rewang

20
Laporan Aktiviti REWANG RAYA ‘14 KOLEJ TUANKU CANSELOR 2013 Tarikh : 9 OKTOBER 2014 – 10 OKTOBER 2014 Tempat : Sekitar Kawasan Kolej Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Anjuran : Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor,

Upload: marleyamaulana

Post on 03-Oct-2015

44 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

rewang

TRANSCRIPT

Laporan Aktiviti

REWANG RAYA 14KOLEJ TUANKU CANSELOR 2013

Tarikh :9 OKTOBER 2014 10 OKTOBER 2014

Tempat :Sekitar Kawasan Kolej Tuanku Canselor,Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

Anjuran :Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tuanku Canselor,Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

1. MATLAMAT PROGRAMMengeratkan hubungan silaturrahim dan memupuk semangat kekitaan antara warga Kolej Tuanku Canselor tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, program ini bertujuan untuk menyerlahkan lagi bakat memasak yang terdapat dalam kalangan mahasiswa. Disamping itu, suasana harmoni dan aman dapat diwujudkan di kolej ini.

2. OBJEKTIF PROGRAM

i. Memupuk semangat kekeluargaan dan merapatkan jurang antara warga kolej Tuanku Canselor.ii. Menerapkan semangat kerjasama antara mahasiswa baru dan lama dalam Kolej Tuanku Canselor.iii. Mencungkil bakat memasak yang terpendam dalam kalangan warga kolej.iv. Mewujudkan suasana harmoni dalam kalangan warga kolej tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

PEJABAT HAL EHWAL MAHASISWAUNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIASKUDAI, JOHOR

LAPORAN AKTIVITIREWANG RAYA 14 KOLEJ TUANKU CANSELOR 2013

9 OKTOBER 2014 (KHAMIS)Rewang Raya 2014 ini diadakan bersempena meraikan Hari Raya Aidiladha atau dikenali juga sebagai Hari Raya Qurban. Program ini menjemput semua warga Kolej Tuanku Canselor bagi memeriahkan majlis. Terdapat pelbagai hidangan yang disediakan bertemakan hidangan hari raya seperti nasi himpit, kuah kacang, rendang ayam, soto, bubur ayam, bubur kacang dan juga bihun sup. Untuk makluman, makanan ini semua dimasak secara gotong- royong oleh para ahli jawatankuasa Program Rewang Raya 14 bagi mengeratkan lagi talian silaturahim sesama pelajar dan juga pensyarah. Kebanyakan ahli jawatankuasa yang dipilih dalam program ini terdiri daripada pelajar Tahun1. Hal ini kerana, memberikan pengalaman baru kepada pelajar Tahun1 bagi mengendalikan program secara ringkasnya dan secara tak langsung dapat memantau serta mencungkil kebolehan yang terdapat pada diri mereka.Pada waktu petang, para peserta mula berkumpul di perkarangan S01,KTC bagi memulakan aktiviti sesi pertama iaitu aktiviti rewang. Kesemua peralatan telah di sediakan secukupnya untuk digunakan pada hari tersebut dan keesokannya. Para peserta telah dibahagikan tugas mengikut menu yang diberikan. Aktiviti mengupas bahan-bahan kering seperti bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit dan cili kering telah diadakan beramai-ramai. Selain itu, untuk penyediaan kuah kacang, kacang tanah digoreng tanpa minyak terlebih dahulu bagi memudahkan proses pada keesokannya. Nasi impit juga direbus pada petang tersebut. Aktiviti rewang pada petang tersebut berakhir kira-kira sebelum masuknya waktu maghrib. Pada sebelah malamnya, para peserta Program Rewang Raya 14 telah dijemput menghadiri program agama yang dianjurkan oleh Majlis Generasi Rabbani (MGR), KTC. Program ini berlangsungnya dengan solat maghrib dan isyak berjemaah dan mendengar ceramah yang disediakan oleh penganjur tersebut.

10 OKTOBER 2014 (JUMAAT)Bermula seawal 8.00 pagi, para peserta telah hadir bagi meneruskan lagi aktiviti rewang sesi kedua pula. Menu pertama yang di masak adalah bubur kacang yang dikendalikan seramai 4 orang. Walaupun sesetengah peserta tidak biasa masak untuk bilangan orang yang ramai , akan tetapi dengan adanya semangat kekitaan dalam diri mereka dapat menghasilkan dengan jayanya. Seterusnya, penyediaan kuah kacang mula dilakukan dan mengambil masa selama sejam. Bagi mencepatkan urusan, soto juga dimasak pada masa yang sama. Tepat jam 12 tengah hari, para peserta diberikan rehat sehingga selesainya solat Jumaat. Sementara itu, hidangan makanan tengah hari juga disediakan untuk semua peserta yang telah bertungkus lumus merewang pada pagi tersebut. Pada pukul 2 petang, acara rewang diteruskan lagi dengan menyediakan masakan rendang ayam dan diikuti pula dengan bubur ayam. Kesemua aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut telah di pantau oleh felo dan pembantu felo Kolej Tuanku Canselor. Alhamdulillah setiap hidangan yang dimasak berjalan dengan lancar sekali tanpa sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku. Kira-kira pada pukul 4 petang, setiap masakan mula dihidangkan di meja hidangan dan juga meja vip. Bagi memeriahkan majlis Rewang Raya 14 pada malam tersebut, kedatangan anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Raudhatul Maryam, Taman Pulai Utama, 81310 Skudai, Johor telah di sambut meriah oleh wakil Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Kolej Tuanku Canselor dengan pelbagai aktiviti seperti memberi motivasi dalam bentuk lukisan, bernasyid dan sebagainya. Anak-anak yatim tersebut dalam jumlah 15 orang datang pada pukul 5.30 petang. Seterusnya, ketibaan para VIP iaitu Pengetua Kolej Tuanku Canselor, Dr. Hafis Izran bin Ishak dan felo serta pembantu felo Kolej Tuanku Canselor seterusnya diikuti dengan sepatah dua kata dari pengetua dan pengarah Program Rewang Raya 14, Fatin Marlia Binti Mohd Maulana. Setelah masuknya waktu maghrib, para pelajar Kolej Tuanku Canselor telah solat berjemaah di Dewan Astana yang diimami oleh Ustaz Ilyas bin Ismail dan diikuti pula ceramah ringkas yang bertajuk Korban dan Pengorbanan bersempena dengan Hari raya Qurban dan seterusnya solat Isyak berjemaah. pemberian cenderamata diberikan kepada Ustaz Ilyas atas kesudian beliau dalam mengikuti program ini. Acara yang dinanti-nantikan ialah jamuan Hari Raya Aidiladha. Para jemputan dan pelajar dijemput menikmati pelbagai juadah yang disediakan. Sambil menikmati hidangan, mereka ditayangkan montaj daripada pihak program serta persembahan sajak dari pelajar Kolej Tuanku Canselor, saudara Ali Anwaruddin bin Ali Taha. Kira-kira pukul 10 malam, para pelajar mula bersurai. Aktiviti gotong-royong mula dijalankan membersihkan peralatan-peralatan dan kebersihan sekitar perkarangan Dewan Astana. Walaupun penat bertungkus-lumus menjayakan program ini, tetapi berasa seronok dan puas kerana semua juadah yang disediakan dapat dihabiskan oleh hadirin yang hadir pada malam tersebut. Secara keseluruhannya, program ini ternyata sangat bertepatan dengan hasrat universiti untuk melahirkan mahasiswa yang holistik, yang tidak hanya berpandukan aktiviti akademik semata-mata, malahan mampu juga membina sahsiah dan budi pekerti mahasiswa. Hal ini dapat dilihat melalui maklum balas positif yang telah diterima dari pihak jemputan luar dan mahasiswa yang mengharapkan agar aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi dengan jayanya pada masa hadapan.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana Rewang Raya 14 ini yang telah bertungkus lumus untuk menjayakannya walaupun menghadapi pelbagai kekangan pada awal program mahupun setelah tamat program. Selain itu, adalah sangat diharapkan agar program sebegini dapat membantu para mahasiswa, khususnya mahasiswa Tahun 1 untuk belajar mengendalikan bebanan tugas dan menyelesaikannya dengan cemerlang.

3.LAMPIRANi) Senarai nama jawatankuasa pelaksana Rewang Raya 14JAWATANNAMA

PENGARAHFATIN MARLIA BINTI MOHD MAULANA

TP PENGARAH 1AABU MUAZ BIN MOHD ADID

TP PENGARAH 2NURUL NADIAH BINTI ZULKIFLI

SETIAUSAHAANIS SYAHIDAH BINTI MOHD RAHIM

BENDAHARINURUL ASYIKIN BINTI ABDUL JALIL

K/U JEMPUTANNUR ATIQAH ADLINA BINTI RAZALI

AJK JEMPUTANSYED MOHD FIKRI BIN SYED MOHD FUZI

MUHAMMAD SYAHMI HAKIM BIN ABDUL RAHMAN

K/U MAKANANNOR ZAHIRAH BINTI ZAINOL

AJK MAKANANFARAH ATHIRAH BINTI ABU KASIM

NUR HAFIZA BINTI MOHAMAD SOM

NURSAIFUL HADI BIN SULAIMAN

K/U TEKNIKAL & PERALATANMUHAMMAD RIDHZUAN BIN AB RAHMAN

AJK TEKNIKAL&PERALATANGAJENDRAN RAO A/L MUROGAN

ABU HASSAN AL-BASRI BIN ABDUL MALIK

MOHAMAD SAFFIQ BIN MOHAMAD ASERI

K/U MEDIA & PUBLISISTIHAZREEN ELLINA BINTI NUR ALI ZA

AJK MEDIA & PUBLISITISIQIT WAHYUDI BIN ABDUL MANAF

MOHD SHAZRIL BIN MUHADZAR ZUHDI

LIYANA NASUHA BINTI SARIB

K/U HADIAH & CENDERAMATAAMEERA WAHIDA BINTI SOLIKHUDDIN

AJK HADIAH & CENDERAMATASYAZA NADHIRAH BINTI SOBRI

NURMARHAINI BINTI MOHD KHAIRRI

KHAIRUL BARIYYAH BINTI ASMI

K/U AKTIVITIAIFAA NADIRAH BINTI JEFRI

AJK AKTIVITIMUHAMMAD IQBAL HAKIM BIN ALI

RIDHWAN FAHMI BIN MAT RADZI

MUHAMMAD AFIQ BIN MOHD AZAM

NUR FATIN ASFARINA BINTI MOHD AZMI

K/U PROTOKOL

AJK PROTOKOLIZZAT SAFWAN BIN INDRA

MUHAMMAD AZRI BIN SULAIMAN

NUR AIMY AMANINA BINTI MAZLAN

K/U TTKANG MINSHAN

AJK TTKMOHAMAD SYAHMI ANUAR BIN MOHD JANI

SRIWARANAIL SUFFIAH

NABILAH BINTI AHMAD

ii) Gambar program

Gambar 1 : Majlis Makan Malam Mesra Ar-Rayyan

Gambar 2 : Forum Aidil Adha dan Persembahan KTC with R4BIA

Gambar 3 : KTC Star Night

Gambar 4 : Gerai Jualan

Gambar 5 : Multimedia Games

Gambar 6 : Birdieball Games

Gambar 7 : Carwash

Gambar 8 : Breakfast Competition

Gambar 9 : Konvoi SYOK13

Gambar 10 : Autoshow SYOK13

Gambar 11 : Permainan Tradisional

Gambar 12 : Tarian Perang Kor Suksis

Gambar 13 : 3x3 Street Soccer

Gambar 14 : Flashmob R4BIA

Gambar 15 : Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah