risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

54
ISI KANDUNGAN 1. DOA AWAL PAGI 01 2. DOA SEBELUM BERTUGAS 02 3. DOA SAMBUTAN 100 TAHUN MASJID 03 4. DOA SOLAT HAJAT ` 04 5. DOA PEMOHONAN HAJAT 05 6. DOA SEMBAHYANG TAHAJUD 07 7. DOA SEMBAHYANG ISTIKHARAH 08 8. DOA SEMBAHYANG WITIR 09 9. KAIFIAT SEMBAHYANG HAJAT DAN DOA 10 10. DOA SEMBAHYANG DHUHA 11 11. DOA SEMBAHYANG TARAWIH 12 12. DOA YASIN SYEIKH AHMAD DAYARBI 13 13. DOA PENUTUP YASIN SYEIKH AHMAD DAYARBI 15 14. DOA YASIN BAHASA ARAB 16 15. DOA YASIN BAHASA MELAYU 17 16. DOA HARI RAYA AIDILFITRI / AIDILADHA 18 17. DOA MINTA PETUNJUK JALAN KEBENARAN 19 18. DOA SEMPENA MESYUARAT 20 19. DOA AKHIRI MESYUARAT 21 20. DOA ANTARA 2 KHUTBAH 21 21. DOA PEMERGIAN MENUNAIKAN HAJI 1 22 22. DOA PEMERGIAN MENUNAIKAN HAJI 2 23 23. DOA ANCAMAN YAHUDI ZIONIS 24 24. DOA MAJLIS KEMERDEKAAN 25 25. DOA MAJLIS PERASMIAN 26 26. DOA MAJLIS PERKAHWINAN 1 28 27. DOA MAJLIS PERKAHWINAN 2 29 28. DOA MUDAH MENGHAFAL 30 29. DOA PERASMIAN PECAH TANAH 31 30. DOA SAMBUTAN HARI GURU 32 31. ZIKIR MUNAJAT 1 33 32. ZIKIR MUNAJAT 2 34 33. PENGHULU ISTIGHFAR 35 34. MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN 36 35. DOA SEMPENA MAJLIS PERPISAHAN 37 36. DOA SEMPENA TILAWAH AL-QURAN 38 37. PERASMIAN PEMBUKAAN KONVENSYEN 39 38. PENUTUPAN PENUTUP KONVENSYEN 40 39. DOA ANGIN AHMAR 41 40. DOA CERAMAH KESIHATAN MASJID 42 41. DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM 43 42. DOA KENDURI KESYUKURAN 44 43. DOA KESEJAHTERAAN 45 44. DOA MAJLIS PENUTUP UMUM 46 45. DOA SAMBUTAN MAAL HIJRAH /MAULUD 47 46. DOA JAMUAN AIDILFITRI 48 47. DOA GOTONG ROYONG MASJID 49 48. DOA ZIARAH KUBUR 50 49. DOA AWAL TAHUN 50 50. DOA AKHIR TAHUN 52

Upload: ahmad-junaidi-mohamad-said

Post on 28-Nov-2014

1.875 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

ISI KANDUNGAN 1. DOA AWAL PAGI 01

2. DOA SEBELUM BERTUGAS 02

3. DOA SAMBUTAN 100 TAHUN MASJID 03

4. DOA SOLAT HAJAT ` 04

5. DOA PEMOHONAN HAJAT 05

6. DOA SEMBAHYANG TAHAJUD 07

7. DOA SEMBAHYANG ISTIKHARAH 08

8. DOA SEMBAHYANG WITIR 09

9. KAIFIAT SEMBAHYANG HAJAT DAN DOA 10

10. DOA SEMBAHYANG DHUHA 11

11. DOA SEMBAHYANG TARAWIH 12

12. DOA YASIN SYEIKH AHMAD DAYARBI 13

13. DOA PENUTUP YASIN SYEIKH AHMAD DAYARBI 15

14. DOA YASIN BAHASA ARAB 16

15. DOA YASIN BAHASA MELAYU 17

16. DOA HARI RAYA AIDILFITRI / AIDILADHA 18

17. DOA MINTA PETUNJUK JALAN KEBENARAN 19

18. DOA SEMPENA MESYUARAT 20

19. DOA AKHIRI MESYUARAT 21

20. DOA ANTARA 2 KHUTBAH 21

21. DOA PEMERGIAN MENUNAIKAN HAJI 1 22

22. DOA PEMERGIAN MENUNAIKAN HAJI 2 23

23. DOA ANCAMAN YAHUDI ZIONIS 24

24. DOA MAJLIS KEMERDEKAAN 25

25. DOA MAJLIS PERASMIAN 26

26. DOA MAJLIS PERKAHWINAN 1 28

27. DOA MAJLIS PERKAHWINAN 2 29

28. DOA MUDAH MENGHAFAL 30

29. DOA PERASMIAN PECAH TANAH 31

30. DOA SAMBUTAN HARI GURU 32

31. ZIKIR MUNAJAT 1 33

32. ZIKIR MUNAJAT 2 34

33. PENGHULU ISTIGHFAR 35

34. MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN 36

35. DOA SEMPENA MAJLIS PERPISAHAN 37

36. DOA SEMPENA TILAWAH AL-QURAN 38

37. PERASMIAN PEMBUKAAN KONVENSYEN 39

38. PENUTUPAN PENUTUP KONVENSYEN 40

39. DOA ANGIN AHMAR 41

40. DOA CERAMAH KESIHATAN MASJID 42

41. DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM 43

42. DOA KENDURI KESYUKURAN 44

43. DOA KESEJAHTERAAN 45

44. DOA MAJLIS PENUTUP UMUM 46

45. DOA SAMBUTAN MAAL HIJRAH /MAULUD 47

46. DOA JAMUAN AIDILFITRI 48

47. DOA GOTONG ROYONG MASJID 49

48. DOA ZIARAH KUBUR 50

49. DOA AWAL TAHUN 50

50. DOA AKHIR TAHUN 52

Page 2: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA AWAL PAGI

,

.

SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN SEKELIAN ALAM,

SELAWAT DAN SALAM KE ATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD S.A.W.

Ya Allah Ya Tuhan kami,

Kepada engkaulah kami memohon dan kepada engkaulah kami meminta …. agar engkau sinarilah

hati-hati hambamu ini dengan cahaya hidayahmu, sebagai mana engkau menerangi bumi dan langit

ini dengan rahmatmu. Keluarkanlah kami dari kegelapan kepada cahaya dan pandulah dengan

kefahaman jalan yang engkau redhai dan jadikanlah kami sebagai hambamu yang bersyukur di atas

segala nikmatmu

Ya Rahman , Ya Rahim

Bukakanlah bagi kami pintu-pintu ilmu dan hiasilah anak-anak kami ini dengan akhlak yang baik

lagi terpuji dan janganlah engkau sesatkan hati-hati kami setelah engkau memberi petunjuknya .

Kami jua memohon agar dilimpahkan kejayaan dalam segala kerja yang kami lakukan,

permudahkanlah segala uasaha kami dan terimalah doa kami, sesungguhnya engkaulah Tuhan yang

maha pemurah ,maha mendengar lagi maha mengetahui.

Ya Allah,Kami memohon kepadamu agar engkau tunjukkanlah kepada kami jalan keredhaanmu di

dunia mahupun di akhirat. Perbetulkanlah segala amal perbuatan kami serta kurniakanlah kelebihan

dan kemulian untuk kami berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Ya Allah ya Tuhan kami bukakanlah pintu taubat kepada kami agar kami bersih daripada segala

kejahatan dan sesungguhnya engkaulah Tuhan yang maha mendengar lagi maha mengampun.

.

Page 3: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA SEBELUM BERTUGAS PAGI

,

.

Ya Allah Engkaulah Penguasa Langit dan bumi

Ya Allah kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami meneruskan perjuangan

hidup pada hari ini dengan penuh kenikmatan dan kesejahteraan . Kami juga bersyukur kerana

Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri , emosi dan roh kami sehingga dapat

menyempurnakan tugasan dan amanah kami dengan jayanya pada hari ini .

Ya Allah Tuhan yang memudahkan segala urusan,

Justeru kurniakanlah kami kecintaan keinginan dan kecenderungan bekerja dengan penuh iltizam

dan dedikasi untuk mencapai kecemerlangan.

Kurniakanlah kepada kami kesatuan hati dan perasaan dalam mengurus dan mengemudi organisasi

kami ke arah perkhidmatan yang cemerlang,

Kurniakanlah kami kekuatan kesatuan ashabul kahfi , sehingga kami mampu menunaikan segala

tanggungjawab dan amanah menerusi kerja berpasukan ,

Suburkanlah hati-hati kami dengan berbaik sangka ,berlapang dada, bantu membantu, sokong

mendokong rakan seperjuangan kami sehingga kami dapat menyelesaikan sebarang permasalahan

yang timbul.

.

Page 4: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA SAMBUTAN 100 TAHUN

MASJID AL-RAHMANIAH BATU 8 LEKIR-1927M

,

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Pada pagi yang berbahagia ini, kami warga Mukim Lekir, Khususnya Kariah Masjid Al-

Rahmaniah Batu 8 Lekir.memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepadaMu ya Allah, kerana

pada pagi ini, kami dapat berkumpul dan berhimpun untuk sama-sama merai dan menyambut hari

sambutan ulangtahun masjid yang ke 100 .

Ya Allah ya Tuhan kami,

Kami bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana telah memberi peluang kepada kami menjadi penduduk

Mukim Lekir di Daerah Manjung ini samada bermukim atau bermustautin di sini..

Sebagai Warga penduduk di sini, kami bermohon kepadaMu agar masjid yang kami cintai ini

mampu melahirkan penduduk-penduduk yang berilmu dan berakhlak mulia, mampu melahirkan

pemimpin bertaraf tinggi, mampu melahirkan insan-insan yang mengharumkan nama Mukim Lekir

di mata masyarakat Negeri Perak seterusnya Malaysia.

Ya Allah ya tuhan kami,

Kau berkatilah usaha-usaha kami sebagai seorang warga Mukim ini, baik yang tua ataupun yang

muda untuk terus sama-sama bersatu tenaga, berganding bahu dan bertolak ansur, memaju dan

menjaga nama baik Kariah yang kami cintai ini agar cemerlang dari segi Akhlak mahupun

Syahsiah diri.

Ya Allah Ya Rohman ya Rohim,

Kau lindungilah Masjid kami ini daripada perkara-perkara yang tidak baik, daripada perkara-perkara

yang boleh menjejaskan keharmonian Kariah Lekir, daripada perkara-perkara yang boleh

menjatuhkan maruah Penduduk Lekir dan seterusnya kami bermohon petunjuk dan hidayahmu agar

Kariah ini sentiasa mendapat kerahmatan, kemakmuran, dan kesejahteraan untuk terus membimbing anak genarasi kami demi agama, bangsa dan negara.

.

Page 5: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA SOLAT HAJAT

,

Ya Allah Ya Tuhan Kami

Sesungguhnya pada WAKTU ini kami berkumpul kerana-Mu

Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami dengan keredhaan-Mu

Sesungguhnya ketentuan dan takdir-Mu itu telah mengalahkan kami, dan ikatan nafsu syahwat telah

menawan diri kami, maka jadilah Engkau ya Allah penolong kami, sehingga menolong kami

melawan hawa nafsu kami, dan menolong sahabat kami terhadap musuh-musuh mereka , dan

kayakanlah kami dengan kurnia-Mu sehingga kami merasa puas dan kaya dengan Engkau daripada

meminta-minta daripada selain Engkau .

Ya Allah

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) anak-anak remaja

Islam akan menjadi remaja yang cemerlang, terbilang , remaja yang disegani dan dihormati, samada

dalam aspek akademik mahupun keperibadian.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal‟alamin ,

Jadikanlah kami orang-orang yang mendengar kebaikan lantas bersegera melakukan kebaikan ,Dan

jadikanlah kami orang yang mendengar dan mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkan

keburukan .

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal‟ikram ,

Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada petang ini, agar

kami dapat melaksanakan segala kebajikan Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada

melakukan keburukan .

Ya Allah Antalghaniyyu wa nahnulfuqara‟

Kepada Engkau sajalah kami memohon agar Engkau mengurniakan taufiq kepada generasi Islam

hari ini, hinggalah mereka menjadikan Islam itu sebagai pegangan dalam pemikirannya,

kepercayaannya, kemuncak pengukurannya, amalnya, dan juga sebagai tujuan dalam

penyelidikannya hingga mencapai kemuliaan yang ditunggu-tunggu dan kehormatan yang dicari-

cari. Engkaulah sebaik-baik tempat memohon pertolongan dan Engkau pasti akan mengabulkan

permohonan.

Ya „Azizi Ya Sattar Ya Fa‟alullima yurid ,

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat

lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan

dan kesejahteraan.

Ya munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab ,

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati .

Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara

bahaya dan keburukan.

Page 6: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA PEMOHONAN HAJAT

Page 7: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak
Page 8: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA SEMBAHYANG TAHAJJUD

.

Page 9: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA SOLAT ISTIKHARAH

Jabir bin Abdillah Radhiallaahu anhu berkata: Adalah Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam mengajari kami shalat Istikharah untuk memutuskan segala sesuatu, sebagaimana mengajari surah Al-Quran. Beliau bersabda:

“Apabila seseorang di antara kamu mempunyai rencana untuk mengerjakan sesuatu, hendaknya melakukan shalat sunah (Istikharah) dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:

-

.

“Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan yang tepat kepadaMu dengan ilmu pengetahuanMu dan aku mohon kekuasaanMu (untuk mengatasi persoalanku) dengan kemahakuasaanMu. Aku mohon kepadaMu sesuatu dari anugerahMu Yang Maha Agung, sesungguhnya Engkau Mahakuasa, sedang aku tidak kuasa, Engkau mengeta-hui, sedang aku tidak mengetahuinya dan Engkau adalah Maha Mengetahui hal yang ghaib.

Ya Allah, apabila Engkau mengetahui bahwa urusan ini (orang yang mempunyai hajat hendak-nya menyebut persoalannya) lebih baik dalam agamaku, dan akibatnya terha-dap diriku atau -Nabi bersabda: …di dunia atau akhirat- sukseskanlah untuk-ku, mudahkan jalannya, kemudian berilah berkah. Akan tetapi apabila Engkau mengetahui bahwa persoalan ini lebih berbahaya bagiku dalam agama, perekonomian dan akibatnya kepada diriku, maka singkirkan persoalan tersebut, dan jauhkan aku daripadanya, takdirkan kebaikan untukku di mana saja kebaikan itu berada, kemudian berilah kerelaanMu kepadaku.”

Tidak menyesal orang yang beristikharah kepada Al-Khaliq dan bermusya-warah dengan orang-orang mukmin dan berhati-hati dalam menangani perso-alannya. Allah Ta’ala berfirman: “… dan bermusyawarahlah kepada mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, perekonomian, politik dan lain-lain). Bila kamu telah

membulatkan tekad, bertawakkallah kepada Allah…”

(Ali Imran, 3: 159)

HR. Al-Bukhari 7/162

Page 10: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA SEMBAHYANG WITIR

.

.

.

Page 11: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

KAIFIAT SOLAT HAJAT :

: (

.

“DARIPADA ABDULLAH BIN ABI AUFA RA: KAMI KELUAR BERSAMA-SAMA NABI MUHAMMAD

SAW ( MUSAFIR ) , BERSABDA NABI : SESIAPA YANG MEMPUNYAI HAJAT KEPADA ALLAH ATAU

MENGHAJATI SESUATU UNTUK ORANG LAIN, MAKA BERWUDU‟LAH DENGAN BAIK, KEMUDIAN

SOLATLAH 2 RAKAAT KEMUDIAN BERDOA :

1. PUJIAN PADA ALLAH

2. SELAWAT KEPADA NABI MUHAMMAD SAW

3. BACA DOA :

4. PINTA HAJAT SAMADA PERKARA DUNIA ATAU AKHIRAT.

5. SELAWAT KEPADA NABI MUHAMMAD SAW

SESUNGGUHNYA ALLAH AKAN PERKENANKANNYA”.

( HADIS RIWAYAT IMAM TURMIZI, AN-NASAIE DAN IBNU MAJAH )

Page 12: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA SOLAT DHUHA

Page 13: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA SOLAT TARAWIH

Page 14: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA YASIN SYEIKH AHMAD DAYARBI

Page 15: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak
Page 16: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA PENUTUP

Page 17: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA YASIN B.ARAB

.

.

.

.

.

.

.

Page 18: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA YASIN B.MELAYU

Segala puji bagi Allah tuhan sekian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi

Muhammad SAW dan segala sahabat dan kerabat baginda seluruhnya.

Ya Allah Ya Tuhan kami….

Dengan kalimah Bismillah… kami mengadapMu Ya Allah. Kepada Engkaulah kami sembah .dan

kepada Engkau juga kami minta pertolongan. Sesungguhnya Ya Allah .. kami amat lemah untuk

menghadapi dugaan hidup ini tanpa petunjuk dan pertolongan serta rahmatMu Ya Allah.

Dengan berkat surah Yaasin yang kami tutur dan bacakan Ya Allah.. Dengan kebenaran dan hak

surah Yaasin dan Al-Quran… Kami mengharapkan petunjukMu Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhan kami… permudahkanlah kami dalam segala urusan dan amalan kami.

Ya Allah Ya Tuhan kami….. perelokkanlah agama kami dan tauhid serta pegangan kami.

Selamatkanlah arwah roh kami dan juga jasad kami .. Ya Allah.

Perbaikkanlah amal dan kerja kami .

Ya Allah Ya Tuhan kami, hanya kepada engkau kami sembah dan kepada Engkau kami minta

pertolongan.

Berikanlan kami kekuatan ya Allah untuk merubah diri kami menjadi insan pelajar yang gemilang

dan berbudaya penyayang yang sentiasa mendapat keberkatan dan perlindunganMu Ya Allah.

Page 19: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA HARI RAYA

,

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM KAMI MERAFA’KAN KESYUKURAN KEPADAMU YA ALLAH KERANA TELAH MEMANJANGKAN UMUR KAMI HINGGA KE HARI INI, KESIHATAN TUBUH BADAN SEHINGGA KAMI BERJAYA MELAKSANAKAN APA YANG TELAH KAMI RANCANG SELAMA INI YAITU MENJALANKAN IBADAH KORBAN YANG MERUPAKAN SUNAT MUAKKADAH BAGI KAMI. TERIMALAH YA ALLAH AMALAN KAMI IAITU PUASA / (KORBAN KAMI TERUTAMA BAGI MEREKA YANG TELAH MENGORBANKAN WANG RINGGIT MEREKA UNTUK 2/3 EKOR LEMBU YANG TELAH DIKORBANKAN PAGI INI).

YA ALLAH YA BADI’USSAMAWATI WAL ARD KAMI BERMOHON PADA MU YA ALLAH KESIHATAN TUBUH BADAN, KESELAMATAN, JUGA TERHINDAR DARI BALA’MU YA ALLAH. KAMI TAHU YA ALLAH, KAMI SENTIASA MENZALIMI DIRI KAMI YA ALLAH, SENTIASA TIDAK TERLEPAS DARI DOSA-DOSA KECIL YANG SENTIASA MENGELILINGI KAMI YA ALLAH, MALAH TERKADANG DI KALANGAN KAMI TELAH MELAKUKAN DOSA BESAR KEPADAMU YA ALLAH. OLEH ITU YA ALLAH, DI WAKTU YANG PENUH SYAHDU INI YA ALLAH, KAMI MEMOHON AMPUN SEGALA DOSA KAMI, AMPUNILAH DOSA-DOSA KAMI SELAMA INI YA ALLAH, SESUNGGUHNYA HANYA ENGKAULAH MAHA PENGAMPUN DOSA PARA HAMBAMU.

YA ALLAH YA QADHIYAL HAJAT JADIKANLAH KAMI DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG MUDAH DALAM MENUNAIKAN IBADAH KEPADAMU, TERUTAMA SOLAT 5 KALI SEHARI SEMALAM KERANA SESUNGGUHNYA SOLAT YANG SEBENAR ADALAH YANG BOLEH MENCEGAH DARI PERBUATAN YANG KEJI DAN MUNKAR. YA ALLAH, JADIKANLAH ANAK-ANAK KAMI ANAK-ANAK YANG SOLEH DAN SOLEHAH KERANA SESUNGGUHNYA MEREKALAH YANG AKAN MENGGANTIKANKAN KAMI SUATU MASA NANTI.

YA ALLAH YA RAFI’UD DARAJAT KURNIAKAN KEHARMONIAN SERTA KESEJAHTERAAN PENDUDUK KAMPUNG LEKIR INI, JADIKANLAH MASYARAKAT KAMPUNG LEKIR INI SEBAGAI MASYARAKAT YANG BERSATU PADU, SENTIASA INGIN

Page 20: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

BERTOLONG BANTU, BEKERJA SAMA, BERMUAFAKAT ANTARA SAMA LAIN SAMA ADA HAL EHWAL DUNIA MAHUPUN AKHIRAT.

.

DOA MINTA PETUNJUK JALAN KEBENARAN

Ya Allah Ya Tuhan kami ,

Tunjukkanlah kami sesuatu yang benar (hak) itu tetap benar(hak) , maka kurniakanlah kepada

kami kekuatan untuk menuruti dan mengikutinya .

Ya Allah Ya Tuhan kami ,

Tunjukkanlah kami sesuatu yang batil (salah) itu tetap batil (salah) , maka kurniakanlah kepada

kami kekuatan untuk menghindari dan menjauhinya .

Ya Allah Ya Tuhan kami ,

Berikanlah kefahaman yang benar tentang perkara agama , dan ajarkanlah kepada kami ilmu takwil ,

dan tunjukkanlah kami jalanMu yang lurus , jalan yang telah Engkau kurniakan kepada Nabi-nabi,

dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah

eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).

Page 21: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA SEMPENA MESYUARAT

,

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil, Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Ya Hakim Ya Azim,

Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, kommitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun ,membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Justeru… berkati pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yan jelas dan keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahimi dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.

Allahumma Ya ‘Aliim, Wa Ya Khabiir,

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan, kesejahteraan, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan genarasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

.

Page 22: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA AKHIRI PERJUMPAAN/MESYUARAT

DAN

DOA ANTARA 2 KHUTBAH JUMAAT

Page 23: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA PEMERGIAN MENUNAIKAN HAJI

Ya Allah ya tuhan kami, kami berserah diri kepada-Mu dalam segala perkara.Engkaulah yang

memberi nikmat untuk kami meneruskan kehidupan ini, menghirup udara-Mu, menetap di bumi –

Mu dan masih menikmati nikmat yang paling agung iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman, kami

memohon kepada-Mu ya Allah agar nikmat ini dapat kami kecapi selama kehipan yang berbaki ini.

Ya Allah ya tuhan kami,di kalangan kami ini ada yang dapat menyahut seruan-Mu sebagai

tetamu untuk menunai Fardu Haji, maka pada hari ini kami menadah tangan kepada-mu memohon

sahabat kami ini dapat menunaikan kefarduan seperti yang dikehendaki oleh ya Allah.Terimalah haji

yang bakal dilakukan ini sebagai haji yang mabrur-yang diterima oleh –Mu- , selamatkanlah

sahabat-sahabat kami ini sepanjang melakukan rukun islam yang kelima ini , dipermudahkanlah

segala hal perlakuan dalam ibadah ini supaya dengannya dapatlah sahabat kami dihindari dari azab

api neraka-Mu.kami benar-benar takut dengan azab yang engkau nyatakan di dalam kalam-Mu dan

lisan nabi-mu.Lindungilah kami darinya ya Allah ya rabbal a`lamin.

Ya Allah ya tuhan kami, kepada keluarga sahabat kami ini, selamat dan sejahterakanlah

mereka di sepanjang ketiadaan sahabat kami ini ketika melakukan ibadah haji.Semoga keluarga di

sini juga turut dalam jagaan dan lindungan–Mu ya Allah.Ya Allah ya tuhan kami, kami memohon

kurnia dari-Mu, tanpa-Mu kami tidak memiliki apa-apa.kuniakanlah kepada kami yang masih belum

menunaikan ibadah ini dapat pergi dengan selamatnya pada tahun-tahun yang akan datang,

sampaikanlah salam kami kepada junjungan besar nabi Muhammad S.A.W insan terpilih disisi-Mu

yang amat kami cintai,yang ingin kami temui di bumi yang Madinah Al-Munawwarah.

Ya Allah ya tuhan kami,berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharankanlah

kaimi dari seksa neraka-Mu. Ya Allah ya tuhan kami, janganlah engkau pesongkan hati kami

sesudah engkau beri petunjuk kepada kam, berikan rahmat dari gedung kemurahan-Mu

sesungguhnya engkau tuhan yang memberi anugerah.

Page 24: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak
Page 25: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA ANCAMAN YAHUDI ZIONIS

,

.

"WAHAI Tuhan Kami, anugerahikan kepada kami ketakwaan kepada-Mu yang dapat menghalang

kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepada-Mu yang menyampaikan kami ke syurga-

Mu, dan berikanlah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia ini."

"Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami khususnya orang yahudi yang

berfahaman zionis dan sekutu-sekutunya. Dan berilah hukuman yang setimpal kepada mereka yang

memusuhi agama-Mu, berilah kesukaran dalam segala urusan kehidupan mereka, serta berikanlah

seluruh kekuatan pada dunia seluruhnya untuk menghancurkan dan melenyapkan kaum zionis dari

atas bumi-Mu ini.

"Ya Allah ,Engkau tundukkan mereka terhadap kami seperti menundukkan bukit bukau, gunung

ganang untuk Nabi Allah Sulaiman , Ya Allah ,Ya Muntaqim engkau kembalikan semula

rancangan dan pakatan jahat mereka ke atas diri mereka sendiri ,dan engkau hancur pakatan

mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka .

.

Page 26: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA MAJLIS KEMERDEKAAN

Ya Allah , Tuhan Yang Berkuasa Melaksanakan apa yang dikehendakki ,

Jadikanlah pertengahannya barakah , dan disudahi dengan keampunan-Mu . Dan juga jadikanlah

hari-hari yang kami lalui permulaannya hidayah , pertengahannya kemenangan dan diakhiri dengan

kecemerlangan .

Ya Allah , Tuhan Yang Maha Esa lagi Perkasa

Kami ingin melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga atas nikmat kemerdekaan yang telah

Engkau kurniakan kepada tanah air kami , juga kami mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

terima kasih yang tidak terhingga kepada pejuang kemerdekaan dan barisan pemimpin negara yang

telah , yang sedang dan yang akan mempertahankan erti kemerdekaan ini sehingga ke titisan darah

terakhir . Sesungguhnya pengisian terhadap kemerdekaan lebih mencabar daripada memperolehinya

. Oleh itu berilah kami kekuatan untuk mempertahankan dan mengisi kemerdekaan ini dengan

sumbangan bermakna. Kami amat menyedari dan menginsafi susah payah generasi terdahulu yang

berjuang untuk mencapai kemerdekaan , maka Engkau cucurilah rahmat ke atas roh pejuang-

pejuang kemerdekaan . Moga-moga dengan keinsafan dan kesedaran yang mendalam menjadi titik

tolak untuk kami bersatu-padu , bekerjasama dan bantu-membantu di kalangan kami demi

membangunkan negara dalam menghadapi cabaran masa hadapan .

Ya Allah , kurniakanlah kepada kami Iman yang teguh,mantap dan kukuh demi menghadapi

cabaran-cabaran hidup semasa dan dalam mengharungi pancaroba hidup baru tahun … .

Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar dan cara-cara melaksanakan serta

menghayatinya.Jadikanlah kami insan yang suka mendengar kebaikan lantas melakukannya , begitu

juga jadikanlah kami insan yang apabila mengetahui keburukan lantas bersegera meninggalkannya .

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati .

Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara

bahaya dan keburukan.

Page 27: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA MAJLIS PERASMIAN

-YA ALLAH, YA RAHMAN, YA RAHIM . Berkatilah dan Rahmatilah majlis kami pada petang ini, Sesungguhnya perhimpunan kami dalam MAJLIS PERASMIAN ……………………………………. ini, adalah semata-mata menyahut seruanMu untuk menjadi insan yang sentiasa diberkati dan diredhai. Ya Allah, jadikanlah kami semua golongan yang mengajak kepada kebenaran, yakni mengajak umat manusia mengerjakan amal soleh dan kebajikan. -YA ALLAH ya tuhan kami, Jadikanlah juga majlis ini sebagai WASILAH kepada kami untuk memperolehi ganjaran di Akhirat. Sesungguhnya, segala sumbangan yang telah kami berikan untuk pembinaan surau sekolah ini adalah datang dari rezekiMu jua Ya Allah. Ya Allah, ya tuhan kami jadikanlah surau ini sebagai wadah bagi membina kerohanian dalam diri setiap penghuni asrama. Tingkatkanlah iman kami dan penuhilah dada kami dengan Nur HidayahMu, supaya dapat kami mengimarahkan surau ini sebaik-baiknya, dengan mengerjakan ibadat kepada Allah, solat lima waktu secara berjemaah, mengadakan program-program yang membentuk keperibadian yang mulia, tazkirah dan sebagainya. YA ALLAH YA AZIZUL GHAFFAR, Kami berhimpun pada petang ini juga Ya Allah, adalah untuk menjadi KHAIRA UMMAH sebaik-baik ummah, dan menyatakan keikhlasan kami dalam mendokong dan menegakkan agamaMu, Ya Allah, Lindungilah asrama kami ini dari segala musibah dan mala bahaya, Kau berikanlah kecemerlangan kepada asrama dan sekolah kami, Ya Allah. YA ALLAH, YA MUQALLIBAL QULUB Wahai Tuhan yang berkuasa, menyatukan hati-hati manusia, Kami memohon pada mu Ya Allah kau satukanlah hati-hati kami, bimbingilah kami untuk mencapai Redha Mu ya Allah, Kukuhkanlah organisasi-organisasi kami untuk meneruskan perjuangan Rasul mu dalam kumpulan yang kuat .

YA ALLAH, Ya Tuhan kami ampunilah dosa-dosa kami dan dosa ibu-bapa kami serta

kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihi kami semasa kecil.

Page 28: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

.

Page 29: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA MAJLIS PERKAHWINAN

,

.

Ya Allah, ya Hannan, ya Mannan

Satukanlah hati kedua mempelai ini dengan iman,

Jadikanlah mereka suami soleh yang sentiasa memimpin dan isteri solehah yang sentiasa

membantu….

Murahkan rezeki mereka dan kurniakanlah mereka zuriat yang beriman dan beramal soleh…

Semoga kehidupan dipenuhi Al-Mawaddah dan Ar-Rahmah di dunia dan akhirat…

Page 30: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA MAJLIS PERKAHWINAN

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan

menghadiri Majlis Perkahwinan (Nama Pengantin dan pasangannya) pada hari yang berbahagia ini

Ya Allah Ya Tuhan Kami

Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Kami berkumpul untuk mengisi seluruh

hidup kami dengan keredhaan-Mu

Ya Allah Ya Waduud ,

Kami merasa sungguh bertuah kerana dikunjungi oleh tetamu yang amat istimewa iaitu

……………… , moga-moga kehadiran tuan/puan akan menyerikan lagi majlis ini .

Ya Allah Ya Rahman ,

Limpahkanlah lembayung rahmat dan rahim-Mu kepada pasangan raja sehari yang kami raikan pada

hari ini , sesungguhnya perkahwinan itu merupakan ikatan yang suci dan luhur , ikatan yang

menyatukan dua hati yang berbeza fitrah dan nalurinya , maka Engkau peliharalah ikatan ini dan

kurniakanlah kepada pasangan suami isteri ini ketenangan jiwa (sakiinah) sebagaimana Engkau

janjikan dalam kitab-Mu , juga kurniakanlah kepada mempelai ini sifat kasih sayang atas dasar

keimanan , sifat kesabaran dalam menghadapi cabaran rumahtangga , sifat tolak ansur dan

menerima seadanya dalam menerima kekurangan pasangan masing-masing , sifat tolong menolong

antara satu sama lain dan banyak lagi sifat yang perlu di suburkan demi kebahagiaan sesebuah

rumah tangga .

Ya Allah , Ya Kariim ,

Kurniakanlah kepada suami , sifat tanggungjawab tehadap isteri dan keluarga , sifat hikmah dalam

mendidik isteri dan anak-anak serta melindungi mereka .

Kurniakanlah kepada isteri sifat penyayang kepada suami dan anak-anak , sifat pengorbanan yang

unggul demi kebahagiaan suami dan anak-anak serta menjaga amanah suami semasa ketiadaannya .

Ya Allah , Ya Wahhab ,

Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah , sebagai penyejuk hati , sehingga

mereka mengecap nikmat perkahwinan yang sempurna yang Engkau telah janjikan . Anak-anak

yang mentaati dan memuliakan mereka sebagai ibu bapa .

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal‟ikram ,

Kami memohon kekuatan dari hadhrat-Mu Ya Allah, supaya kami yang hadir pada petang ini, agar

kami dapat melaksanakan segala kebajikan.Dan kami pohon perlindungan dengan Engkau daripada

melakukan keburukan Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang

diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang

Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

Page 31: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA MUDAH MENGHAFAL

Pengertiannya :

Ya Allah cucurilah rahmat-Mu ke atasku dengan meninggalkan maksiat kepada-Mu selama mana Engkau kurniakan kehidupan kepadaku , juga janganlah Engkau bebaniku dengan sesuatu yang tidak berfaedah , dan kurniakanlah kami pandangan yang baik (dalam semua perkara kehidupanku) sehingga Engkau meredhai dan

memberkatiku .

Ya Allah Tuhan Yang mencipta langit dan bumi , Tuhan Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan , Kekuatan yang diinginkan , aku mohon kepada-Mu Ya Allah Yang Maha Pengasih dengan keagungan dan sinaran

cahaya wajahmu , semoga Engkau menguatkan ingatan hatiku agar dapat menghafaz kitab-Mu (al-Qur’an) sebagaimana Engkau ajarkankan kepadaku , dan anugerahilah kepadaku kemahiran membacanya

sebagaimana yang Engkau redhai dan kehendakki. Ya Allah Tuhan Yang mencipta langit dan bumi , Tuhan Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan , Kekuatan

yang diinginkan , aku mohon kepada-Mu Ya Allah Yang Maha Pengasih dengan keagungan dan sinaran cahaya wajahmu,

Semoga Engkau (dengan keberkatan al-Qur’an ) terangilah pandanganku , lancarkanlah ucapan lidahku , hindarilah hatiku dari segala bentuk kegelisahan , lapangkanlah dadaku , dan berikanlah aku kekuatan untuk

beramal dengan perintah-Mu sebagaimana yang terkandung di dalam al-Qur’an , Sesungguhnya tiada yang dapat membantuku melaksanakan kebenaran melainkan diri-Mu , dan tiada yang

dapat memberi sesuatupun melainkan Engkau , tiada daya dan kekuatan melainkan dengan bantuan dari-Mu Salam sejahtera ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad s.a.w. , juga keluarga dan seluruh sahabat Baginda .

Page 32: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA MAJLIS PERASMIAN PECAH TANAH

,

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Pada pagi yang berbahagia ini, kami panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepadaMu ,

kerana dapat berkumpul dan berhimpun untuk sama-sama menyambut dan meraikan

MAJLIS PECAH TANAH UNTUK PEMBINAAN ……. pada hari ini. Kami bermohon dan

bermunajat kepadaMu, mudah-mudahan majlis ini akan mendapat keredhoaan dan keberkatanMu

dari awal hingga ke akhir majlis..

Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim,

Pembinaan sekolah merupakan satu usaha berterusan pihak kerajaan untuk membantu rakyat

membangunkan sahsiah insan. Usaha ini bukan sahaja mampu melahirkan manusia yang mempunyai

ilmu pengetahuan malahan akan melahirkan pemimpin pada masa hadapan. Justeru pada hari yang

bersejarah ini, disertai dengan pemimpin yang prihatin akan masa depan anak bangsa, engkau

berkatilah usaha-usaha murni ini bermula dari projek permulaan sehingga kepada perlaksanaannya.

Mudahkanlah apa kiranya ya Allah segala kesulitan yang bakal kami hadapi, jauhkanlah ya Allah

segala balak bencana yang bakal menimpa kami, kurniakanlah kepada kami kecekalan, kurniakanlah

kami kesabaran, kurniakanlah kepada kami ini kekuatan untuk membina sekolah ini, mudah-

mudahan segala pengorbanan yang kami jalankan ini mampu memberi manfaat yang besar untuk

generasi kami pada masa hadapan

Ya Allah Ya Rahman Ya Ghafar

Kau berkatilah usaha-usaha kami ini, untuk terus sama-sama bersatu tenaga, berganding bahu dan

bertolak ansur, menumpukan dengan sepenuhnya pada usaha mendidik anak bangsa dengan penuh

rasa tanggungjawab, jujur dan ikhlas di samping dapat bekerja sebagai satu pasukan bagi melahirkan

generasi berilmu, berakhlak mulia, dan cintakan agama, bangsa dan negara kita Malaysia.

Page 33: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU

,

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Pada pagi yang berbahagia ini, kami panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepadaMu ya

Allah, kerana dapat berkumpul dan berhimpun untuk sama-sama menyambut sambutan Hari Guru

peringkat sekolah di sekolah ini. Kami bermohon dan bermunajat kepadaMu, mudah-mudahan

majlis ini akan mendapat keredhoaan dan keberkatanMu dari awal hingga ke akhir majlis..

Ya Allah ya Tuhan kami,

Guru merupakan permata yang akan menyinari masa depan sesuatu bangsa. Permata ini perlu

digilap sentiasa dengan menguasai ilmu yang baru dan terkini.Tanggungjawab mendidik, mengasuh

dan mentarbiah pelajar bukanlah satu tanggungjawab yang mudah dan boleh dipandang ringan. Ia

memerlukan pengorbanan dan usaha yang berterusan, lantaran itu Ya Allah, kami barisan pendidik

........ bermohon dan bermunajat kepada mu agar menjadikan segala urusan mendidik dan

mentarbiah anak didik kami ini dipermudahkan olehmu ya Allah , diberikan kesenangan dan

kefahaman yang mendalam dan dikira sebagai amalan soleh .

Ya Allah ya Rohman ya Rahim

Kau berkatilah usaha-usaha kami ini, untuk terus sama-sama bersatu tenaga, berganding bahu dan

bertolak ansur, menumpukan dengan sepenuhnya pada usaha mendidik anak bangsa dengan penuh

rasa tanggungjawab, jujur dan ikhlas di samping dapat bekerja sebagai satu pasukan bagi melahirkan

generasi berilmu, berakhlak dan cintakan agama, bangsa dan negara di sekolah ini..

Ya Allah Ya Rahman

. Kau berikanlah kami keyakinan bahawa usaha mendidik dan mengasuh anak-anak ini akan

mendapat ganjaran yang besar disismu dan mudah-midahan dikira sebagai satu amalan yang soleh.

Page 34: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

1ذكر مناجات

x10 Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah serta tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allahlah Yang Maha Besar

4x

Allah , Allah , Allah , Allah

2 x Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku , Tiada di dalam hatiku melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w.

2 x Kami bertaubat kepada Allah dan kami kembali kepada Allah , dan kami menyesal di atas apa yang telah kami lakukan

Maha Suci Allah Yang mana tiada kekuasaan makhluk yang boleh mengatasi kekuasaan-Nya

(Iaitu) Dialah satu-satunya yang bersemayam di atas ‘arasy yang di esakan

Raja Maha Gagah Yang Menguasai kerajaan langit

Kerana kebesaran-Nya itu (maka) tunduk dan sujudlah segala makhluk(wajah-wajah)

2 x Cukuplah Allah Yang Maha Agung sebagai Tuhanku , Tiada di dalam hatiku melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w

2 x Tidak ada yang lain (dihatiku) melainkan Allah sebagai tempat pemberi hidayah

Tiada Tuhan melainkan Allah Raja Yang Maha Besar

Nabi Muhammad itu Rasul Allah yang benar segala janji-janjinya lagi dipercayai

x10 Aku memohon ampun daripada Allah sesungguhnya Dia Maha Penerima Taubat

Page 35: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

2ذكر مناجات

Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah. ( 3 kali )

Muhammad Pesuruh Allah. ( 3 kali )

Ya Allah, Tuhan yang memiliki segala kehebatan dan kemuliaan.

Matikan kami ya Allah atas agama Islam ( 3 kali )

Tuhanku, aku tak layak masuk syurga-Mu.

Namun tak pula sanggup menanggung azab neraka-Mu. Oleh itu kurniakanlah keampunan kepadaku, ampunkanlah dosaku.

Sesungguhnya Engkau pengampun dosa-dosa besar.

Page 36: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

PENGHULU ISTIGHFAR

.DALIL :

.

DARIPADA SYADDAD BIN AUS RA DARI NABI MUHAMMAD SAW ( PENGHULU

ISTIGHFAR …. ) : SESIAPA YANG MEMBACANYA DI WAKTU SIANG DENGAN

MENGHAYATINYA, JIKA DIA MATI PADA WAKTU TERSEBUT, MAKA DIA ADALAH

AHLI SYURGA. SESIAPA YANG MEMBACANYA DI WAKTU MALAM DENGAN

MENGHAYATINYA, JIKA DIA MATI PADA WAKTU TERSEBUT, MAKA DIA ADALAH

AHLI SYURGA. RIWAYAT AL-BUKHARI

Page 37: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN

,

Allahumma Antal „Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis Perhimpunan Bulanan ..., merafa‟kan

kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,

Sesungguhnya kami berhimpun disini pada pagi ini, bagi menyatakan komittmen dan iltizam kami

terhadap pendidikan, dakwah dan tarbiah. Kami sedar dan faham, bahawa pengorbanan dan

sumbangan bakti kami, amat besar ertinya buat pendidikan Kampung. Kegigihan, kesabaran dan

keyakinan yang tinggi, dengan roh dan semangat kependidikan, mendidik anak bangsa supaya

berbudi dan berjasa, tanpa mengira tempat dan masa, amat mulia dan disanjungi .

Justeru…Ya Allah.. berkatilah perhimpunan ini. Berkatilah jua usaha-usaha kami. Satukanlah hati-

hati kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk

menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan globalisasi.

Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan

minda, untuk terus menjana kecemerlangan pendidikan, di alam persada ini.

Ya Aziz, Ya Razzak, Ya Karim

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan

perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah Ya Allah kepada

kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di

dunia dan di akhirat.

Page 38: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA SEMPENA MAJLIS PERPISAHAN

,

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Sesungguhnya kami menadah tangan pada malam ini, di majlis ini sempena perpisahan Yang

Berbahagia …………., merafa‟kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang

tidak ternilai. Dan memohon keampunan Mu jua, terhadap dosa-dosa yang telah kami lakukan.

Justeru kami berhimpun disini pada malam ini, bagi menyatakan penghargaan dan pengiktirafan

kami buat azimat dan kenangan sebagai mengenang jasa bakti yang telah disumbangkan, untuk

kepentingan Kariah dan watan.

Allahumma Antal Hasibul Jalil

Sesungguhnya di Tangan Mu sahajalah kuasa penilai segala amalan, Kau jadikanlah apa kiranya

segala bakti yang disumbangkan, sepanjang tempoh perkhidmatannya, sebagai ibadah yang Engkau

redhai. Terimalah segala usaha dan pengorbanannya itu, sebagai amal soleh yang Engkau berkati…

Limpahkanlah apakiranya segala keberkatan dan ganjaran rahmat Mu, dalam kehidupan beliau yang

berjasa, jua dalam kehidupan kami yang masih di alam persada ini.

Iringilah bersama detik-detik perpisahan beliau, dengan keazaman dan komitmen, untuk terus

menabur budi dan bakti, kepada agama , bangsa dan negara.

Allahumma Ya Hayyu Ya Qayyum,

Kurniakanlah apakiranya kepada kami yang ditinggalkan ini, kekuatan jiwa dan tenaga, untuk terus

menabur budi dan bakti. Suburkanlah minda dan semangat yang beliau miliki, ke dalam diri kami.

Page 39: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA SEMPENA TILAWAH AL-QURAN

,

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis INI......, merafa‟kan kesyukuran dan

pujian terhadap Mu, atas kurniaan ni‟mat Mu yang tidak terhingga.

Allahumma Antal Hasibul Jalil,

Sesungguhnya di tanganMu sahajalah kuasa penilai segala amalan. Justeru…Berkatilah Majlis kami

ini. Kau jadikanlah apa kiranya segala kerja kami sepanjang 2 hari ini, dan hari-hari yang

mendatang, sebagai ibadah yang Engkau redhai. Terimalah segala kerja dan usaha kami itu, sebagai

amal soleh yang Engkau berkati.

Rahmatilah kami Ya Allah dengan al Quran, Hiasilah diri kami serta serikanlah hidup kami dengan

ketinggian martabat al Quran, Muliakanlah kami dengan kemuliaan al Quran. Ya.. Allah,

Peliharalah kami, jua anak-anak kami, daripada melakukan penghinaan dan pendustaan terhadap

Kalam Mu. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan dan keazaman untuk membaca dan

memperkota ayat-ayat Mu dalam kehidupan.

Allahumma Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Iringilah bersama detik-detik perpisahan kami nanti, dengan keazaman dan komitmen, serta dengan

iltizam dan istiqamah, untuk terus menabur budi dan bakti, kepada agama, bangsa dan negara.

Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan

generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

Page 40: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

PERASMIAN PEMBUKAAN KONVENSYEN

,

Allahumma Antal „Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, di Majlis Konvensyen Siri ….., merafa‟kan

kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Antal Kabirul Muta‟al

Sesungguhnya kami berhimpun disini pada pagi ini, bagi menyatakan pengiktirafan dan komitmen

kami, dengan roh dan semangat kependidikan meneruskan kesinambungan pendidikan kearah

kejayaan wawasan melalui kecemerlangan kepimpinan pendidikan sebagai asas dan teras

perjuangan.

Justeru…Ya Allah berkatilah perhimpunan kami di sini. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah

silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan

sikap dan pemikiran bagi menghadapi era teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya

kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana

kecemerlangan pendidikan.

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan

perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya Ya

Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta

segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

Page 41: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

PENUTUPAN PENUTUP KONVENSYEN

,

Allahumma Antal „Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada tengahari ini, di Majlis Penutupan Konvensyen Perdana

Pendidikan, merafa‟kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Antal Hasibul Jalil

Sesungguhnya kami berhimpun selama tiga hari disini, bagi menyatakan pengiktirafan dan

komitmen kami, dengan roh dan semangat kependidikan, memerah seluruh tenaga dan pemikiran,

bagi mencapai kata sepakat dan muafakat, menghitung dan bermuhasabah, membina garis panduan

dan halatuju, untuk mencapai kejayaan wawasan melalui kecemerlangan kepimpinan pendidikan

sebagai asas dan teras perjuangan.

Justeru… berkatilah perhimpunan kami di sini. Jadikanlah segala usaha dan hasil muafakat di

konvensyen ini sebagai landasan dan ransangan demi perjuangan memartabatkan pendidikan tanah

air tercinta, usaha dan hasil yang Kau redhai dan restui. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur

Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap dan

pemikiran bagi menghadapi era bestari dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami

kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana kecemerlangan

pendidikan.

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan

perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya Ya

Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta

segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

Page 42: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA ANGIN AHMAR

Page 43: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

CERAMAH KESIHATAN MASJID

,

Kami bersyukur di atas nikmat dan hikmat yang Engkau berikan kepada kami untuk menghadiri

Majlis Ceramah Kesihatan pada pagi ini . Semoga kehadiran kami pada pagi ini akan memberi dan

menambahkan maklumat yang berguna supaya kami dapat menjalani kehidupan dengan penuh

ke‟afiatan dan kesejahteraan .

Ya Allah , Ya „Azizi Ya Sattar Ya Fa‟alullima yurid ,

Kami hayati suasana pagi ini atas landasan fitrah dan perwatakan Islam. Berpegang kepada kalimat

Ikhlas dan prinsip keikhlasan . Berpegang kepada agama Nabi Junjungan Kami Nabi Muhammad

S.A.W. , yang juga agama ayah kami Nabi Ibrohim „alaihissalam dengan setulus hati . Dan Nabi

Ibrohim bukan seorang musyrikin .

Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar ,

Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah penglihatan

kami .

Ya Allah , Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal‟ikram ,

Perbaikilah urusan agama kami kerana ia adalah pengawal kehidupan kami ,

Perbaikilah urusan dunia kami kerana di sinilah kami menjalani kehidupan kami , perbaikilah urusan

akhirat kami kerana di sanalah kami akan dikembalikan .

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal‟ikram ,

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat

lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan sempurnakanlah keindahan diri kami

dengan kesihatan.

Ya Munzilalkitab wa Ya Hazimal ahzab ,

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati .

Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara

bahaya dan keburukan.

Page 44: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA MENGHADAPI PEPERIKSAAN AWAM

بسم اهلل الرحمن الرحيم

والصالة والسالم على سيدنا محمد وعلى آله والعاقبة للمتقين ,الحمد هلل رب العالمين

وأصحابه أجمعين

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa‟kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas

kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Ya Rafi‟a al Darajaat, Wa Ya Qadhiaal Hajat,

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami akan menduduki peperiksaan yang

menentukan kejayaan dalam medan perjuangan kami. Kami menyedari bahawa segala usaha yang

kami lakukan adalah di bawah kekuasaan dan iradatmu jua.

Justeru… kami pohon padaMu berikanlah taufik dan hidayahMu. Kuatkanlah ingatan dan janganlah

engkau lupakannya. Lapangkanlah dada kami dan janganlah engkau sempitkannya. Permudahkanlah

segala urusan kami dan janganlah engkau persulitkan..

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,

Hanya padaMu kami mohon. Kurniakanlah kejayaan kepada kami dengan ketinggian dan

kecemerlangan. Jadikanlah kami golongan hambaMu yang mendapat kemuliaanMu dunia dan

akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan taat kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu

serta berjasa kepada bangsa dan negara.

Page 45: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA KENDURI KESYUKURAN

Page 46: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA KESEJAHTERAAN

Ya Allah, kami mohon kepadaMu, agar diperelokkan agama yang menjadi

pegangan urusan hidup kami, dunia yang menjadi tempat sementara hidup

kami, akhirat yang menjadi tempat kami akan kembali, jadikanlah hidup ini

untuk menambahkan kebaikan dan mati kami untuk merehatkan diri dari

segala keburukan.

Ya Allah, perbaikilah diri antara kami, jinakkanlah antara hati kami,

tunjukkanlah kami jalan yang selamat, selamatkan kami daripada kegelapan

kepada yang terang, jauhkanlah kami daripada perbuatan keji, baik yang

nampak, mahupun yang tersembunyi, ya Allah, limpahkan keberkatan kepada

kami, pendengaran dan penglihatan kami, para isteri dan anak-anak kami,

sahabat handai dan rakan taulan kami serta pemimpin kami yang telah berjasa

kepada kami.

.

Page 47: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA MAJLIS PENUTUP UMUM

Segala puji-pujian hanyalah bagi Allah Taala, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarga serta para sahabat baginda.

Ya Allah, kami merafakkan kesyukuran kepadaMu Ya Allah, atas perkenan dan izinMu,hari ini kami hamba-hambaMu mampu berhimpun dan berkumpul selama 2 hari, bagi menjayakan Majlis ....... PadaMu kami memohon agar majlis kami ini dapat keberkatan dan keredaanMu jua.

Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Indah dan Engkau sukakan segala keindahan, maka melalui Majlis Mahrajan ini, kami hamba-hambaMu memuji keindahan sifatMu, keluhuran budi RasulMu serta ketinggian ajaran agamaMu.Terimalah Ya Allah segala puji-pujian hamba-hambaMu yang hina ini.

Ya Allah kami berharap agar Engkau terimalah usaha kami ini sebagai usaha murni dan amal ibadah di sisiMu.Jadikanlah irama nasyid dan selawat yang kami alunkan pada hari ini sebagai pemangkin agar kami lebih mendekatkan diri kami dan pendengarnya kepadaMu.

Kurniakanlah kami lisan yang lembut dan basah ,untuk sentiasa menyebut namaMu ,agar kami terus mengingati dan mensyukuri nikmatMu serta badan yang sihat untuk menunaikan perintahMu.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, seandainya di dalam majlis ini terdapat perkara yang mengundang kemurkaanMu, maka ampunkanlah kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.Jadikanlah kami di antara hamba-hambaMu yang sentiasa mendengar dan mengikut perkataan yang baik.

.

Page 48: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA SAMBUTAN MAAL HIJRAH/MAULID

Ya Allah bagi-Mu puja dan puji ,Engkaulah Penguasa Langit dan bumi serta pebendaharaan antara

kedua-duanya .

Ya Allah \kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami berhimpun untuk

menyambut Ma‟al Hijrah …. H pada waktu yang berbahagia ini . Kami juga bersyukur kerana

Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri , emosi dan roh kami sehingga dapat menyelesaikan

kursus ini dengan jayanya.

Ya Allah Bagi-Mu segala puji dan puja dan puji pancaran cahaya langit dan bumi,

Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh

segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-

Mu.

Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat ,

Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami , ibu bapa kami , keluarga dan

anak-anak kami , guru-guru kami , sahabat-sahabat seperjuangan dalam bidang dakwah dan tarbiah .

Ya Allah

Tika dan saat ini kami hulurkan tangan kehambaan yang penuh dengan noda dan dosa serta tangan

penuh dengan pengharapan ,

Sesungguhnya kami berlumuran dengan dosa , maka ampunkanlah dosa-dosa kami ;

Sesungguhnya kami lemah dalam sendirian , maka kuatkanlah kami dan Islam dalam kerja

berpasukan ;

Sesungguhnya kesabaran kami punya batasnya , maka kurniakanlah klami nikmat kesabaran

seumpama sabarnya Nabi-nabi Ulul‟azmi ;

Ya Allah , Ya Hazimal Ahzab ,

Engkau berilah pertolongan kepada saudara kami yang berada di seluruh bumi umat Islam .

Selamatkanlah mereka .

Ya Allah Ya Latif , Ya Khabirun bima fissudur ,

Sesungguhnya Engkau tahu segala hajat dan lintasan hati kami , maka dengan segala rahman dan

rahim-Mu dan luasnya ilmu-Mu penuhilah hajat kami dalam kehidupan ini .

.

Page 49: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA JAMUAN AIDIL FITRI MASJID

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Pada waktu yang yang berbahagia ini, kami warga kariah Lekir,.memanjatkan kesyukuran yang

tidak terhingga kepadaMu ya Allah, kerana

mengizinkan kami untuk meraikan Majlis Jamuan Hari Raya Aidul Fitri pada waktu yang

berbahagia ini. Mudah-mudahan program yang dianjurkan ini mampu meneratkan hubungan

persaudaraan sesama kami.

Allahumma Ya „Aliim, Wa Ya Khabiir,

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami

Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan

yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki

yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

Page 50: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA GOTONG ROYONG MASJID

Ya Allah , Ya Muhaiminu Ya Aziz Ya Jabbar , Sejahterakanlah tubuh badan kami , sejahterakanlah pendengaran kami , sejahterakanlah

penglihatan kami .

Kami ingin merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan menghadiri Majlis Pelancaran Program Gotong Royong pada pagi yang berbahagia

ini dengan tema “…………………………………”.

Engkau mengetahui apa yang kami hajati dari majlis ini maka berikan kekuatan kepada kami untuk mewujudkan budaya dan persekitaran yang selamat di sekitar

Masjid ini secara berterusan . Ya Allah jauhilah diri kami , keluarga ,masyarakat dan negara kami daripada musibah yang tidak daya kami menanggungnya . Semoga kesejahteraan dan keselamatan ini akan menyediakan prasarana yang sihat demi

kesejahteraan warga kampung kami.

Jadikanlah usaha kami ini sebagai sebab musabbab untuk menyedarkan dan menginsafkan diri kami betapa keselamatan diri baik zahir mahupun batin merupakan pra syarat untuk mengecapi kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia ini demi mencapai kecemerlangan di pelbagai lapangan.

Ya Allah tunjukkanlah kami taufiq dan hidayah jalan yang benar dan cara-cara melaksanakan serta menghayatinya . Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

Page 51: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA ZIARAH KUBUR

ميا ويرحه اهلل النستقدمي شاءاهلل بكه الحقو ، وإىا إ والنسلني النؤميي ل الديار م السالو عليكه أ

أسأل اهلل ليا ولكه العافية .والنستأخري

Assalamu‟alaikum ahladdiyaari minal mu‟miniina wal muslimiina, wa inna insyaa Alloohu bikum

laahiquuna wa yarhamulloohul mustaqdimiina minnaa wal musta‟khiriina as alullooha lanaa

walakumul „aafiyata.

“Semoga kesejahteraan untukmu, wahai penghuni kubur dari kaum mukminin dan muslimin.

Sesungguhnya kami Insya Alloh akan menyusul, ( semoga Allah Ta‟ala memberikan rahmat kepada

orang-orang yang (telah meninggal) terlebih dahulu diantara kami dan orang-orang yang akan

datang)

DOA AWAL TAHUN Hendaklah dibacakan setelah selesai menyempurnakan solat Maghrib

( Awal waktu Maghrib )

Page 52: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

Maksudnya : Ya Allah , Engkaulah yang kekal, qadim lagi azali dan di atas kelebihan-Mu yang Maha Agung dan

kemurahan-Mu yang melimpah. Inilah tahun baharu yang tiba kepada kami, kami memohon kepada-

Mu agar memberi pemeliharaan daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-

tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang mendorong kepada kejahatan dan

kami memohon kepada-Mu agar melakukan pekerjaan atau amalan yang boleh mendekatkan diri

kami kepada-Mu.Ya Allah, Tuhan yang telah mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan

kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan engkau wahai tuhan yang

mengerasi lagi maha tinggi.Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan

kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami daripada azab api neraka.

Semoga selawat dan salam dilimpahkan kepada junjungan besar nabi Muhammad SAW serta

keluarga dan sahabatnya.

Page 53: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

DOA AKHIR TAHUN

Hendaklah dibacakan 15 minit sebelum masuk waktu Maghrib

( Akhir waktu Asar )

Page 54: Risalah dakwah 033 himpunan doa-penting-masjid-al-rahmaniah-batu-8-lekir-32020-sitiawan-perak

Maksudnya :

Ya Allah , apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini daripada apa yang telah Engkau tegahi

kami, maka kami tidak sempat untuk bertaubat darinya dan Engkau tidak meredoinya dan tidak

Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami, walaupun Engkau berkuasa atas

menyeksa kami, malah Engkau memberi peluang kepada kami supaya kami bertaubat setelah kami

melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu Ya Allah,

maka ampunilah kesalahan kami . Ya Allah, Semoga Engkau menerima amalan kami dan janganlah

Engkau memutuskan harapan kami daripada apa-apa yang kami lakukan dan Engkau telah

menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, Wahai Tuhan yang Maha Mulia.

Semoga selawat dan salam dilimpahkan kepada junjungan besar nabi Muhammad SAW serta

keluarga dan sahabatnya.