ringkasan eksekutif · 2015-12-09 · ekar), fasiliti pemperolehan semula bahan, mrf, (1.25 ekar)...

14
UKM Pakarunding Sdn Bhd (561663-U) Page EK-1 RINGKASAN EKSEKUTIF 1.0 PENGENALAN Pemaju projek bagi cadangan pembangunan tapak pelupusan sanitari di Sg. Udang, Melaka adalah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN). Projek yang dicadangkan akan direka bentuk untuk menampung sisa pepejal dengan kapasiti 1200 tan sehari. Laporan penilaian terperinci impak alam sekitar (DEIA) ini menilai impak alam sekitar dari keseluruhan kawasan Projek yang merangkumi 64.0 ekar tanah yang dijangka mempunyai jangka hayat selama 5 tahun. Projek yang dicadangkan ini direka bentuk untuk menampung sisa pepejal bagi negeri Melaka di antara Melaka Tengah, Majlis Perbandaran Alor Gajah dan Majlis Daerah Jasin. Projek yang dicadangkan terletak 25km dari pusat Bandar Melaka dan 3 km dari pekan Sg. Udang di mana ia bersebelahan dengan Loji Rawatan Enapcemar Berpusat Sg. Udang yang dimiliki oleh Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP)/ Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK). Ianya terletak 1 km dari jalan raya Ayer Keroh ke Alor Gajah / jalan Sg. Udang (M136) yang sedia ada. Tapak sedia ada pada masa ini dikelilingi oleh kelapa sawit dan kebun getah. Koordinat bagi projek ini ialah pada N02° 18.055’, E102° 9.315’. Secara amnya, Fasa 1 yang dicadangkan terdiri daripada sel utama (18 ekar), sel inert (2 ekar), fasiliti pemperolehan semula bahan, MRF, (1.25 ekar) dan fasiliti rawatan larut resapan (0.8 ekar), kolam pembendungan (1 ekar) dan tapak yang selebihnya adalah bagi pentadbiran dan pengurusan. Manakala bagi Fasa 2, pembangunan projek akan meliputi sel pada masa hadapan (23.7 ekar), pembangunan kawasan masa hadapan (8.4 ekar) dan penyimpanan sementara/ perangkap kelodak. Sel utama tapak pelupusan berkeluasan 18.0 ekar akan digunakan bagi pelupusan sisa domestik. Sel inert berkeluasan 2.0 ekar akan digunakan bagi pelupusan sisa lengai dan bersaiz besar. Mesin pencincang akan disediakan bagi mengurangkan saiz sisa hijau, bersaiz besar dan sisa pembinaan. Selain itu, loji fasiliti rawatan larut resapan terdiri daripada beberapa reaktor kelopok berurutan (SBR), kolam penstabilan, kolam DAF, bilik kawalan dan unit operasi yang lain. Secara am nya, aliran proses boleh dibahagikan kepada seksyen penstabilan, proses biologi oleh SBR, proses fizikal dan kimia oleh

Upload: others

Post on 09-Jan-2020

78 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UKM Pakarunding Sdn Bhd (561663-U) Page EK-1

RINGKASAN EKSEKUTIF

1.0 PENGENALAN

Pemaju projek bagi cadangan pembangunan tapak pelupusan sanitari di Sg. Udang,

Melaka adalah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan

Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN). Projek yang dicadangkan akan direka bentuk

untuk menampung sisa pepejal dengan kapasiti 1200 tan sehari. Laporan penilaian

terperinci impak alam sekitar (DEIA) ini menilai impak alam sekitar dari keseluruhan

kawasan Projek yang merangkumi 64.0 ekar tanah yang dijangka mempunyai jangka

hayat selama 5 tahun. Projek yang dicadangkan ini direka bentuk untuk menampung

sisa pepejal bagi negeri Melaka di antara Melaka Tengah, Majlis Perbandaran Alor Gajah

dan Majlis Daerah Jasin.

Projek yang dicadangkan terletak 25km dari pusat Bandar Melaka dan 3 km dari pekan

Sg. Udang di mana ia bersebelahan dengan Loji Rawatan Enapcemar Berpusat Sg.

Udang yang dimiliki oleh Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP)/ Indah Water

Konsortium Sdn. Bhd. (IWK). Ianya terletak 1 km dari jalan raya Ayer Keroh ke Alor

Gajah / jalan Sg. Udang (M136) yang sedia ada. Tapak sedia ada pada masa ini

dikelilingi oleh kelapa sawit dan kebun getah. Koordinat bagi projek ini ialah pada N02°

18.055’, E102° 9.315’.

Secara amnya, Fasa 1 yang dicadangkan terdiri daripada sel utama (18 ekar), sel inert (2

ekar), fasiliti pemperolehan semula bahan, MRF, (1.25 ekar) dan fasiliti rawatan larut

resapan (0.8 ekar), kolam pembendungan (1 ekar) dan tapak yang selebihnya adalah

bagi pentadbiran dan pengurusan. Manakala bagi Fasa 2, pembangunan projek akan

meliputi sel pada masa hadapan (23.7 ekar), pembangunan kawasan masa hadapan (8.4

ekar) dan penyimpanan sementara/ perangkap kelodak.

Sel utama tapak pelupusan berkeluasan 18.0 ekar akan digunakan bagi pelupusan sisa

domestik. Sel inert berkeluasan 2.0 ekar akan digunakan bagi pelupusan sisa lengai dan

bersaiz besar. Mesin pencincang akan disediakan bagi mengurangkan saiz sisa hijau,

bersaiz besar dan sisa pembinaan. Selain itu, loji fasiliti rawatan larut resapan terdiri

daripada beberapa reaktor kelopok berurutan (SBR), kolam penstabilan, kolam DAF,

bilik kawalan dan unit operasi yang lain. Secara am nya, aliran proses boleh dibahagikan

kepada seksyen penstabilan, proses biologi oleh SBR, proses fizikal dan kimia oleh

DEIA for The Proposed Development of Sanitary Solid Waste Landfill at Sungai Udang, Melaka Ringkasan Eksekutif

UKM Pakarunding Sdn Bhd (561663-U) Page EK-2

kolam DAF dan akhir sekali melalui penapis pasir dan karbon. Pada peringkat awal,

dianggarkan penghasilan larut resapan dari tapak pelupusan adalah sebanyak 200

m3/sehari. Paip menegak bagi gas tapak pelupusan akan disediakan bagi pengumpulan

gas yang dihasilkan semasa fasa awal operasi tapak pelupusan.

Loji fasiliti pemperolehan semula bahan, MRF, akan menggabungkan sistem

konventional dengan setup manual. Sisa akan diasingkan mengikut komponen kayu,

plastik, besi dan kaca.

2.0 PERSEKITARAN SEDIADA

2.1 Topografi dan Guna Tanah

Guna tanah utama di sekitar cadangan tapak pelupusan sanitari adalah guna tanah

pertanian dan hutan rezab. Guna tanah pertanian terdiri daripada ladang kelapa sawit

dan getah. Hutan rezab berhampiran ialah Hutan Simpan Sungai Udang. Penempatan

yang paling hampir dalam lingkungan 1 km daripada cadangan tapak pelupusan sanitari

ialah sebuah rumah banglo dan taman Indah di Bandar Baru Sungai Udang. Sementara

itu, institusi yang terletak dalam lingkungan 1-2 km zon impak ialah Penjara Sungai

Udang. Guna tanah lain yang terletak dalam lingkungan zon impak 5 km adalah

kemudahan rekreasi, zon industri dan kegunaan institusi.

2.2 Tanah dan Geologi

Tapak di kawasan projek yang dicadangkan dialasi batuan metamorf gred rendah

terutamanya filit dan kuartzit, dengan sedikit syis. Jenis tanih utama adalah lodak

dengan fraksi halus dan kasar yang berbeza. Walau bagaimanapun, melalui pelaksanaan

rancangan kawalan hakisan dan perlodakan, keadaan ini akan dapat dikurangan dan

diatasi.

2.3 Cuaca

Iklim Melaka secara amnya disifatkan sebagai beriklim tropika lembap dengan suhu

yang seragam, kelembapan yang tinggi dan jumlah hujan yang tinggi. Perubahan suhu

tahunan adalah kecil dan perubahan suhu purata harian antara 23.4oC ke 36oC.

Kelembapan purata tahunannya ialah 84.3%. Kelajuan purata tahunan angin ialah 1.7

m/s. Bermula April hingga November, terdapat angin kencang dikenali sebagai “angin

Sumatras” (3-4 kali sebulan) yang bertiup dari Selat Melaka terutama pada waktu

malam.

DEIA for The Proposed Development of Sanitary Solid Waste Landfill at Sungai Udang, Melaka Ringkasan Eksekutif

UKM Pakarunding Sdn Bhd (561663-U) Page EK-3

2.4 Udara

Pemantauan kualiti udara telah dilakukan di antara 10 hb Januari hingga 14 hb Januari

2011 di sembilan (9) stesen persampelan. Parameter kualiti udara yang dipantau

adalah zarah yang bersaiz kurang dari 10 mikrometer (PM10), nitrogen dioksida (NO2),

sulfur dioksida (SO2), ozon (O3), karbon monoksida (CO) dan hydrogen sulfide (H2S).

Keputusan menunjukkan kepekatan NO2, SO2, O3, CO dan TSP yang direkodkan berada

di bawah had kepekatan yang dicadangkan dalam Had Panduan Kualiti Udara Malaysia

(RMAQG).

2.5 Hingar

Sebanyak enam stesen pemantauan hingar telah dipilih untuk menentukan tahap

hingar sedia ada disekitar tapak cadangan projek. Tahap hingar pada siang hari yang

diukur di stesen-stesen ini adalah di antara 44.9 dBA hingga 47.2 dBA dan 44.9 dBA

hingga 47.2 dBA di waktu malam.

2.6 Hidrologi Air Permukaan

Bahagian hulu lembangan di mana cadangan tapak projek terletak disaliri oleh sungai-

sungai yang kecil dan aliran semulajadi. Sungai-sungai ini merupakan sebahagian

daripada aliran perimeter yang digunakan untuk pengaliran di ladang kelapa sawit.

Guna tanah utama dalam lingkungan 5 km terdiri daripada rumah kampung, taman

perumahan, pusat perniagaan, padang, belukar dan ladang kelapa sawit. Dengan

mengambil kira ketinggian dan bering tapak pelupusan termasuk loji rawatan air

kumbahan dan kolam tadahan, sungai-sungai utama yang dijangka mengalami kesan

perubahan daripada aktitviti projek kebanyakannya mengalir ke arah selatan dari tapak

cadangan projek, khususnya Sg. Ayer Batu dan Sg. Seberang Gajah di mana kedua-

duanya mengalir ke Sg. Udang. Berdasarkan maklumat yand diperolehi daripada

Jabatan Bekalan Air Melaka, tiada loji pengambilan air dalam lingkungan 5 km daripada

cadangan tapak projek. Sungai seperti Sg. Ayer Batu pada masa kini hanyalah digunakan

untuk mengalirkan air dari ladang kelapa sawit sementara Sg. Seberang Gajah

digunakan sebagai sumber air untuk aktiviti pertanian. Selain itu, fenomena banjir yang

melebihi tempoh 100 tahun adalah mustahil berulang di kawasan hulu dan pertengahan

lembangan terutamanya di Sg. Air Batu. Namun begitu, di sepanjang Sg. Seberang Gajah

sehinggalah di pertemuan Sg. Udang, beberapa kejadian banjir tempatan telah

dilaporkan oleh penduduk tempatan. Bagaimanapun, fenomena ini jarang berlaku

terutamanya semasa musim monsun.

DEIA for The Proposed Development of Sanitary Solid Waste Landfill at Sungai Udang, Melaka Ringkasan Eksekutif

UKM Pakarunding Sdn Bhd (561663-U) Page EK-4

2.7 Hidrologi Air Sub Permukaan

Soal selidik resistiviti dan biasan seismos menunjukkan kawasan kajian terdiri daripada

sistem subpermukaan tiga lapis. Keputusan ini terbukti melalui data lubang gerudi yang

menunjukkan lapisan teratas terdiri daripada tanah sisa yang didominasi oleh lempung,

dengan dilandasi oleh lapisan pertengahan lodak yang menindih batu dasar syis yang

berubah daripada segar ke sedikit terluluhawa. Ujian hidraulik terhadap ketiga-tiga

lapisan ini menunjukkan ketertelapan masing-masing lapisan adalah 1.29 x 10-4 ke 5.22

x 10-3cm/sec, 5.12 x 10-5 ke 6.67 x 10-3cm/sec dan 3.45 x 10-5 ke 8.10 x 10-3cm/sec.

Paras air bawah tanah yang diukur dari permukaan bumi di kawasan landfil ini berjulat

daripada 0.69m ke 10.3m. Aliran tempatan air bawah tanah adalah ke arah barat.

Kualiti air bawah tanah disekitar kawasan landfill Sg Udang adalah di bawah had Piawai

B dalam Peraturan Kualiti Alam Sekitar 2009 (Efluen industri) kecuali nilai pH, jumlah

pepejal terlarut dan kandungan besi dibeberapa lubang gerudi tertentu.

Pemodelan aliran air bawah tanah bagi kawasan tadahan Sg. Udang yang dilakukan

dengan menggunakan perisian Groundwater Modeling System (GMS) menunjukkan air

bawah tanah mengalir ke arah Selat Melaka yang terletak di selatan dan barat daya

kawasan projek. Di bahagian selatan kawasan, air bawah tanah mengalir disepanjang

pantai, manakala di bahagian timur paras air bawah tanah menurun dan mengalir ke Sg.

Ayer Hitam. Kecerunan hidraulik dikebanyakkan tempat adalah antara 0.0025 ke 0.005.

Paras air bawah tanah ditapak cadangan projek yang terletak di utara lembangan

tadahan Sg. Udang berjulat diantara 30 dan 42 m di atas paras laut purata dengan aliran

ketara ke arah barat daya iaitu ke hilir Sg Ayer Batu dengan nilai kecerunan hidraulik

antara 0.01 ke 0.02.

2.8 Kualiti Air

Terdapat lapan (8) lokasi pensampelan air diambil bagi menentukan kualiti permukaan

air di sekitar tapak projek yang dicadangkan. Keputusan daripada analisis kimia air yang

diperoleh dibandingkan dengan Kelas IIA/IIB Cadangan Piawaian Kualiti Air Kebangsaan

Interim (INWQS). Pada umumnya, kesemua parameter logam yang diukur mencatatkan

nilai-nilai di bawah had INQWS yang dicadangkan kecuali Fe. Nilai Fe didapati tinggi

kemungkinan dipengaruhi oleh aktiviti-aktiviti dalam tanah di kawasan sekeliling dan /

atau secara semula jadi berlaku dalam di dalam tanah. Melalui pemerhatian, nilai warna

air di titik pensampelan WQ2 adalah 169 TCU dan berbeza dengan had piawai 150 TCU,

manakala lokasi pensampelan yang lain merekodkan nilai-nilai di bawah had piawai.

Selain itu, nilai faecal coliform di titik pensampelan WQ2 mencatatkan nilai lebih sedikit

tinggi (145 kiraan / 100 mL) daripada had yang ditetapkankan dalam INQWS iaitu 100

kiraan / 100 mL.

DEIA for The Proposed Development of Sanitary Solid Waste Landfill at Sungai Udang, Melaka Ringkasan Eksekutif

UKM Pakarunding Sdn Bhd (561663-U) Page EK-5

2.9 Pencirian Sisa

Jumlah purata sisa pepejal yang terjana setiap hari dari kawasan perkhidmatan MB

Melaka Bersejarah (ML01-01) dianggarkan sekitar 1,300 tan sehari. Anggaran peratusan

bahan yang boleh dikitar semula ialah 30%, manakala komponen sisa makanan ialah

50% dan anggaran bahan bukan organik yang tidak-boleh dikitar semula ialah 20%,

dimana jumlahnya keduanya menghampiri 70% dengan kandungan kelembahan yang

tinggi (anggaran 50 hingga 70%) yang akan ditempatkan di tapak pelupusan.

2.10 Pengangkutan dan Trafik Darat

Bancian trafik 16 jam telah dilakukan di tiga buah stesen yang letaknya berhampiran

dengan kawasan cadangan projek. Analisis kajian menunjukkan stesen bancian 1 dan 2

beroperasi pada Tahap Perkhidmatan F dan E yang menunjukkan keadaan aliran trafik

yang teruk dan kurang baik serta sesak pada waktu puncak. Ini menunjukkan

persimpangan in adalah amat sesak semasa masa puncak dan kesesakan tempatan

dijangkakan. Di stesen 3 berhampiran dengan Tempat Perlupusan Sampah Krubong,

sebanyak 411 trak membawa sisa telah dikesan.

2.11 Flora

Bancian vegetasi menunjukkan kehadiran beberapa dirian Hevea brasiliensis sebagai

bukti bahawa kawasan tersebut adalah ladang getah yang terbiar. Kawasan tersebut

telah dijana semula secara semulajadi dan pada masa ini didominasikan oleh spesies

pokok hutan sekunder, beberapa tumbuhan dusun dan spesies pokok hutan tanah

rendah seperti Albizia pedicellata (Kerayong), Archidendron jiringa (Jering) and Maesa

ramentacea (Gambir jantan). Spesies pokok peting yang mempunyai nilai ekonomi yang

tinggi juga telah direkodkan iaitu Aquilaria malaccensis (Gaharu). Kawasan tersebut juga

ditumbuhi oleh pokok renek, tumbuhan herba, paku-pakis dan pepanjat yang biasa

ditemui di kawasan belukar. Kajian plot 0.2 ha merekodkan sejumlah 327 individu

pokok (≥ 5 cm DBH) di dalam sembilan famili, 15 genus dan 18 spesies. Spesies yang

paling penting secara relatif berdasarkan indeks nilai kepentingan (IVi) ialah

Archidendron jiringa (Leguminosae) dan pada peringkat famili, IVi tertinggi diwakili oleh

Euphorbiaceae (44.78%). Anggaran jumlah biojisim atas tanah di dalam plot kajian ialah

237.2 t/ha, yang menunjukkan bahawa kehilangan biojisim daripada 64 ekar (25.6 ha)

kawasan projek ialah sekitar 6,072.3 tan.

DEIA for The Proposed Development of Sanitary Solid Waste Landfill at Sungai Udang, Melaka Ringkasan Eksekutif

UKM Pakarunding Sdn Bhd (561663-U) Page EK-6

2.12 Fauna

Kesan terhadap hidupan liar tidak dapat dielakkan akibat perubahan guna tanah di

kawasan cadangan projek. Oleh itu penilaian adalah penting, iaitu kekayaan spesies dan

status pemuliharaan burung, mamalia kecil dan mamalia besar. Tinjauan terhadap

fauna darat berdasarkan kepada tinjauan awal yang dijalankan pada 2-3 Oktober 2009,

dan kerja lapangan pada 14-18 Oktober 2009, dan 2-6 Februari 2011 di hutan sekunder

(U020 17.883’, T1020 09.286’). Haiwan diperangkap menggunakan perangkap besi yang

berumpan yang diletakkan di sepanjang rentis hutan untuk memerangkap mamalia

kecil, perangkap harpa untuk menangkap kelawar serangga, jaring kabut untuk

menangkap kelawar buah dan burung. Untuk mamalia, hanya 12 spesies daripada 7

famili telah direkodkan. Kesemuanya ialah spesies kawasan terbuka dan hutan

terganggu, dan tiada species terancam atau yang mudah terjejas berdasarkan kepada

kategori IUCN. Semua spesies mempunyai taburan yang luas dan dianggap spesies

komensal dengan manusia. Sejumlah 38 spesies daripada 22 famili burung telah

direkodkan: 19 spesies daripada 13 famili di kawasan 1 dan 28 spesies daripada 19

famili di Kawasan 2. Kebanyakan spesies merangkumi spesies burung di kawasan

terbuka, luas taburan termasuk hutan primer dan sekunder.

2.13 Sosioekonomi

Profil sosial bagi populasi sedia ada dalam lingkungan 5 km jejari di tapak cadangan

projek adalah dicirikan secara relatif terdiri daripada populasi dewasa yang mempunyai

latar belakang pelajaran tinggi, bekerja sebagai golongan berpendapatan sama ada di

sektor kerajaan mahupun swasta dengan sebahagian besar terlibat dalam bidang

perniagaan. Kira-kira lebih separuh daripada penduduk adalah mereka yang baru

berpindah dimana mereka menetap di kawasan tersebut kurang daripada 20 tahun bagi

mencari pekerjaan dan perpindahan tempat kerja. Hampir tiga per empat daripada

penduduk tidak mengetahui tentang projek yang dicadangkan tetapi mereka

menganggap ia tidak akan memberi kelebihan dari segi ekonomi kepada penduduk

tempatan dan akan menyumbang kepada sumber pencemaran dan bahaya kepada

penduduk setempat. Peratusan yang sama juga berpendapat bahawa projek yang

dicadangkan akan memberi impak positif yang lebih berbanding impak negatif kerana

ianya adalah penyelesaian bagi masalah sisa dan keperluan bagi tapak pelupusan yang

baru memandangkan tapak pelupusan sedia ada di Krubong telah penuh dan bakal

ditutup. Walau bagaimanapun, hampir dua pertiga tidak bersetuju dengan pelaksanaan

projek yang dicadangkan. Fasiliti tersebut akan menjadi punca pencemaran bau dan

masalah kesihatan serta mengganggu keamanan dan ketenangan di kawasan tersebut.

DEIA for The Proposed Development of Sanitary Solid Waste Landfill at Sungai Udang, Melaka Ringkasan Eksekutif

UKM Pakarunding Sdn Bhd (561663-U) Page EK-7

2.14 Kesihatan Awam

Dengan mematuhi standard OECD sebagaimana yang dicapai oleh negeri Melaka pada

2010, kawasan kajian ini meliputi kawasan penerimaan bagi bekalan air minum bersih

dan elektirk. Populasi terlibat didapati mempunyai kebolehcapaian yang baik terhadap

kemudahan kesihatan seperti Poliklinik Komuniti Sg. Udang dan dua klinik swasta lain

yang terletak sejauh lebih kurang 5km. Sejumlah 330 responden telah terlibat di dalam

kajian ini. Majoriti mereka adalah lelaki, berumur kurang dari 40 tahun dan berbangsa

Melayu. Namun, terdapat sebilangan kecil responden tidak mempunyai bekalan air

minum yang selamat (4%). Ada di kalangan mereka menggunakan tandas tidak sanitari

(4%), dan mengamalkan kaedah pelupusan sisa pepejal rumah yang tidak sihat (35%).

Bancian komuniti mendapati bahawa 27% responden mengadu bahawa mereka tidak

sihat dalam tempoh enam bulan lalu. Masalah biasa adalah demam dan selsema,

dermatitis, jangkitan respiratori atas dan konjuntivitis. Namun begitu, hanya 45% dari

mereka mendapatkan rawatan perubatan. Bronkial asma adalah diagnosis utama diikuti

oleh penyakit darah tinggi dan diabetes tidak terkawal, dan demam denggi dalam

jangkamasa yang sama. Daripada jumlah itu, cuma 29% responden dimasukkan ke

hospital kerana bronkial asma, darah tinggi dan diabetes tak terkawal. Dua dari mereka

dimasukkan kerana demam denggi dan tidak fatal. Tambahan pula, majoriti responden

(83%) mengetahui dan sedar akan wabak demam denggi di dalam komuniti mereka

sebagai salah satu masalah kesihatan yang memerlukan perhatian dari semua agensi

bertanggungjawab. Data morboditi tempatan (2010) menerangkan bahawa masalah

sistem respiratori adalah masalah kesihatan utama di kawasan ini (20,154 kes), diikuti

oleh masalah kulit (905 kes), dan konjuntivitis (615 cases). Walaupun begitu, kadar

prevalen bagi respiratori dan kulit (tujuh dan satu per 10000 populasi masing-masing)

adalah kurang dari kadar prevalen negara tahun 2002. Oleh itu, daerah ini tiada risiko

masalah kesihatan berlebihan kecuali risiko wabak denggi yang berpotensi berlaku

dalam keadaan dan cuaca yang optimum.

3.0 IMPAK DAN LANGKAH-LANGKAH TEBATAN

3.1 Topografi dan Guna Tanah

Gangguan bau merupakan masalah bagi kawasan kediaman di sekitar zon impak,

terutamanya selepas fasa operasi tapak pelupusan. Bagi mengatasi masalah ini, pemaju

projek harus mengekalkan guna tanah (kelapa sawit dan getah) dalam lingkungan 500

m jejari dari tapak cadangan projek. Jenis dan kuantiti bahan penutup perlu di ambil

kira di dalam kawalan bau. Bahan penutup tanah harian perlu diletakkan dengan lebih

kerap melebihi sekali sehari dan begitu juga dengan kuantiti bagi mengawal bau.

DEIA for The Proposed Development of Sanitary Solid Waste Landfill at Sungai Udang, Melaka Ringkasan Eksekutif

UKM Pakarunding Sdn Bhd (561663-U) Page EK-8

Pemaju projek boleh mempertimbangkan untuk mengguna bahan penyembur sintetik

bagi mengawal bau dengan lebih berkesan.

3.2 Geologi dan Tanah

Impak yang signifikan hasil dari aktiviti pembersihan tanah dan operasi kerja tanah

adalah hakisan tanah dan pengelodakan, pemendapan dan peningkatan dalam jumlah

pepejal terampai dalam alur air tapak projek dan hilir tapak projek. Persamaan

Universal Kehilangan Tanah (USLE) telah digunakan bagi menganggarkan kehilangan

tanah yang disebabkan oleh hujan, jenis tanah dan keadaan topografi. Pengurusan

Amalan Terbaik (BMP) bagi Prosedur kawalan hakisan dan mendapan (ESCP) perlu

dilaksanakan dari permulaan projek bagi mengurangkan kesan hakisan tanah.

Tambahan pula, langkah-langkah kawalan yang dicadangkan adalah seperti berikut :

a) Mengawal fasa pembinaan

b) Mengawal saiz kawasan kerja

c) Menyelenggara benteng pemampan dan pagar kelodak

d) Pembinaan kolam pemendapan

e) Unjuran cerun

f) Mengawal kerja-kerja tanah

3.3 Udara

Kuantiti pencemaran udara boleh terhasil terutamanya semasa pembinaan tapak

cadangan projek. Pencemar utama daripada lori adalah karbon monoksida (CO),

nitrogen dioksida (NO) dan sebatian organic meruap (VOC). Tanah yang terdedah dan

pasir dari kawasan yang dibangunkan dijangka menyumbang kepada jumlah debu

atmosfera. Penurunan kualiti udara yang disebabkan oleh penghasilan debu dari

kenderaan boleh dikurangkan dengan cara membersihkan tayar kenderaan sebelum

memasuki tapak pembinaan dan jalan utama serta melembapkan jalan masuk,

terutamanya semasa cuaca kering dan berangin. Bau dari tapak pelupusan terhasil

daripada pelepasan sebatian yang dihasilkan semasa proses biologi dan kimia bagi

penguraian sisa. Penghasilan dan pelepasan sebatian bau dari bahan sisa semasa opersi

pengangkutan, pengendalian dan pembuangan adalah tidak dapat dielakkan. Metana

yang dihasilkan di tapak pelupusan sisa pepejal adalah melalui degradasi mikrob

anaerobik terhadap sisa organik. Jumlah bagi pencemar atmosfera seperti zarah

terampai, gas rumah hijau, gas toksik dan bau perlu dipantau secara berterusan. Tapak

pelupusan perlu di tutup dengan tanah dengan segera selepas sisa dibawa ke tapak

pelupusan. Ini dapat mengurangkan degradasi oleh bakteria dan jumlah metana.

DEIA for The Proposed Development of Sanitary Solid Waste Landfill at Sungai Udang, Melaka Ringkasan Eksekutif

UKM Pakarunding Sdn Bhd (561663-U) Page EK-9

3.4 Hingar

Tahap hingar maksima disebabkan oleh kerja-kerja pembinaan dan operasi projek yang

dicadangkan yang akan dirasai di kawasan kediaman terdekat iaitu Taman Indah yang

terletak lebih kurang 1 km dari tapak cadangan dan diramalkan hanya sekitar 47 dBA

dan dijangkakan tidak memberi sebarang kesan signifikan. Walau bagaimana pun,

tahap hingar yang akan dirasai oleh penerima di sekitar 50 hingga 100 meter sepanjang

laluan utama (seperti Jalan Sg. Udang dan Jalan Bertam Ulu) disebabkan pergerakan

kenderaan berat dan lori keluar masuk ke tapat projek adalah setinggi 72.4 dBA dan

66.7 dBA. Walau bagaimanapun, kesan ini adalah berkala dan ianya boleh dikurangkan

dengan mengambil langkah-langkah tebatan yang piawai seperti menjadualkan

penggunaan jentera berat pada waktu siang, penyelenggaraan pengangkutan dan

peralatan yang berkala serta pemasangan penyeyap udara di kenderaan bagi

meminimakan kesan tersebut.

3.5 Hidrologi Air Permukaan

Keputusan dari kajian aliran rendah menunjukkan jumlah efluen dari tapak pelupusan

sanitari yang boleh diserap adalah sedikit kerana aliran minimum semasa waktu kritikal

adalah sangat rendah. Berdasarkan pada permodelan hidrologi, didapati bahawa aliran

kemuncak di saluran keluar selepas pembangunan adalah lebih tinggi berbanding

sebelum pembangunan. Ini mungkin akan menyebabkan banjir di bahagian bawah

tapak cadangan projek. Impak semasa aliran rendah boleh dikawal oleh kolam

pembendungan di tapak cadangan projek. Hal ini dapat mengurangkan lagi kepekatan

bahan pencemar melalui kesan pencairan dengan air yang dibendung di dalam kolam.

Tambahan pula, pelepasan efluen akan dapat dikawal. Hasil kajian permodelan

hidrologi juga mendapati kolam pembendungan dapat menampung aliran air hujan

selepas pembangunan di dalam kawasan tapak Projek tersebut. Kolam pembendungan

dapat mengawal aliran air hujan selepas pembangunan ke tahap yang lebih rendah

daripada aras sebelum pembangunan seperti yang dikehendaki di dalam Manual Saliran

Mesra Alam (MASMA). Pengurangan peratusan aliran kemuncak adalah sebanyak 76%.

Ia sememangnya impak yang bermanfaat kerana akan menambahbaik scenario banjir di

kawasan tapak cadangan projek.

3.6 Hidrologi Air Subpermukaan

Tapak cadangan projek turut dilengkapi dengan pelapik dan sistem pengumpulan larut

lesap dan ini tidak memungkinkan berlakunya pencemaran air bawah tanah oleh bahan

larut lesap. Model pergerakan kontaminan dalam air bawah tanah menunjukkan bahan

cemar daripada tapak pelupusan berpotensi bergerak ke arah barat daya menuju ke

DEIA for The Proposed Development of Sanitary Solid Waste Landfill at Sungai Udang, Melaka Ringkasan Eksekutif

UKM Pakarunding Sdn Bhd (561663-U) Page EK-10

arah Sg Ayer Batu. Pergerakan kontaminan ini amat perlahan kerana tanah dan lapisan

batuan mempunyai ketelapan yang rendah. Oleh itu impak bahan cemar terhadap

kualiti air bawah tanah semasa operasi tapak pelupusan untuk tempoh simulasi 100

tahun didapati sangat rendah. Pengurusan dan langkah pemonitoran terhadap air

bawah tanah perlu dilakukan untuk memastikan tiada pencemaran berlaku semasa

pembinaan, operasi dan penutupan tapak pelupusan serta memantau kesan jangka

panjang terhadap alam sekitar.

3.7 Kualiti Air

Impak terhadap kualiti air yang berpotensi terjadi semasa fasa pembinaan dan operasi

adalah seperti berikut:

Kebarangkalian untuk pelupusan sisa manusia hasil dari tapak kem boleh

mencemarkan aliran air dengan pencemar organic dan coliforms yang

mengandungi penyakit bawaan air.

Kebocoran minyak dan pelincir dari jentera berat dan peralatan

pembinaan boleh meningkatkan minyak dan gris serta menurunkan nilai

oksigen terlarut (DO) di sungai yang terlibat.

Saluran air tersumbat akibat daripada pembuangan sisa pembinaan yang

tidak terkawal.

Pelepasan larut resapan mentah ke sungai akan member impak major

terhadap kualiti air.

Tapak kem dan kawasan bekerja haruslah disediakan dengan kemudahan sanitari,

seperti tandas sementara, di mana tiada pelepasan ke aliran air permukaan. Minyak

dan pelincir dari jentera berat dan peralatan pembinaan haruslah disimpan untuk

mengelak daripada kebocoran dan tumpahan. Bahan pembinaan haruslah ditutup

untuk mengelakkan daripada penghasilan TSS ke dalam sungai. Pelupusan sia

pembinaan haruslah di simpan di dalam tong yang sesuai. Larut resapan haruslah

dirawat dengan sempurna sebelum dialirkan ke sungai.

3.8 Pencirian Sisa

Bahan-bahan buangan diramalkan terjana semasa fasa pembinaan, terutamanya

semasa pembersihan tanah dan kerja-kerja penggalian. Jika tidak dilupuskan secara

betul, sisa ini boleh menyebabkan penurunan nilai estetika dan boleh menjejaskan

kualiti air sungai-sungai berdekatan. Bahan yang digali akan diguna semula di mana

bersesuaian sebagai bahan isian (fill). Kaedah pelupusan yang betul adalah diperlukan

semasa dan apabila selesai aktiviti-aktiviti pembinaan. Biomas akan dilupuskan di tapak

DEIA for The Proposed Development of Sanitary Solid Waste Landfill at Sungai Udang, Melaka Ringkasan Eksekutif

UKM Pakarunding Sdn Bhd (561663-U) Page EK-11

melalui kaedah sungkupan dan/ atau kaedah kompos. Di bawah undang-undang yang

sedia ada, pembakaran terbuka adalah dilarang sama sekali melainkan mendapat

kelulusan daripada Ketua Pengarah JAS. Jika kebenaran diberikan, aktiviti ini perlu

dijalankan di bawah kawalan ketat dan hanya dilakukan apabila keadaan cuaca sesuai

untuk memastikan bahawa tidak ada potensi yang boleh menyebabkan masalah jerebu

yang teruk. Kaedah pembakaran juga harus dirancang dengan teliti dan dilaksanakan

supaya tidak membawa apa-apa risiko pembakaran dari merebak ke dalam kawasan

hutan berdekatan. Sisa berbahaya (termasuk buangan terjadual) harus dikendalikan

atau dilupuskan dengan cara yang sesuai oleh kontraktor berlesen yang diberi kuasa

unutk melupuskan sisa terjadual. Tiada kesan sisa yang timbul daripada pelupusan sisa

yang dijana daripada projek yang disediakan ini sekiranya ianya dijalankan mengikut

amalan pengurusan sisa yang baik dan selaras dengan keperluan undang-undang yang

berkaitan.

3.9 Trafik dan Pengangkutan

Semasa kerja pembinaan, peningkatan bilangan kenderaan dijangkakan berlaku

terutamanya lori dan treler pengangkut yang memasuki dan keluar kawasan tapak

cadangan projek melalui persimpangan dengan jalan-jalan awam (sebahagian Laluan

Persekutuan 19 dan 5 dan Jalan Negeri M136). Papan tanda menunjukkan kenderaan

berat melalui jalan awam dan persimpangan berhampiran dengan tapak pembinaan

perlu didirikan. Papan tanda ini perlu mendapat kelulusan dan disahkan oleh kerajaan

tempatan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) iaitu melalui dokumen Arahan Teknik (Jalan)

2C/85, Manual on Traffic Control Devices - Temporary Signs and Work Zones Control

yang diterbitkan oleh Cawangan Jalan, Jabatan Kerja Raya, Malaysia dan lain-lain

dokumen yang berkaitan. Tambahan pula, penjaga bendera yang dilengkapkan dengan

peralatan dan pakaian yang bersesuaian perlu ditempatkan di persimpangan dengan

jalan-jalan awam yang akan memberi amaran kepada pengguna jalan raya mengenai

kehadiran kenderaan berat.

3.10 Flora

Impak yang paling besar dijangka semasa fasa pembinaan termasuklah pembersihan

kawasan dan kehilangan pokok dan vegetasi litupan. Pembersihan pokok dan vegetasi

litupan boleh menyebabkan kehilangan lapisan atas tanah yang longgar semasa hujan

lebat yang kerap. Tiada langkah kawalan yang dapat dicadangkan bagi mengatasi

kehilangan tumbuh- tumbuhan dan habitat kesan daripada pembersihan tapak dan

kerja tanah . Walau bagaimanapun, hanya tumbuh-tumbuhan yang memberi kesan

kepada pembangunan projek sahaja yang akan di tebang bagi mengurangkan kesan

hakisan dan pembersihan tapak. Penebangan pokok, tumbuh-tumbuhan dan

DEIA for The Proposed Development of Sanitary Solid Waste Landfill at Sungai Udang, Melaka Ringkasan Eksekutif

UKM Pakarunding Sdn Bhd (561663-U) Page EK-12

perlindungan semulajadi haruslah dilakukan oleh sub-kontraktor yang berkelayan dan

pembakaran biomas haruslah dilarang bagi mengurangkan pencemaran udara. Biomas

yang telah dikeluarkan dari aktiviti pembersihan haruslah dibuang dengan mengguna

pakai teknik pembakaran sifar.

3.11 Fauna

Impak dan mitigasi semasa fasa pembinaan termasuk aktiviti yang sibuk setiap hari akan

menganggu hidupan liar yang sedia ada dalam aktiviti merayau dan memburu untuk

mencari makanan, namun tiada langkah tebatan yang diperlukan. Kenderaan

mengangkut sisa perbandaran akan memberi impak kepada hidupan liar. Ianya

dijangkakan akan berlaku penambahan bilangan binatang pembangkai, seperti gagak,

atau haiwan perosak seperti monyet dan tikus. Bagi memastikan masalah haiwan

pembangkai dan perosak dapat dikurangkan, penutup haruslah dipasang bagi

mengelakkan sisa daripada terdedah kepada udara dan binatang-banatang tersebut.

3.12 Sosioekonomi

Pengambilan tanah seharusnya diselesaikan sebelum permulaan fasa pembinaan.

Sekiranya pengambilan tanah dilakukan, pemilik tanah persendirian terlibat seharusnya

didekati dengan penuh mesra, melalui perjanjian dan kadar pampasan yang perlu

dibayar perlu diperbincangkan dan dipersetujui. Pembinaan jalan masuk, pembersihan

tapak, kerja tanah dan pengorekan serta pengangkutan bahan binaan juga merupakan

aktiviti pembinaan yang mengeluarkan bunyi bising dan getaran. Hal ini merupakan

sumber-sumber yang berpotensi mengakibatkan gangguan yang boleh menjejaskan

ketenangan kawasan dan penduduk-penduduk disekelilingnya. Walaupun hanya

barangan keperluan rumah akan terjejas, langkah-langkah mesti diambil dengan serius

di mana kerja-kerja pembinaan perlu berhenti beroperasi pada 8:00 malam.

Pembersihan tapak, kerja tanah, pembinaan jalan masuk dan pengorekan juga

berpotensi menjana habuk melalui permukaan bumi yang telah dibersihkan dan

terdedah pada elemen-elemen lain. Kenderaan-kenderaan pembinaan yang keluar

masuk dari kawasan pembinaan ke jalan raya utama jalan raya perlu dibersihkan

dengan tayar-tayar disemburkan dengan air kenderaan tersebut perlu melalui kawasan

perbersihan kenderaan sebelum meninggalkan kawasan pembinaan.

3.13 Kesihatan Awam

Pembersihan tapak dan kerja tanah boleh menyebabkan penghijrahan vektor dari tapak

cadangan projek ke komuniti yang berdekatan. Kesan ini boleh diatasi dengan

menjalankan kawalan alam sekitar seperti pengurangan kawasan pembiakan,

DEIA for The Proposed Development of Sanitary Solid Waste Landfill at Sungai Udang, Melaka Ringkasan Eksekutif

UKM Pakarunding Sdn Bhd (561663-U) Page EK-13

penyingkiran atau penutupan terutama di tapak projek. Pembinaan jalan masuk,

pembersihan hutan, kerja-kerja tanah dan pengorekan akan mengeluarkan debu dan

zarah-zarah. Habuk bawaan udara mungkin mempengaruhi kesihatan pernafasan

pekerja-pekerja dan penduduk rumah dalam kawasan komuniti berjiranan tersebut.

Semasa fasa operasi, kebimbangan perkara yang berlaku adalah binatang/ serangga

penghapus sisa yang berjalan sekitar kawasan tapak pelupusan. Hal ini termasuk

kesihatan dan isu keselamatan yang berkait dengan pekerja tapak projek dan isu laluan

awam. Masalah bau (hidrogen sulfida) yang terhasil oleh tapak pelupusan yang

dicadangkan semasa fasa operasi telah ditunjukkan oleh model udara yang hanya akan

terkandung di dalam 1 km jejari dan tidak mencapai sebarang kawasan perumahan

yang berdekatan.

4.0 PENILAIAN EKONOMI KESAN ALAM SEKITAR

Aliran susut nilai alam sekitar untuk suatu tempoh 25 tahun yang boleh disebabkan

hasil daripada cadangan projek telah diramalkan. Kadar 8% dipilih untuk mencerminkan

kadar faedah pasaran secara konvensional digunakan bagi penilaian projek, manakala

kadar 4% adalah kadar yang lebih sesuai untuk penilaian sosial. Selepas mengambil kira

susut pada kadar 8%, nilai terkini bagi aliran kerugian tahunan adalah berjumlah -

RM34,425,796 untuk satu tempoh 25 tahun. Sekiranya, kadar 4% digunakan, nilai yang

sama adalah berjumlah -RM48,514,734. Jumlah ini mewakili nilai terkini bagi kos

ekonomi terhadap alam sekitar yang dikaitkan dengan projek yang dicadangkan.

5.0 PLAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR DAN PLAN TINDAKAN KECEMASAN

Plan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) bagi tapak cadangan projek disediakan untuk

memastikan projek mematuhi peraturan-peraturan dan syarat-syarat ditetapkan oleh

JAS semasa semua fasa projek yang dicadangkan. Ianya meghuraikan skop EMP yang

berkaitan bagi projek ini dan juga Plan Tindakan Kecemasan (ERP) yang akan dipatuhi

oleh pemaju projek semasa keseluruhan operasi dijalankan. Objektif-objektif EMP akan

menggariskan kunci kepada strategi dan juga tindakan yan perlu diambil, yang boleh

melindungi, memulihkan dan meningkatkan kualiti persekitaran disebabkan penyusutan

alam sekitar daripada impak yang berpotensi berlaku di tapak cadangan projek.

Objektif dan sasaran EMP adalah:

Meminimumkan pencemaran udara

Meminimumkan pencemaran air

Meminimumkan pencemaran bunyi

Mematuhi peraturan penjadualan bahan-bahan buangan

DEIA for The Proposed Development of Sanitary Solid Waste Landfill at Sungai Udang, Melaka Ringkasan Eksekutif

UKM Pakarunding Sdn Bhd (561663-U) Page EK-14

Memastikan ekologi di tapak cadangan projek tidak mengalami

perubahan secara drastik

Untuk melindungi kesihatan masyarakat manusia di kawasn sekeliling

Program pengawasan alam sekitar merupakan satu komponen terpenting di dalam

keseluruhan EMP. Keputusan-keputusan pemantauan akan dianalisiskan dan dilaporkan

kepada JAS di bawah keperluan laporan sub-seksyen (7) Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam

Sekitar, 1974. Program audit dan pemeriksaan tapak perlu dilakukan sepanjang fasa

pembinaan dan fasa operasi. Audit akan dikendalikan oleh pengaudit alam sekitar yang

berdaftar dengan JAS. Keputusan pengawasan alam sekitar dan penemuan bagi

program audit dan pemeriksaan tapak akan didokumenkan dan diserahkan kepada

pihak pengurusan pemaju projek dalam secara bulanan, suku tahunan atau laporan

tahunan. Tambahan pula, objektif ERP adalah menyediakan satu prosedur bagi

mengendalikan keadaan kecemasan yang kemungkinan berlaku di tapak cadangan

projek. ERP direka untuk mengelakkan kehilangan nyawa manusia dan meminimumkan

kerosakan terhadap loji dan alam sekitar. Pegawai keselamatan perlu dilantik dan akan

bertanggungjawab dalam pengurusan kemalangan, perancangan taktik dan

pelaksanaan, menentukan sama ada bantuan luar diperlukan dan juga orang yang

bertanggungjawab untuk meminta bantuan daripada sumber dalaman atau bantuan

luar.

6.0 KESIMPULAN

Berdasarkan penemuan-penemuan dari seluruh sub kajian dalam laporan DEIA ini,

kebimbangan utama adalah hakisan semasa pembinaan dan fenomena larut resap

semasa operasi di tapak pelupusan. Walau bagaimanapun, dengan langkah-langkah

pengurangan yang dicadangkan, ianya dijangka projek yang dicadangkan tidak akan

mengakibatkan kesan buruk terhadap fizikal, biologi, sosio-ekonomi dan persekitaran

manusia di sekitar kawasan projek. Langkah-langkah mengatasi telah diambilkira

semasa peringkat reka bentuk bagi cadangan tapak projek yang kebanyakkan impak-

impak alam sekitar yang dijangkakan telah dapat diminimumkan.