resipi kek

23
[email protected] Kek coklat tanpa butter Created on : 26-03-2006 Print E-mail kepada kawan Tulis Laporan 5416Share Bahan-bahan ( saiz 20 cm ) 2 biji telur 1 cawan minyak masak 1 cawan gula pasir 1 cawan gula perang Bahan A 1 sudu kecil vanila 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe Bahan B 2 sudu kecil sodium bicarbonate 1 sudu kecil baking powder 1/2 cawan serbuk koko 2 cawan tepung gandum ============================== ** Topping ** 1/2 cawan koko van hauten

Upload: dara80

Post on 18-Jul-2015

443 views

Category:

Entertainment & Humor


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Resipi kek

[email protected]

Kek coklat tanpa butter

Created on : 26-03-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

5416Share

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )

• 2 biji telur • 1 cawan minyak masak • 1 cawan gula pasir • 1 cawan gula perang • Bahan A • 1 sudu kecil vanila • 1 1/2 cawan susu segar perisa coklat • 1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe • Bahan B • 2 sudu kecil sodium bicarbonate • 1 sudu kecil baking powder • 1/2 cawan serbuk koko • 2 cawan tepung gandum • ============================== • ** Topping ** • 1/2 cawan koko van hauten

Page 2: Resipi kek

• 1/2 cawan susu pekat • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

1. Pukul telur hingga kembang 2. Masukkan gula dan pukul lagi 3. Kemudian masukkan minyak masak 4. Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang

seli dengan bahan A. Gaul sehingga sebati. 5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak 6. Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik

panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

Cheesecake

[email protected]

baked cheesecake

Created on : 06-09-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

839 Share

Bahan-bahan ( 18cm )

Page 3: Resipi kek

• 250g cream cheese • 200g sour cream/plain yogurt • 30g butter • *40g gula halus • *20g susu pekat manis • *20g madu • 2 biji telur kuning • 1 biji telur • 100ml fresh cream • 50ml fresh milk • 25g corn starch • 1/2 biji lemon jus • 1/2 biji kulit lemon • 10 titik vanila oil

Cara-cara

1. Panaskan oven pada suhu 180C. Cream cheese, butter dan telur mesti berada pada suhu bilik.

2.

Letak cookies padat-padat ke dalam loyang. Resepi untuk cookies ini boleh rujuk di sini

3. Letak cream cheese dan butter ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk cream. Masukkan bahan yang bertanda (*). Pukul lagi 1-2 minit.

4.

Masukkan sour cream. Mix sampai sebati.

5.

Masukkan pula (ikut turutan), telur kuning-> telur semua -> corn starch -> fresh cream -> fresh milk -> lemon -> vanila. Kacau biar sebati.

6.

Page 4: Resipi kek

Tapiskan adunan masuk ke dalam loyang yang mengandungi cookies. Buang kulit lemon yang terlekat pada penapis.

7.

Bakar kek pada suhu 180C selama 10 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 150C. Bakar lagi selama 60 minit. Biarkan sejuk di dalam loyang. Tak perlu test dgn lidi sebab cheesecake memang lembik.. akan keras sendiri bila dah sejuk.

8. Bila dah sejuk, keluarkan dari loyang. Kemudian simpan dalam peti ais. Biarkan sehari sebelum dimakan untuk menikmati keenakkan cheesecake ini.

9.

Buah lemon

Kek span

[email protected]

mudah dan senang

Created on : 27-04-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

Page 5: Resipi kek

538 Share

Bahan-bahan ( saiz 18 cm )

• 3 biji telur • 1 cawan tepung gandum (100g) • 1 cawan gula (110g) - kalau nak kurang manis kurangkan gula • 2 sudu kecil susu segar • 15g butter - panaskan susu dan cairkan butter di dalamnya • esen vanila

Cara-cara

1.

panaskan oven ke suhu 180 darjah. asingkan telur putih dan kuning. pukul kuning telur dan 1/3 gula sehingga telur menjadi keputihan

2.

dalam bekas lain pukul putih telur bersama baki gula tadi sehingga kembang dan bertanduk.

3. masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul rata 4. masukkan kuning teluar yg telah dipukul tadi ke dalam adunan. 5. masukkan campuran susu dan butter dan sedikit esen vanila. pukul hingga sebati. 6. masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25-30 minit.

Kek Kukus

Mat [email protected]

Sesuai untuk semua perayaan (terutama hari raya dan krismas)

Page 6: Resipi kek

Created on : 23-12-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

1076 Share

Bahan-bahan ( 15 orang ke atas )

• 375 g buah2an campuran (mix fruit, dalam kotak) • 250 g mentega (golden churn, pilihan terbaik) • 3 biji telur Gred A • 300 g tepung gandum* • 1 camca teh soda bikarbonate* • 1 camca teh cream of tartar*(*digaul dan diayak) • 150 g gula perang (gula halus pun ok) • 150 g gula pasir ( untuk gula hangus) • 1 biji pala, diparut • 30 g badam keping • Ceri merah/hijau untuk hiasan (jika suka)

Cara-cara

1.

Satukan buah2an campuran (mix fruit), badam keping dan parutan biji pala. Masukkan tepung yg telah diayak dan gaul hingga buah2an tadi bersalut dgn tepung. Ini penting utk mengelakkan buah dari mendak ke bawah. Dan masa ini juga jerang air hingga mendidih utk proses mengukus. Isi air hingga hampir penuh.

2.

Pukul mentega dgn gula perang (atau gula halus) hingga berkrim.

Page 7: Resipi kek

3.

Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga adunan putih, jgn terlalu kembang.

4.

Perlahankan speed dan masukkan buah2an yg telah digaul dgn tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga rata dan matikan mesin sebentar sementara menunggu gula hangus.

5.

Sementara itu masak gula pasir hingga bertukar menjadi gula hangus. Jangan berhenti mengacau. Biarkan gula hangus menjadi agak gelap sedikit. Awas!! berhati2 semasa memasak gula hangus....

6.

Hidupkan mesin kek. Dengan speed perlahan tuang gula hangus perlahan ke dalam adunan kek sambil terus mengacau hingga sebati. Proses ini mesti dilakukan dgn cermat dan cepat kerana gula hangus cepat membeku bila sejuk.

7.

Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x 3 )inci dgn mentega dan alas dasar tin dgn kertas minyak.

8.

Page 8: Resipi kek

Tuang adunan kek ke dalam tin tadi dan hias dgn ceri merah atau hijau. ( mat cuma ada ceri kaler hijau je hehehe.....)

9.

Tutup tin kek dgn aluminium foil dan ikat sekelilingnya dgn tali rafia. Tujuannya utk mengelakkan wap terlepas masuk ke dalam adunan kek.

10.

Kukus di atas air mendidih selama 4 jam. Perlu diingatkan, lepas 1 jam perhatikan jika air berkurangan tambah air panas mendidih. JANGAN gunakan air sejuk kerana boleh membantutkan proses mengukus kek. Apabila masak keluarkan kek dari acuan dan sejukkan di atas redai kek. Biar betul2 sejuk sebelum dipotong utk mengelakkan kek pecah.

11.

UNTUK PANDUAN:- Beginlah rupa "biji pala". Yang sebelah kiri tu rupa biji pala yg masib berkulit. Yang kanan dan hadapan itu yg telah ditanggalkan kulitnya. Rempah biji pala ini penting utk menyeimbangkan rasa kek dgn buah2an dan mentega, disamping menambah aroma... Rempah biji pala ini boleh didapati di kedai2 india yg menjual rempah ratus

Kek biskut segera

[email protected]

Resepi yang tidak perlu dibakar atau dikukus. Pencuci mulut yang mudah disiapkan dan jadi kesukaan kanak-kanak.

Page 9: Resipi kek

Created on : 22-11-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

195 Share

Bahan-bahan ( untuk 4 orang makan )

• 1 Bungkus biskut manis (apa2 jenis biskut yang disukai) • 1 cawan susu segar • 1 sudu makan serbuk coklat ( Milo pun boleh) • 125gm coklat masak • satu sudu teh margerin • manik2 untuk hiasan • fresh cream segera untuk hiasan (optional)

Cara-cara

1. Panaskan susu segera ( tak perlu sampai mendidih) 2. Masukkan serbuk cokolat dan bancuh sampai rata

3.

Celupkan biskut manis tadi

4.

Susun dalam pinggan (ikut suka cara menyusun)

5.

Page 10: Resipi kek

Panaskan coklat cair bersama margerin ( Saya panaskan dlm microwave selama 1 min dan kacau sampai rata dan cair

6.

Tuangkan coklat yang telah cair ke atas susunan biskut

7.

Ratakan sehingga menutupi semua biskut

8.

Taburkan dengan manik2

9.

Kemudian hiaskan dengan fresh cream (Jika suka)

10.

Potonglah kek biskut yang telah siap

11. Boleh dibuat sebagai pencuci mulut atau minuman petang

Page 11: Resipi kek

Kek batik biskut marie

[email protected]

Simple je, kak inaazhar yang bagi. gerenti very2 delicous!!!. * Gambar dari laporan masakan oleh mama_myvi

Created on : 26-02-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

272 Share

Bahan-bahan ( 10 orang makan )

• 3 cawan air • 1 tin besar susu pekat • 1 sdt esen vanilla • 250 gram mentega • 450 gram biskut marie • 1 cawan milo • 1 cawan serbuk koko • 2 sdt Nescafe • 4 biji telur

Cara-cara

1. Masak air sehingga mendidih, padamkan api. 2. Masukkan susu, milo, serbuk koko dan Nescafe. Hidupkan api perlahan, kacau sebati. Padam

api.

Page 12: Resipi kek

3. Di dalam mangkuk lain, pukul telur satu persatu dan campurkan esen vanilla. 4. Setelah bahan dalam kuali kurang panas, masukkan bancuhan telur dan mentega. Kacau

sebati. 5. Apabila bancuhan betul- betul pekat, masukkan biskut marie. Kacau rata dan padamkan api. 6. Griskan acuan dengan sedikit mentega. Tuang adunan sambil menekan padat. Simpan di

dalam peti sejuk sebelum di potong.

Kek Coklat Kukus

[email protected]

Resepi daripada kak ipar...amat mudah menyediakannya.

Created on : 24-04-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

121 Share

Bahan-bahan ( 8-10 orang )

• 1 cawan gula • 1 tsp krim tartar/baking powder • 1 tsp soda bikarbonat • 3/4 cawan serbuk koko • 2 cawan tepung gandum • 4 biji telur • 1 tin susu pekat manis • sedikit esen vanila • 1 cawan air panas • 1 cawan minyak jagung

Page 13: Resipi kek

• Untuk toping - coklat masakan, susu cair dan mentega (anggaran sendiri)

Cara-cara

1. 1.ayak bersama krim tartar,soda bikabornat,tepung gandum dan serbuk koko 2. larutkan gula dengan air panas 3. pukul telur hingga kembang sedikit 4. masukkan susu pekat manis 5. kemudian masukkan esen vanila dan gula yang dilarut tadi. 6. masukkan adunan tepung - kacau sebati 7. masukkan minyak jagung - kacau sebati. 8. tuang adunan ke dalam bekas plastik dan kemudian kukus selama 45 minit.( anggaran 4

bekas plastik 4 segi) 9. Pastikan air di dalam periuk kukus dididihkan terlebih dahulu sebelum mula mengukus. 10. Untuk toping - coklat masakan, susu cair dan mentega (anggarkan saja) dimasak dengan

kaedah 'double boil'. 11. setelah kek sejuk, tuang toping ke atas kek dan taburkan coklat rice.

Kek Lapis Horlicks

[email protected]

Moist texture

Created on : 29-12-2007

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

1095 Share

Page 14: Resipi kek

Bahan-bahan ( 9'X9'x5' )

• 10biji telur ayam • 1 packet kecil horlicks • 1 tin sederhana susu pekat manis • 16oz@450g mentega • 1/2 gelas gula halus • 1 gelas tepung gandum • 2 sudu kecil essence vanilla • 1 sudu makan ovallette • 1 tin besar seri kaya

Cara-cara

1. Pukul mentega dan gula, ketepikan. 2. Pukul telur hingga kembang 3. Campurkan semua bahan yang telah dipukul tadi spt mentega bersama gula serta

telur.Pukul hingga kembang 4. Masukkan selang selikan dengan pukulan 1 minit susu pekat manis, horlicks, seri kaya,

tepung, vanilla essence serta ovalette. 5. Apabila semua bahan sudah dimasukkan, pukul hingga semua bahan sebati dalam tempoh

10minit. 6. Bahagikan adunan kek kepada 2 bahagian sama banyak, satu berwarna kuning dan satu lagi

berwarna hijau.(boleh juga mengikut pilihan warna kesukaan masing masing) 7. Untuk setiap lapis kek,setiap warna 2 senduk atau lebih setiap lapisan (lebih byk sukatan

setiap senduk lebih tebal lapisan kek) dan kukus sekurang kurangnya 30minit (saya kukus 45minit) atau sehingga masak.

8. kepada yang tak sanggup nak mengukus, boleh jugak bake, 15minutes every layer, temp 180 guna api atas saja

Kek Hati Parek (Kek Hati Pari)

[email protected]

salah satu kek paling popular di Sarawak dari dulu sampai skrg...masa mengukusnya agak lama tetapi ia boleh bertahan lama (2-3 bulan lamanya pd suhu sejuk) di samping rasanya yg sedap (masam manis) dan berkualiti....cubalah resepi ini (dlm versi dayang)...

Created on : 16-01-2009

Page 15: Resipi kek

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

97 Share

Bahan-bahan ( loyang 9 inci )

• 10 biji telur A (4 biji putihnya dibuang) • 16 oz mentega (utk dptkan hasil yg baik, pilihlah mentega Golden Churn) • 9 gelas tepung gandum + 3 sdt soda bikarbonat (diayak bersama) • 8 sb gula hitam/browning sugar (rujuk www.myresipi.com/top/detail/6594) • 1 kati / 600 g kismis hitam • 1/2 tin susu pekat manis • 4 gelas gula halus (boleh kurangkan 1/2 gelas lg jika x suke manis - tp dyg dh kurangkan

sukatan ni. resepi asal: 6 gelas)

Cara-cara

1.

Kismis dihiris halus atau ditumbuk.

2.

Kemudian ambil segelas tepung gandum lalu digaul bersama kismis yg tlh dihiris/ditumbuk tadi. Ketepikan.

3.

Di dalam mangkuk adunan, putar mentega dan susu sehingga putih.

Page 16: Resipi kek

4.

Di dalam mangkuk adunan lain, pukul telur bersama gula hingga kembang dan berkrim.

5.

Satukan kedua2 adunan itu tadi dan putar lg sehingga sebati.

6. Kemudian masukkan tepung (8 gelas) ke dalam adunan tadi dan gaulkan.

7.

Masukkan gula hitam dan gaul lagi hingga sebati.

8.

Akhir sekali, masukkan kismis dan kacau lagi hingga rata.

9.

Sediakan pengukus. Gliskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan sedikit tepung. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalamnya dan tutup kemas dgn kertas foil.

10. Kukuslah kek ini selama 8 jam. setiap 1 jam, periksalah pengukus, lapkan air pd penutupnya (sebaik2nya tutup dgn kain atau tuala), tambahkan air (air panas/air suam) jika berkurangan. guna api sederhana sahaja.

11. ***utk info, dyg hanya masak setengah adunan shj dgn menggunakan loyang 7 inci (masa mengukus 4jam 30min). jd, sesape yg nk buat setengah adunan, bahan2nya hendaklah dibahagi 2.

12. ***supaya kek tahan lbh lama, slps dikukus, bolehlah dibakar skjp dlm 10-15 minit dgn suhu 170C. Sejukkan kek sblm dipotong.

Ayam masak halia

Page 17: Resipi kek

• halia (sebesar ibu jari-dihiris) • beberapa ketul Isi ayam • 3 ulas bwg putih (di tumbuk) • 5 sudu sos tiram • garam • minyak

Cara-cara

1. tumis bawang & halia sampai wangi 2. masukkan isi ayam, masak sampai separuh masak. 3. masukkan sos tiram (tak perlu banyak) 4. masukkan air kalau nak berkuah. 5. akhir sekali, masukkan garam secukup rasa. 6. sedia untuk dihidang.

Ayam goreng telur

[email protected]

isi ayam goreng bertelur

Created on : 16-06-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

217 Share

Page 18: Resipi kek

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

• 300g isi ayam • 2 biji telur • 2 sudu besar tepung • 2 sudu besar olive oil • garam • lada sulah

Cara-cara

1. Bersihkan isi ayam. Potong nipis-nipis. Gaulkan dengan garam dan lada sulah. 2. Masukkan tepung dan gaul 3. Panaskan minyak. 4. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. 5. Ambik isi ayam, celup ke dalam telur dan goreng. 6. Gorenglah sehingga perang. 7. *** Sedap dimakan dengan sos tomato atau cili. Guna minyak masak biasa pun tak apa.

Ayam goreng rangup

[email protected]

ayam diperap dan disalut dengan tepung.

Created on : 05-06-2006

Print

E-mail kepada kawan

Tulis Laporan

112 Share

Page 19: Resipi kek

Bahan-bahan ( 4 orang )

• 2 keping isi dada ayam • garam dan serbuk lada putih secukupnya • [ BAHAN PERAP ] • * 40-50ml Sos tiram • * 35g bawang besar yang diparut • * 1 sudu kecil bawang putih yang diparut • tepung secukupnya • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

1. Bersihkan ayam. Potong kecik-kecik atau ikut suka anda. 2. Gaul ayam dengan garam dan serbuk lada sulah 3. Perap dalam [ * ] yang telah digaul rata. Masukkan ke dalam peti ais selama 30 minit. 4. Keluarkan dari peti ais. Salutkan dengan tepung. Dan goreng dalam minyak panas dengan api

sederhana sehingga perang.

Ayam Masak Kentang dan Cendawan

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

• 500gm ayam, dipotong • 3 biji kentang yg besar, dibuang kulit dan potong 6 setiap satu • 4 kuntum cendawan kering (saiz besar), direndam dan dihiris tebal-tebal • 1 sudu kecil tepung jagung/ubi, digaul dgn cendawan • 3 ulas bawang putih, dihiris • 1 sudu besar minyak masak • 1 sudu besar kicap pekat • 1/2 sudu besar sos tiram • Garam secukup rasa • 2-3 cawan air • 2 tangkai dau ketumbar (optional)

Cara-cara

Page 20: Resipi kek

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga harum. Masukkan ayam dan goreng sehingga permukaan ayam jadi kering.

2. Masukkan cendawan dan kacau untuk 1-2 minit. Masukkan kicap pekat dan sos tiram. Kacau sehingga sos jadi kering, jgn sampai hanggus.

3. Masukkan air, biar didih dulu baru masukkan kentang. Masak selama 10 minit dgn api kecil. 4. Masukkan garam secukupya dan masak sehingga kentang jadi empuk. Dihidangkan bersama

daun ketumbar. 5. Tips:

Cendawan disalut dgn tepung jagung/ubi supaya dia tidak menyerap terlalu banyak garam.

Keringkan sos sebelum tambah air akan mengharumkan lagi kuah dia nanti.

Paprik

[email protected]

Sesuai dimakan dengan nasi putih

Bahan-bahan ( 4 )

• ½ ekor ayam - dipotong kecil2 • 4 ulas bwg merah - ditumbuk • 2 ulas bwg putih - ditumbuk • 1 labu bwg besar - dimayang • 2 btg serai - dititik • 2 biji buah tomato - dipotong 4 • 5 biji cili padi - ditumbuk • bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis • bahan2 perasa

Cara-cara

1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing). 2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.

Page 21: Resipi kek

3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.

4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kastur

Tauhu ayam

Bahan-bahan ( 4 orang )

• 1 keping dada ayam • 280g tauhu • 1 sudu kecil serbuk lada sulah • 1 sudu kecil serbuk lada • 3 tangkai daun sup • 1 biji telur ayam • garam secukup rasa • sedikit gula

Cara-cara

1. Cincang isi ayam 2. Lecek tauhu dengan garfu 3. Potong halus daun sup 4. Gaul semua bahan-bahan diatas dengan isi ayam, tauhu dan juga daun sup 5. Kemudian goreng dalam minyak penuh seperti goreng cekodok

Ayam Masak Kicap

[email protected]

Page 22: Resipi kek

ayam masak kicap sempoi.. makan dengan nasi putih dan sup tulang sure terangkat!!..

Bahan-bahan ( 1-2 orang )

• 1 bahagian paha ayam • garam kunyit secukupnya • minyak untuk menggoreng • 1/2 biji bawang besar -hiris nipis • 2 ulas bawang puting- mayang • 1cm halia- cincang halus • kicap pekat manis secukupnya • 2-3 biji cili padi- potong dua • 1-2 batang cili hijau

Cara-cara

1. Potong ayam kecik-kecik dan bersihkan 2. Lumurkan ayam dengan garam kunyit dan goreng sehingga 2/3 masak. Kemudian ketepikan 3. Ambik dua sudu besar minyak lebihan goreng ayam tadi. Tumiskan bawang besar, bawang

putih, halia dan cili sampai naik bau. 4. Kemudian masukkan kicap dan ayam. Goreng sampai ayam masak. 5. Akhir sekali kalau suka cili hijau bolehlah hiris cili hijau dan masukkan ke dalam ayam.

Goreng sekejap dan padamkan api. 6. Siap untuk dimakan

Sup Salad

[email protected]

cepat & sedap dimakan

Bahan-bahan ( 2-4 Org )

• 1 ulas bwg putih • 1 labu bwg merah • sedikit ikan bilis • 1 ketul kuib ayam • 2 cwn air • 1/4 biji salad (lettuce)

Page 23: Resipi kek

• Garam secukup rasa • 1 1/2 sb minyak masak (utk menumis)

Cara-cara

1. Goreng ikan bilis sehingga garing dan ketepikan. 2. Cincang bwg putih,merah dan tumis sehingga wangi 3. Masukkan air bersama kuib ayam renehkan sup sampai mendidih 4. Sup yg memdidih tadi ditambah sedikit garam kacau dan tutup api 5. Masukkan salad biar layu seketika & boleh dihidang bersama ikan bilis goreng tadi