rumput hiasan- seranggoon

Upload: mohd-abdul-aziz-azmee

Post on 08-Jul-2015

588 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

2.3 RUMPUT HIASAN Rumput hiasan ditanam untuk mencantikkan lagi pelandskapan sesuatu kawasan. Bagi mereka yang memiliki tanah atau persekitaran rumah yang luas pastinya mahu ia dihias tanaman rumput yang cantik. Ini kerana, kehijauan rumput boleh dimanfaatkan untuk menambah keindahan sesebuah taman. Ia menjadi warna latar yang dapat membantu menyerlahkan keindahan pokok yang ditanam di persekitaran rumah. Kawasan yang perlu ditanam rumput ialah kawasan utama dan kawasan tempat kanak-kanak bermain. Kadang-kadang seluruh kawasan rumah ditanam dengan rumput termasuk kawasan lalu-lalang.

Rajah 7.0 Lanskap hiasasan taman

Pemilihan rumput mesti sesuai dengan keadaan kawasan, jenis tanah, cahaya matahari dan jenis aktiviti yang dijalankan dikawasan tanaman. Selain itu, pemilihannya juga bergantung pada keupayaan tenaga, wang dan masa untuk penjagaan. Terdapat banyak jenis rumput tanaman yang boleh ditanam dikawasan rumah.

Rajah 7.1 Kawasan Lanskap Hiasan di belakang rumah 40

Rumput hiasan boleh terdiri daripada yang berdaun lebar, berdaun tirus dan ada yang bertekstur kasar, sederhana dan halus.[6] Antara jenis rumput hiasan yang selalu digunakan adalah seperti rumput tikar (Axonopus), rumput bermuda (Cynodon Dactylon), rumput serangoon (Digitaria Didacttyla), rumput zoysia (Zoysia Matrella), rumput lipan (Eremochloa Orphiuriodes) dan rumput st augustine (Stenotaphrum Secundatum). Ia menjadi pilihan untuk menstabilkan tanah, merendahkan suhu dan menyerap gas pencemar. Zoysia St. Augustine

Bermuda

Serangoon

Tikar

Lipan

[6 ]. Nor Ain Mohd Rejab. (1993). Lanskap Kediaman Edisi Kedua.

41

2.3.1 RUMPUT SERANGOON 2.3.1.1 Pengenalan Rumput Serangoon atau nama saintifiknya Digitaria didactyla (syn. D. swazilandensis) merupakan antara rumput hiasaan yang selalu ditanam dikawasan rumah. Ia juga ditanam di padang golf. Rumput serangoon dikenali sebagai Queensland blue couch grass di Australia, Swazigrass di Afrika Selatan.

Rajah 7.2 Rumput Seranggon

Rumput ini berasal dari Kepulauan Mascarene dan Madagascar dan kini sudah diperkenalkan kepada kebanyakkan negara Tropika, iaitu sebagai rumput padang. Ia memerlukan tanah yang sentiasa subur dan saliran air yang baik. Rumput ini sesuai ditanam dikawasan landskap yang terdedah kepada cahaya matahari sepenuhnya. Rumput ini juga tahan dipotong rapat dan dipijak tetapi memerlukan penyelenggaraan tinggi dan penjagaan rapi bagi pertumbuhan yang segar dan menarik. Rumput ini boleh dibiakkan dengan keadah pembiakan biji benih atau tampang (vegetatif). Ia boleh dipotong hingga ke ketinggian 4.4mm dan adalah tumbuhan yang biasa hidup dikawasan tropika dan subtropika. Ia tahan dilitupi air untuk jangkamasa pendek (tahan banjir) dan boleh 'mengharungi' musim kemarau dengan mengecut atau menggugurkan daun. Ia tahan lindungan dan amat sesuai dikeliling bangunan. Ia lambat panjang dan kurang perlukan baja.

42

2.3.1.2 Ciri Botani Daunnya tirus dan berwarna hijau kebiru-biruan. Bersaiz kecil, rumput ini menjalar dan daunnya tirus kira-kira 3 cm dan lebar daunnya 5mm.Rumput ini mempunyai bebawang pelindung. Ia dikategorikan sebagai rumput jenis daun

sederhana lebar dan sederhana kasar. Ia boleh tumbuh sehingga 20 cm tinggi dengan daun yang padat. Rumput ini mempunyai stolon yang panjang.

PENGELASAN SAINTIFIK[7] Alam Division Kelas Order Famili : : : : : Poaceae (alt. Gramineae) Magnoliopyta Liliopsida- Monocotyledons Cyperales Poaceae Barnhart Panicoideae : : : Paniceae Digitaria didactyla Wild

Subfamili : Tribe Subtribe Genus

[7].https://www.uni-hohenheim.de/www380/380a/LectureNotes/Digitaria.pdf

43

2.3.1.3 Amalan Kultur 2.3.1.3.1Cara menanam rumput taman. Rumput boleh disemai terus daripada bijji benih. Cara inilah yang paling mudah dijalankan tetapi jarang-jarang digunakan kerana biji benih sukar diperoleh di negara ini. Biji benih rumput kebanyakkannya terlalu halus dan terpaksa dicampur dengan pasir atau tanah halus supaya mudah ditabur. Biji benih ini boleh ditabur diseluruh kawasan dengan cara memasukkan dalam barisan lubang sedalam 25mm atau ditabur sama rata di atas kawasan yang disediakan.

Rajah 7.3 Penaburan biji benih mengikut dua arah supaya kawasan dipenuhi sama rata

Bij benih ini kemudian ditimbus kira-kira 10mm tebal. Tanah dipadatkan dengan penggelek supaya biji benih dapat bercambah dan tumbuh dengan baik. Untuk memastikan taburannya sama rata, biji benih eloklah ditabur mengikut dua arah yang berlainan. Masalah yang didapati apabila menanam biji benih ialah pertumbuhannya tidak sama rata. Begitu juga, rumpai lain kemungkinan akan tumbuh jika biji benih rumput lambat bertambah dan ini akan menghalangkan rumpu tumbuh dengan baik. Cara begini juga tidak berapa sesuai kerana biji benih akan dimakan oleh burung atau semut menyebabkan peratus percambahannya rendah. Biji benih rumput juga terdedah kepada kekeringan dan perlu disiram sehingga bercambah. Hujan yang lebat dan saliran air yang kurang memuaskan boleh menyebabkan bij benih ini hanyut sebelum bercambah atau rosak jika terlalu lama terendam dalam air.44

7.4 Menanam rumput secara penspringan, iaitu menggunakan stolon

Selain menggunakan biji benih, rumput taman juga boleh ditanam dengan stolon atau rizom. Potong stolon atau rizom(yang mempunyai sedikit daun dan akar) sepanjang 80mm-20mm. Tanam stolon atau rizom ini dalam barisan yang berjarak 150mm-200mm dan jarak di antara stolon atau rizom 30mm-150mm. Cara penanaman begini dinamakan pensprigan. Jarak menanam sprig ini bergantung kepada jenis rumut tanaman yang hendak ditanam, berapa cepat kawasan yang hendak kawasan. ditutup dengan rumput, jumlah bahan tanaman yang ada dan luas

Rajah 7.5 Cara menanam rumput secara pligging

Cara menanam rumput yang lain adalah dengan menggunakan kepingan rumput sebesar 30cm - 90cm. Cara ini dinamakan plugging. Kepingan rumput (plug) ditanam di atas tanah yang disediakan dengan jarak150cm- 300cm. Untuk pertumbuhan yang cepat, kepingan rumput perlu ditanam rapat-rapat sejarak 80mm.45

Rajah 7.6 Cara pengesodan

Kepingan rumput yang diletakkan rapat-rapat juga menghasilkan pertumbuhan yang sama rata dan mencegah pertumbuhan rumpai. Selepas menanam, gelekkan kawasan supaya rumput menjadi rata. Cara begini memerlukan modal yang banyak untuk bahan tanaman. Cara penanaman rumput yang paling cepat untuk menutup kawasan adalah dengan pengesodan, iaitu kepingan rumput 300mm lebar dan 300mm panjang atau lebih diletakkan rapat-rapat dikawasan yang disediakan. Cara ini memang memberi kesan segera tetapi kosnya sangat tinggi. Kadang-kadang kepingan rumput berukuran 300mm X 300mm diatur berselang-seli di antara kepingan rumput. Cara begini selalunya digunakan dilereng bukit, misalnya ditepi lebuh raya untuk mengelakkan tanah runtuh atau hakisan. Dilereng bukit, kepingan rumput ini ditanam dengan memacakkan kayu tajam 150mm panjang untuk mengelakkan kepingan rumput jatuh. Kadangkala dawai mata punai atau buluh digunakan yang diatur berselang-seli diatas rumput yang ditanam.v. Bagi penanaman secara biji benih, biji benih yang diperlukan ialah 1kg untuk kawasan 1 meter persegi. Bagi cara penspigan dan plungging, berikut ialah kadar benih yang diperlukan untuk kawasan yang berukuran 100 meter persegi:

46

JADUAL PENANAMAN RUMPUT MENGIKUT SAIZ, JARAK TANAMAN DAN LUAS[8 ] Cara menanam Pensprigan Pensprigan Plugging Plugging Plugging Pengesodan Pengesodan 50 mm 50 mm 100 mm 300 mm X 300mm Saiz Jarak tanaman 300 mm 150 mm 300 mm 150 mm 300 mm 300 mm rapat Keperluan (meter persegi) 10 20 30 100 100 100 1000

2.3.1.3.2 Penjagaan Rumput Taman Dari segi penanaman rumput taman. Masalah yang selalu dihadapi oleh tuan rumah ialah bagaimana hendak mendapatkan rumput yang cantik dan hijau sepanjang masa. Penjagaan rumput taman memanglah rumit terutama jika rumput yang ditanam berdaun halus. Rumput jenis ini perlu dipotong dan digelek pada masa yang tertentu. Pembajaan mestilah mengikut jadual, penyiraman hendaklah mencukupi terutama pada musim panas dan rumpai, serangga dan penyakit dikawal dengan rapi. 2.3.1.3.3 Memotong dan Menggelek Rumput Rumput taman mestilah selalu dipotong bukan sahaja untuk kelihatan cantik dan kemas tetapi juga untuk mencepatkan pertumbuhannya. Jika rumput ini cepat menutup bumi, maka kuranglah pertumbuhan rumpai. Cara memotong rumput adalah berbeza antara rumput berdaun halus dengan jenis rumput berdaun lebar, di samping mengikut jenis kegunaan tempat. Rumput berdaun halus seperti Seranggon perlu dipotong lebih rapat dan kerap. Tinggi rumput yang perlu di potong mestilah sesuai dengan tempat rumput ditanam. Jika pemotongan dibuat terlalu lewat, padang atau kawasan akan kelihatan seperti terbakar kerana daun rumput ini habis terpotong dan yang tinggal hanya batangnya yang kasar.[ 8]. Nor Ain Mohd Rejab. (1993). Lanskap Kediaman Edisi Kedua.

47

Rajah 7.7 Memotong rumput secara dua hala supaya ketinggian sama rata

Cara pemotongan rumput juga amat mustahak untuk mendapat halaman yang kemas dan potongan yang sama tinggi bagi semua bahagian kawasan. Rumput yang dipotong (jika banyak) eloklah disapu dari permukaan kawasan supaya kelihatan bersih, kemas dan cantik. Jika rumput yang dipotong sedikit dan tidak mencacatkan

pemandangan, eloklah ditinggalkan supaya dapat dijadikan baja organik apabila mereput. Mesin yang digunakan untuk memotong rumput ialah jenis kili (reel) dan tajam, terutamanya untuk memotong daun berdaun halus. Mesin yang mempunyai bilah pisau yang tumpul akan merosakkan daun rumput dan kawasan akan kelihatan tidak kemas selepas dipotong. Rumput mudah mengalami kerosakan setiap kali dipotong. Untuk mengelakkan kerosakan, rumput perlu dipotong mengikut cara yang betul.

Rajah 7.8 Mesin penggelek digunakan untuk meratakan dan memadatkan rumput 48

Rumput mestilah dipotong apabila ukurannya tidak terlalu panjang atau pendek. Pemotongan rumput yang terlalu pendek atau panjang boleh menyebabkan rumput terkejut dan sukar untuk tumbuh seperti biasa. Rumput menjadi lemah dan mudah diserang penyakit dan serangga. Kekerapan memotong rumput boleh mengurangkan kejutan kerana daun rumput dipotong pada satu masa. Rumput juga seelok-eloknya dipotong semasa keadaannya segar, iaitu pada waktu pagi atau petang. Arah pemotongan perlu diselang-selikan untuk menghasilkan pertumbuhan rumput yang sama rata. Rumput tanaman yang berdaun halus perlu digelekkan dua kali seminggu untuk memadatkannya dan mengelakkannya tumbuh tidak sama tinggi. Gelekan eloklah dibuat selepas rumput dipotong. Mesin penggelek yang digunakan mestilah tidak terlalu berat dan tidak terlalu ringan supaya gelekannya berkesan dan tidak perlu diulangulang. Mesin penggelek yang terlalu berat pula akan membebankan kerja dan merosakkan rumput.

2.3.1.3.4 Pembajaan Rumput tanaman memerlukan nutrient yang cukup untuk pertumbuhan yang subur. Untuk menghijaukan daun, baja yang sesuaidigunakan perlu mempunyai nisbah NPK 14:14:14 atau 15:15:15. Baja yang selalu digunakan ialah Nitoposka Hijau atau urea. Pembajaan boleh dilakukan enam kali setahun dengan kadar antara 3.5 kg hingga4.0 kg tiap-tiap 100 meter persegi. Baja nitrogen boleh ditambah untuk meningkatkan untuk meningkatkan pertumbuhan dan menghijaukan daun. Rumput jenis halus seperti Seranggoon memerlukan baja nitrogen yang lebih, iaitu antara 4.0 kg hingga 4.5 kg bagi 100 meterpersegi setahun. Baja ini elok diberi tiap-tiap bulan atau empat kali setahun selepas rumput dipotong. Pembajaan perlu dibuat dengan cara menabur, menyiram atau menggunakan alat jentera. Apabila membaja rumput, tentukan baja ditabur sama rata dan tidak berlonggok. Baja tidak harus digunakan secara berlebihan kerana ini akan melecuhkan49

daun rumput. Pembajaan paling sesuai dijalankan sebelum hujan turun. Baja urea atau baja NPK juga boleh digunakan secara bancuhan dengan air dan disiram ke atas rumput. 2.3.1.3.5 Penyiraman Air Seperti tanaman lain, ruput juga memerlukan air yang mencukupi untuk tumbuh dengan subur, terutama pada musim kemarau. Jika kawasan yang ditanam dengan rumput selalu lembap dan mendapat air hujan yang mencukupi, penyiraman tidak perlu dilakukan. Tanda rumput taman tidak mendapat air yang mencukupi ialah daunnya berwarna kekuningan, layu dan bergulung. 2.3.1.3.6 Pengawalan Rumpai Rumpai tidak harus dibiarkan bertapak di kawasan taman kerana ini akan mencacatkan kawasan rumput dan juga menambahkan beban kerja penjagaan. Cara yang paling baik dan murah untuk mengawal rumpai ialah dengan amalan holtikultur yang betul sebelum dan semasa penanaman, serta penjagaan yang baik. Amalan holtikultur yang patut dijalankan ialah: a) Menyembur racun pada rumput asal atau rumpai yang terdapat di kawasan sebelum penanaman. b) Menggemburkan tanah supaya benih rumpai yang ada di dalam tanah dapat didedahkan kepada cahaya matahari, dan jika perlu, biarkan benih ini bercambah dan tumbuh supaya dapat disembur sekali lagi dengan racun rumpai. c) Membuang segala rumpai yang tumbuh bersama-sama benih rumput. Kerja merumpai perlu sentiasa dibaut dan tidak ditangguhkan sehingga rumpai merebak. d) Membuang rumpai yang tumbuh di kawasan rumput taman dengan menggali dan mencabutnya keluar dengan akar umbinya sekali atau menyemburkan racun rumpai. e) Membaja mengikut jadual supaya rumput tumbuh dengan subur dan menutupi tanah dengan cepat. f) Memotong rumput mengikut jadual dan ketinggian potongan.50

g) Menentukan semua akar tunjang rumpai jenis nut grass atau duri semilu dikeluarkan dari dalam tanah. h) Merumpai dengan cangkul, mencabut atau dengan menggunakan racun rumpai. Kadar yang biasa digunakan ialah lebih kurang kg dan 2 kg bahan aktif sehektar atau mengikut arahan label racun tersebut.

2.3.1.4 Pengawalan Penyakit dan Serangga Perosak[9 ] Rumput mudah diserang penyakit dan seerangga perosak jika kawasan yang ditanam dengan rumput tidak mempunyai saliran air yang betul, pembajaan yang mencukupi, jadual pemotongan yang betul dan system penyiraman yang betul. Pengetahuan tentang cara-cara penyenggaraan ini mustahak kerana kadangkadang kerosakan yang berpunca daripada penyenggaraan yang tidak betul boleh disalah anggap sebagai serangan penyakit. 2.3.1.4.1 Penyakit 2.3.1.4.1.1 Rizoctonia solani

Rajah 7.9 Penyakit Rizoctonia

Kulat ini selalunya menyerang rumput taman jenis halus dan sederhana. Rumpu Seranggoon akan diserang jika sentiasa dalam keadaan basah atau jika sentiasa dalam keadaan basah atau jika dibaja secara berlebih-lebihan. Tanda jangkitan kulat ini ialh tompok-tompok bulat berwarna coklat yang berukuran 10 mm-10 mm.

51

Kulat ini boleh dikawal dengan menggunakan baja yang tinggi kandungan nitrogen dan mengelakkan penyiraman pada waktu petang. Selain itu, kulat ini boleh dicegah dengan semburan racun kulat Zineb, Thiram atau Manzate. 2. 3.1.4.1.2 Sclerotini hoeocarpa Kulat ini menyerang rumput taman yang kekurangan air dan nitrogen. Tanda jangkitan kulat ini ialah tompok-tompok berwarna kekuningan yang berukuran 20 mm60mm dan cengkung di bawah. Daun di tepi bulatan tompok menjadi keputihan.

Kulat ini boleh dikawal dengan menambahkan baja nitrogen dan menyiram air yang lebih. Racun kulat yang sesuai digunakan ialah Zineb dan Thiram.

Rajah 8.0 Penyakit Sclerotini hoeocarpa

2.3.1.4.2 Perosak 2.3.1.4.2.1 Cut worm Ulat ini berwarna coklat gelap dan anggaran besarnya 50 mm panjang. Ulat ini juga memakan daun dan batang rumput. Cara pengawalannya adalah dengan

menyemburkan racun serangga seperti Sevin dan Diazinon. 2.3.1.4.2.2 Semut Semut juga boleh merosakkan rumput tanaman. semut menggorek tanah dan merosakkan akar rumput. Racun serangan semut sama seperti Sevin dan Diazinon.

52

2.3.1.5 Kaedah Pembiakan 2.3.1.5.1 Kaedah Rizom Selain menggunakan biji benih, rumput taman juga boleh ditanam dengan stolon atau rizom. Potong stolon atau rizom(yang mempunyai sedikit daun dan akar) sepanjang 80mm-20mm. Tanam stolon atau rizom ini dalam barisan yang berjarak 150mm-200mm dan jarak di antara stolon atau rizom 30mm-150mm.

Rajah 8.1 Kaedah Rizom dan Stolon

Cara penanaman begini dinamakan pensprigan. Jarak menanam sprig ini bergantung kepada jenis rumut tanaman yang hendak ditanam, berapa cepat kawasan yang hendak kawasan. 2.3.1.5.2 Faktor Kejayaan Faktor kejayaan teknik ini ialah kerana jika menggunakan kaedah rizom ia lebih mudah dilakukan berbanding jika menggunakan biji benih. Selai itu, anak pokok yang dihasilkan juga adalah cepat matang. Bahkan anak pokok yang dihasilkan akan tumbuh secara seragam dan mengeluarkan baka tulen. ditutup dengan rumput, jumlah bahan tanaman yang ada dan luas

53

2. 3.1.6 Varieti Seranggoon berbeza sedikit dari tanaman atau rumput yang lain. Jenis-jenis variatinya dapat dikelaskan melalui jenis genus rumput ini.

Digitaria sanguinalis

Digitaria sp.

Digitaria ciliaris

Crap grass

2 3.1.7 Kegunaan Kegunaan rumput ini ialah sebagai rumput turf. Selain itu rumput ini digunakan juga untuk mencantikkan kawasan lanskap tanaman di kebun-kebun, taman-taman dan di kawasan lanskap hiasan.

Rajah 8.2 Kegunaan rumput hiasan

54