risiko penyakit yang berkaitan dengan cuaca

2
Risiko Penyakit yang Berkaitan dengan Cuaca Panas Cuaca panas yang berlaku di kawasan-kawasan yang beriklim kering, panas dan tropika sering mengakibatk berbagai penyakit yang berkaitan dengan haba. Golongan-golongan yang sering terdedah kepada serangan p akibat cuaca panas ialah pekerja-pekerja pembinaan, ahli-ahli sukan dan mereka-mereka yang sentiasa te kepada panas terik atau haba yang melampau. Antara penyakit-penyakit yang berkaitan dengan kepanasan melampau adalah:- Strok haba adalah penyakit berkaitan haba yang paling serius, yang berlaku apabila sistem dalam b gagal untuk mengawal suhu teras dalam badan. Perpeluhan badan tidak lagi berlaku bagi membantu bad melepaskan lebihan haba daripada badan. Simtom-simtom serangan ini termasuk kekeliruan, pengsan, s badan terlalu panas dan kulit kering dan panas. “Strok haba adalah termasuk dalam ‘Medical Emergen boleh menyebabkan kematian!. Sekiranya berlaku keadaan sebegini sila dapatkan bantuan kecemasan se merta. Keletihan habaadalah tindak balas badan akibat kehilangan air dan garam akibat berpeluh yang berlebihan. Tanda-tanda serangan adalah termasuk sakit kepala, loya atau muntah-muntah, pening, sa kepala, lemah, cepat marah, dahaga, rasa tidak selesa, degupan jantung yang cebat dan berpeluh ber Sekiranya diserang, duduk atau baringkan pesakit di tempat yang teduh dan sejuk, beri minum air de seberapa banyak, sejukkan dengan ais atau towel basah dan bawa pesakit ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Kekejangan haba adalah disebabkan oleh kehilangan garam dan cecair badan akibat peluh yang berlebihan. Tahap garam yang rendah dalam otot akan menyebabkan kekejangan yang menyakitkan. Kekejangan boleh berlaku semasa atau selepas waktu bekerja. Sekiranya diserang, berikan pesakit re dibawah tempat teduh, berikannya minum air yang banyak dan dapatkan bantuan perubatan untuk menghilangkan kekejangan. Ruam panas , juga dikenali sebagai ruam gatal atau ruam mencucuk, adalah kegatalan kulit yang disebabkan oleh peluh yang mengering dari kulit. Ruam panas adalah masalah yang paling biasa dalam persekitaran cuaca panas. Ruam biasanya terjadi di bahagian tengkuk, atas dada atau liapatan-lipat Jika berlaku, berpindah kekawasan yang lebih sejuk dan kawasan yang kurang kelembapan.

Upload: dadymama-lin

Post on 06-Oct-2015

37 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

penyakit haba

TRANSCRIPT

Risiko Penyakit yang Berkaitan dengan CuacaPanasCuaca panas yang berlaku di kawasan-kawasan yang beriklim kering, panas dan tropika sering mengakibatkan berbagai penyakit yang berkaitan dengan haba. Golongan-golongan yang sering terdedah kepada serangan penyakit akibat cuaca panas ialah pekerja-pekerja pembinaan, ahli-ahli sukan dan mereka-mereka yang sentiasa terdedah kepada panas terik atau haba yang melampau.Antara penyakit-penyakit yang berkaitan dengan kepanasan melampau adalah:- Strok haba adalah penyakit berkaitan haba yang paling serius, yang berlaku apabila sistem dalam badan gagal untuk mengawal suhu teras dalam badan. Perpeluhan badan tidak lagi berlaku bagi membantu badan melepaskan lebihan haba daripada badan. Simtom-simtom serangan ini termasuk kekeliruan, pengsan, sawan, badan terlalu panas dan kulit kering dan panas. Strok haba adalah termasuk dalam Medical Emergency yang boleh menyebabkan kematian!. Sekiranya berlaku keadaan sebegini sila dapatkan bantuan kecemasan serta-merta. Keletihan haba adalah tindak balas badan akibat kehilangan air dan garam akibat berpeluh yang berlebihan. Tanda-tanda serangan adalah termasuk sakit kepala, loya atau muntah-muntah, pening, sakit kepala, lemah, cepat marah, dahaga, rasa tidak selesa, degupan jantung yang cebat dan berpeluh berlebihan. Sekiranya diserang, duduk atau baringkan pesakit di tempat yang teduh dan sejuk, beri minum air dengan seberapa banyak, sejukkan dengan ais atau towel basah dan bawa pesakit ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Kekejangan haba adalah disebabkan oleh kehilangan garam dan cecair badan akibat peluh yang berlebihan. Tahap garam yang rendah dalam otot akan menyebabkan kekejangan yang menyakitkan. Kekejangan boleh berlaku semasa atau selepas waktu bekerja. Sekiranya diserang, berikan pesakit rehat dibawah tempat teduh, berikannya minum air yang banyak dan dapatkan bantuan perubatan untuk menghilangkan kekejangan. Ruam panas, juga dikenali sebagai ruam gatal atau ruam mencucuk, adalah kegatalan kulit yang disebabkan oleh peluh yang mengering dari kulit. Ruam panas adalah masalah yang paling biasa dalam persekitaran cuaca panas. Ruam biasanya terjadi di bahagian tengkuk, atas dada atau liapatan-lipatan kulit. Jika berlaku, berpindah kekawasan yang lebih sejuk dan kawasan yang kurang kelembapan.