sains t3 - bab 4 "pembiakan"

10
Kepentingan Pengambilan Makanan Yang Berkhasiat Kepada Ibu Dan Fetus Kesan Rokok Terhadap Fetus Kepentingan Mengelak Daripada Mengambil Bahan Yang Memudaratkan Fetus

Upload: smk-jeram

Post on 18-Jul-2015

657 views

Category:

Healthcare


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sains T3 - BAB 4 "Pembiakan"

Kepentingan Pengambilan Makanan Yang Berkhasiat Kepada Ibu Dan Fetus

Kesan Rokok Terhadap Fetus Kepentingan Mengelak Daripada Mengambil

Bahan Yang Memudaratkan Fetus

Page 2: Sains T3 - BAB 4 "Pembiakan"

Bagi seseorang ibu yang telah hamil, pengambilan makanan yang berkhasiat adalah amat penting. Ini adalah bagi tujuan kesihatan kepada ibu dan juga bayi yang sedang dikandungkan. Selain daripada itu, ibu hamil juga perlulah mendapatkan nutrisi yang betul dengan mencukupi bagi memastikan pertumbuhan dan perkembangan bayi yang sihat.

Page 3: Sains T3 - BAB 4 "Pembiakan"

1. Zat Besi

Ibu yang hamil perlu memastikan ada mengambil Zat Besi yang mencukupi. Ini kerana ia dapat membantu mencegah anemia dan juga membantu membina sel-sel darah. Ibu boleh mendapatkan Zat Besi daripada sumber seperti Telur dan Sayuran Hijau

2. Vitamin D

Vitamin D juga tidak kurang pentingnya. Vitamin D berfungsi untuk membantu menyerap kalsium dan fosforus yang diperlukan oleh badan untuk menguatkan tulang dan gigi. Sumber Vitamin D adalah makanan seperti hati dan minyak hati ikan.

3. Protein

Protein membantu dalam membina sel-sel baru untuk pertumbuhan. Sumber protein adalah seperti daging merah dan kacang.

4. Asid Folik

Ini adalah antara makanan yang paling diperlukan oleh ibu ketika hamil, iaitu Asid Folik. Asid Folik membantu untuk menentang penyakit. Sumber asid folik adalah seperti susu.

Page 4: Sains T3 - BAB 4 "Pembiakan"

Rokok adalah bahan yang sangat merbahaya dan boleh memberi kesan buruk kepada kandungan, terutamanya bagi ibu yang sedang mengandung. Antara kesannya adalah seperti bayi mati dalam kandungan, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.

Page 5: Sains T3 - BAB 4 "Pembiakan"

Asap rokok mengandungi lebih daripada 4 000 bahan kimia merbahaya dan sekurang-kurangnya 60 agen penyebab kanser. Asap rokok yang meresap melalui darah akan melimpahi aliran darah yang menjadi satu-satunya sumber oksigen dan nutrien bagi bayi.

Dalam lebih 4 000 bahan kimia berbahaya ini, terdapat 2 yang paling utama iaitu nikotin dan karbon monoksida. Kedua-dua bahan ini boleh mengurangkan bekalan oksigen mencukupi kepada bayi.

Nikotin dapat menyempitkan saluran darah sekali gus membuatkan bayi terpaksa bernafas dengan menggunakan aliran darah yang kecil dan penuh tekanan. Lebih menyedihkan adalah sel darah merah yang sepatutnya mengangkut oksigen juga terpaksa membawa bersama karbon monoksida.

Page 6: Sains T3 - BAB 4 "Pembiakan"

Kekurangan bekalan oksigen dapat merencatkan perkembangan fetus. Secara purata, merokok semasa kehamilan akan menggandakan peluang untuk bayi lahir lebih awal atau pun mempunyai berat yang kurang.

Kelahiran anak pramatang yang berpunca daripada merokok

Selain daripada itu, perkembagan anggota badan bayi juga boleh terjejas. Peparu bayi mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik terutamanya ketika awal kelahiran. Sekiranya mereka sudah mula bernafas dengan tanpa menggunakan bantuan, berkemungkinan besar mereka akan terus menghadapi masalah pernafasan seperti asthma.

Paling menyedihkan adalah apabila tabiat buruk ini memberi kesan kepada perkembangan otak bayi. Anak yang dilahirkan daripada seorang ibu yang merokok kebiasaannya akan menghadapi masalah pembelajaran, lembam, masalah sikap dan tahap IQ yang rendah.

Page 7: Sains T3 - BAB 4 "Pembiakan"

Adalah sangat penting bagi bakal ibu mengamalkan gizi seimbang yang terdiri daripada sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Vitamin dan mineral yang mencukupi adalah sangat baik kepada ibu dan fetus nya. Selain itu, para ibu juga perlu menjauhkan diri daripada asap rokok, alkohol dan dadah kerana bahan-bahan ini boleh menjejaskan perkembangan fetus.

Page 8: Sains T3 - BAB 4 "Pembiakan"

1. Rokok

Rokok adalah bahan yang sangat merbahaya dan boleh memberi kesan buruk kepada kandungan. Antara kesannya adalah seperti bayi mati dalam kandungan, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.

2. Alkohol

Alkohol juga boleh memberi kesan buruk kepada bayi yang sedang dikandungkan. Ini kerana kandungan alkohol dapat menyebabkan kerosakan kepada otak bayi. Selain daripada itu bayi juga terdedah kepada SIndrom Alkohol Fetal.

3. Ubat/ Dadah

Penggunaan ubat atau dadah yang terlarang juga mampu membahayakan bayi yang dikandung. Bayi boleh mendapat kecacatan selain daripada memberi kekacauan fizikal dan pembelajaran kanak-kanak itu nanti.

Page 9: Sains T3 - BAB 4 "Pembiakan"

01. Boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi

Kandungan asap rokok yang terdiri daripada pelbagai jenis toksik dan bahan beracun yang merbahaya boleh menyebabkan kurangnya bekalan oksigen yang sampai kepada bayi. Perkara ini boleh menyumbang kepada bayi yang cacat.

02. Merosakkan otak bayi

Alkohol dan dadah boleh memberi kesan yang terus kepada perkembangan otak bayi yang sihat. Kandungan berbahaya pada kedua bahan ini boleh menjejaskan proses pembelajaran bayi tersebut apabila meningkat kanak-kanak. Perkara ini sudah tentu akan memberi lebih banyak kesan buruk kepada bayi tersebut.

03. Boleh membunuh bayi dalam kandungan

Kandungan bahan berbahaya dalam asap rokok, alkohol dan dadah juga boleh menyebabkan kematian bayi ketika masih berada dalam kandungan. Pembentukan dan tumbesaran yang berlaku dalam keadaan yang tidak sihat boleh mengakibatkan banyak perkara negatif kepada bayi. Tahap paling kronik kesan bahan berbahaya tersebut adalah apabila boleh mengakibatkan kematian kepada bayi tersebut.

Page 10: Sains T3 - BAB 4 "Pembiakan"