rojieta binti z s a k fakulti pengajian pendidikan ... · tentang celik huruf ini telah menjadi isu...

16
CABARAN PELAKSANAAN PROGRAM LINUS: KAJIAN KES ROJIETA BINTI ZAKARIA & SUHAIDA ABDUL KADIR Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia Abstrak: Kertas kerja ini melaporkan dapatan kajian yang dijalankan bertujuan mengenal pasti keberkesanan program Literacy and Numeracy Screening (LINUS), faktor yang mempengaruhi kejayaan dan cabaran yang guru hadapi dalam melaksanakan program tersebut.. Kajian kes ini dilakukan di sebuah sekolah rendah di zon Pudu Kuala Lumpur. Partisipan yang terlibat terdiri daripada seorang pentadbir dan empat orang guru LINUS. Kajian ini menggunakan pendekatan model CIPP dan menilai keberkesanan setiap faktor yang dikategorikan mengikut penilaian konteks, input dan proses. Kajian ini mengenalpasti faktor yang dikaji dengan berpandukan kepada dapatan kajian oleh Shahnon(2007) tentang sekolah berprestasi tinggi. Kajian ini tidak melibatkan penilaian produk. Data dikumpul menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Analisis data dilakukan dengan menggunakan perisian ATLAS.ti. Dapatan kajian menunjukkan program LINUS berkesan dalam aspek konteks, input dan proses. Faktor yang mempengaruhi kejayaan program LINUS di sekolah yang dikaji terdiri daripada pentadbiran, guru, murid, kaedah pelaksanaan, kemudahan dan bahan pembelajaran serta kewangan. Cabaran yang masih perlu dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan program ini terdiri daripada isu pengurusan, pentadbiran, pelaksanaan, guru dan murid. Setiap isu tersebut perlu ditangani untuk memastikan kejayaan program ini. Kesimpulannya program Linus ini berjaya dilaksanakan di sekolah ini namun beberapa isu masih perlu diambil perhatian bagi memastikan pelaksanaan program LINUS lebih berkesan. Kata kunci: Model CIPP, Linus,cabaran, guru, murid, pentadbir LATAR BELAKANG KAJIAN Pendidikan yang terbaik boleh diperolehi sekiranya seseorang individu itu berkeupayaan untuk membaca(Sekolah Rendah, Fong Peng and Pendidikan, 2015). Justeru itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil langkah bijak bagi memastikan murid di Malaysia mendapat pendedahan awal untuk menguasai membaca dan menulis. Asas literasi dan numerasi merupakan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan murid berkomunikasi dan dan berinteraksi dalam kehidupan harian serta untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi (Rusin Fateh, Nazariyah, Mastura, & Siti Hajar, 2011). Isu tentang celik huruf ini telah menjadi isu kritikal yang hangat diperkatakan sejak tahun 1960 an lagi (Nazariyah & Abdul Rahman, 2013). Pelbagai program diwujudkan untuk mengurangkan jumlah buta huruf di Malaysia antaranya ialah pada mulanya diwujudkan kelas pemulihan bagi menangani masalah membaca dan menulis . Namun oleh kerana menyedari masalah yang berlaku masih belum boleh ditangani maka diwujudkan Program KIA2M untuk murid Tahun 1 yang mula dilaksanakan pada tahun 2006 (Kertas Konsep Pelaksanaan Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis, 2005). Turut diadakan program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3. Bagi program tersebut ianya dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing, Manakala untuk murid Tahap 2 yang masih gagal menguasai kemahiran ini Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) turut diadakan. Walau bagaimana pun setelah mengikut kelas pemulihan yang telah diadakan didapati data bilangan pelajar pemulihan khas masih belum berjaya mencapai keputusan yang Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018 Penyunting: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar, Mohamad Zaidin Mohamad & Abdul Hakim Abdullah eISBN 978-967-2231-03-5 (2018), http: //www.unisza.edu.my/medc2018

Upload: duongdung

Post on 25-May-2019

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ROJIETA BINTI Z S A K Fakulti Pengajian Pendidikan ... · tentang celik huruf ini telah menjadi isu kritikal yang hangat diperkatakan sejak tahun 1960 an lagi ... dan Sekolah Jenis

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

493 | MEDC 2018

CABARAN PELAKSANAAN PROGRAM LINUS: KAJIAN KES

ROJIETA BINTI ZAKARIA & SUHAIDA ABDUL KADIR

Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia

Abstrak: Kertas kerja ini melaporkan dapatan kajian yang dijalankan bertujuan mengenal pasti

keberkesanan program Literacy and Numeracy Screening (LINUS), faktor yang mempengaruhi kejayaan

dan cabaran yang guru hadapi dalam melaksanakan program tersebut.. Kajian kes ini dilakukan di sebuah

sekolah rendah di zon Pudu Kuala Lumpur. Partisipan yang terlibat terdiri daripada seorang pentadbir dan

empat orang guru LINUS. Kajian ini menggunakan pendekatan model CIPP dan menilai keberkesanan

setiap faktor yang dikategorikan mengikut penilaian konteks, input dan proses. Kajian ini mengenalpasti

faktor yang dikaji dengan berpandukan kepada dapatan kajian oleh Shahnon(2007) tentang sekolah

berprestasi tinggi. Kajian ini tidak melibatkan penilaian produk. Data dikumpul menggunakan kaedah

temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Analisis data dilakukan dengan menggunakan perisian

ATLAS.ti. Dapatan kajian menunjukkan program LINUS berkesan dalam aspek konteks, input dan

proses. Faktor yang mempengaruhi kejayaan program LINUS di sekolah yang dikaji terdiri daripada

pentadbiran, guru, murid, kaedah pelaksanaan, kemudahan dan bahan pembelajaran serta kewangan.

Cabaran yang masih perlu dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan program ini terdiri daripada isu

pengurusan, pentadbiran, pelaksanaan, guru dan murid. Setiap isu tersebut perlu ditangani untuk

memastikan kejayaan program ini. Kesimpulannya program Linus ini berjaya dilaksanakan di sekolah ini

namun beberapa isu masih perlu diambil perhatian bagi memastikan pelaksanaan program LINUS lebih

berkesan.

Kata kunci: Model CIPP, Linus,cabaran, guru, murid, pentadbir

LATAR BELAKANG KAJIAN

Pendidikan yang terbaik boleh diperolehi sekiranya seseorang individu itu berkeupayaan untuk

membaca(Sekolah Rendah, Fong Peng and Pendidikan, 2015). Justeru itu, Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengambil langkah bijak bagi memastikan murid di Malaysia

mendapat pendedahan awal untuk menguasai membaca dan menulis. Asas literasi dan numerasi

merupakan kemahiran yang diperlukan bagi membolehkan murid berkomunikasi dan dan

berinteraksi dalam kehidupan harian serta untuk membolehkan mereka melanjutkan pelajaran

keperingkat yang lebih tinggi (Rusin Fateh, Nazariyah, Mastura, & Siti Hajar, 2011). Isu

tentang celik huruf ini telah menjadi isu kritikal yang hangat diperkatakan sejak tahun 1960 an

lagi (Nazariyah & Abdul Rahman, 2013).

Pelbagai program diwujudkan untuk mengurangkan jumlah buta huruf di Malaysia

antaranya ialah pada mulanya diwujudkan kelas pemulihan bagi menangani masalah membaca

dan menulis . Namun oleh kerana menyedari masalah yang berlaku masih belum boleh

ditangani maka diwujudkan Program KIA2M untuk murid Tahun 1 yang mula dilaksanakan

pada tahun 2006 (Kertas Konsep Pelaksanaan Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis,

2005). Turut diadakan program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3. Bagi program tersebut

ianya dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing, Manakala untuk

murid Tahap 2 yang masih gagal menguasai kemahiran ini Program Pemulihan Asas

Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) turut diadakan.

Walau bagaimana pun setelah mengikut kelas pemulihan yang telah diadakan didapati

data bilangan pelajar pemulihan khas masih belum berjaya mencapai keputusan yang

Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018

Penyunting: Rahimah Embong, Hanif Md Lateh @ Junid, Mustafa Che Omar, Mohamad Zaidin Mohamad & Abdul Hakim Abdullah

eISBN 978-967-2231-03-5 (2018), http: //www.unisza.edu.my/medc2018

Page 2: ROJIETA BINTI Z S A K Fakulti Pengajian Pendidikan ... · tentang celik huruf ini telah menjadi isu kritikal yang hangat diperkatakan sejak tahun 1960 an lagi ... dan Sekolah Jenis

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

494 | MEDC 2018

membanggakan. Masih ramai dari pelajar gagal dipulihkan sepenuhnya. Daripada 53,544 orang

pelajar sekolah rendah yang mengikuti program intervensi 3M, hanya 28,801 pelajar atau 53.8%

telah berjaya dipulihkan dan dapat menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira

(Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM, 2001). Data

terkini menunjukkan bahawa seramai 105,255 (23%) daripada jumlah 463,990 orang pelajar

belum menguasai kemahiran membaca pada bulan Julai, 2008 (BPPDP, KPM, 2008).

Ekoran daripada isu ini, pelaksanakan Linus telah dilakukan pada tahun tahun 2010

melibatkan murid Tahun 1 di semua sekolah rendah. Mesyuarat Pasca Kabinet pada 9

September 2009 telah memberi kelulusan terhadap pelaksanaan dan peruntukan yang diperlukan

bagi melaksanakan Program Linus. Berdasarkan Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah (KPM, 2003) Linus adalah satu Sub bidang utama yang digariskan dalam

National Key Result Areas (Sub NKRA) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) iaitu Literasi

dan Numerasi. Maka program ini bersangkut paut dengan dasar Pendidikan Negara dimana bagi

menghasilkan murid berilmu maka mereka perlulah cerdik huruf dan nombor. Sasaran Literasi

dan Numerasi ialah semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh

menguasai asas literasi dan numerasi pada akhir tahun 2012. National Key Result Areas

(NKRA’s) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah

pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikut

pendidikan rendah menjelang 2012.

Dalam memastikan keberkesanan program ini Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah

dipertanggungjawabkan memberi latihan kepada guru dalam teknik mengesan murid yang

mempunyai masalah literasi dan numerasi, memulihkan dan membimbing untuk membantu

murid mencapai literasi dan numerasi serta mengukur perkembangan literasi dan numerasi

(Rujukan Kementerian, 2015). Menurut Zulkifley Hamid (2007) menyatakan bahawa proses

menguasai kemahiran membaca dan memahami bukanlah suatu pekerjaan yang mudah

berbanding dengan proses dengar-tutur. Jika diamati dalam proses penguasaan bahasa secara

lisan, setiap individu adalah secara telah dibekalkan dengan suatu alat nurani secara automatis

yang membolehkan mereka mengenali dan memahami symbol bahasa secara natural. Namun

ianya berbeza dalam menguasai kemahiran lisan, dalam proses membaca seseorang itu perlu

mengamati, mengingati dan mendengar serta dapat membezakan bunyi dengan tepat, menyebut

simbol-simbol huruf yang mewakil bunyi tertentu serta menggabungkan sesuatu bunyi bagi

membentuk perkataan dan memindahkan lambang-lambang tadi kepada sistem kognitif bagi

tujuan terjemahan dan pemahaman (Safiah Osman 1990).

Secara keseluruhannya Program Saringan Literasi dan Numerasi. Linus disasarkan

kepada murid-murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Pada tahun 2013 program Linus dikenali sebagai Linus 2.0 kerana melibatkan saringan literasi

untuk Bahasa Inggeris, berbanding sebelum ini saringan hanya untuk literasi Bahasa Melayu

dan Numerasi untuk Matematik. Literasi Bahasa Malaysia ditakrifkan sebagai keupayaan

membaca, menulis dan memahami perkataan ayat yang mudah dan kompleks dalam bahasa

Malaysia dan mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi

harian. Literasi bahasa Inggeris pula ditakrifkan sebagai penguasaan kemahiran asas dalam

membaca, menulis, mendengar, memahami dan bertutur dalam bahasa Inggeris. Manakala

numerasi ditakrifkan sebagai keupayaan melakukan operasi asas matematik dan memahami idea

Matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran Matematik dalam

kehidupan harian (Rujukan Kementerian, 2015).

Penguasaan sepenuhnya kemahiran asas literasi dan numerasi menjadi asas yang sangat

penting dalam usaha menghasilkan modal insan cemerlang yang memiliki pengetahuan,

kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta

identiti nasional sebagaimana yang telah digarapkan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM) 2013 – 2015 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Kemahiran

ini amat perlu untuk memastikan negara kita berjaya seiring dengan negara- negara lain.

Keupayaan membaca, menulis dan mengira adalah asas untuk meneroka perkara-perkara lain.

Oleh itu program Linus ini dirangka dengan penuh teliti agar dapat memenuhi kehendak Dasar

Pendidikan Negara.

Page 3: ROJIETA BINTI Z S A K Fakulti Pengajian Pendidikan ... · tentang celik huruf ini telah menjadi isu kritikal yang hangat diperkatakan sejak tahun 1960 an lagi ... dan Sekolah Jenis

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

495 | MEDC 2018

Di awal pelaksanaan program Linus ini semua guru Tahun Satu yang mengajar mata

pelajaran Bahasa Melayu diwajibkan mengikuti kursus pengajaran dan pembelajaran modul

Linus mulai tahun 2010 yang dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian

Pendidikan Malaysia. Program ini dilaksanakan dengan mewajibkan penglibatan semua

Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Latihan akan diberikan oleh Fasilinus yang dilantik oleh pihak kementerian (Rujukan

Kementerian, 2015). Menurut artikel oleh Dr. Abdul Said Ambotong (2017) menyatakan dalam

memastikan pelaksanaan Program Linus ini berjalan lancar, setiap Pejabat Pendidikan Daerah di

Malaysia telah melantik pegawai Fasilinus yang bertindak sebagai fasilitator, coordinator,

membimbing dan membantu pentadbir sekolah,guru dan murid, melaksanakan latihan

berterusan kepada guru serta merancang dan melaksana program sokongan, pemulihan dan

intervensi pendidikan kepada guru dasn murid. Guru akan dilatih bagi memastikan murid

berjaya melepasi semua konstruk yang dibentuk sebagai kayu pengukur celik huruf dan nombor.

Guru akan dilatih untuk mengajar dan juga menyaring pelajar. Dari masa ke semasa pihak

Fasilinus akan hadir ke sekolah membimbing dan melihat perkembangan pelajar di sekolah

(Buku Pengoperasian Linus 2.0 2015).

Bagi pelajar yang masih gagal melepasi ujian saringan bimbingan akan terus diberikan

ddari masa ke semasa. Pelbagai program contohnya PROTIM untuk pelajar tahap 2 diadakan

dan diteruskan bagi memastikan tiada murid buta huruf sebaik mereka menyambung pelajaran

ke sekolah menengah. Asas literasi dan numerasi merupakan kemahiran yang diperlukan bagi

membolehkan murid berkomunikasi dan dan berinteraksi dalam kehidupan harian serta untuk

membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi (Rusin Fateh,

Nazariyah, Mastura, & Siti Hajar, 2011). Saringan yang dibuat akan menetukan keupayaan

murid.

Setiap tahun saringan akan diadakan sebanyak 2 kali iaitu pada bulan Mac dan

September (Rujukan Kementerian, 2015). Guru akan diberi penerangan cara untuk melakukan

saringan dan juga perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika saringan. Penyelaras

Linus akan dipanggil untuk mendengar penerangan dari pihak kementerian sebelum saringan

dapat dijalankan. Dalam pada itu juga penyelaras turut ditugaskan untuk membawa soalan-

soalan saringan dan berkaitan dengannya. Seterusnya guru akan diberi tempoh masa tertentu

untuk menjalankan saringan. Dalam tempoh yang diberikan guru perlu memastikan semua

murid yang terlibat telah disaring tanpa mengira halangan yang terpaksa guru hadapi. Biasanya

sewaktu tempoh saringan ini guru terlibat dengan banyak aktiviti sekolah yang juga menuntut

perhatiaan dari guru. Guru perlu menghabiskan saringan dengan apa cara sekalipun. Dalam

keadaan ini tidak mustahil guru akan membuat saringan dalam keadaan tergesa-gesa. Ini

sepatutnya perlu dielakkan kerana guru sepatutnya bersikap lebih positif. Kajian yang

dijalankan oleh Zulkifli dan Raja Maznah (1994) mendapati bahawa sikap guru yang positif

penting untuk mendorong murid mempelajari sesuatu subjek.

Sebaik selesai setiap saringan guru seterusnya perlu mengisi data keputusan saringan

secara atas talian. Guru perlu segera memasukkan data disebabkan tempoh memasukkan data

adalah terlalu singkat. Memandang urusan ini melibatkan semua guru sekolah rendah maka

urusan memasukkan data kadang kala agak bermasalah memandang talian capaian akan menjadi

sibuk dan guru sukar memasukkan data mereka. Perkara ini sangat membebankan guru lebih-

lebih lagi bagi yang tiada intenet di rumah. Namun, guru biasanya akan mencuba sedaya upaya

untuk menyelesaikan tugas tersebut walaupun ada guru yang terpaksa bersengkang mata untuk

memastikan data berjaya diisi dan dalam masa yang sama menjayakan tugas- tugas lain. Maka

tidak hairanlah bila keadaan mendesak ini kadang- kala ada berlaku kesalahan di mana- mana.

Dalam memastikan kejayaan sesebuah program, ia adalah bergantung kepada

kefahaman dan kedudukan yang mengetuai pelaksanaannya. Begitu juga dengan kejayaan

Program Linus di sekolah. Guru besar sebagai pentadbir perlu tahu dan memahami standard

untuk mencapai objektif Linus. Dari awal aplikasi Linus guru besar memainkan peranan dalam

memilih guru yang akan mengendalikan Linus samada sebagai guru linus biasa atau penyelaras.

Kejayaan program ini sangat berkait rapat dengan faktor latihan kepada guru, bebanan kerja,

maklumat, kewangan dan kekangan masa (Kaufman,1973). Memandangkan program ini

menjadi antara titik tolak kejayaan pendidikan murid- murid maka guru besar memainkan

Page 4: ROJIETA BINTI Z S A K Fakulti Pengajian Pendidikan ... · tentang celik huruf ini telah menjadi isu kritikal yang hangat diperkatakan sejak tahun 1960 an lagi ... dan Sekolah Jenis

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

496 | MEDC 2018

peranan yang sangat penting dalam memastikan guru- gurunya bersedia dan sanggup memberi

yang terbaik bagi memastikan Linus berjalan dengan lancar. Kesanggupan, kerelaan dan

kesediaan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dapat dijadikan sebagai wahana

bagi mewujudkan pendidikan yang berkualiti (Hamzah, 2006).

Jika dilihat dari perancangan sehingga kepada pelaksanaan linus kerajaan amat

membantu pihak guru dalam memasti mereka berada di trek yang betul. Malah boleh dikatakan

di sini bahawasanya keputusan literasi amat membanggakan dari tahun ke tahun. Mengikut

laporan di laporkan pencapaian literasi Bahasa Inggeris di bawah program Saringan Literasi dan

Numerasi (Linus 2.0) bagi murid tahun satu sepanjang tahun 2014 mencatat peningkatan kepada

70.2 peratus berbanding 63.3 peratus pada 2013. Mengikut Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran

Malaysia (Operasi Pendidikan), Datuk Ahmad Tajudin Jab (2016) berkata Peratusan bagi

Literasi Bahasa Melayu tahun ini meningkat 98.7 peratus berbanding 98.6 tahun 2015 manakala

Numerasi pula daripada 99 peratus kepada 99.1 peratus pada tahun yang sama. Namun perlu

diingat bagi mencapai keputusan yang begitu banyak halangan yang terpaksa dilalui oleh pihak

pelaksana.

Dalam memastikan kejayaan ini pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Pejabat

Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah sangat memainkan peranan mereka. Di

peringkat awal kementerian memperkenalkan Linus di bawah National Key Result Areas

NKRA. Semua soalan saringan juga dibentuk oleh kumpulan yang dipilih oleh kementerian. Di

peringkat Jabatan Pendidikan Negeri pula salah satu tugasnya ialah menyediakan satu latihan

berpusat terhadap pelaksana Program Linus ini. Manakala di peringkat Jabatan Pendidikan

Daerah pula bertanggungjawab menyediakan Fasilinus yang mana akan memberi tunjuk ajar

kepada guru- guru di sekolah dan membantu melancarkan program Linus. Fasilinus akan

membimbing guru dari pelbagai segi termasuklah cara pelaksanaan saringan dan sebagai

penutup memassukkan data secara atas talian. Dan di peringkat akhirnya data akan dikaji dan

dibentangkan bersama guru besar untuk tindakan selanjutnya.

Sehingga kini program ini masih berjalan dengan jayanya. Keputusan saringan juga

amat memberangsangkan dan dijangka akan diteruskan. Di harap kejayaan ini akan berterusan

dan membantu negara menyediakan modal insan yang akan dapat memajukan negara di masa

hadapan.

PENYATAAN MASALAH

Beberapa kajian sebelum ini lebih kepada mengkaji cabaran guru Linus dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa (Abdul Jalil Othman 2011), kefahaman guru tentang pentaksiran

Linus(Faizah Saat 2013) dan Pelaksanaan Literasi dan Numerasi di sekolah Rendah (Zahanim

Ahmad). Tiada diantaranya yang mengkaji keberkesanan program Linus ini. Kajian ini akan

mengkaji sejauh mana keberkesanan program ini dan faktor yang boleh menjadi penyokong dan

cabaran menjayakan kejayaan program ini. Kajian akan berpandukan kajian terdahulu yang

mengkaji keberkesanan polisi yang telah dijalankan contohnya kajian oleh oleh David Salvesen

yang bertajuk Factors Influencing Implementation of Local Policies to Promote Physical

Activity. Dari kajian itu beliau membawa kita kepada faktor yang membantu menjayakan

implementasi sesuatu polisi.

Bagi menjayakan sesuatu dasar atau polisi berbagai aspek perlu diambil kira. Menurut

satu lagi kajian oleh Shannon yang turut mengkaji tentang kejayaan polisi sekolah berprestasi

tinggi (Shannon and Bylsma, 2003) beliau mendapati ada 9 perkara yang menjadi penyebab

keberkesanan sesuatu polisi atau dasar. Perkara tersebut ialah fokus yang jelas dan dikongsi

bersama, standard dan ekspektasi yang tinggi kepada semua murid, kepimpinan sekolah yang

berkesan. kolaborasi dan komunikasi yang tinggi, kurikulum, arahan dan penilaian selaras

dengan standard kebangsaan, pemantauan pembelajaran dan pengajaran yang kerap,

pembangunan profesional yang terfokus, sokongan dari suasana pembelajaran. Dan pembabitan

yang tinggi oleh keluarga dan komuniti.

Page 5: ROJIETA BINTI Z S A K Fakulti Pengajian Pendidikan ... · tentang celik huruf ini telah menjadi isu kritikal yang hangat diperkatakan sejak tahun 1960 an lagi ... dan Sekolah Jenis

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

497 | MEDC 2018

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai keberkesanan Program Linus di sebuah sekolah.

Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk:

i. Mengenal pasti sejauh mana keberkesanan Program Linus.

ii. Mengenal pasti faktor- faktor yang mempengaruhi kejayaan Program Linus.

iii. Mengenal pasti cabaran guru dalam melaksanakan Program Linus.

METODOLOGI

Kajian ini merupakan satu kajian kualitatif dan menggunakan kaedah kajian kes. Unit yang

dikaji ialah satu sekolah di zon Pudu dan keberkesanan pelaksanaan program Linusnya. Kaedah

kajian ini sesuai digunakan untuk menilai keberkesanan program ini di sini. Kajian ini

menggunakan pendekatan teoritikal deduktif dimana menggunakan teori dan model sedia ada

untuk membetuk soalan kajian. Model yang menjadi rujukan pengkajian ini ialah Model Cipp.

Kajian ini menggunakan kaedah persampelan bertujuan yang mana merupakan kaedah

persampelan yang lazim digumakan bagi kajian kualitatif (Merriam 2009). Penggunaan kaedah

ini penting kerana pengkaji perlu memilih responden atau partisipan perlu tahu dan faham

masalah serta isu yang dikaji. Pengkaji sendiri akan memilih partisipan yang dikira terbaik dan

dapat memenuhi tujuan kajian.

Bagi kajian ini partisipan yang terlibat adalah seorang pentadbir iaitu Guru besar serta 4

orang guru Linus dimana 2 orang guru Bahasa Melayu , seorang guru Bahasa Inggeris dan

seorang guru Matematik. Jumlah ini dipilih bagi memenuhi kecukupan untuk menjawab

persoalan kajian di samping mencapai tahap tepu. Lokas kajian ialah di sebuah Sekolah

Kebangsaan di Zon Pudu. Pilihan dibuat atas sebab sekolah ini adalah sekolah bandar yang

mana guru- gurunya telah diberikan pendedahan yang jelas tentang pelaksanakan program

Linus. Jumlah murid juga memainkan peranan dimana di sekolah ini muridnya berjumlah

melebihi 1000 orang dan dengan jumlah murid yang ramai ini guru-guru pasti mengalami

banyak cabaran untuk melaksanakan program ini. Dalam kajian ini tiga kaedah akan diguna

pakai iaitu kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Profil Sekolah dan Partisipan

Sekolah yang dikaji merupakan Sekolah Rendah Kebangsaan yang terdiri daripada 84 orang

guru termasuk seorang guru besar dan 3 orang guru penolong kanan.Sekolah ini mempunyai

staf sokongan seramai 5 orang. Sekolah ini mempunyai pelajar seramai 1291 orang. Terdapat

lima orang partisipan dalam kajian ini. Partisipan yang terlibat ialah seorang pentadbir, seorang

guru Linus Matematik, dua orang guru Linus Bahasa Malaysia dan seorang guru Linus Bahasa

Inggeris. Partisipan dalam kajian ini akan dirujuk menggunakan pseudonim atau nama samaran.

Pentadbir akan dirujuk sebagai Encik Aziz, guru Linus Bahasa Malaysia akan dirujuk sebagai

Encik Ahmad dan Puan Siti, guru Linus Bahasa Inggeris sebagai Puan Aisyah dan guru Linus

Matematik dirujuk sebagai Puan Halimah.

Penilaian terhadap keberkesanan pelaksanaan Linus

Bahagian ini membincangkan dapatan bagi objektif yang pertama, iaitu meneroka penilaian

terhadap pelaksanaan program Linus ini. Tiga elemen penilaian telah dikaji iaitu dalam bentuk

elemen konteks,input dan proses. Dalam elemen penilaian konteks, dapatan menunjukkan

terdapat empat perkara iaitu tanggapan pentadbir, tanggapan guru, kehendak kementerian dan

relevan program dengan falsafah pendidikan. Program bertujuan dapat mengurangkan jumlah

buta huruf dan seterusnya melahirkan bangsa berilmu. Dengan berkurangnya murid yang gagal

Page 6: ROJIETA BINTI Z S A K Fakulti Pengajian Pendidikan ... · tentang celik huruf ini telah menjadi isu kritikal yang hangat diperkatakan sejak tahun 1960 an lagi ... dan Sekolah Jenis

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

498 | MEDC 2018

membaca dan mengira seterusnya dapat meningkatkan usaha untuk menguasai cabang ilmu

yang lain seperti apa yang termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Dalam elemen konteks ini kita juga mendapati ianya dilaksanakan disebabkan ianya

adalah satu rancangan yang di wujudkan atas arahan kementerian. Oleh sebab tersebut walau

bagaimana sekalipun ianya perlu dilaksanakan. Kemungkinan berlaku paksa rela terjadi di sini.

Bila ini adalah satu program kementerian maka tidak peliklah kita akan dapati terdapat pelbagai

pandangan dari pihak pentadbir dan guru. Mengikut Encik Aziz beliau setuju bahawa

pelaksanaan program ini akan membantu mengurang jumlah murid yang tak tahu membaca,

menulis dan mengira. Namun beliau juga turut menegaskan bahawa melalui program ini, murid

yang bermasalah pembelajaran dapat dikenalpasti dan seterus mengurangkan masalah keciciran.

Didapati pentadbir dan guru- guru di sekolah ini telah menunjukkan penerimaan positif terhadap

pelaksanaan program Linus. Dimensi ini jelas menunjukkan tanggapan awal terhadap

pelaksanaan program Linus di sekolah ini. Di bawah ini adalah model visual yang

menunjukkan bagi elemen konteks.

Ini seterusnya membawa kepada elemen input dalam penilaian pelaksaan program ini.

Dalam elemen ini kajian membawa kepada penemuan beberapa tema yang seterusnya

dinyahkodkan kepada beberapa elemen lain iaitu elemen pentadbir, guru, murid, ibu bapa,

kewangan, pemberatan tugas, masa dan kemudahan. Dari kajian yang dibuat melalui temubual

dan juga pemerhatian didapati dua perkara boleh diketengahkan tentang elemen pentadbiran

iaitu dari segi pengurusan dan kepimpinan. Dalam pelaksanaan ini pentadbir memberikan

sokongan yang penuh sejak dari awal pelaksanaan program sehingga ke akhirnya. Guru Besar

atau pun pentadbir memainkan peranan penting dalam pengurusan. Dari segi pengurusan beliau

akan memastikan semua semua berjalan dengan baik. Dalam hal ini beliau menyerahkan

kebanyakkan dari urusan yang melibatkan linus ini kepada penyelaras Linus. Penyelaras perlu

sentiasa peka dengan keperluan semasa kerana hanya melalui beliau pentadbir akan mendapat

perkembangan terkini.nBagi memastikan pengurusan program Linus sentiasa dalam keadaan

baik juga pentadbir cuba memastikan semua kelengkapan yang diperlukan sentiasa ada. Selain

dari itu pentadbir sentiasa cuba menyenangkan guru dengan sentiasa memberi sokongan kepada

guru.Guru besar juga memastikan beliau sentiasa mendapat dan memberi maklumat terkini

tentang program Linus. Ini akan dilakukan mengikut keperluan tetapi biasanya melalui

penyelaras program. Ini sangat penting bagi memastikan segala urusan adalah mengikut

kehendak kementerian.

Dalam aspek kepimpinan pula, pentadbir sekolah ini menggunakan pendekatan

perbincangan. Biasanya mereka akan meminta pendapat guru dan tidak akan memaksa. Guru

besar turut mendengar keluhan dan membincangkan perkara yang melibatkan Linus dalam

mesyuarat guru atau mesyuarat panitia. Program Linus menjadi perkara penting yang sentiasa

dibangkitkan dalam mesyuarat guru dan juga panitia. Tetapi ini bukan bererti pentadbir terus

menerima pendapat dan pandangan guru-guru tetapi mereka akan berbincang dan mencari

keputusan terbaik. Selain daripada itu dalam kepimpinan beliau pentadbir sentiasa cuba

memastikan guru-guru bermotivasi. Beliau turut memberikan motivasi terhadap guru dengan

sentiasa memberi kata-kata semangat samada secara peribadi atau dengan memuji guru-

gurunya ketika di dalam mesyuarat bagi memastikan guru sentiasa dihargai dan melaksanakan

tanggungjawab dengan cara yang betul. Sikap guru besar yang mengambil berat ini pasti akan

menambahkan rasa gembira guru untuk menjalankan tugas.

Bagi membincangkan aspek guru pula, beberapa dapatan telah dikenalpasti iaitu kualiti

guru dan sikap guru. Dari segi kualiti guru diadapati sebahagian besar guru Linus adalah guru

muda dan mempunyai ijazah yang memungkinkan mereka mempunyaipengetahuan yang luas.

Guru-guru ini mempunyai keinginan yang lebih dalam memhasilkan pelajar yang berjaya.

Mereka sangat bersemangat untuk memastikan murid mereka lebih berjaya dari masa ke

semasa. Bukan itu saja guru- guru sekolah ini juga mempunyai sikap yang amat terpuji. Guru-

guru di sekolah sentiasa bekerjasama bagi memastikan program ini berjaya. Guru- guru turut

menjadi lebih kreatif untuk memastikan mereka dapat menhasilkan pembelajaran yang menarik

minat murid. Guru biasanya akan berbincang untuk menjadikan PDP mereka lebih menarik dan

tidak kurang dari mereka berganding bahu menghasilkan Alat Bantu Mengajar yang menarik

yang seterusnya dikongsi bersama. Guru juga turut mengaplikasikan PLC iaitu berkerjasama

Page 7: ROJIETA BINTI Z S A K Fakulti Pengajian Pendidikan ... · tentang celik huruf ini telah menjadi isu kritikal yang hangat diperkatakan sejak tahun 1960 an lagi ... dan Sekolah Jenis

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

499 | MEDC 2018

untuk melakukan satu pembelajaran dengan menggabungkan kelas mereka. Dalam menjayakan

program ini, guru- guru telah membincangkan apa yang terbaik dalam menjadikan pengajaran

menjadi menarik. Dalam hal ini guru yang terlibat menjayakan tanggungjawab mereka dengan

berkesan. Mereka juga pasti cuba untuk tidak mengecewakan pasangan mereka dengan cuba

bersedia sebaiknya. Dari pemerhatian juga turut dilihat bahawa guru- guru turut berbincang

masalah murid di bilik guru. Ini jelas menunjukkan guru sangat bertanggungjawab. Guru juga

turut diberi motivasi dari pihak pentadbir. Kata-kata perangsang sering diberikan oleh guru

besar ketika dalam mesyuarat guru atau juga mesyuarat panitia.

Ibu bapa juga merupakan aspek penting dalam menilai input program ini. Dari kajian ini

didapati ibu bapa turut memainkan peranan dalam menghasilkan keberkesanan program ini.

Kesedaran ibu bapa dalam menentukan kehadiran murid ke sekolah amat penting terutamanya

ketika musim saringan. Murid yang tidak hadir ke sekolah ketika musim saringan akan

mengganggu proses saringan memandangkan undang-unsdang ketika saringan amat ketat. Dari

pemerhatian yang dibuat sewaktu musim saringan didapati para guru amat risau sekiranya

murid tidak hadir ketika saringan . Ini kerana konstruk yang disaring tidak boleh dalam jumlah

yang banyak sekali gus. Jadi sekiranya murid tidak hadir kemungkinan besar masa yang

diperuntukan tidak mencukupi. Sikap bertanggungjawab oleh ibu bapa pada masa ini amatlah

diharapkan.Ibu bapa juga bertindak sebagai ejen pembantu guru ketika di rumah. Masa yang

diperuntukan mungkin tidak cukup untuk guru memberi fokus yang lebih kepada murid Linus

ketika di dalam kelas. Oleh itu kerjasama ibu bapa amat diharapkan. Mereka turut diberi

pendedahan tentang Linus melalui program Linus bersama ibu bapa. Dalam program itu guru

dan Fasilinus turut hadir bagi menyampaikan maklumat tentang Linus.

Murid adalah watak utama dalam pelaksanaan Program Linus. Dari aspek murid hasil

dapatan yang diperolehi di sekolah ini ialah terdapat kepelbagaian murid yang bersekolah di sini

dan didapati bahasa percakapan harian mereka di rumah bukan Bahasa Malaysia maka mereka

menghadapi kesukaran untuk membaca dengan lancer.Memandang kebanyakan guru yang

menjadi pelaksanaan Linus di sekolah ini adalah guru yang berkualiti seperti yang telah

dinyatakan oleh guru besar, mereka telah cuba pelbagai pendekatan untuk membantu murid

lebih berjaya dalam saringan. Kaedah meminta bantuan guru lain sambil ditemani oleh guru

mereka turut digunakan untuk memastikan saringan berjaya. Sikap murid juga menentukan

sejauh mana keberkesanan program ini. Terdapat murid yang memang berminat dan telah boleh

membaca sejak prasekolah lagi. Murid-murid ini memang sangat senang bekerjasama dengan

guru dan juga menghadapi saringan tersebut. Ada juga murid yang berminat tetapi masih gagal

melepasi saringan. Jadi melalui saringan yang diadakan ini kita dapat mengenalpasti samada

mereka menghadapi masalah pembelajaran. Sekiranya mereka menghadapi masalah tersebut

pihak sekolah dapat mengesan masalah ini dari awal meneruskan rawatan atau tindakan yang

sepatutnya. Ada juga masalah sikap murid yang tidak mahu bekerjasama dengan guru. Dalam

hal ini guru akan cuba mengenalpasti punca masalah tersebut. Contohnya ada murid yang

terlampau takut atau tidak yakin untuk menjawab soalan saringan membaca. Dalam hal ini guru

perlu mencuba berbagai pendekatan untuk memastikan saringan berjaya.

Dalam pelaksanaan Program Linus ini pihak sekolah perlu memastikan pelbagai aktiviti

diadakan bagi memastikan guru dan murid serta ibu bapa mendapat pendedahan yang yang

bukan sedikit. Justeru itu dalam memastikan aktiviti berlaku peruntukan sangat diperlukan.

Peruntukan yang dikenalpasti diperolehi oleh sekolah ini adalah dari pebagai sumber. Ini

termasuklah dari peruntukan oleh kementerian, sekolah serta pihak ibu bapa. Namun begitu

antara partisipan kajian ini ada yang berpendapat bantuan kewangan sukar untuk diperolehi. Ini

kerana mereka perlu membuat kertas kerja dan mengambil masa untuk tujuan tersebut. Pekara

ini mungkin akan menjadi masalah sekiranya peruntukan itu digunakan untuk membuat alat

bantu mengajar. Masa yang digunakan akan melambatkankan guru-guru untuk menyediakan

alat bantu mengajar. Dan tidak pelik sekiranya guru menggunakan dana sendiri untuk membuat

ABM. Namun bagi aktiviti yang besar seperti Program Kem Linus, dana yang disediakan amat

membantu. Guru besar sentiasa bersedia untuk meluluskan kertas kerja dan mengeluarkan

peruntukan yang diperlukan. Bila keadaan kewangan yang baik maka banyak aktiviti boleh

dilakukan.

Page 8: ROJIETA BINTI Z S A K Fakulti Pengajian Pendidikan ... · tentang celik huruf ini telah menjadi isu kritikal yang hangat diperkatakan sejak tahun 1960 an lagi ... dan Sekolah Jenis

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

500 | MEDC 2018

Sekolah ini menyediakan kemudahan yang diperlukan. Terdapat bilik-bilik darjah yang agak

luas dan kemudahan lain seperti dewan, pusat sumber serta dewan yang agak besar. Namun

begitu memandangkan jumlah murid yang agak ramai ada ketikanya murid- murid perlu

berkongsi tempat untuk melakukan aktiviti. Di sinilah kreativiti guru diuji dimana bila ini

berlaku guru boleh mengaplikasi PLC iaitu pengajaran bergabung. Dalam pengajaran ini guru

dari lebih dari seorang guru akan menggunakan satu Rancangan Pengajaran Harian dan

membuat aktiuviti kelas bersama. Ini akan menjadikan pengajaran lebih menarik kerana idea

pelbagai guru akan digabungkan.Kemudahan yang ada juga bukan sahaja boleh digunakan

untuk pembelajaran harian guru dan murid Linus malah turut digunakan ketika membuat kem

Linus, Latihan Dalam Perkhidmatan dan juga perjumpaan bersama ibu bapa murid Linus.

Kemudahan yang ada ini sangat membantu melicinkan perjalanan program. Selain dari pada

pihak kementerian juga ada menyediakan Modul Linus yang mana modul ini adalah untuk

kegunaan murid Linus sahaja. Guru- guru boleh menggunakan modul ini dalam pengajaran

mereka. Namun begitu terdapat masalah tentang modul ini dimana jumlah yang disediakan

seringkali tidak mencukupi. Murid Linus terpaksa berkongsi menggunakannya. Selain daripada

itu maklumat yang terdapat di dalam modul itu tidak seiring dengan silibus KSSR yang mana

menyukarkan guru menggunakannya. Guru yang perlu mengajar menggunakan silibus KSSR

pada tiga puluh minit pertama akan mengaklami masalah bila terpaksa menggunakan tiga puluh

minit lagi untuk mengajar murid Linus dan bahan yang ada dalam modul jauh tersasar daripada

silibus KSSR. Mengikut pemerhatian sewaktu kajian guru terpaksa memberikan latihan lain

kepada murid Linus untuk memastikan murid Linus belajar seiring denagn apa yang dipelajari

oleh murid yang telah melepasi Linus.

Alat bantu mengajar adalah juga faktor yang penting membantu dalam pelaksanaan

Program Linus ini. Guru memerlukan alat bantu mengajar dalam Pdp masing-masing lebih-

lebih lagi kepada murid Linus. Penggunaan alat bantu mengajar membantu memahamkan murid

tentang apa yang diajar. Di sekolah ini dalam membuat ABM banyak aktiviti telah dibuat untuk

membantu guru membuat ABM.Antaranya ialah bengkel penghasilan ABM. Dengan adanyanya

bengkel tersebut guru- guru telah menghasilkan ABM mengikut subjek masing-masing. ABM

yang dihasilkan akan dikongsi bersama. Selain daripada itu ABM juga dibuat bersama guru

pemulihan. Ini sangat membantu kerana guru pemulihan sangat kreatif dan selalu didedahkan

dengan aktiviti membuat ABM diperingkat jabatan. Ilmu yang beliau ada akan dikongsi dengan

guru-guru lain dalam menghasilkan ABM. Terdapat juga inisiatif guru sendiri untuk

menghasilkan ABM mengikut keperluan mereka dan menggunakan duit poket sendiri. Ini

mungkin berlaku disebabkan sifat pemurah guru-guru tersebut dan tidak sanggup menunggu

peruntukan dari sekolah yang agak memakan masa yang seterusnya akan merugikan murid-

murid.

Aspek pemberatan tugas guru linus tidak ada pengecualian. Mereka turut diberi tugas-

tugas lain yang tidak kurang pentingnya. Sebahagian besar guru Linus adalah terdiri daripada

Ketua panitia, pihak pentadbir tidak memberi pengecualian dalam hal pemberatan tugas. Namun

ini menjadi masalah bagi guru yang didatangi tugas penting sekali gus ketika saringan Linus

berlangsung. Guru akan menjadi sangat terbeban dengan kedua atau lebih tugas yang

memerlukan perhatian yang lebih. Pemberatan tugas ini sangat memberi kesan kepada guru-

guru Linus tetapi mereka cuba sebaik mungkin untuk memastikan mereka berjaya menjalankan

amanah yang dijalankan setakat termampu dan memenuhi kehendak semua. Namun

memandangkan guru di sini sangat memahami antara satu sama lain mereka sentiasa

memastikan mereka bekerjasama untuk menjayakan apa yang dirancang.

Seterusnya aspek masa banyak diperkatakan oleh partisipan-partisipan yang

ditemubual. Mereka menyatakan bahawa mereka mengalami kekengan masa. Ini kerana masa

yang diperuntukan untuk saringan bersamaan dengan program-programn sekolah yang lain.

Begitu juga halnya keadaannya dalam waktu kelas harian biasa. Memandangkan di dalam satu

kelah bercampur antara murid Linus dan murid yang melepasi Linus guru dikehendaki mengajar

setengah jam seperti biasa dan setengah jam lagi mengajar murid Linus. Keadaan akan menjadi

huru hara bila mana murid yang telah melepasi sibuk bertanya soalan berkenaan apa yang telah

mereka belajar di tiga puluh minit pertama.

Page 9: ROJIETA BINTI Z S A K Fakulti Pengajian Pendidikan ... · tentang celik huruf ini telah menjadi isu kritikal yang hangat diperkatakan sejak tahun 1960 an lagi ... dan Sekolah Jenis

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

501 | MEDC 2018

Elemen yang dinilai seterusnya adalah Elemen Proses. Dalam elemen ini beberapa

aspek dikenalpasti iaitu pelaksanaan program dan pemantauan. Aspek pelaksanaan lebih kepada

apa yang dilakukan oleh guru dalam menjalankan proram ini. Manakala pemantauan pula ialah

merujuk kepada pemerhatian oleh pentadbir atau guru besar terhadap prelaksanaan program

Linus ini. Dalam aspek pelaksanaan program, guru telah mendapat pendedahan cara untuk

melaksanakan program Linus dari awal hingga ke akhir tahun pelaksanaannya. Di awal

pelaksanaan guru-guru telah diberi taklimat oleh penyelaras Linus apa yang perlu dibuat bagi

menjalankan program. Guru akan diberi penerangan cara terkini menulis Rancangan Pengajaran

Harian dan seterusnya cara yang boleh dan tak boleh dilakukan didalam pengajaran.

Seterusnya dalam pelaksanaan juga, sepanjang tahun persekolahan ini terdapat pelbagai

program yang diadakan untuk memastikan jumlah murid Linus berkurangan. Antaranya ialah

kem Linus yang diberi nama Bangkitlah Sayang, Cilik Pagi iaitu program untuk murid yang tak

menguasai konstruk 1 dan 2 dan seterusnya Program bersama Ibu bapa yang mana ibu bapa

didedahkan dengan Linus. Dalam PDP setiap hari guru perlu membuat 2 objektif iaitu satu

untuk murid Perdana iaitu murid yang telah menguasai hinggan konstruk 12. Satu lagi objekti

ialah bagi murid Linus. Guru perlu mengajar tiga puluh minit pertama kepada semua murid dan

tiga puluh minit lagi kepada murid Linus secara individu, Perkara ini kadang-kala memberi

masalah kerana kekangan masa dan kadangkala bila guru memberi tumpuan pada murid Linus

beliau akan diganggu oleh murid Linus. Dalam hal ini guru perlu kreatif merancang aktiviti

dalam memastikan murid tidak mengganggu proses pembelajaran .Sepanjang setahun

pelaksanaan program ini murid akan disaring sebnayak dua kali iaitu dalam bulan Mac dan

bulan September. Saringan akan dilakukan pada waktu matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa

Inggeris dan Matematik. Saingan hanya boleh dilakukan oleh guru pada waktu PDPC mereka

sahaja. Setaip murid hanyanya dibenarkan disaring dalam 4 konstruk sahaja tanpa mengira

murid Perdana atau murid Linus.Perkara ini menurut guru ynag ditemubual amat membazirkan

masa. Ini kerana sekiranya mereka yang telah melepasi pada tahun lepas boleh disaring semua

konstruk sekali gus, ia akan mempercepatkan proses saringan dan guru akan ada masa untuk

fokus kepada murid yang bermasalah. Setiap kali menyaring guru perlu memastikan mereka

mengisi boring bpppi. Borang ini perlulah diisi mengikut undang- undang yang telah ditetapkan.

Selepas selesai saringan guru perlu memasukkan data secara online, Ini juga kadang

kala memberi masalah kepada guru memandang biasa berlaku system yang sukar untuk dicapai.

Guru terpaksa bersengkang mata di awal jam tiga pagi untuk mengisi data tersebut. Ini

kadangkala sangat membebankan guru-guru kerana masa yang diberikan agak terbatas

sedangkan guru juga ada tanggungjawab lain. Sepanjang pelaksanaan program ini juga pihak

pentadbir dan fasilinus turut melakukan pemantauan. Pemantauan amat penting memandangkan

pelaksanaan program ini sangat perlu mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Dari

masa ke semasa pentadbir akan bertanya penyelaras tentang perkembangan program ini.

Pentadbir akan membuat rondaan ketika kelas berjalan. Selain daripada guru besar, fasilinus

turut hadir ke sekolah untuk memantau perjalanan program Linus. Ini bukan sahaja berlaku

ketika hari pembelajaran biasa tetapi juga ketika musim saringan. Kehadiran fasilinus yang

berjumlah 3 orang kadang-kadang sangat tidak disenangi guru kerana ianya kelihatan kehadiran

meeka untuk mencari salah guru. Pemantauan akan dilakukan dari masa ke semasa. Biarpun

ianya kurang disenangi oleh guru-guru tetapi melalui pemantauan inilah pihak pentadbir dan

Fasilinus dapat mengenalpasti masalah yang guru dan murid hadapi. Malangnya daripada

dapatan ini guru menjelaskan bahawa guru besar tidak pernah duduk sekali dan melihat cara

saringan dilakukan dan masalah yang guru hadapi. Guru hanya mampu melapor masalah

mereka tetapi memandangkan guru besar tidak pernah terlibat waktu menyaring maka beliau

tidak akn memahami apa yang dialami oleh guru-guru. Diharap pada masa akan datang guru

besar dapat melibatkan diri dengan lebih lagi dalam urusan pelaksanaan program Linus.

Analisis data ini menunjukkan terdapat 3 elemen penilaian yang telah dibuat iaitu

elemen konteks, elemen input dan elemen proses. Dari elemen ini dipecahkan kepada beberapa

aspek yang lain.

Page 10: ROJIETA BINTI Z S A K Fakulti Pengajian Pendidikan ... · tentang celik huruf ini telah menjadi isu kritikal yang hangat diperkatakan sejak tahun 1960 an lagi ... dan Sekolah Jenis

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

502 | MEDC 2018

MENGENALPASTI FAKTOR- FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJAYAAN

PROGRAM LINUS.

Terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti mempengaruhi kejayaan program ini.

Pentadbiran

Pentadbir sekolah ini amat mengambil berat tentang pelaksanaan program Linus ini. Guru besar

memberi kelonggaran kepada penyelaras dan guru-guru melaksanakan aktiviti yang boleh

memperbaiki jumlah murid Linus.Dalam Pentadbiran guru besar ini beliau sentiasa memberi

ruang kepada guru untuk mengaplikasi pelbagai strategi yang seterusnya memberi ruamg untuk

memperbaiki jumlah murid Linus.

Pentadbir turut menjaga hubungan dengan guru-guru. Beliau seringkali memberi kata-

kata nasihat dan memastikan memberi kata-kata semangat untuk meningkatkan keinginan dan

motivasi kepada guru-guru dalam menjalankan pelbagai aktiviti yang dapat meningkatkan

pendidikan murid-murid. Ini termasuklah juga aktiviti yang diadakan untuk meningkatkan

kemahiran guru-guru dalam menangani murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran

terutamanya membaca, menulis dan mengira. Selain daripada itu pentadbir juga sentiasa

memantau setiap perkembangan program ini. Pemantauan ini dapat mengelakkan berlaku salah

laku di kalangan guru- guru dalam melaksanakan pengajaran dan saringan. Dari segi

pemantauan guru besar sering melakukan pemantauan secara tiba-tiba untuk melihat PDP dan

saringan yang dilakukan. Setelah pemantauan guru besar aku membuat pujian atau teguran

terhadap apa yang telah dilihat dalam pemantauannya. Pemantauan ini dalam masa yang sama

memberi ruang untuk guru besar mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru-guru untuk

penambahbaikan.

Guru

Guru yang berkualiti sangat membantu kejayaan sesebuah program. Begitu juga dengan

pelaksanaan program Linus. Di sekolah ini rata-rata gurunya adalah muda dan lulusan

universiti. Guru yang mempunyai kualiti ini biasanya mudah menerima polisi dan aktiviti yang

diarahkan oleh kerajaan dengan hati yang terbuka. Dalam hal berkaitan linus guru yang

berkualiti pasti mencari pendekatan terbaik untuk memastikan muridnya lebih berjaya. Guru

muda biasanya sangat aktif dan bersemangat dan dalam masa yang sama sangat biasa

menggunakan intenet, Ini sangat membantu mereka mencari bahan untuk digunakan dalam

pembelajaran. Guru-guru di sekolah ini juga mengalami proses pembangunan guru bagi

memastikan mereka sentiasa dilengkapkan dengan maklumat dan kemahiran terkini dalam

menguruskan program Linus ini. Sekolah ini telah beberapa kali mengadakan Latihan dalam

perkhidmatan bagi tujuan ini. Penceramah samada dari guru sekolah, fasilinus dan juga

penceramah luar turut dijemput.

Selain daripada itu guru disini didapati sangat bekerjasama dalam menjadikan aktiviti

yang dirancang berjaya. Semua yang terlibat memainkan peranan masing- masing dan tiada

masalah untuk menolong guru yang adamasalah dalm pelaksanaan mereka. Ini termasuklah juga

ketika saringan. Sekira gagal menyaring murid atas sebab tertentu contohnya murid takut pada

guru yang sepatutnya menyaring beliau, guru lain boleh membantu menyaring murid tersebut

dengan kehadiran guru murid tersebut. Ini sangat membantu memandangkan sekiranya murid

langsung tidak memberi maklumbalas maka murid tersebut mungkin tidak akan melepasi mana-

mana konstruk walaupun murid tersebut sebnarnya tahu jawapan yang sepatutnya. Sikap

bertanggungjawab juga dapat dilihat ada pada guru-guru di sini. Ini dapat dilihat di mana sekira

terdapat murid yang tidak berjaya melepasi konstruk 1 dan 2 meraka akan memastikan murid

tersebut dilibatkan dengan program outreach iaitu program yang diwujudkan untuk

mengenalpasti murid yang ada masalah pembelajaran. Guru seterusnya akn menghubungi ibu

bapa dan mennerangkan kepada mereka apa yang berlaku kepada anak mereka dan seterusnya

bersama-sama ibu bapa mengambil langkah yang perlu. .

Page 11: ROJIETA BINTI Z S A K Fakulti Pengajian Pendidikan ... · tentang celik huruf ini telah menjadi isu kritikal yang hangat diperkatakan sejak tahun 1960 an lagi ... dan Sekolah Jenis

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

503 | MEDC 2018

Murid

Sikap murid yang ingin menjadi lebih baik dan tidak lagi tersenarai sebagai murid Linus adalah

sangat membantu. Mereka yang mempunyai sikap positif akan cuba buat yang terbaik ketika di

dalam kelas dan juga sewaktu saringan. Mememandangkan tiada lagi ‘streaming’ murid di

dalam sesebuah kelas, murid yang telah melepasi konstruk dapat membantu murid linus yang

lain. Ini sangat membantu kerana ada ketikanya murid Linus sangat memberikan kerjasama

apabila mereka berkomunikasi sesama mereka. Keadaan ini juga boleh menambahkan rasa

yakin pada diri murid tersebut dan meningkatkan keinginan mereka untuk lebih berusaha.

Kaedah pelaksanaan

Dalam melaksanakan Program Linus ini garis panduan telah disediakan oleh pihak kementerian.

Guru turut telah diberi taklimat tentang cara pelaksanaan program iaitu dari cara menulis RPH

hinggalah ke cara melaksanakan saringan. Setiap tahun guru yang datang mernghadiri kursus

akan pula didatangi di sekolah untuk memastikan mereka mengikut garis panduan yang

diberikan. Bagi guru baru atau yang belum mendapat pendedahan tentang Linus, mereka akan

dihantar pergi ke kursus yang biasanya akan dibuat oleh pihak kementerian. Pihak kementerian

sentiasa membuat kursus untuk memberi pendedahan kepada semua guru- guru tentang Linus.

Jadi setiap kali permintaan untuk menghantar guru ke kursus tersebut pihak sekolah akan

memilih guru-guru yang masih belum menghadiri kursus sebelum ini. Beliau seterusnya perlu

membuat LADAP sekembalinya ke sekolah.

Kemudahan dan Alat Bantu Mengajar

Mengajar murid Linus memerlukan pelbagai kemudahan dan alat bantu mengajar. Ini penting

kerana bagi mengajar murid yang agak lambat penguasaannya memerlukan guru

mengaplikasikan pelbagai strategi. Guru tidak boleh hanya berada di dalam kelas dan mengajar

seperti biasa dan mengharapkan murid senang menerima pengajaran mereka. Guru sangat-

sangat memrlukan bahan bantu yang boleh membantu murid lebih memahami apa yang diajar.

Di sekolah ini meskipun jumlah muridnya agak ramai tetapi di sini ada pelbagai

kemudahan yang boleh dikongsi bersama.contohnya ada 2 dewan yang agak besar, bilik-bilik

khas, pusat sumber dan auditorium. Guru boleh menggunakan kemudahan ini untuk

melaksanakan aktiviti yang menggunakan pergerakan. Dan seperti yang telah dilakukan oleh 2

orang guru sebelum ini bereka telah menggunakan aktiviti PLC dalam pembelajaran mereka di

mana mereka telah bergabung dua kelas menjadi satu dan dua orang guru menggunakan satu

RPH dalam pengajaran mereka. PLC sangat membantu guru dalam proses pengajaran kerana

bila lebih dari seorang mengajar dalam satu masa idea yang dapat disumbang akan lebih

bertambah. Juga bila ada dua guru dalam satu masa boleh meningkatkan pengawalan kelas.

Alat Bantu Mengajar turut memainkan peranan dalam urusan PDP murid-murid Linus

dan sekolah ini amat bertuah kerana guru besar sangat membantu dalam memastikan guru

berupaya membuat ABM untuk kegunaan murid. Guru besar sentiasa meluluskan proposal yang

dihantar oleh guru untuk memohon peruntukan untuk membuat ABM. Selain daripada itu

bengkel-bengkel juga dibuat untuk guru duduk bersama-sama dan membuat ABM bersama-

sama untuk kegunaan murid mereka. Guru yang kreatif berpeluang menunjukcara kepada guru-

guru lain cara untuk membuat ABM yang menarik Selain daripada itu ABM yang dibuat juga

akan dikongsi bersama untuk memastikan semua murid berpeluang menggunakannya.

Kewangan

Bercakap tentang kewangan, sekolah ini mendapatkan kewangan dari pelbagai sumber iaitu dari

kementerian, sumbangan guru-guru, ibu bapa dan juga dari pihak guru-guru yang menyumbang

secara sukarela. Sumber dari kementerian adalah dalam bentuk PCG dan memandangkan

sekolah ini mempunyai jumlah murid yang ramai maka PCG sekolah ini adalah tinggi. Sumber

yang mengikut jumlah murid ini sangat membantu sekolah dalam memenuhi keperluan murid.

Page 12: ROJIETA BINTI Z S A K Fakulti Pengajian Pendidikan ... · tentang celik huruf ini telah menjadi isu kritikal yang hangat diperkatakan sejak tahun 1960 an lagi ... dan Sekolah Jenis

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

504 | MEDC 2018

Dari sumber-sumber ini sebahagian besar akan disalurkan ke urusan program Linus. Ini

seterusnya memastikan kelancaran aktiviti Linus.

MENGENALPASTI CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI OLEH GURU DALAM

MELAKSANAKAN PROGRAM LINUS

Apakah cabaran-cabaran yang guru lalui dalam melaksanakan Program Linus?

cabaran-cabaran yang dimaksudkan akan diterangkan selanjutnya satu persatu mengikut tema

yang telah dikenalpasti.

Isu Pengurusan

Dapatan dari kajian ini mendapati dalam soal pemberatan tugas tiada pengecualian diberikan

kepada guru Linus. Malah ramai dari guru Linus memegang jawatan penting dalam pengurusan

sekolah contohnya ketua bahagian Hal Ehwal Murid.. Pihak pengurusan tidak mengambil kira

bahawa mengajar murid tahap 1 yang mana ramai masih tak boleh membaca dan menulis adalah

satu tugas yang berat. Pertindihan aktiviti sekolah dengan saringan Linus juga antara cabaran

yang perlu guru hadapi. Memandangkan program ini telah bertahun dilaksanakan sepatut pihak

pengurusan meletakkan saringan Linus sebagai program rasmi dan dimasukkan dalam takwim

sekolah untuk mengelakkan pertindihan aktiviti contohnya seperti yang telah berlaku baru-baru

ini. Pada saringan pertama baru-baru ini berlaku pertindahan dengan aktiviti sukan tahunan

sekolah. Kesannya guru dan murid berada dalam keletihan untuk melakukan saringan. Saringan

juga terpaksa ditangguh sekiranya ada latihan tertentu pada waktu tersebut. Ini akan

menyebabkan masa untuk saringan terlampau terhad da nada ke,mungkinan keputusan tidak

seperti yang diharapkan.

Isu Pentadbir

Dalam urusan pelaksanaan Program Linus, penyelaras mengambilalih banyak tanggungjawab

pentadbir. Pentadbir memberikan kepercayaan penuh kepada penyelaras dalam memastikan

program ini berjalan dengan jayanya dengan masih di bawah pemantauan pentadbir.

Cabarannya ialah apabila penyelaras mendapat mandat sebegitu guru akan meletakkan harapan

kepada penyelaras sedangkan penyelaras masih perlu mendapat kebenaran dalam setiap

tindakannya. Maka bila ini berlaku keputusan untuk sesuatu perkara masih mengambil masa

yang agak lama.

Pentadbir banyak melakukan pemantauan. Namun pemantauan yang dilakukan ketika

saringan sedang berlangsung jarang berlaku. Oleh sebab itu beliau kurang memahami apa yang

dialami oleh guru ketika menyaring murid lebih-lebih lagi dengan murid yang bermasalah

dalam pelajaran.

Isu pelaksanaan

Bermula dengan keperluan menulis 2 RPH untuk satu kelas dan seterusnya keupayaan mencapai

lebih dari 1 objektif dalam satu masa. Ini adalah cabaran bagi guru bukan sahaja dalam soal

menulis RPH tetapi jua keupayaan untuk mencapai objekktif yang ditulis. RPH biasanya pula

akan sentiasa ada perubahan dari tahun ke tahun. Malah pihak kementerian dan jabatan pun juga

ada percanggahan dari segi cara penulisan. Biasanya bila ada guru keluar menghadiri kursus

yang dianjurkan oleh jabatan dan kemnterian mereka dikehendaki memberi Latihan Dalam

Perkhidmatan kepada guru apabila balik semula ke sekolah. Dan biasanya di dalam kursus

tersebut perkara yang sering disebut ialah cara penulisan RPH. Setiap kali mereka

membentangkan ini di dapati sentiasa ada perubahan. Ini kadang-kadang amat mengelirukan

guru-guru.

Seterusnya cabaran yang terpaksa guru hadapi ialah cara mengisi borang BPPPI di

mana terdapat peraturan tertentu untuk mengisi boring terseput dan ini kadangkala sukar

Page 13: ROJIETA BINTI Z S A K Fakulti Pengajian Pendidikan ... · tentang celik huruf ini telah menjadi isu kritikal yang hangat diperkatakan sejak tahun 1960 an lagi ... dan Sekolah Jenis

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

505 | MEDC 2018

diterima oleh guru. Menurut pemerhatian pengkaji, boring tersebut hendaklah ditulis dengan

tarikh yang betul sama dengan tarikh yang ditulis pada RPH, perlu, menggunakan pen hitam

atau biru, mesti diisi sebelum menyaring konstruk seterusnya, tidak boleh menggunakan ‘liquid

paper’ dan juga tidak boleh menangguh pengisian boring tersebut. Perkara- perkara ini Nampak

ringkas tetapi hakikatnya bila murid yang disaring adalah agak ramai terutama ketika saringan

bertulis perkara ini akan menjadi agak membebankan. Guru juga hendaklah memastikan tiada

tanda-tanda murid telah memadamkan jawapannya yang disalah tulis. Perkara ini boleh

mengakibatkan jawapan murid dipertikaikan. Sedangkan adalah normal murid tersalah eja dan

membuat pembetulan. Selain daripada itu, saringan bertulis atau membacadiadakan tidak boleh

melebihi 4 konstruk yang disaring dalam satu masa. Ini amat membazirkan masa sekiranya

murid yang disaring itu adalah murid yang sudah melepasi konstruk sebelum ini. Dan lebih

menambahkan cabaran guru ialah di mana guru dikehendaki menanda soalan yang telah disaring

sebelum memulakan saringan konstruk seterusnya.

Seterusnya cabaran dalam pelaksanaan bersambung lagi di mana setelah selesai

menyaring guru dikehendaki mengisi data keputusan saringan murid secara atas talian.

Seringkali berlaku talian sukar di masuki dan menyebabkan guru bersengkang mata di awal pagi

untuk memasukkan data. Perkara ini menjadi bertambah rumit sekiranya guru tiada talian

internet di rumah. Selain daripada itu guru diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi

adalah benar dan sekiranya ada berlaku tersalah isi guru tersebut boleh dikenakan tindakan.

Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana website itu boleh dimasuki oleh mana-mana guru

selagi mana dia mempunyai kata laluan dan kemungkinan untuk ada yang berniat melakukan

khianat boleh berlaku bila- bila masa.

Dalam hal pelaksanaan ini juga murid ada dibekalkan dengan modul untuk digunakan

oleh murid Linus. Namun modul tersebut tidak dapat menampung jumlah murid Linus. Guru

terpaksa membuat salinan bagi memastikan semua murid Linus dapat menggunakannya. Selain

daripada itu didapati modul yang disediakan tidak selari dengan silibus KSSR. Ia menjadi satu

masalah apabila apa yang diajar pada setengah jam pertama tidak menyamai apa yang perlu

diajarkepada murid Linus. Jadi bila ini berlaku murid juga turut menjadi keliru. Ini seterusnya

boleh menggagalkan murid mencapai objektif yang telah disenaraikan.

Isu guru

Cabaran juga boleh berpunca dari guru sendiri. Terdapat juga guru yang kurang memberikan

kerjasama. Walaupun tidak ramai yang begitu tetapi kehadiran satu atau dua orang yang begitu

cukup untuk menghalang kelancaran program yang diadakan. Bukan itu sahaja guru lain juga

pastinya turut terkesan. Bagi guru yang kurang memberikan kerjasama belaiu akan mengelak

untuk berbuat demilkian dan kesannya berlaku pada guru-guru lain juga.

Jika kita melihat dari segi tugasan pula, apabila terlampau banyak tugas yang perlu

dilaksanakan oleh guru dalam satu masa dengan masa yang agak terhad guru akan menjadi

tertekan. Guru akan menjadi sangat beremosi dan dalam masa yang sama akan menjejaskan

kesihatan guru tersebut. Apabila kesihatan sudah terjejas guru tidak lagi dapat memberikan yang

terbaik dalam PDP mereka dan akhirnya memberi kesan kepada pencapaian murid.

Isu murid

Perkara yang jelas ialah sikap murid itu sendiri. Ada antara murid-murid ini tidak minat belajar.

Murid-murid ini sering bermain-main ketika guru mengajar. Mereka tidak memberi perhatian

tentang apa yang diajar. Dan tidak cuba melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Sikap

ini sering menyebabkan proses pembelajaran terganggu. Ada juga murid yang sering ponteng

sekolah. Sebab mereka ponteng ini adalah kerana mereka memang tidak minat untuk belajar dan

ada juga berlaku disebabkan sikap ibu bapa yang tidak bertanggungjawab. Mereka membiarkan

anak mereka tidak hadir atau mereka malas menghantar anak mereka ke sekolah. Murid yang

tidak hadir itu sangat memberikan kesan lebih-lebih lagi bila musim saringan. Ini akan

mengganggu data Linus. Pernah terjadi pentadbir telah pergi ke rumah pelajar untuk meminta

murid hadir ke sekoalh bagi membolehkan guru menyaring murid tersebut.

Page 14: ROJIETA BINTI Z S A K Fakulti Pengajian Pendidikan ... · tentang celik huruf ini telah menjadi isu kritikal yang hangat diperkatakan sejak tahun 1960 an lagi ... dan Sekolah Jenis

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

506 | MEDC 2018

Selain daripada cabaran di atas guru turut perlu menghadapi cabaran untuk mrengajar

pelbagai kaum murid di sekolah ini. Ini kerana sebahagian besar dari pelajar adalah anak tentera

maka ramai antara mereka berasal dari Sabah dan Sarawak. Murid- murid ini ada yang tidak

menggunakan Bahasa Malaysia dalam perbualan mereka di rumah. Jadi adalah menjadi satu

cabaran untuk guru meningjkatkan percakapan menggunakan Bahasa Malaysia dan seterusnya

mengajar mereka membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia. Begitu juga dengan subjek

Bahasa Inggeris dan Matematik yang mana memandang murid tersebut tuidak biasa berbahasa

Malaysia guru-guru perlu kreatif dalam memberikan maklumat kepada mereka.

Cabaran terakhir yang dapat dikenalpasti dari murid Linus ialah sikap kurang keyakinan

diri dalam diri mereka. Memandangkan mereka kurang berkeupayaan berbanding kawan-

kawan mereka yang lain seringkali berlaku mereka tidak berani untuk menonjolkan diri masing..

Murid-murid ini turut merasa takut memberi maklumbalas kepada soalan yang ditanya oleh

guru kerana takut jawapan yang diberikan adalah salah dan seterusnya akan dimarahi oleh guru.

Kesan daripada hal ini guru pula susah hendak menentukan tahap atau level pencapaian murid.

KESIMPULAN

Beberapa elemen telah dibincangkan di bawah penilaian elemen konteks, elemen input dan

elemen proses. Ini termasuklah aspek seperti aspek pentadbir,aspek guru. aspek murid dan

aspek pelaksanaan.Seterusnya dibincang juga faktor yang mempengaruhi kejayaan program

Linus ini seperti faktor pentadbir, guru, kemudahan, kaedah pelaksanaan dan kewangan.Seterus

turut dibincangkan cabaran yang perlu dihadapi dalam menjayakan program ini seperti isu

pentadbir, isu guru, isu murid dan juga isu pengurusan dan pentadbiran.Pada bab seterusnya

dapatan daripada analisis data akan dibincangkan serta dirumuskan. Turut dibincangkan

implikasi kajian serta cadangan bagi menambahbaikan pelaksanaan program Linus ini.

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Cadangan

Melalui kajian yang telah diadakan pengkaji dapat mengesan beberapa perkara yang boleh

dicadangkan agar dapat memastikan program ini lebih berjaya tanpa perlu menambahkan

tekanan kepada mana-mana pihak.

1. Pada masa akan datang pihak kementerian seharusnya menyediakan seorang guru

pembantu di dalam kelas . Ini dapat memastikan semua murid mendapat perhatian

sepanjang kelas berjalan.

2. Pihak kementerian menyediakan guru pemulihan untuk subjek Bahasa Inggeris. Ini

kerana murid yang berada di konstruk 1 dan 2 sangat memerlukan perhatian yang lebih

dan cara mendekati mereka sangat berbeza dari murid linus lain yang memerlukan guru

yang terlatih.

3. Pihak kementerian mesti mewar-warkan kepentingan Linus ini di media massa seperti

mana yang dilakukan terhadap peperiksaan atau program kementerian yang lain.

4. Modul untuk Linus perlulah disediakan selari dengan objektif KSSR agar proses

pembelajaran lebih tersusun di dalam sesuatu sesi.

Page 15: ROJIETA BINTI Z S A K Fakulti Pengajian Pendidikan ... · tentang celik huruf ini telah menjadi isu kritikal yang hangat diperkatakan sejak tahun 1960 an lagi ... dan Sekolah Jenis

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

507 | MEDC 2018

RUJUKAN

(BPK, 2015)Abdul Said Ambotang and Shanti Gobalakrishnan (2017) ‘Tahap Integriti dan

Kesediaan Guru Dengan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Rendah’,

International Journal of Education, Psychology and Counseling, 2(4), pp. 1–22.

Abdull Sukor Shaari, Abd Rahim Romle and Mohamad Yazi Kerya (2006) ‘Beban tugas guru

sekolah rendah’, Seminar Kebangsaan Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah, pp. 1–12.

Alias, M. et al. (2013) ‘Penggunaan Model CIPP Dalam Penilaian Kurikulum Separa

Perubatan’, Prosiding Model Penyelidikan Pendidikan dan Pembangunan Sumber

Manusia (PPPSM 2013), (Februari), pp. 1–9. doi: 10.13140/RG.2.1.3849.3523.

BPK (2015) ‘Buku Pengoperasian Program LINUS 2.0’, pp. 1–76.

Hasnalee Tubah; Zulkifly Hamid (2011) ‘Pengaruh Demografi Terhadap Kemahiran Membaca

dan Memahami Dalam Kalangan Murid-Murid LINUS’, Jurnal Melayu, (6), pp. 29–47.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2011) ‘Buku Panduan Dan Pengoperasian’.

Othman, A. J. et al. (2011) ‘Cabaran Guru Program Linus Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Bahasa’, Masalah Pendidikan, 34, pp. 37–51.

Sekolah Rendah, D., Fong Peng, C. and Pendidikan, F. (2015) ‘Pelaksanaan Program Literasi

Dan Numerasi (Linus)’, Malay Language Education Journal – MyLEJ, 5(2), pp. 2180–

4842. doi: 10.1017/CBO9781107415324.004.

Shannon, G. S. and Bylsma, P. (2003) ‘Nine Characteristics of High Performing Schools’,

Olympia, WA: OSPI, (January), pp. 1–39.

Wong, E. and Lin, P. O. (2014) ‘Amalan linus sekolah kebangsaan di zon parit bunga, daerah

muar’, Universiti Teknologi Malaysia, pp. 1–35.

Zahanim Ahmad (2013) ‘Perlaksanaan Literasi Dan Numerasi Di Sekolah Rendah’, (Pusat

Pengajian Teras, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor). Available at:

(Wong and Lin, 2014)Abdul Said Ambotang and Shanti Gobalakrishnan (2017) ‘Tahap Integriti

dan Kesediaan Guru Dengan Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Rendah’,

International Journal of Education, Psychology and Counseling, 2(4), pp. 1–22.

Abdull Sukor Shaari, Abd Rahim Romle and Mohamad Yazi Kerya (2006) ‘Beban tugas guru

sekolah rendah’, Seminar Kebangsaan Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah, pp. 1–12.

BPK (2015) ‘Buku Pengoperasian Program LINUS 2.0’, pp. 1–76.

Page 16: ROJIETA BINTI Z S A K Fakulti Pengajian Pendidikan ... · tentang celik huruf ini telah menjadi isu kritikal yang hangat diperkatakan sejak tahun 1960 an lagi ... dan Sekolah Jenis

| Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam, 7-8 November 2018 |

508 | MEDC 2018