sastera melayu sebagai pendidikan

14

Upload: ain-ainnia

Post on 13-Jul-2015

131 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sastera melayu sebagai pendidikan
Page 2: Sastera melayu sebagai pendidikan

Definisi Sastera

Istilah ‘Sastera’ ialah kata pinjaman bahasaSanskrit iaitu ‘Susastra’ yang membawamaksud yang luas yang meliputi semua hasilpenciptaan yang diungkapkan secara lisanmahu pun dizahirkan melalui penulisan. Kata dasar ‘su’ bererti indah, manakala ‘sastra’ membawa maksud huruf atau tulisan yang mengandungi pengajaran, arahan ataupetunjuk cara bagaimana sesuatu itu harusdilakukan.

Page 3: Sastera melayu sebagai pendidikan

DEFINISI PENDIDIKAN

Pendidikan adalah usaha sedar danterencana untuk mewujudkan suasanabelajar dan proses pembelajaran agar peserta didik secara aktif mengembangkanpotensi dirinya untuk memiliki kekuatanspiritual keagamaan, pengendalian diri, kepribadian, kecerdasan, akhlak mulia, sertaketerampilan yang diperlukan dirinya danmasyarakat.

Page 4: Sastera melayu sebagai pendidikan
Page 5: Sastera melayu sebagai pendidikan

PENGENALAN SASTERA

Sastera mempunyai keunikan nilai sastera, budaya danagama yang tinggi. Semangat dan nilai yang terdapatdalam sastera boleh menjadi pendorong yang kuatkepada pengamalnya untuk menggerakkanperkembangan ilmu pengetahuan. Bahasa Melayu, sastera dan budaya akan hidup bersama untukmembangunkan masyarakat.

Collins (1999) dan Awang Sariyan (2000) menjelaskanbahawa sastera Melayu pada abad ke-16 dan ke-17, telah mencapai taraf pendidikan dan sastera dalambahasa melayu juga mampu menarik perhatianpedagang dari luar. Oleh itu, bahasa dan sastera tidakboleh dipisahkan dalam dunia pendidikan.

Page 6: Sastera melayu sebagai pendidikan

Peranan Sastera

Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu telah

diperkenalkan sejak tahun 1957. Matlamatnya

untuk membolehkan pelajar atau rakyat Malaysia

khususnya menjiwai unsur dan nilai murni dari segi

kerohanian, kemanusiaan, kemasyarakatan,

kebudayaan, kewarganegaraan, menanam perasaan

bangga dan cinta akan tanah air dalam satu

wawasan budaya kebangsaan yang dihasratkan

tercapai. Dengan adanya pendidikan Kesusasteraan

Melayu dapat mencerminkan masyarakat kesenian

yang kreatif, mampu mengkaji keindahan karya

sastera dan menguasai kemahiran berbahasa

bahasa Melayu.

Page 7: Sastera melayu sebagai pendidikan

Peranan sastera terutamanya sastera Melayu dapat membinainsaniah dalam dunia pendidikan. Hal ini amat bertepatandengan konsep membina ‘modal insan’ yang melahirkanpemimpin yang bermoral, berjati diri dan mempunyai nilai-nilaikemanusiaan.

Pemimpin yang tidak berjiwa dan tidak berilmu, merupakanmanusia yang hilang pertimbangan ketika bertindak. Akibatdaripada itu, masalah rasuah, keruntuhan moral sehinggamembawa kepada kemusnahan alam dan manyusahkanmasyarakat. Justeru mengembalikan nilai sejagat yang bersifatkemanusiaan sebenarnya terkandung dalam sastera sebagaisuatu pendidikan.

Ilmu Pendidikan yang mantap diharap-harapkan olehpemimpin negara kita untuk menjana pemikiran rakyat. Kita tidak mahu melahirkan satu bangsa seperti robot yang tidakmempunyai nilai-nilai kemanusiaan ketika bertindak ataumengambil keputusan. Apa yang kita boleh lihat sekarang, ramai bijak pandai dalam bidang sains dan teknologi tetapisayang mereka gagal dalam usaha mengaitkan isu sasteradalam kehidupan sebagai pendidikan.jadi,kita perlu sedarsastera melayu itu sebagai pendidikan yang utuh yang memantapkan pengetahuan kemelayuan.

Page 8: Sastera melayu sebagai pendidikan

Di peringkat sekolah Kesusasteran Melayu memainkanperanan sebagi satu cabang ilmu dan senjata yang dapatmeresapi dan berkembang dalam pelbagai disiplin ilmusejajar dengan konsep bahasa merentas kurikulum. Sementara itu di peringkat pengajian tinggi pelajardidedahkan dengan teknik penulisan ilmiah, rencana danpenulisan kreatif dan pelajar juga diberikan pengetahuantentang dunia penerbitan dan penyiaran selaras denganmatlamat pembudayaan bahasa Melayu melalui sistempendidikan.

Sastera juga berperanan dalam usaha pengayaankhazanah ilmu dan persuratan bahasa Melayu wajardipertingkatkan kepada semua peringkat usiapembelajaran dan pengajarn. Dengan cara ini, proses pembentukan jati diri dan cinta akan khazanah negaradapat diatur, dilentur, dibentuk dengan sebaik-baikmungkin. Proses pengayaan ini merupakan proses yang berterusan dan menjadi agenda utama dasar pentadbirannegara.

Page 9: Sastera melayu sebagai pendidikan

Mutakhir ini, sistem pendidikan negara kita telahmenubuhkan institusi seni seperti Sekolah Seni dan tidakkurang juga menubuhkan fakulti seni

(seni persembahan mahupun seni visual yang lain).

Inilah yang dilakukan di Princeton, Amerika Syarikat, di Kansai, Jepun (1984), dan Helsinki, Finland (2002). Penubuhan sekolah seni (School of Art) ini denganmemiliki skim pendanaan lumayan, anggota kesarjanaandan penyelidikan yang sangat berwibawa serta coraktadbir urus yang luas dan yang bertatasusila telahmenyuburkan sastera kanak-kanak dan remaja padalandasan yang betul. Persoalannya, adakah hal ini berlakudi negara kita. Masyarakat Malaysia masih beranggapanbahawa sastera kanak-kanak dan remaja tidak akanmenjadi satu gagasan besar kerana dilihat tidak berdaya k-ekonomi. Di Barat atau Timur, sastera kanak-kanak danremaja dilihat berupaya menyebarkan ilmu pengetahuan, berfungsi untuk meneguhkan pandangan alam, menyepadukan tatanilai dan menyuburkan kepentingankebudayaan.

Page 10: Sastera melayu sebagai pendidikan

Untuk menjadikan sastera Melayu penting di sebuah negara yang terdiri daripada pelbagaikaum ini, sekolah-sekolah, IPT dan pusat-pusat ini perlulah menggunakan teks sasteradan bahasa kebangsaan mereka. Jika tekssastera dan bahasa lain digunakan, maka usahauntuk melahirkan bangsa berkedudukantinggi akan bertukar umbi hingga bolehmenggagalkan impian terhadap kewujudansebuah negara bangsa.

Page 11: Sastera melayu sebagai pendidikan

Pendidik perlulah bijak menerapkan unsur sastera dalam menyampaikanilmu pengetahuan danmenghadapinya dengan mengubah paradigmabahawa memberi pengiktirafan kepada sastera kanak-kanak dan remajaadalah usaha yang bermanfaat untuk seluruh manusia termasuk umatsesiapa sahaja.

Bagi mencapai kemajuan ekonomi dan teknologi, kesejahteraan peribadiserta kebahagian dasar memerlukan penyuburan budaya ilmu. Dalamkonteks ini, budaya ilmu yang wajib disuburkan itu ialah rasa kecintaankepada sastera termasuk perlu bermula daripada sastera kanak-kanak danremaja. Jika hal ini dapat mendasari pemikiran pelaksana dan penguasamaka impian untuk melahirkan manusia berpendidikan yang beradab danmemahami batas-batas kebenaran dapat dizahirkan.

Hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah generasi yang dilahirkan sebagailulusan pasca sastera kanak-kanak dan remaja akan dapat memainkanperanan penting dalam kemajuan, kesejahteraan dan kebahagiaan bangsadan negara. Di tangan merekalah kepimpinan negara dapat mengorak danmembentuk semua lapisan dalam bidang kehidupan bermasyarakat danbernegara.

Page 12: Sastera melayu sebagai pendidikan
Page 13: Sastera melayu sebagai pendidikan

Rumusan

Kesimpulannya, setiap pihak perlulah menyedari bahawatunjang utama bagi pendidikan ialah sastera melayu kanak-kanak dan remaja IPT yang mampu berperanan melahirkanmanusia berpendidikan, beradab tinggi dan kreatif. Sistempendidikan menengah hingga IPT kita juga harusberorientasikan falsafah ilmu dalam bidang sastera, tujuanserta kandungan pendidikan tinggi yang terpancar daripadapandangan alam, berkepentingan agama, kembali kepadasejarah bangsa serta mengakui keperluan semasa dan akandatang dalam sastera melayu sebagai pendidikan.

SASTERA MELAYU MENJAMIN PENDIDIKAN BERKUALITI.

Page 14: Sastera melayu sebagai pendidikan