sains teknologi dan kejuruteraan dalam islam

35
AA203 – Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM HASIL PEMBELAJARAN KURSUS [CLO1] Menjelaskan Konsep Sains Teknologi dan Kejuruteraan dari Perspektif Islam TOPIK 1.0 : SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM 1.0 Pendahuluan Sains dan teknologi kejuruteraan tidak dapat dipisahkan dengan bidang ilmu dalam Islam. Dalam bidang sains, sains adalah satu usaha manusia untuk menghuraikan sesuatu dengan tepat dan secara kuantitatif mengenai alam tabi’i dan perjalanannya melalui pengamatan, hipotesis dan eksperimen yang benar. Antara konsep dalam sains adalah hukum, sebab dan akibat. Dalam hal ini, sains dan Islam sama-sama berpegang kepada prisnsip bahawa alam ini adalah bersifat konseptual iaitu sesuatu yang boleh difahami dan dimengertikan. Bidang sains sendiri belum menemui kebenaran yang sejati dan hakiki. Tradisi Islam adalah untuk melahirkan para sainstis berteknologi muslim yang beriman dan berahklak dan Islam menolak kemajuan teknologi tanpa akhlak dan sains yang menolak spiritual. Sains dalam pandangan Barat beranggapan sumber wahyu tidak diperlukan berasaskan kepada prinsip logos dan mitos. Logos adalah satu penemuan yang paling ampuh hasil dari eksperimen manakala mitos pula umpama khayalan yang tidak wujud dan tidak dapat dibuktikan secara tepat dan konkrit. Jawatankuasa Pembangunan Kurikulum | Jabatan Pengajian Politeknik, KPTM

Upload: abbas-rozimin

Post on 17-Jan-2016

90 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

e Notes AA203SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

TRANSCRIPT

Page 1: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

AA203 – Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAMHASIL PEMBELAJARAN KURSUS [CLO1]

Menjelaskan Konsep Sains Teknologi dan Kejuruteraandari Perspektif Islam

TOPIK 1.0 : SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

1.0 Pendahuluan

Sains dan teknologi kejuruteraan tidak dapat dipisahkan dengan bidang ilmu dalam

Islam. Dalam bidang sains, sains adalah satu usaha manusia untuk menghuraikan sesuatu

dengan tepat dan secara kuantitatif mengenai alam tabi’i dan perjalanannya melalui

pengamatan, hipotesis dan eksperimen yang benar. Antara konsep dalam sains adalah hukum,

sebab dan akibat. Dalam hal ini, sains dan Islam sama-sama berpegang kepada prisnsip

bahawa alam ini adalah bersifat konseptual iaitu sesuatu yang boleh difahami dan

dimengertikan.

Bidang sains sendiri belum menemui kebenaran yang sejati dan hakiki. Tradisi Islam

adalah untuk melahirkan para sainstis berteknologi muslim yang beriman dan berahklak dan

Islam menolak kemajuan teknologi tanpa akhlak dan sains yang menolak spiritual. Sains dalam

pandangan Barat beranggapan sumber wahyu tidak diperlukan berasaskan kepada prinsip

logos dan mitos. Logos adalah satu penemuan yang paling ampuh hasil dari eksperimen

manakala mitos pula umpama khayalan yang tidak wujud dan tidak dapat dibuktikan secara

tepat dan konkrit.

|

Page 2: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

AA203 – Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

1.1 Memahami Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Menurut Islam

1.1.1 Menyatakan maksud sains teknologi dan kejuruteraan daripada aspek

bahasa dan keilmuan Islam. [ILO]

Definisi Sains dari Aspek Bahasa dan Istilah

1. Daripada perkataan Inggeris iaitu science. Juga berasal daripada perkataan scio, scire atau scientia (dari bahasa Latin) yang bermaksud pengetahuan.

2. Sains mengikut Encarta Encyclopedia ialah, “Systematized knowledge in any field, but applied usually to the organization of objectively verifiable sense experience.”

3. Sains dalam skop yang luas bermaksud ilmu-ilmu yang diperoleh secara sistematik berdasarkan pengalaman deria yang dapat dibuktikan secara objektif.

4. Boleh didefinisikan sebagai satu ilmu yang dihasilkan melalui proses cerapan (iaitu analisis dengan menggunakan panca indera) serta fahaman yang lahir daripadanya.

5. Sains adalah satu huraian secara sistematik tentang fenomena tabi’i atau alam semula jadi yang melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah yang dapat diukur (kuantitatif).

6. Sains adalah satu huraian secara sistematik tentang fenomena tabi’i atau alam semula jadi yang melibatkan penggunaan intelek di samping kaedah yang dapat diukur (kuantitatif).

7. Kajian yang rasional dan emprikal yang mana tiada kaitan dengan wahyu, intuisi, emosi dan perkara-perkara agama. Sains terbahagi kepada tiga bahagian iaitu :-

7.1 Sains Tulen atau Sains Tabi’i7.2 Sains Gunaan (Teknologi dan Kejuruteraan)7.3 Sains Sosial (Tabiat Manusia)

|

Page 3: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

AA203 – Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

Definisi Sains dari Aspek Keilmuan Islam

SAINS DARI ASPEK KELIMUAN ISLAM

1. Sains Islam berasaskan wahyu dan akal. Menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan tertinggi kerana wahyu datang daripada kuasa tanpa batas sedangkan akal adalah satu perkara yang terbatas.

2. Sains dalam Islam adalah sains yang berkonsepkan tauhid yang mana ianya tunduk kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah melalui rasul-Nya.

3. Ia adalah satu maklumat atau fakta yang didapati menerusi penyelidikan dan penemuan yang mengunakan kaedah-kaedah tertentu tidak bercanggah dengan syarak untuk mencari fakta atau bukti bagi menjelaskan sesuatu kebenaran.

4. Dikaitkan dengan cabang ilmu pengetahuan yang sistematik, yang bertolak dari sesuatu sebab dan akibat yang boleh diuji dan dikaji kebenarannya.

5. Menggabungkan unsur metafizik (ketuhanan) dan fizik, ilmu aqli dan naqli, ilmu intelek dan ilmu wahyu.

6. Sains Islam berasaskan nilai, neutral dan objektif.

7. Sains dalam Islam merangkumi 3 kategori utama iaitu:-

i. Definisi Teknologi dari Aspek Bahasa :

TEKNOLOGI DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH

8. Perkataan technology berasal dari perkataan Greek (technología), dari perkataan Yunani (téchnē), yang bermaksud seni, kemahiran, rekaan. (Hairudin Harun, 2007 :

|

Melibatkan kemahiran seperti membaca, menulis, ilmu pengetahuan, timbangan, pertanian, biografi dan sejarah.

Sains Propaedeutik

Sains ini adalah satu bidang yang yang sama dengan ilmu agama pada hari ini.Bidang yang termasuk adalah ilmu tajwid, hadith, syariah, tafsir, dan lain-lain.

Sains Syariah

Merangkumi 4 bahagian utama.Merangkumi bidang matematik propaedeutik, logik, sains tabi’ie dan matematik tabi’ie.

Sains Falsafah

Page 4: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

AA203 – Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

2)

9. Teknologi adalah satu sains gunaan di mana ilmu sains itu digunakan bagi mencapai matlamat atau tujuan yang praktikal.

10. Secara etimologinya, teknologi berasal dari dua kata bahasa Yunani iaitu ‘techne’ dan ‘logos’.

‘Techne’ adalah seni (art), kerja tangan atau keterampilan. Tekno bermaksud kemahiran teknik atau hasil kerja. Logos bermaksud wacana atau kata-kata sistematis.

Teknologi boleh merujuk kepada pertama; penggunaan kaedah-kaedah dan teknik-teknik pembuatan barang atau perkhidmatan yang dihasilkan melalui rekaan sains untuk menyelesaikan masalah. Kedua; teknik-teknik yang meliputi kaedah, bahan-bahan, peralatan dan proses-proses untuk menyelesaikan masalah. Ketiga; penggunaan sumber-sumber seperti pengetahuan, kemahiran, proses, teknik, peralatan dan bahan untuk menyelesaikan masalah.

Ini bermakna teknologi adalah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memberi manfaat dan penyelesaian terhadap sesuatu masalah yang dihadapi oleh dalam kehidupan seharian.

Dari istilah; teknologi adalah ilmu pengetahuan dan tindakan yang bersistem dan biasanya dikaitkan dengan proses industri.

Kesimpulannya, ialah ilmu yang berbentuk praktikal atau teknikal yang membolehkan manusi membuat sesuatu perubahan yang bemanafaat ke atas alam tabi’i.

Robert E. McGinn membahagikan teknologi kepada empat maksud iaitu :-

a. Teknologi sebagai teknik-teknik Teknologi selalunya dirujuk sebagai produk-produk material buatan

manusia atau segala rekaannya.

b. Teknologi sebagai satu teknologi

c. Teknologi sebagai satu bentuk aktiviti kebudayaan manusia.

d. Teknologi sebagai satu perusahaan kemasyarakatan yang menyeluruh.

ii. Definisi Teknologi dari Aspek Keilmuan Islam :

TEKNOLOGI DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM

Teknologi dalam Islam satu cabang ilmu praktikal untuk mencapai tujuan praktikal sebenar, bertunjangkan tauhid kepada Allah, seimbang antara satu sama lain, terlaksana mengikut system etika Islam yang mengutamakan keadilan dan dipertanggungjawabkan kepada manusia sebagai khalifah Allah untuk menggunakan alam tabi’i dengan baik.

|

Page 5: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

AA203 – Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

(Wan Ramli Wan Daud, 1991)

11. Dalam sejarah sains Islam, istilah yang bertepatan dengan teknologi ialah istilah

.sina’ah’ yang bermaksud ilmu gunaan‘ صناعة

12. Pengetahuan yang berhubung dengan teknik menggunakan pengetahuan sains.

13. Bertujuan memberi kemudahan dan kemakmuran kepada manusia.

Teknologi dalam Islam adalah berbentuk teknologi yang memberi manfaat iaitu tanpa unsur kerosakan dan tidak terkeluar daripada etika serta prinsip-prinsip dasar Islam.

Teknologi satu pengetahuan kemahiran yang memberikan fokus kepada cara menggunakan ciptaan sains untuk membantu kehidupan manusia mengabdikan diri kepada Allah swt.

Ia merujuk kepada dua kemahiran iaitu : Kemahiran dalam bidang pembuatan atau pengeluaran. Kemahiran dalam bidang arkitek dan kejuruteraan.

iii. Definisi Kejuruteraan dari Aspek Bahasa :

KEJURUTERAAN DARI ASPEK BAHASA DAN ISTILAH

14. Kejuruteraan termasuk dalam bidang sains gunaan (applied science) yang berkaitan dengan teori asas dengan mereka bentuk sesuatu hasil keperluan dan kegunaan yang boleh memberi khidmat kepada manusia.

15. Kejuruteraan juga bermaksud proses mereka bentuk teknologi dengan kaedah yang paling efisyen.

iv. Definisi Kejuruteraan dari Aspek Keilmuan Islam :

KEJURUTERAAN DARI ASPEK KEILMUAN ISLAM

16. Kejuruteraan adalah satu disiplin ilmu yang berkaitan dengan kepandaian untuk menggunakan teknologi secara efisyen bagi tujuan kebaikan manusia.

17. Kejuruteraan dalam Islam digunakan untuk membantu manusia dalam memenuhi tugas khalifah secara lebih berkesan.

|

Page 6: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

AA203 – Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

CIRI-CIRI SAINS ISLAM

Ciri-ciri Huraian

Ciri Keagamaan

1. Menerima wahyu sebagai sumber ilmu. Kajian sains dalam Islam bersumberkan wahyu dan

akal. Merujuk kepada ayat al-Quran dan As-Sunnah sebagai

satu sumber untuk menrangkan tentang alam tabi’i dan sifat-sifatnya.

Kaedah penyelidikan melalui ilmu saintifik. (al-Quran dan Hadith)

2. Sains bersifat Rabbani Adanya peranan Allah dalam kewujudan dan proses

alam dan konsep kausaliti (sebab dan musabab) Dikaitkan dengan prinsip-prinsip dan hukum Islam. Tujuan terakhir keputusan sains adalah untuk

mencari pembuktian kebenaran Allah SWT.

3. Sains sebagai cara untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Penyelidikan mengandungi nilai ibadah. Mengkaji, memerhati dan mencerap segala ciptaan

Allah adalah sebagai ibadah kepada Allah SWT. Menelti dan mengkaji kebesaran ciptaan Allah salah

satu wasilah pengabdian diri kepada Allah SWT.

4. Terikat dengan batas-batas hukum dan etika Islam. Terikat dengan batas hukum dan etika Islam. Sainstis dan teknokrat yang berjaya adalah mereka

yang mematuhi segala suruhan dan meninggalkan larangan serta menyeru kebaikan.

Ciri Saintifik Sains Islam menggunakan kaedah emperikal yang diperkenalkan oleh Islam sejak abad ke-7 Masihi lagi.

Adanya formula dan alat-alatan yang berbentuk

|

Page 7: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

AA203 – Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

klinikal. Menggunakan kaedah sintesis ke atas sumber-

sumber tamadun yang terdahulu. Bentuknya sejagat yang melibatkan pelnagai bangsa,

agama, bahasa, tamadun, wilayah, zaman dan sebagainya.

Ciri Universal Sains Islam bersifat universal atau sejagat kerana

bukan sahaja dihasilkan oleh Muslimtetapi juga non-Muslim.

Ciri Sepadu

Tidak memisahkan cabang-cabang ilmu. Tanggungjawab fardu ain dan fardu kifayah yang

bersepadu. Kajian yang bersifat menyeluruh. Kajian alam fizik tidak terpisah dengan metafizik. Tidak terpisah daripada kepercayaan kepada Allah

swt kerana keimanan kepada Allah swt dijadikan sebagai asas kajian.

Ciri Harmoni

Tidak terdapat percanggahan antara sains dan agama.

Kajian yang dijalankan menuju kepada matlamat yang sama iaitu pengabdian diri kepada Allah swt.

Peranan Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

1. Membantu Manusia Mengenali Allah Sebagai Pencipta Alam.

Ayat al-Quran banyak menyebut dan menggalakkan kita manusia untuk berfikir, menyelidik dan mengkaji. Penyelidikan Islam adalah berasaskan kepada wahyu Allah membawa setiap kajian ke arah satu kepuasan yang telah ditentukan iaitu dengan menunjukkan tanda-tanda kekuasaan Allah yang menjadikan segalanya.

Kewujudan alam ini adalah sebagai tanda kewujudan dan kebesaran pencipta. Firman Allah swt dalam Surah ‘Ali ‘imran yang bermaksud:

|

1.1.2 Menyatakan Peranan Sains Teknologi dan Kejuruteraan

Page 8: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

AA203 – Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal”. (Surah ‘Ali ‘Imran : 190)

Islam menetapkan sebarang perkara yang melibatkan kajian sains hendaklah berada dalam kerangka dan panduan syariat bagi tujuan kebaikan manusia dan keredhaan Ilahi.

Dapatan sains Islam menjadikan saintis lebih dekat kepada Allah SWT, sebaliknya dapatan sains Barat lebih menjadikan manusia bongkak dan jauh daripada Allah SWT.

Teknologi dan kejuruteraan Islam lebih mendidik hati dan fikiran manusia tentang keagungan Allah swt melalui kecanggihan ciptaan manusia, Sementera teknologi dan kejuruteraan Barat sekadar untuk menunjukkan kehebatan daya fikir manusia untuk kepentingan diri.

2. Membantu Manusia Supaya Bertafakkur. Penyelidikan sains teknologi dalam Islam akan membawa seseorang kepada sifat-

sifat tafakkur dan memberi kesedaran kepada manusia melalui penggunaan akal.

Penyelidikan sains melalui wahyu-wahyu membawa kepada penerimaan kebesaran Allah SWT seperti yang dijelaskan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah iaitu :Maksudnya :“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang belayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh terdapat tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan”

(Surah Al-Baqarah : 164)

3. Membantu Pelaksanaan Syariat Kajian sains dan teknologi dalam Islam adalah didorong oleh kepentingan dalam

pelaksanaan syariat Islam.

Pelaksanaan syariat akan berjalan lancar jika sekiranya masyarakat Islam membangunkan peraturan perhubungan antara mereka.

Kepentingan untuk mengatur beberapa hubungan ini boleh dilihat kepada hubungan manusia dengan Allah SWT, hubungan manusia sesama manusia serta hubungan manusia dengan alam.

|

Page 9: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

AA203 – Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

4. Supaya manusia mampu menentukan dan membuat ramalan akan sesuatu

perkara.

Menentukan tarikh dengan melakukan pencerapan iaitu mencerap bulan akan dapat memberi ketentuan contohnya dalam tarikh awal puasa, tarikh awal bulan dan lain-lain.

Manusia dapat menggunakan akalnya dengan pengetahuannya untuk meramal sesuatu perubahan cuaca.

5. Supaya manusia dapat berkarya dan berinovasi.

Dengan mengkaji alam ini, manusia akan dapat menghasilkan sesuatu karya dan mencipta sesuatu hasil daripada kajiannya.

6. Dapat membantu manusia dalam memenuhi keperluan material dan kehidupan seharian yang diperlukan.

Dapat memenuhi keperluan asasi seperti makanan, tempat tinggal, pakaian, pendidikan, perubatan, pengangkutan dan lain-lain.

Menjadikan kehidupan manusia selesa.

Memenuhi keperluan dharuriyat dan hajiyat manusia itu sendiri.

|

Page 10: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

AA203 – Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

Jika kita lihat, sains, teknologi dan kejuruteraan sebenarnya tidak boleh dipisahkan antara satu

sama lain. Ilmu ini juga sebenarnya mempunyai perkaitan dengan dunia Islam silam dan hari

ini. Kemajuan teknologi kini adalah sebahagian daripada matlamat kepentingan hidup

seseorang manusia yang akan dapat memperkukuhkan keimanannya terhadap Allah swt

Dalam hal ini, kita tidak nafikan bahawa sains teknologi dan kejuruteraan sangat penting

kepada kita terutama pada dunia hari ini. Namun, ianya juga terdapat impak lain dalam

kemunculan sains, teknologi dan kejuruteraan ini.

A. IMPAK PENGABAIAN SAINS DAN TEKNOLOGI KE ATAS UMAT ISLAM

Bidang Huraian

Bidang Sosial

Umat Islam akan ketinggalan jauh berbanding umat dan bangsa lain yang lebih maju.

Maruah umat Islam akan dipandang hina di mata agama lain dan umat Islam akan diperkotak-katikkan oleh bangsa lain.

Bidang Ekonomi

Umat Islam akan menjadi satu umat yang suka bergantung kepada kuasa asing.

Kebanyakan penguasaan bidang ekonomi dakan diterajui oleh bangsa asing dan penguasaan teknologi juga didominasi oleh bangsa asing.

Bidang Politik

Umat Islam akan ditindas dan seterusnya dijajah oleh bangsa dan agama lain.

Umat Islam menjadi satu umat yang tidak pandai berdikari memimpin negaranya sendiri

Bidang Pendidikan

Penerapan dan pelaksanaan sains teknologi dan kejuruteraan akan terpisah dari nilai-nilai agama yang sebenar.

Unsur-unsur kesepaduan ilmu dengan agama sudah tidak wujud lagi.

Pelaksanaan sistem pendidikan yang dilaksanakan adalah secara dualisme.

Bidang Sains, Teknologi

dan Kejuruteraan

Umat Islam akan bergantung kepada sains dan teknologi barat yang mana akan menimbulkan masalah kepada umat Islam sendiri. Contohnya hari ini umat Islam sendiri bergantungkepada dunia teknologi barat seperti penggunaan internet, telefon bimbit dan lain-lain peralatan teknologi terkini.

Memberi keuntungan yang besar kepada dunia teknologi barat sendiri.

|

1.1.3 Menyatakan Impak/Kesan Sains Teknologi dan Kejuruteraan

Page 11: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

AA203 – Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

Umat Islam semakin mundur dan malas untuk mencipta sesuatu teknologi baru yang boleh digunakan oleh sejagat.

B. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN TERHADAP

UMAT ISLAM.

Bidang / Aspek Kebaikan Keburukan

Pertahanan

Mampu melindungi negara dari serangan musuh-musuh. Contohnya dengan penciptaan senjata dan kelengkapan perang.

Membawa kepada kemusnahan dunia termasuklah alam sekitar, dan juga nyawa yang terkorban.

Menyebabkan rusuhan berlaku Menyebabkan tamakkan kuasa

berlaku.

Teknologi maklumat

Membolehkan semua lapisan masyarakat mendapat maklumat dengan begitu mudah.

Jalan dakwah terbuka luas (alternatif medan dakwah)

Maklumat dapat dicapai dengan pantas dan dapat berhubung antara satu sama lain tanpa sempadan.

Muda mudi terpengaruh dengan kelebihan teknologi ini.

Teknologi mengabaikan nilai-nilai murni.

Berlakunya pencerobahan maklumat ‘penggodam’ .

Pengubahsuaian terhadap sesuatu fakta atau gambar akan berlaku.

Berlakunya kegiatan seks melalui internet sahaja.

Bio-teknologi

Mampu menghasilkan makanan ubah suaian genetik (Genetically Modified Food) yang mempunyai cirri-ciri terbaik seperti tahan lama, sedap dan bermutu.

Teknik dan teknologi pertanian mengalami transformasi.

Membantu meningkatkan produktiviti.

Membantu dalam penghasilan baka, benih, dan racun dalam sektor pertanian.

Sumber genetik yang digunakan untuk mengubah suaian makanan mengandungi bahan yang dilarang dalam syarak.

GMF memberi kesan terhadap kesihatan manusia kerana mengandungi bendasing yang tidak diketahui kesan buruknya.

Pengklonan Memberi pengetahuan baru

kepada manusia.

Disalahgunakan oleh pihak tertentu.

Menyimpang dari landasan agama yang sebenar kerana menyalahi apa yang telah Allah ciptakan mengikut fitrah.

Perubatan (Stem Cell)

Banyak kelebihannya dalam membantu mengatasi pelbagai penyakit.

Penggunaan “embryonic stem cell” bakal disalahgunakan juga untuk kegunaan pengklonan manusia.

Teknologi laser Menggantikan peranan kabel dengan fiber optik untuk bidang komunikasi dan perindustrian.

Penyelewengan penggunaan akan berlaku.

Mudah diubahsuai oleh mereka

|

Page 12: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

AA203 – Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

Maklumat yang dihantar adalah lebih cepat dan tepat serta meminimumkan kehilangan data.

yang mahir dan pakar.

1.1.4.1 Keperluan Untuk Mengkaji Sejarah Dalam Islam

Dalam Al-Quran telah menjelaskan dan menunjukkan betapa pentingnya sejarah

dan hubungannya engan kewujudan sesebuah tamadun manusia melalui peistiwa-

peristiwa serta contoh-contoh umat terdahulu. Kisah yang dipaparkan dan diceritakan

dalam Al-Quran sebenarnya adalah satu peristiwa yang benar-benar berlaku dan perlu

dijadikan pengajaran kepada kita pada hari ini.

Antara perisitwa sejarah yang banyak disebut oleh Allah swt dalam Al-Quran

dianggarkan sebanyak 1,000 ayat mengenai kisah-kisah nabi terdahulu dan rasul

sebelum ini seperti menceritakan hebatnya kerjaan Thamud, Kaum ‘Ad, Kaum Madyan

dan juga mengenai keingkaran Firaun laknatullah.

Tujuan dan matlamat utama kisah-kisah dan peristiwa tersebut dalam Al-Quran adalah:-

Tujuan Huraian

Supaya manusia menjadikan

contoh dan teladan aras apa

yang berlaku

Firman Allah swt yang bermaksud: “Sesungguhnya

pada kisah-kisah mereka terdapat pengajaran bagi

orang yang berakal”.

(Surah Yusuf: 111)

Mengesahkan bahawa Al-Quran

itu adalah kalam Allah

Umat manusia sekarang selalu ingin kepada bukti.

Jadi, segala kisah yang berlaku dalam Al-Quran

adalah untuk mengesahkan bahawa Al-Quran

adalah satu kitab yang diwahyukan oleh Allah

kepada Nabi Muhammad SAW.

Satu kaedah untuk manusia

berfikir.

Kisah dan peristiwa yang berlaku adalah untuk

mendidik dan salah satu daripada kaedah untuk

|

1.1.4 Membincangkan Pencapaian Tamadun Islam dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan

Page 13: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

AA203 – Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

mengajak manusia berfikir.

Untuk membenarkan janji baik

dan janji buruk dari Allah swt.

Segala peristiwa yang berlaku adalah untuk

membuktikan bahawa segala apa yang dijanjikan

Allah adalah perkara yang benar.

1.1.4.2 Sejarah Sains dan Teknologi Zaman Nabi Sebelum Ini

Al-Quran banyak menceritakan kisah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman nabi terdahulu dan umat-umat sebelum ini. Tujuan Allah menceritakan cerita-cerita tersebut adalah sebagai pedoman dan panduan kepada manusia pada hari ini.Berikut adalah antara kisah yang terdapat dalam Al-Quran berkenaan dengan sejarah umat terdahulu.

Kisah Nabi Huraian

Kisah Nabi Adam a.s

Merupakan nabi dan juga manusia pertama bergelar khalifah Allah swt. Adam dijadikan oleh Allah setelah Allah menjadikan dunia dan Adam tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sehinggalah Allah mengajarnya melalui malaikat Jibril.

Firman Allah yang bermaksud : “ dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman: Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar”.

Kisah Nabi Idris a.s

Dalam Al-Quran hanya terdapat dua ayat sahaja yang menceritakan kisah Nabi Idris iaitu dalam Surah Maryam yang bermaksud:“Dan ceritakanlah (hai Muhammad pada smereka kisah) Idris (yang tersebut) dalam al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi”

(Surah Maryam : 56-57) Keturunan ke-6 dari Nabi Adam dan orang yang pertama

menulis menggunakan pena dan mengenakan baju yang berjahit. Bahkan orang yang mula-mula menggunakan kulit sebagai pakaian. (Ab. Aziz Ismail, 2008:15)

Kisah Nabi Nuh a.s

Nabi ke-4 selepas Nabi Adam, Syith dan Nabi Idris a.s. Menyampaikan dakwah selama 950 tahun tetapi ditolak

oleh kaumnya. Akibat keingkaran kaumnya, Allah memerintahkan agar

Nabi Nuh membina kapal untuk menyelamatkan diri apabila musim banjir melanda kelak.

Beliau juga pakar dalam bidang sains, matematik dan teknologi logam.

|

Page 14: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

AA203 – Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

Kisah Nabi Huraian

Kisah Nabi Ibrahim a.s

Putera kepada Azar seorang menteri kepada raja Namrud dan seorang ahli bintang.

Nabi Ibrahim juga pakar mengenai perjalanan cakerawala di langit.

Firman Allah dalam Surah al-An’am yang bermaksud : “dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda- tanda keagungan Kami yang terdapat di langit dan di bumi, supaya menjadilah ia daripada orang-orang yang penuh yakin ”.

Kisah Nabi Daud a.s

Daud bin Yisya adalah keturunan ke-13 dari Nabi Ibrahim yang tinggal di Baituleham.

Allah mengurniakan ketelitian, kebijaksanaan ilmu pengetahuan serta kesempurnaan ilmu.

Antara kepakaran beliau adalah teknologi dalam pembuatan baju besi.

Allah mengajar baginda cara-cara membuat baju besi untuk kegunaan peperangan.

Firman Allah dalam surah al-Anbiya’: 80 yang bermaksud:“Dan telah Kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi untuk kamu, dalam peperangan…”

(Surah al-Anbiya:80)

Kisah Nabi Sulaiman a.s

Allah mengurniakan kepada Nabi Sulaiman yang sangat memahami semua bahasa termasuklah bahasa haiwan.

Nabi Sulaiman juga merupakan Nabi yang mempunyai kerajaan yang banyak termasuklah pemerintahannya meliputi jin yang mana Allah memudahkan golongan itu bekerja dengan Baginda.

Allah berfirrman dalam surah Saba’ yang bermaksud:“Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan baginya mata air dari tembaga; dan Kami mudahkan sebahagian dari jin untuk bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab neraka.

(Surah Saba’: 12)

|

Page 15: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

AA203 – Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

1.1.4.3 Teknologi Kaum Terdahulu dan Pengajaran Daripada Peristiwa Yang Berlaku

Kaum Terdahulu Teknologi Balasan

Kaum ‘Ad (Kaum Nabi

Hud)

Pakar dalam membina bangunan yang tinggi-tinggi tiangnya.

Merupakan kaum yang sangat kuat dan kukuh dari segi pemerintahannya.

Allah telah membinasakannya kerana ingkar kepada perintah Allah swt.

Membinasakan bangunan-bangunan yang tinggi itu.

Allah membinasakan mereka dengan ribut kencang.

Kaum Thamud(Kaum Nabi

Soleh)

Kepakaran dalam memahat batu-batu besar dan dapat dilihat di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)

Mereka telah dibinasakan oleh Allah swt dengan satu letusan suara yang sangat menggemparkan pada waktu pagi.

Mereka telah dibinasakan dengan petir yang sangat dahsyat.

Teknologi Firaun

Kepakarannya pada masa itu adalah menguasai bangunan-bangunan yang handal dan kukuh.

Negeri mereka dibinasakan.

Kaum ini telah ditenggelamkan oleh Allah swt akibat kesombongan dan keingkaran mereka.

1.1.4.4 Sejarah Sains dan Teknologi Zaman Rasulullah SAW dan Zaman

Kerajaan Islam.

Kronologi Zaman Pencapaian

Zaman Rasulullah SAW

Meletakkan asas dalam sains dan teknologi.

Sains yang berdasarkan ayat-ayat al-Quran.

Rasulullah SAW sering mengubati pesakit dengan membaca ayat-ayat al-Quran.

Sains Islam bertapak di Madinah dan Mekah.

Menuntut manusia mengkaji tentang manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.

Zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin

Perluasan wilayah sehingga ke Romawi dan Parsi.

Zaman pertembungan sains Islam dengan Yunani, Parsi dan Romawi.

Zaman Kerajaan Umayyah Perkembangan ilmu sains sudah mula meluas.

Terciptanya beberapa teknologi seperti

|

Page 16: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

AA203 – Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

perkapalan, alat peperangan & pertanian.Kronologi Zaman Pencapaian

Zaman Kerajaan Abbasiyyah

Munculnya Pusat Sains Islam di Baghdad. Wujudnya aktiviti penterjemahan secara

besar-besaran. Munculnya Baitul Hikmah dalam kegiatan

sains dan teknologi. Munculnya cendekiawan muslim yang

ramai. Wujudnya institusi sains seperti balai

cerap dan hospital.

Zaman Kerajaan Islam di Andalus Pusat-pusat sains dan intelektual muncul

di kota-kota seperti Cordova, Granada, Seville.

1.1.4.5 Pencapaian Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

Sumbangan Sarjana Islam

Tokoh Islam Sumbangan

Al-Razi (865 – 925M)- Nama sebenarnya adalah

Muhammad bin Zakaria al-Razi dalam Barat disebut Rhazes.

- Lahir di Ray berhampiran dengan Taheran Parsi.

-

Tokoh perubatan Islam Karyanya : Kitab al-Hawi, dan yang paling

terknenal adalah Kitab Tib al-Mansur dan Kitab al-Tib al-Ruhani.

Sumbangannya adalah mengenal pasti perbezaan penyakit cacar dan campak.

Al-Khawarizmi (780 – 850M)- Nama sebenarnya Muhammad

ibn Musa al-Khawarizmi.- Dianggap sebagai bapa al-

Jabar.

Tokoh matematik dan tokoh algebra. Karyanya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin

pada 1120M dengan judul De Numero Idorom. Antara karya yang terkneal adalah al-Jami’ Wa

al-Jabar dan Kitab al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah.

Sumbangannya dalam bidang geometri ialah memperkenalkan konsep segitiga sama, mengira luas segitiga, segiempat dan bulatan serta memperkenalkan algebra.

Turut berperanan dalam bidang mekanikal tentang bagaimana menentukan ketumpatan spesifik dan berat kegravitian (tarikan bumi dan keapungan).

Merupakan penyumbang kepada bidang astronomi dengan membuat beberapa jadual perjalanan matahari yang dikenali dengan nama Zij.

Jadual ini digunakan sebagai rujukan kepada pusat pengajian di Timur dan Barat.

Antara buku beliau adalah Kitab al-Rakhamah, Kitab Zij al-Awwal, Kitab Zij al-Thani dan lain-lain.

|

Page 17: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

AA203 – Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

Ibn Sina (370 – 480H / 980 – 1037M)- Nama sebenar adalah Abu Ali

Hussain bin Abdullah bin Sina.- Dilahirkan di Afshina

berhampiran Bandar Bukhara.- Di Barat dikenali dengan nama

Avicenna.- Diikenali dengan nama tokoh

perubatan agung dalam dunia Islam dan juga di Barat dikenali sebagai ‘al-Sheikh al-Rais’ atau ‘Prince of Physicians’.

Tokoh perubatan Islam yang agung. Karyanya yang terkenal adalah Qanun fi al-Tibb

(Canon of Medicine). Qanun fi al-Tibb mengandungi 5 buku dan

merupakan enskiopedia perubatan. Sumbangannya adalah menganalisa pelbagai

jenis penyakitdan telah menjadi doktor kepada beberapa khalifah al-Gurgan, Hamadan dan Isfahan.

Juga orang pertama yang menemui ubat bius. Juga turut menyumbangkan kepada bidang

mekanikal.

Al-Zahrawi (936 – 1013M)- Nama sebenarnya Abu Qasim

al-Zahrawi.- Di Barat dikenali dengan nama

Abu Casis.-

Tokoh pembedahan dan pakar bedah serta pernah berkhidmat sebagai doktor di istana al-Hakam II.

Karya beliau dalam bidang bedah ialah Kitab al-Tasrif.

Beliau menghasilkan karya mengenai penyediaan dadah daripada tumbuhan, mineral dan haiwan dengan nama Latinnya ialah Liber Servitoris.

Antara sumbangan lain adalah mencipta teknik pembedahan dan mencipta alat pembedahan.

Al-Battani (858 – 929M)- Nama sebenarnya adalah

Muhammad ibn Jarir Sinan Abu Abdullah al-Battani dan dilahirkan di Battan.

- Di Barat dikenali dengan nama Albategannius.

Tokoh matematik dan astronomi. Beliau memperkenalkan teorem tangent,

kotangen, sinus dan kosinus serta menghasilkan sifir kotangen.

Karya beliau adalah Kitab al-Zij iaitu menerangkan tulisan kritis yang membetulkan pelbagai kesilapan dalam takwim pada masa itu.

Karyanya yang lain adalah Kitab al-Ma’rifat Matali al-Buruj fi Ma Baina Arba’ al-Falak, Risalah fi Miqdar, Tahqiq al-Ittisalat dan lain-lain.

Sumbangan beliau adalah dalam bidang trigonometri iaitu mengemukakan kaedah pengiraan astronomi secara trigonometri.

Sumbangan beliau adalah memulakan pencerapan terhadap bintang sejak tahun 264H sehingga tahun 306H.

Kejayaannya beliau berjaya dalam menyiapkan jadual gerhana matahari.

Ab Rahman al-Sufi (903 – 986M) Tokoh dalam bidang astronomi. Orang pertama menulis mengenai astronomi. Berjaya mengkatalogkan lebih daripada 1000

jenis bintang. Memperkenalkan nama-nama bintang iaitu al-

ghurab (al-gorab), al-Dabara (adbera), Agrab (acrab), al-Adi (al-Gedi), al-Tair (Altair), dan Dhanah (Deneb).

Tokoh Islam Sumbangan

|

Page 18: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

AA203 – Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

Jabir Ibn Hayyan (750 – 803M)- Di Bar dikenali dengan nama

Geber.- Dianggap sebagai ‘Bapa Kimia

Arab’ dilahirkan di Kufah.

Tokoh Kimia Islam. Teori kimia beliau adalah logam seperti timah,

timah hitam, besi dan suasa (gangsa) boleh bertukar menjadi emas dan perak melalui proses menggunakan bahan-bahan Kimia seperti cinnaban (sulphide of mercury), arsenik oksid dan sebagainya.

Antara karyanya adalah Kitab Ustuqus al ‘As al-Awwal ila al-Baramikah, Kitab Tafsir al-Ustiqus al-Wahid al-Kabir, Kitab al-Rukn dan lain-lain.

Sumbangannya adalah pengasas kepada kaedah penghabluran, penyulingan, pemejalwapan dan penyejatan.

Sumbangan lain mencipta peralatan bagi kardah-kaedah ini dan memperkenalkan istilah kimia dan digunakan di Eropah iaitu alkali, antimoni, alembik (anbique), dan alchemy.

Al-Jahiz- Nama sebenarnya adalah Abu

Uthman Amr ibn Bhar al-Jahiz dilahirkan di Bashrah.

Tokoh terpenting dalam Sains Biologi. Menyusun sebuah buku pengajian komprehensif

dalam bidang Zoologi melalui kitabnya Al-Hayawan.

Kitab ini mengandungi jenis-jenis haiwan, perwatakan dan tabiat haiwan, penyakit-penyakit yang dihidapi oleh binatang serta cara-cara rawatannya.

Hunain Ibn Ishaq.- Dilahirkan pada tahun 2921H di

Bandar Hirah, Iraq.

Merupakan tokoh dalam bidang farmasi berasal dari agama Kristian.

Tokoh terulung ilmu perubatan dan mendahului tokoh perubatan yang lain.

Seorang yang genius dalam bidang penterjemahan, mampu menguasai 14 bahasa antaranya bahasa Parsi, Yunan, Syiria, Arab dan lain-lain.

Sumbangan beliau dalam bidang perubatan yang sangat besar ialah mencipta istilah-istilah baru dalam ilmu tersebut.

Antara karya beliau adalah Kitab al-Asr Maqalat al-‘Ayn, Kitab Masail Fi al-‘Ayn, Kitab al-Haman, Kitab al-Laban dan lain-lain.

Abu Raihan al-Biruni (362 – 442H / 973 – 1051M)

- Nama sebenarnya adalah Abu Raihan al-Biruni dilahirkan di luar Kota Khwarazm, bandar Khiva dalam tahun 362H / 973M.

Tokoh astronomi Menuntut ilmu di bawah seorang guru dan

bimbingan Abu Nasr al-Mansur seorang ahli astronomi dan matematik yang pernah menulis syarahan ke atas buku Spherics karya Menelaus dan merupakan penuntut kepada Abu al-Wafa’.

Antara karyanya ialah al-Athar al-Baqiy’ah, al-Hind, dan Kitab al-Tafhimim.

Tokoh-Tokoh Kejeruteraan Dalam Islam Yang Lain.

1) Al-Jazari dan Taqi ad Din

|

Page 19: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

AA203 – Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

- Berjaya membuat modifikasi kepada shaduf dan menerangkan kaedah

penggunaannya dalam kitab-kitab karangan mereka.

- Shaduf ini adalah alat mengangkut air untuk kegunaan bagi tujuan pengairan,

perumahan, industri dan lain-lain.

- Mesin yang telah dicipta telah digunakan di Sungai Yazid di Damascus di mana

mesin ini berfungsi menerusi roda yang separuh terbenam dalam sungai dan

akan berputar disebabkan oleh aliran sungai tersebut.

- Taqi Ad Din menerangkan dalam kitabnya mengenai alat mengepam air

menggunakan roda berskoop.

2) Banu Musa

- Mencipta mesin yang menggunakan bantuan air dan angin.

- Digunakan untuk memesin jagung, menghancurkan gula dan mengepam air.

- Berjaya mencipta bejana automatik yang boleh mengisi bejananya sendiri.

Gambar Jam Air Gajah Ciptaan Ilmuan Islam Gambar Jam Air Gajah yang telah

yang asal. diubah suai

1.1.4.6 Sumbangan Sains Teknologi Dan Kejuruteraan kepada Institusi

Intelektual Islam

|

Page 20: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

AA203 – Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

Institusi intelektual Islam sangat memainkan peranan penting dalam pembinaan dan

dalam membangunkan tamadun Islam. Antaranya :

a. Universiti dan institusi pendidikan.

o Wujudnya universiti-universiti di wilayah timur antaranya Univeristi al-

Azhar, universiti di Andalus contohnya Universiti Granada, Univerisiti

Cordova dan Universiti Seville.

b. Perpustakaan

o Wujudnya Baitul Hikmah yang didirikan oleh Khalifah Harun Ar-Rsyid di

Baghdad.

o Sumbangannya berjaya melahirkan golongan penterjemah yang mahir,

menjadi agen penukaran budaya dan pemindahan teknologi, menerbitkan

bahan penterjemahan yang berkualiti dan berjaya menhghidupkan budaya

ilmu.

o Menghimpunkan penterjemah dari pelbagai bangsa.

o Berjaya menginstitusikan ilmu pengetahuan.

c. Hospital

o Berperanan sebagai pusat pengajian dan penyelidikan perubatan, rawatan

dan pusat latihan kejururawatan dan kedoktoran.

o Berjaya mempelbagaikan kaedah rawatan terutama dalam spiritual,

pencegahan, aromaterapi dan mengeluarkan penyakit.

o Memperkenalkan kaedah pembedahan untuk penyakit-penyakit tertentu.

o Berjaya menginstitusikan pusat rawatan iaitu hospital, hospital bergerak

dan pusat kecemasan.

o Memperkenalkan etika dalam profesion kedoktoran dan pusat pengajian

perubatan yang lebih teratur.

d. Balai Cerap.

|

Page 21: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

AA203 – Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

o Berperanan sebagai pusat penyelidikan, pusat latihan pembelajaran

astronomi dan pusat pengumpulan data.

o Berjaya menggabungkan pelbagai disiplin ilmu dan pengkajian astronomi

seperti matematik, trigonometri dan algebra.

o Dapat menghubungkan manusia dengan Penciptanya, membuat

pembetulan data-data yang kurang tepat dalam tamadun silam,

mewujudkan kecenderungan mengkaji alam secara rasional dan emprikal

serta menekankan kaedah penggunaan instrument dan cerapan untuk

mengisahkan teori.

e. Kejuruteraan Awam

o Teknologi bangunan mempunyai kaitan rapat dengan bidang arkitek,

berjaya menonjolkan teknologi senibina Islamyang mengkagumkan seperti

Masjid al-Aqsa di Jurusalem dan juga Masjid Ummayad di Damascus yang

dibina pada kurun ke-7 M.

f. Teknologi Kejuruteraan Jalan raya dan Jambatan.

o Yang dikagumi adalah pembinaan jambatan Shahristan di Isfahan, Iran

pada kurun ke-12M yang mempunyai pintu gerbang yang sangat banyak

dan bersegmen.

g. Kejuruteraan Hidrologi

o Ketika pemerintahan Umar Abdul Aziz, beliau telah mengarahkan

pembinaan terusan yang panjangnya 10 km untuk mengalirkan air Sungai

Furat ke Bashrah sebagai punca air kerana berlakunya kemarau yang

panjang.

o Di Parsi pula, teknologi air bawah tanah telah dibina di sekeliling Bandar

Isfahan dengan mengalirkan air daripada Sungai Zayandirud bagi

kegunaan pertanian dan perumahan.

|

LATIHAN TOPIK SATU

Page 22: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

AA203 – Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAMHASIL PEMBELAJARAN KURSUS [CLO2]

|

CADANGAN AKTIVITI

Page 23: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

AA203 – Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

Menerangkan Al-Quran dan Al-Hadith Sebagai Sumber Sains, Teknologi dan Kejuruteraan

TOPIK 2.0 : WAHYU SEBAGAI SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

2.1.1 Menjelaskan pengertian wahyu menurut Islam

Bil Aspek Bahasa Aspek Keilmuan Islam

1 Wahyu adalah apa-apa yang diturunkan oleh Allah swt kepada orang pilihan-Nya dan ia merupakan hidayah dan ilmu (yang diberi) secara rahsia dan tersembunyi bukan diperoleh melalui cara biasa.

Wahyu adalah apa-apa yang diturunkan kepada nabi dan rasul-Nya, melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bentuk yang

bertulis [ متلو atau yang tidak bertulis [وحي

[ متلو غير [وحي yang mengandungi syariat bagi mengurus kehidupan manusia.

Firman Allah SWT yang bermaksud:“Sesungguhnya Kami telah memberikan wahyu kepadamu (Wahai Muhammad) sebagaimana Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Nuh dan nabi-nabi yang diutus kemudian daripadanya dan Kami telah memberikan wahyu kepada Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Yaakub, serta nabi-nabi keturunannya dan nabi Isa, dan Nabi Ayub, dan Nabi Yunus, dan Nabi Harun, dan Nabi Sulaiman, dan juga Kami telah memberikan kepada Nabi Daud Kitab Zabur” (Surah an-Nisa: 163)

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud :

“Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu

|

2.1 Memahami Wahyu Sebagai Sumber Sains, Teknologi dan Kejuruteraan

Page 24: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

AA203 – Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

(wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui” (Surah An-Nahl:43)

Daripada ayat di atas menjelaskan bahawa Allah SWT telah menerangkan bahawa semua para rasul dan nabi menerima wahyu daripada Allah SWT secara langsung.

2.1.2 Menerangkan Peranan Wahyu Menurut Islam

Peranan al-Quran dan dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan Islam.

Definisi Al-Quran :

Kalam Allah atau wahyu Allah yang mengandungi mukjizat kepada Nabi Muhammad dan ditulis dalam mashaf dan disampaikan secara mutawatir dan membacanya merupakan ibadat. Isi kandungan Al-Quran mengandungi lebih 6000 ayat yang membincangkan perkara-perkara mengenai soal kepercayaan atau akidah, asas dan bimbingan akhlak manusia, asas sususnan ekonomi, asas politik dan asas ilmu pengetahuan. (Ab Aziz Ismail, 2008:45)

Bil Peranan Huraian

1 Menjelaskan Aqidah Islam - Wahyu Allah SWT diturunkan bagi menjelaskan maksud aqidah, peranannya dalam kehidupan, faktor-faktor naik turunnya aqidah dan sesuatu yang boleh merosakkan akidah.

- Firman Allah SWT yang bermaksud :“Tidakkah mereka melihat dan memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya, kemudian ia akan mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya)? Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah.(Surah Al-Ankabut: 19)

2 Menerangkan Syariat Islam - Wahyu yang diturunkan oleh Allah adalah sebagai menjelaskan hukum syariat dalam sesuatu kehidupan manusia.

- Sebagai penjelas kepada syariat manusia dan menjadi panduan dalam pelaksanaan tersebut.

3 Menghuraikan Akhlak Islam - Wahyu Allah menjelaskan berkenaan dengan panduan akhlak sebagai seorang muslim.

- Semua cara kehidupan manusia juga terkandung dalam ayat al-Quran.

|

Page 25: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

AA203 – Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

- Antara akhlak yang wajib dihayati ialah sikap bertanggungjawab ataupun amanah.

- Lihatlah apa yang berlaku pada hari ini apabila sains dan teknologi terbabas daripada nilai-nilai amanah dan agama.

- Sebagai contoh, bidang bioteknologi telah melahirkan satu konsep baru yang dikenali sebagai kejuruteraan genetik (genetic engineering).

- Teknologi ini mampu memindahkan bahan genetik yang bernama DNA dari satu spesies ke spesies yang lain.

- Walau bagaimanapun untuk berjaya, proses ini memerlukan bantuan virus tertentu agar DNA daripada spesies yang berbeza dapat mengenali antara satu sama lain. Penggunaan kuman-kuman virus ini akhirnya menyebabkan kelahiran pelbagai kuman serta penyakit baru yang mampu membunuh manusia.

4 Menjadi panduan hidup manusia dalam mengurus dunia

- Dalam Al-Quran juga menjelaskan panduan hidup manusia dalam mengurus sesuatu dunia.

5 Menegakkan keadilan - Dalam ayat Al-Quran juga menerangkan mengenai keadilan yang perlu dilaksanakan dalam kehidupan.

- Keadilan ini sangat dituntut dalam Islam untuk melahirkan umat yang berakhlak.

2.1.3 Membincangkan wahyu sebagai sumber dalam bidang Sains Teknologi dan Kejuruteraan

Bil Wahyu Sumber Bidang Huraian

|

Page 26: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

AA203 – Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

Sains Teknologi & Kejuruteraan

1 Garis panduan kepada saintis dalam melaksanakan sesuatu ujikaji

Menggalakkan supaya mengkaji alam tabi’i. Mengajak manusia supaya menggunakan akal

fikiran dan mata hati untuk berfikir. Firman Allah dalam Surah al-Ghasiah yang

bermaksud :“Maka apakah mereka tidak memerhatikan unta bagaimana ia diciptakan, dan langit bagaimana ia dititnggikan. Dan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan. Dan bumi bagaimana ia dihamparkan.(Surah Al-Ghasiah : 17-20)

2 Kitb yang menjadi sumber pelbagai cabang sains / teknologi.

Sifat al-Quran sebagai petunjuk dan rahmat yang dapat menjadi panduan kepada pembentukan bidang-bidang dan cabang-cabang ilmu atau klasifikasi ilmu dalam Islam.

Firman Allah antaranya :1) Surah Rum : 22 yang bermaksud:

“Dan di antara tanda-tanda yangmembuktikan kekuasaan-Nya dan kebijaksanaan-Nya ialah kejadian langit dan bumi dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang yang berpengetahuan”.

3 Menggalakkan pembangunan teknologi.

Memberi galakan dalam membina teknologi. Umat Islam mestilah sentiasa bersedia

dengan teknologi semasa. Firman Allah adalah bermaksud:

“Dan sediakakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengentahuinya sedangkan Allah mengetuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.(Surah al-Anfal:60)

4 Panduan dalam penggunaan teknologi

|

Page 27: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

AA203 – Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam

5 Menjadikan sains teknologi dan kejuruteraan mencapai fakta dan bukti ke arah kebenaran

|