sang kancil yang bijak

2
Selamat pagi guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita saya ialah “ Sang Kancil yang Bijak” Pada zaman dahulu, terdapat seekor kancil tinggal di dalam hutan. Sang Kancil terkenal kerana kebijaksanaannya. Sang Kancil juga disukai oleh rakan-rakannya. Pada suatu petang, ada seekor lembu sedang makan rumput di tebing sungai. Tiba-tiba, Si Lembu ternampak seekor buaya mengerang kesakitan kerana ditimpa kayu. Rayu Sang Buaya kepada Si Lembu, “Tolong lepaskan aku dengan kekuatanmu.” Mendengar pujian daripada Sang Buaya, Si Lembu pun mengangkat kayu itu. Tanpa berlengah, Sang Buaya terus menggigit kaki Si Lembu. Si Lembu meronta kesakitan. Si Lembu merayu, “Lepaskan aku, wahai Sang Buaya.” Dari jauh kelihatan Sang Kancil menuju ke arah Sang Buaya dan Si Lembu. Tanya Sang Kancil, “Kenapa ini, Si Lembu? Apa dah jadi?” “Lihatlah Sang Buaya yang tidak tahu mengenang budi. Sebentar tadi, aku baru melepaskannya daripada ditimpa kayu.” Mendengar penjelasan Si Lembu, Sang Kancil mendapat satu ilham. “Sang Buaya, boleh tak aku lihat bagaimana Si Lembu mengangkat kayu yang berat itu?” tanya Sang Kancil.

Upload: siok-kheng-ling

Post on 19-Oct-2015

377 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Selamat pagi guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita saya ialah Sang Kancil yang BijakPada zaman dahulu, terdapat seekor kancil tinggal di dalam hutan. Sang Kancil terkenal kerana kebijaksanaannya. Sang Kancil juga disukai oleh rakan-rakannya.Pada suatu petang, ada seekor lembu sedang makan rumput di tebing sungai. Tiba-tiba, Si Lembu ternampak seekor buaya mengerang kesakitan kerana ditimpa kayu. Rayu Sang Buaya kepada Si Lembu, Tolong lepaskan aku dengan kekuatanmu.Mendengar pujian daripada Sang Buaya, Si Lembu pun mengangkat kayu itu. Tanpa berlengah, Sang Buaya terus menggigit kaki Si Lembu. Si Lembu meronta kesakitan.Si Lembu merayu, Lepaskan aku, wahai Sang Buaya.Dari jauh kelihatan Sang Kancil menuju ke arah Sang Buaya dan Si Lembu. Tanya Sang Kancil, Kenapa ini, Si Lembu? Apa dah jadi?Lihatlah Sang Buaya yang tidak tahu mengenang budi. Sebentar tadi, aku baru melepaskannya daripada ditimpa kayu.Mendengar penjelasan Si Lembu, Sang Kancil mendapat satu ilham.Sang Buaya, boleh tak aku lihat bagaimana Si Lembu mengangkat kayu yang berat itu? tanya Sang Kancil.Tanpa berfikir, Sang Buaya membuka mulutnya untuk berkata-kata. Si Lembu terus melompat dan menyelamatkan dirinya. Betapa hampanya Sang Buaya atas kebodohannya.Rakan-rakan sekalian,Kita patutlah mengenang jasa orang yang menolong kita, jangan seperti kacang melupakan kulitnya.Sekian, terima kasih.