resepi tiramisu mewah

Download Resepi Tiramisu Mewah

Post on 13-Jan-2016

232 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Resepi yang mudah, langkah demi langkah penyediaan.

TRANSCRIPT

  • 3/7/2015 Resepi Tiramisu Mewah

    http://www.qlkitchen.com/easyrecipe-print/1002-0/ 1/3

    Recipe type / Jenis resepi: Pencuci Mulut Cuisine / Masakan: ItaliPrep time / Masa penyediaan: 40 mins Cook time / Masa memasak: Total time / Jumlah masa: 40 minsServing for / Sajian untuk: 6

    Resepi Tiramisu Mewah

    Author / Pengarang: QL Chef

    Ingredients / Bahan-bahan

    4 biji kuning telur QL Deli Fresh atau QL Omega100 g gula kastor400 g keju mascarpone (pada tahap suhu bilik)250 ml krim heavy whipping or krim double20 24 ketul ladyfingers/span bentuk jejari Itali(Savoiardi)1 1 cawan kopi hitam pekat, dicampur dengan 2 sudu besar gula kastor dan dibiar sejuk Serbuk koko untuk

    diayak

    Instructions / Cara-cara

    1. Campurkan kuning telur dan gula dalam mangkuk tahan panas atau double boiler, di atas kuali dengan air

    mendidih.2. Dengan menggunakan pemukul dawai, kacaukan telur dan gula atas kehangatan sederhana selama 8-10 minit

    sehingga campuran memekat dan licin.3. Alihkan dari air mendidih dan pukulkan campuran tersebut sehingga teksturnya lebih pekat.

  • 3/7/2015 Resepi Tiramisu Mewah

    http://www.qlkitchen.com/easyrecipe-print/1002-0/ 2/3

    4. Masukkan keju mascarpone di dalam mangkuk yang besar. Tuangkan masuk campuran kuning telur, dan kacaudengan sudu spatula plastic sehingga licin dan sebati.

    5. Di dalam mangkuk besi yang berlainan, pukulkan krim heavy/double dengan pemukul elektrik sehinga tegar.Elakkan dari memukul krim secara berlebihan kerana ia mungkin berubah serupa mentega. (Untuk keputusanyang paling baik, pastikan krim, mangkuk dan pemukul sejuk semasa proses memukul. Masukkannya ke

    dalam peti beku selama 10 20 minit sebelum memukul).6. Gaulkan masuk krim yang dipukul ke dalam campuran mascarpone sehingga sebati. Krim ini akan memberi

    tekstur yang ringan kepada campuran mascarpone.

  • 3/7/2015 Resepi Tiramisu Mewah

    http://www.qlkitchen.com/easyrecipe-print/1002-0/ 3/3

    7. Untuk menyediakan Tiramisu, isikan gelas dengan campuran krim mascarpone sehingga penuh. Patahkanspan berbentuk jari dan celupkan ke dalam kopi untuk beberapa saat. Jangan rendamkannya kerana span akanmenjadi telalu basah berkembang.

    8. Susunkan span yang telah dicelup ke atas campuran krim mascarpone. Ulangi dengan selapis lagi krim danspan, kemudian diakhiri dengan selapis krim yang nipis di atasnya. Jika anda lebih suka menyediakannya diatas dulang, susunkan span yang dicelup pada dasar dulang, tuangkan setengah campuran krim mascarpone

    ke atasnya. Ulangi dengan selapis span dan krim di atasnya.9. Sejukkan di dalam peti sejuk untuk sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.

    10. Ayakkan serbuk koko ke atas permukaannya sebelum disaji. Ia sesuai dinikmati bersama kopi.

    Recipe by QL Kitchen at http://www.qlkitchen.com/ms/resepi-tiramisu-mewah/