sains t2 - bab 2 "nutrisi"

6
6 B6 B6D2 B6D2E1 (Membentangkan hasil penulisan ‘makanan dan amalan pemakanan’ dalam pelbagai bentuk persembahan berkaitan: (a) kepentingan makan makanan berkhasiat, (b) mempraktikkan amalan pemakanan yang betul, (c) merancang satu gizi seimbang, (d) mewajarkan pengagihan makanan kepada yang kurang bernasib baik/ memerlukan, (e) mengaitkan adab makan yang menepati sensitiviti dan kepercayaan agama 2014 SMK Jeram Windows 7 [SAINS TINGKATAN 2] Bab 2: Nutrisi

Upload: smk-jeram

Post on 11-Jul-2015

1.747 views

Category:

Food


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sains T2 - BAB 2 "Nutrisi"

6

B6

B6D2

B6D2E1 (Membentangkan hasil penulisan ‘makanan dan

amalan pemakanan’ dalam pelbagai bentuk persembahan berkaitan: (a) kepentingan

makan makanan berkhasiat, (b) mempraktikkan amalan pemakanan yang betul, (c)

merancang satu gizi seimbang, (d) mewajarkan pengagihan makanan kepada yang kurang

bernasib baik/ memerlukan, (e) mengaitkan adab makan yang menepati sensitiviti dan

kepercayaan agama

2014

SMK Jeram Windows 7

[SAINS TINGKATAN 2]

Bab 2: Nutrisi

Page 2: Sains T2 - BAB 2 "Nutrisi"

Makanan & amalan pemakanan

Maksud dan contoh makanan berkhasiat

Makanan berkhasiat merupakan tabiat memilih makanan yang hendak

dimakan dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan.

Makanan yang seimbang perlu mengandungi nutrien seperti

karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar

yang betul. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan berlakunya

malnutrisi. Contohnya seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kepentingan makan makanan berkhasiat serta kesan kekurangan

makanan berkhasiat

Menghindarkan diri daripada pelbagai penyakit. Contoh pengambilan

garam yang sedikit dapat menghindarkan daripada tekanan darah

tinggi.

Mengekalkan kesihatan badan kerana makanan berkhasiat

membekalkan nutrien yang diperlukan oleh badan.

Page 3: Sains T2 - BAB 2 "Nutrisi"

Panduan amalan pemakanan yang betul

Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

Minum banyak air.

Makan secara sederhana.

Elakkan pengambilan garam, gula dan lemak secara berlebihan.

Cadangan bagaimana amalan pemakanan yang betul boleh

dipraktikkan di rumah

Kurangkan penggunaan minyak dan gula dalam masakan.

Elakkan makan secara gopoh. Kunyah makanan dengan sempurna.

Makan makanan berkhasiat. Elakkan makanan tidak berkhasiat atau minuman berkarbonat.

Page 4: Sains T2 - BAB 2 "Nutrisi"

Maksud gizi seimbang

Gizi seimbang ialah pemakanan yang mengandungi kesemua 7 kelas

makanan dalam kadar yang betul.

Merancang gizi seimbang untuk sarapan, makan tengah hari atau

makan malam. Apabila merancang menu, faktor-faktor yang

mempengaruhi gizi seimbang perlu diambil kira.

Merancang gizi seimbang berpandukan kepada piramid makanan,

iaitu makanan yang berada pada tapak piramid diambil dalam kuantiti

banyak manakala makanan yang berada di puncak piramid diambil

dalam kuantiti yang sedikit.

Page 5: Sains T2 - BAB 2 "Nutrisi"

Jangan membazir makanan kerana penduduk di negara miskin ramai

yang mengalami kebuluran. Menyumbangkan makanan kepada mereka yang kurang bernasib baik/

memerlukan.

Page 6: Sains T2 - BAB 2 "Nutrisi"

Peka dan menghormati budaya dan kepercayaan orang lain.

Contohnya, orang Islam dilarang memakan khinzir. Oleh itu, penganut

agama lain perlu menghormati dengan tidak menghidangkan daging

khinzir kepada penganut agama Islam. Menghidangkan makanan berasaskan sayur-sayuran kepada

vegetarian.