sajian ramadan bersama chef wan

Upload: wanz-pretty

Post on 11-Jul-2015

127 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SAJIAN RAMADHAN BERSAMA CHEF WAN

EPISOD HOST/CHEF NAMA RESEPI

: : :

1 (A) CHEF WAN TAJINE BEBOLA IKAN ALA MAGHRIBI

Bahan bahan :Untuk Bebola Ikan :500 gram 4 camca besar 1 biji Secubit 3 camca besar Isi Ikan Serbuk Roti Telur (Dipukul) Serbuk Buah Pala Daun Ketumbar( dicincang) Serbuk lada sulah Garam dan gula secukup rasa

Untuk Sos Tomato :2 biji 2 biji 3 camca besar 1 camca teh Bawang Putih (Dicincang) Tomato (Dibuang kulit dan dicincang) Puri Tomato Serbuk Cili Cayenne.

Cara cara membuatnya :1. 2. 3. 4. 5. 6. Untuk membuat sos, tumis bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan tomato, puri tomato, gula, garam dan serbuk cili cayenne. Masukkan air dan biarkan mendidih dengan api kecil. Untuk bebola ikan, campurkan semua bahan dan kacau sebati. Gunakan tangan untuk membuat bentuk bebola. Masukkan bebola ikan kedalam sos tomato dan biarkan ia mereneh dengan api perlahan selama 20 minit.

EPISOD CHEF JEMPUTAN NAMA RESEPI

: : :

1 (B) CHEF WAN AYAM THAI ISTIMEWA

Bahan bahan :700 gram 6 camca besar 2 camca besar Isi ayam (Dihiris) Minyak masak Bawang Putih (Dicincang)

Bahan A :2 biji 4 biji 10 batang 5 batang 1 biji 200 gram Bawang Besar (Dipotong berbaji) Cili Merah (Dihiris) Putik Jagung (Dihiris) Saderi (Dihiris) Lobak Merah Kacang Sepat

Bahan B :250 mililiter 3 camca teh camca teh 2 camca teh 200 mililiter Sos Cili Thai Serbuk Pati Ikan Bilis Serbuk Lada Sulah Tepung Jagung Air (dicampur dengan tepung jagung) Garam secukup rasa

Cara cara membuatnya :1. 2. 3. 4. 5. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih sehingga wangi. Masukkan ayam dan tunggu sehingga ayam itu masak. Masukkan bahan A dan goreng sebentar. Kemudian masukkan bahan B. Masak sehingga pekat. Angkat dan hidangkan.

EPISOD HOST/CHEF NAMA RESEPI

: : :

2 (A) CHEF WAN TABBOULEH ( SALAD BURGHUL BERSAMA DAUN PARSLI DAN PUDINA)

Bahan bahan :125 gram 2 biji 75 mililiter 300 gram 75 gram 6 helai 3 biji Gandum Burghul Buah Lemon (Diambil jusnya) Minyak Zaitun Daun Parsli (Daunnya sahaja) Daun Pudina Daun Bawang Tomato (Dipotong dadu) Daun Salad Garam dan Gula secukup rasa Sedikit Lada Sulah

Cara cara membuatnya :1. 2. 3. 4. Hiris halus daun parsli, daun pudina dan daun bawang. Gandum burghul direndam sehingga kembang dan toskan airnya. Didalam mangkuk yang besar, campurkan semua bahan Pesuaikan perasa dengan citarasa anda.

EPISOD CHEF JEMPUTAN NAMA RESEPI

: : :

2 (B) CHEF CELINE SAMBAL UDANG CILI HIJAU

Bahan bahan :500 gram 10 tangkai 500 gram 250 mililiter 250 mililiter 2 camca teh Udang (bersaiz sederhana) Cili Hijau Kelapa Parut Santan Susu Segar Pati Ikan Bilis Minyak Masak Garam dan Gula secukup rasa

Bahan A :10 biji 5 biji 2 batang 1 camca teh Bawang Merah Bawang Putih Serai Serbuk Belacan

Cara cara membuatnya :1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Hiris cili hijau dan rendamkan di dalam air. Kisar bahan A dan tumiskan sehingga naik bau Masukkan separuh santan dan biar sehingga ianya mendidih. Masukkan udang dan tunggu sehingga ianya masak. Masukkan pati ikan bilis, garam dan gula. Masukkan susu dan biarkan sehingga mendidih. Masukkan baki santan dan kelapa parut. Kemudian masukkan cili hijau dan kacau rata. Hidangkan bersama nasi panas.

EPISOD HOST/CHEF NAMA RESEPI

: : :

3 (A) CHEF WAN IMAM BAYILDI

Bahan bahan :6 biji 10 biji 5 biji 100 mililiter 1 biji 12 biji Seikat 200 mililiter Secubit Terung Bawang Besar (Dihiris) Bawang Putih (Dicincang) Minyak Zaitun Lada Benggala Tomato (Dibuang kulit dan dicincang) Daun Parsli Jus Tomato Serbuk Lada Sulah Garam dan gula secukup rasa

Cara cara membuatnya :1. 2. 3. 4. 5. 6. Terung di belah 2 dan digoreng sehingga separa masak ataupun lembut. Panaskan periuk dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga lembut. Kemudian masukkan lada benggala, tomato dan letakkan perasa. Masak sehingga kering . Masukkan daun parsli. Kacau rata. Buatkan lubang ditengah terung tadi dan sumbatkan dengan bahan yang telah ditumis. Masukkan jus tomato dan lebihan bahan yang ditumis kedalam periuk. Susunkan terung tadi dan curahkan jus tomato. Masak selama 30 minit atau sehingga kuah menjadi pekat dengan api perlahan.

EPISOD CHEF JEMPUTAN NAMA RESEPI

: : :

3 (B) CHEF SABRI UDANG TIGA RASA

Bahan bahan :600 gram 2 biji 1 biji 1 biji 1 biji 4 ulas 2 cm 1 camca besar 1 camca besar 3 camca besar 2 camca besar 2 helai 1 helai 4 camca besar 6 sudu besar 125ml Udang Harimau (Dibersihkan) Bawang Besar (Dipotong dadu) Lada Benggala Merah (Dipotong dadu) Lada Benggala Hijau (Dipotong dadu) Lada Benggala Kuning (Dipotong dadu) Bawang Putih (Dicincang) Halia (Dihiris) Cili Boh Pes Tomyam Sos Tiram Sos Ikan Thai Daun Limau Purut (Dimayang) Daun Kunyit (Dimayang) Sos Tomato Sos Cili Air Garam dan Gula secukup rasa.

Cara cara membuatnya :1. 2. 3. 4. 5. 6. Panaskan minyak,masukkan bawang putih,halia, kacau sehingga naik bau. Masukkan cili boh, pes tomyam, sos tiram dan sedikit air. Kacau rata Masukkan bawang besar, udang, daun limau, daun kunyit dan kacau hingga udang bertukar warna merah. Masukkan sos ikan, lada benggala, dan masak lagi sehingga lada sedikit lembut. Akhir sekali masukkan air limau, garam dan gula secukup rasa. Hiaskan dengan daun ketumbar dan hidangkan.

EPISOD HOST/CHEF NAMA RESEPI

: : :

4 (A) CHEF WAN HARIRA (SUP RAMADAN MAGHRIBI)

Bahan bahan :250 gram 250 gram 2 biji 10 biji 6 batang camca teh camca teh 2 camca besar 125 gram 50 gram Seikat Seikat 2 camca besar 3 liter Daging Kambing (Dipotong kiub) Kacang Kuda Bawang Besar (Dicincang) Tomato (Dikupas kulit dan di cincang) Daun Saderi Koma Koma Serbuk Halia Puri Tomato Mihun Tepung Daun Parsli Daun Ketumbar Serbuk Paprika Air Garam dan gula secukup rasa

Cara cara membuatnya :1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Rebuskan daging dengan 3 liter air sehingga mendidih. Keluarkan air rebusan. Masukkan pula kacang kuda, bawang besar, dan tomato. Kemudian masukkan daun saderi, lada sulah, koma koma, dan serbuk halia. Renehkan selama sejam sehingga daging lembut. Masukkan garam, mihun, dan puri tomato. Masukkan balik air rebusan tadi. Pekatkan dengan tepung. Sebelum hidang taburkan daun ketumbar dan daun parsli.

EPISOD CHEF JEMPUTAN NAMA RESEPI Bahan bahan :5 keping 2 biji 2 biji 5 biji 5 biji 250 gram 200 mililiter

: : :

4 (B) CHEF ZAIDAH ACAR SOTONG KERING

Sotong Kering (Drendam semalaman) Lobak Merah (Dihiris memanjang) Timun (Dihiris memanjang) Cili Merah Cili Hijau Kerisik Cuka Garam dan Gula secukup rasa Minyak untuk menumis

Bahan A :1 camca teh 1 camca teh 2 camca besar 8 tangkai 10 biji 2 cm 1 camca teh Bahan B :3 kuntum 1 batang 4 biji Bunga Lawang Kulit Kayu Manis Buah Pelaga. Jintan Manis Jintan Putih Ketumbar Cili Kering Bawang Merah Halia Serbuk Kunyit

Cara cara membuatnya :1. 2. 3. 4. 5. 6. Sotong yang telah direndam di potong kecil. Kisarkan bahan A sehingga menjadi pes Panaskan minyak dan tumis sehingga naik bau. Masukkan bahan B, kerisik, sotong dan garam. Tuangkan sedikit air dan biarkan sehingga mendidih, kemudian masukkan cuka. Akhir sekali masukkan cili, timun dan lobak merah. Kacau sehingga rata.

EPISOD HOST/CHEF NAMA RESEPI

: : :

5 (A) CHEF WAN KOUS KOUS DENGAN TUJUH SAYURAN

Bahan bahan :1.5 kilogram 250 gram 2 biji 4 biji camca teh 2 camca teh 2 camca teh 1 camca teh 2 camca teh Daging (Bahagian bertulang) Kacang Kuda Bawang Besar (Dihiris nipis) Bawang Putih (Dicincang) Koma Koma Serbuk Kayu Manis Serbuk Paprika Serbuk Cili Cayenne Serbuk Halia Garam secukup rasa

Sayuran :500 gram 1 biji 6 biji 2 biji 500 gram 2 biji 500 gram 250 gram 500 gram 4 biji Seikat Seikat Lobak Merah Kobis (Saiz sederhana) Artichoke Terung Ubi Kentang Lada Benggala Kacang Fava (Kacang Parang) Kismis Hitam Labu (Dipotong 5cm) Tomato Daun Parsli Daun Ketumbar

Kous kous :1 kilogram 1.5 liter 4 camca besar Kous Kous Air Minyak Zaitun

Cara cara membuatnya :1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Rebuskan daging dengan air sehingga mendidih. Keluarkan air rebusan. Masukkan bawang besar, bawang besar, dan kacang kuda. Masak selama sejam Kemudian masukkan lobak merah, kobis, artichoke, terung, dan kentang. Masak selama 20 minit. Masukkan kismis dan kacang fava, masak lagi selama 10 minit. Masukkan labu dan tomato. Selepas 5 minit masukkan daun pasli dan daun ketumbar. Untuk kous kous. Di dalam mangkuk besar masukkan air dan biarkan ia rendam selama 10 minit. Selepas 10 minit kous kous itu akan menyerap air Kukuskan kous kous itu selama 15 minit. Sebelum diangkat masukkan sedikit minyak zaitun. Hidangkan bersama sayuran tadi.

EPISOD CHEF JEMPUTAN NAMA RESEPI

: : :

5 (B) CHEF ZAM ITIK MASAK KOLA DENGAN ASAM KELUBI

BAHAN BAHAN

Bahan Untuk Perapan :1 ekor 5 biji 6 camca besar Itik (Dibersihkan dan Dilap kering) Asam Kelubi Kicap Pekat Hitam

Bahan A :15 biji 15 tangkai 2 cm 2 camca besar Bawang Merah Cili Kering Lengkuas Serbuk Ketumbar

Bahan B :2 keping 750 mililiter 500 mililiter Asam Keping Air Bekarbonat Berperisa Kola Air Garam secukup rasa

Cara cara membuatnya :1. 2. 3. 4. 5. Lumurkan itik dengan campuran asam kelubi dan kicap pekat hitam. Perapkan selama 2 jam. Panaskan minyak masak, kisarkan bahan A dan tumis sehingga naik bau. Masukkan Bahan B serta itik yang diperapkan tadi Tutupkan periuk dan reneh dengan api yang kecil sehingga kuah pekat dan itik empuk. Potong dan hidangkan bersama nasi.

EPISOD HOST/CHEF NAMA RESEPI

: : :

6 (A) CHEF WAN KAMBING TAJINE DENGAN BUAH PRUN

Bahan bahan :1 kilogram 2 camca teh camca teh 2 biji 1 biji 500 gm 4 camca besar 2 camca besar Seikat Daging kambing (Bahagian Bertulang) Serbuk Lada Hitam Koma-Koma Bawang Putih (Dicincang) Bawang Besar (Dicincang) Buah Prun Madu Jus Oren Daun Parsli (Dicincang)

Cara cara membuatnya :1. 2. 3. 4. 5. Di dalam periuk masukkan daging kambing,koma- koma, serbuk halia, bawang putih dan bawang besar serta serbuk lada hitam. Masak selama satu jam sehingga daging empuk. Kemudian masukkan buah prun dan serbuk kayu manis. Masak lagi selama 15 minit Kemudian masukkan madu, dan jus oren. Masak sehingga kuah pekat. Hidangkan panas.

EPISOD CHEF JEMPUTAN NAMA RESEPI

: : :

6 (B) CHEF RIZ MEE UDANG GALAH DENGAN SOS KANTONIS

Bahan bahan :400 gram 4 ekor 2 cm 4 helai 4 helai 6 biji 100 gram 1 batang 50 gram 6 batang 50 gram Yee Mee (Dicelur) Udang Galah (Dibersih dan dibelah dua) Halia Muda Daun Bawang (Bahagian putih dihiris) Daun Bawang (Bahagian hijau dihiris) Bawang Putih (Dicincang halus) Daun kobis cina (Dicelur sebentar) Lobak Merah (Dipotong bentuk bunga) Kacang Sepat Putik Jagung Cendawan Tiram Minyak untuk menumis

Bahan untuk kuah :2 liter 2 camca besar 2 camca besar 1 camca teh 1 camca teh 4 biji 4 camca besar 8 camca besar Air rebusan udang atau air biasa Sos Tiram Kicap Cair Serbuk Lada Putih Serbuk Pati Ayam Telur Tepung Jagung Air Garam dan Gula secukup rasa

Cara cara membuatnya :1. 2. 3. 4. 5. 6. Sediakan sebuah periuk berisi air garam untuk mencelur. Celur yee mee selama satu minit. Alihkan ke dalam pinggan hiding. Panaskan minyak dan goreng udang galah sehingga bertukar kemerahan. Ketepikan. Tumis halia dan bawang putih sehingga naik bau,kemudian masukkan semua sayur dan biarkan masak seketika. Tuangkan air rebusan udang dan biar ia reneh sebentar sebelum masukkan bahan-bahan perasa. Sesuaikan rasa mengikut citarasa, dan masukkan tepung jagung untuk pekatkan kuah. Pecahkan telur dan kacau seketika sebelum hidang.

EPISOD HOST/CHEF NAMA RESEPI

: : :

7 (A) CHEF WAN BOREK (PAI PEDAS)

Bahan bahan :-

250 gram 200 mililiter

Pastri Filo Mentega Cair

Inti Keju :350 gram Secubit Secubit Seikat Seikat Keju Feta Serbuk Lada Sulah Serbuk Buah Pala Daun Parsli (Dincincang) Daun Ketumbar (Dicincang)

Inti Daging :250gram 1 biji 1 biji 1 biji Seikat Seikat Daging Kisar Bawang Besar (Dicincang) Tomato (Dikupas kulit dan dicincang) Telur Daun Parsli (Dicincang) Daun Ketumbar (Dicincang) Garam dan gula secukup rasa

Cara cara membuatnya :1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Panaskan ketuhar pada suhu 180c Untuk inti keju adunkan semua bahan sehingga sebati Untuk inti daging, tumis bawang besar sehingga lembut, Masukkan tomato. Masak hingga kering dan sejukkan Apabila adunan sejuk, campurkan dengan telur, hirisan daun ketumbar dan daun parsli. Untuk membungkus, gunakan pastry filo. Sapukan dengan mentega cair dan letakkan inti. Pastikan mentega disapu untuk mendapatkan pastry yang rapuh dah sedap.

EPISOD CHEF JEMPUTAN NAMA RESEPI

: : :

7 (B) CHEF CELINE KAMBING GULA MELAKA

Bahan bahan :500 gram 100 gram 50 gram 3 camca besar 3 camca besar Daging Kambing (Bahagian bahu) Gula Melaka Kelapa Parut (Digoreng) Air Limau Minyak Masak

Bahan A :15 biji 3 biji 2 batang 2 camca besar Bawang Merah Bawang Putih Serai Serbuk Kari Daging Garam Secukup Rasa

Cara cara membuatnya :1. 2. 3. 4. Kisar Bahan A dan perap dengan daging kambing selama 2 jam. Panaskan minyak masak dan goreng daging tadi sehingga masak. Perlahankan api kemudian masukkan kelapa parut dan gula melaka. Masukkan air limau dan hidangkan dengan nasi.

EPISOD HOST/CHEF NAMA RESEPI

: : :

8 (A) CHEF WAN LAHMACUN (PIZZA DAGING ALA TURKI)

Bahan bahan :Doh Pizza 500 gram 250 mililiter 15 gram 4 camca besar Untuk Inti 500 gram 15 biji 750 gram 4 camca besar Secubit 50 gram Seikat Bawang Besar (Dihiris) Tomato (Dibuang kulit dan dicincang) Daging Kambing (Dikisar) Puri Tomato Serbuk Cili Cayenne Kacang Pine Daun Parsli Tepung Gandum Air Suam Yis Kering Minyak Zaitun

Cara cara membuatnya :1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Larutkan yis ke dalam air suam dengan sedikit gula. Campurkan semua adunan doh kedalam mesin adunan. Biarkan ia naik. Untuk inti pula, tumis bawang sehingga naik bau, kemudian masukkan daging. Masak sehingga kering, kemudian masukkan semua bahan kecuali kacang pine. Uli doh sehingga menjadi bentuk ameba(empat segi memanjang) Letakkan inti di atas dan taburkan sedikit kacang pine. Bakar dalam ketuhar selama 20 minit pada suhu 180c

EPISOD CHEF JEMPUTAN NAMA RESEPI

: : :

8 (B) CHEF FLORENCE KERABU MANGGA NYONYA

Bahan bahan :200 gm 400 gm 600 gm 70 gm 1 kuntum 2 biji 4 helai Mangga muda (Dihiris halus) Bawang merah (Dihiris) Timun (Dihiris tanpa empulur) Udang Kering (Ditumbuk halus) Bunga Kantan Cili Merah Daun Limau Purut.

Bahan A :4 camca besar 4 camca besar 4 sudu besar 6 sudu besar Sos Cili Sos Tomato Sos Plum Jus Limau Kasturi Garam dan Gula secukup rasa Minyak masak untuk menggoreng

Cara cara membuatnya :1. 2. 3. 4. Hiriskan semua bahan-bahan untuk kerabu Campurkan bahan A dengan bawang merah Masukkan semua bahan bahan lain. Kacau sehingga sebati. Hidangkan.

EPISOD HOST/CHEF NAMA RESEPI

: : :

9 (A) CHEF WAN LADA BENGGALA DAGING ALA IRAN

Bahan bahan :3 biji 3 camca besar 2 biji 300 gram 1 camca teh 1 camca teh 1 camca teh 2 helai 3 camca besar 10 helai Seikat 250 gram Lada Benggala Merah Minyak Zaitun Bawang Besar (Dicincang) Daging Kambing (Dicincang) Serbuk Kunyit Daun Selasih (Dicincang) Daun Dill (Dicincang) Daun Bay Puri Tomato Daun Bawang (Dicincang) Daun Ketumbar (Dicincang) Nasi Garam dan gula secukup rasa

Untuk Sos Tomato :5 camca besar 5 camca besar 250 mililiter 60 mililiter 2 camca besar Sos Tomato Sos Cili Air Minyak Zaitun Cuka Epal

Cara cara membuatnya :1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging kambing, serbuk kunyit, daun selasih, dill dan daun bay. Masak selama 10 minit. Masukkan puri tomato, daun bawang, daun ketumbar dan beras. Letakkan garam dan lada sulah secukup rasa. Masukkan inti kedalam lada benggala yang dipotong atasnya. Untuk sos tomato, masukkan semua bahan dan biarkan mendidih sebentar. Masukkan lada benggala yang disumbat tadi kedalam sos tomato. Kecilkan api dan tutup periuk. Masak selama 30 minit atau sehingga kuah menjadi pekat.

EPISOD CHEF JEMPUTAN NAMA RESEPI

: : :

9 (B) CHEF SABRI AYAM GORENG MADRAS

Bahan bahan :1 kilogram 3 liter Kepak Ayam Minyak Masak (Untuk menggoreng) Garam dan gula secukup rasa

Bahan A :250 gram 1 camca besar 2 camca besar 2 camca besar 3 camca besar 10 biji 2 cm 4 biji 125 mililiter 3 camca besar 125 mililiter 125 mililiter Perencah Tepung Serbaguna Serbuk Kari Daging Serbuk Jintan Manis Serbuk Jintan Putih Jintan Manis Bawang Besar (Dicincang halus) Halia (Dicincang halus) Bawang Putih (Dicincang halus) Sos Tiram Air Limau Nipis Air Minyak Masak

Cara cara membuatnya :1. 2. 3. 4. 5. Satukan bahan A didalam mangkuk sehingga likat. Masukkkan ayam, gula dan garam secukup rasa Perap selama 30minit hingga sejam. Panaskan minyak dan goreng ayam tadi sehingga garing. Hidangkan dengan sos kesukaan anda.

EPISOD HOST/CHEF NAMA RESEPI

: : :

10 (A) CHEF WAN BERGEDIL IKAN BEREMPAH

Bahan bahan :500 gram 4 camca besar 1 biji Secubit 3 camca besar 2 biji 1 camca teh Isi Ikan Serbuk Roti Telur (Dipukul) Serbuk Lada Sulah Daun Parsli (Dicincang) Bawang Putih (Dicincang) Serbuk Jintan Manis Minyak untuk menggoreng

Cara cara membuatnya :1. 2. 3. 4. Campurkan semua adunan untuk bergedil kecuali telur. Bentuk kan seperti bergedil Celupkan dengan telur dan goreng dengan minyak yang separa menutupi bergedil Itu. Masak sehingga kuning keemasan.

EPISOD HOST/CHEF NAMA RESEPI

: : :

10 (B) CHEF WAN SUP KHOUSHARI (SUP KACANG DHAL. MAKARONI & NASI)

Bahan bahan :125 ml Secukup Rasa Secukup Rasa 2.5 liter Bahan A :2 batang 1 batang 1 biji 4 ulas Bahan B :125gram 375gram 1 ikat 1 ikat 2 helai 250 gram 250 gram 200 gram Beras (Dibasuh & Ditoskan) Puri Tomato Daun Parsli Daun Ketumbar (Segar) Daun Bay Makaroni Kacang Dhal (Direbus sehingga lembut) Buah Tin/ Buah Fig Seleri (Dihiris) Lobak Merah (Dihiris) Bawang Besar (Dicincang) Bawang Putih (Dicincang halus) Minyak Zaitun Garam Serbuk Lada Sulah Stok Ayam

Cara cara membuatnya :1. 2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bahan A sehingga lembut. Kemudian masukkan stok ayam. Masukkan bahan B dan masak sehingga pekat. Tambahkan garam dan lada sulah secukup rasa dan hidangkan.

EPISOD CHEF JEMPUTAN NAMA RESEPI

: : :

10 (C) CHEF LIZA PARU GORENG SERAI BERJINTAN

Bahan bahan :500 gram 500 gram 5 batang 1 biji 1 camca besar 4 camca besar Paru (Direbus) Hati lembu (Direbus) Serai Bawang Besar Jintan Manis Air Asam Jawa

Bahan A 1 camca besar 2 camca besar 1 camca besar Bahan B 6 biji 4 biji 4 biji 3 cm Cili Merah Bawang Merah Bawang Putih Halia Garam Air Asam Jawa Serbuk Kunyit

Cara cara membuatnya :1. 2. 3. 4. 5. 6. Paru dan Hati tadi dihiris nipis dan di rebus, selepas itu gaulkan ia dengan Bahan A. Gorengkan hati dan paru dalam minyak yang banyak. Tos dan ketepikan. Kisar kasar Bahan B. Tumiskan serai dan jintan manis. Apabila agak layu angkat dan letakkan bersama paru dan hati tadi. Tumiskan bahan B sehingga garing, masukkan garam, gula merah dan air asam jawa. Masukkan paru dan hati dan kacau sehingga sebati Angkat dan hidangkan.

EPISOD HOST/CHEF NAMA RESEPI

: : :

11 (A) CHEF WAN AYAM DENGAN TOMATO DAN MADU (DJEJ MATISHA MESLA)

Bahan bahan :1 ekor 1 biji 1 biji 2 camca teh camca teh Secubit Secubit 15 biji 2 camca besar Ayam Bawang Besar (Dicincang) Bawang Putih (Dicincang) Serbuk Kayu Manis Serbuk Halia Koma Koma Garam Tomato (Dibuang kulit dan potong dadu) Madu

Cara cara membuatnya :1. 2. 3. Masukkan ayam, bawang besar, bawang putih, rempah, dan tomato. Biarkan ia mereneh selama sejam sehingga ayam itu empuk. Keluarkan ayam itu dan masukkan madu. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.

EPISOD CHEF JEMPUTAN NAMA RESEPI

: : :

11 (B) CHEF ZAIDAH KAMBING ZIKOMA

Bahan bahan :600 gram 30 gram 125 gram 50 gram 700 gram Daging Kambing Serbuk Badam Puri Tomato Serbuk Daun Ketumbar Mentega Garam dan Gula secukup rasa Minyak untuk memasak

Bahan A :3 biji 1 biji 6 tangkai 7 biji 1 camca teh Bawang Putih Bawang Besar Cili Kering Buah Pelaga Jintan Manis

Cara cara membuatnya :1. 2. 3. 4. 5. Kisar bahan A dan perapkan daging kambing dengan sedikit serbuk badam. Panaskan mentega dan minyak. Masukkan daging yang diperap dan masak sehingga empuk, kemudian masukkan bahan A dan masak sehingga naik bau. Masukkan puri tomato dan baki serbuk badam dan daun ketumbar. Masak sehingga kuah pekat.

EPISOD HOST/CHEF NAMA RESEPI

: : :

12 (A) CHEF WAN FALAFEL

Bahan bahan :500 gram 2 camca teh Secubit 1 camca teh 10 biji 1 biji Seikat Seikat daun 6 helai Kacang Fava (Kacang Parang) Jintan Manis Serbuk Cili Cayenne Baking Soda Bawang Putih Bawang Besar (Dicincang) Daun Parsli Daun Ketumbar Daun Bawang

Cara cara membuatnya :1. 2. 3. 4. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar kasar semua bahan tersebut. Keluarkan dan bentukkan dengan sudu. Rehatkan adunan tadi selama sejam di dalam peti sejuk supaya tidak pecah semasa menggoreng. Goreng dengan minyak yang banyak sehingga kuning keemasan.

EPISOD CHEF JEMPUTAN NAMA RESEPI

: : :

12 (B) CHEF RIZ TAUHU ROJAK DWI GAYA (TAUHU BAKAR IPOH & TOFU TELOR PASSEMBOR)

TAUHU BAKAR IPOH Bahan bahan :4 keping 2 camca besar biji biji 250 gram 4 camca besar 2 camca besar 2 camca besar 2 camca besar 125 mililiter 2 camca besar Tauhu Minyak Masak Timun (Dibuang kulit dan dihiris halus) Lobak Merah (Dihiris halus) Tauge Kacang Tanah (Dikisar) Bijan Sambal Belacan Petis Udang Air Asam Jawa Gula Melaka Garam secukup rasa

TOFU TELUR PASEMBOR Bahan bahan :2 biji 125 gram 150 gram biji 100 gram 2 biji 10 biji 3 biji 3 camca besar 125 mililiter 100 gram Tofu Telur Jepun Tepung Jagung Kentang (Digoreng) Timun (Dibuang kulit dan dihiris halus) Sengkuang Telur (Direbus) Bawang Merah (Dicincang) Bawang Putih (Dicincang) Udang Kering (Ditumbuk lumat) Air Cili Boh

100 mililiter 4 camca besar 200 gram 50 gram 1 tangkai 1 tangkai

Air Asam Jawa Gula Melaka Keledek (dilecek) Kacang Tanah (dikisar) Cili Merah Cili Hijau Minyak untuk menggoreng Garam secukup rasa

Cara cara membuatnya :1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Campurkan sambal belacan, asam jawa, petis udang, gula melaka serta kacang tanah kedalam sebuah mangkuk. Kacau rata supaya sebati. Kemudian campurkan timun, lobak merah dan tauge ke dalam kuah rojak. Sapukan tauhu dengan sedikit minyak, bakar sehingga kekuningan. Belah 2 tauhu tadi dan letakkan sayuran di permukaan tauhu . Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering hingga naik bau, kemudian masukkan cili boh dah masak lagi hingga pecah minyak. Kemudian masukkan keledek lecek, air asam jawa, kacang tanah dan gula melaka. Masak hingga kuah pekat. Goreng tofu jepun yang telah disadur dengan tepung jagung hingga kekuningan. Tuangkan kuah pasembor ke atas tofu jepun tadi dan hidangkan.

EPISOD HOST/CHEF NAMA RESEPI

: : :

13 (A) CHEF WAN LEKACH CAKE MADU

Bahan bahan :2 biji 200 gm 125 ml 250 gm 125 ml 2 camca teh 1 camca teh camca teh 1 biji 300 gm 50 gm 40 gm telur gula minyak sayuran madu perasa kopi baking soda serbuk kayu manis serbuk cengkih buah oren( diambil kulitnya) tepung serbaguna kacang walnut (dicincang) kismis

Cara cara membuatnya :1. 2. 3. 4. 5. 6. Pukul telur dengan gula sehingga kembang Kemudian masukkan minyak, madu dan perasa kopi Campurkan baking soda, serbuk kayu manis, serbuk cengkih, kulit limau dan tepung. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung kedalam bancuhan telur tadi. Akhir sekali masukkan kacang walnut dan kismis. Masukkan adunan tadi di dalam bekas dan baker didalam ketuhar selama sejam pada suhu 180c.

EPISOD CHEF JEMPUTAN NAMA RESEPI

: : :

13 (B) CHEF FLORENCE STEW AYAM CENDERAWASIH

Bahan bahan :1 ekor 5 biji 2 biji 50 gram 1 tin Ayam (Dibersihkan dan dipotong 10) Terung Kecil (Dipotong 4) Tomato Hijau Serbuk Daun Ketumbar Susu Sejat Garam dan Gula secukup rasa Minyak Masak (untuk menumis)

Bahan A :1 helai 2 helai ikat 4 helai 5 tangkai 7 biji 10 biji 2 cm 2 cm 3 batang 5 biji 125 gram 2 biji Daun Kunyit Daun Pandan Daun Kesum Daun Kaduk Daun Selasih Cili Hijau Cili Padi Hijau Halia Lengkuas Serai Bawang Putih Badam Hancur Buah Keras

Bahan B :2 batang 5 biji 5 kuntum 3 kuntum 1 kuntum Kulit kayu Manis Buah Pelaga Bunga Cengkih Bunga Lawang Bunga Kantan

Cara cara membuatnya :1. 2. 3. 4. 5. Kisar semua Bahan A dan perapkan pada ayam selama 30 minit. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga naik bau. Masukkan ayam dan bahan perapan, renihkan selama 10 minit. Masukkan terung kecil dan masak sehingga ayam empuk. Hiaskan dengan hirisan tomato hijau dan daun ketumbar