rph konstruktivisme
DESCRIPTION
contoh rancangan pengajaran Matematik tahun 4 berasaskan module konstruktivismeTRANSCRIPT
1
PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU MATEMATIK SEKOLAH RENDAH
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS
KURSUS
Pemantapan Pedagogi Guru Matematik Tahap 2 Sekolah Rendah
(Kreativiti Dalam P&P)
Topik Kreativiti dan Inovasi
Kod Kursus MTSR1
Masa 2 jam
Personel Penceramah
A. Objektif Pada akhir sesi ini, peserta dapat :
1. Memahami kepentingan perkaitan proses kreatif terarah dengan model konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran
2. Mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model konstruktivisme
B. Kandungan Kursus Model proses kreatif terarah, model konstruktivisme, perkaitan proses kreatif terarah dengan model konstruktivisme, contoh persediaan mengajar yang mengaplikasi proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model konstruktivisme.
C. Kaedah Syarahan, perbincangan, sumbangsaran, aktiviti ’hands-on’, bengkel
D Bahan Pengajaran Nota, power-point
E Alatan LCD, komputer, papan putih, pen marker dan kertas mahjung
F Penilaian 1. Pembentangan 2. Penyediaan persediaan mengajar dan instrumen penilaian
G Rumusan/Refleksi
2
Kandungan Kursus
Model Proses Kreatif
Model diperlukan untuk memberikan gambaran secara keseluruhan tentang proses kreatif.
Melalui model, urutan, perkaitan, corak, aliran dan organisasi dapat ditunjukkan. Model juga
amat penting untuk minda berfungsi kerana membenarkan kita untuk menjangkau keperluan,
langkah dan tindakan akan datang . Terdapat banyak model proses kreatif seperti model
penyelesaian masalah kreatif dan model yang umum dan boleh diaplikasikan oleh semua
disiplin ilmu di samping mengambil kira model pengajaran dan pembelajaran yang
menekankan kreativiti seperti pembelajaran berteraskan masalah/projek, inkuiri-penumuan dan
konstruktivisme
Model Proses Kreatif Terarah
Model Proses Kreatif Terarah sesuai dijadikan model umum proses kreatif untuk diaplikasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Model Proses Kreatif Terarah mempunyai ciri yang
berikut:
Menggabungkan konsep pelbagai model pemikiran kreatif yang ada sebelum ini termasuk
model penyelesaian masalah kreatif dan model membuat keputusan kreatif.
Terdapat keseimbangan antara imaginasi dan analisis
Melibatkan pemikiran kritis dan kreatif.
Melibatkan kedua-dua proses mental, iaitu kognisi dan metakognisi
Model Proses Kreatif Terarah mempunyai empat fasa yang terdiri daripada Fasa Persediaan,
Fasa Imaginasi, Fasa Perkembangan dan Fasa Tindakan. Fasa Persediaan bermula dengan
pemerhatian sehingga proses analisis secara berfikrah, situasi, objek dan karya, cara sesuatu
itu berfungsi atau gagal dan sebagainya. Maklumat yang diperoleh melalui pemerhatian dan
analisis disimpan dalam proses oleh minda.
Dalam Fasa imaginasi, idea dijanakan untuk mencari hubung kait dan gabung jalin
dengan menggunakan teknik seperti sumbangansaran. Seterusnya dalam Fasa
Perkembangan, penambahbaikan terhadap hasil idea perlu dijalankan sebelum penilaian
terakhir.
Suatu ciptaan asli tidak bermakna dan tidak bernilai jika tidak digunakan atau tidak
dilaksanakan. Semua idea baharu yang dilaksanakan membawa perubahan dalam kehidupan
harian dan menggerakkan individu untuk memulakan semula pemerhatian dan penganalisisan.
Melalui fasa tindakan ini, kreativiti menjadi amalan berterusan.
Model Proses Kreatif Terarah sangat sesuai dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran kerana model ini selari dengan model pengajaran dan pembelajaran sedia ada
yang memupuk kreativiti dalam kalangan murid.
Dalam membangunkan domain kreativiti, salah satu strategi pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai diaplikasikan oleh guru ialah model konstruktivisme.
3
Model Konstruktivisme
Konstruktivisme adalah satu fahaman di mana individu membina pengetahuan sendiri.
Pengetahuan bukan dipindahkan daripada orang atau sumber lain. Individu membina
pengetahuan baru secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada.
Secara ringkas, konstruktivisme mengaplikasikan lima prinsip utama (5Es: engage, explore,
explain, elaborate, evaluate) iaitu
Melibat – guru menyoal dan merangsang minat dan rasa ingin tahu murid, murid
melibatkan diri
Meneroka – guru mencungkil, murid mengumpul maklumat dan meneroka
Menjelas – murid memberi penjelasan, justifikasi, dan mempersoalkan jawapan
Mengembang - murid membuat perkaitan dan melanjutkan konsep
Menilai – guru mentaksir pemahaman murid, murid menunjukkan pemahaman konsep
Fungsi utama guru ialah sebagai pemudah cara pembelajaran, guru merancang dan
mewujudkan suasana pembelajaran yang membolehkan murid memperolehi pengalaman
pembelajaran yang dihajati.
Perkaitan proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran model konstruktivisme
Model P &P Proses Kreatif Terarah
Persediaan Imaginasi Perkembangan Tindakan
Konstruktivisme Orientasi idea berasaskan pengetahuan sedia ada
Penstrukturan idea
Meneroka
Menjelas
Konstruk idea baru
Penjelasan lanjut
Aplikasi idea
Penilaian
Kaji semua perubahan Idea
Penyiasatan lanjutan
Proses kreatif terarah dalam pengajaran dan pembelajaran, perlu diikuti langkah demi langkah
bermula daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan.
4
Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan Model Konstruktivisme( modul 1) CONTOH 1 Tajuk: Masa dan Waktu Bidang: Membaca dan Menulis Masa Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk: Menulis waktu dalam sistem 12 jam Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: ii Menulis waktu dalam jam dan minit Objektif pembelajaran: Murid memahami, membaca dan menulis waktu dalam jam dan minit Masa: 60 minit (2 waktu)
FASA CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASI
1. Persediaan
Orientasi idea berasaskan pengetahuan sedia ada.
Guru bersama pelajar menyanyikan lagu ’air pasang dalam’ Lirik lagu: Air pasang dalam, Surut pukul lima, Nyonya bangun pagi, Siram pokok bunga. Pokok bunga melur, Ditanam tepi kolam, Itik bertelur, Ayam mengeram. Minta murid menyebut waktu air surut Minta murid menyatakan alatan yang mereka gunakan untuk menentukan masa.
Bolehkah kamu menyanyikan lagu ini bersama guru? Di manakah kejadian air pasang surut berlaku? Pukul berapakah air surut ? Alatan apakah yang kamu gunakan untuk menentukan waktu?
2. Imaginasi Penstrukturan idea
Paparkan kepada murid beberapa keping gambar jam digital. Minta murid menjelaskan cara menentukan waktu dengan menggunakan jam digital
Apakah jenis jam yang ditunjukkan ? Bagaimana anda menentukan waktu dengan menggunakan jam digital?
5
Meneroka Menjelas Konstruk idea baru
Paparkan kepada murid beberapa keping gambar jam analog.
Meminta murid menyatakan lokasi jam analog yang pernah mereka lihat Meminta murid menyatakan ciri-ciri jam analog. Minta murid menerangkan fungsi bahagian jam dan cara menentukan waktu dengan menggunakan jam analog Membimbing murid untuk menggunakan unit masa yang betul
Di manakah anda pernah melihat jam ini? Apakah ciri-ciri yang terdapat pada jam analog?. Apakah fungsi jarum pendek dan jarum panjang pada muka jam? Bagaimanakah anda menggunakan nombor pada jam untuk menentukan waktu? Bolehkah kamu menggunakan sifir lima untuk menentukan nilai minit? Apakah unit yang digunakan untuk menunjukkan waktu pagi? Apakah unit yang digunakan untuk menunjukkan waktu tengah hari, petang dan malam?
3. Perkembangan Penjelasan lanjut Aplikasi idea
Membahagi kumpulan pelajar secara berpasangan Mengedarkan kertas keras, kertas warna, gunting, paku tekan, gam dan gabus kepada setiap kumpulan. Pelajar akan membina model jam binaan. Meminta pelajar menunjukkan masa yang diberi pada model jam binaan (boleh dikaitkan dengan aktiviti yang
Anda dikehendaki membentuk kumpulan secara berpasangan Apakah masa yang diberi pada model jam binaan anda ?
6
sesuai) a. 2:05 am b. 6:37 pm c. 1:50 pm d. 10:58 am
Membimbing pelajar memperoleh jawapan yang betul
4. Tindakan
Penilaian
Meminta pelajar menulis masa yang ditunjukkan pada model jam a.
b.
Apakah masa yang ditunjukkan pada model jam ? Pastikan kalau pada waktu pagi gunakan unit ’am’ Pastikan kalau pada waktu tengahari, petang dan malam gunakan unit ’pm’
7
Penyiasatan lanjutan Kaji semua perubahan idea
c.
d.
Membimbing pelajar menulis waktu dengan format yang betul Mengedarkan lembaran kerja Membuat penerangan semula dalam kumpulan kecil kepada murid yang kurang memahami. Bincangkan hasil kerja murid
8
5. Penutup
Membimbing pelajar menyatakan
fungsi jarum jam dan minit
Membimbing pelajar menyatakan sifir 5
boleh digunakan untuk menentukan
minit.
Membimbing pelajar mengingat
kembali cara menulis waktu dengan
betul
Memberi hadiah kepada pelajar yang dapat menyatakan konsep dengan tepat dan pelajar yang membina model jam yang tercantik
Apakah fungsi jarum jam dan minit ? Apakah sifir yang boleh digunakan untuk menentukan nilai minit? Apakah unit masa yang digunakan untuk menunjukkan waktu pagi? Apakah unit masa yang digunakan untuk menunjukkan waktu tengah hari , petang dan malam ?
Pentaksiran
Berdasarkan keupayaan murid menjawab soalan di lembaran
Nilai dan Sikap
Terapkan nilai sikap bekerjasama terutama sewaktu melakukan aktiviti.
9
Lembaran kerja
Nama:…………………………………………………………….. Tahun……………………………………
Tarikh:………………………….
1. Tempatkan jarum jam dan minit pada Permukaan jam mengikut masa di bawah
2:10 pm 5:27 am 10:45 pm 6:56 am
2. Tuliskan waktu yang ditunjukkan.
am am pm pm
10
Contoh Persediaan Mengajar yang menggunakan Model Konstruktivisme CONTOH 2 Tajuk : Panjang Bidang : Operasi Asas Melibatkan Panjang Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk: Menambah dalam ukuran sentimeter dan milimeter Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk: i. menambah ukuran panjang melibatkan unit bercampur. Objektif pembelajaran: Murid memahami operasi tambah ukuran panjang Masa: 60 minit (2 waktu)
FASA CADANGAN AKTIVITI CADANGAN KOMUNIKASI
6. Persediaan
Orientasi idea berasaskan pengetahuan sedia ada.
1. Guru menunjukkan sebatang pensel.
2. Murid menganggar panjang pensel tersebut.
3. Guru meminta seorang murid untuk mengukur panjang pensel menggunakan pembaris dalam unit sentimeter.
4. Guru meminta seorang lagi murid untuk mengukur panjang pensel yang sama menggunakan pembaris dalam unit milimeter.
5. Guru meminta murid membuat rumusan panjang pensel dalam unit sentimeter dan milimeter.
Apakah yang cikgu pegang ? Berapakah anggaran ukuran pensel ini ? Apakah alatan yang kamu gunakan untuk mengukur ukuran panjang ? Bagaimanakah kamu hendak mengukur ukuran panjang pensel ini ? Apakah unit ukuran yang dapat kamu peroleh ?
11
7. Imaginasi Penstrukturan idea Meneroka Menjelas Konstruk idea baru
Guru mengedarkan seutas reben panjang . Guru mengarahkan murid memotong reben dalam ukuran ;
a. 5 cm b. 77 mm c. 3 cm 8mm
Minta murid menjelaskan cara menentukan ukuran dengan menggunakan pembaris Guru mengedarkan penyedut minuman kepada murid. Minta pelajar memotong penyedut minuman dalam ukuran :
a. 5 cm b. 77 mm c. 3 cm 8mm
Minta murid membandingkan ukuran panjang reben dengan penyedut minuman. Minta pelajar memberikan perbezaan atau persamaan antara reben dan penyedut minuman.
Apakah bahan yang diedarkan ? Bagaimana anda menentukan ukuran reben yang dipotong ? Bagaimana anda menentukan ukuran penyedut minuman yang dipotong? Adakah panjang reben dan penyedut minuman yang dipotong berbeza atau mempunyai persamaan ?
8. Perkembangan Penjelasan lanjut
Guru meminta murid mencantumkan reben dan penyedut minuman yang mempunyai ;
a. unit yang sama b. unit yang berlainan c. unit yang bercampur
Guru menerangkan penambahan unit ukuran panjang dalam bentuk lazim. ( Rujuk Lampiran)
Adakah dua bahan yang dicantum mempunyai unit yang sama?
12
Aplikasi idea
Guru mengemukakan soalan dan meminta pelajar menyelesaikan soalan yang diberi.
a. 7 cm + 38 cm =______cm b. 25 mm + 42 cm
i. _____________cm ii. _____________mm
c. 12 cm 3 mm + 36 cm 5 mm =_______cm _______ mm
Membimbing pelajar memperoleh jawapan yang betul
Adakah dua bahan yang dicantum apabila dibuat dalam bentuk lazim mendapat hasil jawapan yang sama ?
9. Tindakan
Penilaian Kaji semua perubahan idea Penyiasatan lanjutan
Guru mengedarkan lembaran aktiviti ( Lampiran A ) Murid diberi masa 10 minit untuk menyelesaikan tugasan dalam kumpulan. Kumpulan yang dipilih secara rawak membentangkan hasil perbincangan. Membimbing pelajar menulis penambahan ukuran panjang dalam bentuk lazim. Mengedarkan lembaran kerja Membuat penerangan semula dalam kumpulan kecil kepada murid yang kurang memahami. Bincangkan hasil kerja murid
Pastikan jawapan yang diberikan mengikut unit ukuran panjang yang dikehendaki seperti cm, mm serta cm dan mm.
10. Penutup
Guru bertanyakan kepada murid konsep penting
dalam menambah ukuran panjang.
Guru memberi pujian dan penghargaan kepada
semua murid atas kerjasama yang diberikan
semasa menjalankan aktiviti.
Membimbing pelajar meletakan nombor ukuran
mengikut kedudukan unit yang betul.
Apakah konsep penting dalam menambah ukuran panjang ? Apakah unit yang digunakan untuk menunjukkan ukuran panjang tanda nama di baju?
13
Membimbing pelajar mengingat kembali cara
menulis nombor unit dalam bentu lazim yang
betul.
Memberi hadiah kepada pelajar yang dapat menyatakan konsep penambahan unit ukuran panjang dengan tepat dan betul.
Pentaksiran
Berdasarkan keupayaan murid menjawab soalan di lembaran
Nilai dan Sikap
Terapkan nilai sikap bekerjasama terutama sewaktu melakukan aktiviti.
14
Lembaran kerja
Nama:…………………………………………………………….. Tahun……………………………………
Tarikh:………………………….
Menambah dalam ukuran sentimeter dan milimeter
1. 9 cm + 42 cm = ______cm 2. 15 mm + 22cm =______ cm 3. 14cm 4mm + 26cm + 7mm
=_______cm _________mm
4. 12 cm + 33 cm = ______cm 5. 45 cm + 27mm =______ mm 6. 51cm 7mm + 6cm + 9mm
=_______cm _________mm
7. 24 cm + 52 cm = ______cm 8. 61 mm + 9cm =______ cm 9. 35cm 5mm + 27 cm + 7mm
=_______cm _________mm