rph gasing

Upload: cynthia-ting

Post on 07-Mar-2016

372 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

rph tahun 2 dsv

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Mata Pelajaran: Pendidikan Seni Visual Kelas/ Tahun: Dua SerojaTema: Objek Buatan ManusiaBidang: Mengenal Kraf TradisionalAktiviti: Gasing MudahTajuk : Mari kita main gasingMasa: Khamis, 11.00 pagi 12.00 tengah hari (1 Jam)Bahan Sumber: 1. Bahan Bantu Mengajar (BBM) LCD, komputer, video pendek, nota powerpoint dan contoh gasing yang telah siap. 2. Bahan Bantu Belajar (BBB) Alat : Gunting Bahan: Gambar salinan fotostat rupa bulatan pada kertas A4, kertas kotak, lidi, glu, glu UHU, pensel dan krayonStrategi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P): Teknologi komunikasi dan maklumat, pembelajaran akses kendiri, belajar cara belajar, konstruktivisme dan pembelajaran konseptualKemahiran Berfikir (KB): Menghubung kait dan menjana ideaKecerdasan Pelbagai (KP): Visual ruang, muzik, kinestetik dan Verbal linguistikNilai: Rasional, teliti, berdikari, ingin tahu, rajin, patuh arahan dan bersefahaman.Elemen Merentas Kurikulum (EMK): Keusahawan, Kreativiti dan InovasiHASIL PEMBELAJARANPada akhir pengajaran dan pembelajaran (P&P), murid dapat1. menjelaskan konsep gasing dan menyenaraikan asas seni reka yang dipelajari seperti bentuk, warna dan imbangan.2. menjelaskan alat dan bahan untuk menghasilkan gasing.3. menghasilkan gasing dengan alat dan bahan, proses dan teknik secara kreatif.4. menjayakan apresiasi terhadap karya sendiri atau rakan.

STANDARD PEMBELAJARAN4.1 Persepsi Estetik: Murid dapat menyatakan dan membuat pemerhatian terhadap unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan gasing.

4.1.1Unsur seni1.1.1Bentuk - Konkrit1.1.2Warna- Hiasan gasing1.2Prinsip rekaan1.2.1 Imbangan - Simetri

1. Aplikasi Seni: Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, alat dan bahan, teknik dan proses dalam penghasilan gasing.

2.1Mengenai dan menyatakan jenis-jenis alat dan bahan2.1.1Alat - Tiada2.1.2Bahan- Gambar salinan fotostat rupa bulatan pada kertas A4, kotak kadbod, lidi sate,gam, gam UHU, pensel dan krayon

2.2Mengetahui penggunaan alat dan bahan, teknik dan proses dalam penghasilan gasing.2. Ekspresi Kreatif: Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman alat dan bahan, kemahiran teknik dan proses dalam menghasilkan gasing dalam bentuk 3D.

3.1Memilih dan memanipulasi bahasa secara kreatif.3.2Menggunakan bahasa seni visual iaitu bentuk, warna dan imbangan dalam penghasilan gasing.3.3Mengaplikasikan proses dan teknik yang sesuai dalam penghasilan gasing.

3. Apresiasi Seni: Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekaan pada bahasa seni visual.4.1Memutarkan gasing yang dihasilkan sendiri.4.2Menghargai dan menceritakan karya sendiri dan rakan secara lisan.

MASA/ LANGKAH AKTIVITIHURAIAN/ ILUSTRASI AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

CATATAN

Set Induksi(5 Minit)1. Guru menayangkan video pendek Permainan tradisional Gasing.2. Guru menjalankan sesi soal jawab dengan murid-murid.3. Guru menanyakan tentang permainan dki dalam video pendek tersebut.4. Guru menanyakan murid pernah memainkan gasing tradisional atau modern.5. Guru menanyakan murid di mana kawasan yang sering atau sesuai dimainkan permainan ini.6. Murid menjawab soalan.7. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.Bahan Sumber: KomputerLCD

Pembesar Suara

Video Pendek Permainan tradisional Gasing

KB: Menghubung kait

KP:Visual ruang

Strategi P&P:Teknologi komunikasi dan maklumat

Nilai:Rasional

Langkah 1Persepsi Estetik(7 Minit)

Teori Seni:I. Konsep GasingII. Alat dan bahan semasa menghasilkan gasing mudah

1. Guru menulis tema, tajuk, bidang dan aktiviti di atas papan putih.2. Guru memberi tahu murid tentang tema, tajuk, bidang dan aktiviti yang akan dijalankan hari ini.3. Guru menerangkan tentang konsep gasing menggunakan powerpoint.4. Guru menunjukkan pelbagai contoh gasing tradisional dan modern dengan menggunakan powerpoint.5. Guru menanyakan murid lebih suka gasing tradisional atau modern.6. Murid memberi jawapan dan sebab memilih gasing tersebut.7. Guru menerangkan alat dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan gasing mudah dengan menggunakan powerpoint.8. Guru menunjukkan contoh gasing mudah yang telah disiapkan.

Bahan Sumber:KomputerLCD

Contoh gambar gasing tradisional dalam PPT

Nota powerpoint (PPT)

Contoh gambar gasing modern dalam PPT

Contoh alat dan bahan dalam PPT

Contoh gasing mudah

KB: Menghubungkait dan menjana idea

KP:Verbal-liguistik dan visual ruang

Strategi P&P:Teknologi komunikasi dan maklumat, konstruktivisme dan pembelajaran konseptual

Nilai: Ingin tahu

Langkah 2Aplikasi Seni(7 Minit)Demonstrasi:Menghasilkan gasing mudah

1. Murid diminta memberi sepenuh fokus terhadap penerangan guru dalam proses menghasilkan gasing mudah.2. Guru menayangkan video proses menghasilkan gasing mudah langkah demi langkah.

Proses menghasilkan gasing mudah dalam video:

2.1:Guru menyatakan alat dan bahan yang digunakan dalam penghasilan gasing mudah.

2.2:Guru memotong bentuk bulatan dengan menggunakan gunting.

2.3:Guru melakar corak kreatif pada bulatan kertas yang telah disediakan dengan menggunakan pensel.

2.4:Guru mewarna corak kreatif dengan menggunakan krayon.

2.5:Guru menampal hiasan corak kreatif pada kotak kadbod.

2.6:Guru memotong lebihan kadbod di bahagian luar bulatan.

2.7:Guru mengunting bahagian tengah lidi sate.

2.8:Guru mencucuk dan melekatkan lidi sate pada bahagian tengah badan gasing.

2.9:Guru menggunakan gam UHU untuk gam lidi sate supaya lebih kuat dan tahan.

3.0:Guru menunjukkan gasing mudah yang telah disiapkan.

3. Guru membuat ulasan.

Bahan Sumber:KomputerLCD

Video Proses menghasilkan gasing mudah

Proses:2.1:

2.2:

2.3:

2.4:

2.5:

2.6:

2.7:

2.8:

2.9:

3.0:

KB: Menghubungkait dan menjana idea

KP:Visual ruang, muzik

Strategi P&P:Teknologi komunikasi dan maklumat dan konstruktivisme

Nilai: Teliti dan patuh arahan

Langkah 3Ekspresi Kreatif(30 Minit)

Murid-murid menghasilkan gasing mudah

1. Guru meminta murid mengeluarkan alat dan bahan yang telah dibawa.2. Guru mengedarkan salinan fotostat rupa bulatan kertas A4 kepada murid.3. Murid menghasilkan gasing mudah dengan bimbingan guru berdasarkan langkah-langkah berikut: Langkah 1 Murid mengeluarkan alat dan bahan yang digunakan dalam penghasilan gasing mudah.

Langkah 2 Murid memotong bentuk bulatan di atas kertas A4.

Langkah 3 Murid melakar corak kreatif pada bulatan kertas yang telah disediakan dan mewarnakan.

Langkah 4 Murid menampal hiasan corak kreatif pada kotak kadbod dengan menggunakan gam.

Langkah 5 Murid memotong lebihan kadbod di bahagian luar bulatan.

Langkah 6 Murid mengunting lidi sate dan mencucuk serta melekatkan lidi sate pada bahagian tengah badan gasing.

Langkah 7 Murid menggunakan gam UHU untuk gam lidi sate supaya lebih kuat dan tahan.

Langkah 8 Murid menunggu gum UHU kering dan gasing mudah telah disiapkan.

3. Guru memantau dan memberi bimbingan dengan membuat penekanan tentang penggunaan unsur seni dan prinsip rekaan dalam karya lukisan.

Bahan Sumber:Lidi SateGunting

Gum UHUGlu

Kertas Kotak

KB: Menghubungkait

KP:Visual ruang dan Kinestetik

Strategi P&P:Pembelajaran akses kendiri, belajar cara belajar

Nilai:Rajin, berdikari dan menjaga kebersihan

Langkah 4Apresiasi Seni(6 Minit)Apresiasi Seni Visual

1. Guru memilih beberapa murid untuk membuat apresiasi tentang gasing mudah sendiri.2. Murid menyatakan bahasa seni visual yang terdapat pada gasing mudah yang dihasilkan.3. Guru memberi pandangan kepada murid.4. Guru membentuk empat kumpulan iaitu lima orang ahli dalam satu kumpulan untuk mengadakan pertandingan permainan gasing yang paling lama berputar.5. Murid memutarkan gasing mudah yang telah dihasilkan di bawah pemerhatian guru.6. Guru memberi pujian kepada murid.Bahan Sumber:Hasil karya murid-murid

KP:Verbal linguistik, interpersonal dan intrapersonal

Strategi P&P:Pembelajaran akses kendiri, belajar cara belajar

Nilai:Menghargai karya

Penutup(5 Minit)Pengukuhan Teori Gasing Mudah

1. Guru menanyakan murid tentang pelajaran hari ini.2. Guru menanyakan beberapa murid tentang perasaan semasa menjalankan akitiviti.3. Murid memberi jawapan mengikut kefahaman masing-masing.4. Guru mengedarkan lembaran kerja.5. Murid menjawab soalan lembaran kerja dalam masa tiga minit.6. Guru membincangkan jawapan lembaran kerja bersama murid.7. Guru membuat rumusan tentang isi pelajaran hari ini.8. Guru membuat tindakan susulan alat dan bahan yang perlu dibawa pada minggu hadapan.

Bahan Sumber:

Contoh soalan lembaran kerja

KB: Menghubungkait

Strategi P&P:Teknologi komunikasi dan maklumat

Nilai:Bersefahaman

Refleksi SebelumAdalah diharapkan rancangan pelajaran harian (RPH) yang dibuat dapat membantu guru menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara berkesan. Sebagai contoh, saya dapat memastikan isi pelajaran disampaikan dalam masa yang diperuntukkan, menentukan objektif pembelajaran, merancang strategi pengajaran yang sesuai dan sebagai. Perancangan RPH dengan jelas, lengkap dan teratur juga diharapkan dapat membantu murid meningkatkan tahap pembelajaran. Murid berasa seronok dan bersemangat dalam melakukan aktiviti gasing yang disediakan melalui penerokaan dan eksperimentasi alat dan bahan. Diharapkan juga aktiviti pengajaran yang dibuat dapat memberi setiap murid melibatkan diri secara aktif dan mengetahui cara menghasilkan gasing. Bukan itu sahaja, saya juga mengharapkan bahawa murid dapat mengenal kraf tradisional di Malaysia. Diharapkan juga memupuk murid mempunyai pemikiran yang kritis dan kreatif dalam menghasilkan setiap aktiviti pendidikan seni visual.