiba-tiba mula mengganggu tidurnya. Semalam

    wajah gadis itu juga yang dimimpikan. Sehari tidak melihat

    wajah itu, dia seperti orang hilang akal pula. Sahlah dia sudah

    terkena sampuk cinta.

    Eh, takkan awak tak tahu? Kalau Kak Mera tahu,

    habislah saya. Lagipun tak eloklah keluar dengan teman

    kakak. Nanti tak pasal-pasal dikatakan perampas pula, kata

    Reza dengan selamba. Dia khuatir dengan sikap Azwan ituakan menambahkan kebencian Zumera terhadapnya.

    Walaupun dia memang maklum akan perangai Zumera.

    Apa salahnya kalau kita keluar. Kitakan kawan satu

    sekolah, cuma bezanya saya tingkatan enam dan awak

    tingkatan lima. Itu aje. Azwan cuba memujuk. Dia tidak

    mahu terlalu nampak seperti seorang perayu pula. Jatuh

    sahamnya nanti. Lelaki yang tinggi egonya mana boleh kalah

    dengan perempuan. Tapi kes nak pujuk ni lecehlah....

    He he he... luculah awak ni, Azwan. Kalau awak

    nak tahu Kak Mera dah isytiharkan yang awak ni teman lelaki

    dia. Faham tak? Saya tak mahu dikatakan perampas,

    penggoda atau pun perempuan tak tahu malu. Harap awak

    ahamlah, ya Azwan. Reza menjelaskan kedudukan sebenar.Kalau Azwan tahu betapa bencinya Zumera terhadap dirinya

    tentu jejaka ini tidak akan mengajaknya untuk keluar.

    Ah, jangan bagi macam-macam alasan. Saya ni

    cuma nak berkawan aja dengan awak. Takkan tu pun salah.

    Tapi kalau kita berkawan dengan ikhlas dan ada jodoh, apa

    salahnya. Faham, tuan puteri?

    Suara Azwan sedikit tegas. Namun ada kelembutan

    tika dia menyentuh soal jodoh. Kiranya dia sendiri tidak

    aham kenapa hatinya berperasaan begitu.

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    19/170

    Diana Derin

    19

    Reza menatap wajah di hadapannya. Nampak

    ikhlas. Apa salahnya berkawan dengan dia. Bukannya ada apa-

    apa pun. Reza menggeleng menidakkan kata hatinya. Wajah

    lelaki itu bersilih ganti dengan wajah Zumera yang begitu

    lancang memakinya.

    Hesy... apa hal pula panggil tuan puteri? Elok-elok

    orang ada nama, suka hati aja nak tukar. Dah buang tabiat ke

    Azwan ni? Nak keluar ke tak ni? Hesy... pening la. Alah, keluar

    ajelah. Lagipun aku anggap dia macam kawan-kawan yanglain.Justa riend....

    Dan akhirnya hubungan yang pada mulanya sekadar

    kawan biasa berubah lantas membuahkan bibit-bibit cinta.

    Cinta itu menyemai di hati yang jujur membelainya. Perasaan

    halus itu pun mula bersemi. Kelopak bunga mula

    berkembang, menjadi hiasan yang amat harum baunya.

    Zumera berdendam dengan Reza kerana Azwan

    telah meninggalkannya. Zumera seharusnya menerima

    hakikat yang dia juga mempunyai Zahid pada masa yang

    sama. Azwan pula menganggapnya hanya sekadar teman

    biasa.

    Kebencian Zumera tidak pernah surut. Seperti

    ombak yang sentiasa bergelora pada musim tengkujuh.Mungkin tahap kebencian itu sudah setinggi gunung

    Kinabalu agaknya.

    Zumera cuba membuang perasaan bencinya itu,

    namun Reza tetap menjadi seterunya yang nombor satu. Dia

    tidak tahu apakah yang membuat dia begitu membenci Reza.

    Namun Zumera hairan kenapa Reza tidak pernah menyimpan

    perasaan benci mahupun dendam kepadanya meskipun tiap-

    tiap hari dia melukakan hati gadis itu. Kalaulah dia berada di

    tempat Reza, sudah lama dia angkat kaki. Apalagi yang

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    20/170

    Sangkar Cinta

    20

    diharapkan di rumah itu? Reza boleh meninggalkan Zumera

    dan Datuk Noman. Lagipun ibu sudah tiada. Tentu Reza

    boleh memberikan alasan sebegitu.

    Zumera juga terkilan kerana ayahnya mengizinkan

    gadis kampung itu tinggal bersama mereka. Bahkan

    mendapat sebahagian daripada harta yang sepatutnya menjadi

    miliknya. Reza orang luar yang tidak ada apa-apa ikatan darah

    daging dengan ayahnya. Tapi kenapa ayah memberikan

    hartanya kepada gadis itu?Sebenarnya harta bukanlah penyebab utama dia

    membenci Reza. Tidak sama sekali. Harta boleh dicari di

    mana-mana. Tetapi soalnya kenapa dia begitu membenci

    gadis itu.

    Ah! Pergi mampuslah. Perasaan benci dan dendam

    masih membara di hati. Menggelegak dan sentiasamembahang panasnya. Apalagi dengan sikap panas barannya

    tentu sukar untuknya melentur perasaan itu. Dia seorang

    yang mudah marah. Itulah sikapnya yang dia sendiri akui.

    Enam tahun bukanlah satu masa yang singkat.

    Dewasanya Zumera dengan dunia kebencian dan dendam

    yang seolah-olah tiada berpenghujung. Ada sahaja kerenah

    dan perkara yang membangkitkan kemarahannya. Reza sudahterlalu masak dengan perangai gila-gila Zumera yang nyata

    masih bersikap keanak-anakan. Masa itu terlalu singkat

    untuk mendewasakan kiran gadis itu. Dia sentiasa membajai

    perasaan itu dengan amarah sehingga batas kebencian

    menjadi sebuah ladang yang subur dengan api dendam yang

    hangat membara. Tiada masa yang manis untuk dikecapi

    bersama. Apatah lagi mengukir lakaran indah dunia remaja

    yang penuh warna-warni. Tiada ruang untuk mengakrabi

    sebuah perhubungan. Setiap hari hanyalah keheningan dan

    kesepian... sehingga membiarkan waktu berlalu tanpa salam.

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    21/170

    Diana Derin

    21

    Sesungguhnya yang berlalu tidak akan berulang

    kembali. Masa itu memungkinkan segalanya berubah serta-

    merta. Memungkinkan segalanya berubah seiring dengan

    peningkatan usia. Seperti sebuah mimpi. Hakikatnya itulah

    realiti yang perlu disedari.

    Namun putaran masa seolah-olah tidak pernah

    berkompromi. Masa dan saat indah berlalu meninggalkan

    segala pahit dan manis dunia remaja. Hubungan yang

    dipupuk menjalin satu ikatan tanpa batasan. Namun masihdibatasi dengan rentangan dan tuntutan ukhrawi.

    Indahnya cinta apabila yang hadir adalah manis

    sebuah impian. Bersih, suci dan ikhlas. Jauh dari rasa kecewa.

    Menyemai rasa percaya dan batas diri. Itulah sempadan yang

    memanjangkan sebuah hubungan.

    Dia belajar menjadi pengagung cinta. Setiamenemani perjalanan dunia kampus yang penuh seribu liku.

    Dia menyimpan anganan itu hingga pada ketika nanti dia

    akan kembali menyunting bunga pujaan.

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    22/170

    Sangkar Cinta

    22

    MENTARI pagi bersinar

    lagi, memancarkan ceria

    seperti dirinya yang sentiasa

    bersemangat. Meskipun terpaksa menghadapi kemelut

    kehidupan yang mencabar kekuatannya sebagai seorang

    gadis. Namun kecekalan dan keberanian menghadapi segala

    kemungkinan membuatkan dia sentiasa tabah.

    Dia belajar mengharungi segala kepayahan. Dari

    seorang anak kecil yang mentah, meniti alam remaja yang

    penuh seribu kisah suka dan duka. Tangis ria semuanyatersimpan di dalam memori kehidupan seorang gadis. Tiada

    siapa yang akan mendengar dan melagukan kisahnya kerana

    dia pasti sesuatu yang indah akan hadir menyinari hidupnya

    satu hari nanti. Cuma dia tidak pasti bagaimana rupanya

    kebahagiaan itu nanti.

    Reza, malam ni kita makan kat luar ya. Ayah

    teringin nak makan tomyam kat gerai Mak Dayang tu.Macam dah terasa kat hujung lidah pula. Wajah Datuk

    Noman yang jernih tiba-tiba muncul di ruang tamu,

    menggelegarkan ingatannya seketika.

    bab 3

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    23/170

    Diana Derin

    23

    Ayah ni... macam mengidam pula. Tiba-tiba aja nak

    makan tomyam. Ayah, gerai tomyam Mak Dayang tukan

    jauh. Reza mengusik. Dia ketawa melihat gelagat Datuk

    Noman.

    Emmm... agaknya ayah ni mengidam, Reza. Eh,

    Mera belum balik lagi? tanya Datuk Noman.

    Wajah Reza direnung. Selalunya anak inilah yang

    menghiburkan hatinya. Menenggelamkan kesepian diri yang

    kian mencengkam. Rumah ini terlalu sepi setelah pemergianSalmiah. Keletah dan keceriaan Reza selalu membuatkan

    dirinya terhibur.

    Belum ayah, mungkin dia keluar dengan kawan-

    kawan dia kut, jawab Reza sambil dengan berhati-hati

    meletakkan secawan teh tarik di atas meja sudut. Dia

    memberi laluan kepada Datuk Noman agar duduk disampingnya.

    Emmm... kakak kamu ni, sejak dulu tak pernah

    nak ubah perangai. Jarang lekat kat rumah, tak tahu duduk

    diam. Kalau ayah dah tak ada nanti macam manalah keadaan

    dia....

    Sayu suara keluhan Datuk Noman memecah

    ketenangan petang itu. Dia membelai perasaan sebak yang

    mengusik atmanya dengan tiba-tiba. Dia masih ada untuk

    mendengar rajuk Zumera. Tetapi sejak menginjak dewasa, dia

    dan Zumera jarang bersama. Ego Zumera kadangkala tiada

    kewajaran. Tidak bertempat.

    Wajah jernih itu meruntun kalbunya. Kasih sayang

    yang tidak pernah luntur meskipun telah bertahunmenyimpan duka berpanjangan. Reza amat menyenangi

    ketrampilan Datuk Noman. Walaupun sekadar anak tiri,

    namun Reza tidak pernah membataskan perhubungan waima

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    24/170

    Sangkar Cinta

    24

    dia sendiri tahu ayah tirinya itu menyayangi dan memberikan

    sepenuh kepercayaan kepadanya. Reza akur pada keadaan

    kenapa Datuk Noman tidak mengizinkan Zumera menerajui

    perniagaannya. Reza pula tidak pernah meminta untuk

    diberikan kedudukan di dalam syarikat. Dia sedar siapa

    dirinya. Dia umpama melukut di tepian gantang.

    Mungkin kerana kecekapan dan kebolehan Reza

    membuatkan Datuk Noman tidak teragak-agak untuk

    menyerahkan hal-hal menjaga dan mengendalikan perniagaansekali gus menguruskan akaun syarikat kepada Reza.

    Kebetulan Reza mempunyai ijazah dalam bidang akaun.

    Datuk Noman lebih percaya dan yakin Reza boleh

    menguruskannya berbanding Zumera. Ini bukan bermakna

    dia tidak yakin dengan kebolehan anak sendiri. Tetapi dia

    mahu Zumera belajar untuk mengenal kelemahan diri.

    Apalagi sikap acuh tak acuh Zumera yang membuatnya

    sedikit terkilan.

    Lagipun Zumera tidak pernah membantah, asalkan

    ayahnya bijak dan adil dalam urusan pembahagian harta.

    Zumera pun tidak pernah menunjukkan minat dalam

    perniagaan. Gadis itu lebih suka membawa haluan sendiri.

    Katanya lebih baik membina kerjaya sendiri daripadabergantung pada orang lain. Kata-kata itu memang berbau

    sinis, menyindir keupayaan Reza.

    Tetapi Datuk Noman bahkan Reza sendiri tahu

    gadis itu lebih suka dengan kerja-kerja yang mencabar.

    Zumera wanita lasak yang sukakan cabaran. Kini

    dia senang mengendalikan resortnya di pinggir gunung dan

    di pinggir pantai. Dia mahukan kelainan di dalam

    kehidupannya.

    Ah, hendak seribu usaha. Tak hendak takkan

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    25/170

    Diana Derin

    25

    nampak hasilnya. Datuk Noman tahu di antara Zumera

    mahupun Reza kedua-duanya mempunyai kelebihan

    tersendiri. Mereka sebenarnya adalah pesaing yang hebat.

    Mengendalikan sebuah butik dan restoran bukanlah

    satu bidang yang mudah andainya tidak ada kesabaran dan

    keberanian. Kejayaan sekarang pun adalah hasil usaha dan

    titik peluh Reza.

    Restoran Sri Indah yang terletak di pinggir bandar

    raya peranginan semula jadi itu sudah dikenali di seluruhMalaysia. Mempunyai cawangan dan tentunya di atas usaha

    bersama Reza dan Datuk Noman.

    Manakala Butik Iman yang membekalkan esyen

    terbaharu dan terkini sentiasa dikunjungi oleh orang ternama

    serta mereka yang mengikuti perkembangan semasa dunia

    esyen. Dan tidak terkecuali artis-artis terkenal turutmengunjungi Butik Iman. Butik Iman sentiasa menjanjikan

    kepuasan dan memenuhi cita rasa yang pelbagai untuk

    segenap lapisan pengunjungnya. Siapa juruperundingnya?

    Tentulah anak gadis Datuk Noman. Keupayaan Reza

    mengendalikan dua perniagaan itu begitu cemerlang sekali.

    Dia seorang yang berjiwa besar, kental dan tentunya semangat

    seorang yang ingin berjaya.Datuk Noman akui itu. Kini dia dalam perancangan

    untuk membuka sebuah lagi restoran masakan tempatan

    yang lebih bersiat pribumi dan akan berpusat di Kota

    Kinabalu. Dia yakin Reza akan dapat mengendalikannya

    nanti. Dalam memberi idea, Reza sebenarnya mempunyai

    kreativiti yang cukup hebat. Dia tidak teragak-agak

    melahirkan buah kirannya.

    Wah, berseleranya ayah makan tomyam ni. Tambah

    lagilah, yah.... Reza berseloroh, senang hatinya melihat

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    26/170

    Sangkar Cinta

    26

    Datuk Noman begitu berselera menghabiskan semangkuk

    tomyam pedas yang penuh dengan udang dan sotong.

    Sedap Reza. Rasanya macam dah bertahun tak

    makan tomyam.

    Berpeluh-peluh Datuk Noman menikmati

    semangkuk tomyam pedas itu.

    Emmm tomyam Mak Dayang ni memang sedap,

    ayah. Ramai kawan Reza puji. Ayah tahu tak apa rahsianya?

    Reza tekun mengopek kulit udang galah yang agak

    besar. Matanya sekali-sekala menjeling ke wajah tua Datuk

    Noman yang leka menikmati tomyam. Kalaulah ibu masih

    ada....

    Entahlah Reza... ayah pun tak tahu resipi apa yang

    Mak Dayang guna. Kenapa, Reza nak belajar masak tomyam

    ke? Datuk Noman tersenyum sambil memerhati anak gadisitu menyuakan seekor udang galah yang sudah dikopek

    kulitnya.

    Siapa pemilik sebenar gerai ni, ayah? Reza tengok

    cantik gerai ni dengan moti dua warna, kuning dan biru laut.

    Pandai pemiliknya menggabungkan warna dengan lokasi

    pinggir laut, cantik ideanya, kan ayah? Reza mengangkat

    muka. Dia tertarik dengan suasana malam yang hidup dengan

    alunan tiupan bayu lembut dari pantai. Ditambah lagi dengan

    gemeresik dan deru ombak yang sesekali mengusik ruang

    hatinya.

    Emmm... panjang kisahnya, Reza. Nantilah, kalau

    ada kesempatan ayah akan ceritakan. Sehelai tisu ditarik

    dari dalam bekas. Tisu berwarna merah jambu dilipat dan sisamakanan yang masih melekat di hujung bibir disapu

    perlahan. Datuk Noman melempar pandangan ke arah dua

    tiga orang pelangan yang baru sampai. Gerai yang

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    27/170

    Diana Derin

    27

    memuatkan sepuluh meja kecil dan empat kerusi setiap meja

    sudah hampir penuh. Dua orang pelanggan yang baru tiba

    terpaksa berlalu hampa. Kalau gerai itu ditambah sepuluh

    lagi meja, tentu Mak Dayang tidak betah duduk. Rezeki pun

    pastinya sentiasa berada di dalam genggaman.

    SEDANGasyik membina angan tiba-tiba dia dikejutkan

    dengan deringan memanjang di ruang tamu. Bertempiaran

    anganannya. Ketika itu dia teringatkan Azwan yang jauh di

    perantauan kerana menuntut ilmu.

    Helo.

    Helo,emmm... boleh saya bercakap dengan Datuk

    Noman? Suara di talian kedengaran agak mendatar.

    Hesy, bagilah salam. Tak tau ke adab menjawab

    panggilan teleon? Reza menggigit bibir. Dia mengerutkan

    dahi seolah-olah geram dengan si pemanggil.

    Dia baru aja keluar. Emmm... ni siapa? Reza

    bertanya perlahan. Itu cara yang betul menjawab panggilan.

    Emmm... tak apalah, nanti saya datang jumpa

    dia.

    Tut tut tut. Talian diputuskan.

    Aik, siapa pula ni? Orang kata ayah tak ada, nak

    datang juga. Tak aham bahasa ke? Dahlah cakap kasar.Hish,

    menyampah! Reza melepaskan geram seolah-olah pemanggil

    tadi berada di hadapannya.

    Reza baru hendak membaringkan diri tatkala

    mendengar suara parau memberi salam. Terjengket-jengket

    dia menyelak langsir melihat kelibat orang yang memberi

    salam.

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    28/170

    Sangkar Cinta

    28

    Seorang lelaki muncul dengan tangan kanannya

    dimasukkan ke dalam poket seluar. Manakala tangan kiri pula

    memegang beg sandang kecil yang digalas di bahunya.

    Waalaikumussalam.... Reza menarik daun pintu

    dan menyambut salam lelaki di hadapannya. Dia cuba

    mengingati lelaki itu kalau-kalau dia pernah melihatnya.

    Emmm... maafah kalau mengganggu. Saya datang

    ni sebenarnya nak jumpa Datuk Noman, dia ada tak? Penuh

    sopan lelaki itu bertanya. Tetapi matanya tajam memandangReza. Macam nak telan orang lagaknya.

    Reza cuba mengingati sesuatu. Mindanya menjurus

    kepada lelaki yang memutuskan talian teleon sebentar tadi.

    Oh, orang yang teleon tadi rupa-rupanya. Hai, cepatnya dia

    sampai. Takkan baru teleon beberapa minit dah muncul pula

    di hadapan rumah.Reza mengerutkan kening. Kan ke tadi dia sudah

    menjelaskan Datuk Noman tak ada di rumah. Tak aham

    bahasa Melayu ke? Reza melirik ke arah mata lelaki itu.

    Datuk Noman tak ada. Kenapa? beritahu Reza

    sambil mengawasi setiap gerak-geri mata lelaki itu yang

    nampak liar memandangnya. Dia rimas tatkala dipandang

    sebegitu. Perasaannya mula menjadi cuak. Andai kata lelaki

    itu bertindak kasar apa yang perlu dilakukannya?

    Emmm... tak apalah. Errr... agak-agak bila dia

    balik? Lelaki itu menyoal kembali. Mungkin tidak berpuas

    hati dengan penjelasan Reza. Atau sengaja mahu

    melengahkan masa.

    Terbayang di ruang mindanya kalau-kalau lelaki iniingin melakukan sesuatu. Ah, ngerinya! Mana Mak Kasum?

    Reza menelan liur.

    Hesy, kenapa tak aham-aham ni? Tunggu ajalah

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    29/170

    Diana Derin

    29

    kalau dah tak sabar nak jumpa dia. Reza hampir mahu

    menempelak lelaki di hadapannya itu. Namun kewarasannya

    menghalang. Dia tetamu di sini.

    Kenapa? Selalunya kalau tak sibuk, tengah hari ni

    dia balik la. Suara Reza masih perlahan, namun dia mula

    meluat melihat keberanian lelaki itu. Seolah-olah tidak

    menghormatinya selaku tuan rumah dengan bertanya itu dan

    ini.

    Emmm... tak apalah. Zumera ada tak? Lelaki itubertanya lagi. Dia tampak sudah biasa dengan keluarga Datuk

    Noman. Siapa lelaki ini?

    Kenapa dengan lelaki ini? Semakin dilayan semakin

    banyak dan meleret pula soalannya. Tadi cari Datuk Noman,

    sekarang cari anak gadisnya pula. Apa hal lelaki ni? Elok-elok

    orang layan dia baik, macam-macam pula nak tanya. Nasibbaik aku tak halau. Aku ni bukannya kaunter pertanyaan, hati

    Reza mendengus marah.

    Zumera? Emmm... dia dah keluar. Kenapa awak

    banyak tanya? Hah, itu pun Datuk Noman dah balik.

    Tanyalah dia. Suara Reza mula meninggi kerana kehadiran

    Datuk Noman memberikannya keberanian.

    Assalamualaikum Datuk Noman. Lelaki itu

    tersenyum. Dia terbongkok bersalaman dengan wajah yang

    manis bak madu.

    Waalaikumussalam. Hah Reza, kenapa muncung

    aja ni? tegur Datuk Noman. Kemudian dia memerhatikan

    pemuda yang terpacak di hadapannya.

    Reza hanya memerhati Datuk Noman tanpasepatah kata. Agaknya Datuk Noman masih dalam proses

    mengingati lelaki tersebut.

    Emmm... maafah cik, sebenarnya saya... emmm...

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    30/170

    Sangkar Cinta

    30

    pak cik masih kenal saya lagi? Lelaki itu tiba-tiba

    menundukkan kepala. Dia menggaru kepalanya yang tidak

    gatal. Dia seolah-olah cuba mengingatkan sesuatu kepada

    Datuk Noman.

    Datuk Noman cuba mengingati raut wajah tenang

    di hadapnnya. Dia cuba mengimbasnya dalam layar kenangan

    melalui seraut wajah itu. Azril! Ah, takkan dia lupa pula. Tiba-

    tiba Datuk Noman menghadiahkan segaris senyuman.

    Kamu ni, ya macam kenal.Emmm ya, anak mak...Ya. Saya Azril, anak Mak Dayang gerai tomyam tu.

    Lelaki itu memperkenalkan dirinya.

    Oh ya ya pak cik kenal. Emmm apa khabar

    Azril? Dah lama pak cik tak dengar cerita tentang kamu.

    Datuk Noman tersenyum lebar, wajahnya nampak ceria. Dia

    seolah-olah menantikan kehadiran lelaki itu. Didakapnya erattubuh sasa pemuda di hadapannya itu. Di bibirnya terukir

    senyuman yang hanya dia sahaja yang mengerti.

    Saya baru balik dari London. Baru aja habis belajar,

    pak cik.

    Eh, masuklah. Kenapa Reza tak ajak masuk tadi?

    Mari Azril, kita masuk dalam. Sembang-sembang. Datuk

    Noman menarik tangan lelaki itu sambil mengarahkan Mak

    Kasum menyediakan minuman.

    Jelingan tajam diberikan kepada Azril. Meluat

    sungguh melihat adegan di hadapannya itu. Kalau datang nak

    berkunjung tu cakaplah awal-awal. Ini tidak, orang pun

    teragak-agaklah nak bagi masuk. Manalah tahu dia ni orang

    jahat ke, habis dia dan Mak Kasum dijadikan tebusan. Kalaubukan tebusan pun mungkin dipenggal kepala, kemudian

    dipotong kecil-kecil. Lepas tu masuk ke dalam guni. Kusss...

    semangat. Simpang malaikat empat puluh empat!

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    31/170

    Diana Derin

    31

    Dah lama Azril habis belajar? Suara Datuk

    Noman diselangi tawa kecil. Kembang hatinya melihat jejaka

    di hadapannya itu. Sudah dewasa dan mempunyai perwatakan

    yang menarik.

    Ada la dalam empat lima bulan, pak cik. Tapi masih

    menganggur. Emmm... sebenarnya hajat saya datang ni

    nak. Suara lelaki itu tersekat-sekat. Dia seperti mahu

    menyatakan sesuatu, namun asyik memandang Reza yang

    diam membatu. Dia seolah-olah malu menyatakan hasratnyaitu.

    Pak cik aham, Azril. Tak apa, pak cik tak paksa

    Azril. Tapi kalau Azril sanggup dan sudi bekerja dengan pak

    cik apa salahnya. Lagipun pak cik dah tua, dan hanya pak cik

    dan Reza yang uruskan perniagaan ni. Sekali lagi Datuk

    Noman melenyapkan kegusaran yang memekar di hati anak

    muda itu.

    Emmm... Zumera mana pak cik? Suara segan itu

    masih jelas di pendengaran.

    Zumera tu kalau tak keluar bekerja, hah... melepak

    dengan kawan-kawannya la. Kamu bukan tak tahu perangai

    Zumera tu.... Sayu suara Datuk Noman menjelaskan perihal

    anaknya. Dia tahu, anak gadis nan seorang itu amat degil dankeras kepala orangnya. Entah bolehkah Azril melenturnya

    nanti. Besar harapannya agar Azril dapat membentuk

    Zumera menjadi seorang gadis yang baik. Dalam diam dia

    sudah memasang angan terhadap pemuda di hadapannya itu.

    Reza memandang senyuman Datuk Noman dengan

    seribu persoalan.

    Hah, jemput minum Azril. Nanti sejuk pula air tu.

    Lembut suara Datuk Noman mengiringi angannya. Dia

    sudah jauh meneroka perasaan pemuda itu.

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    32/170

    Sangkar Cinta

    32

    Reza mengalihkan pandangannya dari renungan

    lelaki itu. Sengaja dia memandang gambar penyanyi bersuara

    buluh perindu - Siti Nurhalizah pada majalah Rapi yang

    sengaja diambilnya dari bawah meja. Sesekali mata nakalnya

    mencuri pandang wajah lelaki yang nampak tenang itu.

    Setenang degupan jantungnya saat ini.

    Emmm... kacak juga mamat ni, hati Reza memuji.

    Namun ia sekadar mengagumi ciptaan Tuhan.

    Errr tadi ayah kata nak bagi kerja kat dia. Siapasebenarnya dia ni? Ahhh pedulilah, urusan orang buat apa

    aku nak campur pula, Reza bermonolog sendiri.

    Reza cuba membayangkan bagaimana kalau kata-

    kata Datuk Noman sebentar tadi menjadi kenyataan. Lelaki

    itu akan bekerja dengannya. Dan lelaki itu walaupun nampak

    tenang tetapi ada juga egonya.Reza mengalihkan pandangan ke arah majalah yang

    dipegangnya apabila pemuda itu tiba-tiba memandangnya.

    Alamak, malunya!

    Reza, kenapa diam aje ni? Hah Reza, inilah anak

    Mak Dayang tempat kita makan tomyam tempoh hari. Dia ni

    baru aja balik dari luar negara, baru habis belajar. Tak lama

    lagi Azril akan bekerja dengan kita. Jadi ayah harap Reza

    dengan Azril akan bekerjasama untuk memajukan perniagaan

    kita nanti.

    Reza menampakkan wajahnya di sebalik majalah

    Rapi. Dia mengangguk dan secalit senyuman dihadiahkan

    kepada lelaki itu. Tiba-tiba hatinya menjadi dangkal semula.

    Apa? Bekerjasama? Dengan Azril? Pemuda ini?Emmm... lantaklah. Lagipun aku ni siapa. Ayahkan bos....

    Reza tidak boleh membantah. Menolak jauh sekali.

    Dia tidak mahu melukakan hati orang tua itu. Kalau baik

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    33/170

    Diana Derin

    33

    pada pandangannya, dia akan terima tanpa sebarang syak

    wasangka.

    Macam mana Reza? Setuju ke?

    Pandangan Datuk Noman penuh dengan harapan.

    Dia mahu Azril mempelajari selok-belok perniagaan daripada

    Reza. Biar pemuda itu aham bagaimana mengurus dan

    mengendalikan sesebuah perniagaan. Pemegang ijazah tidak

    semestinya bijak dalam semua hal. Terkadang mereka kalah

    dengan pengalaman.

    Reza ikut aja kalau itu yang terbaik. Jawab Reza

    perlahan seperti berbisik.

    Dia mengalihkan pandangan ke arah Azril. Mungkin

    dia akan menjadi rakan kerja yang baik. Reza tidak kisah

    bekerja dengan sesiapa pun. Apalagi kalau Datuk Noman

    yang mengarahkan begitu. Dia bukan pemilik syarikat yangditerajui oleh Datuk Noman. Dia hanya menjalankan amanah

    dan tanggungjawab sebagai seorang anak. Reza memerhatikan

    kedua-dua lelaki itu sambil tersenyum meleret.

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    34/170

    Sangkar Cinta

    34

    DIA menekan-nekan kepalanya.

    Ditarik-tarik anak rambut untuk

    meredakan gusar yang sedang

    menghimpit ikirannya kini. Sakit kepala dan sakit hati.

    Bercampur aduk menjadikannya rojak yang menyakitkan

    minda.

    Mera... ayah bukan tak setuju Mera berkawan

    dengan Zahid tu. Ayah aham perasaan Mera, tapi cubalah

    belajar untuk terima hakikat. Zahid tu dah berkahwin dan itu

    tandanya dia tak bertanggungjawab. Dia tak bersungguh-sungguh cintakan Mera. Banyak lagi lelaki lain yang lebih

    baik daripada Zahid. Jangan porak-perandakan keluarga

    orang, Mera. Wajah Datuk Noman berubah tegang. Dia

    membelai rambut ikal Zumera.

    Tapi Mera cintakan dia, ayah. Mera tak boleh hidup

    tanpa Zahid. Mera hanya cintakan dia sorang, ayah....

    Zumera menahan sendu. Dia tidak boleh melupakan Zahidwalaupun lelaki itu sudah berkahwin. Hatinya telah dibawa

    pergi oleh lelaki itu.

    bab 4

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    35/170

    Diana Derin

    35

    Tapi demi masa depan, kamu harus terima hakikat

    yang Zahid bukan lelaki baik. Belum kahwin lagi dia dah

    hancurkan kebahagiaan kamu. Mera, belajarlah terima

    hakikat. Bukan Zahid seorang aja lelaki dalam dunia ni, ujar

    Datuk Noman seraya menggeleng. Sukar benar memujuk

    anak seorang ini. Keras kepala. Keras hati.

    Zumera menggetap bibir. Geram sungguh hatinya

    saat ini. Zahid yang dicintainya telah berkahwin dengan

    perempuan lain atas alasan sudah dijodohkan oleh keluarga.Ah, dasar lelaki dayus! Dasar jantan kasanova. Celaka punya

    jantan. Tak guna!

    Dahulu Reza pernah memberitahu yang Zahid itu

    lelaki kasanova. Tetapi dia sedikit pun tidak pernah

    mempercayai. Cinta membuatkan dia buta. Zumera

    sebenarnya sendiri maklum akan perangai Zahid yang suka

    bertukar pasangan. Namun hatinya cuba menidakkan perkara

    itu. Dia menutup segala kecurangan lelaki itu dengan alasan

    dia sekadar bergurau. Dia betul-betul mencintai Zahid. Betul-

    betul mengakui Zahid adalah lelaki yang terbaik dan terhebat

    baginya.

    Kini, dia hampir nanar kerana asyik memikirkan

    Zahid. Pada hal dia sebenarnya bukanlah seorang wanita yangmudah tunduk apatah lagi kalah dengan permainan cinta.

    Cinta sejati sewajarnya mendapat tempat yang paling utama

    di dalam setiap jiwa insan.

    Kak, makanlah ubat ni. Nanti demam kakak lambat

    sembuh pula.

    Zumera mendengus marah. Dia menjeling Reza

    dengan hati yang sebal. Dengan kasar Zumera manyambut

    segelas air dan ubat yang dihulurkan oleh Reza. Hatinya

    semakin sakit tatkala melihat Reza terpacul di hadapannya.

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    36/170

    Sangkar Cinta

    36

    Mahu sahaja ditampar Reza. Biar wajah ayu itu menjadi cacat

    dan hilang dari pandangannya.

    Reza meninggalkan Zumera sendirian melayani

    perasaannya. Gadis itu perlukan ketenangan saat ini. Macam

    mana buruknya dia pada pandangan gadis itu, Reza tidak

    pernah ambil hati.

    Biarlah Mak Kasum yang menguruskan Zumera.

    Dia tidak mahu mengeruhkan lagi perhubungan di antara

    dirinya dan Zumera.

    LAKARAN baru disiapkan. Nampak indah dan cantik apabila

    diletakkan ukiran kayu malam dengan empat moti bunga.

    Emmm... tentu ayah suka dengan hiasan begini kerana ianya

    nampak elegen.

    Reza menyudahkan lakaran hiasan untuk restoran

    baru yang akan dibuka di Pantai Timur. Pintu kayu berwarna

    kuning keemasan akan menghiasi hadapan anjung. Restoran

    itu akan dibahagi dua. Satu untuk ruang tempahan khas bagi

    mengadakan majlis besar seperti perkahwinan, majlis rasmi

    dan untuk tempahan VIP. Manakala satu lagi bahagian untukpelanggan harian.

    Setiap penjuru bakal diserikan dengan kerlipan

    cahaya dari dinding lutsinar. Ia akan nampak mewah dalam

    apa jua keadaan. Dia juga mahu ruang yang boleh ditukar

    mengikut konsep dan kehendak pelanggan.

    Bunyi seperti terlalu serabut. Mungkin akan

    menggunakan banyak aksesori. Dan kos juga mungkin akan

    melebihi bajet.

    Assalamualaikum.

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    37/170

    Diana Derin

    37

    Daun pintu diketuk dari luar. Sejurus kemudian

    wajah Azril muncul sambil menggalas beg komputer riba di

    bahu. Wajahnya nampak serius.

    Waalaikumussalam. Salam disambut. Reza

    melemparkan senyuman, namun lelaki itu tidak membalas

    senyumannya.

    Macam mana dengan cawangan restoran baru kita

    tu? Bila nak mulakan operasi? tanya Azril dengan wajah yang

    serius. Dia memandang Reza, namun sekilas sahaja. Diaseolah-olah takut untuk memandang wajah Reza. Atau

    sebenarnya takut jatuh cinta....

    Semuanya okey. Cuma tarikh untuk pembukaan

    belum dipilih, balas Reza selamba.

    Emmm... saya nak bercakap dengan Datuk Noman

    tentang pembukaan tu. Errr... bagaimana saya nakmenghubungi Datuk? Lelaki itu meletakkan beg sandangnya

    di atas kerusi.

    Takkan la tak ada nombor teleon ayah? Kalau tak

    dapat call, teleonlah rumah. Kenapa tanya orang, macamlah

    kita ini setiausaha dia.

    Cubalah teleon kat rumah. Tadi semasa saya

    keluar Datuk Noman masih kat rumah. Katanya badan

    kurang sihat.

    Menyampah betul Reza, kalau ya pun tanyalah baik-

    baik. Ini tanya macam orang ni robot. Hi, lain macam betul

    perangai Azril yang disangkanya boleh bekerjasama. Mujurlah

    tidak bekerja satu pejabat. Kalau tidak hari-hari terpaksalah

    menghadap muka lelaki ego ni.

    Reza perasan perangai Azril berubah apabila

    terpandangkan Zumera tempoh hari. Azril seolah-olah

    menyimpan seribu rahsia.

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    38/170

    Sangkar Cinta

    38

    Okey, saya akan call nanti. Emmm... ini lakaran

    untuk cawangan baru tu ke? Lelaki itu menyelak kertas

    cadangan di hadapannya.

    Reza terkasima. Kerut di wajah lelaki itu

    menggambarkan dia tidak bersetuju dengan cadangannya.

    Adakah dia akan menolak bulat-bulat kertas cadangan yang

    sudah separuh siap itu?

    Kenapa? Tak okey ke? Teruk ke? Reza menyoal.

    Dia khuatir jika lakaran seindah itu tidak akan diterima.Sudahlah penat lelahnya mencanai idea masih belum hilang.

    Siapa kata teruk? Satu lukisan dan cadangan yang

    cukup baik pada saya. Saya tertarik dengan suasana ni.

    Lembut dan ada privacy. Lelaki itu ketawa. Dia nampaknya

    suka dengan lakaran itu.

    Reza diam, memandang tepat ke anak mata lelaki yang suka mengecilkan mata itu. Namun hatinya kembang

    dengan pujian.

    Emmm... boleh tambah sedikit lagi untuk ruangan

    sisi dan belakang. Bagaimana? Dia masih tersenyum.

    Pandangannya masih tertumpu pada lakaran di hadapan.

    Sudah tentu boleh. Reza memberi laluan. Dia

    suka kalau lelaki itu mahu bekerjasama denganya. Tetapi dia

    tidak suka kalau lelaki itu terlalu menunjukkan keegoannya.

    Nampak macam pentingkan diri sendiri.

    Apa kata kalau kita timbulkan mood yang santai

    tapi nampak elegen. Yalah, dinding tiles yang mempunyai

    ciri-ciri ketimuran. Lepas tu gantungkan lukisan nada

    shading tanpa warna. Nampak klasik, kan? Tapi kenalah pilih warna-warna senada pada satu ruang. Kita juga boleh

    letakkan tumbuhan hijau yang agak rimbun sikit. Sesuai

    dengan tema rimba tropika. Lelaki itu tersenyum. Dia dapat

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    39/170

    Diana Derin

    39

    membayangkan sebuah restoran yang berlatarbelakangkan

    suasana senja. Seperti matahari yang hendak berlabuh di

    uuk timur. Dia cuba mempraktikkan apa yang dipelajarinya

    sewaktu belajar dahulu.

    Reza mengangguk, setuju dengan cadangan Azril.

    Nampak serasi dengan ideanya. Dia melahirkan idea yang

    amat bagus. Kalau begitu satu pelan telah siap sepenuhnya.

    Nanti bolehlah ditunjukkan pada Datuk Noman.

    Ini satu percubaan yang baik kalau Datuk Nomansetuju. Saya akan minta Haizal berikan satu gambaran yang

    jelas sebab dia tu arketik serba boleh. Tentu tiada masalah

    untuk menyiapkan kerja ini, tukas Reza. Dia memandang

    lelaki itu sambil tersenyum.

    Kalau boleh dia mahu memberikan yang terbaik

    untuk pembukaan cawangan restoran mereka nanti. Kali iniReza dan Azril telah diamanahkan bukan setakat

    mengendalikannya. Tetapi terlibat pula dalam proses

    mengubah suai reka bentuk dalaman dan luarannya. Tentang

    tapak, Datuk Noman telah membeli dua lot kedai di Taman

    Putrajaya, berhampiran Bandar Serra.

    Reza tersenyum. Dia bangga kerana Datuk Noman

    memberi sepenuh kepercayan terhadapnya.

    Tak mahu tambah lagi? Misalnya penggunaan

    bahan mentah yang lain. Perabot, kerusi, meja, pinggan

    mangkuk, alas meja. Mungkin reka bentuk yang unik sedikit.

    Lain daripada yang lain. Itu pun kita kena sepadankan dengan

    latar yang ada.

    Sekali lagi lelaki itu memberikan idea. Mindanyasarat dengan pelbagai idea yang menarik.

    Okey juga tu. Sebenarnya saya ada juga kirkan

    tentang tu. Apa kata kalau pakaian pekerja pun sama?

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    40/170

    Sangkar Cinta

    40

    Okey. Kalau macam tu, kita lakukan secepatnya.

    Datuk Noman mestihappy dan berangan nak buka cawangan

    lagi kat tempat lain. Dengan percubaan ini, mungkin akan

    menarik lebih ramai pelanggan lagi. Azril memokuskan

    pandangan tepat ke mata Reza.

    Reza mengangguk. Dia hampir tidak terkir

    tentang apa yang disebut oleh Azril. Kalau pendapatnya

    sebentar tadi direalisasikan, pulangannya di masa akan

    datang mungkin lebih daripada yang dijangka. Dia tiba-tibamengagumi cara lelaki ini berkir.

    DIA terus meloloskan diri ke kamar peraduan. Usai mandi,

    dia melelapkan mata yang keletihan. Teringat akan idea-idea

    yang disatukan dengan kreativiti lelaki itu, hatinya berbungariang.

    Alangkah bagusnya kalau pengubahsuaian itu nanti

    mengikuti pelan yang dirancang. Namun ianya akan menelan

    kos yang tinggi. Tetapi Reza tidak khuatir. Datuk Noman

    mahukan yang terbaik. Semua kerja-kerja pengubahsuaian

    itu merangkumi publisiti dalam memperkenalkan restoranbaru itu nanti. Lagipun kebanyakan masyarakat telah

    menerima kehadiran mereka.

    Reza baru hendak melelapkan mata tatkala Datuk

    Noman tiba-tiba mengetuk pintu kamarnya. Dia segera

    mencapai sebuah novel yang berada di atas bantal.

    Ayah, ada apa ni? Reza tengah baca buku tadi.

    Reza berbohong. Sebenarnya dia tidak mahu Datuk Noman

    tahu yang dia tidur di waktu senja.

    Tidak manis, bebel Datuk Noman selalu.

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    41/170

    Diana Derin

    41

    Reza, sebenarnya ada satu perkara yang ayah nak

    tanya dengan Reza.

    Reza memandang tepat ke anak mata tua Datuk

    Noman. Wajah yang sentiasa sarat dengan senyuman.

    Meskipun dilanda masalah, lelaki itu sentiasa tersenyum.

    Kerana itulah wajah Datuk Noman tidak dimamah usia.

    Masih nampak tampan meskipun usianya sudah menjangkau

    lewat lima puluhan.

    Ada apa, ayah? Cakaplah. Reza memintal hujungrambut sambil membetulkan sanggul ala ninjanya. Dia

    bergerak mengikut Datuk Noman ke ruang tamu di tingkat

    dua rumah itu.

    Sebenarnya ayah ada simpan hasrat, Reza....

    Suara perlahan Datuk Noman, seperti kedengaran

    berbisik. Apa yang diperkatakan juga tampak sukar hendakdiluahkan.

    Hasrat? Reza cuba menangkap maksud ungkapan

    itu. Dengan wajah dan suara yang seperti menyembunyikan

    seribu maksud itu Reza cuba meneka.

    Hasrat apa yang sedang berlegar di minda orang tua

    itu? Adakah hasrat mahu menyuntingnya untuk menjadi

    isteri. Oh, tidak! Reza beristighar berkali-kali. Cuba menolak

    kemungkinan dan andaian benaknya. Dia cuba menenangkan

    diri walaupun perasaannya tiba-tiba menjadi seram.

    Sebenarnya, ayah nak jodohkan Azril tu dengan

    Suara Datuk Noman yang tenang seakan bom yang

    menghempas dadanya. Reza melopong. Dia memandang

    wajah selamba Datuk Noman dengan mata yang tidak

    berkelip. Serasanya dia tidak bermimpi. Atau Datuk Noman

    sudah merancang sesuatu untuknya?

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    42/170

    Sangkar Cinta

    42

    Hah? Reza menelan liur. Terasa pahit di

    kerongkongnya. Naasnya berat untuk bergerak. Kenapa?

    Adakah ayah hendak jodohkan dia dengan lelaki itu? Oh

    tidak, tidak! Mana mungkin boleh. Belum sampai sebulan dia

    mengenali lelaki itu.

    Hati Reza bungkam seketika. Dia menunggu butir

    bicara seterusnya daripada Datuk Noman. Ketika ini nadinya

    seolah-olah terhenti berdenyut.

    Macam mana, apa pendapat Reza? tanya DatukNoman sambil tersenyum.

    Reza merasakan senyuman Datuk Noman itu

    seperti mengejeknya.

    Errr...arrr... jodoh jodoh jodohkan....

    Suara Reza bergetar dan air matanya hampir mahu

    menitis. Terbayang wajah Azwan, pemuda yang dicintai sejakdi bangku sekolah lagi. Teman yang sama-sama membesar

    dan membina angannya. Menyerikan malam-malam harinya,

    yang mengajarnya erti cinta dan rindu.

    Selama dia tidak pernah ketahui atau sedar akan

    rancangan Datuk Noman mahu menjodohkannya dengan

    lelaki lain.

    Kalau Reza setuju, nanti kita boleh buat kenduri

    kahwin besar-besaran. Macam mana? Lagipun ayah kenal

    sangat dengan Azril tu. Dia baik. Arwah ayah Azril tu sahabat

    baik ayah. Lagipun ayah dah biasa dengan Mak Dayang dan

    keluarganya. Macam mana, Reza setuju tak?

    Reza bungkam.

    Manakala Datuk Noman tersenyum panjang.

    Angannya sudah jauh merentasi tujuh benua. Dia mula

    membayangkan keriuhan menantu serta cucu-cucunya.

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    43/170

    Diana Derin

    43

    Errr.... Reza terkedu. Suaranya hilang ditelan

    gementar yang membungkus diri. Terasa lemah seluruh

    sendi. Dunia terasa berhenti berpusing.

    Apa yang ayah cakap ni? Hatinya disiram resah yang

    menggunung. Dia ingin menangis. Kalau boleh dia juga ingin

    menjerit. Aku tidak mahu kahwin dengan Azril. Aku dah ada

    Azwan. Oh ayah, dengarlah rintihan aku ini....

    Hati Datuk Noman diketuk hairan. Wajah Reza

    pucat bagaikan mayat. Sebut pasal kahwin dia pula yanggelabah. Kalau sudah sampai waktunya untuk mendirikan

    rumah tangga apa salahnya. Kata orang benda yang baik

    sewajarnya dilaksanakan dengan cepat. Rancangan dan

    niatnya hanyalah mahu memberikan yang terbaik untuk

    anak-anak.

    Laaa budak ni! Kakak dia yang nak kahwin diapula yang gelabah. Macam mana, setuju ke kalau kita

    jodohkan Zumera dengan Azril? Datuk Noman membulatkan

    mata. Lucu melihat wajah kering Reza yang hampir mahu

    menangis itu.

    Laaa ayah!Huh... Reza melepaskan naas panjang.

    Wajah Azwan terbayang di mata. Wajah yang amat

    dirinduinya itu. Janji untuk hidup bersama dan janjinyauntuk menanti teruna hatinya itu pulang ke tanah air. Dia

    akan menyerahkan seluruh hidup ini kepada Azwan. Cinta itu

    adalah hak individu.

    Kenapa pula tak setuju, ayah? Reza la orang

    pertama yang akan gembira. Yalah, nak dapat abang ipar.

    Lepas tu, anak buah pulak, Reza meraup muka. Teringat

    wajah Azwan membuatkan ingatannya melayang ke kota

    London. Tak lama lagi Azwan akan kembali membawa cinta

    yang berkurun dimeterai bersama.

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    44/170

    Sangkar Cinta

    44

    Tapi, Reza kenalah pujuk Zumera kalau dia

    berkenan dengan pilihan ayah ni, kata Datuk Noman sambil

    membelai rambut Reza. Dia amat mengharap agar Zumera

    dapat menerima rancangannya kali ini.

    Baiklah ayah. Reza rasa Kak Mera mesti setuju.

    Lagipun Azril tu ada rupa, ada pelajaran, rajin pula tu. Tentu

    Kak Mera sukakan Azril. Kali ini giliran Reza tersenyum. Dia

    riang kalau Zumera setuju menerima lamaran Azril.

    Ayah bukan apa Reza, ayah mahu Mera bahagia. Ayah mahu dia berkahwin dengan lelaki yang betul-betul

    boleh menjaga dan mendidik Mera menjadi manusia yang

    baik. Lagipun bukan selamanya ayah boleh jaga Kakak Mera

    kamu tu. Reza bukan tak tahu sikap dia tu.

    Keluhan Datuk Noman menghiris tangkai hatinya.

    Dia aham perasaan seorang ayah. Dia tahu apa yang tersematdi dalam hati orang tua itu.

    Insya-Allah, ayah. Reza akan bantu setakat yang

    termampu.

    Jawapan Reza membahagiakan Datuk Noman. Dia

    begitu yakin impian murninya akan tercapai. Niatnya cuma

    satu. Dia mahu melihat masa depan Zumera lebih terjamin.

    Padanya bercinta selepas berkahwin adalah lebih

    baik. Kata orang cinta itu boleh dipupuk.

    ZUMERAtidak membantah apabila Datuk Noman mengajukan

    hasratnya hendak bermenantukan Azril. Dengan wajah yang

    manis dan tenang, Zumera mengiakan di hadapan Datuk

    Noman dan Reza. Gembira bukan kepalang Datuk Noman

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    45/170

    Diana Derin

    45

    apabila anak yang amat disayangi itu akan menjadi isteri

    orang. Doanya di dalam hati agar anak tunggalnya itu menjadi

    seorang anak dan isteri yang baik.

    Bagi Zumera pula, dia mengenali Azril ketika

    pemuda itu melanjutkan pengajiannya. Memang Zumera

    mengakui akan keluhuran dan budi pekerti Azril. Dia

    memang baik, menghormati orang lain dan memiliki paras

    rupa yang tampan. Zumera tahu itu, namun hatinya masih

    dibayangi wajah Zahid, jejaka yang telah bertakhta sekianlama di dalam hatinya.

    Mana mungkin cinta itu boleh bertukar ganti

    dengan sekelip mata. Walaupun dia suka berkawan tetapi di

    hatinya tertanam kesetiaannya terhadap Zahid.

    Namun dia harus akur atas kehendak Datuk

    Noman. Pengorbanan yang dilakukan menuntut penyerahanjiwa dan raga. Berbaloikah pengorbanannya andai impian dan

    harapan yang dikejar diakhiri dengan perkahwinan bersama

    insan yang tidak dicintai langsung? Bukan mudah untuk dia

    menerima segalanya.

    Setahunya lelaki itu hanyalah anak kepada sahabat

    baik ayahnya. Dibiayai pengajiannya kerana kurang

    berkemampuan. Tetapi janji di antara ayahnya dengan ayahAzril mungkin satu cerita yang dia tidak pernah tahu. Tetapi

    itu bukan pokok persoalannya. Mungkin mahu membalas

    budi, dirinya dijadikan sebagai sandaran. Ah, semuanya

    terlalu kabur dan samar!

    Azril memaklumkan berita baik itu kepada

    keluarganya. Baginya tidak sia-sia dia belajar sehingga berjaya

    meraih segulung ijazah. Itulah harapan dan impian keluarga

    terutama sekali arwah ayahnya, Tahir. Azril tahu kalau bukan

    kerana Datuk Noman yang menolongnya, belum tentu dia

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    46/170

    Sangkar Cinta

    46

    menjadi Azril yang sekarang. Belum tentu nasib keluarganya

    akan terbela. Semuanya kerana budi baik dan keikhlasan

    Datuk Noman. Kini pertolongan itu wajar dibalas walau

    dengan apa cara sekalipun. Dia tidak kisah.

    Azril telah berjanji dengan arwah ayahnya sekiranya

    dia berjaya, dia mesti membalas budi Datuk Noman walau

    dengan apa cara sekalipun. Dan janji itu harus ditunaikan.

    Dia tidak merasakan itu gadaian untuk dirinya. Apalagi Azril

    adalah satu-satunya harapan yang mencorakkan masa depankeluarga. Terutama sekali kepada adik-adiknya yang masih

    kecil dan masih berada di bangku sekolah lagi.

    Azril kembali menginsa diri. Dia sememangnya

    mencintai Zumera. Pertama kali dia melihat gadis itu

    sewaktu mereka masih remaja. Namun apalah dayanya, ketika

    itu dia hanyalah seorang pemuda yang serba kekurangan. Dia

    menumpang kesenangan Datuk Noman. Dia sendiri tidak

    tahu bagaimana keakraban ayahnya dengan Datuk Noman

    terjalin. Yang pasti Datuk Noman tidak pernah jemu

    menghulurkan bantuan.

    Dia membuang jauh perasaan itu sehinggalah

    berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Datuk

    Nomanlah yang telah membantunya. Dan pertemuan kalikedua ini setelah masing-masing sudah meningkat dewasa.

    Kini segala yang terencana perlu direalisasikan.

    Persetujuan kedua-dua belah pihak memudahkan segala

    urusan. Cuma dia perlu dekat pada si gadis. Mengenali tidak

    semestinya mencintai.

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    47/170

    Diana Derin

    47

    MAJLIS pertunangan Zumera

    dan Azril berlangsung dengan

    penuh gemilang. Wajah

    Zumera berseri-seri, begitu juga dengan Azril. Kedua-duanya

    bagaikan pinang dibelah dua. Sama cantik, sama padan.

    Pakaian sedondon berwarna ungu merak adalah pilihan

    Zumera.

    Pertunangan yang akan mengikat Zumera dan Azril

    membuatkan Datuk Noman serta Reza gembira. Semoga

    jodoh di antara mereka berdua berpanjangan. Begitulahharapan dan impian Datuk Noman.

    Bagi Reza pula, mungkin ini adalah langkah terbaik

    atau cara untuk menghapuskan kebencian Zumera terhadap

    dirinya.

    Namun tidak pada Zumera. Dendamnya terhadap

    Reza masih belum berakhir. Pertunangannya dengan Azril

    bukan bermakna cinta si jejaka telah diterima. Ada suatu

    persembahan paling istimewa untuk Reza. Khusus sempena

    hari persandingannya kelak.

    bab 5

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    48/170

    Sangkar Cinta

    48

    Tahniah, Kak Mera. Reza doakan kakak bahagia.

    Wajah Zumera yang manis tambah berseri di haripertunangannya dengan Azril.

    Reza mengagumi wajah jelita milik Zumera.

    Memang padan digandingkan dengan Azril yang juga

    kelihatanmacho dengan pakaian serba ungu itu. Amat serasi.

    Warna itu senada dengan warna kulit cerah kedua-dua

    pasangan. Mereka sebenarnya nampak seiras apabila bersama.

    Kata orang wajah yang seiras berkemungkinan itulahjodohnya. Mudah-mudahan.

    Terima kasih. Senyuman dan lirikan mata

    Zumera mengiringi langkah Reza.

    Reza berasa hairan dengan perubahan diri Zumera

    yang tiba-tiba menjadi seorang yang lemah lembut dan boleh

    pula bergurau dengannya dengan mesra. Kalau benarpertunangannya dengan Azril telah merubah Zumera untuk

    menjadi seorang gadis yang baik, segunung kesyukuran

    dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Semoga Zumera akan menemui

    kebahagiaan bersama Azril nanti. Itulah doa dan harapan

    yang sentiasa dihadiahkan buat seorang kakak.

    SEJAKbertunang, Zumera sudah pandai bertanya itu dan ini

    dengan Reza. Zumera tidak lagi bangun lewat, malah ringan

    tulang membantu Reza dan Mak Kasum di dapur. Walaupun

    kekok, namun Zumera tidak malu untuk belajar. Ini satu

    perubahan dan permulaan untuk merubah kehidupan.

    Kata orang setinggi mana pun seorang perempuan

    itu belajar, akhirnya turun juga ke dapur. Ini tanggungjawab

    untuk setiap wanita yang akan bergelar isteri dan ibu.

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    49/170

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    50/170

    Sangkar Cinta

    50

    Zumera tidak membalas usikan Reza itu. Dia

    sebenarnya sedikit pun tidak berasa bahagia setelah menjadi

    tunangan Azril. Senyumannya hanyalah untuk mengaburi

    mata semua orang terutamanya Reza. Ada muslihat yang

    disimpan rapi. Sampai masanya akan meranalah kau Reza.

    Mencintai lelaki yang tidak pernah dicintai

    sebenarnya mengundang kesakitan yang amat. Bukan

    Zumera tidak tahu Azril amat mencintai dan menyayangi

    dirinya, namun hati dan kasih sayangnya masih utuh untukZahid. Terlalu sukar mengikis perasaan cintanya terhadap

    pemuda itu, meskipun Zahid sudah berkahwin.

    Kini matlamatnya hanya satu... dia mahu melihat

    perempuan bernama Reza menderita seumur hidup!

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    51/170

    Diana Derin

    51

    HARI bahagia yang dinanti-

    nantikan itu tiba juga.

    Dalam diam-diam

    Zumera telah merancangkan yang perkahwinan ini adalah

    hadiah istimewa untuk Reza.

    Datuk Noman adalah orang yang paling sibuk dan

    gembira menguruskan segala persiapan bagi memastikan

    majlis penuh gilang-gemilang itu berjalan dengan sempurna.

    Setiap tetamu yang datang dilayan sebaik mungkin. Dia

    cukup bahagia kerana puteri tunggalnya akan mendirikanrumah tangga. Dan apa yang paling meruntun kalbunya ialah

    perubahan diri dan keikhlasan anak gadisnya menerima

    jodoh pilihannya.

    Hati Datuk Noman tiba-tiba berasa sebak. Sebak

    kerana arwah isterinya, Zainab tidak sempat menyaksikan

    persandingan puteri tunggal mereka. Kini perasaannya

    semakin tidak tenteram. Gemuruh di jiwa bagaikan ingin

    berdentum apabila Zumera masih belum keluar dari biliknya.

    Rasa cuak mula menyerang jiwanya.

    bab 6

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    52/170

    Sangkar Cinta

    52

    Resah sang pengantin lelaki kian ketara apabila

    renik-renik halus mulai tumbuh di wajah.

    Reza sudah dua tiga kali mengetuk pintu kamar

    Zumera yang sunyi dan sepi seolah-olah tiada penghuni.

    Datuk Noman tiba-tiba berasa panas menyimbah di

    wajahnya.

    Para jemputan ingin menyaksikan pasangan

    mempelai bersanding di atas pelamin. Masing-masing mula

    tertanya-tanya. Malah, ada pula suara-suara sumbang yang

    menyakitkan telinga yang mendengar.

    Apakah musibah yang melanda kali ini? Hati Datuk

    Noman berkocak deras. Mujur dia tidak menghidap penyakit

    jantung. Kalau tidak, sudah tentu dia rebah di tengah orang

    ramai yang ingin menyaksikan persandingan anak gadisnya.

    Reza, kenapa Zumera belum turun lagi? Ada yangtidak kena ke? Takkan mak andam tak siap solek lagi?

    Kebimbangan Mak Kasum memecah suasana. Dia

    khuatir melihat kegusaran di wajah Datuk Noman, apalagi

    para jemputan yang sudah mula terjenguk-jenguk.

    Entahlah, mak cik. Mungkin Zumera nakkan yang

    terbaik, tu disuruhnya mak andam solek betul-betul. Rezamemujuk diri, menyedapkan hati yang mula berkocak.

    Namun jika dikirkan semula takkanlah bersolek memakan

    masa sehingga tiga jam. Sepatutnya Zumera sudah turun

    untuk mendengar ijab dan kabul yang akan dilaazkan oleh

    bakal suaminya.

    Tapi takkan sampai tiga jam? Apa yang dibuat? Ini

    mesti ada yang tak kena ni. Mak Kasum mengerutkan wajah

    tuanya. Apa nak jadi anak dara sorang ni? Takkan dia nak

    main tarik tali lagi? duga hati Mak Kasum.

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    53/170

    Diana Derin

    53

    Reza merenung wajah sayu Datuk Noman. Kenapa

    dengan Zumera? Apa yang telah dilakukannya?

    Wajah Azril merona merah. Dia merasakan satu

    penghinaan telah tercalit di wajahnya. Satu per satu wajah

    tetamu yang hadir direnung.

    Akhirnya setelah tiada balasan daripada Zumera,

    Datuk Noman mengarahkan agar pintu bilik Zumera

    dipecahkan. Dan setelah pintu terkuak luas, ternyata tiada

    gadis bernama Zumera yang berpakaian pengantin di situ. Yang ada hanyalah sehelai kertas yang bisa meleburkan

    perasaan Datuk Noman.

    Azril bungkam. Orang yang dicintai hilang entah ke

    mana. Rasa malu tidak terhingga. Ikutkan hati mahu sahaja

    dia menjerit melepaskan apa yang terbuku di dada. Namun

    dia lelaki dan sewajarnya menjaga ego seorang lelaki. Diaharus menerima suratan takdir yang telah tertulis untuknya.

    Ini semua adalah percaturan hidup. Bukan dia memaksa dan

    bukan juga menginginkan segalanya berlaku.

    Dia melepaskan keluhan yang amat berat.

    Tumbukan perlahan dihadiahkan pada si permaidani.

    Sesungguhnya dia amat malu.

    Tiba-tiba Azril bagaikan mendapat kekuatan. Dia

    perlu menyelamatkan maruah diri. Pak cik, demi maruah

    saya, keluarga dan pak cik... saya mahu Reza menjadi

    pengganti Zumera....

    Seperti sebuah sandiwara yang sedang dipertonton,

    keluarga Azril mahupun Datuk Noman terpaku.

    Pak cik, izinkan saya berkahwin dengan Reza andaiianya boleh menutup aib. Saya sanggup, pak cik.

    Suara sayu Azril bagaikan duri yang menikam

    jantung Datuk Noman. Dia sesungguhnya amat marah,

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    54/170

    Sangkar Cinta

    54

    marah dengan perilaku Zumera yang begitu kurang ajar.

    Kerana sikap degil dan kebodohan Zumera, semua menjadi

    mangsa. Apa salah Azril dan kenapa semuanya menjadi begitu

    kalut?

    Jawapan yang ditagihkan oleh Azril bukanlah

    jawapan yang mudah untuk dilaazkan. Dia perlu mendapat

    persetujuan daripada Reza. Anak itu juga punya impian. Ah,

    bagaimana di dalam keadaan kalut begini Reza hendak

    memberikan keputusan yang melibatkan masa depannya?Datuk Noman bingung.

    Bagaimana pula dengan Azwan yang berada jauh di

    perantuan?

    REZA dihujani perasaan hiba. Berbelah bahagi hatinya tika

    itu. Air mata mula membasahi pipi gebunya. Dia harus

    membuat keputusan.

    Ah, Mera!!! Mera!!! Kenapa kau buat aku macam ni,

    Mera? Sampai hati kau! Aku tak pernah berdendam apatah

    lagi memusuhi kau. Kenapa Mera?

    Lambat-lambat dia mengangkat kepala. Wajah- wajah hiba yang pastinya menagih jawapan daripadanya

    dipandang satu per satu. Mak Kasum yang dianggap seperti

    ibu itu dipeluk erat.

    Mak Kasum tahu, di hati Reza hanya ada Azwan.

    Namun kini Reza terpaksa beralah. Beralah demi maruah

    Datuk Noman.

    Ayah, kalau pengorbanan Reza ni boleh selamatkan

    keadaan... Reza rela, ayah.

    Sebuah jawapan yang cukup meruntun hati Datuk

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    55/170

    Diana Derin

    55

    Noman. Diraih si anak lantas dipeluk erat. Nak, jangan

    kerana ayah kamu korbankan hati dan keinginan. Buat

    keputusan demi diri dan masa depanmu....

    Reza rela, ayah. Reza ikhlas, demi ayah. Ayah

    restuilah perkahwinan ini.

    Wajah tenang Reza meyakinkan Datuk Noman. Dia

    tiada pilihan. Akhirnya dia mengangguk dan merestui

    perkahwinan ini. Sesungguhnya dia amat terharu dengan

    pengorbanan Reza.

    Reza anak ayah.... Dia memeluk Reza dengan

    penuh kasih sayang.

    Reza, betul ke apa yang Reza buat ni? Mak cik.

    Antara percaya dengan tidak, Mak Kasum

    terpempan seketika. Sampai bila anak itu mahu kehidupannya

    diatur? Menyerah dan mengalah sahaja. Kalau Azrilmengahwininya hanya kerana mahu menutup mulut orang,

    Reza tidak akan bahagia. Apatah lagi lelaki itu tidak

    dicintainya.

    Mak cik janganlah risau. Insya-Allah Reza akan

    cuba hadapinya dengan tabah. Yang penting semuanya

    berjalan lancar dan ayah gembira, balas Reza dengan tenang,

    walaupun hatinya tergores dengan keputusan sendiri.

    Reza....

    Air mata Mak Kasum bagikan empangan yang

    pecah. Meluncur laju membasahi pipi. Dengan hati yang

    berat dia memimpin Reza untuk bersiap. Kalaulah semua

    anak gadis berhati seperti Reza....

    PALUAN kompang bergema setelah selesai majlis akad nikah.

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    56/170

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    57/170

    Diana Derin

    57

    SEGALANYA serba kekok. Kedua-

    duanya tidak mahu menerima

    kehadiran di antara satu sama

    lain. Azril dengan egonya. Manakala Reza pula masih dihujani

    dengan kekesalan yang tidak berpenghujung.

    Di malam pertama perkahwinan, Azril meluahkan

    apa yang terbuku di dada. Pemintaannya agar Reza menjadi

    galang ganti adalah untuk menutup aib semata. Dan di

    malam itu juga Azril telah melaazkan ikrar yang

    membuatkan Reza nanar sendirian.Aku berjanji takkan sentuh kau. Sebenarnya aku

    tak ada niat langsung nak menikahi kau. Aku terpaksa. Dan

    kau harus ingat, kau ni hanya alat untuk padamkan aib yang

    Zumera tinggalkan. Walaupun Zumera dah malukan aku, aku

    tetap cintakan dia. Dalam hati aku tak ada ruang kosong

    untuk kau. Jadi kau jangan nak berangan jadi isteri aku!

    Aku aham. Semua ni terjadi dengan terlalu

    pantas. Aku juga nak kau tahu bahawa aku ni pun tak terniat

    nak bersuamikan kau.

    bab 7

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    58/170

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    59/170

    Diana Derin

    59

    Ya Allah, Reza. Tak baik buat macam tu, Reza

    berdosa. Malaikat laknat seorang isteri yang membelakangi

    suami sehingga subuh. Kalau ayah Reza tahu, tentu dia

    sedih.

    Bahu Reza dibelai lembut. Dia aham benar akan

    sikap anak gadis arwah Salmiah itu. Terlalu banyak berkorban

    demi orang lain. Kali ini dia terpaksa mengalah angkara Si

    Zumera.

    Mak cik, nak buat macam mana lagi? Perkahwinanni macam mimpi. Dia pun tak dapat terima Reza sebagai

    isterinya.

    Bersungguh-sungguh Reza menjelaskan keadaan

    sebenar. Dia tidak kecewa dengan layanan dingin Azril

    terhadapnya. Bukan salah Azril dan bukan juga salahnya.

    Mak Kasum aham perasaan Reza. Anak itu tiba-tibadikahwinkan dengan seorang lelaki yang tidak dicintai dan

    pasti janggal rasanya. Apalagi segalanya berlaku dengan

    begitu pantas. Mak Kasum menggeleng.

    Mak cik rasa lebih baik kamu tidur sebilik, cadang

    Mak Kasum. Dia bimbang jika Datuk Noman dapat menghidu

    lakonan mereka. Pastinya Datuk Noman akan berasa kecewa,

    tertipu dengan lakonan anak menantu.

    Dalam diam Mak Kasum merancang sesuatu. Dia

    mahu merapatkan suami isteri itu. Baginya cinta itu boleh

    dipupuk selepas berkahwin. Seperti dirinya yang tidak pernah

    mengenali bakal suaminya dahulu. Malah perasaan kasih itu

    lebih hebat berbanding mereka yang berkahwin atas pilihan

    sendiri.Hah, tidur sebilik? Lagi tak boleh, mak cik.

    Cukuplah malam tu aja. Reza tak nak!

    Reza menggeleng kepala. Teringat malam pertama

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    60/170

    Sangkar Cinta

    60

    ketika dia dan Azril tidur sebilik. Ah, terlalu janggal rasanya.

    Semalaman dia dan Azril tidak tidur. Masing-masing melayani

    perasaan sendiri. Mahu sahaja dia lari dari rumah. Namun

    mengenangkan saudara-mara yang masih bertamu di rumah

    ayahnya, ditahan sahaja perasaan cuak tersebut.

    Kalau kamu tidur bilik berasingan dan Datuk dapat

    tahu, macam mana? Tentu Datuk kecil hati.

    Kata-kata Mak Kasum mengusik hati Reza.

    Mungkin sebulan dua ini mereka masih boleh berpura-pura.Tetapi takkan memakan bertahun pula? Apa pula tanggapan

    Datuk Noman? Ah, gila! Ini semua berlaku gara-gara

    Zumera.

    Tapi... seganlah, mak cik. Takkan Reza nak minta

    dia tidur kat bilik Reza pula, gumam Reza.

    Wajah Reza yang suram mengundang simpati. Hatikecil Mak Kasum tersentuh melihat riak wajah anak itu.

    Lantas dipeluknya Reza yang sudah dianggap seperti anak

    sendiri. Tak apa, mak cik akan tolong.

    Reza tersenyum.

    Mak Kasum menjeling sambil mengusik. Tahulah

    dia apa yang perlu dilakukannya nanti.

    Emmm... apa yang mak cik nak buat? duga Reza

    sambil merangkul pinggang Mak Kasum dengan penuh kasih

    sayang. Terpulanglah pada Mak Kasum yang hendak

    dilakukan. Asalkan baik dan tidak akan menimbulkan

    masalah.

    Mak Kasum tidak menjawab. Dia hanya tersenyum

    memanjang.

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    61/170

    Diana Derin

    61

    PAGI esoknya Reza dikejutkan dengan bunyi ketukan di

    pintu biliknya. Dia sudah mengagak pasti itu rancangan Mak

    Kasum.

    Reza, buka pintu ni cepat.... Suara Azril

    kedengaran perlahan.

    Reza sengaja membiarkan Azril mengetuk pintu

    biliknya. Tetapi lama-kelamaan bunyi ketukan yang bertalu

    dan semakin keras itu membingitkan telinganya. Akhirnya

    dia bangun membuka pintu dengan wajah selamba.

    Emmm... apa kes ni kacau orang pagi-pagi buta?

    Orang nak tidur tau tak! tukas Reza.

    Saya... saya nak tumpang bilik awak sekejap. Boleh

    tak?

    Kenapa pula dengan bilik awak?

    Reza menyoal kembali Azril sambil menatap wajah

    serius lelaki di hadapannya itu.

    Minta maa, bilik saya tu perlu dibersihkan sebab

    ada tikus mati dalam almari. Tempat tikus bersarang agaknya.

    Sementara Mak Kasum bersihkan bilik tu boleh saya tumpang

    bilik awak?

    Azril menelan liur, Reza di hadapannya bersikapacuh tak acuh. Geram sungguh hatinya. Ingat aku nak sangat

    sebilik dengan kau? Kalau bukan kerana tikus tu, tak ingin

    aku nak tumpang tidur kat bilik kau ni.

    Ah, lantaklah... yang penting ayah tak nampak.

    Sekadar menutup pandangan mata buat sementara ni

    bolehlah, hati Azril mendesis.

    Tanpa menunggu kebenaran Reza, dengan selamba

    Azril terus melangkah masuk ke dalam bilik Reza dengan

    kain bajunya.

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    62/170

    Sangkar Cinta

    62

    Reza terkedu melihat Azril mengangkut kain

    bajunya.

    Hai... kata tadi sementara aje. Ni apesal angkat

    semua kain baju sekali ni? Reza membentak.

    Hah, dah menumpang bilik orang pandai-

    pandailah mengemas dan jaga kebersihan. Nanti tikus tu

    bersarang kat sini pula, sambung Reza sambil menyindir

    Azril.

    Azril menyepi. Dia tidak mahu melayan Reza.

    Kecoh. Lebih baik buat tidak tahu sahaja.

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    63/170

    Diana Derin

    63

    MIMPI ngeri menemani

    kehidupan Reza dan Azril.

    Sudah enam bulan Reza dan

    Azril menjalani kehidupan berumah tangga. Namun hubungan

    suami isteri tidak pernah terjalin. Tidak ada kemesraan dan

    kasih sayang yang ditunjukkan. Masing-masing dengan dunia

    dan kehidupan sendiri. Reza dengan dirinya, Azril dengan

    kehidupannya. Namun tidak pula kekalutan itu ditunjukkan

    di hadapan Datuk Noman. Seperti sepasang suami isteri,

    mereka berlakon di hadapan Datuk Noman.

    Masing-masing masih dibayangi kenangan silam.

    Reza tidak pernah merelakan ianya terjadi, namun tidak pula

    menyesali keadaan. Biarlah... kata hatinya. Biarlah masa dan

    keadaan menentukan segalanya.

    Wajah Azwan masih setia membayangi dirinya.

    Hingga kini Azwan tidak mengetahui bahawa pujaan hatinya

    itu sudah menjadi isteri orang.

    Mendambakan sebuah rumah tangga yang bahagia

    adalah anganan kosong bagi Azril. Azril keliru. Kalaulah

    bab 8

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    64/170

    Sangkar Cinta

    64

    bukan Reza yang menjadi isterinya, sudah tentu dia akan

    melangkah keluar. Namun kerana janji dan wasiat arwah

    ayahnya, dia terpaksa menerima segala kepahitan itu.

    Walaupun sengsara menjalani kehidupan berumah tangga,

    Azril tetap meneruskan wasiat arwah ayahnya. Dia tahu

    bukan dia sahaja yang berperasaan begitu, malah Reza juga

    terluka dengan apa yang berlaku. Terlajak perahu boleh

    diundur, terlajak kata badan yang binasa. Hanya perpisahan

    sahaja yang boleh melenyapkan segala keresahan. Denganperpisahan dia bolehlah keadaan kembali seperti dahulu.

    Tetapi wajarkah penceraian itu berlaku? Dia dan

    Reza hanyalah mangsa keadaan. Segalanya tidak pernah

    diduga. Kalau dia selaku ketua rumah tangga boleh bersikap

    lepas tangan, untuk apa mempertahankan perhubungan ini?

    Dia boleh mencari kebebasan dari belenggu sebuah perjanjian

    atau mencari cinta lain.

    Sampai bila mereka harus bergelumang dengan

    perasaan dan mencipta dosa? Untuk apa menjadi suami isteri

    andai tidak pernah menjalani kehidupan berumah tangga?

    Azril cuba membuang jauh perasaan cintanya terhadap

    Zumera. Gadis itu ternyata telah mengkhianati diri dan

    cintanya. Untuk apa dia harus menyimpan kesetiaansedangkan dia telah dipermainkan hidup-hidup oleh

    perempuan itu. Kenapa dia tidak melihat keluhuran dan

    pengorbanan yang dilakukan oleh Reza? Di mana silapnya,

    dia sendiri pun tidak tahu.

    Azril serba salah. Dia menyedari betapa bodoh

    dirinya membiarkan masa berlalu begitu sahaja. Kenapa tidak

    digunakan masa itu untuk belajar mencintai dan menyayangiReza? Wanita yang sanggup menjadi lilin demi menyinari

    kehidupan orang lain. Kenapa dia tidak melihat kemuliaan

    Reza? Azril buntu sendiri.

  • 8/7/2019 SC bg kt P2U

    65/170

    Diana Derin

    65

    Mak cik... mak cik masak apa hari ni? Oh... sambal

    tumis udang campur petai. Eh, dah terl