sains kbsm tingkatan 1

16
Haba dan Pemindahannya 1 Sains KBSM Tingkatan 1

Upload: jermaine-aguilar

Post on 30-Dec-2015

276 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Haba dan Pemindahannya. Sains KBSM Tingkatan 1. oleh:. Norizan bt Ahmad (MPIP) dan Zuraini bt. Zainal Abidin (M4P). BIDANG. Haba dan Pemindahannya. Hasil Pembelajaran. Kandungan tenaga haba suatu jenis bahan yang berlainan isipadu pada suhu yang sama. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Sains  KBSM Tingkatan 1

Haba dan Pemindahannya 1

Sains KBSM Tingkatan 1

Page 2: Sains  KBSM Tingkatan 1

Haba dan Pemindahannya 2

BIDANG

Hasil Pembelajaran

Pergi ke slaid berkaitan

Kembali ke slaid sebelum ini

Ke slaid seterusnya

Ke slaid sebelumnya

Ke slaid terakhir

Ke slaid pertama

Butang-butang berikut akan membantu

anda melayari tajuk ini:

Page 3: Sains  KBSM Tingkatan 1

Haba dan Pemindahannya 3

Anda diberikan sebuah bikar yang berisi air pada suhu bilik.Bikar itu diisikan dengan sebatang bolt yang besar dan sebatang paku yang kecil.

Berapakah suhu bolt dan paku itu sekarang?

Bikar ini kemudiannya dipanaskan sehingga air di dalamnya mendidih.

Berapakah suhu air di dalam bikar itu sekarang?

bolt

paku

Di sini terdapat beberapa masalah menarik untuk anda fikirkandan jawab soalan-soalan di dalam lembaran kerja yang disertakan.

Page 4: Sains  KBSM Tingkatan 1

Haba dan Pemindahannya 4

Dengan berhati-hati, bolt dan paku dipindahkan ke bikar A dan B yang mempunyai isipadu air yang sama pada suhu bilik.

A B

Apakah yang anda jangkakan berlaku pada suhu air di dalam bikar A dan B?

Mengapakah berlaku perubahan suhu di dalam bikar A dan bikar B?

Suhu air di dalam bikar manakah yang lebih tinggi?

Mengapa?

Slaid seterusnya akan menerangkan mengenai perubahan suhu di atas.

Page 5: Sains  KBSM Tingkatan 1

Haba dan Pemindahannya 5

Kedua-dua bolt dan paku mempunyai suhu yang sama (100 oC) ketika dikeluarkan daripada bikar yang mempunyai air mendidih.

Adakah kedua-duanya mempunyai tenaga haba yang sama?

Tidak!!!

Mengapa?

Bolt mempunyai tenaga haba yang lebih tinggi sebab ialebih besar daripada paku. Oleh itu ia boleh memindahkan lebih banyak haba kepada air di dalam bikar A.

Sebab itulah suhu air di dalam bikar A lebih tinggi daripada suhu air di dalam bikar B.

Perhatikan Pak Abu dalam slaid seterusnya...

Page 6: Sains  KBSM Tingkatan 1

Haba dan Pemindahannya 6

Pak Abu sangat penat.Dia ingin merendam kakinya di dalam baldi berisi air panas.

Kaki kirinya kini berada di dalam baldi. Kaki kanannya pula terkena percikan air panas.

Kaki manakah yang Pak Abu akan rasakan lebih panas?

Mengapa?

Page 7: Sains  KBSM Tingkatan 1

Haba dan Pemindahannya 8

Semasa musim catuan air, Pak Lah telah mengambil sebuyung air daripada sebuah tasik.

Pak Lah memberitahu anaknya bahawa suhu air di dalam buyungnya adalah sama dengan suhu air di dalam kolam itu.Anaknya pun berkata, “Kandungan tenaga haba di dalam kedua-dua baldi dan tasik adalah sama!”

Bagaimanakah Pak Lah harus menerangkan kepada anaknya bahawa pendapatnya itu tidak benar?

Page 8: Sains  KBSM Tingkatan 1

Haba dan Pemindahannya 10

Kesian saya Si Kurus Kering di sebelah ini. Badannya sejuk

menggigil. Lihat tu, giginya berlaga-laga. Dia patut makan banyak makanan

berlemak, dan hasilkan haba yang unitnya pula ialah Joule.

Wajarkah Si Montel itu berkata sedemikian?

Suhu bilik 17 oC

Mengapa?

Page 9: Sains  KBSM Tingkatan 1

Haba dan Pemindahannya 12

Air radiator kereta Prof. Ivan selalu kering. Maka terfikirlahia untuk mencari cecair penyejuk yang mempunyai takat didihyang lebih tinggi.

MemperkenalkanProfessor Ivan

Adakah anda fikir angan-angan Prof. Ivan itu boleh dilaksanakan? Bincangkan.

Page 10: Sains  KBSM Tingkatan 1

Haba dan Pemindahannya 14

Haba adalah suatu bentuk tenaga:

Haba ialah tenaga yang dipindahkan antara suatu sistem dan persekitarannya hasil daripada perbezaan suhu.

Haba disukat menggunakan sama ada unit kalori atau Joule.

Satu kalori bersamaan dengan haba yang diperlukan untuk menaikkansuhu 1 gram air sebanyak 10C.

Satu Joule pula ialah unit yang digunakan untuk mengukur kerja dan juga boleh digunakan untuk mengukur haba.

Page 11: Sains  KBSM Tingkatan 1

Haba dan Pemindahannya 15

Suhu pula ialah ukuran betapa sejuk atau panasnya sesuatu jasad.

Unit-unit suhu yang digunakan ialah Fahrenheit, Celsius dan Kelvin.

Sesuatu unsur mempunyai takat beku dan takat didih.

Contoh: Air

Fahrenheit Celsius Kelvin

Takat bekuTakat didih

32212

0100

273373

Page 12: Sains  KBSM Tingkatan 1

Haba dan Pemindahannya 16

A

B

CPerhatikan keempat-empat bekas A, B, dan C di atas.Bekas manakah yang mempunyai paling banyak tenaga haba? (Klik pada huruf-huruf yang anda fikirkan betul.)

Isipadu = 50 mlSuhu = 30 0C

Isipadu = 100 mlSuhu = 30 0C

Isipadu = 150 mlSuhu = 30 0C

Penilaian

Page 13: Sains  KBSM Tingkatan 1

Haba dan Pemindahannya 17

A

BC

D

Perhatikan keempat-empat bekas A, B, C dan D di atas.Bekas manakah yang mempunyai paling banyak tenaga haba? (Klik pada huruf-huruf yang anda fikirkan betul.)

Isipadu = 50 mlSuhu = 30 0C

Isipadu = 50 mlSuhu = 60 0C

Isipadu = 100 mlSuhu = 30 0C

Isipadu = 200 mlSuhu = 30 0C

Page 14: Sains  KBSM Tingkatan 1

Haba dan Pemindahannya 18

Kandungan tenaga haba sesuatu jenis bahan yang berlainan isipadu pada suhu yang sama adalah tidak sama.

Kandungan tenaga haba sesuatu jenis bahan yang sama isipadu pada suhu yang sama adalah sama.

Suatu jenis bahan berisipadu lebih besar pada suhu yang sama mengandungi tenaga haba yang lebih banyak.

Adakah kenyataan-kenyataan ini benar?(Klik pada huruf-huruf yang anda fikirkan betul.)

Page 15: Sains  KBSM Tingkatan 1

Haba dan Pemindahannya 21

Sudahkah anda faham apa yang telah dipelajari di dalamtajuk ini?Anda boleh kembali ke slaid-slaid sebelum ini untukmengulangkaji.Sila gunakan butang-butang di bawah.

Kembali ke slaid pertama

Pergi ke slaid akhir

Ke Slaid bolt dan paku

Ke slaid Pak Abu

Ke slaid Pak Lah

Ke slaid Si Montel

Ke slaid Prof. Ivan

Ke slaid Penilaian

Page 16: Sains  KBSM Tingkatan 1

Haba dan Pemindahannya 22

Sains KBSM Tingkatan 1

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungipengarang:

Norizan Ahmad ([email protected])Zuraini Zainal Abidin ([email protected])