rph membaca kvkv

6
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KHAS KHAS Tarikh : 1 April 2015 Hari : Rabu Masa : 60 minit (10.50 pagi – 11.15 pagi) Tahun/ Kelas : PPKI Baiduri 2 Jumlah Murid : 7 orang Matapelajaran : Bahasa Melayu Kemahiran Bahasa : Kemahiran lisan, membaca, dan menulis. Nilai Murni : bersungguh-sungguh, kerjasama, kejujuran, kesabaran, berkeyakinan. Kemahiran Bernilai Tambah : 1. Kecerdasan Pelbagai (verbal-linguistik, muzik, kinestetik) 2. Kemahiran Belajar (mendengar dengan aktif, membaca mekanis) 3. KBKK (menghubungkait, mmbeza dan mengecam bunyi suku kata dan perkataan, dan mengingat semula) Kategori Tahap Akademik : Sederhana Kemahiran 1.0 Membaca dan memahami perkataan 1.1 membaca dan memahami perkataan yang mengandungi suku kata terbuka kv+kv Tema Diri Saya

Upload: ieta-yatim

Post on 18-Dec-2015

281 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

book

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN KHAS KHAS

Tarikh

:1 April 2015Hari

:RabuMasa

:60 minit (10.50 pagi 11.15 pagi)Tahun/ Kelas

:PPKI Baiduri 2Jumlah Murid

:7 orang

Matapelajaran

:Bahasa Melayu

Kemahiran Bahasa

:Kemahiran lisan, membaca, dan menulis.

Nilai Murni

:bersungguh-sungguh, kerjasama, kejujuran, kesabaran, berkeyakinan.Kemahiran Bernilai Tambah: 1. Kecerdasan Pelbagai (verbal-linguistik, muzik, kinestetik)

2.Kemahiran Belajar (mendengar dengan aktif, membaca mekanis)

3.KBKK (menghubungkait, mmbeza dan mengecam bunyi suku kata dan perkataan,

dan mengingat semula)

Kategori Tahap Akademik : Sederhana

Kemahiran1.0 Membaca dan memahami perkataan

1.1 membaca dan memahami perkataan yang mengandungi suku kata terbuka kv+kv

Tema Diri Saya

TajukAnggota Badan Saya

Hasil Pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat

1. mengenal perkataan (kvkv) dengan cara mengeja dan menyebut sekurang-kurangnya 3 daripada 5 perkataan (kvkv) dengan betul berdasarkan Kad Gantung Perkataan Bergambar.

2. mengenal perkataan (kvkv) dengan cara membaca sekurang-kurangnya 3 daripada 5 ayat mudah yang mengandungi perkataan (kvkv) berdasarkan Kad Ayat Mudah.

3. Mengenal perkataan (kvkv) dengan cara menulis dengan betul sekurang-kurangnya 3 daripada 5 perkataan (kvkv) berdasarkan lembaran kerja Namakan Saya yang diberi.

Pengetahuan Sedia AdaMurid sudah boleh menyebut,membaca, dan menulis suku kata (kv) dengan batul.

Bahan Bantu MengajarLangkah P&PBahan Bantu Mengajar

1. Set Induksi

Carta lirik lagu Badan Saya

2. Langkah 1

Kad Gantung (suku kata, perkataan,gambar)

3. Langkah 2

Kad Ayat Mudah

4. Langkah 3 Lembaran kerja : Namakan Saya

5. Penutup Carta lirik lagu Badan Saya

LangkahAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Set Induksi

( 5 minit )

Nyanyian lagu Badan Saya :

1. Guru memaparkan Carta lirik lagu Badan Saya.

2. Guru membuat demonstrasi nyanyian dan gaya.

3. Murid mengikut nyanyian guru bersama gaya.

4. Nyanyian diulang sehingga murid mendapat rentak muzik dan lirik dengan lancar.5. Guru mengaitkan nyanyian dengan isi pelajaran iaitu belajar menyebut beberapa nama anggota badan kita,

BBM : Carta lirik lagu Badan Saya.

KBKK :

Mengingat lirik dan ritma lagu.

KBT :

-Kecerdasan Pelbagai (KP) :

Muzik, kinestetik, verbal-linguistik

Nilai :

Berkeyakinan

Langkah 1

( 20 minit ) Ejaan dan Sebutan Perkataan Bergambar :

1. Guru memaparkan Kad Gantung yang tertera perkataan(suku kata) dan gambar anggota badan.

2. Guru mengeja dan menyebut perkataan. Murid mengikut dengan kuat secara kelas dan individu.3. Latih tubi dan ulangan ejaan dan sebutan sehingga semua murid menguasai kemahiran ini.

BBM :Kad Gantung (Suku kata, Perkataan, gambar)

KBKK :

menghubungkait, membeza dan mengecam bunyi perkataan.

KBT :-Kemahiran Belajar (KB) :

Mendengar dengan aktif.

Membaca secara mekanis.

-Kecerdasan Pelbagai (KP) :

Verbal-Linguistik.

Nilai :

Sabar

Berusaha

Langkah 2

( 15 minit ) Bacaan Kad Ayat Mudah :1. Guru memaparkan kad ayat mudah yang mengandungi perkataan (kvkv) yang telah dipelajari.

2. Secara kelas, murid diminta membaca ayat mudah tersebut dengan bimbingan guru (jika perlu).

3. Ulangan bacaan secara individu.

BBM :Kad Ayat Mudah

KBKK :

menghubungkait, membeza dan mengecam bunyi perkataan dan ayat.

KBT :

-Kemahiran Belajar (KB) :

Mendengar dengan aktif.

Membaca secara mekanis.

-Kecerdasan Pelbagai (KP) :

Verbal-Linguistik.

Nilai :

Ketekunan

Bersungguh-sungguh

Langkah 3

( 15 minit ) Lembaran Kerja :

1. Murid diberi helaian lembaran kerja Namakan Saya.2. Murid menjawab latihan tersebut dengan bimbingan guru (jika perlu).

3. Guru menyemak jawapan bersama murid.BBM :Lembaran Kerja Namakan Saya.

KBKK :

Mengingat semula

Nilai :

Kejujuran

Penutup

( 5 minit ) Nyanyian Lagu Badan Saya1. Murid diminta menyanyikan sekali lagi lagu Badan Saya dengan penuh bersemangat dengan gaya menarik.BBM :

Carta Lirik Lagu Badan Saya

Nilai : Kerjasama.

Badan Saya

Gigi, dagu, dan bahu, dan bahu, dan bahu,

Gigi, bahu, dan bahu, siku, dan jari !

Itu dagu bapa.

Nani ada gigi.

Bahu Raju dua.

Siku Siti luka.

Jari Jali lima.