saintis masuk islam
TRANSCRIPT
-
7/30/2019 Saintis Masuk ISlam
1/8
Saintis masuk ISlam
"Ketinggian ilmu Al-Quran jelas melangkaui zaman. Di saat segelintir umat Islam mula menolak
sebahagian kecil kandungan Al-Quran, anehnya, dunia Barat mula memberi perhatian yang serius
terhadap Al-Quran. Amatlah menyedihkan apabila Islam dipandang sebagai agama yang kolot oleh
pengikutnya, sedangkan dunia sains barat sendiri mengakui ketinggian ilmu-ilmu Islam.
Meskipun ramai dikalangan umat Islam memandang sinis pandangan saintis moden ini, namun, kita
harus menjadikannya sebagai suatu medan dakwah yang berkesan kepada masyarakat berfikiran
saintifik yang wujud pada hari ini. Islam adalah agama yang universal yang memenuhi kehendak
pelbagai lapisan masyarakat.
1. Keith L Moore
Sejak hampir 3 tahun, saya sudah bekerja bersama Jawatankuasa Embriologi King Abdulaziz
University di Jeddah, Arab Saudi, menolong Jawatankuasa itu memahami banyak penyataan yang
terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah yang berkaitan dengan pembiakan manusia dan pembentukan
bayi di dalam kandungan. Pada awal-awal lagi, adalah amat menakjubkan saya akan ketepatan
penyataan yang direkodkan pada kurun ke 7 Masihi , iaitu sebelum Sains Embriologi mula
dibangunkan. Meskipun saya mengetahui akan kegemilangan Saintis Muslim pada kurun ke 10
Masihi, dan sebahagian daripada mereka menyumbang kepada kemajuan ilmu perubatan, saya tidak
tahu langsung akan kenyataan agama dan kepercaaan (berkaitan saitifik) yang terkandung di dalam
Al-Quran dan Sunnah.
Pada satu persidangan di Kaherah, semasa membentangkan satu kertas kerja,
Adalah menjadi satu penghormatan buat saya untuk membantu memahami penyataan yang
terkandung di dalam Al-Quran berkenaan dengan perkembangan (pembiakan) manusia. Adalah jelas
bagi saya bahawa kesemua penyataan ini mesti datang kepada Muhamad daripada Tuhan, atau Allah,
kerana hamper kesemua ilmu pengetahuan tersebut tidak ditemui sehinggalah beberapa kurun
kemudian. Ini membuktikan kepada saya bahawa Muhamad sudah semestinya adalah seorang pesuruhTuhan atau Allah.
Profesor Moore juga pernah berkata,
Disebabkan proses perkembangan embrio manusia adalah kompleks, merangkumi proses perubahan
yang berterusan sepenjang perkembangannya, seolah-olah dapat membentuk suatu sistem baru
klasifikasi yang dapat digunakan daripada fasa-fasa yang dinyatakan didalam Al-Quran dan Sunnah.
Sistem yang dinyatakan Al-Quran itu lebih mudah, konprehensif dan bersesuaian dengan ilmu
embriologi semasa.
-
7/30/2019 Saintis Masuk ISlam
2/8
Kajian penyelidikan intensif Al-Quran dan Sunnah selama 4 tahun kebelakangan ini telah
mendedahkan suatu sistem klasifikasi embrio manusia yang menakjubkan memandangkan ia
direkodkan pada kurun ke 7 Masihi, penjelasan Al-Quran itu tidak mungkin berdasarkan tahap
pengetahuan saintifik kurun ke 7 Masihi:
Keith L Moore adalah seorang Profesor Emeritus, Jabatan Anatomi dan Sel Biologi, Universiti
Toronto. Merupakan seorang Pakar Embriologi terkenal dan merupakan penulis beberapa buah buku
teks perubatan, termasuklah Clinically Oriented Anatomy (3rd Edition) dan The Developing Human
(5th Edition, with T.V.N. Persaud).
Dr Moore juga merupakan bekas President Pertubuhan Anatomist Kanada (Canadian Association of
Anatomists) dan Persatuan Anatomist Klinikal Amerika (American Association of Clinical
Anatomists). Beliau dianugerahkan oleh Pertubuhan Anatomist Kanada dengan anugerah berprestijJ.C.B. Grant Award dan pada tahun 1984, beliau menerima anugerah Keahlian Terhormat daripada
Persatuan Anatomist Klinikal Amerika Honoured Member Award of the American Association of
Clinical Anatomists) bagi kerja-kerja cemerlangnya dalam bidang anatomi klinikal.
2. E. Marshall Johnson
secara ringkasnya, Al-Quran bukan sahaja menjelaskan perkembangan (luaran) fizikal manusia,
tetapi turut menjelaskan proses perkembangan (dalaman) manusia, perkembangan pada peringkat
embrio, bagaimana ia dicipta dan pembesarannya, dengan menekankan fasa-fasa kejadian yang
diiktiraf oleh sains moden hari ini.
Sebagai saintis, saya cuma boleh memahami akan perkara yang secara spesifiknya saya boleh lihat.
Saya boleh memahami embriologi dan perkembangan biologi. Saya boleh memahami maksud yang
diterjemahkan kepada saya daripada Al-Quran. Dengan mengambil contoh yang saya berikan sebelum
ini, sekiranya saya bayangkan bahawa saya berada pada era tersebut (semasa Al-Quran diturunkan
kepada Muhamad), meskipun saya merupakan seorang pakar perubatan pada masa itu, saya tidak
mungkin dapat menerangkan apa yang diterangkan oleh ayat itu (ilmu itu tidak mungkin berasal
daripada manusia pada zaman itu).
Saya melihat tiada sebarang bukti yang mampu menyokong pendapat bahawa insan ini iaitu
Muhamad mereka-reka maklumat ini daripada seseorang atau sesuatu tempat, jadi saya lihat tiada
satupun disini yang berlawanan dengan konsep kesucian ilmu (daripada Tuhan) sekiranya ia mampu
ditulis (direka) oleh Muhamad
E. Marshall Johnson merupakan seorang Profesor dan Pengerusi Jabatan Anatomi dan Perkembangan
Biologi, dan merupakan Pengarah Institut Daniel Baugh, Thomas Jefferson University, Philadelphia,
Pennsylvania, Amerika Syarikat. Beliau merupakan penulis lebih 200 buah penerbitan, bekas
-
7/30/2019 Saintis Masuk ISlam
3/8
President Teratology Society disamping tokoh-tokoh lain yang terkenal. Profesor Johnson mula
berminat dengan petunjuk saintifik daripada Al-Quran pada Persidangan Perubatan Saudi ke-7,
apabila suatu jawatankuasa khas dibentuk untuk menjalankan penyelidikan mengenai petunjuk
petunjuk saintifik Al-Quran dan Sunnah. Pada mulanya, Profesor Johnson enggan menerima sebarang
kewujudan petunjuk sedemikian di dalam Al-Quran dan Sunnah. Namun, selepas mengadakan
perbincangan dengan Seikh Zindani, beliau mula berminat dengan petunjuk-petunjuk saintifik
berkenaan dan menumpukan kajiannya didalam perkembangan internal dan external fetus.
3. T.V.N. Persaud
Bagi saya, Muhamad nampak seperti seorang manusia biasa, dia tidak boleh membaca, dia tidak
boleh menulis, malah, diajuga seorang yang buta huruf
Kita sedang bercakap mengenai 1400 tahun yang lalu, dan kamu mempunyai seorang yang buta
huruf menyatakan sesuatu yang amat menakjubkan iaitu bertepatan dengan hokum saintifik
Saya secara peribadi, tidak nampak bahawa semua ini adalah kebetulan, kerana terlalu banyak fakta
yang amat tepat dan seperti Dr Moore, saya tidak mempunyai masalah untuk menyatakan bahawa
semua ini berinspirasikan daripada sesuatu yang suci yang membolehkan dia menyatakan kesemua
pernyataan ini.
T.V.N Persaud adalah seorang Professor Anatomi dan Professor Paediatics dan Kesihatan Kanak-
Kanak, University of Manitoba, Winnipeg, Manitoba, Kanada. Beliau juga merupakan seorang
penulis buku yang menulis lebih 20 buah penerbitan dan telah menerbitkan lebih 181 buah penerbitan
saintifik. Penulis bersama The Developing Human (5th Edition, with Keith L. Moore). Beliau
menerima anugerah J.C.B. Grant Award pada 1991. Profesor Peraud juga pernah membentangkan
beberapa kertas kerja penyelidikannya.
4 Joe Leigh Simpson
..hadis-hadis ini tidak mungkin diperolehi daripada ilmu pengetahuan saintifik yang wujud pada
masa ia dicatatkan. Ia bukan sahaja menyatakan bahawa tiada sebarang konflik diantara genetik dan
agama (Islam), malah agamalah (Islam) yang mungkin menjadi garis panduan sains (hari ini) melalui
pendedahan-pendedahan oleh kaedah-kaedah asas saintifikWujud pernyataan-pernyataan di dalam
Al-Quran yang dibuktikan pada kurun-kurun kemudiannya sebagai sah menunjukkan ilmu
pengetahuan didalam Al-Quran sebenarnya datang daripada Tuhan.
-
7/30/2019 Saintis Masuk ISlam
4/8
John Leigh Simpson merupakan seorang Professor dan Pengerusi Jabatan Obstetrics dan
Gynaecology, Baylor College of Medicine, Houston, Texas, Amerika Syarikat. Beliau adalah
President American Fertility Society dan pernah menerima pelbagai anugerah, termasuklah
Association of Professors of Obstetrics and Gynaecology Public Recognition Award pada 1992.
Seperti kebanyakan yang lain, Professor Simpson amat kagum apabila mengetahui bahawa Al-Quran
dan Hadis mengandungi ayat-ayat yang berkaitan dengan kepakarannya. Ketika bertemu Syeikh
Abdul-Majeed A Zindani, beliau mendesaknya untuk mengesahkan teks yang ditunjukkan kepadanya
adalah berasal daripada Al-Quran dan Hadis.
5. Gerald C. Goeringer
didalam beberapa ayat (Al-Quran) ini terkandung penerangan komprehensif berkenaan dengan
proses pembentukan manusia bermula daripada percampuran gamet (sel suami dan sel isteri) melaluiorganogenesis (pembentukan sel asas yang baru). Tiada suatu yang jelas dan rekod yang lengkap
mengenai proses pembentukan bayi manusia merangkumi klasifikasi, terminology dan penerangan
berkaitan yang wujud sebelumnya. Malah, jika tidak kesemua kejadian pun, penerangan ini
sebenarnya melangkaui beberapa kurun iaitu keterangan peringkat pembentukan embrionik dan
pembentukan bayi dalam ilmu pengetahuan saintifik (ketika mula ditemui).
Gerald C. Goeringer adalah Professor dan Ko-ordinator Perubatan Embriologi di Jabatan Sel Biologi,
Fakulti Perubatan, Georgetown University, Washington DC, Amerika Syarikat. Syeikh Abdul Majeed
A. Zindani telah bertemu dengan Professor Goeringer dan bertanya samada terdapat dalam sejarah
awal bidang embriologi sebarang teks yang menerangkan dengan lengkap peringkat-peringkat embrio,
ataupun sebarang teks yang berkaitan dengan bidang embrionik pada masa Nabi Muhammad s.a.w.
Syeikh Zindani juga turut bertanyakan pendapatnya mengenai kalimah-kalimah yang terdapat didalam
Al-Quran yang menerangkan fasa-fasa yang berlainan proses pembentukan bayi manusia. Selepas
perbincangan yang panjang, beliau membentangkan kajiannya pada Persidangan Perubatan Saudi ke
8.
6. Alfred Kroner
Apabila memikirkan daripada mana Muhammad datang, saya fikir adalah mustahil untuk beliau
dapat mengetahui pelbagai perkara (hukum sains) seperti pembentukan alam semesta, kerana para
saintis cuma dapat mengetahuinya dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini dengan penuh
kerumitan, itupun dengan penggunaan kaedah teknologi termaju dalam konteks ini (pembentukan
alam semesta).
Seseorang yang tidak mengetahui sesuatu mengenai nuklear fizik pada 1400 tahun yang lalu, saya
fikir tidak sesekali mungkin dapat mengatakan sesuatu daripada pemikirannya bahawa bumi dan
langit berasal daripada penciptaan yang sama, dan pelbagai lagi persoalan yang kita bincangkandisini.
-
7/30/2019 Saintis Masuk ISlam
5/8
Sekiranya kamu gabungkan kesemua ini dan kamu gabungkan kesemua pernyataan yang dinyatakan
Al-Quran dalam konteks yang berkaitan dengan bumi dan pembentukan bumi dan sains secara
keseluruhannya, kamu boleh nyatakan secara umumnya bahawa pernyataan tersebut dalam pelbagai
sudut adalah benar, dan ia dapat disahkan sekarang dengan menggunakan kaedah saintifik, dan secaraumumnya, dapat kamu katakan bahawa Al-Quran adalah sebuah buku sains ringkas untuk manusia
biasa. Dan pelbagai pernyataan yang terkandung didalamnya semasa ia di sampaikan Muhamad tidak
mungkin dapat dibuktikan pada masa itu, tetapi kaedah saintifik moden kini mampu membuktikan apa
yang dikatakan Muhamad 1400 tahun yang lalu.
Alfred Kroner adalah seorang Professor di Jabatan Geosains, University of Mainz, Jerman. Beliau
adalah salah seorang daripada saintis geologist terkemuka dunia, mula dikenali apabila mengkritik
teori-teori saintis utama yang lain dalam bidang geosains.
7. Yushidi Kusan
Bagi saya, saya amat mengkagumi penemuan sebenar astronomi yang terkandung dalam Al-Quran,
dan bagi ahli astronomi moden seperti kami, cuma mengkaji sebahagian kecil daripada alam semseta.
Kami menumpukan keseluruhan usaha kami bagi memahami sebahagian kecil sahaja (daripada alam
semesta), kerana dengan menggunakan teleskop, kami cuma mampu melihat sebahagian kecil sahaja
daripada langit tanpa memikirkan keseluruhan alam semesta. Jadi dengan membaca Al-Quran, dan
menjawab persoalan-persoalan itu, saya fikir saya dapat menemui cara baru untuk menyiasat alam
semesta.
Yushidi Kusan adalah Pengarah Balai Cerap Tokyo, Jepun. Syeikh Abdul Majeed A.Zindai
membentangkan sebahagian ayat Al-Quran yang menerangkan permulaan alam semesta dan ruang
angkasa, dan hubungan diantara langit dan bumi. Beliau menyatakan kekagumannya, dengan
menyatakan Al-Quran menerangkan alam semesta seolah-olah keseluruhan alam semesta ini dilihat
daripada suatu puncak yang amat tinggi, kesemuanya jelas dan tersusun.
8 Professor Armstrong
Professor Armstrong ditanya beberapa soalan berkenaan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan
kepakarannya. Akhirnya beliau ditanya, kamu telah melihat dan menemui penemuan sebenar hukum
tabie astronomi moden menggunakan peralatan moden, roket dan satelit yang dicipta manusia. Kamu
juga telah melihat fakta yang sama yang dinyatakan Al-Quran pada 1400 tahun yang lalu. Jadi apakah
pendapat kamu?
Itu adalah persoalan yang sukar yang telah saya fikirkan semenjak perbincangan kita. Saya amat
kagum bagaimana tulisan yang begitu kuno(lama) ini nampaknya sepadan dengan ilmu astronomi
-
7/30/2019 Saintis Masuk ISlam
6/8
moden dan semasa. Saya bukanlah seorang ahli dalam sejarah peradaban manusia dan saya
mempercayai keadaan yang telah didedahkan pada 1400 tahun yang lalu.
Semestinya, saya lebih suka membiarkan ia sebegitu, yang kelihatan mengkagumkan, mungkin ada
atau mungkin tiada penjelasan saintifik mengenai hal itu, mungkin ia adalah sesuatu diluar kefahaman
kita sebagai manusia apabila memikirkan tulisan yang kita lihat itu (Al-Quran).
Professor Armstrong berkhidmat dengan NASA dan merupakan seorang Professor Astronomi di
Universiti of Kansas, Texas, Amerika Syarikat.
9. William Hay
Professor Hay adalah Professor Oceanografi, University of Colorado, Amerika Syarikat. Beliau
adalah salah seorang saintis terbaik di Amerika Syarikat. Syeikh Abdul Majeed A Zindani yang
bertemu dengannya dan bertanyakan pelbagai soalan mengenai permukaan laut, pembahagian diantara
bahagian atas dan bawah lautan, dan mengenai dasar lautan dan geologi marin.
Saya mendapati bahawa ia amatlah menakjubkan yang pengetahuan ini terdapat di dalam skrip lama
Kitab Suci Al-Quran, dan saya sendiri tidak tahu dari mana ia mungkin dating. Tetapi saya fikir,
adalah amat mengkagumkan bahawa yang penrnyataan itu sememangnya terdapat dalam Al-Quran,
dan kerja ini akan diteruskan untuk mengetahui rahsia pernyataan yang terdapat dalam Al-Quran itu.
Apabila ditanya mengenai sumber asal Al-Quran, dia menjawab, Jadi, saya fikir ia mungkin datang
daripada sesuatu yang suci dan hebat.
10. Durja Rao
Beliau adalah seorang Professor Geologi Marin di Universiti Raja Abdulaziz, Arab Saudi. Syeikh
Zindani membentangkan kepadanya beberapa ayat yang berkaitan dengan kepakarannya dan Durja
Rao ditanya, Bagaimanakah kamu melihat maklumat saintifik yang dinatakan di dalam Al -Quran?
Bagaimana mungkin Nabi Muhammad dapat mengetahui fakta-fakta ini 1400 tahun yang lalu?
Adalah sukar untuk membayangkan bahawa pengetahuan sebegini wujud pada masa itu, iaitu pada
1400 tahun yang lalu. Mungkin sebahagian daripadanya adalah idea ringkas, tetapi untuk
menerangkannya secara amat terperinci adalah suatu perkara yang sukar. Jadi, ini bukanlah
pengetahuan biasa manusia. Manusia biasa tidak mungkin dapat menerangkan fenomena ini secara
terperinci. Jadi, saya rasa, maklumat ini semestinya datang daripada sesuatu yang ghaib.
11. Professor Siaveda
-
7/30/2019 Saintis Masuk ISlam
7/8
-
7/30/2019 Saintis Masuk ISlam
8/8
(Surah an-Nisa:82)
Di dalam sebuah hadis, diterangkan bahawa mukjizat Rasul yang terakhir ini akan memberikan sinar
keimanan kepada hati yang mahu mengakuinya sebagaimana yang dialami oleh saintis perubatan
daripada Thailand di atas. Mukjizat ini cuma boleh di rasai bagi orang yang benar-benar mengerti.
Sabda Rasulullah s.a.w
Tiada seorang nabi kecuali diberi mukjizat yang dapat membuat manusia beriman kepadanya. Tetapi
apa yang diberikan kepadaku adalah wahyu yang datangnya daripada Allah. Kerana itu, aku berharap
semoga kiranya aku menjadi nabi yang paling banyak pengikutnya.
Hadis diatas jelas menunjukkan kepada kita bahawa Nabi Muhammad diberikan mukjizat yang jelasberbeza daripada Rasul-Rasul sebelumnya, iaitu sebuah kitab yang berisikan ilmu pengetahuan. Al-
Quran sebenarnya bukanlah sebuah kitab sains, tetapi mukjizat yang dinyatakannya adalah untuk
membuktikan bahawa Al-Quran adalah benar-benar daripada Allah sebagaimana firman Allah dalam
surah An-Nisa ayat 82 di atas. Rasulullah s.a.w mengetahui bahawa, meskipun hayatnya pendek,
namun, Al-Quran akan terus ditatap dan dibaca oleh sesiapa sahaja hingga ke akhir zaman, dan
tempoh masa yang panjang ini menjanjikan jutaan manusia untuk membacanya, bersesuaian dengan
harapan Rasulullah s.a.w. untuk menjadi Nabi yang mempunyai ramai pengikutnya.
Oleh: [email protected]