rph dan lembaran kerja

18
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN EMPAT Mata pelajaran : Bahasa Melayu Kelas : Tahun 4 Tarikh : 16 November 2011 Masa :Pukul 11.10 – Pukul 12.10 tengah hari Tajuk pengajaran : Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. Objektif pengajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat; 1 ) Mengecam intonasi soalan tanpa kata tanya. 2 ) Mengemukakan soalan bertumpu dan bercapah serta menjawabnya secara logik dan tepat. 3 ) Membuat rumusan dan keputusan tentang isi kandungan pelajaran Pengalaman sedia ada : Murid-murid pernah mengemukakan dan menjawab soalan di persekitaran mereka.

Upload: nunggandennis

Post on 30-Jul-2015

313 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rph dan lembaran kerja

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN EMPAT

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Kelas : Tahun 4

Tarikh : 16 November 2011

Masa :Pukul 11.10 – Pukul 12.10 tengah hari

Tajuk pengajaran : Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

Objektif pengajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat;

1 ) Mengecam intonasi soalan tanpa kata tanya.

2 ) Mengemukakan soalan bertumpu dan bercapah serta menjawabnya secara logik dan tepat.

3 ) Membuat rumusan dan keputusan tentang isi kandungan pelajaran

Pengalaman sedia ada : Murid-murid pernah mengemukakan dan menjawab soalan di persekitaran mereka.

Penerapan nilai : Interaksi yang baik, kepatuhan, berdikari, bersahsiah tinggi, serta dapat menilai dan membuat keputusan .

Alat Bantu Mengajar : Radio, pita rakaman, manila kad, komputer, buku teks dan soalan teka silang kata.

KBKK :1 ) Murid - murid dapat menginterpretasi dan membanding beza sistem pertanyaan dan kaedah jawapan tentang sesuatu

perkara secara bertatasusila.

2 ) Murid-murid dapat membuat rumusan dan keputusan secara logik tentang sesuatu perkara.

Page 2: Rph dan lembaran kerja

LANGKAH /

MASA

AKTIVITI PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN ISI PENGAJARAN / FOKUS CATATAN

Set Induksi

( 10 Minit )

1. Guru mengajukan soalan kepada murid

tentang aktiviti yang akan dilakukan.

2. Guru meminta murid – murid

menyanyikan lagu tersebut mengikut

irama dan lagu yang dimainkan.

1. Mengajar konsep soalan dan

jawapan.

2. Murid – murid mendengar lagu

dan menyanyi mengikut intonasi

muzik.

o Pita rakaman,

o Radio

o Senikata lagu

o Bangau Oh

Bangau

o Manila kad.

Page 3: Rph dan lembaran kerja

Langkah 1

( 20 Minit )

1. Guru menerangkan tentang cara

bertatasusila ketika mengajukan soalan.

2. Guru memilih dua orang murid

membaca petikan dialog di antara dua

pihak di hadapan kelas.

3. Guru mengemukakan soalan lisan

kepada murid mengenai dialog tersebut.

4. Contoh soalan :

Berapa orangkah yang terlibat

dalam dialog tersebut?

Apakah rancangan mereka?

1. Murid mengajukan soalan kepada

guru mengenai penerangan yang

diberikan oleh guru.

2. Pada masa yang sama guru

memperbetulkan kesalahan

pertanyaan murid yang kurang

bertatasusila.

3. Murid mendengar dengan peka

perbualan tersebut.

4. Murid menjawab persoalan yang

dikemukakan oleh guru dengan

tepat dan cepat serta bertatasusila.

o Pita rakaman,

o radio

Page 4: Rph dan lembaran kerja

Langkah 2

( 15 minit )

1. Guru meminta beberapa orang murid

keluar ke hadapan kelas untuk menulis

beberapa contoh soalan.

2. Guru meminta beberapa murid yang lain

untuk menjawab soalan yang ditulis oleh

rakan mereka.

1. Beberapa orang murid keluar

ke hadapan lalu menulis

beberapa soalan.

2. Beberapa orang murid

seterusnya keluar ke hadapan

lalu menjawab soalan yang

ditulis oleh rakan mereka itu.

o papan tulis

o marker pen.

o Teknik:

Bersoaljawab

Page 5: Rph dan lembaran kerja

Langkah 3

( 15 minit )

1. Guru menerangkan tentang cara

bertatasusila ketika menjawab persoalan.

2. Guru mengemukakan beberapa soalan

secara lisan tentang isi pelajaran yang

diajar.

3. Contoh soalan :

Apakah yang dimaksudkan

dengan tatasusila?

Bagaimana menjawab soalan

dengan bertatasusila?

1. Murid mengajukan soalan kepada

guru mengenai penerangan yang

diberikan guru.

2. Murid menjawab persoalan yang

dikemukakan oleh guru dengan

tepat dan cepat serta bertatasusila.

o Slide show

o Komputer riba.

Page 6: Rph dan lembaran kerja

Langkah 4

( 15 minit )

1. Guru meminta beberapa orang murid ke

hadapan kelas untuk melakonkan watak

berdasarkan kepada dialog yang terdapat

buku teks.

2. Sesi soal – jawab antara guru dengan

murid berkaitan dengan drama yang

dilakonkan.

1. Murid keluar ke hadapan dan

melakonkan watak yang

diberikan.

2. Sesi soal-jawab antara murid dan

guru.

o Buku teks dan iringan

muzik (radio dan pita

rakaman)

Penutup

( 5 minit )

1. Guru memberikan soalan dalam bentuk

teka silang kata mengenai cara

bertatasusila semasa berkomunikasi.

1. Murid diberikan soalan dalam

bentuk teka silang kata dan

diminta untuk menghantarnya

sebelum tamat kelas.

o Soalan teka

silang kata.

Page 7: Rph dan lembaran kerja
Page 8: Rph dan lembaran kerja

LAMPIRAN

SENI KATA LAGU BANGAU OH BANGAU

Bangau oh bangau

Kenapa engkau kurus ?

Macam mana aku tak kurus

Rumput panjang sangat

Rumput oh rumput

Kenapa engkau panjang ?

Macam mana aku tak panjang

Kerbau tak makan aku

Kerbau oh kerbau

Kenapa tak makan rumput ?

Macam mana aku nak makan

Perut aku sakit

Perut oh perut

Kenapa engkau sakit ?

Macam mana aku tak sakit

Makan nasi mentah

Nasi oh nasi

Kenapa engkau mentah ?

Macam mana aku tak mentah

Kayu api basah

Page 9: Rph dan lembaran kerja

Kayu oh kayu

Kenapa engkau basah ?

Macam mana aku tak basah

Hujan timpa aku

Hujan oh hujan

Kenapa kau timpa kayu ?

Macam mana aku tak timpa

Katak panggil aku

Katak oh katak

Kenapa kau panggil hujan ?

Macam mana aku tak panggil

Ular nak makan aku

Ular oh ular

Kenapa nak makan katak ?

Macam mana aku tak makan

Itu makanan aku.

Page 10: Rph dan lembaran kerja

Petikan Dialog

Aman : Selamat pagi, Johan. Awak hendak ke mana?

Johan : Selamat pagi, eh awak rupanya Aman. Saya hendak pergi ke

sekolah. Ada perjumpaan persatuan. Awak pula hendak ke mana?

Aman : Oh begitu. Saya juga hendak pergi ke sekolah. Ada kelas tambahan

matapelajaran Matematik. Pukul berapakah perjumpaan awak akan tamat?

Johan : Kalau begitu tujuan kita samalah nampaknya. Berkemungkinan

perjumpaan saya akan tamat pada pukul 5.30 petang. Kenapa?

Aman : Kelas tambahan saya juga akan tamat pada pukul 5.30 petang. Bagaimana

kalau selepas selesai urusan kita petang ini, kita pergi bermain bola di

padang permainan taman saya. Setuju?

Johan : Elok benar cadangan awak itu. Saya pun sudah lama tidak bermain bola.

Kalau begitu, jumpa awak petang ini saja, ya?

Aman : Baiklah kalau begitu saya tunggu awak di rumah petang ini. Nampaknya

kita pun sudah sampai ke sekolah. Saya hendak masuk kelas dulu. Jumpa

awak petang ini, jangan lupa ya. Selamat jalan…

Johan : Okey. Jumpa awak petang ini. Selamat jalan….Man

Page 11: Rph dan lembaran kerja

Dialog dari buku teks

Nabila : Johan, muka kamu pucat. Mengapa?

Johan : Saya pening dan berasa hendak muntah.

Nabila : Mari kakak rasa dahi kamu. Panasnya, kamu demam.

Johan : Mata saya pun berasa perit, kakak.

Nabila : Mari baring di sini. Biar kakak basah tuala dan demah dahi kamu.

Johan : Ha, macam inilah yang ibu buat semasa saya demam dulu.

Nabila ke dapur untuk memberitahu Mak Jah tentang Johan.

Nabila : Mak Jah, adik saya demam.

Mak Jah : Ha, demam? Biar Mak Jah tengok.

Setelah melihat keadaan Johan, Mak Jah segera menelefon Puan Arfah untuk memberitahu

keadaan Johan. Tidak lama kemudian, Puan Arfah datang ke pusat jagaan kanak-kanak

itu.

Page 12: Rph dan lembaran kerja

Ibu : Bagaimana keadaan adik kamu, Nabila?

Nabila : Badannya panas, ibu. Sebentar tadi dia muntah. Dia kelihatan lemah.

Ibu : Ambil beg dan pakaian kamu. Kemudian masukkan ke dalam kereta. Kita

akan bawa adik ke klinik

SOALAN:

Menurun

1. Cara menambah ilmu.

5. Sama maksud dengan tekun.

7. Bersatu kita _______ bercerai kita roboh.

8. Kasih sayang sesama makhluk.

Melintang

1. Kemalangan kerap berlaku kerana kita _________ semasa memandu.

2. Tidak bohong atau bercakap benar.

3. Harus bercakap secara _______ dengan orang tua.

4. Pertolongan yang tidak mengharapkan balasan

Page 13: Rph dan lembaran kerja